"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Empat pegawai kanan tiba di Mahkamah Kota Bharu untuk direman, sambung reman

Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
EMPAT pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
EMPAT pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Empat pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam dan 30 April lalu tiba di Mahkamah Kota Bharu, hari ini.

Mereka yang memakai baju lokap SPRM tiba jam 9.15 pagi dengan dikawal oleh pegawai SPRM.

Mereka yang berusia antara 40 hingga 49 tahun ditahan kerana disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.

Tiga daripada mereka dipercayai ditahan jam 7.30 malam tadi ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.

Mereka dipercayai terbabit dalam meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM dan akan ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Seorang daripada mereka pula dibawa ke mahkamah untuk disambung reman selepas tahanan reman selama enam hari terhadapnya habis hari ini mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2019 selepas disyaki membuat tuntutan palsu sejak tahun lalu.

Media semalam melaporkan, SPRM mengesahkan tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan ditahan SPRM, 7.30 malam tadi.

Tiada ulasan: