"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk bandar benarkan majlis kahwin tanpa pakaian

KOSMO!
GAMBAR fail menunjukkan pantai Torre Faro Pilone, Itali. - Foto AFP
ROM – Sebuah pantai di Itali akan membenarkan bakal suami dan isteri melangsungkan perkahwinan dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor saluran berita CNN semalam.

Pihak berkuasa tempatan membenarkan penganjuran majlis perkahwinan tanpa berpakaian itu di Pantai Is Benas.

Datuk Bandar San Vero Milis, Luigi Tedeschi berkata,  pihak berkuasa mendapat idea itu apabila sepasang kekasih dari Jerman menulis surat untuk bertanya sama ada mereka  boleh berkahwin dalam keadaan tidak berpakaian di pantai.

“Saya fikir kita hidup dalam masa yang sukar untuk kebebasan rakyat.

“Jadi, saya fikir kita perlu melakukan perkara untuk menunjukkan bahawa orang ramai adalah bebas. Kebanyakan orang mahukan kebebasan,” katanya.

Beliau yang menjadi datuk bandar sejak 2015 memberitahu CNN bahawa bahagian tengah pantai Is Benas sentiasa dikunjungi oleh golongan tidak sukakan pakaian. – AGENSI

Tiada ulasan: