"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

MESTI BACA!!! Cara Untuk mengubati Dari Penyakit Darah Tinggi Dan Diabetes

Tranungkite
Senario 1:

Encik Azman, seorang lelaki berusia 35 tahun, pengurus urusan sebuah syarikat di Kuala Lumpur tidak dapat datang bermesyuarat bersama konsultan pada tarikh dan waktu yang ditetapkan kerana beliau terpaksa membuat rawatan bagi penyakit kencing manisnya yang semakin serius. Ada beberapa doktor pakar yang memberi rawatan kepada Encik Azman mencadangkan agar beliau melakukan amputasi sebelum segalanya terlambat. Tetapi Encik Azman tidak bersetuju dan berdegil untuk tidak menerima cadangan itu kerana beliau sedang berusaha untuk mendapatkan rawatan alternatif yang lain.

Senario 2:

Puan Faridah, 28 tahun, baru 3 tahun mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki, bertugas di sebuah badan berkanun di ibu kota. Setelah melahirkan anak pertama hampir 2 tahun yang lalu beliau disahkan oleh doktor mengidap penyakit tekanan darah tinggi. Pada awalnya doktor menyarankan supaya Puan Faridah mengawal pemakanan dan cuba mengubah corak kehidupannya supaya menjadi lebih aktif, melibatkan diri dalam program senamrobik di tempat kerjanya dan cuba mengelakkan stress agar Puan Faridah tidak perlu begantung kepada ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah tingginya. Untuk beberapa minggu Puan Faridah cuba mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor di klinik kerajaan itu. Puan Faridah kerap terpaksa berhadapan dengan bebanan tugas di tempat kerjanya dan kerana kesibukan, beliau jarang dapat memasak makanan sendiri sebagai menu untuk sarapan pagi. Kerapkali terpaksa mengambil sarapan dan makan tengahari di luar. Suatu hari Puan Faridah di dapati pengsan di dalam lif dan telah dikejarkan ke hospital. Ujian perubatan yang dijalankan di unit kecemasan mendapati Puan Faridah mempunyai bacaaan darah tinggi 200/100 mmHg, paras kolesterol yang tersangat tinggi, glukosa darahnya menunjukkan paras 20.3 mmol/L dan badannya di dapati terlalu kekurangan air. Ia kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi.

Senario 3:

Makcik Saodah, wanita berumur lewat 60an, tinggal bersama anak lelaki En. Abd Rahman dan menantunya di sebuah pekan di Negeri Pahang. Makcik Saodah agak aktif, bekerja sendiri dengan menjual buah-buahan di pasar tani di Kemaman. Beliau biasanya pergi ke gerai tempat jualannya dan pulang ke rumah dengan berjalan kaki. En Abd Rahman, tidak pernah bimbang dan ambil kisah tentang kesihatan ibunya kerana Makcik Saodah amat jarang sakit; Makcik Saodah selalu memberitahu anak dan menantunya beliau sentiasa sihat, tidak ada penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.

Pada suatu pagi, jam 4:00, Makcik Saodah mengejutkan anak lelakinya dari tidur mengadu sesak nafas dan kedua kakinya terasa sangat sejuk. En Abd Rahman segera membawa emaknya ke unit Kecemasan Hospital Kemaman. Doktor yang memeriksa Makcik Saodah mendapati bacaan paras gula dalam darah beliau terlalu tinggi iaitu 25 mmol/L dan mendapati kedua-dua kakinya telah mengalami kerosakan saraf yang teramat serius. Kedua-dua tulang kaki disebelah lapisan dalam didapati kehitaman dan aliran darah banyak tersekat. Ujian ECG juga mendapati dengupan jantung Makcik Saodah juga mengalami masalah. Menurut penjelasan doktor kepada En. Abd Rahman, jika berpandukan keputusan ujian kesihatan yang dijalankan itu, ibunya besar kemungkinan sebenarnya telah bertahun-tahun mengalami masalah darah tinggi, jantung dan kencing manis. Ketika berada di bilik pemeriksaan di unit kecemasan Makcik Saodah tidak sedarkan diri lagi. Keesokan harinya, ketika doktor-doktor pakar sedang menunggu tandatangan persetujuan dari anak lelakinya untuk melakukan pemotongan kedua-dua kaki Makcik Saodah yang kini sedang dirawat di unit rawatan rapi, beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhirnya meninggalkan anak dan menantunya tanpa sempat meninggalkan apa-apa pesanan.

Senario 4:

Encik Mahadi, 45 tahun, seorang kakitangan kerajaan bertugas sebagai Penolong Pengawai Kesihatan Persekitaran. Isteri beliau juga adalah merupakan seorang kakitangan di kementerian kesihatan. Beliau telah beberapa tahun mengidap kedua-dua penyakit darah tinggi dan diabetes. Oleh kerana beliau sering ke kinik kesihatan atas urusan tugas, Encik Mahadi mendapatan rawatan darah tinggi dan diabetes di klinik secara berkala dan mengikut jadual. Tambahan pula isterinya juga bertugas di klinik yang sama tempat beliau mendapat rawatan. Kadangkala Encik Mahadi mendapati bahawa ubat klinik yang beliau ambil seringkali mendatangkan rasa tidak selesa seperti sakit sendi, sakit kepala dan pening-pening, rasa kebas di kaki dan sering keletihan semasa melakukan tugas-tugas waktu lanjutan. Encik Mahadi juga tidak gemar dengan rasa kelat dan pahit ubat metformin yang diambil untuk mengawal paras gula bagi penyakit kencing manisnya. Kadang-kala Encik Mahadi cuba berhenti dari mengambil ubat tersebut apabila paras gula dalam ujian darahnya menunjukkan bacaan normal, dan cuba membeli suplemen-suplemen dari luar berbentuk pil-pil herba yang turut dikempen oleh rakan-rakan beliau yang juga menghadapi masalah darah tinggi dan diabetes. Untuk beberapa waktu Encik Mahadi rasa keadaan kesihatannya bertabah baik dengan pengambilan suplemen-suplemen tersebut.

Pada suatu pagi ketika sedang memandu untuk ke tempat kerja, En. Mahadi tiba-tiba terasa gelisah tanpa sebab, dadanya berdebar-debar dan pandangan matanya menjadi kabur. Cahaya tiba-tiba hilang ghaib dari pandangan En Mahadi lalu keretanya melanggar tiang konkrik sebuah kedai di tepi jalan. En Mahadi meninggal di tempat kejadian.

Senario 5:

Encik Zahari, seorang guru berusia awal 30an, megajar dalam mata pelajaran agama dan aktif dalam portfolio sukan di sekolah tempat beliau mengajar.

Cikgu Zahari tidak pernah ke klinik kerajaan kerana tidak mengalami masalah kesihatan. Kadangkala bila mendapat demam, selsema dan sakit-sakit sendi Cikgu Zahari selalunya membeli ubat di kedai-kedai farmasi swasta.

Pada suatu malam, pihak sukan sekolah telah melantik beliau untuk melatih pasukan hoki sekolah untuk menjalankan latihan bagi perlawanan peringkat zon. Sebagaimana biasa, kerana mempunyai hubungan rapat dengan lain-lain guru serta kakitangan bukan akademik, ramai yang datang untuk memberi sokongan kepada Cikgu Zahari dan juga pasukan yang dilatihnya. Untuk meraikan mereka, Cikgu Zahari awal-awal lagi telah menempah sate dan meminta tolong pekerja pra untuk menyediakan tempat pembakaran agar hidangan tersebut dapat dinikmati bersama-sama semasa latihan sedang berjalan.

Selepas menunaikan solat Maghrib, Cikgu Zahari dalam keadaan siap bersedia berpakaian sukan bersama-sama dengan beberapa guru dan kakitangan bukan akademik sedang asyik membakar sate sementara menunggu pasukan anak didiknya bersedia untuk latihan, tiba-tiba Cikgu Zahari rasa tidak selesa di dada, dan perutnya terasa sangat pedih seolah-olah diserang gastrik.

Cikgu Zahari cuba memberitahu rakan guru-guru yang ada bersamanya tentang kesakitannya itu. Tiba-tiba buih putih keluar dari mulut Cikgu Zahari dan beliau rebah di atas padang hoki ketika itu juga. Guru-guru lain segera membawanya ke hospital berdekatan. Apabila tiba di zon merah dalam bilik kecemasan hospital, doktor yang bertugas atas panggilan mendapati Cikgu Zahari sudah tidak bernafas lagi.

KELIMA-LIMA senario si atas adalah kisah benar yang terjadi dan merupakan antara banyak-banyak kejadian yang selalu berlaku tentang serangan jantung dan komplikasi buruk akibat dari penyakit tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.

Kadang-kadang amat menakutkan bila difikirkan kerana seringkali kejadian-kejadian begini berlaku secara tiba-tiba dan tidak diduga. Ianya kerap berlaku di kalangan ahli keluarga kita, di sekitar orang-orang yang berkerja bersama-sama kita dalam satu pejabat atau sesiapa sahaja di kalangan orang-orang yang kita kenali.

Kencing manis dan darah tinggi, dua penyakit masa kini yang menjadi punca utama kematian akibat komplikasi-komplikasi buruk yang timbul setelah sekian lama mengidapnya samada disedari atau tidak. Serangan jantung, strok, amputasi dan seribu satu macam kesan menakutkan dari kedua-dua penyakit ini kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Kebanyakan dari senario diatas menggambarkan sikap tidak ambil peduli kita terhadap bahayanya kedua-dua penyakit ini jika tidak ditangani secara bijak. Ianya boleh mendatangkan komplikasi buruk dengan tidak diduga yang boleh menimpa sesiapa sahaja di kalangan kita. Dalam banyak keadaan punca kepada kedua-duanya adalah corak pemakanan dan gaya kehidupan yang menyalahi fitrah kejadian manusia.

Bagaimana caranya untuk kita mengelakkan diri dari menjadi sebahagian dari statistik dimana peningkatan kes-kes serangan jantung dan strok amat membimbangkan sekali sejak akhir-akhir ini. Sudah tentu sekali, antara jalan penyelesaiannya adalah dengan ilmu. Dengan ilmu pengetahuan kita akan dapat tahu tentang bahaya-bahaya serta kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi jika keadaan kesihatan diri kita, kita abaikan.

Mangsa-mangsa yang ditimpa malang dalam senario-senario yang dinyatakan di atas kebanyakannya masih muda usia. Mereka dan orang-orang di sekeliling tidak pernah terduga kejadian malang sedemikian akan terjadi dengan tiba-tiba. Sebahagian besar tidak pernah kelihatan sakit atau mengalami maslah kesihatan yang serius. Dan mereka yang ditimpa malang itu berkemungkinan selalu berfikir bahawa keadaan kesihatan mereka adalah memuaskan dan mereka juga tidak pernah terfikir akan kejadian-kejadian buruk sebegitu boleh menimpa diri masing-masing.

Kejadian-kejadian nasib malang dalam senario-senario di atas sebenarnya boleh dielak jika kita mempunyai kesedaran dan ilmu pengetahuan. Sikap pengabaian dan tidak ambil peduli akan betapa pentingnya penjagaan kesihatan diri mungkin boleh membawa kesan buruk ke atas diri kita sehingga bila tiba ketikanya, segala-galanya menjadi terlalu lewat untuk kita membaiki keadaan. Dan penafian kita kepada kebenaran ini mungkin boleh mengancam nyawa orang-orang yang kita sayang malah mungkin diri kita sendiri.

Berapa kerapkah anda mendengar khabar berita tentang orang-orang yang anda kenali di sekeliling anda yang pada hari semalam mereka kelihatan sihat-sihat sahaja. Tiba-tiba pada hari ini, tanpa disangka, mereka sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi kerana akibat komplikasi dari penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Kita tidak perlu pergi jauh untuk membuahkan kesedaran di fikiran kita bahawa kedua-dua penyakit darah tinggi dan diabetes kini semakin menjadi pendemik yang cukup membimbangkan di kalangan penduduk di negara ini masakini. Lihat sahajalah ahli dalam keluarga kita masing-masing, adakah di kalangan mereka yang sedang hidup dengan kedua-dua penyakit ini atau salah satu darinya. Perhatikanlah pula jiran-jiran di sekeliling kita, dari kiri dan kanan, hadapan dan belakang, saya pasti anda akan dapati ramai antara mereka yang setidak-tidaknya hidup dengan samada penyakit darah tinggi atau kencing manis.

Dalam membantu kita untuk mencari penyelesaian kepada kemelut ini, kini telah hadir sebuah buku (ebuku) yang ditulis oleh saudara Ahmad Idris yang telah 26 tahun bertugas dalam bidang perubatan. Beliau melontarkan persoalan, “Adakah ada tahu berapakah tekanan darah anda hari ini dan sekarang ini? Adakah anda juga tahu, berapakan paras gula dalam darah anda pada ketika ini?” Seandainya anda tidak dapat memberi jawapan kepada kedua-dua soalan ini, maka jelaskan bahawa kita semua tidak pernah ambil peduli ke atas keadaan kesihatan kita. Kita sanggup menghabiskan berberapa ratus RM untuk dibelanjakan pada bil-bil Astro semata-mata kerana hiburan tetapi tidak sanggup untuk mengeluarkan sedikit wang untuk membeli peralatan perubatan bagi mengukur tekanan darah tinggi kerana meganggap ianya tidak penting. Pada hari ini kita mengambil makanan-makanan yang menjuruskan kepada kedua-dua penyakit ini, tetapi seringkali beranggapan bahawa kesihatan kita akan sentiada berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Melalui buku ini, Saudara Ahmad Idris berkongsi pengalaman beliau yang didiagnos degan penyakit tekanan darah tinggi pada tahun 2010. Sejak mendapat rawatan untuk peyakitnya itu, beliau dapati keadaan tekanan darahnya tidak menjadi lebih baik. Dari pegawai perubatan biasa kemudian dirujuk kepada doktor pakar, beberapa medication disyorkan untuk diambil begi mengawal keadaan tekanan darah tinggi yang tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian sendiri tentang penyakit ini dari segi sejarah dan fisiologinya. Beliau telah membaca beratus-ratus jurnal perubatan, mendaftar diri dalam forum-forum kesihatan dan mendapatkan salinan beratus-ratus buku perubatan yang ditulis oleh pakar-pakar perubatan luar negara yang telah berjaya memberikan rawatan yang mencapai penyembuhan bukan sahaja kepada pesakit-pesakit yang mengidap masalah tekanan darah tinggi, diabetes, malah pelbagai lagi penyakit degeneratif seperti jantung, asthma, penyakit saluran penghadaman, masalah saraf dan kanser.

Buku setebal lebih dari 80 muka surat ini membincangkan secara terperinci faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh ditimpa penyakit tekanan darah tinggi. Dalam buku ini penulis menyatakan pendirian beliau bahawa penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes tidak sepatutnya dikawal. Penyelesaian yang paling bijak, selamat dan berkesan adalah merawat diri anda agar mencapai kesembuhan sepenuhnya dari kedua-dua penyakit ini. Bagi sesetengah doktor dan ramai pakar-pakar perubatan, mungkin pandangan ini menjadi satu kontroversi. Tetapi Saudara Ahmad Idris, melalui buku ini menampilkan perbincangan dan panduan langkah demi langkah yang perlu diamalkan oleh pengidap-pengidap tekanan darah tinggi dan diabetes untuk mencpai penyembuhan sepenuhnya.

Kini sejak awal tahun 2013 hingga sekarang, setelah mendapat rawatan susulan dan pemeriksaan berkali-kali di klinik kesihatan kerajaan, para-para doktor mengesahkan bahawa beliau bukan lagi pengidap tekanan darah tinggi. Dan segala rahsia dan petua-petua untuk membantu anda dalam mencari penyelelesaian kepada masalah penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes dikongsi bersama-sama di dalam buku ini. Selamat membaca dan selamat memulakan perjalanan anda untuk mencapai penyembuhan dari kedua-dua penyakit yang boleh membunuh secara senyap ini.

SUMBER:

http://cybersuccessbiz.blog.com/2016/05/14/mari-sembuh-dari-tekanan-darah-tinggi-diabetes/

Tiada ulasan: