
Suami berenang 5 jam demi selamatkan isteri di tengah laut

Kakak bunuh adik usia 3 tahun, kepala terpisah dari jasad
3 remaja perempuan buli nenek
KOSMO
layar menunjukkan tiga remaja perempuan menyimbah air pada pakaian kering milik seorang warga emas. - Tribunnews
JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan seorang warga emas dibuli tiga remaja perempuan di tepi sebatang sungai, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian itu berlaku di Buru dalam wilayah Maluku kelmarin.
Menerusi rakaman video berkenaan, seorang remaja itu menyimbah air pada pakaian kering milik wanita tersebut.
Meskipun dia memohon agar tidak diganggu, mereka meneruskan perbuatan keji itu sambil ketawa.
Mereka berterusan menyimbah air pada warga emas tersebut sebelum melarikan diri.
Ketua Polis Buru, AKBP Sulastri Sukidjang berkata, ketiga-tiga suspek berjaya ditahan dan sedang disoal siasat. – AGENSI
Padah ceroboh rumah, curi penyaman udara

Penunggang motosikal maut, pemandu lori lari

Dua lelaki samun kedai emas dalam pusat beli-belah
Empat rakyat Malaysia disah cedera dalam kemalangan bas di Norway
Astro Awani
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke dalam tasik di utara Norway. - Gambar/ AP
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan empat rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Pasresvatnet, Norway Khamis lalu.
Wisma Putra dalam kenyataan berkata, keempat-empat individu terbabit mengalami kecederaan ringan dan ditempatkan di Hotel Thon di Lofoten.
“Empat warga Malaysia disahkan menginap di Thon Hotel, mereka telah disediakan dengan penginapan.
“Walau bagaimanapun, disebabkan siasatan sedang dijalankan, penumpang ini tidak dibenarkan mengakses telefon atau komunikasi langsung dengan dunia luar.
“Kakitangan hotel juga dilarang memulakan hubungan dengan penumpang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Sebelum ini, laporan media menyebut, tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke dalam tasik di utara Norway.
Laporan awal menunjukkan penumpang bas yang sebahagiannya tenggelam dalam tasik, terdiri pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis dan Ukraine
Ketua Staf Daerah Polis Nordland, Bent Are Eilertsen, dilapor berkata: "Bas itu sebahagiannya tenggelam. Tiga kematian disahkan dan empat orang mengalami kecederaan parah.
"Pasukan kecemasan berjaya membawa keluar semua penumpang dari bas itu," katanya dilaporkan media antarabangsa.
Sementara itu, Wisma Putra memaklumkan, pasukan konsular Kedutaan sedang giat bekerjasama dengan pihak berkuasa Norway untuk menentukan jumlah rakyat Malaysia terlibat dan memberikan bantuan diperlukan.
Mufti Perlis: Sebat kesalahan khalwat di khalayak pilihan penguasa semata
Ketua Polis Negara saman papagomo kerana memfitnahnya
‘Duit tunai dalam beg galas’ - RM300k dikait menteri kewangan Sabah
Misteri lampu berkelip dalam parit, lelaki OKU ditemukan maut

Remaja 18 tahun maut dihanyutkan ombak besar selepas selfie tepi tebing

2 lelaki diberkas cuba sihir ketua negara
Tahanan Teluk Guantanamo Bay: 'Saya ditahan dalam keadaan bogel, bergari, kaki dirantai ke lantai berbulan-bulan'

Penganggur dipenjara 12 tahun atas kesalahan merompak dan menyamar sebagai polis
Lelaki panah anjing sudah didakwa - Polis
Lelaki dipercayai hayun rantai ke cermin kereta ditahan
Terengganu: Duda selesai disebat 6 kali disaksikan 70 orang
Bapa didakwa lilit leher, lambung anak ke katil
Kali ini giliran 'scammer' pula kena tipu
Kedah: Tiga termasuk suami isteri maut kemalangan

Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Bernama
HOUSTON: Seorang lelaki menembak tiga kanak-kanak dan remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas, lapor Xinhua memetik laporan tempatan.
Kanak-kanak dan remaja berusia antara 12 hingga 14 tahun itu ditembak selepas didakwa cuba merompak lelaki berkenaan di sebuah kompleks pangsapuri di barat laut Houston pada sekitar 10:30 malam waktu tempatan, Rabu, menurut Sheriff Harris County, Ed Gonzalez, di platform X.
Bagi mempertahankan dirinya, lelaki itu mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah mereka, kata Gonzalez.
Mereka kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan, manakala lelaki terbabit kekal di lokasi kejadian dan bekerjasama dengan pihak penyiasat.
Seorang kanak-kanak dipercayai berusia 12 tahun, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Seorang penghuni di pangsapuri itu mendakwa dia mendengar 10 das tembakan, menurut laporan media tempatan KTRK.
-- BERNAMA
Rupanya gara-gara tak puas hati motosikal kena tarik, wanita bakarnya

Lubang gergasi menanti mangsa di lebuh raya

Tular bakar motosikal, seorang wanita ditahan
Abd Razak Mohd Ali
IPOH: Polis menahan seorang wanita susulan video tular kejadian membakar sebuah motosikal di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping, semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata, penahanan wanita berumur 40-an itu dibuat ekoran laporan polis yang dibuat seorang lelaki kira-kira jam 4.27 petang semalam.
Menurutnya, berdasarkan video tersebut, seorang wanita telah menyimbah cecair, disyaki petrol ke atas motosikal lalu membakarnya.
“Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 7.30 petang, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping telah membuat tangkapan terhadap wanita tersebut bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mohamad Nasir berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati, motif kejadian berpunca daripada tidak berpuas hati kerana motosikal itu hendak ditarik kerana tertunggak bayaran selama 20 bulan.
Menurutnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.
Katanya, pihak polis akan mendapatkan permohonan reman terhadap suspek di mahkamah, pagi ini.
Baru sebulan kahwin, lelaki pijak anak tiri hingga patah tulang

Bas jatuh gaung 4 maut, 24 cedera
