"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar wanita dihempap bongkah konkrit

Wanita dihempap bongkah konkrit
St Petersburg: Seorang wanita cedera parah di kepala selepas dihempap bongkah konkrit yang jatuh dari sebuah balkoni ketika dia menolak kereta sorong anaknya.

Bagaimanapun, anaknya bernasib baik kerana tidak cedera.

Ibu berusia 31 tahun itu dikejarkan ke hospital dan dipercayai tenat.

Polis kini berusaha mencari saksi, tetapi percaya bongkah konkrit berkenaan jatuh dari balkoni sebuah bangunan kediaman.

Mereka menyifatkan ia kes jenayah kerana mengesyaki kejadian berpunca daripada kegagalan menyelenggara bangunan itu.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: