"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Minta bantuan orang ramai kesan guru wanita hilang
BERNAMA
NUR Nazalishah Ahmad. FOTO media sosial
Ipoh: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang guru perempuan berusia 43 tahun yang dilaporkan sejak 10 Disember lalu.
Nur Nazalishah Ahmad yang tinggal di Taman Lapangan Harmoni di sini kali terakhir dilihat berada di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan kehilangan wanita itu dibuat oleh adiknya di Balai Polis Tampoi, Johor.
"Mengikut laporan awal yang diterima, wanita berkenaan dilaporkan hilang kerana dipercayai mempunyai masalah rumah tangga," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Ular sawa 7 meter belit motosikal sebelum ditetak
KOSMO!
SEEKOR ular sawa sepanjang tujuh meter muncul di Luwu. - Foto Istimewa
JAKARTA – Seekor ular sawa sepanjang 7 meter membelit sebuah motosikal milik sepasang suami isteri di bandar Luwu, wilayah Sulawesi Selatan semalam, lapor portal berita detikcom.
Kejadian berlaku di Dusun Batete pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan).
Seorang penduduk setempat, Atika menyatakan bahawa pasangan suami isteri itu terkejut melihat ular sawa gergasi tiba-tiba muncul dari dalam semak.
“Mereka tidak dapat berpatah balik kerana ular itu membelit motosikal,” ujarnya.
Atika berkata, si isteri berlari ke sebuah perkampungan, manakala si suami berada di lokasi mengawasi ular tersebut.
Penduduk kampung yang kemudian menetak ular sawa tersebut hingga mati. – AGENSI
Kes penyeludupan dadah menerusi udara meningkat
FMT Reporters
PETALING JAYA: Sebanyak 135 kes penyeludupan masuk dan keluar dadah menerusi pengangkutan udara di pintu masuk negara direkodkan antara Januari hingga Disember tahun ini, meningkat 22% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Cawangan Perhubungan Awam Jabatan Kastam berkata pada tahun lalu hanya sebanyak 111 kes penyeludupan dadah menerusi udara direkodkan.
Katanya, bagi menangani masalah itu satu perbincangan diadakan pada 17 Dis lalu melibatkan Bahagian Penguatkuasaan Kastam bersama Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd serta pihak Cargo Terminal Operator berlangsung.
“Perbincangan turut memuktamadkan strategi penguatkuasaan di dalam kawasan Zon Bebas termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA 2. Ia mendapat sambutan positif daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta Cargo Terminal Operator.
“Kastam juga akan menggunakan sepenuhnya tambahan 66 unit mesin pengimbas yang ditempatkan di seluruh Malaysia serta 20 ekor anjing pengesan dadah bagi membanteras penyeludupan dadah ini,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.
Katanya, mana-mana individu atau pihak yang terlibat sama ada membuat pengikraran dagangan atau mengangkut dagangan perlu lebih berhati-hati.
“Kastam sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan agensi lain dalam mengawal pintu keluar masuk negara demi mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
“Orang awam diminta untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di seluruh negeri,” katanya.
Polis Indonesia tahan 18 pegawai peras ugut rakyat Malaysia
Malaysiakini
Polis Indonesia menahan 18 pegawai yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan terhadap warga Malaysia yang menghadiri festival muzik Djakarta Warehouse Project (DWP) pada 13 Disember lalu.
Pegawai yang ditahan itu dari pelbagai unit termasuk Polda Metro Jaya, Polres Metro Jakarta Pusat, dan Polsek Metro Kemayoran dan kini sedang disiasat, menurut agensi berita Indonesia, Antara.
"Bahagian Propam (Profesi dan Pengamanan Kepolisian Republik Indonesia) telah menahan 18 pegawai yang disyaki bertugas semasa kejadian.
“Kesemua mereka akan disiasat lanjut untuk memastikan sebarang pelanggaran ditangani," kata Brigedier Jeneral Trunoyudo Wisnu Andiko, Ketua Biro Maklumat Awam Polis Nasional Indonesia.
Kes ini terbongkar selepas seorang pengguna media sosial di X, @Twt_Rave, mendakwa lebih 400 peserta dari Malaysia menjadi mangsa penahanan sewenang-wenangnya dan ujian air kencing secara paksa.
Pengguna itu mendakwa pegawai polis meminta sejumlah wang termasuk daripada mereka yang didapati negatif dadah.
"Didakwa bahawa pegawai polis telah memeras penonton dari Malaysia sehingga berjumlah 9 juta Ringgit (kira-kira Rp32 bilion)," kata pengguna tersebut.
Polis Nasional Indonesia berjanji menjalankan siasatan secara telus terhadap dakwaan itu bagi mengekalkan kepercayaan awam dan memastikan akauntabiliti dalam pasukan polis.
"Polis Nasional tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran yang dilakukan oleh anggotanya.
"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang salah laku, tanpa mengira pangkat atau jawatan," tegas Brigedier Jeneral Trunoyudo.
Insiden ini telah mencetuskan kemarahan awam, terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menteri hisap rokok di kedai makan sudah bayar kompaun
‘Berasap’ di kedai makan, Tok Mat dah bayar kompaun
FMT Reporters
PETALING JAYA: Menteri Luar Mohamad Hasan berkata beliau sudah membayar kompaun selepas dikenakan notis akibat merokok di sebuah kedai makan di Seremban baru-baru ini.
Mohamad atau dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, beliau menjelaskan kompaun yang dikenakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban itu sehari selepas menerima notis berkenaan, lapor Harian Metro.
“Saya sudah bayar kompaun… Alhamdulillah, tiada apa lagi yang berbangkit.
“Syukurlah kompaun yang dikenakan itu tidak terlalu tinggi dan semuanya selesai,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau itu enggan mendedahkan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap beliau.
Sebelum ini, tular foto Mohamad yang dilihat memegang sebatang rokok ketika duduk bersama sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Seremban.
Pada Rabu lalu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata notis akan diberikan kepada Mohamad selepas beliau sendiri minta dikompaun atas kesalahan itu.
Dzulkefly berkata tiada sesiapa pun terkecuali daripada penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Beliau berkata, Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lalu akan dilaksanakan tanpa pilih kasih.
Mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, sesiapa yang didapati merokok di kawasan larangan merokok boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun, manakala pemilik perniagaan yang gagal mempamer papan tanda larangan merokok boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.
Seksyen 16 Akta 852 pula memperuntukkan individu merokok di kawasan larangan merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000
Ratusan warga asing ditangkap guna IC palsu untuk kerja di Malaysia
FMT Reporters
PETALING JAYA: Ratusan warga asing ditahan kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di sebuah kilang di Senai, Johor.
Serbuan ke atas perusahaan itu dibuat pada 19 Dis, susulan tangkapan empat warga asing atas kesalahan sama beberapa hari sebelum itu.
Pengarah Imigresen Johor Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata pihaknya menangkap antaranya 74 lelaki dan 54 wanita warga asing, dalam Ops Mahir bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor.
“Dalam serbuan ini, seramai 292 warga asing dan tempatan diperiksa dan 129 individu telah ditahan.
“Hasil siasatan awal mendapati, sejumlah warga asing tersebut menggunakan dokumen pengenalan diri warga tempatan untuk memohon kerja,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, semua ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
“Tahanan warga asing ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.
Rusdi berkata, pihaknya komited terus memerangi dan tidak akan berkompromi dengan majikan, pemilik premis, dan individu menggaji serta melindungi pendatang asing tanpa izin.
Gambar bogel profesor: ‘KPT, UM tak akan kompromi jika terbukti bersalah’
Malaysiakini
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata pihaknya memandang serius sebarang isu melibatkan salah laku dan pelanggaran melibatkan kakitangan institusi pengajian tinggi.
Merujuk dakwaan seorang pensyarah Universiti Malaya (UM) menghantar gambar bogel kepada pelajar, KPT memberi jaminan pihaknya dan UM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika terbukti bersalah dan tindakan tegas akan diambil.
“Kementerian dimaklumkan isu ini telah ditangani secara rasmi sejak tarikh aduan diterima, dan Unit Integriti UM sedang menjalankan siasatan secara aktif. Semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya.
“UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual, dan langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak,” kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.
Pada 18 Disember lalu, UM berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan seorang pensyarah menghantar gambar bogelnya kepada beberapa pelajar.
Perkara itu dibangkitkan oleh Kelab Feminisme UM (UMFC) dua hari sebelumnya, yang turut mendakwa pensyarah itu mempunyai sejarah dakwaan gangguan seksual dan telah dilaporkan oleh pelajar sebelum ini.
Semalam, UMFC menyerahkan memorandum kepada pihak pentadbiran UM, yang antara lain mendesak pensyarah tersebut digantung tugas.
Dalam pada itu, KPT menyeru semua pihak memberi ruang untuk siasatan dibuat secara menyeluruh, memandangkan individu yang terlibat telah membuat laporan polis.
“Kementerian menegaskan sebarang tindakan yang diambil mestilah selaras dengan undang -undang sedia ada, kerana langkah yang melanggar tata cara perundangan akan mencabuli proses siasatan yang sedang berlangsung,” kata Kementerian itu lagi.
Bayar RM13,000 masuk haram lalu Singapura
FMT Reporters
PETALING JAYA: Sebuah rumah transit di Larkin Indah, Johor, diserbu disyaki lokasi menyeludup warganegara Bangladesh ke negara ini dengan bayaran RM13,000.
Dalam serbuan pada 19 Dis, dua lelaki warganegara itu berusia 37 dan 42 tahun ditahan disyaki penjaga rumah pangsapuri dan pemudah cara.
Pengarah Imigresen Johor Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata beberapa naskah pasport Bangladesh dan wang tunai RM14,500 dirampas serta sebuah kenderaan disita.
“Aktiviti penyeludupan warganegara Bangladesh ke Malaysia ini dipercayai telah dijalankan sejak dua bulan lalu.
“Sindiket telah mengenakan bayaran RM13,000 seorang bermula dari Bangladesh ke Malaysia melalui Singapura,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, operasi ke atas rumah transit itu susulan tangkapan seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui pintu masuk Kompleks Sultan Abu Bakar.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Pasport 1966.
Wanita warga emas pakai tangkal halau jin
NORISMA NAJWA CHE ISMAIL
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok.
PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas dilihat memakai tangkal besi berani di pinggang didakwa untuk melindungi diri daripada gangguan jin dan bahaya.
Menerusi perkongsian oleh Pusat Rawatan Taubah di Tiktok, memaparkan warga emas tersebut mengikat tangkal besi berani di pinggangnya sebagai usaha untuk menghalau dan menghindari gangguan makhluk halus.
Namun, hasil daripada penggunaan tangkal itu, keadaan rumah wanita tersebut tetap diganggu dengan penampakan serta bunyi-bunyi yang menyeramkan.
Selain daripada memakai tangkal tersebut, perawat sebelumnya turut memberikan minyak pengasih serta beberapa tangkal lain kepada warga emas itu untuk berlindung daripada bahaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir serupa dengan kisah keluarga itu.
“Macam kisah keluarga saya. Pergi jumpa bidan sebab anak asyik menangis. Bidan bagi tangkal untuk dipakai di pinggang anak. Rupanya dalam tangkal itu ada ‘kadam’ bidan. Dia nak buang sedikit demi sedikit. Tak nak ada ‘kadam’ lagi. Tapi kenapa perlu bagi dekat bayi?” kata Riraira.
“Dulu masa saya kecil pernah pakai macam ni. Mak dan ayah pun pernah pakai. Rumah lama tu macam-macam ada. Dengar bunyi main guli, saudara-mara nampak nenek tua duduk di bucu katil, terutama waktu mak saya sakit,” ujar Azira. – KOSMO! ONLINE
Kelantan: Remaja berusia 15 tahun dirogol di stor PPS semasa banjir
Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Tujuh kes jenayah termasuk satu kejadian rogol di pusat pemindahan sementara (PPS) direkodkan sepanjang banjir gelombang pertama baru-baru ini, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berkata, enam kes jenayah lain adalah membabitkan kes pecah rumah (empat kes), curi kenderaan motosikal dan cabul masing-masing satu kes.
Katanya, kejadian rogol itu membabitkan mangsa berusia 15 tahun manakala suspek adalah 23 tahun yang juga seorang buruh binaan.
"Kejadian itu berlaku jam 12.30 tengah malam pada 2 Disember lalu di sebuah stor di PPS terbabit dan dikatakan mangsa serta suspek berkenalan di sana.
"Kejadian itu diketahui abang mangsa dan mereka mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu selepas disoal siasat oleh keluarga.
"Laporan polis dibuat sebelum suspek ditahan pada 6 Disember dan direman selama tujuh hari," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Mohd Yusoff berkata, pertuduhan dibuat di Mahkamah Syariah Kota Bharu pada 12 Disember lalu, namun suspek tidak mengaku bersalah dan tiada sebarang jaminan ditawarkan.
Menurutnya lagi, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan hakim menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 14 Januari depan.
"Kita anggap kes rogol yang berlaku di PPS ini adalah jenayah terpencil namun perlu dipandang serius kerana membabitkan mangsa bawah umur," katanya.
Lelaki didakwa tipu tukaran wang asing parah dipukul
Bernama
SHAH ALAM: Seorang lelaki cedera parah akibat dibelasah sekumpulan individu yang dipercayai tidak berpuas hati kerana ditipu membabitkan urusan pertukaran mata wang asing di Jenjarom, Kuala Langat semalam.
Ketua Polis Kuala Langat, Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor Hospital Banting kira-kira 10.50 malam semalam yang memaklumkan seorang lelaki tempatan mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan dirawat di zon merah.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan enam lelaki berusia 25 hingga 53 tahun dan direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
“Mereka ditahan di sekitar Kuala Langat dan Kuala Lumpur. Berdasarkan siasatan, dipercayai mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dipukul menggunakan senjata kayu dan objek tumpul sehingga mengakibatkan kecederaan itu.
“Polis masih mengesan suspek lain yang terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, tular menerusi laman sosial rakaman video memaparkan sekumpulan individu bertindak membelasah seorang individu berdekatan dengan sebuah restoran dalam kawasan Kuala Langat malam semalam.
Remaja nekad terjun laut, cari rakan ‘ditelan’ ombak
KOSMO
Tangkap layar menunjukkan seorang remaja terjun ke laut bergelora untuk mencari sahabatnya yang hilang. - Istimewa
JAKARTA – Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun mengundang perhatian orang ramai apabila dia terjun ke dalam laut untuk mencari rakannya yang hilang ‘ditelan’ ombak, lapor portal berita Detik News hari ini.
Kejadian berlaku di Pantai Malalayang, bandar Manado, dalam wilayah Sulawesi Utara semalam.
Rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan remaja itu menangis di tepi sebuah tebing sebelum terjun ke dalam laut bergelora.
Meskipun dihalang oleh penduduk tempatan, dia nekad berbuat sedemikian untuk mencari sahabatnya yang hilang.
Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Manado, Jandry Paendong berkata, remaja tersebut segera diselamatkan, manakala mangsa yang hilang masih dalam pencarian.
“Operasi SAR memasuki hari ketiga hari ini. Kira-kira empat penyelam dan dua bot dikerah ke tempat kejadian,” tambahnya. – AGENSI
Misteri 3 basikal diletak di tengah jalan raya
KOSMO!
TIGA buah basikal diletakkan di atas sebatang jalan raya. - Foto Facebook
SINGAPURA – Seorang pemandu kenderaan e-hailing terpaksa menekan brek mengejut awal pagi tadi selepas melihat tiga basikal bersusun di atas sebatang jalan raya di Singapura, lapor portal berita MSNews hari ini. .
Menurut catatan di laman Facebook, dua syarikat perkongsian basikal berbeza disyaki sebagai pemilik ketiga-tiga kenderaan tersebut. Tiga basikal itu diletakkan di hadapan sebuah perhentian bas berhampiran selekoh menuju ke Stirling Road.
Pada kira-kira pukul 2 pagi (waktu tempatan), pemandu e-hailing itu menyedari kehadiran tiga basikal di jalan raya tersebut.
Untuk mengelak daripada melanggar basikal-basikal itu, dia menekan brek menyebabkan penumpangnya menumpahkan makanan di dalam kereta.
Pemandu itu keluar daripada kenderaan untuk mengalihkan basikal-basikal itu.
Namun, sebelum sempat dia mengalihkan basikal ketiga, sebuah teksi lain gagal berhenti tepat pada masanya lalu merempuh basikal tersebut.
Netizen menyuarakan kemarahan mereka terhadap kejadian itu dan menganggap ia sebagai gurauan tidak bertimbang rasa dan berbahaya.
Polis Singapura bagaimanapun mengesahkan bahawa laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. – AGENSI
Kelantan: Pelanggan hotel lari akibat tebing sungai runtuh
Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my
Pengarah Hotel GRV, Gan Yeong Shuoh meninjau keadaan terkini runtuhan tebing Sungai Kelantan di Jalan Post Office Lama, pada Isnin lalu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota Bharu: Pelanggan Hotel Grand Riverview (GRV) masih selamat untuk menginap di hotel berkenaan biarpun berlaku runtuhan tebing Sungai Kelantan di Jalan Post Office Lama di sini, Isnin lalu.
Pengarah Hotel GRV, Gan Yeong Shuoh berkata, pihaknya sudah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan untuk melakukan pemeriksaan awal serta kajian lebih teliti sejurus runtuhan berlaku.
"Pihak kami dimaklumkan bahawa kawasan di sekitar hotel adalah selamat.
"Namun agak menyedihkan apabila ada kalangan pelanggan hotel membatalkan tempahan bilik disebabkan bimbang dengan situasi yang berlaku.
"Tidak dinafikan perniagaan hotel sedikit terjejas, namun saya ingin tegaskan lokasi hotel kami masih selamat dan pelanggan tidak perlu berasa bimbang untuk datang menginap di sini.
"Jarak runtuhan tebing dengan lokasi hotel adalah lebih 300 meter dan dalam masa terdekat ini, pihak kami akan membuat satu video pendek untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada pelanggan," katanya tadi.
Yeong Shuoh berkata, Hotel GRV ditubuhkan pada tahun 1996 dan kejadian runtuhan tebing yang berlaku itu adalah kali pertama sepanjang mereka beroperasi.
"Kejadian runtuhan tebing ini tidak pernah terjadi pada musim tengkujuh lalu. Apa yang berlaku baru-baru ini adalah di luar jangka.
"Pada 27 November lalu, pokok ara yang terletak di belakang hotel tumbang disebabkan angin kencang namun ia tidak menjejaskan kawasan di sekitar hotel," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan, tengah hari Isnin lalu.
Runtuhan itu menyebabkan laluan pejalan kaki dan rekreasi turut runtuh pada ketinggian hampir 10 meter.
Dalam pada itu, JPS Kelantan sedang merangka pelan tindakan pemulihan tebing Sungai Kelantan yang runtuh itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, JPS sudah mengadakan lawatan segera ke lokasi bagi menilai situasi dan kini sedang merangka pelan tindakan pemulihan tebing berkenaan.
Selain itu, agensi lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Galian Galian (PTG) juga akan terbabit dalam usaha tindakan susulan bagi memastikan langkah pemulihan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.
Lelaki melecur ayam goreng dimakan meletup
KOSMO
Tangkap layar menunjukkan makanan itu meletup secara tiba-tiba. - NewsX
BRASILIA – Seorang lelaki di Brazil mengalami melecur apabila hidangan kroket inti ayam goreng yang dimakannya meletup secara tiba-tiba, lapor portal berita Mail Online semalam.
Kejadian berlaku di sebuah restoran di bandar Curitiba, selatan Brazil.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelanggan sedang menikmati hidangan yang dibeli.
Suasana tenang bertukar cemas apabila makanan tersebut meletup dan memancutkan intinya yang panas ke wajah mangsa.
Lebih menyeramkan, makanan itu turut mengeluarkan haba panas ke ruang udara.
Pemilik restoran, Christian de Souza Amaral berkata: “Letupan itu terlalu kuat seperti bunyi tayar meletup. Saya terkejut melihat intinya ‘melekat’ pada wajah pelanggan.
“Makanan itu dikeluarkan daripada mesin penggoreng kira-kira lima minit sebelum diberikan kepada pelanggan,” jelas Amaral.
Mangsa segera diberikan pertolongan cemas sebelum dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
“Masih belum diketahui bagaimana makanan itu meletup,” tambahnya. – AGENSI
Remaja Maghribi didakwa cabul penumpang wanita dalam pesawat
FMT Reporters
PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki 16 tahun warga Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan mencabul seorang wanita ketika dalam penerbangan dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Remaja itu mengaku bersalah selepas tuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman pada 19 Feb ini bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, lapor Sinar Harian.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita warga Malaysia berusia 26 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, dalam pesawat EY418, Etihad Airways dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur, pada jam 12 tengah malam, 18 Dis lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 10 tahun, denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu.
Mengikut fakta kes, remaja itu yang duduk di sebelah wanita itu mengusap paha hingga punggung mangsa menggunakan tangannya.
Tertuduh kemudiannya meletakkan kepalanya di lengan mangsa dan berpura-pura tidur.
Mangsa yang tidak berpuas hati memanggil pramugari yang bertugas seterusnya membuat laporan polis selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur ‘Ain Madihah Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Zahidi Afiq Mohd Zaid.
Semasa prosiding, Zahidi merayu anak guamnya dikenakan jaminan yang rendah. Katanya, remaja itu datang ke negara ini untuk melancong dan melawat bapa saudaranya yang bekerja sebagai pelayan restoran di Bukit Bintang.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan dua penjamin warga tempatan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Penjajaran politik baharu: Bila Zahid dapat ‘offer’
Mohsin Abdullah
Pendedahan Zahid Hamidi berhubung tawaran bentuk penjajaran baharu dengan PN cetus pelbagai reaksi.
Ini kisah lama yang tidak terlalu lama dan jika diambil kira perkembangan terbaharu ia wajar diberi perhatian.
Bermula dengan imbas kembali 24 Nov lalu, apabila Pengerusi BN Zahid Hamidi mendedahkan ada Ahli Parlimen pembangkang memujuk beliau membawa BN keluar daripada kerajaan perpaduan sekali gus membentuk satu penjajaran atau ‘alignment’ politik baharu.
Menurut cerita Zahid, beliau ditawarkan jawatan perdana menteri jika berbuat demikian. Kata Zahid beliau menolak. Beliau bagaimanapun tidak menamakan siapa yang datang berjumpa dan membuat tawaran.
Seperti dijangka itu mencetus reaksi pelbagai pihak. Ada yang puji kesetiaan Zahid terhadap kerajaan dengan menolak tawaran. Ada melihatnya gimik Zahid nak tunjuk hero. Ada yang ketawa seperti bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin.
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari pula mendakwa pendedahan itu ditujukan kepada PMX (Anwar Ibrahim) supaya ‘ambil perhatian. Jujur saya ketika itu cenderung untuk bersependapat.
Bertanya saya kepada diri sendiri mungkin kah itu mesej Zahid kepada Anwar dan kerajaan perpaduan keseluruhannya agar ‘jangan main main dengan kami? ‘Kami’ disini merujuk Zahid dan Umno yang dipimpinnya.
Jika menggunakan analogi kisah cinta maka ini bagai seorang yang dalam satu relationship memberi isyarat kepada kekasihnya supaya jaga dia baik-baik kerana ada kekasih lain yang menunggu dan sedia menerimanya.
Namun beberapa hari kemudian tampil Hamzah Zainudin, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga timbalan presiden Bersatu mengesahkan memang ada seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berjumpa Zahid dan mencadangkan Umno (BN?) keluar daripada kerajaan. Jelas Zahid bercakap benar. Bukan gimik.
Bagaimanapun menurut Hamzah perbincangan itu hanyalah antara ‘dua sahabat lama’ tanpa mandat daripada kepimpinan PN. Ahli Parlimen PN yang membuat cadangan rupanya Shahidan Kassim yang mewakili Arau.
Diulangi– Shahidan kata Hamzah tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang tawaran kepada parti lain menyertai gabungan PN.
“Tidak ada mandat untuk beliau (Shahidan) bercakap dengan presiden Umno (ajak masuk PN). Cuma sebagai kawan tidak salah bercakap, mencadangkan sesuatu yang (perlu) dilakukan ia rasa lebih baik”, kata Hamzah.
Maksudnya Umno masuk PN sesuatu yang perlu dilakukan kerana ia lebih baik? Adakah itu maksud Hamzah? Apa pun sememangnya Shahidan tidak ada mandat untuk buat apa apa offer dan beliau melontar cadangan sebagai ‘seorang kawan lama’ Zahid. Benar mereka berdua kawan lama. Sejak semasa Shahidan duduk dalam Umno suatu masa dahulu. Mungkin juga sebelum itu.
Namun terpanggil saya untuk bertanya andainya Zahid mahu menerima cadangan Shahidan tidakkah nanti si kawan lama akan membawa persetujuan Zahid kepada pucuk pimpinan? Ertinya apa yang bermula atas nama ‘tidak rasmi’ akan akhirnya menjadi rasmi. Sembang kosong bertukar jadi sembang berisi. Bukan begitu?
Oh hampir terlupa nak cakap. Menurut Zahid pertemuan bukan berlangsung dengan Shahidan sahaja. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perincian lanjut perkara itu. Apa pun saya menyimpulkan PN atau ada pada kalangan pemimpinnya berminat merampas kuasa memerintah negara melalui jalan pintas.
Tak mahu susah payah melalui proses pilihan raya. Gemar bertindak ala Langkah Sheraton.
Apa pun mengambil kira respon Zahid yang dikatakan menolak cadangan dan pelawaan, Kerajaan perpaduan is not about to fall dengan Langkah Sheraton 2.0.
Bagaimanapun katalah, just for the sake of argument, Umno/BN menerima offer berkenaan dan melangkah keluar. Adakah kerajaan akan tumbang? BN ada 30 Ahli Parlimen.
Keluar bererti kerajaan kurang 30 Ahli Parlimen. Namun masih ada 115 ahli dalam Dewan Rakyat yakni melebihi majoriti mudah 112. Ini belum kira dua ahli bebas dan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada PMX.
Pada pihak pembangkang PN ada 68 Ahli Parlimen dan Muda ada satu. Oleh kerana Muda bersendirian maka perkiraannya ialah 68 (PN) campur 30(BN). Do the math.
Kerajaan perpaduan boleh terus memerintah dengan tenang dan selamat sehingga pilihan raya umum akan datang yang mesti diadakan selewat lewatnya 2027.
Tempoh yang ada wajar digunakan untuk membuat reformasi yang masih tertangguh. Yang sudah dilaksana, Alhamdulillah. Yang belum percepatkan usaha melaksanakannya.
Beralih perkembangan terbaharu yang saya katakan di awal penulisan ini. Ada eloknya kerajaan meneliti peringatan bekas timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin Amanah Hanipa Maidin bahawa pelantikan Musa Aman sebagai gabenor Sabah akan menjadi cabaran besar kepada PMX apabila beliau mahu menyakinkan pengundi pada PRU mendatang.
Jabatan Peguam Negara tempoh hari menarik balik rayuannya berkaitan pembebasan Zahid daripada pertuduhan rasuah kes berhubung Sistem Visa Luar Negara.
Dan semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Rosmah Mansor, isteri Najib Razak daripada 17 tuduhan pengubahan wang haram dan mengelak cukai terhadapnya.
Mahkamah ada sebab dan alasan dalam membuat keputusan. Sememangnya keputusan mahkamah mesti dhormati. Malah ramai yang akur.
Namun dalam akur ada yang tidak merasa senang. Dan wajar atau tidak, adil atau sebaliknya kerajaan dipersalahkan. Ini kerajaan Madani mesti beri perhatian.
Samseng 'jari lucah' diburu polis
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
Pemandu dan penunggang p-hailing yang bergaduh di Jalan PJS 8/5 Sunway Mentari dicari polis. FOTO IHSAN PEMBACA
Petaling Jaya: Pemandu kereta dan penunggang p-hailing yang dipercayai terbabit pergaduhan di Jalan PJS 8/5 Sunway Mentari di sini, dikehendaki polis.
Rakaman video kejadian yang tular di media sosial memperlihatkan penghantar makanan itu menunjukkan isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya terkesan rakaman berdurasi 29 saat di media sosial Facebook, jam 8 pagi tadi.
"Rakaman video berkenaan memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak menunjukkan isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta semasa berada di susur masuk jalan.
"Satu laporan dibuat pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berhubung insiden berkenaan," katanya.
Justeru, beliau berkata, polis menggesa mangsa dalam kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.
Katanya, usaha mengesan dan menangkap pelaku juga sedang giat dijalankan.
Beliau meminta saksi yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Bapa dipenjara 15 tahun, 5 sebatan kerana sumbang mahram
Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my
Seremban: Penoreh getah dihukum penjara selama 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 11 tahun, pada 2019.
Tertuduh berusia 52 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Mahkamah memerintahkan hukuman terhadap tertuduh itu bermula dari tarikh tangkapan pada 31 Januari 2020 dan turut mengarahkan lelaki itu dikenakan lima kali sebatan.
"Setelah mendengar rayuan tertuduh dan fakta keterangan bagi kes ini berserta faktor pemberatan dari pihak pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh didapati bersalah.
"Tertuduh juga diarahkan menjalani pengawasan polis setahun selepas tamat hukuman dan kaunseling pemulihan dua tahun dalam tempoh hukuman berjalan," katanya.
Terdahulu, Peguam Muhamad Hafiz Leman memohon hukuman penjara minimum dikenakan terhadap anak guamnya bermula dari tarikh tangkapan dengan mengambil kira faktor umur tertuduh.
"Tertuduh berazam untuk membina hidup baharu apabila dibebaskan kelak dan menjaga ibunya," katanya.
Manakala Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni dalam hujahannya memohon hukuman setimpal dan mengambil kira faktor kesalahan berat yang dilakukan tertuduh sebagai seorang bapa.
"Pengakuan salah bukan faktor peringanan, tertuduh sebagai bapa sifatnya melindungi tetapi telah mengambil kesempatan (terhadap anak) dan mohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh," katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didapati melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 11 tahun ketika kejadian yang mana perhubungan tertuduh dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang untuk berkahwin dengannya.
Kesalahan itu dilakukan kira - kira jam 8 malam hingga 12 tengah malam antara Jun sehingga Disember 2019 di dalam bilik di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin.
Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah juga disebat, jika sabit kesalahan.
Dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
Sinar Harian
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Seorang lelaki bukan saja cedera akibat dipukul malah turut melecur akibat ditekap dengan seterika panas selepas mendakwa dikurung ahli keluarga teman wanitanya dalam kejadian di Kampung Merotai Besar, di sini pada Khamis.
Mangsa berusia 27 tahun itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan bertindak mendapatkan bantuan orang ramai sebelum laporan polis dibuat.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati kejadian bermula berlaku pada Selasa lalu selepas mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada teman wanitanya yang memberitahu bahawa dia sedang mengandung.
Menurutnya, mangsa sekali lagi menerima pesanan ringkas dari pada keesokkan harinya yang meminta mangsa datang ke rumahnya.
"Selepas tiga jam kemudian, mangsa tiba di rumah keluarga teman wanitanya dan diarah masuk ke dalam bilik dan mendakwa telah dikurung oleh bapa wanita tersebut.
"Situasi bertambah tegang apabila mangsa mendakwa dipukul dengan kepala tali pinggang dan ditumbuk di bahagian kepala oleh abang teman wanitanya selain turut diancam dengan pedang samurai.
"Teman wanita mangsa pula didakwa turut mencederakannya dengan alat seterika panas yang menyebabkan lengan sebelah kiri mangsa melecur," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Jasmin berkata, mangsa berjaya melarikan diri dengan memecahkan tingkap bilik dan berlari ke jalan utama bagi mendapatkan bantuan orang awam.
"Susulan kejadian itu, kira-kira jam 10.30 malam, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai berjaya menahan dua suspek lelaki berusia antara 30 tahun dan 64 tahun serta seorang suspek wanita berusia 25 tahun selepas cuba untuk melarikan diri.
"Turut dirampas seterika, telefon bimbit dan pedang samurai bersarung yang disyaki digunakan semasa kejadian," katanya.
Ujarnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan sengaja dan membuat ugutan jenayah," katanya. - Sinar Harian
Lelaki warga China mengaku bersalah 'buka balai polis' di New York
AGENSI
NEW YORK: Seorang penduduk New York yang menurut pendakwa raya mengendalikan 'balai polis rahsia' di daerah Chinatown di Manhattan, di sini, bagi membantu Beijing menyasarkan penentangnya, mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat untuk bertindak sebagai ejen asing tidak berdaftar.
Chen Jinping, 61, membuat pengakuan itu ketika sesi perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brooklyn di hadapan Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS), Nina Morrison.
Pada 30 Mei lalu, mahkamah mengumumkan lelaki itu berdepan hukuman penjara lima tahun.
Ketika berada di mahkamah, Chen mengaku mengalih keluar artikel dalam talian mengenai balai polis yang didakwa dibuka bagi pihak kerajaan China pada September 2022.
Chen dan seorang lagi defendan yang berpangkalan di New York, Lu Jianwang, pada mulanya ditangkap pada 17 April 2023.
Lu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang sama, selain didakwa menghalang keadilan ditegakkan.
Penangkapan ke atas dua warga China itu dibuat berikutan penyiasatan pada 2022 yang diterbitkan oleh kumpulan advokasi berpangkalan di Sepanyol, Safeguard Defenders yang melaporkan China menubuhkan 'stesen perkhidmatan' di luar negara termasuk di New York.
Ia beroperasi secara haram dengan polis China menekan pelarian supaya kembali ke China.
Jabatan Kehakiman meningkatkan siasatan terhadap apa yang dipanggil 'penindasan transnasional' oleh musuh AS seperti China dan Iran untuk menakut-nakutkan lawan politik yang tinggal di AS.
Dalam pada itu, Kedutaan China di Washington setakat ini belum memberikan respons balas bagi mengulas mengenai rayuan Chen.
Kerajaan China sebelum ini memaklumkan terdapat pusat di luar China yang dikendalikan oleh sukarelawan tempatan, bukan dalam kalangan pegawai polis China.
Ia bertujuan membantu warga China memperbaharui dokumen dan menawarkan perkhidmatan lain.
Beijing turut menuduh Washington mengada-adakan tuduhan untuk mencemarkan imej China.
- BHarianonline
Terjawab bagaimana kerajaan rugi RM4.5 juta sehari sebab diesel
SITI NUR ZAWANI
Di sebalik kegiatan penyelewengan diesel yang menyebabkan kerajaan kerugian RM4.5 juta sehari, sebuah stesen minyak didakwa berkomplot membiarkan kegiatan itu berlaku.
Atas sebab itu, syarikat stesen minyak terbabit dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen semalam.
Mereka didakwa atas pertuduhan membenarkan penjualan barang berjadual minyak diesel sebanyak 6,562 liter ke dalam sebuah lori yang melebihi had dibenarkan, tahun lalu.
Stesen minyak hanya dibenarkan menjual diesel kepada kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia tidak lebih daripada 250 liter dengan sekali transaksi sehari.
Kedua-dua pengarah itu atau Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.
Pengarahnya iaitu Lim Kok Ban, 63, dan Othman Mohamad Supian, 59.
Berdasarkan pertuduhan, syarikat berkenaan secara bersama dengan dua pengarahnya sebagai pemegang lesen runcit telah membenarkan penjualan diesel kepada kenderaan lori sebanyak 6,562 liter.
Kesalahan itu dilakukan pada 21 Ogos 2023 jam lebih kurang jam 7 malam di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Nilai.
Sehubungan itu, syarikat tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.
Jika sabit kesalahan, mana-mana pertubuhan perbadanan yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda maksimum RM5 juta.
Manakala dua pengarah syarikat didakwa di bawah peraturan sama yang dibaca bersama Seksyen 22(4) AKB 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Buli: Mahasiswa dakwa dipukul, dihempas ke lantai
LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
PARIT – Seorang mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Seri Iskandar di sini mendakwa menjadi mangsa buli tiga orang pelajar di IPTA berkenaan.
Menurut sumber, kejadian buli berkenaan berlaku pada Isnin lalu apabila mangsa mendakwa telah dipukul dan dihempas ke lantai oleh pelajar-pelajar terbabit.
“Mangsa berusia 18 tahun itu baharu sahaja melanjutkan pelajaran ke IPTA berkenaan dan dia tak sangka menjadi sasaran pembuli. Dia cedera di beberapa bahagian badannya termasuk muka, mata serta telinga.
“Sehari selepas kejadian dia telah pulang ke kampung halaman di Kedah dengan menaiki perkhidmatan tren elektrik (ETS) di Batu Gajah pada Selasa lalu setelah dipujuk ahli keluarga,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Sumber tersebut memberitahu, ahli keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada hari sama pelajar itu pulang.
“Kami difahamkan kes itu kemudiannya dikendalikan oleh IPD Perak Tengah dan tiga orang pelajar berkenaan telah ditahan pada hari laporan polis itu dibuat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Penunggang basikal dirempuh kereta api ketika rakam ‘content’ TikTok
KOSMO!
Basikal milik mangsa ditemukan di sekitar 200 meter dari lokasi mayat ditemui. - Channel 8
BANGKOK – Seorang lelaki berusia 51 tahun di wilayah Ratchaburi maut digilis kereta api selepas meletakkan basikalnya di tengah landasan untuk merakam video kandungan TikTok, lapor laman berita Thaiger semalam.
Mayat Wiroj ditemui di tengah landasan dengan keadaan putus tangan dan kaki. Dia mengalami kecederaan serius di kepala yang mendedahkan tengkoraknya.
Basikal miliknya pula ditemukan dalam keadaan rosak di sekitar 200 meter dari lokasi mayat ditemui.
Dalam kejadian di Jambatan Kereta Api Chulalongkorn pagi semalam, polis berkata, mangsa tiba di kawasan landasan seorang diri dengan menunggang basikal.
Dia sering menghasilkan kandungan video online mengenai aktiviti berbasikal untuk dimuat naik di akaun Facebook dan TikTok.
Pemeriksaan polis mendapati, mangsa tiba di jambatan itu pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan).
Dia kemudian meletakkan basikal di tengah landasan untuk merakam video.
Pegawai mengesyaki bahawa mangsa mungkin tidak mendengar bunyi hon kereta api yang datang dari arah belakang, seterusnya mengakibatkan rempuhan.
Buang puntung rokok ke luar tingkap punca trak pikap meletup
KOSMO
Keadaan trak pikap tersebut ketika terbakar. - Khaosod
BANGKOK – Sebuah trak pikap meletup sebelum terbakar selepas pemandunya membuang puntung rokok ke luar tingkap ketika memandu, lapor laman berita Thaiger semalam.
Kejadian berlaku di Ban Khai, wilayah Rayong, semalam.
Menurut seorang pegawai polis, Chanatchai Wongsrivichit, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan) yang memberitahu bahawa kebakaran sebuah kenderaan berlaku di persimpangan Jalan Rayong-Ban Bueng.
Sejurus tiba, sebuah trak pikap Toyota sedang terbakar, namun pemandunya sempat keluar dari kenderaan tersebut.
Menurut pemandunya, Noppachai Ladawongdee, 52, dia membawa sebanyak 240 tin cat dan sebilangan perkakasan yang ditutup dengan kain terpal.
Ketika memandu, dia menghisap rokok sambil membuka tingkap.
Dia tidak menyedari bahawa puntung rokok yang dibuang ke luar tingkap jatuh di bahagian belakang trak, menyebabkan kebakaran tercetus.
Tambah Noppachai, selepas menyedari api muncul di belakang trak, dia memberhentikan kenderaannya dan cuba memadamkan kebakaran.
Namun, api yang merebak dengan pantas membuatkan Noppachai melarikan diri sebelum letupan berlaku.
Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran berlaku disebabkan puntung rokok yang mendarat di atas kain terpal sebelum mengenai tin cat.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran. – AGENSI
Wanita gigit lengan anggota polis di kedai kopi
KOSMO!
Lengan seorang anggota polis digigit oleh Koh di sebuah kedai kopi. - Foto Dokumen mahkamah/Google Maps/8world News
SINGAPURA – Seorang wanita dihukum penjara 10 minggu oleh sebuah mahkamah kerana menggigit lengan anggota polis yang menghalangnya minum di sebuah kedai kopi, lapor portal berita MSNews hari ini.
Koh Chu Sing, 77, dan dua rakannya minum arak pada lewat malam di sebuah kedai kopi yang sebelum ini dijual kepada syarikat Kumpulan Chang Cheng pada harga SGD$40 juta (RM132 juta).
Selepas polis dimaklumkan bahawa Koh dan rakan-rakannya sedang minum, beberapa anggotanya pergi ke tempat kejadian untuk mendesak mereka berhenti kerana ia menyalahi undang-undang kawalan arak untuk minum di tempat terbuka pada lewat malam.
Koh kemudian mengangkat gelasnya di hadapan anggota polis dalam percubaan yang jelas untuk meminumnya.
Apabila Koh melakukan perbuatan itu, seorang anggota polis cuba memegang gelas itu tetapi dia menggigit lengan polis tersebut.
Koh mengaku salah di sebuah mahkamah Singapura kelmarin dan dijatuhi hukuman penjara 10 minggu. – AGENSI
4 soalan kepada MB Terengganu yang nak pergi ke Manchester, UK
Tak perlu ‘terbang’ ke England hanya nak beri pandangan, ini 4 soalan kepada MB Terengganu
Harapandaily
Menteri Besar Terengganu tidak perlu ‘terbang’ ke England hanya untuk memberikan pandangan, tegas Penerangan Umno Marang (PUMAR).
Menerusi kenyataannya, PUMAR berpendapat Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar cukup sekadar menulis di media sosial sekaligus tidak membazirkan wang rakyat.
Penegasan PUMAR tersebut susulan tular poster program Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu di Manchester, United Kingdom (UK) pada 22 Disember ini.
Samsuri dijadualkan terlibat dalam “Intelectual & Professional Dialogue” bertajuk “SG4 and its potential for national socio-economic agendas”.
Dialog tersebut bakal berlangsung di Sanam Sweethouse & Restaurant, Mancehester M14 5AW, UK.
Mengulas hebahan mengenai program melibatkan pemimpin Pas yang dicanang sebagai calon Perdana Menteri itu, PUMAR berkata, jika kunjungan tersebut atas misi pelaburan, rakyat berhak diberitahu syarikat apa yang bakal masuk melabur di Terengganu.
“Berapa jumlahnya (pelaburan)? Berapa potensi peluang pekerjaan? Anggaran tarikh mula beroperasi? Di mana lokasi kilang atau syarikat tersebut akan beroperasi nanti?
“Jangan buat seperti Lawatan Ke Perancis (Olimpik) baru-baru ini. Orang kita sebut, “select je tu. Padahal nak gi…” tempelaknya.
Dalam masa sama, PUMAR menyelar sikap Pas yang sepatutnya menunjukkan teladan lebih baik memandangkan sebelum ini parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu antara pihak yang paling lantang menegur pemimpin yang tidak ada dalam negeri ketika musim bencana.
“Rekod banjir besar MB bersenang-senang di New Zealand pun rakyat belum lupa, nak ditambah lagi satu,” ujarnya.
Sehubungan itu, PUMAR mengemukakan empat soalan kepada MB Terengganu:
1) Adakah perbelanjaan di sana, tiket pergi balik, delegasi dan semua kos berkaitan ditanggung oleh poket MB sendiri atau Syarikat SG4 Group Sdn Bhd? Atau sebenarnya kos-kos ini ditanggung oleh kewangan Kerajaan Negeri Terengganu?
2) Apa status sebenar tujuan lawatan kali ini, pelaburan atau sebenarnya MB sedang bercuti? Jika pelaburan, Syarikat SG4 seharusnya menanggung segala kos, ‘kan? Takiyuddin Haji Hassan sendiri akui, SG4 ialah syarikat. Bukan kerajaan!
3) Jika MB sedang bercuti, maka benarkah MB tidak sensitif kesusahan rakyat dalam negeri, selaku Pengerusi Bencana Negeri takkan MB tidak diberi maklumat dan jangkaan cuaca di Terengganu sehingga hujung tahun ini, bagaimana?
4) Bagaimana mungkin misi yang penting untuk masa hadapan empat negeri pembangkang, Terengganu terutamanya hanya dibuat di sebuah restoran biasa Sanam Sweet House and Restaurant di Manchester dan bukannya di tempat berprestij seperti Westminster Central Hall di ibukota London, England?
Walau bagaimanapun, PUMAR berharap, sebaran hebahan program di Manchester itu tidak benar dan pihak yang menyebarkannya diambil tindakan tegas oleh pihak MB.
“Namun jika ia betul-berlaku, malang buat kita, rakyat Terengganu. Kami harap ianya dibatalkan/ditunda ke penghujung Januari jika terpaksa juga dilaksana.
“Seolah-olah ditengah-tengah perang, tiba-tiba Jeneral tinggalkan war room untuk ke negeri lain atas alasan nak bincang dengan pembekal untuk tukar uniform baharu tentera.
“Gini gaya, memetik kata-kata MB sendiri “Bagi saya fail, either objective or subjective, Fail!” menurut kenyataan PUMAR lagi.
3 lelaki paksa budak makan musang demi ‘content’ media
KOSMO
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki Sindrom Down memakan daging musang. - TikTok
JAKARTA – Perbuatan tiga orang lelaki di Indonesia yang memaksa seorang kanak-kanak mengalami sindrom Down makan daging musang, mengundang kecaman orang ramai, lapor laman berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku di Bandung, wilayah Jawa Barat.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @infokabupatenbandung memaparkan kanak-kanak lelaki itu memakan kepala musang yang disajikan oleh tiga individu berkenaan.
Lebih mengejutkan apabila mereka dengan selamba merakam dan ketawa melihat gelagat kanak-kanak tersebut.
Ketua Polis Bandung, Kusworo Wibowo mengesahkan bahawa tiga lelaki terbabit telah ditahan selepas menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa.
“Mereka berbuat sedemikian demi kandungan di laman sosial untuk mendapatkan ‘followers’.
5g Final5g Final
“Selepas tular, akaun itu ditutup kerana bimbang ditahan polis,” tambah Kusworo.
Siasatan lanjut sedang giat dijalankan. – AGENSI
Polis siasat kenyataan presiden PAS berkenaan isu Batu Puteh
Malaysiakini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan beliau berkaitan isu Batu Puteh yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis telah menerima laporan pada Isnin lepas berhubung kenyataan berkenaan yang dimuat naik di laman X milik Abdul Hadi.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi Bernama.
Razarudin berkata pihaknya akan memanggil Abdul Hadi dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.
ICJ turut memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
- Bernama
Terengganu: Pelajar UMT dibelasah dengan kayu
KAMALIZA KAMARUDDIN
KUALA TERENGGANU – Siasatan awal polis mendapati sebatang kayu digunakan oleh 12 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk membelasah rakan sekampus mereka di dalam kolej kediaman pelajar pada Ahad lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, ia berpunca daripada perbuatan tuduh-menuduh antara mangsa dan kesemua suspek dan motif pertengkaran masih dalam siasatan.
“Mangsa yang berusia 20 tahun sedang menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
“Doktor perubatan yang merawatnya mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan organ dalaman mahupun patah tulang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.
Kosmo! Online semalam melaporkan 12 pelajar UMT berusia antara 20 hingga 22 tahun ditahan reman selama empat hari sehingga lusa bagi membantu siasatan membelasah rakan sekampus mereka di dalam kolej kediaman. – KOSMO! ONLINE
Pencuri dompet ‘kantoi’ dirakam CCTVp
MOHD YUNUS YAKKUB
Tangkap layar kejadian curi itu.
KLANG – Kelicikan seorang suspek mencuri dompet juruwang di sebuah pusat beli-belah borong terkemuka terbongkar apabila aksi jenayahnya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV), kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 5.47 petang itu dengan suspek mencuri dompet itu tersebut ketika mangsa sedang mengambil sesuatu di bawah mejanya.
Insiden itu tular menerusi dua buah video berdurasi 15 dan 24 saat di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di kaunter kedai mainan di tingkat 2 pusat beli-belah itu.
Katanya, seorang lelaki kemudiannya datang membawa seunit barang mainan untuk diperiksa oleh mangsa tetapi tidak membeli mainan itu.
“Lelaki terus keluar daripada kedai dan mangsa menyedari dompet miliknya yang diletakkan dibawah meja telah hilang.
“Hasil pemeriksaan melalui CCTV kedai mendapati suspek telah mengambil dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan sementara, lesen memandu, kad kahwin dan wang tunai sebanyak RM30,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Sekyen 380 Kanun Keseksaan.
Justeru, Hoong Fong meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar hadir di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat daerah ini ditalian 03-33762222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
Anak lelaki Asaari, isteri didakwa cuba hina Islam
FMT Reporters
PETALING JAYA: Anak lelaki pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas tuduhan cuba dan bersubahat menghina Islam dengan memiliki tiga penerbitan difatwakan haram oleh mufti Melaka, September lalu.
Muhammad ‘Athoullah Asaari, 39 dan isteri, Ummu Habibah Raihan, 41, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin, lapor Berita Harian.
Mengikut pertuduhan, ‘Athoullah didapati memiliki buku berjudul ‘Politik Islam Membawa Kasih Sayang’ dan ‘Pendidikan Rasulullah’ serta satu bingkai bergambar Asaari.
Dia didakwa mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka (1991) iaitu cuba menghina Islam dengan cara menghina fatwa dikeluarkan mufti melalui warta bertarikh 11 Ogos 1994 dan 2 Ogos 2007
Ummu Habibah pula didakwa bersubahat dengan kesalahan dilakukan ‘Athoullah apabila menyimpan bahan penerbitan berkenaan dan didakwa mengikut Seksyen 37 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka (1991) yang dibaca bersama Seksyen 63 enakmen sama.
Pasangan terbabit didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, pada jam 1.15 tengah hari, 21 Sept lalu.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya.
Mahkamah kemudian membenarkan pasangan itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 13 Feb depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Melaka, Atras Mohamad Zin manakala pasangan itu diwakili peguam Mohd Hafizuddin Ahmad Mispha dan Mohd Faizal Mohamad.
Terengganu: Pengetua tak mengaku bercakap lucah, laku amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar
Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
TAJUDIN (berbaju hijau, tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Marang. FOTO Nazdy Harun
Marang: Pengetua sebuah sekolah menengah di daerah ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar perempuan, Julai lalu.
Tertuduh, Mohd Tajudin Mokhtar, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa yang berusia 16 tahun di pejabatnya di sekolah berkenaan pada 2 Julai lalu, 8.30 pagi.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 (Akta 792) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal kepada mangsa di tempat, tarikh dan waktu yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(e) AKSTKK 2017 (Akta 792).
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maisarah Abd Razak manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim.
Mahkamah menetapkan 14 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.
Zur Azureen membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua penjamin dan tertuduh membayar jaminan itu.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan, tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan.
Tergamak bakar isteri hanya disebabkan pengecas telefon
Sinar Harian
JAYAPURA: Seorang suami tergamak membakar isterinya hanya kerana berang pengecas telefonnya telah rosak.
Suspek yang juga seorang anggota Angkatan Udara Jayapura telah melakukan perbuatan itu pada awal Disember lalu di Kompleks Angkatan Udara Lanud Silas Papare.
Media melaporkan akibat daripada perbuatan itu, mangsa Elis Agustina Yotha terlantar di hospital selama dua minggu.
"Mangsa meninggal dunia setelah dua minggu berjuang melawan keganasan yang dilakukan oleh suaminya sendiri," kata Komandan Lanud Silas Papare, Marsma TNI Mokh Mukhson pada Isnin.
Jelas Mukhson, motif kejadian bermula apabila pasangan itu bergaduh berhubung masalah pengecas telefon.
"Perselisihan yang hanya bermula dengan isu kecil itu akhirnya berakhir dengan aksi ganas," katanya.
Jenazah mangsa dikebumikan di Pemakaman Umum Yobe Sentani, Kabupaten Jayapura, pada Isnin lalu.
Suspek kini sudah ditahan polis dan bakal dibicarakan. - Sinar Harian memetik agensi
3 wanita antara 9 ditahan dalam pesta dadah Juwan Riduan
Juwan Riduan
bhnews@bh.com.my
KOTA KINABALU: Tiga wanita antara sembilan ditahan polis ketika leka berhibur dalam pesta dadah di sebuah kondominium di sini.
Mereka bersama enam lelaki, semua lingkungan 20-an ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang menyerbu kediaman berkenaan, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata ketika ditahan, enam lelaki dan tiga remaja perempuan itu khayal di bawah pengaruh dadah, termasuk syabu.
"Hasil ujian air kencing menunjukkan semua mereka positif empat jenis dadah, termasuk methamphetamine," katanya pada sidang media di IPD Kota Kinabalu, hari ini.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati mereka yang ditahan baru berkenalan sebelum mengadakan pesta dadah di kondominium yang disewa.
"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(2) akta sama.
"Sembilan individu berkenaan adalah antara 23 pesalah dadah yang ditahan BSJN IPD Kota Kinabalu dalam operasi harian mengekang penyalahgunaan dadah di daerah ini," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Kasim berkata, IPD Kota Kinabalu menggerakkan keseluruhan 25 pasukan petugas khas bagi melaksanakan operasi sepanjang perayaan Krismas.
"Operasi dimulakan sejak awal bulan ini sehingga ambang tahun baharu 2025 serta Karnival Jom Heboh pada penghujung bulan ini dalam memastikan keselamatan orang ramai sentiasa terjamin sepanjang tempoh berkenaan," katanya.
Lelaki tanpa pakaian buat kecoh dalam gerabak wanita
KOSMO!
SEORANG lelaki berdiri dalam keadaan berbogel di dalam gerabak khas wanita. - Foto X/@Chinmayjagtap18
NEW DELHI – Seorang lelaki tidak berpakaian memasuki gerabak khas wanita dalam kejadian di Mumbai, India, lapor portal berita Wion News hari ini.
Menurut akhbar Times of India, dia memasuki gerabak kereta api itu di stesen Ghatkopar.
Kehadiran lelaki bogel itu menimbulkan kekecohan. Beberapa wanita menjerit memintanya keluar dari gerabak tersebut tetapi dia enggan berbuat demikian.
Berikutan kekecohan dan pekikan daripada penumpang, kereta api tersebut terpaksa berhenti dan lelaki itu diusir keluar di stesen seterusnya.
Insiden itu dirakam sebelum tular di media sosial.
Seorang netizen menulis: “Tak bagus! Orang itu (lelaki bogel) mungkin mengalami masalah mental dan perlukan bantuan perubatan. Mengusir keluar dari kereta api bukan tindakan yang tepat”.
Susulan kejadian itu, polis berkata, lelaki berkenaan sebenarnya tidak sihat dari segi mental dan tersilap menaiki kereta api.
Lelaki itu kemudian diberikan pakaian dan diiringi keluar oleh anggota polis. – AGENSI
Lelaki dicekup cabul wanita dalam tandas
ADNAN IBRAHIM
Anggota Polis menahan seorang lelaki dipercayai mencabul seorang wanita dalam Tandas Awam Wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, Kluang petang semalam.
KLUANG – Seorang lelaki diberkas selepas disyaki mencabul seorang wanita di dalam tandas awam di Laman Kreatif Kampung Melayu di sinj petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Hussin berkata, kejadian berlaku 5.20 petang ketika seorang wanita berusia 24 tahun ingin menggunakan tandas di padang permainan itu.
Katanya, ketika memasuki tandas, mangsa mendapati satu daripada dua pintu tandas tertutup tanpa mengesyaki apa-apa yang mencurigakan.
“Semasa mangsa mahu masuk ke dalam tandas hadapan, tiba-tiba seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun telah keluar dari tandas bahagian belakang dan menyuruh mangsa diam dan terus mengunci pintu utama dan menghalang pintu tersebut.
“Mangsa kemudiannya telah menjerit untuk minta bantuan tetapi saspek telah mendekatinya menyebabkannya terjatuh dan mengambil kesempatan itu untuk menindih badan mangsa menggunakan badannya,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Nik Mohd Azmi lagi, suspek bertindak memeluk dan menutup mulut mangsa sebelum wanita itu mengigit tangan saspek dan mencakar mukanya lalu melarikan diri keluar dari tandas mendapatkan pertolongan.
Ujarnya, bertindak atas maklumat, telah melakukan tangkapan ke atas saspek di tempat kejadian pada pukul 5.50 petang hari yang sama,” katanya.
“Siasatan awal mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah namun ujian air kencing negatif daripada pengaruh sebarang jenis dadah.
“Permohonan tahanan reman akan dilakukan hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Tengku Zafrul buat rakyat tertanya ‘apa kurangnya Umno’
Anne Muhammad
Tengku Zafrul Aziz meletak jawatan sebagai bendahari Umno Selangor pada April lalu kerana tidak dapat melakukan sebarang penambahbaikan untuk kebangkitan parti di negeri itu.
PETALING JAYA: Spekulasi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz akan menyertai PKR hanya menimbulkan tanda tanya kepada rakyat ‘apa kurangnya Umno’ berbanding parti pimpinan Anwar Ibrahim, kata penganalisis.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berpandangan, imej Umno sedikit-sebanyak akan tercalar oleh tindakan Tengku Zafrul jika benar beliau menyertai PKR, iaitu rakan komponen parti itu dalam kerajaan perpaduan.
“Penghijrahan Tengku Zafrul tidak akan menjejaskan Umno kerana beliau tidak mewakili akar umbi, tetapi imej Umno akan tetap terjejas sebab orang awam akan bertanya apa kekurangan Umno yang PKR ada,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, Syaza berkata ura-ura penghijrahan Tengku Zafrul tidak akan menjejaskan penambahan ahli Umno kerana beliau bukan ‘orang kuat’ parti.
Terdahulu, FMT memetik sumber berkata tindakan Tengku Zafrul mungkin terdorong untuk mengintai masa depan bersama PKR disebabkan hubungan tegang dengan ‘panglima-panglima’ dalam Umno, berpunca daripada pengelutan kuasa dan rasa tidak puas hati dalam parti.
Karier politik Tengku Zafrul menyaksikan beliau meletak jawatan sebagai bendahari Umno Selangor pada April lalu kerana tidak dapat melakukan sebarang penambahbaikan untuk kebangkitan parti di negeri itu.
Malah, pada 4 Ogos lalu beliau yang juga ketua bahagian Kota Raja meminta supaya Umno diberikan satu kerusi bawah Parlimen itu, yang kemudian ditegur oleh Amanah bahawa pembahagian perlu dalam rundingan antara gabungan.
Sementara itu, Lau Zhe Wei juga dari UIAM berkata, Tengku Zafrul tidak akan mengambil tindakan drastik jika tidak ada perkara besar mendorongnya berbuat demikian.
“Namun, saya lebih tertarik dengan kedudukan parti komponen kerajaan perpaduan. Kalau Tengku Zafrul masuk PKR, bagaimana PKR nak jelaskan kepada Umno.
“Adakah berbaloi demi seorang pemimpin jejaskan hubungan antara parti,” soalnya
Selepas kehilangan SAPP, PN cari rakan baharu di Sabah
Harapandaily
Setiausaha Bersatu Sabah Yunus Nurdin merangkap ketua Bersatu Libaran mengesahkan bahawa rundingan telah dimulakan oleh Perikatan Nasional (PN) dengan parti-parti Sabah memandangkan parti tempatan lebih terserlah di negeri tersebut.
“Ya, memang ada rundingan dengan beberapa parti tempatan tetapi kita belum membuat sebarang keputusan.
“Buat masa sekarang kita solo di atas kertas tetapi kerjasama boleh berlaku,” katanya merujuk kepada pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada tahun hadapan.
“Kita tidak pasti. Pimpinan PN pusat akan menentukannya,” katanya tanpa menamakan pihak-pihak yang berunding.
Yunus juga menganggap keputusan SAPP keluar daripada PN tidak akan menjejaskan peluang pakatan pembangkang pusat itu.
Naib presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee yang juga merupakan ketua Bersatu Sabah akan mengetuai PN dalam PRN akan datang.
Keputusan SAPP keluar daripada PN adalah signifikan kerana SAPP ialah satu-satunya parti tempatan Sabah di dalam PN.
Dalam pilihan raya negeri 2020, PN memenangi 17 kerusi. Enam dimenangi oleh Parti Solidariti Ranah Airku (STAR) di bawah pimpinan Jeffrey Kitingan manakala bakinya dimenangi oleh Bersatu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan daripadanya kini sebahagian daripada Gabungan Rakyat Sabah.
Koperal direman kes minta rasuah RM80,000
Sinar Harian
Koperal direman kes minta rasuah RM80,000
Suspek ditahan pada Rabu selepas dipercayai meminta wang daripada seorang wanita sebanyak RM80,000. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang anggota polis berpangkat koperal direman lima hari bermula Khamis sehingga 23 Disember ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan wang RM80,000.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri di Mahkamah Majistret Jenayah 2 pada pagi Khamis.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kerana dipercayai meminta wang rasuah kira-kira RM80,000 daripada seorang wanita.
Menurut sumber lagi, suspek menghubungi wanita berkenaan pada 30 November lalu susulan tangkapan dibuat terhadap suaminya.
Katanya, suspek disyaki meminta wang rasuah kononnya bagi membantu membebaskan suaminya yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA 2012).
"Menerusi perbualan telefon itu, suspek telah meminta wang kira-kira RM80,000 daripada wanita berkenaan sebagai balasan bagi mengubah keterangan untuk membantu suaminya dilepaskan daripada tahanan SOSMA.
"Suspek telah meminta wang pendahuluan kira-kira RM25,000 daripada wanita berkenaan yang kemudian membuat beberapa pindahan wang menerusi sistem pembayaran e-wallet membabitkan nilai kira-kira RM3,000," katanya pada Khamis.
Jelas sumber itu lagi, pada Isnin lalu, suspek sekali lagi telah menghubungi wanita berkenaan dan meminta wang kira-kira RM2,000 secara tunai.
"Wanita berkenaan kemudiannya menyerahkan wang RM1,000 kepada suspek dalam pertemuan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua kira-kira jam 2 petang Rabu sebelum ditahan," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Sinar Harian
Langgan:
Catatan (Atom)