"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru dicekup lakukan seks dengan pelajar 17 tahun

Perbuatan terkutuk seorang guru ganti di sebuah sekolah di Pennsylvania, Amerika Syarikat yang melakukan seks dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun di sebuah kubur telah berjaya dicekup polis.

Guru berkenaan, Kelly Aldinger, 49, ditangkap ketika polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Ketika itu kedua-duanya berada di dalam sebuah kereta.

Aldinger dilaporkan berkhidmat sebagai guru ganti di Sekolah Tinggi Easton ketika dia bertemu dengan pelajarnya itu.

Hubungan mereka terjalin setahun lalu. Menurut polis, Aldinger mengaku melakukan seks dengan pelajarnya itu beberapa kali sejak 2015.

Dia telah dihadapkan ke mahkamah dan tugasnya sebagai guru ganti telah digantung.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: