"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaza: Pegawai Israel akui Hamas tidak boleh dihapuskan

AFP
SUASANA di Khan Yunis, selatan Gaza, pada 18 Jun lalu. FOTO AFP
SUASANA di Khan Yunis, selatan Gaza, pada 18 Jun lalu. FOTO AFP
Baitulmaqdis: Pegawai tertinggi tentera Israel mengakui kumpulan Hamas tidak boleh dihapuskan kerana kumpulan itu ideologi.

Laksamana Muda Daniel Hagari berkata, menghapuskan Hamas umpama menabur pasir ke mata orang.

"Jika kita tidak mencari alternatif, akhirnya kita akan dapat Hamas.

"Hamas adalah ideologi, kita tidak boleh menghapuskan ideologi," katanya kepada penyiar Channel 13 Israel.

Dalam kenyataan berasingan di saluran Telegram, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menjelaskan, kenyataan Hagari mengenai Hamas sebagai ideologi adalah jelas.

Bagaimanapun, kenyataan Hagari tidak dipersetujui pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang Kabinetnya menyatakan serangannya di Gaza tidak akan berakhir sehingga Hamas dikalahkan.

"Kabinet politik dan keselamatan yang diketuai Perdana Menteri Netanyahu mentakrifkan sebagai salah satu matlamat perang untuk memusnahkan keupayaan tentera dan kerajaan Hamas.

"IDF sudah tentu komited untuk ini," pejabatnya dalam satu kenyataan.

Perang lebih lapan bulan sejak 7 Oktober lalu dilihat masih gagal untuk mengusir kumpulan pejuang Hamas dari Gaza, namun membawa kemusnahan teruk di wilayah terkepung itu.

Serangan itu mengakibatkan kematian 1,194 orang di Israel, serta membunuh sekurang-kurangnya 37,396 orang di Gaza.
-hmetro

Hospital terbakar 8 maut

Bernama-Dpa

Tehran: Lapan orang terkorban dalam kebakaran di sebuah hospital di Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media.

Kebakaran berlaku di sebuah hospital di bandar Rasht berhampiran Laut Caspian di utara negara itu, menurut agensi berita negara IRNA pada Selasa.

Menurut penemuan awal, mangsa yang terkorban adalah pesakit di unit rawatan rapi. Puluhan anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian, kata ketua perkhidmatan kecemasan di bandar itu dalam satu wawancara dengan televisyen negara.

Punca kebakaran sedang disiasat. Menurut laporan, sekitar 140 pesakit telah diselamatkan, namun terdapat kebimbangan bahawa mungkin terdapat lebih ramai mangsa.
-hmetro

Apabila bekas bendahari Hindu Sangam peluk Islam tentu saja pembenci Firdaus Wong semakin berasap

The Merdeka Times

Bekas bendahari Hindu Sangam yang menyifatkan dirinya sebagai penganut agama Hindu yang sangat tegas dan degil, memeluk agama Islam pada Selasa.

Hidayah Sani
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (tengah atas).
  • Pengislaman Aminah Pooranam itu sekali gus menyaksikan beliau mengikuti langkah anak sulungnya, Abd Rahman yang memeluk agama Islam pada 1988, manakala anak perempuannya pula Alysha memeluk Islam 11 tahun lalu dan menantu lelakinya, Razman Roy atau panggilan lebih mesra Roy memeluk Islam 15 tahun lalu.
  • Antara perkara mendorong pengislaman beliau adalah apabila beliau merasai sendiri bagaimana rakan-rakan Melayu-Muslim dan anak menantu beliau yang melayaninya dengan sangat baik, bahkan layanan itu kadang-kadang jauh lebih baik daripada keluarga beliau sendiri.
  • “Saya seorang Hindu yang sangat tegas. Sangat sangat tegas. Saya pernah membina kuil Hindu di Seremban, menyokongnya dengan wang saya sendiri & merupakan bekas bendahari Hindu Sangam tau. Saya seorang yang sangat degil awak tahu. Tiada siapa yang boleh meyakinkan saya tentang apa-apa jika saya tidak mahu.
  • “Jadi hari itu selepas saya dimasukkan ke hospital ah, saya rasa panggilan itu sudah ada. Hidayahlah, seperti apa yang mereka sebut. Saya suruh mereka hubungi ustaz, saya nak masuk Islam. Awak tahu, saya berasa sangat gembira dan damai walaupun hanya dengan mengatakannya,” katanya ketika ditanyakan bagaimana beliau menyakinkan dirinya untuk memeluk agama Islam, sedangkan beliau seorang yang degil.
  • Kisah pengislaman Aminah Pooranam itu dikongsikan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di media sosial beliau, semalam selepas membantu mengislamkan wanita berkenaan atas permintaannya sendiri.
KUALA LUMPUR — Bekas bendahari Hindu Sangam yang menyifatkan dirinya sebagai penganut agama Hindu yang sangat tegas dan degil, memeluk agama Islam pada Selasa.

Pengislaman Aminah Pooranam itu sekali gus menyaksikan beliau mengikuti langkah anak sulungnya, Abd Rahman yang memeluk agama Islam pada 1988, manakala anak perempuannya pula Alysha memeluk Islam 11 tahun lalu dan menantu lelakinya, Razman Roy atau panggilan lebih mesra Roy memeluk Islam 15 tahun lalu.

Aminah Pooranam berkata antara perkara mendorong pengislaman beliau adalah apabila merasai sendiri bagaimana rakan-rakan Melayu-Muslim dan anak menantu beliau yang melayaninya dengan sangat baik, bahkan layanan itu kadang-kadang jauh lebih baik daripada keluarga beliau sendiri.

Katanya, sekalipun beliau seorang yang sangat degil, namun beliau sentiasa ingin bersama dengan orang baik.

“Saya seorang Hindu yang sangat tegas. Sangat sangat tegas. Saya pernah membina kuil Hindu di Seremban, menyokongnya dengan wang saya sendiri & merupakan bekas bendahari Hindu Sangam tau. Saya seorang yang sangat degil awak tahu. Tiada siapa yang boleh meyakinkan saya tentang apa-apa jika saya tidak mahu.

“Awak tahu ah, saya dah cakap saya seorang yang sangat degil tapi saya sentiasa ingin bersama orang baik. Rakan-rakan Melayu Islam saya dan anak saya ini (Alysha), suaminya (Razman Roy) dan menantu saya (Norliza), awak tahu mereka semua melayan saya dengan sangat baik. Menantu saya ini, Roy melayan saya dengan sangat baik. Rakan saya yang beragama Islam melayan saya dengan begitu baik kadang-kadang lebih baik daripada keluarga saya sendiri!

“Jadi hari itu selepas saya dimasukkan ke hospital ah, saya rasa panggilan itu sudah ada. Hidayahlah, seperti apa yang mereka sebut. Saya suruh mereka hubungi ustaz, saya nak masuk Islam. Awak tahu, saya berasa sangat gembira dan damai walaupun hanya dengan mengatakannya,” katanya ketika ditanyakan bagaimana beliau menyakinkan dirinya untuk memeluk agama Islam, sedangkan beliau seorang yang degil.

Kisah pengislaman Aminah Pooranam itu dikongsikan pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di media sosial beliau, semalam selepas membantu mengislamkan wanita berkenaan atas permintaannya sendiri.

Firdaus Wong yang juga pengasas NGO Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata beliau percaya ramai lagi masyarakat luar bakal mengikut jejak langkah Aminah Pooranam yang awalnya mengatakan beliau adalah seorang ‘staunch’ Hindu, namun akhirnya memeluk Islam kerana keikhlasan dan keterbukaan beliau sendiri. 

“Mereka setuju dengan kenyataan saya bahawa hanya yang ikhlas, rasional dan berani sahaja yang akan memeluk Islam dan kekal sebagai Muslim. 

“Sebelum beredar, Roy juga berkata kepada saya; “In Sha Allah Ustaz, I will try to invite more people to know and become Muslim. Doa for me Ustaz.”,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat

QURRATUL AINA QUDDUS
Gambar yang dirakam kira-kira tiga jam sebelum kehilangan Fara (kanan) di KLIA2 pada tahun 2018.
Gambar yang dirakam kira-kira tiga jam sebelum kehilangan Fara (kanan) di KLIA2 pada tahun 2018.
SHAH ALAM - Setiap keluarga yang memiliki anak autisme sudah pasti menghadapi pelbagai ujian besar dan mereka sahaja yang mampu menggalas tanggungjawab berat itu.

Norliza Abd Ghani, 53, berkata, anak istimewanya, Fara Nabila Alias, 34, pernah hilang ketika mereka sekeluarga beratur di ruang pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semasa mahu menunaikan umrah pada tahun 2018.

“Masa itu saya bergilir-gilir dengan suami mengambil wuduk kerana penerbangan kami pada waktu subuh. Semasa suami sedang menjaga Fara Nabila dan adiknya yang juga seorang anak istimewa, Firjani, petugas yang memeriksa tiket meminta mereka bergerak ke hadapan terlebih dahulu.

“Suami memberitahu petugas itu mereka menunggu saya yang masih di tandas. Selepas petugas itu beredar, suami saya terkejut apabila Fara tiada di sisinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, selepas lebih 10 minit, suaminya berusaha mencari anak sulung daripada tujuh beradik itu dan petugas yang sama meminta dia menelefon suami tetapi dia seolah-olah kelu dan kaku ketika itu.

“Akhirnya petugas itu meminta suami untuk segera ke ruangan pelepasan kerana kapal terbang akan berlepas dan khuatir penumpang lain tidak puas hati kerana menunggu lama,” jelas Norliza.

Namun, mereka berdua terkejut apabila mendapati Fara Nabila sudah ada di dalam kapal terbang itu. Malah kami diberitahu oleh pramugari yang Fara seorang diri dan meminta petugas untuk memanggil keluarganya segera.

“Tetapi saya sendiri pelik dan hairan bagaimana Fara boleh masuk ke dalam kabin kerana pasport serta tiketnya ada bersama suami,” katanya.

Lelaki lemas selepas terjun sungai selamatkan adik, anak saudara

Bernama

LAHAD DATU: Seorang lelaki lemas selepas terjun ke sungai untuk menyelamatkan adik dan anak saudaranya yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Sungai Dewata di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Lahad Datu, Dzulbaharin Ismail berkata, mangsa 33 tahun bersama keluarganya ke sungai itu untuk berkelah, sebelum adik serta anak saudaranya berumur 16 dan 10 tahun yang sedang mandi sungai tiba-tiba terkapai-kapai meminta tolong.

“Lelaki tersebut serta dua iparnya lantas terjun ke sungai dan adik serta anak saudaranya berjaya diselamatkan, namun mangsa tidak dilihat naik ke tebing dalam kejadian 11 pagi itu.

“Ibu mangsa yang menyedari perkara itu meminta tolong dua menantunya mencari mangsa yang kemudian ditemui dalam keadaan pucat dan tidak sedarkan diri. Ahli keluarga membawa mangsa ke Hospital Lahad Datu kira-kira 32km dari lokasi kejadian untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh petugas hospital pada 12.49 tengah hari dan laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Dzulbaharin menasihatkan orang ramai tidak melakukan aktiviti riadah atau berkelah di sungai, khasnya pada musim hujan yang boleh menyebabkan paras air naik mendadak dan arus deras membahayakan keselamatan diri.

3 remaja bongkar pasangan tidak dikenali tanam janin

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
Pasukan polis menjalankan pemeriksaan di lokasi janin terbabit di tanam di kawasan tanah lapang, Batu 5½, Jalan Tuaran, Inanam, Kota Kinabalu. FOTO JUWAN RIDUAN
Pasukan polis menjalankan pemeriksaan di lokasi janin terbabit di tanam di kawasan tanah lapang, Batu 5½, Jalan Tuaran, Inanam, Kota Kinabalu. FOTO JUWAN RIDUAN
Kota Kinabalu: Kecurigaan tiga remaja perempuan dengan kelibat dua individu tidak dikenali di kawasan tanah lapang di Batu 5½, Jalan Tuaran, Inanam, di sini, terjawab apabila menemui bungkusan kain mengandungi janin yang ditanam di kawasan berkenaan, malam tadi.

Seorang daripada mereka mendakwa melihat kelibat lelaki dan wanita berhampiran kawasan tanah lapang dengan membawa beg dan penyodok tanah pada 8 malam.

Ketika itu, dia bersama dua rakannya berada di bilik sewa mereka di tingkat satu dan cuba untuk memeriksa namun ketika itu hujan.

Perasaan ingin tahu menyebabkan mereka memeriksa di kawasan tanah lapang berkenaan dan terlihat ada kesan tanah digali.

Curiga dengan keadaan itu, mereka mengorek semula tanah bagi melihat apa yang ada di dalamnya.

Lalu terkejut apabila terdapat janin di dalam bungkusan berkenaan dan terus membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan janin terbabit.

Menurutnya, sepasukan polis termasuk Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah digerakkan ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

"Janin itu kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk siasatan lanjut.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran," katanya.

Percikan api keluar dari enjin: Pesawat MAS mendarat cemas

KOSMO
Video dirakam seorang penumpang menunjukkan percikan api keluar dari enjin pesawat MH199. – NDTV
NEW DELHI – Sebuah pesawat milik Malaysia Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Hyderabad, India selepas mengalami kegagalan enjin, lapor laman berita Times of India.

Penerbangan MH199 membawa 138 penumpang itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi menuju Kuala Lumpur ketika insiden berlaku.

Penerbangan MH199  berlepas pada pukul 12.45 tengah malam (waktu tempatan) semalam, namun berpatah balik ke lapangan terbang berkenaan dan mendarat cemas disebabkan masalah tersebut.

Difahamkan, pesawat itu mengalami kerosakan enjin dan percikan api keluar daripada  enjin yang terjejas.

Penumpang dilaporkan terkandas di lapangan terbang berkenaan ketika pesawat masih berada di situ. 

Sementara itu, laman berita NDTV melaporkan, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kegagalan enjin itu, manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – AGENSI

Bas ekspres terbabas masuk gaung

BERNAMA
BOMBA digerakkan ke lokasi bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Jalan Silam, Lahad Datu.
BOMBA digerakkan ke lokasi bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Jalan Silam, Lahad Datu.
Lahad Datu: Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini, malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.24 malam tadi.

"Tujuh anggota dan pegawai bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu," katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya operasi menyelamat masih dijalankan dan jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

Speaker DUN Kelantan dah langgar prosedur – Pemuda AMANAH

SITI NUR ZAWANI

Tindakan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengumumkan pengosongan kerusi DUN Nenggiri secara tiba-tiba, melanggar prosedur undang-undang yang sepatutnya dipatuhi.

Naib Presiden AMANAH Nasional, Ammar Atan berkata, pengisytiharan sepihak dibuat oleh Mohd Amar tanpa melalui mesyuarat DUN adalah tindakan yang melanggar prosedur sah.

Menurutnya, Speaker bukan sahaja melanggar peraturan yang ditetapkan perlembagaan negeri, tetapi turut mengetepikan peraturan dalam Akta Anti Lompat Parti.

“Pengosongan kerusi perlu mengikut prosedur yang ketat seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan negeri, dan akta anti lompat parti.

“Pengisytiharan sepihak yang dibuat oleh Speaker tanpa melalui mesyuarat DUN adalah tindakan yang melanggar prosedur yang sah,” katanya dalam satu video penjelasan dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Tambah Ammar, bekas menteri besar Kelantan itu juga tidak memberi peluang kepada wakil rakyat Bersatu membela diri mereka, sekaligus menafikan hak mereka untuk mempertahankan diri.

“Kedua, setiap wakil rakyat yang dituduh kononnya melanggar anti lompat parti ini berhak untuk membela diri mereka.

“Mereka perlu diberi peluang untuk memberikan penjelasan dan mengemukakan bukti sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Dalam konteks kes ini, hak wakil rakyat tersebut telah dinafikan dan tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga membawa risiko ketidakstabilan di Kelantan,” katanya lagi.

Beliau menegaskan keputusan DUN Kelantan adalah satu kesalahan yang sangat serius.

Beliau juga menyarankan agar rundingan adil dilakukan untuk memastikan keadilan ditegakkan sementara kepercayaan rakyat dipulihkan.

Lelaki serah diri di balai polis selepas bunuh isteri

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Batu Gajah: Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, di sini hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun itu datang ke kaunter aduan Balai Polis Batu Gajah kira-kira 2 petang tadi dan memaklumkan dia membunuh isterinya dalam bilik di hotel itu.

Difahamkan, lelaki itu membunuh isterinya menggunakan pisau dan punca pembunuhan dipercayai akibat keretakan rumah tangga yang menghampiri perceraian.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan suspek menyerah diri ke balai polis selepas melakukan jenayah itu.

"Ya, benar," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Mohd Yusri memaklumkan kenyataan media berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

ADUN Pas disindir sibuk bina telaga di Uganda, “Kelantan macam mana?”

SITI NUR ZAWANI

Seorang wakil rakyat Pas menjadi sasaran kritikan selepas memuat naik gambar sebuah telaga yang berjaya dibina di Uganda hasil sumbangan Pas Relief dan NGO Warga Cakna.

Menerusi hantaran di X ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim, beliau memuat naik video pembinaan telaga yang berjaya disiapkan untuk kegunaan kanak-kanak di Uganda.

Dalam kapsyen video itu, beliau menulis bahawa ‘air adalah kehidupan’, selain memaklumkan telaga tiub sumbangan Pas Relief telah memberikan sinar berharga buat penduduk di negara itu.

“Di sebuah kampung pendalaman Uganda, di sini mereka tiada bekalan air bersih. 

“Siapnya sebuah telaga tiub sumbangan Pas Relief dan NGO Warga Cakna memberikan sinar berharga buat penduduk muslim di sini.

“Mari anak-anak, Pok Cik Man basuh muka,” ciapnya.

Dalam video yang dimuat naik, Dr Azman sempat menggunakan air dari perigi yang disumbangkan untuk mencuci muka kanak-kanak Uganda yang berdiri di sekelilingnya.

Bagaimanapun sosial media miliknya dihujani komen pedas dari rakyat Malaysia yang meminta agar ahli politik itu memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyatnya sendiri di Kelantan.

“Di Uganda mereka bina telaga tiub hasil sumbangan Pas, sedang di Kelantan rakyatnya bina telaga tiub menggunakan duit sendiri,” komen @riekadier

“Sibuk negara orang. Negeri parti sendiri kau seksa puluh tahun tak ambil kisah pula. Sampai kesudah gali telaga,” kata @zachkry

Pada masa sama segelintir pihak mengumpamakan situasi tersebut saling tidak tumpah dengan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Seorang penduduk di Kelantan juga berkongsi video di ruangan komen, mengeluh dengan air yang keruh.

“Jauh Pas Relief pergi. Kampung ambo dok hadap air kuning jah ni. Tak cakna ko negeri sendiri? Tapi tak apo lah. Mujur air ada deh. Mari pok cik man, ambo nak basuh muka pokcik dengam air ni,” komen @alfaizhilmi sambil menunjukkan air di rumahnya yang karat.

Pas Relief dan NGO Warga Cakna menganjurkan lawatan ke Uganda pada 16 hingga 19 Jun lalu untuk mengadakan beberapa program di negara itu, termasuk program Qurban dan program bina perigi.

Antara yang terlibat dalam lawatan itu ialah ADUN Jabi, Dr Azman.

Pasangan pelancong terperangkap akibat pintu gua tertutup

Bernama
Bomba berkata pelancong dari China dan Korea Selatan yang terperangkap dalam Gua Tokong Sam Poh Tong diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan. (Gambar JBPM)
IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyelamatkan sepasang pelancong warga asing yang terperangkap di dalam Gua Tokong Sam Poh Tong, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.26 petang daripada seorang mangsa yang terperangkap.

“Lelaki warga China dan wanita warga Korea Selatan itu dijumpai dalam keadaan selamat di gua dan mereka didapati terperangkap kerana pintu utama gua telah tertutup,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kedua-duanya yang berusia lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi menyelamat hanya mengambil masa kira-kira 30 minit dan pintu gua berkenaan telah dibuka semula oleh pengawal keselamatan,” katanya.

Terkejut mualaf serah babi untuk dijadikan korban Aidiladha

Malaysiakini 

Niat yang baik belum tentu menghalalkan cara. Begitulah yang terjadi di sebuah daerah di Indonesia apabila seorang ustaz menerima seekor babi untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Peristiwa itu dikatakan berlaku di sebuah daerah di Papua apabila seorang mualaf yang baru memeluk Islam membawa seekor babi dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke sebuah masjid.

Kisah unik itu dipaparkan menerusi satu video yang tular di media sosial.

"Cerita unik dari Papua. Baru (menjadi) mualaf dan belum faham, bawa babi untuk korban," menurut keterangan pada video tersebut.

Dipercayai mualaf yang mahu menyerahkan babi untuk dijadikan korban itu masih belum memahami ajaran Islam secara menyeluruh.

Menerusi video itu, individu yang merakam kejadian tersebut didengar berseloroh dengan mengatakan haiwan itu boleh dijadikan korban.

Tindakan mualaf itu menyebabkan ustaz berkenaan dilihat kebingungan dan turut sama tertawa. Ini kerana dalam ajaran Islam, daging babi diharamkan untuk dimakan.

Selain Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam bagi memperingati peristiwa Nabi Ibrahim yang bersedia mengorbankan anaknya, Nabi Ismail sebagai mematuhi perintah Allah SWT.

Namun sebelum Ibrahim mengorbankan Ismail, Allah menukarkan puteranya itu dengan seekor biri-biri untuk dikorbankan.

Umat Islam menyambut Aidiladha dengan menyembelih haiwan ternakan seperti unta, lembu, kambing atau biri-biri.

Dalam takwim Hijrah, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari ke-10 Zulhijah dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijah setiap tahun.

Ketua Pegawai Strategi Sime Darby letak jawatan

Presenna Nambia
bhbiz@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Strategi Kumpulan (GCSO) Sime Darby Bhd, Datuk Thomas Leong Yew Hong meletakkan jawatan dalam konglomerat itu selepas lapan tahun berkhidmat.

Susulan perletakan jawatan Yew Hong itu, Sime Darby dilaporkan ketika ini mencari pengganti yang sesuai dan sumber yang rapat dengan perkara itu menyatakan calon pengganti bukan daripada pengurusan dalaman.

Jurucakap Sime Darby pula mengesahkan perletakan jawatan Yew Hong dan proses pemilihan untuk penggantinya telah bermula.

"Pengurusan kanan kumpulan yang berpengalaman akan memastikan peralihan yang lancar dan kesinambungan operasi. Didorong oleh pelan induk strategi lima tahun kami, kumpulan kekal fokus untuk terus menyampaikan mandat kepada pihak berkepentingan dan pemegang saham," katanya dalam jawapan bertulis kepada Business Times.

Sime Darby Plantation yang kini dikenali sebagai SD Guthrie Bhd mengambil alih perniagaan perladangan, Sime Darby Property Bhd menguruskan perniagaan hartanah, manakala Sime Darby mengambil alih perniagaan mesin industri dan automotif.

Yew Hong dilaporkan akan menamatkan perkhidmatannya sebagai GCSO pada 30 Jun ini, lebih awal dari tarikh akhir kontraknya pada September ini selepas memegang jawatan itu sejak 1 Disember 2017.

Perletakan jawatan itu adalah bagi membolehkannya menyandang jawatan kepimpinan di sebuah lagi syarikat senaraian awam.

Bertanggungjawab ke atas strategi keseluruhan untuk Sime Darby, Yew Hong terbabit untuk pembangunan perniagaan, kewangan korporat dan perhubungan pelabur, serta fungsi komunikasi kumpulan selain menyelia usaha baharu kumpulan dalam sektor mobiliti.

Sime Darby telah menyaksikan berlaku beberapa pergerakan kepimpinan kanannya selepas pengambilalihan bernilai RM5.8 bilion ke atas UMW Holdings Bhd selesai.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO), Mustamir Mohamad, yang dilantik untuk memegang jawatan itu pada 2017, telah dipilih untuk mengetuai entiti yang baru diambil alih sebagai Pengarah Urusan Bahagian UMW.

Ini menyebabkan CFO bahagian permotoran, Muhammad Noor Abd Aziz berpindah ke ibu pejabat sebagai CFO kumpulan.

Sime Darby merekodkan hasil tahunan sebanyak RM48 bilion berakhir 30 Jun 2023 serta mempunyai kehadiran dalam 18 negara dan wilayah.

China dan Australasia adalah dua pasaran terbesarnya, membentuk 72 peratus daripada pendapatan kumpulan.

Pasukan kepimpinan eksekutifnya ketika ini adalah seramai 10 orang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson yang telah menerajui sejak 21 November 2017.

Dean Mehmet dari Australia pula mengetuai bahagian perindustrian kumpulan manakala seorang lagi warga Australia, Andrew Basham mengetuai bahagian permotoran serta Deny Rahardjo dari Indonesia pula sebagai Ketua Pegawai Maklumat dan Digital.

Diesel: Muhyiddin ambil kesempatan

Hishamuddin Aun

“Kalau (Anwar Ibrahim) letak jawatan, tak apalah besok saya naik. Mana tau rezeki saya,” kata Muhyiddin Yassin yang mahu perdana menteri bertanggungjawab kerana keputusan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada harga RM3.35 sen seliter bermula 10 Jun didakwanya hanya menyusahkan rakyat.

Mungkin kata-kata pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pada majlis penyerahan 22 ekor lembu korban untuk Parlimen Pagoh di Bukit Kepong, Muar hujung minggu lalu nadanya berseloroh tapi ia juga terselit hasrat sebenar agar rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan perpaduan yang terbentuk selepas PRU15 pada 19 Nov 2022.

Menyusuli kenyataan “Sedih di hati bukan kepalang apabila memikirkan kesan kepada rakyat” di Facebook pada 10 Jun, Muhyiddin — perdana menteri kelapan (1 Mac 2020-16 Ogos 2021) — mengulangi di majlis itu: “Sekarang ni bila perdana menteri keluar TV, ada banyak orang beritahu sayalah, kami tak nak dengar… tutup TV. Pasal apa? Khabar kita yang tak baik. Benda yang susah pada rakyat dia buat.

“Kebimbangan kita kalau hal ni berterusan untuk tempoh beberapa bulan ke hadapan, maka rakyat akan terus menghadapi kesulitan yang besar. Pendapatan kita tidak meningkat setara dengan kenaikan harga barang. Kerana melihat keadaan negara ini menjadi agak lebih cacamarba, kacau-bilau, tak reti menguruskan negara, rakyat dah susah ni… macam dia tak tau rakyat susah. Orang kata jangan buat, dia buat juga.

“Kalau dia dengar rakyat sumpah dia, marah dia, dia perdana menteri apa dia patut buat? Kalau letak jawatan, tak apalah besok saya naik. Mana dia tau rezeki saya tuan-tuan. Maknanya kalau dia dengar begitu, besok dia buat satu kenyataan: ‘Saya buat keputusan untuk menarik balik kenaikan harga minyak (diesel) yang saya umumkan seminggu yang lepas. Kan sedap dengar tu.'”

Kalau diperhalusi, kenyataan presiden Bersatu itu berbeza dengan pendirian PAS — parti lebih besar dalam gabungan PN — berkaitan isu yang sama. Pada 9 Jun, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata parti itu mengalu-alukan matlamat baik yang digariskan kerajaan berhubung langkah penyasaran subsidi diesel itu namun pada masa sama berasa perlu menyuarakan kebimbangan berkait pelaksanaannya, terutama kemungkinan kesan negatifnya ke atas kehidupan rakyat.

Lantaran itu, tambahnya, keputusan kerajaan itu memerlukan pemantauan mengenai keberkesanan secara dekat dan semua langkah perlu hendaklah diambil segera sekiranya terdapat tanda-tanda perjalanannya terseleweng atau tidak menepati sasaran.

“PAS berharap golongan sasaran seperti pengeluar, perkhidmatan pengangkutan, petani, dan kumpulan berpendapatan rendah akan diliputi sepenuhnya bawah langkah pengecualian yang disediakan melalui proses pendaftaran yang mudah diakses. Ini termasuk peranan proaktif agensi terbabit memastikan mereka dikesan dan dibantu sewajarnya. Kerenah atau ketidakcekapan birokrasi misalnya tidak harus menjadi penghalang dalam hal ini,” katanya.

Ini mendorong Anwar berterima kasih kepada PAS yang disifatkannya sebagai memahami keperluan untuk penyasaran subsidi diesel. Meski diakuinya ia tidak sempurna kerana masih terdapat beberapa kelemahan, namun perdana menteri memberi jaminan ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Beliau juga sudah memberi arahan supaya memantau mana-mana pihak yang menjadikan isu penyasaran subsidi diesel ketika ini untuk mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan, termasuk mengenakan hukuman berat seperti lesen dibatalkan.

“Saya (rasa) aneh kalau digunakan (isu subsidi) sebagai isu politik kerana semua parti politik setuju, dan saya ucap terima kasih kerana setiausaha agung PAS sudah keluarkan kenyataan yang maknanya dia faham. Kerana dia pun pernah umumkan di Parlimen cadangan kerajaan pada ketika itu untuk naikkan harga diesel tetapi kita dalam kerajaan Madani ini naikkan tapi tidak membabitkan rakyat,” katanya.

Seperkara menarik yang harus diperhatikan ialah kenyataan Anwar bahawa semua perdana menteri dari berbilang parti politik yang mendahului beliau — Muhyiddin tidak terkecuali — bersetuju bahawa penyasaran subsidi mesti dibuat bagi mengelakkan ketirisan yang banyak kepada kewangan negara termasuk kepada golongan maha kaya dan 3.8 juta orang asing yang tidak bayar cukai.

Tidak hairanlah sudah ada yang mengatakan Muhyiddin cakap tak serupa bikin. Timbalan Ketua Penerangan PKR Chua Wei Kiat pada 11 Jun lalu menyorot bagaimana Muhyiddin ketika memegang jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) pada 2022 mencadangkan Skim Subsidi Bersasar sebagai langkah kerajaan untuk menjimatkan RM20 bilion setahun.

Apa kata Muhyiddin ketika itu? Hanya golongan sasar iaitu mereka dalam kumpulan B40 dan B60 sahaja yang berhak menerima subsidi, tidak seperti sekarang di mana semua pihak tanpa mengira status kaya atau miskin, warga asing atau tempatan menikmati subsidi yang sama.

Sambil membidas Muhyiddin yang sepatutnya faham kerajaan tidak menghapuskan subsidi sepenuhnya sebaliknya mengagihkannya dengan cara yang lebih tepat, Wei Kiat turut membuat perbandingan cadangan pengerusi MPN itu dua tahun lalu hanya berkait penyasaran semula subsidi tetapi tidak menyentuh langsung mengenai bantuan tunai yang perlu diberikan kepada rakyat. Ini berlawanan dengan hujahnya hujung minggu lalu bahawa kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 atau 56% berbanding sebelumnya amat tinggi dan tindakan itu seolah-olah tidak mengendahkan nasib rakyat yang cukup terbeban dengan inflasi dan kos sara hidup yang sudah tinggi.

Apa pun, Muhyiddin harus dimaafkan jika beliau dilihat mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga diesel dan kesannya ketika ini. Tambahan, ini selepas pengumuman Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 8 Jun lalu yang memutuskan Muhyiddin kekal sebagai presiden menuju ke pemilihan parti pada Oktober ini. Sebagai calon perdana menteri PN daripada Bersatu — melainkan ia dibantah Pas yang mungkin menuntut kepimpinan daripada parti itu — Muhyiddin harus bersiap-sedia dari sekarang dan memanfaatkan apa saja kesempatan seperti kata-katanya mana tau ada rezeki beliau.

Namun, perlu diingatkan bahawa subsidi diesel bersasar amat penting untuk negara bagi menyelamatkan dana yang bocor dan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti diulangi Anwar kelmarin. Kenaikan harga tambang pengangkutan yang dikenakan agensi pelancongan dan bas penumpang Singapura serta beberapa siri penangkapan sindiket penyelewengan diesel di sempadan negara membuktikan penyasaran subsidi bahan api itu wajar diteruskan.

“Semua bas pelancong dan syarikat pelancongan dari Singapura nak naik harga kerana katanya tidak dapat subsidi diesel. Maknanya selama ini berpuluh tahun subsidi kita pergi ke syarikat Singapura, pergi ke kapal-kapal nelayan Siam. Bocor (dana) banyak. Subsidi dimanfaatkan oleh 3.8 juta orang asing, dibawa keluar ke Siam, dia bagi hantar kepada kapal nelayan Siam… yang bayar cukai rakyat Malaysia tetapi yang dapat manfaat orang asing,” katanya.

Perdana menteri yang tidak menafikan terdapat beberapa masalah berikutan langkah penyasaran subsidi diesel itu namun berjanji akan memperbaiki kelemahan berkenaan, juga mengakui bersikap terbuka menerima sebarang cadangan. “Kalau ada beberapa kelemahan, maklum, kita betulkan. Ini percubaan awal yang tentunya menghadapi sedikit-sebanyak masalah, saya tidak nafikan tetapi cerca seolah-olah kerajaan zalim, itu tidak boleh,” katanya.

Muhyiddin harus ambil maklum

Mulai 1 Jan pengunjung menginap di Perak dicaj RM3

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pengunjung yang menginap di Perak akan dikenakan Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT) sebanyak RM3 mulai 1 Jan tahun depan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching berkata caj baharu untuk setiap bilik penginapan bagi setiap malam itu diperkenalkan di bawah Enakmen Hotel 2023 diluluskan DUN tahun lalu.

“Caj seumpama ini telah dilaksanakan di beberapa negeri lain dengan pelbagai nama dan tafsiran berlainan.

“Tarikh kuat kuasa pelaksanaan bayaran ini ditangguhkan ke 1 Jan 2025 bagi menghargai kedatangan pengunjung yang memeriahkan Tahun Melawat Perak 2024 sehingga hujung tahun ini,” katanya menurut Sinar Harian dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Beliau berkata, CPT ialah inisiatif tambahan bagi membantu kerajaan negeri memperbaiki mutu perkhidmatan di destinasi pelancongan Perak.

Ng turut mengumumkan penyeragaman Lesen Hotel di bawah Enakmen Hotel 2023 mulai 1 Julai ini.

Katanya semua pengendali hotel, rumah tumpangan termasuk pengusaha rumah rehat, tapak perkhemahan, chalet, rumah bot, inap desa dan tempat bermalam atau penginapan lain yang mengenakan caj kepada pengunjung perlu mendapatkan lesen itu melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagi memberikan tempoh mencukupi untuk sesi libat urus dan pendidikan kepada kumpulan sasar, kerajaan bersetuju memberikan tempoh pemutihan selama setahun sehingga 30 Jun 2025.

“Dalam tempoh ini, kita hanya beri nasihat kepada mereka dan tiada tindakan kompaun dikenakan ke atas pengusaha yang belum mendaftar dan memohon,” katanya yang menggesa semua pengusaha premis penginapan segera mengemukakan permohonan lesen daripada PBT masing-masing.

Menurutnya kadar bayaran lesen mengikut kategori itu tidak membebankan pengusaha.

Penumpang kongsi detik gerabak bertukar bahang, api marak di luar tren

Najihah Borhan
bhnews@bh.com.my
Ia berlaku ketika LRT laluan Sri Petaling itu melewati bangunan terbakar berhampiran Stesen Pudu, dengan klip video dikongsi netizen menunjukkan secara jelas api yang sedang marak. - Foto Bomba/tular
Ia berlaku ketika LRT laluan Sri Petaling itu melewati bangunan terbakar berhampiran Stesen Pudu, dengan klip video dikongsi netizen menunjukkan secara jelas api yang sedang marak. - Foto Bomba/tular
KUALA LUMPUR: Penumpang transit aliran ringan (LRT) menggambarkan situasi menakutkan apabila tren dinaiki mereka tiba-tiba terasa panas membahang, dengan api kelihatan marak di luar tingkap.

Ia berlaku ketika LRT laluan Sri Petaling itu melewati bangunan terbakar berhampiran Stesen Pudu, dengan klip video dikongsi netizen menunjukkan secara jelas api yang sedang marak.

Berdasarkan video singkat yang tular dikongsi akaun XioHongShu itu, jelas sekali penumpang LRT terbabit cemas dan bimbang ketika ia melepasi bangunan yang terbakar itu.

Melalui kapsyen tertera, pemilik video memaklumkan mereka dalam perjalanan pulang dari Pudu menuju Chan Sow Lin pada jam 8:13 malam tadi apabila tiba-tiba melihat api marak di luar tren.

"Ketika saya berdiri dan memegang susur tangan, tiba-tiba saya ternampak sinaran merah dari arah bertentangan. Saya hanya dapat melihat api semakin menghampiri kami.

"Selepas beberapa saat, bahang panas menyusul. Seluruh tren tiba-tiba menjadi sangat panas hanya dalam beberapa saat," katanya.

Netizen lain pula mengakui sangat terkejut dengan kejadian itu hinggakan hanya sempat mengeluarkan telefon dan merakam tiga saat terakhir kejadian itu.

"Pada masa saya sedar dan mengambil telefon saya untuk merakam video, ia sudah separuh jalan. Tetapi kedudukan api dan LRT sangat dekat, dan ia menakutkan," katanya.

Melalui salah satu komen pula, netizen berkata kebakaran berlaku berhampiran Stesen Pudu membabitkan tujuh rumah dengan enam daripadanya musnah 100 peratus.

"Kedai berdekatan juga terkesan. Tiga kereta dan tiga motosikal juga terkesan. Tiga destinasi tren dilencongkan dan ada yang perlu dibuat pertukaran ke laluan alternatif," katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan tujuh rumah setinggan di Jalan Pudu terbakar dalam kejadian itu dengan enam daripadanya musnah 100 seratus peratus.

Kebakaran turut memusnahkan tiga kereta dan tiga motosikal selain memusnahkan tingkat atas sebuah rumah kedai dua tingkat yang terletak berhampiran.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran itu jam 8.04 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, Jalan Tun Razak, Cheras, Jalan Hang Tuah dan Pasukan Bomba Sukarela Desa Petaling digerakkan ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba L Logeswaran, berkata kebakaran juga membabitkan rumah kedai dua tingkat dengan kemusnahan 100 peratus di bahagian tingkat atas.

"Terdapat juga tiga kereta dan tiga motosikal terbabit dalam kebakaran musnah seratus peratus," katanya dalam kenyataan.

Pemandu maut lori jatuh lubang jalan mendap

FMT Reporters
Keadaan lori dipandu mangsa terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Jalan Kuantan-Segamat. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaannya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang jalan mendap di Kilometer 73, Jalan Kuantan-Segamat, malam tadi.

Mangsa, Muhammad Farhan Dagang, 29, dari Kampung Cahaya Baru, Masai, Johor mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi, dalam kejadian kira-kira 8.55 malam itu.

Ketua Polis Pekan Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai memandu dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Pekan.

Katanya, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terlanggar penghadang jalan plastik sebelum terjunam masuk ke dalam lubang jalan mendap terbabit.

“Siasatan awal mendapati mangsa terbabas sendiri dipercayai akibat tidak menyedari amaran kawasan lencongan jambatan sementara di lokasi itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menurut Sinar Harian.

Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini.

Apabila popular rasa diri hebat

Nabil pula mohon maaf kerana 'terlajak' berkata-kata
Malaysiakini

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad tampil memohon maaf atas 'keterlanjuran' dia mengeluarkan kata-kata sewaktu mengendalikan sebuah program hiburan di televisyen swasta baru-baru ini.

Kata Nabil, dia memohon maaf sekiranya dia mengguris hati mana-mana pihak berhubung isu dibangkitkan sewaktu bersiaran berkenaan.

“Saya Nabil Ahmad, pada bulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai kata ada ayat saya mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu.

“Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri,” katanya.

Terdahulu Nabil melalui klip video yang tular membangkitkan isu berhubung ramai asatizah ketika ini didakwanya sedang berdepan "ujian" sehingga ada antara mereka "direhatkan" daripada berceramah atau mengendalikan sesebuah program.

Bahkan lebih teruk, dakwanya, hal itu berlaku disebabkan ada pihak yang membuat hasutan berhubung isu direhatkan tersebut.

Bagi Nabil, 40, perkara itu tidak sewajarnya berlaku sekiranya ia boleh dibincangkan secara baik.

Nabil dipercayai berkata demikian susulan kontoversi ditimbulkan pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid, sewaktu mengemudi program Salam Baitullah di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Janji untuk lebih berhati-hati

Pada 5 Jun lalu, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Suhaimi Sulaiman, memaklumkan Don Daniyal direhatkan seketika selepas membuat dakwaan berhubung Rasulullah SAW melamar dan lamarannya ditolak seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali.

Dia yang juga seorang pengusaha restoran mendakwa Ummu Hani merupakan cinta pertama Rasulullah.

Selepas Don Daniyal kembali bersiaran seminggu kemudian, namanya kembali hangat apabila dia bercerita mengenai manfaat memandang wajah guru lebih baik daripada bersedekah 1,000 ekor kuda di jalan Allah.

Kenyataan itu sekali lagi didakwa meragui hingga mengakibatkan Don Daniyal direhatkan terus daripada mengemudi program Salam Baitullah.

Terbaru, Don Daniyal menuai kecaman apabila jawapannya menimbulkan kekeliruan berhubung dibolehkan berpuasa pada hari Tasyrik iaitu hari ke11, ke-12 dan ke-13 Zulhijah.

Sedangkan keempat-empat mazhab terbesar dalam Islam sepakat mengakui agama mengharamkan hari berkenaan adalah haram untuk berpuasa.

Kenyataan itu turut mendapat teguran daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Na’im Mokhtar.

Pada hantaran yang sama, Nabil yang juga pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa akan datang.

“Saya akan cuba untuk lebih berhati-hati di masa akan datang,” katanya.

Retorik bermusim Annuar Musa: PAS bimbang kerjasama Umno-PH semakin diterima rakyat

Mohamad Fadli

PETALING JAYA: Kenyataan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa perpaduan sebenar hanya wujud apabila PAS, Bersatu dan Umno bertaut kembali hanya retorik bermusim, kata penganalisis.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, sebaliknya PAS iaitu parti disertai Annuar kini bimbang kerjasama Umno dan Pakatan Harapan (PH) semakin diterima rakyat.

“PAS dilihat terdesak untuk mendapatkan sokongan memandangkan isu dalaman dan penurunan populariti semakin terserlah. Dengan mengajukan idea perpaduan, PAS cuba menutup kelemahan ini,” katanya kepada FMT.

Selasa lalu, Annuar berkata perpaduan sebenar hanya wujud apabila PAS, Bersatu dan Umno bertaut kembali dengan mengutamakan nasib bangsa, agama serta negara bukannya individu.

Annuar yang dipecat Umno pada Disember 2022 sebelum menyertai PAS berkata, beliau tidak pernah kecewa atau berputus asa dalam memperkukuhkan perpaduan politik Melayu dan menghidupkan konsep MN.

Dalam pada itu, Awang berkata ‘gesaan’ penyatuan tersebut mencerminkan pemimpin PAS terus menggunakan isu perpaduan sebagai alat politik tanpa menawarkan penyelesaian konkrit kepada masalah dihadapi rakyat.

Katanya, dalam konteks PRK Sungai Bakap, strategi itu nampaknya berfokus untuk memobilisasi undi Melayu dengan memperkuatkan naratif perpaduan.

Bagaimanapun, beliau berkata strategi Annuar yang meminta ketiga-tiga parti bersatu belum dipastikan keberkesanannya terhadap pengundi bukan Melayu, dan menjangkakan mereka tidak terpengaruh dengan retorik dimainkan timbalan pengarah pilihan raya PAS itu.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata mustahil untuk Umno bersatu semula bersama PAS dan Bersatu, berdasarkan kerjasama pernah dijalinkan ketika dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kenyataan supaya ketiga-tiga parti itu bertaut mungkin boleh makan diri sendiri. Sebab kita tahu kenapa perpecahan dalam MN sebelum ini,” katanya.

Umno dan PAS pernah bekerjasama bawah MN selepas PRU14 sebelum hubungan kedua-duanya tegang pada 2020.

Perkembangan itu apabila PAS menyertai PN diterajui Bersatu, sekali gus mahu parti serpihan Umno tersebut turut menyertai MN.

Umno membantah keras tindakan PAS itu kerana menganggap Bersatu pengkhianat yang berusaha ‘membunuhnya’.

Ketika ini, Umno menjadi sebahagian komponen kerajaan perpaduan diterajui Anwar Ibrahim selain PH, manakala PAS kekal di blok pembangkang bawah PN.

Suami 'kantoi' curang, pukul isteri baru habis pantang

Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my

Port Dickson: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang suami dipercayai memukul isterinya selepas lelaki itu 'kantoi' curang di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Ia susulan tular satu video berdurasi 31 saat di Facebook yang memaparkan seorang lelaki memukul seorang perempuan di sebuah hotel di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai video tular itu, pada 3 petang semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati video itu membabitkan suami isteri, masing-masing berusia 37 dan 38 tahun, dan dipercayai berlaku pada pada 9.50 pagi, 24 Mei lalu.

Katanya, punca kejadian dipercayai kerana si suami curang dan mendaftar masuk di sebuah hotel.

"Akibat kejadian ini, mangsa (iaitu isterinya), seorang perempuan Melayu mengalami kecederaan di bahagian pipi dan sakit di beberapa anggota badan.

"Satu laporan polis sudah dibuat oleh mangsa mengenai insiden itu (pada 30 Mei lalu) dan polis sudah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.

Mengulas lanjut, Aidi Sham berkata, menurut sumber Facebook, suami kepada wanita itu dipercayai curang dan mendaftar masuk di hotel berkenaan.

"Menurut sumber, isterinya yang habis pantang dan wanita itu pergi sendiri ke bilik hotel itu, dan terjadilah pergaduhan antara mereka sehingga insiden mangsa dipukul suaminya itu," katanya.

Dalam pada itu, polis menasihati orang awam supaya tidak berkongsi video itu kerana ia boleh mengganggu siasatan dan mendatangkan kegusaran awam.

Hizbullah lepas puluhan roket ke utara Israel

AFP
Kebakaran di sebelah Israel di sempadan Israel-Lubnan berikutan serangan dari Lubnan, di tengah-tengah permusuhan rentas sempadan antara Hizbullah dan tentera Israel. - Foto REUTERS
Kebakaran di sebelah Israel di sempadan Israel-Lubnan berikutan serangan dari Lubnan, di tengah-tengah permusuhan rentas sempadan antara Hizbullah dan tentera Israel. - Foto REUTERS
BAITULMAQDIS: Hizbullah di Lubnan melepaskan puluhan tembakan ke utara Israel hari ini, kata tentera Israel, sehari selepas Israel mengeluarkan amaran 'perang total' dengan kumpulan pejuang yang disokong Iran itu.

Hizbullah yang juga sekutu Hamas dan Israel berbalas tembakan hampir setiap hari sejak perang Gaza tercetus pada 7 Oktober.

"Kira-kira 15 peluru dikenal pasti dari Lubnan dilepaskan ke arah kawasan Kiryat Shmona, dengan beberapa daripadanya berjaya dipintas oleh barisan pertahanan udara (tentera) IDF.

"Senjata IDF mengenai punca tembakan itu," kata tentera zionis dalam satu kenyataan.

Mereka juga mengesahkan, serangan itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Tentera zionis juga berkata, pesawat perangnya turut menyerang struktur tentera Hizbullah di kawasan Tire dan infrastruktur di Khiam, Lubnan.

Hizbullah hari ini juga mengesahkan mereka melepaskan 'puluhan roket Katyusha dan peluru artileri' ke sebuah berek di Kiryat Shmona di utara Israel sebagai tindakan balas terhadap 'serangan musuh Israel' ke atas Yarun dan Khiam.

Perang hari ini berlaku sehari selepas tentera Israel berkata, mereka meluluskan rancangan operasi untuk serangan di Lubnan.

"Sebagai sebahagian daripada penilaian situasi, rancangan operasi untuk serangan di Lubnan sudah diluluskan dan disahkan," kata tentera zionis dalam satu kenyataan.

Kelulusan itu dibuat ketika Menteri Luar Israel, Israel Katz memberi amaran kepada Hizbullah, kelmarin mengenai mereka akan dimusnahkan sekiranya berlaku 'perang total' di antara kedua-duanya.

"Kami sangat hampir dengan saat untuk memutuskan menukar peraturan permainan menentang Hizbullah dan Lubnan.

"Dalam perang total, Hizbullah akan dimusnahkan dan Lubnan akan diserang hebat ," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

Keputusan serangan terbaharu itu berlaku ketika utusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Amos Hochstein melawat Israel dan Lubnan minggu ini, yang juga menggesa supaya pengurangan situasi 'mendesak' di sempadan.

Menurut pengiraan AFP, pertempuran Israel-Lubnan juga sudah membunuh sekurang-kurangnya 473 orang di Lubnan termasuk 92 orang awam.

Pihak berkuasa Israel pula menyatakan, sekurang-kurangnya 15 tenetra dan 11 orang awam terbunuh di utara wilayah mereka.
-bharianonlime

Masa now kucing diiklankan cari jodoh

Agensi
Salah seekor kucing yang diiklankan untuk mencari pasangan. FOTO Weibo
Salah seekor kucing yang diiklankan untuk mencari pasangan. FOTO Weibo
Beijing: Acara mencari jodoh untuk haiwan peliharaan menjadi trend di China sebagai salah satu cara golongan muda bujang melepaskan tekanan untuk berkahwin.

Trend ini berubah menjadi satu bentuk interaksi sosial baharu dalam kalangan generasi muda.

Acara seumpama itu berjudul 'Jika Anda Ialah Si Comel' berlangsung pada 25 Mei lalu dan menarik perhatian netizen, lapor Star Video.

Seekor kucing jantan yang disifatkan sebagai 'mempunyai kereta, rumah dan kewangan stabil' menonjol sebagai calon yang diingini kerana berusaha mencari pasangan.

Profil temu janji kucing itu juga agak melucukan apabila pemiliknya mendedahkan haiwan itu baru berusia dua tahun dan berjaya dalam kerjayanya.

Profil itu seterusnya menggambarkan kucing itu sebagai introvert, kelihatan sejuk di luar tetapi hangat di dalam, seksi dan pemalu, bersemangat, berfizikal tegap dan pencinta kecergasan.

"Hari ini, saya secara terbuka mencari teman yang sesuai dalam dunia kucing bertujuan untuk dijodohkan dengan kucing muda yang lembut dan cantik bagi membina keluarga bersama-sama," katanya.

Empat kucing betina yang tertarik dengan profil itu menggambarkan latar belakang keluarga, bakat dan butiran lain mereka.

Trend ini bukan satu-satunya cara generasi muda di China mencipta hiburan untuk diri mereka sendiri sambil mencari pasangan untuk haiwan peliharaan mereka.

Ramai juga beralih ke laman web seperti Xianyu, tempat mereka menyiarkan iklan untuk tarikh haiwan peliharaan.

Dimiliki Alibaba, yang juga pemilik South China Morning Post, Xianyu mempunyai kira-kira 3 juta pengguna yang menggunakan platformnya setiap tahun untuk mencari rakan kongsi bagi haiwan kesayangan mereka.

Iklan dipaparkan dalam laman itu biasanya kreatif dan lucu apabila pemilik menyerlahkan sifat haiwan peliharaan mereka.

Ada yang menekankan keperibadian, seperti amat bodoh dan jujur manakala yang lain menunjukkan gambar baka tulen.

Acara itu diilhamkan daripada rancangan temu janji televisyen China, If You Are the One membabitkan peserta lelaki memperkenalkan diri mereka dalam klip video sebelum tetamu wanita menunjukkan minat dengan menghidupkan lampu sebagai simbolik 'ya' dan mematikan untuk 'tidak'.

Bangkai ular kecil ditemui dalam kari di kolej

KOSMO!
BANGKAI ular kecil ditemui dalam masakan kari di sebuah kolej di Bihar. - Foto News24
NEW DELHI – Seekor bangkai ular kecil ditemui dalam masakan kari untuk pelajar sebuah kolej kejuruteraan di negeri Bihar, India, lapor laman berita The Indian Express semalam.

Ia mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 kes keracunan makanan di pusat pengajian tinggi itu. 

Gambar yang memaparkan bangkai ular kecil di dalam kari itu menjadi tular di media sosial. 

Seorang pengguna, Rishi Singh menulis di platform media sosial yang berbunyi: “Seekor ular mati ditemui dalam makanan di kolej kejuruteraan Bihar. Sejurus selepas makan makanan tersebut, pelajar mengalami muntah dan loya. Walaupun selepas lawatan pihak berkuasa tempatan dilakukan, tiada tindakan sewajarnya yang diambil.”

Pelajar kolej itu menyatakan bahawa banyak kejadian serangga ditemui dalam makanan tetapi ia diabaikan oleh pentadbiran kolej. – AGENSI

Tamak: Pemilik restoran disiasat simpan barang kawalan tanpa permit

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
PEMILIK restoran disiasat kerana disyaki menyimpan barang kawalan tepung gandum dan gula pasir untuk kegunaan sendiri tanpa memiliki permit penyimpanan.
PEMILIK restoran disiasat kerana disyaki menyimpan barang kawalan tepung gandum dan gula pasir untuk kegunaan sendiri tanpa memiliki permit penyimpanan.
Kajang: Pemilik restoran disiasat kerana disyaki menyimpan barang kawalan tepung gandum dan gula pasir untuk kegunaan sendiri tanpa memiliki permit penyimpanan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kajang dalam kenyataan berkata, sebelum ini tular gambar yang didakwa warga asing membeli barang kawalan dengan kuantiti yang banyak.

Menurutnya, susulan itu KPDN Kajang membuat pemeriksaan di pasar raya berkenaan pada 18 Jun lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati gambar yang ditularkan adalah pembelian barang kawalan tepung gandum dan gula pasir dalam kuantiti yang banyak oleh pemilik sebuah restoran yang juga warga tempatan untuk kegunaan restorannya.

"Di dalam gambar itu terdapat seorang berbaju kemeja dan berkain pelikat iaitu pemilik restoran sedang membuat bayaran di kaunter.

"Sementara dua pekerja pasar raya (warga asing) berada berdekatan troli mengandungi beberapa kotak tepung gandum dan gula pasir bagi membantu membawa barangan itu ke kenderaan pembeli," katanya.

Menurut kenyataan itu, pasar raya itu menjalankan perniagaan borong dan runcit barang kawalan tepung gandum, gula pasir serta minyak masak dan mempunyai lesen borong dan runcit yang masih sah.

"Namun, pasar raya itu diambil tindakan kes kerana gagal menyelenggarakan buku stok barang kawalan yang di wajibkan disediakan.

"Menerusi buku stok ini KPDN dapat mengesan edaran barang kawalan kepada pelanggan yang layak sahaja," katanya.

Katanya, KPDN turut memeriksa restoran berkenaan dan mendapati ia dimiliki oleh warga tempatan.

"Bagaimanapun restoran berkenaan didapati menyimpan sejumlah barang kawalan tepung gandum dan gula pasir untuk kegunaan sendiri tanpa memiliki permit menyimpan yang dikeluarkan KPDN.

"Pemilik restoran ini disiasat lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan menyimpan barang kawalan tanpa permit yang sah," katanya.

Ini jawapan yang munasabah berkenaan Boikot, penswastaan MAHB dan Blackrock

Tian Chua

Sebelum meneliti isu-isu berkaitan boikot dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), saya ingin menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan oleh P Gunasegaram dalam artikelnya, ‘Haruskah kawan-kawan Israel jadi musuh kita?’ yang diterbitkan di Malaysiakini pada 7 Jun.

Secara amnya, saya amat menghormati tulisan Gunasegaram dalam pelbagai isu nasional yang penting. Saya kecewa dengan pendapat yang membawa persepsi negatif terhadap perjuangan kemanusiaan utama dalam masa getir.

Daripada cadangan konstruktif tentang bagaimana kita boleh menyampaikan solidariti secara lebih berkesan, Gunasegaram mengulangi beberapa gagasan kurang tepat yang sentiasa dilontarkan kepada kempen boikot.

Pendapat beliau disimpulkan seperti berikut:

(1) Boikot merugikan kita (lebih daripada Israel), oleh kerana itu, kita harus hentikan kempen emosi ini;

(2) Biar bersikap munasabah, bukan semua kawan kepada Israel harus dilawan;

(3) Dengan logik ini, kita tidak harus menolak tawaran Blackrock yang bermanfaat hanya kerana syarikat tersebut membekal senjata kepada Israel.

Hujah-hujah ini menumpul pada kontradiksi kononnya antara kepentingan negara dan hasrat fanatik. Dengan lazim, orang condong kepada kesimpulan yang terjangka, iaitu “Amalan belas kasihan antarabangsa sebegini berniat murni, tetapi eloknya jangan merosakkan kepentingan negara”.

Saya percaya bukan niat asal Gunasegaram untuk menolak keprihatinan terhadap penderitaan Palestin. Namun hujah begitu mudah ditafsir seolah-olahnya bersetuju dengan sikap acuh tak acuh.

Mungkin tidak disedari, wacana beliau tentang Palestin malangnya mengekalkan prejudis perkauman yang terwujud dalam masyarakat. Ini sangat tidak sihat untuk keharmonian sosial.

Atas sebab itu, hujah-hujah ini mesti dijawab dengan betul dan rasional.

Mengapa boikot?

Pertama sekali, biar kita terangkan sebab-sebab boikot.

Orang biasanya sering menganggap para aktivis boikot adalah orang yang kurang “munasabah” kerana ingin memboikot apa sahaja barangan yang berkait dengan Israel, walau sedikit pun. Gambaran seperti ini sentiasa dipegang oleh mereka yang menolak kempen boikot.

Boikot selalunya dicirikan sebagai perbuatan yang didorong oleh emosi. Sebenarnya menyampaikan perasaan simpati sesama manusia adalah tindak balas yang sangat logika.

Menghulurkan bantuan untuk mengurangkan kesengsaraan orang lain bukan perkara yang luar biasa. Sering kali, kita juga mengorbankan kepentingan sendiri untuk kebajikan orang lain.

Pada hakikatnya, gerakan pro-Palestin tidak pernah menyamakan semua rakan Israel sebagai ‘musuh’. Di Malaysia, tindakan solidariti terutamanya ditujukan kepada satu negara khususnya. Ini kerana Amerika Syarikat bersubahat dalam perlakuan genosida Israel.

Walaupun begitu, tiada sebarang tuntutan diminta untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan AS.

Isu intinya adalah tragedi kemanusiaan dahsyat di Palestin tepat di depan mata kita. Israel tengah melancarkan serangan pembersihan etnik di Gaza dan AS menyelindunginya.

Sesungguhnya terdapat keperluan untuk menghentikannya dengan segera – dengan cara apa pun.

Menolak boikot umpamanya adalah alasan untuk tidak bertindak. Dalam masa kekejaman yang melampau, tidak bertindak bermaksud memihak pada kezaliman. Boikot merupakan manifestasi kesedaran kuasa konsumer.

Objektifnya adalah untuk mengubah tindakan yang dibuat oleh individu tunggal menjadi kekuatan kolektif. Jauh daripada bersikap impulsif, kempen boikot telah muncul sebagai gerakan global dengan perancangan dan strategi yang teratur.

Kejayaan dalam sejarah

Jangan lupa boikot antarabangsa telah menyumbang kepada kejayaan menjatuhkan sistem apartheid di Afrika Selatan.

Alasan yang menolak boikot yang menyokong Palestin masa kini tidak berbeza dengan hujahan mereka yang mempertikaikan keberkesanan boikot anti-apartheid sebelum ini. Tidak pelik sama sekali pembela-pembela rejim kulit putih zaman dulu adalah negara-negara sama yang mempertahankan Israel hari ini.

Sepanjang sejarah, boikot telah menjadi senjata kaum tertindas. Boikot besar-besaran yang dipimpin Mahatma Gandhi terhadap barang-barang Inggris menggembleng perjuangan ‘Ahimsa’ (tanpa kekerasan) untuk kemerdekaan India. Di Myanmar, Aung San Suu Kyi merayu sanksi antarabangsa untuk menamatkan kekuasaan militer.

Kini Gerakan Boikot, Divestasi dan Sanksi (BDS) mewarisi tradisi ini, dan ia terus berjuang menentang penjajahan haram di Palestin. Gerakan ini telah menjadi teras utama aktivisme solidariti Palestin di seluruh dunia. Kempen BDS merebak seperti api di kampus-kampus Amerika dan Eropah. Walaupun pihak berkuasa konservatif mengecam protes pelajar sebagai sangat naif dan sia-sia, kita harus memberi tabik hormat kepada semangat berani mereka.

Sepanjang masa orang-orang di Palestina dengan berani melawan penindasan zalim Zionis.

Bagi para pendukung di luar bumi Palestin, mungkin sumbangan yang paling bermakna dan berdampak adalah berkecimpung dalam kempen BDS.

Pergerakan BDS menggunakan strategi yang tersasar dan berhasil. Kempen ini tidak memaksa sesiapa untuk membuang telefon bimbit Apple, atau MacBook, atau berhenti terbang dengan Boeing. BDS memaklumkan pengguna untuk membuat pilihan etika teliti.

Seseorang cuma perlu buat usaha tambahan untuk mengesah dan menyemak produk dan memilih alternatif jika tersedia.

Di samping tindakan pengguna, sektor korporat juga harus terlibat dalam divestasi dan boikot. Demikian juga, pemerintah didesak untuk memperkenalkan dasar pelaburan berstrategi untuk memulaukan Israel. Tujuan utamanya adalah untuk membujuk orang untuk mengasingkan diri dari perusahaan pro-Israel dan beralih ke investasi alternatif.

Boikot jejaskan ekonomi?

Ramai yang berpendapat bahawa ekonomi Israel langsung tidak terganggu oleh tindakan boikot. Sebaliknya, boikot tidak berfaedah kepada ekonomi kita. Sebenarnya pandangan ini hanya hendak menyembunyikan sikap sinis di belakang baju patriotisme.

Kesimpulan sedemikian membuat andaian bahwa apabila firma tertentu terjejas, ia juga bermakna menjejaskan ekonomi keseluruhan. Dalam teori ekonomi, penaakulan begini dipanggil “falasi komposisi”. Ia menganggap bahwa apa yang benar untuk individu atau bahagian juga akan berlaku untuk seluruh kumpulan atau kesemua ekonomi. Ini adalah kesilapan logik biasa yang mengelirukan pemahaman orang tentang fenomena ekonomi.

Adakah seluruh ekonomi akan terancam bila mengalami perubahan pilihan pengguna?

Sekiranya majoriti dalam masyarakat beralih dari barangan tertentu ke barangan lain, pasaran hanya akan menyesuaikan diri untuk mengekalkan keuntungan berterusan.

Perusahaan tahu bagaimana untuk mengalihkan pelaburan mereka untuk memenuhi permintaan orang ramai. Ia perkara lazim dalam ekonomi pasaran.

Tidak seperti masa dulu, saat ini pengguna mengalami kesulitan yang sangat minimal kerana mempunyai pelbagai pilihan yang banyak. Jika seseorang ingin memboikot burger atau ayam goreng jenama Amerika, ada puluhan varietas tempatan untuk dipilih. Peralihan pilihan konsumer semestinya akan memberi kesan positif pada perniagaan lokal.

Kemerosotan francais antarabangsa juga bererti kurang aliran keluar tunai daripada ekonomi domestik. Dalam jangka masa panjang, kita memupuk budaya konsumer yang lebih sihat dan berorientasikan domestik.

Akhir sekali, boikot pada dasarnya adalah percaturan tawar-menawar. Sekiranya jenama antarabangsa ini menghargai pasaran kita, mereka mesti membuat keputusan yang tegas.

Perusahaan boleh kekal untung jikalau mereka mematuhi tuntutan etika dengan mengecam keganasan rejim Zionis atau menarik diri dari wilayah taklukan haram.

Malaysia mempunyai pasaran hampir 30 juta penduduk, berbanding 10 juta di Israel. Saiz pasaran negara-negara lain yang bukan ‘kawan’ Israel jauh lebih besar. Kuasa ekonomi keseluruhan kita sudah tentu berupaya menekan syarikat untuk berubah.

Siapa kawan?

Penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mempunyai dimensi internasional atas penyertaan pihak asing. Ada yang berkata kita jangan banyak bermusuh. Kawan- kawan Israel tidak semestinya musuh kita. Ini kelihatan seperti nasihat yang baik. Dikatakan bahawa setiap negara harus mengutamakan kepenting negara masing-masing dan menghormati hak satu sama lain.

Apa dasar luar negeri dari sebuah negara yang disebut demokrasi terbesar di dunia?

Hormati perbezaan, benarkah? Ambil Afrika Selatan sebagai contoh. Dakwaan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membawa negara itu ke dalam konfrontasi langsung dan tidak langsung dengan teman-teman Israel. Afrika Selatan berisiko disingkir dari Undang-Undang Pertumbuhan dan Peluang Afrika (African Growth and Opportunity Act) oleh pemerintah AS.

Haruskah Afrika Selatan letakkan prioritas kepada kepentingan ekonominya dan melepas tangan di ICJ? Adalah jelas bahwa AS tidak menghormati hak negara mana pun untuk secara bebas berkawan dengan negara yang tidak disenangi AS.

Pengisytiharan berkecuali kita tidak mengecualikan kita dari intimidasi Amerika. Kerap kali syarikat-syarikat Malaysia diduga terlalu ramah dengan musuh AS. Dengan dalih keselamatan, juara perdagangan bebas ini tiada keraguan untuk mempersenjatai perdagangan menindas siapa saja yang mencabar hegemoninya.

AS mempunyai senarai musuh yang panjang, contohnya Cuba, Iran, Syria, Yaman, icaragua, Venezuela, China, Korea Utara, dan banyak lagi. AS mengenakan sanksi dan boikot ke atas negara-negara ini. Sesiapa yang kelihatan mesra dengan musuh-musuh AS tidak terlepas daripada sekatan.

AS sentiasa bertingkah laku sebagai kuasa besar global yang tunggal. AS tidak bersedia menerima atau bertolak ansur dengan tatanan dunia multipolar. Bukan sahaja negara- negara yang bermusuhan dengan Israel dianggap sebagai ancaman, tetapi negara-negara yang berkawan dengan musuh Israel juga sering menjadi sasaran serangan.

Sebenarnya ekonomi Malaysia tidak terjejas kerana pendirian berprinsip kita untuk menyokong Palestin. Sebaliknya, ekonomi kita terganggu disebabkan AS mengambil langkah yang semakin antagonistik terhadap China.

Kegelisahan geopolitik

Dalam konteks ini, kita amat khuatir dengan aset strategik negara.

Pada 15 Mei, kerajaan mengumumkan rancangan untuk menswastakan MAHB. Ia akan diambil alih oleh konsortium yang dikenali sebagai Gateway Development Alliance yang merangkumi Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Abu Dhabi Investment Authority (ADIA), dan Global Infrastructure Partners (GIP).

Dengan aturan ini, 38 lapangan terbang (semua lapangan terbang di Malaysia kecuali Senai) serta lapangan terbang antarabangsa di Turkiye akan dikendalikan oleh GIP.

Sementara ini GIP dimiliki sepenuhnya oleh Blackrock Inc. Blackrock adalah pelabur terbesar di dunia dalam industri senjata. Firma itu juga merupakan penyokong kuat Zionisme. Ramai yang lain telah mengemukakan bukti yang kukuh mengenai penglibatan Blackrock dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Saya tidak perlu mengulas lanjut.

Ringkasnya, menolak Blackrock adalah keperluan moral. Kerajaan mesti menunjukkan konsistensi dasar dalam pendiriannya untuk Palestin.

Terdapat juga dimensi geopolitik untuk isu ini. Pertempuran ganas di Palestin dan Timur Tengah memberi amaran kepada kita tentang permusuhan yang semakin meningkat antara kuasa-kuasa besar. Negara-negara kecil sering terperangkap dalam pertembungan dan berisiko kehilangan kedaulatan mereka.

Malaysia terletak di zon yang berpotensi tercetus konflik. Ruang udara kita merentasi Laut China Selatan dan merangkumi banyak kepulauan yang dipertikaikan. Memandangkan AS juga merupakan faktor dalam konflik serantau, akses mereka ke ruang udara dan infrastruktur strategik kami mungkin menjadi dorongan tambahan kepada ketegangan yang semakin meningkat.

Adakah bijak untuk menyerahkan fasiliti sensitif canggih kita seperti lapangan terbang, radar, peralatan pengawasan, serta sistem kontrol udara kepada entiti asing? Lebih buruk lagi, sebuah syarikat yang terkenal dikaitkan dengan peperangan.

Untuk menjaga kedaulatan negara, infrastruktur strategik yang penting hanya boleh dikelola oleh operator yang secara mutlak dan eksklusif setia kepada kepentingan Malaysia.

Penswastaan yang bahaya

Jumlah aset MAHB bernilai tidak kurang daripada RM20 bilion. Penswastaan berskala besar tanpa perbincangan menyeluruh dan penelitian awam dengan sendirinya harus menyebabkan awam berwaspada.

Pada 9 Feb tahun lepas, MAHB telah diberikan lanjutan hak operasi baharu selama 45 tahun lagi. Ini bermakna MAHB akan memegang kawalan monopoli sehingga 11 Feb, 2069.

Perkara ini disahkan semula dengan pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 18 Mac lalu.

Secara umum, monopoli bukanlah formula untuk meningkatkan daya saing atau meransang kecekapan. Justifikasi tempoh panjang diperlukan adalah untuk memudahkan pertumbuhan yang mampan dan menjamin pemulihan pelaburan yang besar.

Pengurusan MAHB mendakwa bahawa pajakan hak operasi yang panjang akan memberikan “fleksibiliti untuk melabur dan melabur semula dalam pemodenan dan pembangunan lapangan terbang yang berdaya maju di bawah terma komersial yang adil dan kondusif dengan mekanisme pulangan pelaburan yang jelas”.

Bukan luar biasa di Malaysia jika sebuah GLC diberikan persyaratan yang menguntungkan seperti itu. Walaupun ada keraguan terdapat bahaya genangan yang berpanjangan, saya rasa ia boleh diterima kalau syarat-syarat ini melindungi infrastruktur utama di tangan publik.

Setahun kemudian, sebuah syarikat dari New York, General Infrastructure Partners (GIP) dibawa masuk untuk mengendalikan semua 39 lapangan terbang. Sama ada kerajaan tiba- tiba hilang keyakinan terhadap kemampuan MAHB atau ia hanyalah satu komplot untuk memanipulasi peralihan tangan aset awam kepada firma asing.

Selewat 11 Mac, Loke dengan tegas menafikan hasrat untuk menjual MAHB kepada GIP.

Apabila rancangan itu akhirnya didedahkan pada Mei 2024, Loke menegaskan bahwa kementeriannya tidak terlibat dalam keputusan itu.

Jika menteri bercakap benar, ia sangat merisaukan. Perjanjian penswastaan akan menjejaskan berjuta-juta pengguna dan menutup nasib kesemua lapangan terbang kita selama hampir setengah abad. Sehingga hari ini, rakyat masih tidak mempunyai peluang untuk mendengar segala kebaikan dan keburukan.

Pada asasnya, bentuk baru MAHB akan menjadi monopoli yang diswastakan (selama 45 tahun!). Rakyat Malaysia telah mempunyai banyak pengajaran pahit daripada penswastaan, terutamanya yang bersifat monopoli. Corak ini bukan sahaja gagal mendatangkan manfaat seperti dijanjikan, tetapi pada akhirnya, pembayar cukai memikul kerugian.

Kisah yang sama berlaku pada tahun 2009 apabila Tradewinds memperoleh syarikat monopoli BERNAS, ia melibatkan sejumlah saham minoriti dipegang oleh Wong Tak Co yang berpangkalan di Hong Kong. Ahli-ahli parlimen oposisi bangkit lawan. Mereka berpendapat bahwa kehadiran kepentingan asing di BERNAS mengancam keselamatan negara. Sekarang mereka sudah berkuasa, orang yang sama mesra menyambut Blackrock untuk menguruskan infrastruktur penting kita.

Keengganan kerajaan untuk memperbincangkan penjualan MAHB telah mengkhianati semua prinsip ketelusan, akauntabiliti, dan tanggung jawab sosial. Masyarakat umum berada dalam kegelapan. Mereka hanya menerima maklumat dalam serpihan yang tidak masuk akal dari jawaban para menteri dan pegawai.

Sehingga kini, tiada siapa daripada kerajaan yang memberikan penjelasan yang menyeluruh mengenai sebab-sebab penswastaan MAHB. Rakyat tidak pernah diberitahu apa faedah sebenar akan dibawa GIP dalam empat dekad akan datang. Kita juga ingin tahu sama ada Khazanah telah melalui proses meneroka semua opsyen. Adakah GIP satu-satunya pilihan?

Demi ekonomi inklusif, mengapa kerajaan tidak mempertimbangkan penyertaan kerajaan-kerajaan negari (terutama Sabah atau Sarawak), atau mengizinkan pelabur swasta domestik?

Singkatnya, dengan semua pertanyaan ini tidak terjawab dan tidak adanya penjelasan yang memuaskan, kerajaan seharusnya tidak melanjutkan penswastaan MAHB.

Pelabur tidak bermoral

Penglibatan Blackrock adalah seperti menambah garam pada luka. Hubungan syarikat dengan bekalan senjata ke serangan genosida sangat ketara. Tiada justifikasi moral untuk membolehkan wang daripada pembayar cukai Malaysia dan pelanggan KWSP yang cintakan keamanan dicemari dengan darah jiwa yang tidak berdosa.

Gergasi kewangan itu mempunyai jejak-jejak yang luas dalam landskap ekonomi Israel. Ia berhubungan rapat dengan badan politik dan korporat di Israel. Dengan latar belakang ini, kebimbangan kami bukan sahaja etika semata-mata.

Tidak dapat dielakkan, menyerahkan aset berkaitan kedaulatan negara kepada operator asing sudah tentu akan menimbulkan implikasi keselamatan yang serius. Teruk lagi apabila ia dikuasai sebuah syarikat yang memiliki ideologi politik yang keras berlawanan dengan kita.

Sokongan Malaysia terhadap Palestin tidak boleh terus diperkotak-katikkan. Lebih kritikal daripada sebelumnya, rakyat Palestin sangat memerlukan usaha solidariti yang konsisten.

Cakap retorik dan perhubungan awam dangkal tidak boleh melahirkan apa-apa hasil yang efektif.

Sudah tiba masanya untuk mengubah kata-kata menjadi tindakan konkrit. Kerajaan di satu pihak memeluk perjuangan bersenjata Palestin dan pada masa yang sama mengalu-alukan ejen pembunuhan dengan tangan terbuka. Ini akan menjadikan Malaysia kelihatan hipokrit.

Memang benar Blackrock telah menembus pasaran Malaysia sejak kian lama. Ia telah melabur secara luas di banyak syarikat di Malaysia seperti CIMB, Genting, MISC, Sime Darby, dan lain-lain. Keunggulannya di pasar modal dan sistem kewangan Malaysia juga adalah perkara yang membimbangkan. Namun, ini tidak harus bererti mengisyaratkan lampu hijau untuk pengambilalihan MAHB. Penerimaan Blackrock di tengah keganasan di Gaza akan meninggalkan titik hitam pada kredibiliti Malaysia.

Untuk mejayakan perubahan, kerajaan mesti menegaskan tekanan yang lebih besar di medan ekonomi selain usaha diplomatik. Untuk menunjukkan komitmen Malaysia, kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa khas (dengan penglibatan NGO) untuk melaksanakan divestasi dan sanksi yang terancang. Kerajaan bersama-sama dengan sektor swasta perlu bekerjasama menyalurkan dana dan sumber kita kepada investasi yang lebih beretika.

Seperti pengalaman yang kita pelajari dari Afrika Selatan, sanksi dan boikot adalah alat menentang apartheid yang kuat dan berkesan. Keadaan di Gaza menunjukkan krisis kemanusiaan yang mengerikan. Hati nurani kita tidak seharusnya membenarkan industri ini yang mengaut keuntungan daripada pertumpahan darah untuk bercampur tangan dalam aset negara.

Hentikan Blackrock, selamatkan harta rakyat.

TIAN CHUA ialah bekas ahli parlimen Batu.

Penunggang motosikal maut dilanggar kerana beri laluan kepada ambulans

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
KEMALANGAN di persimpangan lampu isyarat yang mengorbankan penunggang p-hailing berusia 31 tahun. FOTO Ihsan Polis.
KEMALANGAN di persimpangan lampu isyarat yang mengorbankan penunggang p-hailing berusia 31 tahun. FOTO Ihsan Polis.
Melaka: Tindakan penunggang p-hailing memberi laluan kepada ambulans, bertukar tragedi apabila dia dilanggar kereta di persimpangan lampu isyarat Padang Jambu di sini, hari ini.

Nahas pada 9.50 pagi yang membabitkan dua kereta dan motosikal itu menyebabkan mangsa, Hilmi Saleh, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dari arah kanan persimpangan, melintas untuk memberi laluan kepada ambulans dari arah sama.

Katanya, turut sama memberi laluan kepada ambulans itu adalah kereta Proton Wira dipandu lelaki berusia 65 tahun.

"Bagaimanapun, Honda Civic dipandu wanita berusia 50 tahun dari arah Ayer Keroh menghala pusat bandar bergerak ketika lampu bertukar hijau dan tidak sempat mengelak mangsa dan Proton Wira.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi dan pemandu Proton Wira cedera ringan," katanya dalam kenyataan.

Christopher berkata, pemandu Honda Civic cedera di leher, dirawat di zon kuning Hospital Melaka (HM).

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HM untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jual petrol RON95 kepada warga asing, pengusaha stesen minyak berdepan denda RM1j

Amir Mamat
bhnews@bh.com.my
Gambar tular kereta dari negara jiran yang mengisi minyak bersubsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah.
Gambar tular kereta dari negara jiran yang mengisi minyak bersubsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah.
ALOR GAJAH: Sebuah stesen minyak di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka selepas pengusahanya dipercayai menjual minyak petrol bersubsidi RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing.

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar, berkata tindakan itu dilakukan selepas pihaknya mengesan satu rakaman video tular di media sosial pada 16 Jun lalu yang mencetus pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Beliau berkata, video tular itu memperlihatkan seorang individu yang menaiki kenderaan bernombor pendaftaran dipercayai dari negara jiran mengisi petrol bersubsidi.

"Susulan itu sepasukan penguat kuasa KPDN ke stesen terbabit hari ini bagi menjalankan siasatan lanjut dan hasilnya kita mengesyaki terdapat satu kesalahan dibuat oleh pengusaha premis itu.

"Kesalahan disyaki dibuat jam 4.35 petang, Ahad lalu dan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki disyaki warga asing membayar RM23.17 melalui transaksi 'outdoor payment terminal' (OTP) iaitu pembayaran melalui kad prabayar untuk membeli minyak berkenaan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Norena berkata, perbuatan itu sekali gus melanggar Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 21(1).

"Kesalahan ini boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) yang mana jika didapati bersalah pengusaha stesen minyak berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Tindakan kes dibuat selaras dengan arahan yang dikuatkuasakan pada 17 Jun 2022 yang membabitkan larangan penjualan petrol RON95 kepada semua kenderaan bernombor pendaftaran asing," katanya.

Miza Ozawa mengaku menyundal, dipenjara sebulan miliki bahan lucah

Suraya Roslan
bhnews@bh.com.my
Siti Amiza atau dikenali Miza Ozawa dibawa ke Kompleks Mahkamah Bandar Baru Bangi atas tuduhan mempromosikan aktiviti persundalan melalui platform Telegram. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad
Siti Amiza atau dikenali Miza Ozawa dibawa ke Kompleks Mahkamah Bandar Baru Bangi atas tuduhan mempromosikan aktiviti persundalan melalui platform Telegram. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad
BANGI: Seorang wanita hamil enam bulan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini, hari ini atas tuduhan mencari langganan persundalan menggunakan nama Miza Ozawa menerusi akaun Telegram, awal bulan lalu.

Siti Amiza Baharuddin, 27, yang berniaga 'ubat kuat' membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Bagaimanapun, Nurdiyanah menetapkan 24 Jun ini untuk fakta kes dan jatuh hukum yang mana pertuduhan akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah unit kondominium di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, jam 4 petang, pada 6 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Siti Amiza dalam rayuannya meminta denda minimum kerana sedang hamil enam bulan dan menghidap HIV.

Bagaimanapun, Nurdiyanah tidak menetapkan sebarang jaminan atas pertuduhan berkenaan.

Dalam prosiding sama, Siti Amiza dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki bahan lucah dan ubat terlarang tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan memiliki bahan lucah, dia didakwa memiliki bahan itu yang terkandung dalam komputer riba dan tiga telefon bimbit miliknya yang didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu, bagi pertuduhan memiliki 'ubat kuat' tanpa kelulusan KKM, wanita itu didakwa memiliki ubat tidak berdaftar dengan KKM iaitu dua kotak Secret Negro dan dua kotak Dara jelita yang didakwa melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran ke atas kedua-dua kesalahan dan hukuman berjalan berasingan.

"Bagi kesalahan di bawah KKM, hukuman denda saja tidak memberi pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam," katanya.

Siti Amiza dalam rayuannya memohon hukuman setimpal dan denda dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan selepas wang simpanannya untuk bersalin sudah dirampas pihak berkuasa.

Jumaat lalu, media melaporkan seorang wanita ditahan di Bandar Bukit Mahkota selepas disyaki terbabit aktiviti promosi seks dan penjualan 'ubat kuat' di laman sosial, dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, dilaporkan berkata, aktiviti persundalan itu dilakukan wanita berkenaan bersama empat lagi suspek yang turut ditahan.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilaporkan berkata selain mereka, dalangnya, seorang wanita berusia 27 tahun dikenali sebagai 'Miza Ozawa' serta dua warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia 20 dan 26 tahun.

Katanya, semakan ke atas dalang mendapati suspek utama itu pernah disabitkan kesalahan lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang ibunya.