"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nenek samun 3 bank tanpa senjata (Gambar)


Polis Amerika Syarikat (AS) kini sedang giat melancarkan operasi memburu seorang warga emas yang disyaki merompak tiga bank dalam tempoh dua hari ini.

Suspek yang berusia 60-an dan ketinggiannya 1.7 meter itu dilihat memasuki tiga bank berbeza sebelum menyerahkan nota kepada petugas untuk menunutut wang.

Wanita berusia lanjut itu dikatakan membawa beg berwarna hijau setiap kali melakukan rompakan sambil menutup kepala dan berpakaian hitam, namun tidak bersenjata.

Stesen televisyen Fox 11 melaporkan, pada Jumaat lalu wanita itu dilihat memulakan rompakan dengan memasuki bank Wells Fargo di Willingboro0, di New Jersey.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita itu berjalan sambil memakai skaf menutup sebahagian mukanya ke arah kaunter pada pukul 11.41 pagi
kualalumpurpost-

Tiada ulasan: