"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah kita tidak serik untuk terus ditipu?? (Gambar)

Perbandingan dua laporan daripada media yang sama. Tahun lepas TNB mencatatkan keuntungan RM4.61 bililon tetapi kini dikatakan bakal kerugian. Apa yang berlaku sebenarnya?
Perbandingan dua laporan daripada media yang sama. Tahun lepas TNB mencatatkan keuntungan RM4.61 bililon tetapi kini dikatakan bakal kerugian.

Apa yang berlaku sebenarnya? Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu menaikkan tarif elektrik bagi melindungi syarikat itu daripada kerugian kini dipermainkan para pengguna laman sosial.

Ini kerana, tahun lepas TNB mengumumkan keuntungan besar iaitu RM4.61 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013 berbanding RM4.41 bilion untuk tahun sebelumnya.

Najib ketika menyokong kenaikan tarif elektrik baru-baru ini berkata, kenaikan itu perlu bagi melindungi TNB daripada berdepan dengan kerudian sekaligus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.

Najib juga berkata, tindakan juga perlu diambil bagi menjamin TNB menjadi sebuah organisasi berstatus juara serantau dan juara global dalam pembekalan elektrik pada masa depan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu menimbangkan perkara yang kadang-kala amat sukar dan ia termasuk menaikkan tarif elektrik, iaitu tindakan yang dilaksanakan, baru-baru ini.

"Sebab itulah kita kena menimbangkan perkara yang kadang-kadang agak sukar misalnya sama ada tarif elektrik hendak dinaikkan atau tidak," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kerja TNB sempena sambutan Hari Pekerja di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB di Kuala Lumpur,semalam.

Namun pengkritik menyifatkan apa sebenarnya berlaku adalah ekoran tindakan kerajaan menyerahkan pembekalan elektrik kepada pembekal tenaga bebas (IPP) khasnya kepada YTL.

Pada 6 Mei lalu, lima negeri bergelap serentak berpunca dari kegagalan 3 turbine di Manjung Power beroperasi, sesuatu yang disifatkan mereka sebagai kejadian luar biasa.

Ekoran itu, dalam mesyuarat Kabinet pada keesokan harinya iaitu pada 6 Mei, projek untuk YTL diluluskan secara runding terus tanpa diapungkan sebarang tender.

Menurut sumber, selain IPP, syarikat berkenaan juga mendapat projek keretapi laju dari Kuala Lumnpur ke Johor Bharu.

Pada 16 Mei Najib melawat TNB dan berucap kepada pekerja.

"Kesan penyerahan tender ini, YTL akan untung besar melalui perjanjian pembelian bekalan elektrik (PPA) dengan TNB," kata satu sumber dalam TNB kepada The Malaysian Insider.

Akibat PPA ini, TNB dijangka akan tertekan dan bakal mengalami kerugian sehingga terpaksa menaikkan tarif elektrik lagi.

IPP mula wujud apabila seluruh negara bergelap pada 1993 ekoran berlakunya "total blackout" pada tahun tersebut.

Ekoran perjanjian berat sebelah antara TNB dan IPP, Pengerusi TNB waktu itu Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan.

Menurut sumber itu, Ani Arope pernah berkata kepada kakitangan TNB hal ini.

"TNB ini umpama berniaga nasi lemak. Mereka mampu buat nasi lemak dengan kos 20 sen tetapi terpaksa membeli nasi lemak orang lain dengan harga 50 sen dan dipaksa jual balik kepada orang ramai dengan harga 60 sen (10 sen untuk tampung kosnya)," cerita sumber itu. – 18 Mei, 2014.
MALAYSIAN INSIDER

Tiada ulasan: