PRK DUN Ayer Kuning: Faktor calon sukarkan PAS
Penceroboh tanah secara haram 'naik angin' kerana kerajaan Pahang tebang 200 pokok durian

Anggota polis parah tertembak diri sendiri
Dewi Nur Harasha Alias
GEORGE TOWN: Seorang anggota Polis di Pulau Pinang parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK) di George Town petang tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata kejadian dilaporkan berlaku jam 6.12 petang. sewaktu anggota berusia 58 tahun itu bertugas di Cawangan Kem Komandan, di IPK.
Hamzah berkata, mangsa ditemui dalam keadaan cedera di bahagian kepala di bilik pengawal di IPK, akibat tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol.
Mangsa yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Hamzah berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan telah dilepaskan daripada senjata yang digunakan oleh anggota tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.
Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut.
Hamzah berkata, anngota tersebut kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Jabatan Kecemasan HPP.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu sehingga boleh mengganggu siasatan pihak polis.
Ugut penguat kuasa DBKL di WhatsApp seorang lelaki ditahan
Ulama PAS tegur 'ustaz': Tak payah laa gi kuil ke, gereja ke...

Polis tahan lelaki lari bogel dalam video tular
Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur luka dimasukkan objek tumpul - Doktor pakar
Sinar Harian
PETALING JAYA: Doktor pakar yang membedah siasat mayat Zayn Rayyan Abdul Matin membuat kesimpulan di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa, punca kematian kanak-kanak autistik itu ialah disebabkan jerutan di leher.
Pakar Perubatan Perunding Forensik Jusa C (M), Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pasir Gudang Johor, Dr Rohayu Shahar Adnan berkata demikian ketika perbicaraan kes pengabaian mangsa, dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal membabitkan, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30.
Beliau yang juga saksi pendakwaan ke-27 berkata, dapatan itu diperoleh berdasarkan hasil bedah siasat ketika beliau berkhidmat di Hospital Sungai Buloh, pada jam 12 tengah hari, 7 Disember 2023 lalu.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Dr Rohayu, 54, berkata, jerutan di leher mungkin boleh berlaku contohnya menggunakan tali, lanyard atau kain dipintal maka, ia bukan disebabkan mati lemas.
Sementara ketika membaca pernyataan saksi, Dr Rohayu, 54, berkata, berdasarkan jasad si mati, jerutan dapat dilihat berdasarkan lebam otot di leher dan kelenjar tiroid.
“Ini menunjukkan perbuatan itu cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen ke paru-paru dan otak, seterusnya melemaskan si mati hingga mengakibatkan kematian.
“Terdapat kesan jerutan di leher yang bertindih terletak enam sentimeter di bawah telinga kanan dan kiri termasuk otot-otot leher dan kelenjar tiroid di bawah kesan jerutan ini turut lebam,” katanya.
Beliau berkata, hasil bedah siasat juga mendapati, terdapat kesan trauma tumpul dan tajam.
Selain itu saksi yang berkhidmat dalam bidang perubatan forensik semenjak tahun 2003 berkata, terdapat benda asing ditemui pada rongga pernafasan dan dalam perut Zayn Rayyan.
Menurutnya, lelangit anak sulung kepada pasangan tertuduh itu turut lebam, menunjukkan benda asing terbabit dimasuk secara paksa ke dalam mulut.
Bagaimanapun beliau berkata, benda asing itu tidak membawa kepada kematian kerana punca kematiannya bukan tercekik.
Katanya, di bahagian dubur kanak-kanak malang itu juga terdapat luka-luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul tetapi ianya tidak mematikan.
“Ada kesan trauma tumpul seperti lebam di mata, dahi, bibir, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, antara dua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan, lengan kanan serta kiri.
“Ada juga luka potongan, tikaman dan hirisan di telinga kiri sehingga belakang kepala sebelah kiri,” kata saksi ini yang juga pensyarah kehormat Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau berkata, hirisan turut dikesan di belakang kepala sebelah kanan, luka hirisan pada lengan kanan atas dan luka hirisan pada lengan bawah kanan.
Menurutnya, kesan-kesan trauma tumpul dan tajam ini tidak mematikan tetapi merupakan penderaan fizikal ke atas mangsa.
Beliau berkata, kecederaan si mati ialah kecederaan baharu, kerana terdapat kesan reaksi sistem pertahanan badan yang dapat dilihat melalui pemeriksaan mikroskopik.
Kedutan pada kulit tapak tangan dan kaki katanya, hanya menunjukkan sentuhan atau rendaman air, ia bukan punca kematian kerana Zayn Rayyan tidak mati lemas dalam air.
"Jasad si mati telah mula membusuk, berdasarkan warna kulitnya yang kehijauan, mengelupas dan abdomen yang mengembung.
"Tiada luka pertahanan atau luka menumbuk atau menendang dilihat pada mangsa," katanya yang menambah tiada penyakit serius pada organ dalaman yang ditemui.
Pada 13 Jun tahun lalu, pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabaian pada anak mereka, di Mahkamah Sesyen di sini.
Mengikut pertuduhan pindaan, pasangan itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokkannya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang, sebelum ditemui terbaring, dengan jarak kira-kira 200meter dari blok kediamannya.
Perbicaraan di hadapan Hakim, Syahliza Warnoh bersambung Rabu.
Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarters
Kematian Zayn Rayyan akibat jerutan kuat di leher, kata saksi
2 wanita bunuh bomoh yang mengugut sebar video peribadi
Peniaga mengaku tak salah gigit isteri
Bergaduh kerana teman wanita, 8 remaja ditahan
Kelantan: Jumpa tengkorak, tulang dipercayai rangka manusia di sawah padi
Satu penyakit: Tahi politik yang merimaskan
Aplikasi Waze 'hantar' warga emas ke ladang sawit

Warga Bangladesh maut langgar bongkah, bukan ditimpa batu
Kelantan: SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan
Trump 'ugut' kenakan tarif tambahan 50 peratus ke atas China
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat akan mengenakan tarif tambahan ke atas China bermula Selasa jika Beijing tidak menarik balik tarif timbal balik sebanyak 34 peratus terhadap negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Donald Trump pada Isnin dan menjelaskan tarif tambahan 50 peratus akan dikenakan ke atas China.
"Selain itu, semua perbincangan dengan China mengenai permintaan mesyuarat mereka dengan kami akan dihentikan.
"Rundingan dengan negara-negara lain, yang juga telah meminta mesyuarat, akan dimulakan serta-merta," katanya menerusi media sosial.
Pada Jumaat China akan mengenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua produk yang diimport dari Amerika Syarikat bermula 10 April, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negara.
Pengumuman itu susulan keputusan Amerika Syarikat untuk mengenakan 'tarif timbal balik' ke atas eksport China ke negara itu, satu langkah yang menurut suruhanjaya itu tidak mematuhi peraturan perdagangan antarabangsa, menjejaskan hak dan kepentingan sah China secara serius dan mewakili tindakan buli unilateral yang tipikal.
9 lelaki ditahan kerana merusuh guna pedang samurai
Penyokong Pas ‘naik angin’ bila diseru agar pemimpin parti tidak menghasut sebar kebencian
Solat di rumah ibadat bukan Islam: Sila rujuk pihak berkuasa agama
Kereta dipandu ibu terbabas, anak 7 tahun maut tercampak
Kelantan: Pegawai polis ditahan SPRM kerana minta suapan keluarga mangsa rogol

Polis tahan lelaki disyaki bawa lari remaja OKU
Bernama
MELAKA: Polis menahan seorang lelaki disyaki melarikan gadis orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran yang dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman di sini dua hari lepas, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata peniaga berumur 40 tahun yang memandu kereta Perodua Kelisa itu ditahan kira-kira 4 pagi tadi di tepi Jalan Jati, Sungai Petani, Kedah.
Beliau berkata suspek yang tinggal di sini mengaku membawa gadis berumur 17 tahun itu untuk bersiar-siar di Seremban, Ipoh, Bukit Mertajam dan Baling.
Dalam kenyataan di sini beliau berkata semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, dan soal siasat juga mendapati gadis itu tidak mengenali suspek.
Christopher berkata kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah.
Beberapa media semalam melaporkan seorang remaja OKU dilaporkan hilang pada 5 April selepas keluar bermain di taman permainan berhampiran rumahnya dan dipercayai dibawa lari dengan menaiki Perodua Kelisa.
Remaja perempuan dibunuh bekas kekasih anak ahli politik berpengaruh
Sinar Harian
Mayat yang ditemui mati di sebuah sawah padi di Wilayah Chai Nat, Thailand, pada Khamis lalu. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
SEORANG remaja perempuan berusia 18 tahun menjadi mangsa keganasan bekas teman lelaki yang cemburu apabila dia ditemui mati di sebuah sawah padi di Wilayah Chai Nat, Thailand, pada Khamis lalu.
Mangsa dikenali sebagai 'Focus', dipercayai dibunuh dengan kejam menggunakan objek tumpul sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan muka.
Mayatnya ditemui tertiarap di dalam parit oleh seorang petani tempatan yang kemudiannya segera menghubungi pihak berkuasa.
Siasatan polis mendapati pembunuhan itu dilakukan oleh bekas teman lelaki mangsa, berusia 18 tahun yang juga merupakan anak kepada seorang ahli politik tempatan berpengaruh.
Motif utama pembunuhan dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu melampau selepas hubungan mereka berakhir.
Suspek pada awalnya menafikan penglibatan dalam kejadian itu, namun selepas disoal siasat secara intensif, dia akhirnya mengaku telah membunuh Focus dalam keadaan marah dan mabuk.
Dia turut mengaku menyeret mayat mangsa ke kawasan sawah sebelum melarikan diri ke rumah.
Kejadian tragik itu berlaku pada hari yang sepatutnya menjadi detik membanggakan buat mangsa.
Focus baru sahaja menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Hankha dan dijadualkan mengambil sijil tamat pelajaran pada hari kejadian.
Dia juga baru sahaja diterima masuk ke sebuah universiti terkemuka di Bangkok.
Sumber keluarga turut mendedahkan bahawa sebelum kejadian, Focus pernah bertengkar dengan suspek dan memutuskan hubungan mereka.
Lelaki itu dilaporkan mempunyai sejarah mencederakan bapa Focus dan cuba membakar rumah keluarga mangsa. - Sinar Harian memetik agensi
Batu 50kg timpa kepala, penunggang maut
BN pertaruh Yusri Bakir calon PRK Ayer Kuning

Lelaki maut dibelasah penduduk lepas tikam wanita, remaja
