"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Dr Asri mengajar tanpa tauliah: Giliran pegawai JAIS pula kena sekolahkan

Mahkamah Syariah daerah Gombak membebaskan bekas mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin daripada tuduhan mengajar tanpa tauliah di Selangor pada tahun 200?.
"Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh.

"Oleh itu mahkamah memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan," kata Hakim Syarie Shaiful Azli jamaluddin sewaktu membacakan keputusan pagi ini.

Sewaktu membacakan fakta kes daripada perbicaraan, Hakim Shaiful Azli menegur cara pihak pendakwaan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak dan cara mereka melakukan serbuan terhadap Asri.

"Saksi pendakwaan tidak dapat memastikan apa yang diucapkan tertuduh pada malam kejadian sedangkan pegawai ini terlibat dalam serbuan pada malam tersebut dan saksi ini mustahak.

"Tiada sebarang keterangan langsung atau tak langsung yang menjelaskan apa yang dikatakan tertuduh pada malam itu.

"Mahkamah mendapati pasukan siasatan dan serbuan gagal menjalankan siasatan dengan terperinci, kukuh dan mendalam dan serbuan dilakukan secara gopoh-gapah.

"Mahkamah ingin mengingatkan agensi siasatan dalam mana-mana kes agar menjalankan siasatan dengan lebih cermat dan tuntas," kata Hakim Shaiful.

Asri nasihat JAIS hati-hati

Asri sebelum ini dituduh mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah rumah di Lorong 2C Taman Seri Ukay Ampang antara pukul 8.10 malam hingga 9.45 malam pada 1 November 2009.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 dan jika sabit kesalahan berhadapan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengulas pembebasannya, Asri menyeru pihak berkuasa agama agar lebih berhati-hati dalam mendakwa mana-mana individu dengan latar belakang agama, dengan tuduhan mengajar agama tanpa tauliah.

"Tauliah ada keperluannya kalau seseorang itu tiada latar belakang agama.

"Pihak JAIS takkan tak tahu saya pernah jadi mufti dan saya pernah jadi ahli Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Kes macam ini tak boleh ke saman malu ??? Kan elok dakwa pihak JAIS untuk mendidik mereka supaya jangan buat kerja bodoh di masa hadapan . Andai kata menang dalam kes malu ini , wang kemenangan kes ini ( saman malu ) boleh di salur kepada badan kebajikkan Islam . So Dr Asri buat lah saman malu terhadap JAIS . Jangan biarkan mereka ini besar kepala di masa hadapan

XUMNO berkata...

Bila pegawai2 agama suka dijadikan barua2 dan macai2 umno, inilah jadinya. Bandingkan ilmu pegawai2 macai umno yang berkeluluisan tak lebih dari 4 sanawi (itu pun lulus ke tidak) dengan Dr Asri, bekas MUFTI dan sekarang PENSYARAH universiti... adakah munasabah nak dakwa atas tuduhan mengajar agama tanpa tuliah??? Dan di rumah pula tu. Kalau ikutkan logik pagawai2 agama ini ibu bapa pun tak boleh ajar anak2 dan isteri baba agama di rumah! Buatlah kerja kerana Allah, bukan kerana umno!!

mazmad berkata...

JAIS mengikut arahan UMNO....stupid.!!