"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fatimah Rabu - Wanita Melayu Islam Yang Berkahwin dengan Hindu!!!


 Olemankip

TIADA siapa yang tahu ten tang wanita ini. Namanya bukanlah sepopular nama penyanyi mahupun pelakon tanah air. Dia juga bukan seorang pemimpin wanita yang tersohor. Tetapi hanya seorang gadis kampung berketurunan Melayu dan beragama Islam. 

Hidup sebagai gadis kampung di zaman Jepun, tiada siapa yang ambil tahu tentang kisah hidupnya.


Entah dari mana jalur keturunannya, tiada siapa yang dapat menjelaskannya. Tetapi dia adalah wanita Islam yang diberi amanah untuk menjaga kawasan perkuburan Yahudi yang tertua di Pulau Pinang, dengan upah RM45 sebulan (nilai yang cukup besar pada waktu itu).

Al Islam terus mencari maklumat tentang Fatimah Rabu daripada penduduk Pulau Pinang. Tetapi selain latar belakang yang kabur dan pekerjaan , yang `pelik’, kehidupan peribadi Fati mah Rabu, khususnya perkahwinannva, menimbulkan tanda tanya.

Sememangnya dia adalah wanita Melayu yang cukup ‘misteri’. Fatimah dikahwinkan oleh seorang rabai Yahudi! Lebih memeranjatkan, Al Islam diberitahu, jodoh wanita ini ialah seorang jejaka India yang menganut ajaran Hindu! Sekali lagi persoalan demi persoalan berlegar di benak fikir­an. Apakah benar cerita yang ’dihidang kan’ kepada penulis ketika berpeluang berjumpa dengan anak Fatimah Rabu sendiri iaitu, Saraswati, 50

Peluang berjumpa dengan Saraswati sememangnya tidak pernah dirancang. Apatah lagi di awal kedatangan wartawan AL ISLAM pada petang minggu itu, Saraswati yang agak malu -malu, lebih suka suamim Silvraj, 59 melayan penulis.


Bagaimanapun, apabila soalan demi soalan ditanya, khususnya cerita me­ngenai wanita bernama Fatimah Rabu, Saraswati yang kerap berlindung di pintu rumah pondok di dalam kawasan perkuburan itu memulakan bicara. Se kalipun tidak fasih berbahasa Melayu, Saraswati dengan pertolongan anak lelakinya, Ganeson Silvraj, yang ke betulan datang melawat keluarga ber sama isterinya, Kasturi, berminat apa bila nama Fatimah Rabu menjadi topik perbualan.

Dengan mengenakan syarat untuk tidak merakamkan gambarnya, Saras­wati mengakui dia adalah anak kepada Fatimah Rabu. Katanya, wanita itu adalah ibunya yang telah menetap di atas tanah perkuburan Yahudi itu sejak bertahun-tahun lamanya bersama bapa nya, Aligar Muniandy.

“Saya tahu ibu saya adalah seorang Islam. Nama dalam kad pengenalannya juga adalah nama nama Islam. Tetapi kami tidak pernah bertanya, mengapa ibu saya mengahwini bapa saya yang bukan beragama Islam.
“Saya juga tahu adik kepada ibu saya juga seorang Islam, dan dialah satu-satunya adik ibu saya. Dia pernah menemui kami di sini. Tetapi saya tidak tahu nama kerana ketika itu saya hanva bausia 12 tahun. Itulah sekali dia mcngunjungi ibu saya sehinggalah ibu saya meninggal pada 7 Disember 2002.”, katamya lanjut.

Saraswati terus bercerita, hasil dari pada perkahwinan ibu dan bapanya, lahirlah seramai sembilan orang anak, empat perempuan dan lima lelaki. Kata Saraswati, di situlah mereka adik-ber adik membesar.

Bagaimanapun ketika diaju menge nai pegangan agama yang diamalkan, Saraswati berkata, “Tujuh daripada adik-beradik kami mengikut agama bapa, iaitu Hindu. Cuma dua orang, seorang lelaki yang bernama Azmi, dan seorang perempuan bernama Fauziah yang mengamalkan Islam.”

Tetapi menurut Saraswati, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan adik­ beradik yang beragama Islam. Ma lah mereka tidak pernah berjumpa Saraswati apatah lagi adik-beradik yang lain. Cuma cerita Saraswati, berita ter akhir vang diterima, Fauziah telah pun berkahwin dengan lelaki yang berasal dari Kelantan. Manakala Azmi tidak diketahui khabarnya. 

Hari semakin petang. Namun, Saras wati yang pada mula-mula ditemui agak pendiam, tanpa diminta telah menunjukkan kepada penulis, gambar ibunya. Itulah satu-satunya gambar bersaiz pasport yang masili disimpan oleh Saraswati. Benarlah, wanita tua yang berada di dalam gambar itu adalah gambar wanita Melayu. Bukan kacu kan India atau bangsa lain. Rupanya memang Melayu asli. Ini Fatimah Rabu.

Soalnya, apakah kerana perkahwinan ini, Fatimah Rabu `melepaskan’ sta­tusnya sebagai seorang Islam? Ganeson, cucu kepada Fatimah Rabu mencelah; “Waktu itu mungkin amalan agama Fatimah Rabu tidak begitu kuat. Apatah lagi, di zaman Jepun, Islam masih tidak begitu men dalam dan dihayati oleh orang Melayu.

“Mungkin inilah keadaan yang ber laku kepada tok saya. Kerana jahil ten­tang Islam, tok berkahwin dengan tok wan saya. Tapi kami tahu dia adalah seorang Islam. Kami tidak pernah mempertikaikannya,” ujar Ganeson.

Ditanya apakah perkahwinan terse but tidak mendapat bantahan, Saras­wati menjelaskan, pada zaman terse but, perkahwinan mungkin tidak didaftarkan. Tidak seperti hari ini, pelbagai prosedur perlu diikuti ter masuk mendaftarkan setiap perkahwin an. Apatah lagi apabila Fatimah Rabu dikahwinkan oleh seorang rabai Yahudi, maka tiada pendaftaran perkahwinan yang dibuat.

Bagaimana pula dengan amalan Islamnya? Persoalan tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa ada jawapan yang diberikan. Tetapi sesuatu yang pasti, Fatimah Rabu, dikuburkan di kawasan perkuburan Islam!
Saraswati terus masuk ke dalam rumah pondok yang didiami. Selang beberapa minit, dia keluar dengan dua keping gambar sambil memberikan kepada kami. “Inilah gambar kubur ibu saya. Dia dikuburkan di sini kerana dia seorang Islam,” ujarnya.

Pun begitu, jelas Ganeson, sebagai cucu yang mengetahui pegangan agama toknya, hasrat untuk mengebumikan Fatimah Rabu di kawasan perkuburan Islam yang terletak di Masjid Jamek Hashim Yahya, Kampung Dodol, sememangnya telah ada. Bahkan anak -anak Fatimah Rabu yang beragama Hindu juga bersetuju untuk menem patkan jasad Fatimah Rabu di tanah perkuburan Islam.

“Sebaik tok saya meninggal, saya telah melaporkannya kepada polls. Dan, apabila polls melihat kad penge nalan tersebut tertera nama Fatimah Rabu clan beragama Islam, maka polis mengarahkan supaya jenazahnya dita nam di kawasan perkuburan Islam.

“Memang itulah hasrat kami. Di kuatkan dengan arahan polis, kami telah memberitahu imam di kariah ini untuk menguruskan jenazah Fatimah Rabu mengikut cara Islam. Fatimah Rabu dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan cara Islam sebelum dibawa untuk ditanamkan di perku­buran Islam,” jelas Ganeson. Tanpa ada rasa kekok mencerita kan perbezaan anutan agama, Ganeson berkata, “Walau apa pun bangsa dan agama dia, Fatimah Rabu adalah tok saya. Saya dan keluarga masih melawat dia di perkuburan Islam, kerana kami adalah waris-warisnya,” ujarnya.

Kebiasaannya keluarga Saraswati termasuk cucu Fatimah Rabu, Gane son dan isteri, Kasturi, akan menziarahi kuburnya, terutama apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bukan itu sahaja, apabila teringatkan Fati mah Rabu, mereka akan menziarahinya pada bila-bila masa. Begitulah akrab­nya hubungan keluarga yang berlainan agama dan bangsa! 

Sumber eksklusif::
Majalah Al Islam, 2009

Sumber:
www.terjah.com

Tiada ulasan: