"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Sri Serdang `budak suruhan Sungai Panjang'

Saidah Hairan 
SHAH ALAM, 11 Mac (Hrkh) -
 Adun Sri Serdang (BN), Dato' Satim Diman didakwa sebagai `budak suruhan Adun Sungai Panjang' apabila beliau membantah tindakan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mahu membaca laporan akhbar Liberation yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Dalam sesi perbahasan menjujung kasih Duli Tuanku Sultan Selangor itu, Satim mengingatkan Azmin bahawa kes pembunuhan Altantuya itu masih dalam perbicaraan mahkamah dan tidak wajar dibangkitkan dalam sidang DUN.

Dengan bantahan tersebut, Azmin membalas `Sri Serdang ni budak suruhan Sungai Panjang-BN (Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo).

Dakwaan tersebut menyebabkan Satim mengarahkan Azmin supaya menarik balik perkataan tersebut kerana bersangka buruk terhadapnya.

Bagaimanapun, Azmin mengatakan; "Saya tidak buruk sangka tetapi saya yakin Sri Serdang (Satim) ikut arahan Sungai Panjang (Khir Toyo)."

Pertikaman lidah di antara Azmin dan Satim dapat diredakan oleh Timbalan Speaker, Haniza Talha.

Tiada ulasan: