"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PM Abdullah Dan DSIA : Makan Tengahari Untuk Keamanan

Anwar, Tok Ayah dan Abdullah : Makan Tengahari Untuk Keamanan

Anwar, Tok Ayah dan Abdullah : Makan Tengahari Untuk Keamanan


Saya menyangkal dakwaan Sayuti Omar (MSO) di 
blog beliau yang menyatakan bahawa PM Abdullah dan YB Dato’ Seri Anwar berunding di Hulu Langat.

Kehadiran kedua-dua pimpinan adalah di atas jemputan Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub (yang lebih selesa dikenali dengan panggilan Tok Ayah) bersempena dengan majlis Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor.

Dr Bhokin Bhalakula, Mantan TPM Thailand turut hadir

Dr Bhokin Bhalakula, Mantan TPM Thailand turut hadir


Program yang dimulakan sejak daripada awal pagi turut diisi oleh para penceramah jemputan khas dari dalam dan luar negara termasuk saya sendiri. Yang menarik ialah ucapan Sami Di Raja Thailand yang memberikan beberapa dimensi yang menyegarkan mengenai keamanan sejagat. Pada beliau setiap insan itu dijadikan dengan kejadian yang sempurna bertujuan untuk bersama-sama menjadikan dunia ini satu tempat kediaman yang aman bagi seluruh ummat manusia.

Kak Wan turut hadir

Kak Wan turut hadir


PM Abdullah dan YB Dato’ Seri Anwar telah dijemput untuk makan tengahari bersama-sama para jemputan termasuk para ulama’ Asia Tenggara. Selepas dari itu, kedua-dua mereka bersolat zohor secara berjemaah dan kemudiannya disusuli dengan ucapan PM Abdullah serta tazkirah daripada Tok Ayah. PM Abdullah mengingatkan para jemaah kepentingan untuk ta’awun di dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada umat manakala Tok Ayah menegaskan tentang kewajipan pemimpin negara untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T. (
baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur)

Bersama 'bakal' PM Thailand

Bersama 'bakal' PM Thailand


Apapun saya setuju dengan MSO, pertemuan hari ini mempunyai sejarah yang tersendiri.
                                                                                                                                                                                          http://shamsuliskandar.wordpress.com/

Tiada ulasan: