"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Agama, politik dua perkara berbeza - Kekeliruan Sinar Harian Perak



Jika benarlah apa yang diucapkan dengan apa yang telah dilaporkan di dalam akhbar Sinar Harian, maka ia merupakan satu ucapan yang amat-amat mengelirukan.

Sinar Harian versi Perak hari ini melaporkan, dalam artikel "
Agama, politik dua perkara berbeza."

"Tebuk Che Agus - Perbezaan fahaman politik tidak boleh menjadi penghalang kepada penduduk untuk menjalankan program keagamaan kerana agama dan politik adalah dua perkara yang berbeza."

Dan Sinar Harian juga melaporkan dalam artikel yang sama,

Ketua Kampung Selekoh, Hamzah Abdullah berkata

"Aktiviti dan program keagamaan merupakan salah satu cara untuk masyarakat berinteraksi tanpa mengira perbezaan fahaman parti politik dan pendapat."

Di sini timbulnya keraguan, apabila anda membaca Sinar Harian versi Perak hari ini, pada muka surat P16, tajuk artikel "
Agama, politik dua perkara berbeza" anda pasti akan keliru.

Siapakah yang mengucapkan perkataan "
Agama, politik dua perkara berbeza"?

Pada pendapat saya, penulis Saifullah Ahmad, wartawan Sinar Harian yang membuat kesimpulan dan tajuk artikel yang benar-benar mengelirukan.

Harap beliau perbetulkan di lain hari.

Di sebabkan ayat tersebut "
Agama, politik dua perkara berbeza" seakan sama maksudnya apa yang telah diucapkan oleh UMNO CELAKA suatu ketika dahulu, "Agama suku dan Politik suku, kedua-duanya tidak boleh bercampur"

Berharap sekali lagi, supaya kekeliruan ini tidak berulang.

Supaya,

Mapuh UMNO dalam PRK 059!                                                                                                                      http://peraknews.blogspot.com/

Tiada ulasan: