"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aset MB dan exco dipaparkan dalam laman web kerajaan negeri

Muhamad Arif Ismail 
SHAH ALAM, 11 Mac (Hrkh) -
 Kerajaan Selangor akan mengumumkan pengistiharan aset Menteri Besar dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui aset mereka mulai Jumaat, 13 Mac ini.

Menteri Besar ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan pengistiharan itu dijangka akan dipaparkan dalam laman web (www.selangor.gov.my).

"Usaha ini untuk memberi peluang kepda orang ramai mengetahui semua jenis aset yang dimiliki oleh exco sepanjang tempoh mereka memegang jawatan tersebut," katanya dalam sidang media tengahari tadi.

Beliau berkata, aset-aset tersebut meliputi hartanah, saham dan sejumlah wang yang terlibat dalam urusan pada jangka masa waktu pengistiharan itu.

Pengistiharan itu dilakukan setelah mendapat gesaan Sultan Selangor yang mahu kerajaan negeri mengumumkan aset semua exco dan Menteri Besar.

Katanya, tarikh rasmi jangka waktu tersebut antara tarikh angkat sumpah jawatan exco pada 24 Mac 2008 hingga sekarang.

"Kerajaan negeri suka menjelaskan iaitu objektif pengistiharan aset ini bagi memastikan sesiapa yang memegang jawatan tinggi di negeri ini tidak sewenang-wenangnya menggunkan kedudukan untuk memiliki aset," tegas beliau.

Dengan hal ini katanya, ia membolehkan ahli exco kerajaan negeri membuat keputusan secara adil dan tidak memihak terhadap dasar- dasar kerajaan negeri dengan demikian dapat memelihara kredibiliti kerajaan negeri Selangor.

Selepas mendapat nasihat perundangan beliau berkata kerajaan negeri mengambil keputusan supaya ia lebih baik untuk tidak memasukkan sebarang aset yang dimiliki exco sebelum memgang jawatan.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak berupaya melindungi keselamatan exco dan ahli keluarga masing-masing dan juga tidak dapat memberi perlindungan insuran untuk tujuan tersebut.

"Semua maklumat ini boleh diumumkan bagi tujuan pengesahan yang tertakluk kepada syarat dan kebenaran Jawatankuasa Khas Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)," tegas beliau.

Menurut beliau, ia akan memperlihatkan keyakinan yang tinggi dalam kalangan exco kerana tindakan ini mengambarkan kesediaan kerajaan negeri dalam usaha melaksanakan urus tadbir yanng telus, cekap dan bertanggungjawab.

Tiada ulasan: