"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis cuba gertak keluarga saya'

Kehadiran polis di depan rumah editor blog - yang mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan mengalami penyakit kelamin - lewat malam tadi seolah-olah cuba "menggertak keluarganya", kata Mohd Shukri Mohd Ramli. 

Sedangkan, tambahnya, beliau telah memberikan kerjasama untuk siasatan polis sejak kelmarin, kata pengendali 
Pahang Daily Onlinekepada Malaysiakini.

"Hanya menggertak anak-anak dan keluarga saya. Tindakan itu melampau, sudah melebih," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Berlaku tekanan kepada isteri dan anak saya. Mereka takut dan trauma. Macam kita ni penjenayah. Saya bukan pembunuh."

Beliau difahamkan tiga kereta peronda polis kelihatan sejam di depan rumahnya di Taman Indera Mahkota Atebara Perdana dekat Kuantan bermula 11 malam.

Mohd Shukri menambah, beliau tidak berada di rumah saat itu dan sewaktu pulang sejurus selepas tengah malam, semua kenderaan polis sudah meninggalkan kawasan tersebut. 

Sewaktu beliau mengadu perkembangan ini kepada penyiasat kes tersebut daripada Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan malam tadi, pegawai berpangkat ASP menyatakan tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut.

Mohd Shukri, yang dikenali juga dengan gelaran Cucu Mat Kilau, berkata tiga kenderaan polis mungkin dari ibu pejabat polis daerah Kuantan, tempat beliau disoal siasat selama lima jam kelmarin. 

Tambahnya, jika keluarganya terus diganggu, beliau bercadang "mengambil tindakan drastik" menghantar keluarganya pulang ke kampung.

Polis semalam merampas dua pemacu keras dari sebuah kafe siber di terminal bas Kuantan - tempat beliau sering berkunjung untuk mengemaskini blog tersebut - dalam proses siasatannya. 

Polis juga dijangka menyiasat sebuah lagi kafe siber di pusat membeli-belah Kuantan Parade, kira-kira 1.5km dari terminal bas tersebut. 

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, polis belum berbuat demikian. 

Mohd Saiful, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat aduan polis terhadap blog itu minggu lepas, dengan mendakwa beberapa artikel yang diterbitkan sebagai fitnah terhadapnya dan juga berhasrat mengambil tindakan undang-undang.

Pemuda itu didakwa mengalami masalah kesihatan akibat termakan sumpah laknatnya Ogos lepas berhubung dakwaan diliwat penasihat PKR dua bulan sebelumnya.                                                             -malaysiakini-

Tiada ulasan: