Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP) tidak memadai untuk menjalankan tugasnya seperti Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), kata dua NGO hak asasi terkenal.
Cadangan penubuhan suruhanjaya itu, yang masih di peringkat perbahasan di Dewan Rakyat, tidak dapat menjalankan peranan semak dan imbang, kata Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Amnesty International (AI) Malaysia.
"Rang undang-undang yang dibentangkan (semalam) itu gagal mencapai ciri asasi sesuatu aduan kerana ia kekurangan kuasa penguatkuasaan yang bebas bagi memberikan proeses semak dan imbang yang berkesan secara adil dan telus," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Penyelaras Suaram, Moon Hui dan penyelaras kempen AI, K Shan juga mempertikaikan semua kes bawah siasatan SIAP harud dirjuk kepada peguam negara kerana bimbang wujud pendakwaan memilih-milih dan keputusan politik seperti pernah berlaku usaha menutup kes-kes berprofil politik dan berkaitan politik.
"Kami juga terperanjat dengan hakikat bahawa peguam negara yang juga lantikan politik perdana menteri diberikan kuasa penuh memutuskan (kes-kes SIAP) yang, pada hemat kami, bercanggahan dengan hasrat sesuatu kes itu haruslah dikendalikan secara bebas, adil dan boleh dipercayai," kata mereka. -malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan