"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lawatan Khir Toyo ke luar negara telan belanja RM350 Ribu

SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor diberitahu kerajaan BN  yang lalu membelanjakan hampir RM350,000 untuk Khir Toyo melakukan lawatan ke luar negara.

Semua tempahan penerbangan Khir Toyo ke destinasi seperti LondonLos AngelesVenice dan Amsterdam dimonopoli oleh syarikat Green Adventure Holiday, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menjawab pertanyaan Azmin Ali (Bukit Antarabangsa).

Azmin berkata selain menguruskan 21 lawatan Khir Toyo ke luar negara,  Green Adventure turut diberi keistimewaan untuk memberi khidmat sama kepada barisan exco BN serta kakitangan anak syarikat negeri.

Azmin mendakwa keluarga Khir Toyo mempunyai kepentingan dalam syarikat Green Adventure.

Beliau menggesa Jawatankuasa Khas Mengenai Akauntabiliti, Ketelusan dan Kompetensi (Selcat) menjalankan siasatan terhadap mantan Menteri Besar itu .

Tan Sri Khalid berkata lawatan luar negara Khir Toyo antara September 2001 hingga Januari 2008 menanggung penggunaan dana awam RM349,134, tidak termasuk kos makan minum dan penginapan.

Beliau berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah melantik Tourism Selangor Sdn Bhd untuk mengendalikan segala urusan perjalanan kerajaan negeri manakala khidmat ejen bebas digunakan dalam keadaan tertentu untuk mengelak urusan berkenaan dimonopoli oleh satu pihak.

"Kebanyakan Exco kerajaan negeri lebih berminat membeli tiket penerbangan mereka secara terus melalui internet, terutamanya Air Asia memandangkan kos yang tinggi terpaksa dibelanjakan jika pembelian dibuat melalui ejen,"  Tan Sri Khalid.

 

 -TVAntara.com-

Tiada ulasan: