"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Undi SMS - 100% Kata GMP Tidak Diperalatkan


Sekali ini 100% responden Edisi 7 menyatakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) tidak diperalatkan oleh pihak tertentu sepertimana yang didakwa oleh Menteri Pelajaran dan lain-lain pemimpin UMNO.

Semalam, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan.

Pandangan yang serupa dikongsi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khususnya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit. 
Kehadiran ahli dan pemimpin pembangkang adalah kebetulan kami rakyat Malaysia yang akan menyokong apa juga perjuangan untuk mendaulatkan bahasa tanpa mengira siapa membawanya. 

Ini di nyatakan dengan tegas pula oleh Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad yang berkata apa yang berlaku pada perhimpunan membantah PPSMI Sabtu lepas adalah di luar bidang kuasa GMP dan "GMP menganggap mereka yang datang adalah untuk menyatakan sokongan mereka".
Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerlahkan sikap hipokritnya apabila menyatakan kononnya "...kita tak sampai mengambil tindakan untuk berdemonstrasi untuk berarak ke Istana Negara menaikkan semangat dan emosi.." Sekarang kita lihat gambar selanjutnya siapa yang berdemo ini:

Sedangkan inilah manusianya yang bertempik di luar sidang parlimen dan di jalanan kononnya Pemuda tak boleh buat apa-apa dengan kebangkitan mereka berhimpun yang menentang ucapan ahli parlimen Gelugor, Karpal Singh malah mengugut: "Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda Umno yang main-main.." dengan ucapan-ucapan retorika untuk menaikkan semangat pemudanya yang layu.

Hanya dengan ucapan Karpal berani nak berdemo, tetapi dalam soal dasar bahasa pelbagai alasan diberikan. 

Perjuangan sang Menantu itu sebenarnya tak lebih perjuangan taik kucing. Kokoknya berderai-derai ekor pula bergelumang taik. Kalau UMNO buat demonstrasi tak apa, kalau orang lain buat tak boleh, itu salah, itu menaikkan emosi dan sebagainya. Perjuangan yang menumpukan perkara picisan sedangkan dalam masa yang sama berdiam diri terhadap soal-soal dasar.

Datuk Hassan Ahmad berkata:

"Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya),"

Kehadiran rakyat dari parti pembangkang adalah satu kebetulan yang merasakan diri mereka juga adalah rakyat Malaysia yang menentang perlaksanaan PPSMI. 

Sebagai buktinya hampir kesemua mereka yang hadir memakai baju berwarna putih, kecuali Unit Amal yang mengawal keadaan menggunakan uniform biasa yang mereka gunakan. Tiada perbezaan parti sewaktu perhipunan itu. 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 http://greenboc.blogspot.com/

Tiada ulasan: