"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pindaan Akuan Bersumpah Percaturan Politik Umno BN

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mengesyaki cadangan Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri untuk mengetatkan prosedur Akuan Bersumpah, sebagai percaturan politik licik dan ada agenda terselindung.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V. K Liew berkata Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang yang diketuainya sedang mengkaji untuk meminda Akta Akuan Bersumpah 1960.

Cadangan itu termasuk Pesuruhjaya Sumpah secara mandatori membaca kandungan akuan dan hanya memperakuinya selepas berpuas hati dengan kandungannya.

"Kalau nak diperketatkan untuk tujuan pelaksanaan undang- undang, saya rasa bukan itu. bagi saya ini ada satu muslihat politik seperti akta DNA yang membuktikan ada tujuan- tujuan politik, " katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Yusmadi mempersoal kesungguhan kerajaan yang secara tiba-tiba mahu mengetatkan prosedur akuan bersumpah.

Beliau menyifatkan cadangan kerajaan ini sebagai usaha mengekang individu yang memiliki maklumat tentang salah laku pemimpin Umno Barisan Nasional dari membuat akuan bersumpah.

Ia termasuk akuan bersumpah P Bala Suramaniam yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Sharibbu.

"Tapi isunya disini, kita pun tidak mahu disalahguna. pandangan saya, bila ada kes yang serius, kita perlu adakan siasatan yang rapi. siasatan yang telus. kenapa kerajaan tiba- tiba pulak jadi khuatir tentang akuan bersumpah.

"Pelaksanaan yang mantap sebenarnya diperlukan jadi bagi saya isu memperketatkan ini mempunyai agenda yang saya pertikaikan," katanya.

Yusmadi mengingatkan peranan akuan bersumpah hanya sebagai sokongan kepada sesuatu siasatan semata- mata.

"Akuan bersumpah bukanlah sesuatu yang mutlak. ia bergantung kepada pembuktian berdasarkan akuan bersumpah,” katanya.

Tiada ulasan: