"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat kematian pelajar RMC sebagai kes bunuh

Polis akan menyiasat kes kematian seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (RMC) awal pagi ini sebagai sebagai kes bunuh.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita dapati ada elemen jenayah berlaku, itu kita sedang siasat. Kita tengah kenal pasti siapa bertanggungjawab. Kita belum dapat maklumat itu.

"Setakat ini, kita belum buat tangkapan (suspek) lagi," katanya lagi ketika dihubungi petang ini.

Dalam satu kenyataan petang ini, Kementerian Pertahanan menyebut bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi ini, disebabkan "satu kejadian."

Pelajar yang berasal daripada Perak itu disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi oleh pegawai perubatan bertugas setelah segala prosedur rawatan diberikan, menurut kenyataan itu lagi.

Tiada ulasan: