"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Haramkan buku: Malaysiakini heret k'jaan ke mahkamah

Malaysiakini
akan mencabar keputusan menteri dalam negeri semalam yang mengharamkan buku kartun 1Funny Malaysia - yang dterbitkan oleh portal berita berkecuali itu.

Buku kontroversi yang diterbitkan Disember tahun lalu oleh anak syarikat Malaysiakini - Kinibooks itu memaparkan kompilasi kartun satira hasil Zulkifli Anwar Ulhaque - atau lebih dikenali sebagai Zunar, - yang disiarkan di
Malaysiakini.

Semalam, kerajaan mengumumkan buku kartun1Funny Malaysia, telah diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selain buku itu, dua lagi buku komik oleh Zunar -
Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartunjuga diharamkan.

Ketua pegawai eksekutif
Malaysiakini Premesh Chandran berkata keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein mengharamkan buku itu sebagai 'pelik'.

"Kartun-kartun di
1Funny Malaysia telahpun disiarkan pada laman sesawang Malaysiakini. Sepanjang pengetahuan kami, tiada bantahan daripada kerajaan sejak kartun-kartun itu dimuat-naikkan,” kata Chandran.

Sehubungan itu, menurutnya,
Malaysiakini akan memfailkan semakan penghakiman bagi menngkaji semula keputusan kementerian berkenaan.

Ch
andran juga menggesa kerajaan supaya lebih toleran dan menghargai kepelbagaian pandangan yang diluahkan oleh rakyat negara ini.

"Parodi dan satira adalah sebahagian daripada unsur dalam sistem demokrasi yang sihat. Sudah tiba masanya, bagi kerajaan supaya tidak terlalu tegas tetapi menunjukkan mereka juga mampu bertolak-ansur dengan gurauan itu,” katanya.

Chandran juga menuntut kementerian dalam negara supaya mendedahkan nasib sebuah lagi buku yang diterbitkan oleh
Malaysiakini - Where is Justice? -Beberapa salinan buku itu bersama 1Funny Malaysiadirampas daripada kedai buku di seluruh negara sejak empat bulan lalu.

Where is Justice? adalah kumpulan beberapa isu semasa negara termasuk kematian dan penyeksaan saksi ketika dalam tahanan polis - fokus utamanya adalah ke atas empat kes - Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu dan Anwar Ibrahim.

Apabila dihubungi, Penolong Setiausaha, Bahagian Penerbitan Quran dan Teks, Kementerian Dalam Negeri, Abdul Razak Latiff:

"Kami belum menentukan nasib
Where is Justice? Saya percaya buku itu masih dikaji.”

Beliau tidak mahu mengulas lanjut.

Tiada ulasan: