"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Respon untuk Mohd Sayuti Omar

kancilfireball
Mahathir kena ingat Melayu bukan untuk UMNO sahaja. Zaman UMNO sudah berlalu. UMNO telah diberi peluang 50 tahun namun mereka sendiri yang musnahkan kepercayaan orang Melayu. Jangan lah nak salahkan pihak lain seolah-olah UMNO sahaja yang baik untuk menyatukan orang Melayu.

Penulis menganggap bahawa ungkapan Mahathir tersebut ikhlas namun saya sangkal hujah tersebut. Penulis tidak pernah melihat apa yang dilakukan oleh Mahathir ketika beliau berkuasa sebagai PM. Rakyat hanya dikaburi dengan kononnya kehebatan beliau mentadbir negara dengan pelbagai pembangunan negara, namun rakyat tidak menyedari usaha-usaha disebalik apa yang beliau lakukan sebenarnya memusnahkan sendiri bangsa dan negara sendiri.

Pada awal pentadbiran beliau, beliau sendiri menghina bangsanya sendiri namun demi kerjaya politiknya beliau seolah-olah bersempati dengan nasib orang Melayu. Bangsa Melayu yang ketika itu didokong oleh UMNO terlalu taksub dengan permainan wayang Mahathir itu sendiri. Memang benar Mahathir bijak bermain politik dan pakar ekonomi. Namun kebijaksanaannya itu sebenarnya memperkudakan orang Melayu sendiri.

Siapa yang sebenarnya memusnahkan UMNO?Kalau tidak siapa lagi jika bukan mantan PM itu sendiri. Beliaulah yang melahirkan ahli-ahli koporat Melayu dalam UMNO yang akhirnya memusnahkan sendiri identiti hala tuju UMNO selama ini. Kumpulan-kumpulan ini yang berkroni telah menjadi kuasa dalam UMNO itu sendiri seperti Kuasa Israel dalam politik Amerika Syarikat. Kumpulan tersebut jugalah yang memusnahkan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO. Mengapa Mahathir tidak mengakui kesilapan ini dan mengapa UMNO menganggap bahawa Mahathir penyelamat UMNO kerana yang bercakap deminkian ialah kumpulan-kumpulan tersebut yang juga kumpulan yang menyalahkan pentadbiran Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

Mengapa Mahathir ingin menjelmakan orang-orang Melayu yang kaya semasa pentadbirannya? dan itu memang pernah beliau katakan tetapi adakah golongan Melayu elit itu membantu Melayu sendiri. Mereka bukan saja mengaut segala ekonomi untuk kepentingan sendiri dan pada masa yang sama menggunakan wang rakyat dalam dana negara yang menyebabkan keadaan kewangan negara yang tenat sekarang.

Saya tiada kepentingan apa-apa di sini, saya tidak dipengaruhi unsur-unsur tertentu. Namun saya adalah rakyat yang mengecapi kehidupan semasa zaman pemerintahan Mahathir. Saya juga bukan ahli-ahli mana-mana parti politik.Oleh itu saya tiada makna tersurat dan tersirat apa yang saya ungkapkan atau lakukan.

Namun apabila kita melihat tindakan seseorang kita bukan saja melihat kepada yang positifnya tetapi juga negatifnya.

Itulah yang saya lihat siapa Mahathir. Apabila kuasa UMNO semankin hilang sejak 15 tahun yang lalu kerana tindakan Mahathir yang saya anggap menggunakan pentadbiran Veto baik dalam UMNO maupun dalam pentadbiran negara.

Saya lihat UMNO ketika itu diperbodohkan dengan kuasa Presiden yang tidak boleh ditandingi atau sekatan Kouta tertentu untuk bertanding adalah semata-mata menjaga kuasa diri beliau sendiri. Saya juga lihat setiap keputusan mesti melaui beliau dan beliau sendiri akan mengumumkannya. Kekadang keputusan yang remeh-temeh pun kena tunggu beliau umumkan ketika itusiapapun tidak berani bersuara.

Pada ketika itulah hilangnya taring pemuda UMNO yang selama ini lantang bersuara mengemukakan isu-isu semasa dan ahli kompenan BN yang lain tidak berani menyangkal atau menyangah ,menjentik sekalipun. Sebab mengapa keadaan itu berlaku kerana beliau tidak mahu UMNO atau orang Melayu melihat ada orang lain yang kononnya pejuang bukan dirinya.

Kita pernah mendengar kata-kata bongkak dan nista kepada orang Melayu sendiri dan kekadang mengutuk Islam yang dianuti oleh orang Melayu kerana beliau tidak mahu Agama Islam kuat menyerap dalam minda orang Melayu kerana bimbang dengan dasar-dasar UMNO yang diciptanya sendiri yang jelas membelakangkan prinsip-prinsip Islam itu sendiri.

Kini apabila Mahathir sedar bahawa orang-orang Melayu dan terutamanya UMNO mula menyisihkan beliau, beliau bimbang empayar

Kini apabila Mahathir sedar bahawa orang-orang Melayu dan terutamanya UMNO mula menyisihkan beliau, beliau bimbang empayar politik keluarga beliau dalam politik akan hilang. Banyak pandangan beliau kini dipandang sepi malahan dikutuk oleh UMNO sendiri dan kebencian belaiu terhadap penggantinya, Pak Lah jelas hanya kerana Pak Lah tidak menuruti kemahuan beliau dan kebimbangan kuasa politik menantu Pak Lah ,KJ dalam politik UMNO. Dua keluarga ini sebenarnya tidak banyak bezanya, mereka saling menggunakan kuasa ekonomi dan pengaruh bapa untuk membina empayar politik mereka dan yang menerima akibatnya adalah UMNO sendiri. Kerana di dalam pemuda UMNO sudah ada beberapa puak walaupun kononnya atas nama demokrasi.

Kesilapan siapa? Saya menyalahkan Mahathir kerana beliau juga yang membawa kumpulan koporat dalam UMNO kononnya untuk menguat dan memperkukuhkan UMNO. Beliau membuat kesilapan kerana membawa kumpulan tersebut ke dalam UMNO maka menyebabkan identiti UMNO itu sendiri sudah berubah, begitu juga dengan hala tuju sebenarnya. Tujuan perkiraannya ialah agar golongan ini akan membantu ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan dan bahagian dapat bergerak dengan sumber kewangan yang kukuh, tetapi akhirnya budaya itu telah menyerap dan mempengaruhi budaya politik wang dalam UMNO. Dulu siapa pemimpin-pemimpin UMNO disemua peringkat. Kebanyakkan berlatarbelakangkan ahli-ahli akademikyang mempunyai semangat dan jiwa Melayu seratu-peratus. Mereka tidak mengejar kemewahan dan mendapatkan kontrak-kontrak yang akhirnya menjejaskan kepercayaan orang Melayu. Jika adapun untuk kepentingan masyarakat atau orang Melayu sahaja.

Namun saya berpendapat dan mengikut naluri beranggapan bahawa orang Melayu akan bangkit semula tetapi yang mengerakkannya bukan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang. Tetapi munkin ada napelion-napelion UMNO atau parti-parti Melayu yang lain yang akan melakukannya.

Tiada ulasan: