"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi kes Murid cuba terjun dari bangunan sekolah

BACHOK, 26 April: Satu lagi kes pelajar cuba terjun dari bangunan sekolah dilaporkan berlaku, kali ini di Bachok, Kelantan.

Puncanya juga sama seperti yang berlaku di Perlis tiga hari lalu, disebabkan pelajar tidak tahan diejek oleh rakan-rakan.

Dalam kejadian di Bachok semalam, seorang murid Tahun Lima di sebuah Sekolah Rendah dikatakan cuba terjun daripada bangunan sekolahnya.

Murid tersebut memanjat koridor di tingkat empat dan menghayun kakinya ke bawah.

Bagaimanapun cubaan kanak-kanak berusia 11 tahun itu gagal apabila dia berjaya diselamatkan oleh salah seorang guru.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Saipu Bhari Mohd Noor berkata tindakan guru berkenaan yang bertindak pantas menyambar tubuh kanak- kanak itu telah berjaya menyelamatkannya.

“Ketika kami tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi selepas mendapat panggilan, kanak-kanak berkenaan sudah berjaya diselamatkan gurunya selepas mengambil masa kira-kira lima minit untuk memujuk mangsa,” katanya kepada pemberita.

Saipu Bhari berkata setelah disoal, murid tersebut dari Kampung Aman Kandis dipercayai tidak tahan diejek oleh rakan-rakannya lalu mengambil keputusan nekad tersebut.

Dalam kejadian di Perlis, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat sekolah itu, ekoran tidak tahan diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan dikatakan telah menolak cintanya.

-Bernama-

Tiada ulasan: