"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Kota Tinggi Calon Husam Musa Sebagai Presiden


JOHOR BAHRU: Pas kawasan Kota Tinggi hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden sekaligus menyaksikan kerusi yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mendapat tentangan selepas sebelum ini Pas Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Penerangan Pas Johor, Onn Jaafar dalam satu kenyataan berkata, Pas Kota Tinggi yang mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 28 pada hari ini sebulat suara memutuskan untuk memberi pencalonan tersebut kepada Naib Presiden Pas itu.

Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan P156 Taman Hijrah di sini telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Hanipa Maidin.

Turut berlangsung hari ini, mesyuarat Pas Kawasan Parit Sulong yang akan memutuskan calon Presiden Pas selepas mesyuarat pada minggu hadapan.

Perkara itu disahkan Yang Dipertuanya, Khairuddin Abdul Rahim yang memberitahu, pihaknya masih mengharapkan pimpinan yang sedia ada terus menerajui parti berkenaan baik di peringkat pusat mahu pun negeri.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan di peringkat negeri, pihaknya tidak mempengaruhi atau menetapkan sebarang ketetapan untuk perwakilan dari negeri ini mengundi atau mencalonkan sesiapa.

-sinarharian-

Panel KWSP halau saya seperti pengemis

Tranungkite
Kuala Lumpur: Seorang suri rumah yang menghadapi masalah kesihatan kecewa dengan layanan yang diberikan oleh panel doktor yang dilantik mengendalikan kes berkaitan pengeluaran Hilang Upaya Kekal, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut Aizah Aliuddin, 38 yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, permohonannya untuk mengeluarkan duit caruman KWSP itu ditolak kerana dikatakan tidak layak.

“Selepas diberhentikan kerja saya buat permohonan dan pegawai KWSP yang meneliti permohonan tersebut maklumkan ia tidak ada masalah kerana semua dokumen yang di perlukan telah lengkap.

“Tapi saya perlu berjumpa dengan panel doktor yang ditetapkan oleh KWSP bagi membolehkan permohonan tersebut diproses” katanya kepada SuaraTV.

Namun menurutnya, apa yang mengecewakan sebaik sahaja hadir untuk sesi pemeriksaan yang diaturkan, pegawai perubatan yang bertugas terus menghalaunya pulang.

“Saya amat kecewa apabila mereka melayan saya seperti pengemis sedang saya hanya mahu menuntut hak saya… bayangkan sebaik sahaja di panggil masuk ke bilik pemeriksaan mereka terus menghalau saya balik tanpa sebarang alasan yang munasabah sedangkan saya belum sempat duduk pun.

“Sebaik sahaja melihat saya datang, doktor wanita (panel tersebut mempunyai tiga doktor) itu terus kata.. dah, awak balik lah.. awak boleh kerja… setakat sakit buah pinggang je… awak kene ada dua-tiga penyakit lain baru boleh mohon… jangan awak ingat socso dah bagi bantuan, KWSP senang-senang nak kasi kasi awak duit. boleh balik!” ujarnya sedih ketika menceritakan kembali detik tersebut.

Menurut Aizah lagi, permohonan tersebut bukan dibuat untuk bersuka-ria tapi untuk menampung kos perubatan yang diperlukan serta membiayai persekolahan empat orang anaknya.

“Saya sudah diberhentikan kerja kerana sering ambil cuti sakit bagi mendapatkan rawatan…dalam seminggu tiga hari diperlukan untuk dialisis dan kos perubatan saya sekitar 700 – 800 sebulan.

“Keempat-empat anak saya masih bersekolah dan suami saya hanya bekerja sebagai pemandu.. tapi mengapa mereka melayan saya seperti ini, kami tidak pernah minta diberikan ujian sakit seperti ini,” ujarnya lagi.

Paling mengecewakan beliau apabila penolakkan permohonan tersebut hanya dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebarang alasan yang munasabah.

“Selepas tiga hari saya menerima SMS maklumkan yang mengatakan permohonan saya ditolak.

“Saya benar-benar mengharapkan mereka yang bertanggungjawab membantu kami insan yang tidak berdaya ini untuk mempertahankan hak kami… bukan hanya untuk saya tapi untuk semua pesakit kronik lain yang senasib” ujarnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.

SuaraTV akan menghubungi pihak KWSP bagi mendapatkan maklumbalas mengenai isu ini.

Gambar sebahagian dari 11 ribu tahanan yang diseksa sehingga mati oleh regim Assad








Seorang pelajar potong kemaluan kerana mahu jauhi maksiat

Shandong: Seorang pelajar di sini yang memutuskan untuk hidup tanpa dosa dan maksiat, memotong sendiri kemaluannya di rumah, sebagai cara menghapuskan kemahuan seks.

Menurut akhbar Minnan Online, pelajar itu tiba di sebuah hospital minggu lalu dengan kecederaan teruk pada kemaluannya dan mengaku dia melakukannya sendiri.

Pelajar berkenaan yang namanya tidak didedahkan berkata, dia mengguna pisau untuk memotong kemaluannya itu dan menjahit lukanya.

Apabila tidak dapat lagi menanggung kesakitan beberapa jam selepas itu, dia mengambil keputusan untuk ke hospital berhampiran.

Memandangkan jarak masa yang lama antara dia mula memotong kemaluannya dan ketibaannya di hospital, pihak berkuasa berkata, alat sulitnya tidak boleh disambung semula.

Ini bukan kali pertama kejadian membedah diri sendiri berlaku di China.

Pada 2013, seorang lelaki Hong Kong memotong kemaluannya kerana mahu menjadi wanita.

Tahun lalu, seorang petani di Anhui memotong sendiri kakinya yang dijangkiti kuman kesan daripada luka beku kerana tidak mampu membayar kos pembedahan di hospital. - Agensi
-hmetro-

5 Penyakit Yang Boleh Anda Dapat Berpunca Dari Mee Segera

Tranungkite
Kami akui, siapa mampu menolak maggi kari yang panas-panas kemudian ada pula telur. Itu belum lagi maggi goreng di kedai mamak lagi. Panas ditambah dengan air tangan mamak yang ikhlas bekerja itu, maka jadi lagi sedap maggi yang anda makan.

Istilah mee segera atau sinonim dengan panggilan maggi di Malaysia merupakan satu makanan alternatif terutamanya kepada golongan pelajar. Maklumlah, duit pinjaman PTPTN sudah digunakan sepenuhnya untuk perbelanjaan universiti, mana cukup mahu beli makanan yang berkhasiat.

Melalui sedikit research dan juga pembacaan, kami kongsikan serba sedikit perkara yang berkaitan dengan makanan ini.

1. Masalah Penghadaman
5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1157
Mungkin anda rasakan tiada apa-apa yang berlaku sepanjang anda makan mee segera. Namun tahukah anda, mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika anda masih pertikaikan mengenai perkara ini, anda boleh saksikan video di bawah nanti. Jika diambil dengan terlalu kerap, maka ia makan mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan sebaiknya.

2. Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi
5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1154
Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf untuk berfungsi. Namun jika terlebih, ia akan membentuk ketumbuhan di pundi kencing.

Anda ada rakan-rakan yang sakit buah pinggang kerana makan mee segera?

3. Pening Kepala & Pedih Ulu Hati
5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1156
Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mee segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.

Mungkin antara sedar atau tidak, anda pernah mengalami perkara sebegini namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia sebenarnya adalah perkara biasa.

4. Melemahkan Fungsi Ketahanan Badan
5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1155
Anda pernah jumpa orang yang makan mee segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mee segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup maka ia akan melemahkan sistem ketahanan badan. Kami sediakan bahan bacaan tambahan pada sumber di bawah.

5. Tekanan Darah Tinggi
5 Penyakit Berpunca Dari Mee Segera - VITDAILY20150312_1159
Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mee segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan.

Maka ia akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Antara perkara yang anda mungkin dapat jika meneruskan makan mee segera secara berterusan ialah kolestrol tinggi, diabete dan juga penyakit jantung.

Bukanlah kami menghalang anda untuk makan terus. Kebanyakan penyakit yang ada kebiasaannya akan menjadi leboh teruk jika pengambilan mee segera adalah berterusan. Apa-apa pun, kita mempunyai alternatif untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat demi kepentingan kesihatan masa panjang.

Lagi Suspek Kes Rogol Dipukul sampai Mati (Gambar)

PENDUDUK di Nagaland, India sekali lagi bertindak memukul sehingga mati seorang lelaki yang didakwa merogol dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Sebelum ini penduduk dan pelajar kawasan sama merempuh masuk sebuah penjara sebelum mengheret keluar suspek kes rogol gadis berusia 18 tahun dan memukulnya sehingga mati.

Terbaharu, penduduk di situ dilapor menahan seorang lelaki berusia 18 tahun dan menggantungnya di khalayak ramai untuk dipukul.
Hukuman itu dilakukan di hadapan lebih 1,000 penduduk pada siang hari.

Kejadian yang turut disaksikan oleh kanak-kanak itu juga dirakam oleh sebahagian besar penduduk untuk disebarkan.

Polis tempatan memberitahu, kes melibatkan suspek berkenaan masih dalam siasatan.
Bagaimanapun, penduduk telah mengambil tindakan sendiri dengan menahan dan memukul lelaki itu sehingga mati.

"Kami tidak dapat menahan kemarahan penduduk berikutan polimik kes rogol yang sedang menghantui penduduk India ketika ini," jelasnya.

Empat juruterbang pesawat tempur yang cun ini tarik perhatian

Juruterbang jet pejuang jelita tarik perhatian
EMPAT Juruterbang pesawat tempur wanita China menarik perhatian ramai di laman sosial baru-baru ini kerana gaya persis model.

Lebih mengujakan, empat wanita jelita ini akan mengadakan persembahan udara pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi ke 13 (Lima) yang akan berlangsung di Langkawi dari 17 hingga 21 Mac ini.

Menurut Jurucakap Tentera Udara China, Shen Jinke, keempat-empat juruterbang tersebut akan mengendalikan pesawat tempur J-10 pada persembahan di Malaysia.

Yu Xu, Tao Jiali, Sheng Yifei dan He Xioli adalah wanita China pertama yang akan beraksi dalam persembahan udara antarabangsa.

Memetik laporan CCTV.com, mereka mempunyai purata lebih 800 jam penerbangan dan pernah penyertai perarakan ketenteraan berprofil tinggi sempenan Ulang tahun China yang ke 60 pada tahun 2009.

Malah mereka juga pernah menyertai pertunjukan pada Pameran Antarabangsa Penerbangan Udara di Guangdong Province, China November lalu.

"Penyertaan Tentera Udara pasukan akrobatik dalam pertunjukan udara LIMA akan membantu mengukuhkan hubungan dengan Malaysia, meningkatkan kerjasama politik, membina imej tentera China dan mempamerkan peralatan aeronautik milik China," kata Shen.
-sinarharian 

Sekumpulan biawak makan mayat wanita (Gambar)

Mayat wanita jadi santapan biawak
Mayat wanita jadi santapan biawak Mayat dipercayai seorang wanita ditemui di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, kelmarin.
IPOH: Mayat dipercayai seorang wanita, ditemui dalam keadaan mengerikan dengan dikerumuni sekumpulan biawak di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau, kelmarin.

Difahamkan, mayat tersebut dijumpai seorang nelayan berusia 20-an yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah pada kira-kira jam 7 petang.

Dia yang enggan dikenali berkata terlihat sekumpulan biawak sedang memakan bangkai ketika melalui kawasan berhampiran pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

"Saya pergi dekat dan memberanikan diri untuk melihat apa yang biawak itu makan dan alangkah terkejutnya saya apabila lihat bangkai itu adalah manusia.

“Dalam keadaan panik saya segera memberitahu orang lain dan memaklumkan perkara tersebut kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat tersebut pada kira-kira jam 7.15 petang.

Beliau berkata, anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat dipercayai wanita di kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dihanyutkan arus sebelum tersangkut pada pokok nipah berhampiran pelantar tempat nelayan meletakkan bot dan sampan.

“Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati, beberapa bahagian isi dari tubuh mangsa termasuk isi perut hilang, dipercayai dimakan biawak.

“Kami turut menemui seutas rantai emas, dua cincin, gelang manik berwarna hitam serta jam tangan pada mangsa," katanya.

Omar Bakhtiar berkata, bagaimanapun identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti memandangkan tiada sebarang pengenalan diri ditemui.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar sebelum Unit Patologi mengarahkan supaya ia dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Siasatan bagi kes ini masih diteruskan dan kami berharap melalui bedah siasat yang dijalankan, punca sebenar kematian serta identiti mangsa dapat dikenal pasti," katanya.
-sinarharian-

Video: Bicara Politik Semasa PAS Kelana Jaya - Dr Zuhdi vs YB Khalid


Jangan main kaset Al-Quran dalam masjid

Umat Islam dinasihatkan agar tidak memainkan kaset bacaan ayat suci al-Quran di dalam masjid atau surau seperti sebelum waktu solat.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata ini kerana Nabi Muhammad SAW sendiri melarang jemaah yang berada di dalam masjid membaca al-Quran dengan suara nyaring, inikan pula jika menggunakan kaset yang bunyinya boleh kedengaran hingga ke luar masjid atau surau.

Beliau menyatakan demikian pada sesi soal-jawab program Semarak Dakwah Ehya' Masjid di Masjid Behor Empiang di Kangar malam tadi.

Beliau berkata Nabi Muhammad melarang membaca al-Quran dengan suara nyaring dalam masjid kerana ia boleh mengganggu tumpuan jemaah lain yang datang ke masjid untuk beribadah.

"Jika memasang kaset bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seperti solat Subuh, tentu akan menggangu orang lain di persekitaran masjid atau surau, yang mungkin sedang tidur, dan ini dilarang oleh Islam," ujarnya.

Kepada soalan lain, Asri berkata umat Islam tidak dilarang untuk berqasidah kerana ia merupakan syair, namun liriknya perlu tidak menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Mengenai penggunaan alat-alat muzik, beliau berkata terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam perkara tersebut kerana terdapat ulamak yang membolehkan dan ada yang tidak membenarkannnya.

Namun bagi beliau secara peribadi, beliau berkata ia boleh digunakan jika tidak membawa kepada keruntuhan akhlak.
-Bernama

Sudah sampai masanya menukar pucuk pimpinan - Salahuddin Ayub

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kini sudah tiba masanya parti itu melalui perubahan pucuk pimpinan untuk menjadikannya sebuah pertubuhan politik yang matang dalam berdepan pelbagai cabaran semasa.

Menurutnya, perubahan pucuk pimpinan perlu dilihat daripada aspek positif kerana ahli parti semakin berani menyuarakan pandangan serta hasrat mereka.

"Perubahan pucuk pimpinan (menukar presiden) tidak harus menggambarkan ketidakpercayaan kepada parti dan kepimpinan, ia perlu dilihat secara positif.

"Itu suara yang dikemukakan oleh akar umbi yang semakin berani menyuarakan pandangan mereka. Parti ini perlu melalui proses perubahan kerana ia akan mematangkan PAS," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin PAS yang meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang melepaskan jawatan presiden bagi memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui parti Islam itu.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perubahan pucuk pimpinan akan menjadi perkara biasa dan biarpun ia harus bermula dengan salah tanggap dan tafsiran daripada sesetengah pihak.

Pada Khamis, Abdul Hadi dilaporkan berkata, beliau sedia dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun nanti.

Beliau dipetik sebagai berkata, perkara itu selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan PAS yang menyatakan jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden hendaklah dipilih dan dilantik pada Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.

Persoalan tentang jawatan presiden PAS menjadi tumpuan ramai selepas PAS Kota Bharu menyatakan hasrat untuk mencalonkan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mencabar Hadi.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menolak pencalonan itu.

Kedudukan Abdul Hadi turut dipersoalkan selepas beliau dilihat tidak mengambil pendirian sama dengan sekutu mereka, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam beberapa isu di peringkat nasional.

Pencalonan peringkat kawasan PAS bagi jawatan peringkat pusat akan ditutup pada 30 April, manakala pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun nanti

Petua Untuk Merawat Tumit Kaki Merekah

Tranungkite
Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan tumit.

Faktor penyebab
  1. Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  2. Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  3. Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  4. Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  5. Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  6. Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Solusi
  1. Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  2. Kekalkan berat badan ideal.
  3. Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  4. Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
Petua Tradisional
  1. Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  2. Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  3. Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  4. Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  5. Gosok tumit pecah dengan bawang merah. (Paling Mudah)

Mahathir terus serang Najib: Persoal sumber kekayaan anak tiri Najib

Tranungkite
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah apa yang rakyat ingin tahu selepas Riza muncul sebagai produser bersama di Hollywood bagi filem calon anugerah Oscar "Wolf Wall Street" filem, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.
"Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika,"," kata Dr Mahathir dalam catatan blognya chedet.cc.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil daripada perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?"

Riza menimbulkan persoalan dengan siri pembelian hartanah walaupun hanya bertugas sebagai seorang jurubank junior di London.

Ini didedahkan dalam artikel oleh New York Times baru-baru ini, yang menampilkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan harta serta peranannya sebagai pelabur hartanah, transaksi yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk Riza.

Low juga dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion.

Tips: Cara Menghilangkan Calar-Balar Pada Skrin Smartphone

Tranungkite
Layar atau skrin smartphone anda calar-balar? Ada beberapa alternatif untuk membersihkan dan juga menghilangkan kesan calar di layar LCD gadget anda dengan mudah.

Alat yang digunakan untuk membersihkan pun juga tidak sukarr untuk dicari. Bahkan alat-alat ini kerap digunakan dalam kegiatan sehari-hari. Berikut beberapa kaedah untuk mengatasi masalah di atas tersbut;

1. Ubat Gigi
- Ambil sedikit dari tiub ubat gigi anda dan oleskan ubat gigi tersebut pada sehelai kain halus. Kemudian oleskan beberapa kali kain itu pada layar smartphone anda.

- Lap layar smartphone anda secara terus menerus dengan ritma memutar selama 5 minit.
- Ulang lagi dengan menambah sedikit porsi ubat gigi dan kembali lap layar smartphone dalam waktu tambahan 5 minit perlahan-lahan.
- Setelah itu, biarkan sejenak layar yang telah dilap selama 2-3 minit sampai mengering.
- Setelah itu, bersihkan kerak ubat gigi yang membekas pada layar dengan kain yang lembab.
- Untuk langkah terakhir, lap lagi layar smartphone Anda sampai benar-benar bersih dan tidak ada lagi kesan calar.
2. Krim Jeli Pelembab- Siapkan kain halus dan krim jelly petroleum (krim yang biasa digunakan untuk melembabkan bahagian tubuh yang kering).
- Oleskan krim jeli tersebut pad kain halus dan lembut.
- Lap layar perangkat anda dengan kain halus tersebut perlahan-lahan. Ingat, jangan menekan layar anda terlalu kuat ketika sedang membersihkan layar.

Untuk hasil maksimum, lakukan hal ini secara rutin dalam waktu sehari.

Berniaga disini kena laknat!

Tranungkite
AKu faham kenapa ramai yang merungut bila GST hendak dilaksanakan. Anak didalam kandungan juga tidak terlepas dari GST bila lahir kelak lepas bulan 4 nanti. Pendapatan boleh beli kita kini turun 6%. Kalau gaji kita sekarang yang dibawa balik tidak mencukupi, maka lepas ini bukan sahaja gaji tidak mencukupi, masa rehat kita dirumah juga berkurangan dengan terpaksa keluar mencari rezeki dimana2 pula.
Orang kata niaga mungkin jalan keluar untuk mencari nafkah untuk keluarga. Tapi tidak sesenang dengan apa yang mereka kata. Berniaga di Negara kita ini sememangnya ramai yang kena laknat!!!

BUkan senang berniaga di negara kita ini. Masing2 punya pengalaman sendiri dalam menjalankan perniagaan mereka sehinggakan ada yang kembali makan gaji setelah tidak mampu bertahan dan juga tidak tahan dengan dugaan perniagaan ini.

Teringat khutbah jumaat di surau subang bistari baru2 ini, imam itu berkhutbah mengatakan bahawa "Perasuah dan menerima rasuah, keduanya dilaknat oleh Allah". Bila aku dengar ucapan khatib itu, mata aku tak jadi nak tidor. Berdebar2 hati aku memikirkan kisah lalu dalam perniagaan.
rasuah photo IMG-20150311-WA0023_zpsyvb2lyyx.jpg
Rasuah ni dah jadi macam permainan orang2 atas terhadap2 peniaga2 diluar sana. Rasuah ini bermula sejak dari nak daftar syarikat dengan egensi2 tertentu sehinggalah dapat projek dengan mereka.Bila aku dapat rasa pengalaman hitam ini, baru aku tahu kenapa agama melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah.

Surat khabar diatas ini cuma menceritakan orang2 yang ditangkap atas kerana rasuah, tetapi tidak menceritakan apa kesan disebalik menerima rasuah itu terhadap intergriti TLDM itu sendiri.Bila aku tengok orang yg minta rasuah ini, muka dia memang takder 'cahaya' iman dah. Aku pulak jadi takut nak tengok muka dia lama2.

Bayangkan TLDM jadi sarang rasuah buat peniaga2 untuk melobi projek di sana. Bayangkan berapa ramai anak2 TLDM terpaksa menelan rezeki haram yang dibawa oleh ayah mereka kerumah. Dan betapa ramai anak2 pegawai2 keselamatan negara rosak (baik akhlak dan tingkah laku) disebabkan punca rezeki yang dilaknat oleh Allah?

Tidak cukupkah gaji pegawai ribuan RM? Berapa juta RM yang perlu untuk mencukupkan hajat kalian? Kenapa harus mengambil rasuah dan menyusahkan masyarakat dengannya. Kenapa pulang bawak 'api' dan suapkan kemulut anak2 dan isteri?

Aku teringat filem rock oo arahan mamat khalid. "Negara kita boleh hancur dengan sebab 3 benda ni, TAK TEPATI MASA, RASUAH DAN 1 LAGI CHINGGEY".

Kepada orang2 atasan baik didalam apa2 agensi sekalipun, kalau nak duit lebih letak jawatan dan berniaga sendiri. Jangan ambik kesempatan atas keringat orang lain nak jadi kaya. Buang baju yang penuh pangkat tu dan sarung baju tshirt gi cari rezeki halal.

Aku dah tak bernafsu bila ada orang nak rekomen projek besar2. Meniaga kecik2 senyap2 lagi bagus. Serik dah aku dengan dunia rasuah ni.
Picture
Jam GARMIN ni berharga seribu lebih dan aku pun tak mampu nak pakai. Tapi pernah gak beli atas 'permintaan' sebelum dapat projek itu.

Selalunya jam tanganlah yang menjadi permintaan orang2 'atasan' bila dapat 'deal' satu2 projek.Jam tangan ini bukan bermaksud asalkan jam tangan, tapi jam yang ada nilai '2nd hand value'.

Itulah risiko berniaga di bumi kita ini. Bila besar sikit bisnes, dah nampak peluang nak kena laknat dengan Allah. So baik berniaga jam lagi bagus kat sini!

Wallahuaklam

Biar sikit tapi berkat dan dapat banyak kongsikan kemasyarakat.

md daud yusri alhutan melintangi

www.dadiydoo.com

Malaysia keluar kereta elektrik akhir tahun depan

Malaysia keluar kereta EV akhir tahun depanKUALA LUMPUR: Sebuah syarikat Malaysia bakal mengeluarkan kereta elektrik (EV) berjenama tempatan menjelang akhir tahun 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Madani Sahari, berkata pengeluaran kereta berkenaan sejajar dengan pelan pembangunan kenderaan elektrik tempatan yang dirangka MAI untuk memacu negara menjadi hab pengilangan EV serantau.

Pembangunan prototaip bateri litium ion untuk EV berkenaan kini berjalan lancar dan dijangka sedia dikeluarkan tidak lama lagi

"Pembangunan EV pula akan bermula akhir 2016, manakala prototaip Bas Elektrik (E-bus) sudah bermula tahun lalu dan sedia digunakan pada suku ketiga tahun ini.

"Ini adalah perkara utama yang akan melonjakkan Malaysia menjadi peneraju pengilangan EV di rantau ini kerana komponen ini sangat kritikal bagi merendahkan kos pengeluaran serta harga kenderaan mesra alam ini pada masa depan," katanya kepada BH di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Madani berkata, peserta industri global berminat dengan dasar negara terhadap kenderaan cekap tenaga (EEV) dan hala tujunya.

Katanya, rata-rata daripada mereka ingin mengetahui lebih lanjut berhubung fokus kenderaan, proses serta enam hala tuju EEV yang akan diterapkan dalam semua rantaian bekalan pengeluaran di negara ini.

Beliau berkata, minat peserta industri global itu bakal memberi impak kepada ekonomi Malaysia termasuk pelaburan, peluang pekerjaan, eksport dan pengkomersialan teknologi.

"Beberapa pengeluar peralatan tulen (OEM) sudah menerima insentif yang disesuaikan dengan pelaburan mereka, manakala beberapa lagi permohonan OEM sedang di proses.

"Berdasarkan data yang dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), OEM yang kini terbabit dalam inisiatif ini terbukti meraih penguasaan pasaran lebih tinggi berbanding prestasi tahun sebelumnya," katanya. 
- BH 

Zahid ada surat yang boleh malukan bekas menteri

Populariti Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menurun selepas tindakannya menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ekoran penahanan raja judi Paul Phua.
Bagaimanapun, naib presiden Umno itu berkata, menteri-menteri sebelumnya juga pernah melakukan perkara yang sama.

"Apabila surat kononnya keluar, dan surat itu atau surat yang sama memang pernah ditandatangan oleh menteri-menteri dalam negeri yang terdahulu daripada saya," katanya.

Bagaimanapun, bekas menteri-menteri berkenaan menafikan, kata Zahid semasa berucap dalam seminar berhubung jenayah dan kepolisian di Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.

Namun itu, katanya, mereka akan malu besar sekiranya beliau membuka surat-surat yang ditandatangani dan perjanjian yang telah dibuat oleh negara itu.

Dewan menjadi gamat dengan gelak ketawa hadirin apabila Zahid secara berseloroh menyifatkan 'betapa besar rasa malu itu' dengan menggunakan istilah "besar kemaluannya' yang dalam bahasa Melayu merujuk kepada alat sulit lelaki.

Dari keluarga ateis, Maria pilih jadi Muslim

HARAKAHDAILY
NAMA saya Maria. Saya masuk Islam satu tahun yang lalu. Saya dari Boulder, Colorado. Saya lahir dan bersekolah sejak kecil di sini.

Kedua orang tua saya berasal dari Afrika Selatan. Mereka berhijrah di sini. Mereka berdua atheis, sehingga mereka tidak benar-benar percaya pada Tuhan. Saya mempunyai satu saudara, dia belajar muzik di Universiti Colorado. Dia Katolik.

Sebelum saya menjadi mualaf, saya benar-benar tidak percaya pada Tuhan dan tidak mempunyai iman, saya kira anda boleh mengatakan jika saya dibesarkan dari orang tua yang saya anut, atheis.

Sebelumnya, saya benar-benar tidak melihat agama sebagai perkara yang baik. Saya fikir itu adalah sesuatu yang sering kali menyebabkan banyak masalah, seperti perang dunia dan hal-hal lain. Aku memandangnya sebagai perkara yang negatif.

Seperti disarikan dari onislam pada Jumaat, Maria menuturkan kisahnya menjadi seorang mualaf.

Berikut ceritanya.

Mencari Islam

Saya kira saya pertama kali belajar tentang Islam sekitar 2 atau 3 tahun yang lalu. Saya bertemu dengan jejaka Pakistan, dan itu adalah pertama kalinya saya mengenal Islam.

Lelaki asal Pakistan ini yang akhirnya menjadi tunangan saya. Awalnya saya tidak berfikir tentang dia kerana seorang Muslim, saya hanya berfikir dia seperti orang yang benar-benar mulia dan baik hati. Dia adalah salah satu dari orang-orang terbaik yang pernah saya tahu. Dia tidak pernah bermaksud apa-apa terhadap siapa pun bahkan jika dia tidak menyukainya.

Saya rasa ketika berfikir tentang dia, saya tidak berfikir tentang kualiti-kualitinya kerana Islam. Tapi semakin saya memikirkannya semakin saya menyedari bahawa mungkin hal-hal yang baik tentang dia adalah kerana Islam.

Pada suatu masa, tunangan saya itu pergi ke sekolah di Arizona memandu dari Boulder ke Arizona untuk datang dan melawat saya, dan dia benar-benar maut dalam kemalangan kereta. Dan itu adalah pengalaman pertama saya dengan kematian, dan itulah yang benar-benar memberi inspirasi kepada saya untuk melihat lebih dalam tentang Islam.

Selepas dua bulan kematian tunang saya, saya pun membeli terjemahan al-Quran dalam bahasa Inggeris dan mula membaca, saya juga membaca banyak buku, dan berbicara dengan banyak orang.

Orang tua dan rakan

Setelah menjadi muallaf, saya benar-benar tidak pernah bercakap banyak dengan orang tua saya kerana saya tahu mereka tidak tertarik pada agama. Saya fikir pertama kalinya mereka menyedari bahawa saya benar-benar mula serius berada di bulan Ramadhan lalu, dan aku berpuasa untuk seluruh Ramadan.

Itu Ramadan pertama saya dan itu benar-benar sukar, tapi aku melakukannya dan masa itulah mereka semacam menyedari "Oh, dia serius," atau terperanjat "wow, dia benar-benar tidak makan sepanjang hari". Tapi akhirnya mereka menerimanya.

Sekarang, sebahagian besar rakan-rakan saya adalah Muslim. Kami berkumpul bersama-sama. Rakan-rakan saya juga banyak membantu saya.

Kadang-kadang saya juga berfikir tentang perkahwinan. Saya tidak bimbang tentang hal itu terlalu banyak. Saya merasa seperti saya akan mencari orang yang tepat. Dan saya ingin dia menjadi seorang Muslim yang jelas. Saya tidak berminat untuk berpacaran, saya merasa seperti sekarang ini adalah sebahagian besar dari kehidupan saya bahawa saya benar-benar tidak ingin kepada siapa pun yang bukan Muslim.

Dan orang tua saya pun benar-benar melihat perilaku saya lebih baik setelah saya menjadi muslim. Mereka tidak bimbang tentang saya, walaupun mereka tidak perlu bimbang seperti bagaimana saya akan pulang selamat, atau hal-hal semacam lainnya. Mereka tahu bahawa saya tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh, sehingga mereka benar-benar merasa lebih baik tentang perilaku saya setelah saya masuk Islam.

Ketika saya pertama kali memakai tudung itu pasti sangat sukar, kerana saya merasa semua orang seperti melihat saya. Ada gadis-gadis lain di sini yang kebanyakan tidak memakai hijab. Tapi saya fikir sekarang aku satu-satunya gadis Amerika di sini yang memakai hijab. Saya merasa bangga. Saya merasa baik. Saya merasa seperti itu bahagian dari diri saya sekarang.

Saya tidak berfikir orang tua saya malu apabila kami pergi keluar bersama dan saya memakai hijab. Saya berfikir bahawa orang tua saya benar-benar bangga dengan saya memakainya ketika kita pergi keluar. Saya fikir mereka berfikir bahawa hal itu menunjukkan kepada orang lain yang memakai tudung juga masih menjadi bijak. [Islampos]

Beli rumah milik janda bergetah ini dan anda berpeluang mengahwininya, ada yang berminat?

Kuala Lumpur: “Kalau sudah ditakdirkan jodoh saya dengan lelaki bujang dari Malaysia yang nak beli rumah dan sudi memperisterikan saya, ‘why not’ (mengapa tidak) .

“Apa yang penting , saya dan lelaki itu perlu ada keserasian,” kata Wina, 40.

Laman web Harian Metro semalam melaporkan, Wina dari Randu Gunting, Tamanmartani, Kalasan, Sleman, Jogjakarta menjadi terkenal apabila mahu menjual rumahnya, sekali gus sudi mengahwini pembeli rumahnya.

Dia mengiklankannya di Internet baru-baru ini dengan menggunakan ayat ‘Penawaran Langka Abad Ini !!! Beli rumahnya bisa mengajak pemiliknya menikah (syarat dan ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego’.

Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu mahu dijual dengan harga Rp 999,000,000.00 (RM282,601).

Janda dua anak berusia 21 dan 14 tahun itu mengakui kini dalam dilema berikutan dianggarkan 600 orang berminat membeli rumahnya dan ada antaranya mahu berkahwin dengannya selepas dimaklumkan ejen yang membantu menjualkan rumahnya, Dian.

Katanya, rata-rata mereka bukan hanya bertanyakan mengenai rumah tetapi turut bertanya hal peribadi dirinya termasuk beberapa lelaki dari Arab Saudi dan Hong Kong.

“Dian ada beritahu saya, pembeli yang berminat bertanya betul ke kalau beli rumah boleh berkahwin dengan pemiliknya. Saya beritahunya lelaki itu perlu memenuhi kriteria yang saya mahukan.

“Ini kerana segala urusan mengenai iklan penjualan rumah diserahkan sepenuhnya kepada Dian dan mereka hanya perlu menghubunginya.

“Lebih 20 orang lelaki bujang dan sudah berkeluarga juga ada datang melihat rumah yang hendak dijual sejak iklan di Internet menjadi ‘viral’ di media sosial sejak tiga hari lalu, ” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.

Katanya, walaupun mendapat respon positif daripada iklan yang dipaparkan namun tidak semudah itu untuk berkahwin.

“Saya tidak akan terima begitu saja kerana perlu melihat latar belakangnya, kriteria dan sebagainya terlebih dulu.

“Pada awalnya, idea untuk mengiklankan rumah dan boleh berkahwin dengan pemiliknya timbul selepas bergurau bersama Dian.

“Dia (Dian) mencadangkan supaya selain menjual rumah pembeli itu juga boleh berkahwin dengan saya memandangkan saya juga seorang janda. Jadi, saya pun bersetuju,” katanya.
-hmetro-

NGO TIBAI Dah Tukar Nama Jadi TIBABI?

TIBAIKUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan NGO, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) kini dikenali sebagai TIBABI. Ia singkatan akronim dari Tolak Individu Bernama Anwar Bin Ibrahim.
Ia dibuat selepas kes membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap masih belum selesai walaupun beliau kini menjalani hukuman penjara selepas sabit kesalahan kerana meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari.

Ketika ditanya perbezaan antara TIBAI dan TIBABI, penerajunya Zahid Md. Arip memaklumkan ia dilakukan kerana kes mantan Timbalan Perdana Menteri itu dianggap masib belum selesai.

“Ia disebabkan kes Anwar masih berlarutan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Dang Wangi.

Bgaimanapun, sewaktu diminta mengulas lebih terperinci mengenainya, tiada jawapan lanjut diberikan.

TIBAI yang ditubuhkan pada 22 April 2012 dianggap tidak lagi relevan dan dibubarkan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan penjara lima tahun ke atas Anwar bulan lalu.

Rata-rata bekas Ahli Majlis Syura TIBAI merupakan bekas ahli dan penyokong kuat PKR ketika zaman reformasi dan ia tubuhkan kononnya untuk mendedahkan kepada umum siapa sebenarnya Anwar.
-fmt-

Korban politik 1MDB melalui rombakan kabinet?

Husam Musa
KENYATAAN tegas terbuka Ketua Polis Negara bahawa polis telah menubuhkan satu task force utk menyiasat 1MDB secara menyeluruh tidak membimbangkan Najib?
Kenyataan itu serius? Lampu hijau telah diperolehi dari Menteri Dalam Negeri? Jika ya, adakah Najib akan membiarkannya?
Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri kerana di lantik oleh Najib. Portfolionya boleh berubah melalui rombakan kabinet oleh Najib pada bila bila masa jika Najib menjejaki Zahid bergerak tidak sejalan dgn kepentingan Najib.

Jika rombakan kabinet berlaku dan Zahid dipindahkan dan Najib sendiri beralih dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Dalam Negeri, siasatan akan terbantut.

Siapa akan menggantikan Najib di Kementerian Kewangan? Jika Najib meletakkan sepupunya Hishamudin di situ, bermakna peluang melihat pendedahan apa sebenarnya berlaku di 1MDB akan menjadi lebih buntu.

Ditambah, kedudukan ekonomi negara tidak akan mendapat kepakaran dan keyakinan yang meningkat di kala negara berdepan dengan pelbagai isu ekonomi kini.

Jika benar Najib akan merombak kabinetnya sekarang, saya fikir adiknya Nazir Tun Razak lebih baik bagi negara sebagai Menteri Kewangan dari Hishamudin.

Apa pula nasib TPM? Kenyataannya tentang 1MDB selepas kenyataan Pejabat Perdana Menteri jelas berlainan arah. Bah kan dengan tegas beliau menolak bail out 1MDB oleh kerajaan atau apa jua langkah yg membawa kesan dengan maksud itu.

Namun, Kementerian kewangan seperti dilaporkan oleh Berita Harian Singapura, telah meluluskan apa yang dipanggil bantuan modal sebanyak RM 1 b lagi kepada 1MDB beberapa hari selepas kabinet menolak apa jua tambahan suntikan wang.

Ini tamparan pada Muhyidin. Adakah muhyidin boleh bertahan atau perlu berundur? Jika ia tidak berundur, mampukah Najib mengundurkan beliau?

1MDB mungkin akan memakan korban politik selepas ia menelan wang negara!

Tuan Ibrahim sedia tanding timbalan presiden

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada Muktamar PAS tahun ini sekiranya mendapat pencalonan dari mana-mana kawasan untuk jawatan
itu.

Beliau berkata dua elemen utama yang menjadi tumpuannya sebelum bersetuju untuk bertanding mana-mana jawatan ialah keperluan dan kemampuannya menggalas amanah tersebut.

"Dulu (dalam muktamar) sebelum ini pun, memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS pusat.

"Namun ketika itu, dengan kemampuan saya, cukup jadi naib presiden, namun kali ini jika ada pencalonan (untuk jawatan timbalan presiden), saya akan tengok...saya akan istikharah," katanya dalam sidang media sempena pengumuman program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ketiga dekat Rusila di Marang.

Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat akan diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada muktamar tahunan PAS ke-61 yang dijangka pada 1 Jun ini.

Ditanya berhubung tindakannya menolak pencalonan dari PAS Kota Bharu untuk bertanding jawatan presiden, Tuan Ibrahim berkata ia berikutan tiada keperluan untuk menukar presiden ketika ini, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ketika dunia mengangkat beliau, kita anggota PAS sepatutnya lebih memberi sokongan kepada beliau dengan begitu banyak kejayaan yang dicapai sepanjang kepimpinannya.

"Namun saya hormati pencalonan dari kawasan (Kota Bharu) itu, saya melihat keikhlasannya dan pandangan dari mana-mana kawasan (untuk muktamar) itu adalah demokrasi dalam parti," katanya.

Ini berikutan sebelum ini Yang Dipertua PAS Kota Baharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pernah mencadangkan nama Tuan Ibrahim sebagai presiden bagi menggantikan Hadi demi menyatukan kembali PAS dan yakin Abdul Hadi tidak akan mempertahankan jawatan itu demi kepentingan PAS yang sedang berpecah teruk sekarang ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali telah menyatakan keyakinan tidak ada pencabar yang berwibawa menggantikan Abdul Hadi buat masa ini.

Ketika ini, jawatan timbalan presiden PAS disandang oleh Mohamad Sabu (atas) manakala Abdul Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.
-Bernama-

Geng Ulama PAS sembang kuat, tapi takut cabar Mat Sabu

Dipetik dari MYKMU.net
“Drama” PAS banyak episod
Bermula 1 Mac yang lalu hingga kini, sudah lebih 10 hari PAS sedang hangat membicarakan tentang isu pemilihan pucuk pimpinan yang baru bagi penggal 2015/2017. Pemilihan PAS kali ini sememangnya awal-awal lagi dijangka hangat oleh para pemerhati politik tanah air.

Malah sebelum tarikh 1 Mac lagi, PAS sudah mula panas dengan pertelagahan di antara golongan pro-ulama parti itu dan pro-Pakatan Rakyat yang majoritinya terdiri dari kalangan golongan profesional. Mereka bukan gaduh main-main, malah secara terbuka di media arus perdana, kecuali Harakah.

Hingga kini, “drama” PAS itu sudah melalui banyak episod. Ada yang berdemo di depan ibu pejabat PAS Pusat, ada yang mengecam di Multaqa’, ada yang kena tumbuk ketika pulang dari masjid dan ada pula khabarnya “terbang” hingga ke United Kingdom.

Pada penelitian saya, kali ini golongan pro-ulama PAS sangat aggresif. Maksud saya, secara verbal atau tulisan di laman-laman sosial, golongan ini boleh dikatakan setiap hari menghentam kumpulan yang digelar “jebon”, “Hawai Five O”, “Anwarinas”, “syaitan dalam jemaah” dan sebagainya.

Bukan saja di kalangan akar umbi PAS yang pro-ulama berbuat begitu, malah para pemimpin PAS yang mahu meneruskan tradisi kepimpinan ulama juga turut vokal menghentam pihak yang dikatakan mahu menjatuhkan Abdul Hadi dan ulama lain di dalam PAS.

Antara nama yang sering dikatakan memimpin golongan yang mahu merosakkan PAS dari dalam itu adalah Mat Sabu, Dr Hatta Ramli, Datuk Phahrolrazi Zawawi, Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Khalid Samad, Suhaizan Kayat dan ramai lagi.

Abuk pun “tarak”

Peliknya, meskipun berdegar-degar mengecam pemimpin-pemimpin “jebon” itu, saya masih belum lagi mendengar sebarang pencalonan yang mencabar kedudukan Mat Sabu serta konco-konconya itu.

Soalnya, apakah ia bersifat seperti kata di kawasan orang utara, “Sembang saja deraih, tapi abuk pun tarak!”?

Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata…

“Kita sudah buat keputusan, kita (PAS) dengan cara kita dan PasMa dengan cara mereka. Kalau mereka nak juga sertai kita (PAS), mereka kena bubar PasMa dan duduk bersama kita dalam PAS, selesai masalah dan bukan susah pun”.

Keras dan tegas bunyinya kata-kata dari salah seorang pemimpin terpenting Majlis Syura Ulama PAS, bukan?

Namun, adakah dalam kenyataan yang ditegaskan pada 4 Mac itu menimbulkan sebarang kesan pada PasMa? Ada ahli PasMa yang keluar dari NGO pimpinan Phahrolrazi itu? Ada Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah itu bertindak bubarkan PasMa? Tidak.

Puak “Hawaii Five O”

Jadi, di mana tahap serius golongan pro-ulama ini? Malah jawatankuasa khas yang ditubuhkan PAS untuk menyiasat gerakan dalaman parti itu yang mahu menjatuhkan Abdul Hadi juga turut dipertikai tahap ketelusannya.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kuantan, jawatankuasa khas penyiasat itu diserap puak-puak “Hawai Five O” dan Dr Hatta sendiri menganggotai jawatankuasa berkenaan. Katanya, ada AJK PAS yang pro-“jebon” turut dilantik dalam jawatankuasa itu. Dakwanya, anggota “penyiasat” di dalam jawatankuasa tersebut sangat meragukan!

Saya agak hairan, mengapa itu berlaku di dalam PAS. Parti itu mahu menyiasat mengenai sebahagian pemimpin parti mereka yang mahu menjatuhkan Presiden. Golongan “Hawai Five O” dan Dr Hatta dikatakan terlibat dalam gerakan kotor itu. Jadi, mengapa mereka dilantik?

Apakah PAS mahu Orang Kena Tuduh (OKT) menyiasat diri sendiri dan geng-geng sendiri? Seumpama Anwar Ibrahim siasat Azmin Ali dan Rafizi? Bagai Lim Guan Eng siasat tentang Lim Kit Siang dan Betty Chew? Tidakkah wujud “conflict of interest” di situ?

Lebih pelik lagi, Fadhli Ibrahim mendakwa Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali yang merupakan pengerusi jawatankuasa khas itu “terbang” ke UK bersama “suspek utama”, Mat Sabu baru-baru ini. Agaknya, apa keputusan jawatankuasa khas itu nanti? Boleh diagak, bukan?

Simpan “telur” dalam peti sejuk

Sehingga kini, belum ada lagi kedengaran mana-mana PAS Kawasan yang mencalonkan seseorang dari golongan ulama parti itu untuk mencabar jawatan Timbalan Presiden yang disandang Mat Sabu. Apakah geng ulama ini masih menyimpan “telur” mereka di dalam peti sejuk?

Malah di Kuala Kedah, belum lagi kedengaran dari kalangan ahli cawangan parti di PAS Kawasan itu yang mencabar kedudukan Phahrolrazi sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan tersebut walaupun katanya wujud gerakan di situ yang mahu Presiden PasMa itu “jatuh tergolek”.

Maka sebab itu dari awal lagi saya katakan bahawa jika tiada tindakan dan hanya “sembang di kedai kopi” saja yang berdegar-degar, bubarkan saja Dewan Ulama dan Majlis Syura PAS. Gantikan saja dua Dewan itu dengan Dewan PasMa dan Dewan “Jebon” atau Dewan “Hawai Five O”.

Jangan sampai golongan akar umbi PAS di bawah rasa bosan dengan kalam-kalam kempen golongan pro-ulama PAS ini. Buruk padahnya nanti.

Saya dimaklumkan tentang ligatnya kegiatan kempen kumpulan “jebon” itu yang disifatkan lebih sistematik, berstrategi dan realistik memancing undi di seluruh cawangan PAS kini. Apa geng ulama PAS buat? Sekadar sembang saja yang kuat?
-fmt-