Demo kat masjid Negara oleh puak tu : Tak sensitive langsung
Demo kat masjid Negara oleh puak tu : Tak sensitive langsung
-tkodaily-
Demo kat masjid Negara oleh puak tu : Tak sensitive langsung
-tkodaily-
Maka dengan isu penggunaan nama Allah, timbul pula pembakaran gereja.Semua ini merupakan tindakan tidak bertamadun yang dicetus untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat. Nampaknya situasi ini peluang baik untuk dieksploitasi bagi menenggelamkan semua isu-isu terkini seperti kes Altantuya, Teoh Beng Hock dan kehilangan enjin jet.
Pembakaran gereja ini nampaknya datang dari idea yang sinonim dengan perarakan kepala lembu untuk menimbulkan kemarahan penganut Hindu. Rakyat yang prihatin dengan situasi politik tidak sukar untuk mengagak golongan mana yang menjadi dalang dalam menimbukan keresahan di kalangan rakyat!
PAS tidak mengajar ahlinya bertindak biadap terhadap tempat ibadat penganut agama lain kerana segalanya telah jelas dalam ajaran Islam. Kita berharap pihak polis tidak mati akal dalam menangani isu keselamatan ini. Namun rakyat pasti musykil apakah jaminan yang boleh kita dapati dari pihak polis dalam keadaan pihak berkenaan juga mengalami krisis kepercayaan?
Nampaknya sekali lagi kita perlu solat hajat agar masalah ini terungkai dan semoga Allah s.w.t. menghapuskan golongan yang cuba mengharu-birukan situasi ini.
Sebelum berpisah, ada baiknya korang tengok video dibawah, ada persamaan dgn isu ini, ada perkaitan tentang Melayu dan jawi...bak kata P. Ramlee n the geng.."Alif Mim Nun Wau=Sarkis" :)
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/
Sofi Wahab
Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, awal pagi ini.Jelas tindakan ini merupakan tindakan yang tidak bertamadun dan berlawanan dengan prinsip Islam sendiri. Tindakan tersebut tidak menggambarkan sikap sebenar Islam yang sentiasa memberikan kebebasan kepada manusia untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama mereka, "Tidak ada paksaan dalam agama".
Penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka untuk beribadat mengikut kepercayaan mereka. Rumah-rumah ibadat mereka juga tidak diboleh diusik apalagi di bakar.
Sikap terbuka Islam jelas dinyatakan di dalam Al Qur'an dan Hadis Rasulullah. Umpamanya ketika peperangan, tentera Islam tidak dibenarkan memerangi tentera musuh yang berlindung di kuil, biara atau rumah ibadat mereka.
Tindakan biadap ini jelas bertentangan dengan Islam dan ianya sudah tentu akan mengeruhkan suasana harmoni di negara kita.
Bagaimana jika sekiranya masjid di bakar, sudah tentu kita umat Islam yang marah dan bangkit mengutuk tindakan tersebut.
Rakyat mesti bertenang dan tidak melakukan apa juga perkara yang boleh menimbulkan suasana tidak aman dan tidak tenteram.
Saya sekali mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan berharap pihak yang terbabit diseret ke muka pengadilan dan dihukum mengikut peruntukan undang-undang.
Menurut Americk Singh Sidhu (gambar) beliau berasa dirinya tidak lagi selamat berada di negara sendiri berikutan pendedahan temuramah Bala yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today November lalu.
"Saya berada di luar negara sejak November kerana saya tidak yakin keselamatan saya terjamin," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan di Indonesia.
Tambahnya lagi seorang lagi peguam, Amarjit Singh Sidhu juga terpaksa ke luar negara kerana mendakwa mendapat tekanan daripada anggota Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia.
Americk berkata Amarjit adalah bekas anggota Cawangan Khas sebelum menjadi peguam.
"Beliau juga meninggalkan Malaysia kerana sentiasa diikuti dan diganggu oleh ‘Special Branch’.
"Malah pemandunya juga pernah didatangi oleh anggota ‘SB’ yang bertanyakan dimana bosnya berada," kata Americk.
Seorang lagi peguam, Manjeet Singh Dhillon yang juga bekas presiden Badan Peguam Malaysia mengalami pengalaman menakutkan apabila rumah beliau dibaling beberapa bom petrol tidak lama setelah video temuramah Bala disiarkan dalam Youtube.
Ditanya mengenai perkembangan emel yang dihantar olehnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 4 Disember lalu, Americk berkata Manjeet Singh Dhillon sebagai peguamnya akan berurusan dengan SPRM bagi pihaknya.
Tambahnya Manjeet telah menghantar surat kepada SPRM selepas perayaan Krismas lalu memaklumkan kesediaan Bala untuk bekerjasama dengan SPRM tertakluk kepada beberapa syarat.
Antaranya Bala bersetuju untuk ditemuramah SPRM hanya di Singapura atau London kerana bimbangkan keselamatannya.
"Saya berhubung dengan Bala hampir setiap hari dan beliau hanya menunggu arahan daripada saya apabila sahaja SPRM bersetuju dengan syarat yang dikenakan.
"Bala tidak akan pulang ke Malaysia dalam apa juga keadaan kerana risiko kepada nyawanya amat tinggi," tegas Americk lagi.
Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakanAssemblies of God,terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.
Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.
Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.
"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.
Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.
"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.
"Kita telah meminta semua balai bomba supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kebakaran di tempat ibadat," katanya kepada AFP.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Othman berkata polis menemui satu spanar dan satu bekas minyak tanah di tempat kejadian, bersama dengan dua helmet yang terbakar.
Katanya, polis menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara atau denda.
Sementara itu, Gereja Assumption yang terletak di sebelah Hospital Assunta, dipercayai turut menjadi sasaran kira-kira jam 4 pagi tadi.
Pegawai gereja itu berkata, bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi tidak meletup.
Gereja ketiga di Seksyen 17, Petaling Jaya juga menjadi sasaran malam tadi, menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian luar luar bangunan Gereja Life Chapel.
-malaysiakini-
Mohd
Kita sebenarnya.. ....
......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
.lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
.lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
Fikir-fikir, renung-renung hitung diri dan cermin-cermin diri kemana kita..... ?????.....
http://yaneyms.blogspot.com/
Al Baqarah: 120
"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".
Dan ALLAH menceritakan kepada kita tentang kesesatan, kekufuran dan kesyirikan golongan Yahudi & Kristian ini dengan menyalahgunakan nama ALLAH ini:
At Taubah: 30-32
"Kaum Yahudi mengatakan , 'Uzair itu anak ALLAH' dan kaum Kristian pula berkata 'Isa (Jesus) itu anak ALLAH. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dila'nati ALLAH mereka, bagaimana mereka sampai berpaling".
"Mereka (Yahudi & Kristian) menjadikan orang 'alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain ALLAH, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih Putera Maryam (Jesus); padahal mereka hanya disuruh menyembah ALLAH Tuhan Yang Satu, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia (ALLAH). Maha suci ALLAH dari apa yang persekutukan".Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) ALLAH dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan ALLAH tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya".
Dan ALLAH menegaskan bahawa apa jua pun, ALLAH telah mengutuskan Rasul dan kitab Al Quran yang benar dan hak, dan akan pasti menang atas segala agama lain, walaupun kafir musyrikin tidak suka dengannya.
At Taubah: 33
"Dialah ALLAH yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk (Al Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka!".
Dan ALLAH memberikan penegasan yang muktamad tentang hakikat ketuhanan dan ketauhidan kepada ALLAH ini.
Al Ikhlas: 1-4
"Katakanlah, "Dialah ALLAH Tuhan Yang Maha Esa (Satu), ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang sekufu (setaraf) dengan Dia".
Malahan sebenarnya isu penggantian nama God kepada 'ALLAH' ini juga muncul di Eropah Isnin lepas. Seorang tokoh kanan Roman Kristian Katolik di Belanda yang berusia 71 tahun Bishop Tiny Muskens mencadangkan supaya penganut Kristian menggantikan nama God kepada 'ALLAH', namun cadangan beliau dibantah keras oleh tokoh-tokoh Kristian Euro-Amerika. Seorang tokoh dan ilmuan Kristian di Amerika, Dr. R. Albert Mohler, Jr., President of The Southern Baptist Theological Seminary, menegaskan bahawa, "it is inappropriate for Christians to call God "Allah" based on irreconcilable theological differences associated with the name "Allah" and core Christian beliefs.The key condition behind calling the Christian God "Allah" is that "Allah" must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that "Allah" has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy. “Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday. “If "Allah" has no Son by definition, "Allah" is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of "Allah" by Christians lead to anything but confusion …and worse?”.
Berdasarkan itu, saya ingin bertanya kepada segelintir Melayu di Malaysia ini yang beriya-iya sangat menyokong kemahuan segelintir Kristian di Malaysia ini yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk triniti- bahawa ALLAH itu adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci, apakah kamu bersetuju dan redho dengan kemahuan itu? Bagaimana kita boleh sampai menjadi golongan yang 'summum bukmum 'umyum faahum-buta, pekak dan bisu!! "Ingatlah "Ar ridho bil kufr..kufr. Mereka yang redho dengan kekufuran itu adalah kafir!! Na'uzubillah minzaalik.
Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan seluruh umat Islam yang masih punya walau sekelumit iman, bertaubatlah kita kepada ALLAH dan kembalilah kita kepada petunjuk Al Quran dan Sunnah. Ingatlah pesanan ALLAH di dalam surah Al Baqarah:2, " sesungguhnya Al Quran itu tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang menuju ketaqwaan". Dan ingatlah pesanan Rasulullah saw dalam khutbatul wida', "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang selagi kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat..iaitu Al Quran dan Sunnahku". "Dan sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir pada hari ini (hari wukuf haji Rasulullah), semoga mereka yang terkemudian yang mendengarnya lebih memahaminya".
Dan pesan saya kepada diri saya dan saudara/i yang se aqidah dengan kalimah Tauhid Laa ila ha illallah, janganlah kita terpedaya dan terpesona dengan mainan hidup didunia ini. Janganlah kita menjadi saperti kalkatu, yang begitu terpesona dengan keasyikan cahaya pemusnah, dan terus berebut pergi kapadanya walaupun mereka tahu cahaya itu akan memusnahkan mereka. Janganlah kita menjadi Muslim Al-Kalkatu,sehingga sanggup menjual agama dan Tuhannya sendiri demi mengejar sedikit habuan didunia ini!!
Ya ALLAH, persaksikanlah bahawa aku telah menyampaikan amanat itu. Semoga ALLAH memberikan keampunanNya, dan menganugerahkan petunjuk, taufiq dan hidayahNya, dan memberikan istiqomah dalam perjuangan membela, mempertahan, dan menobatkan syariat dan risalah tauhid ini. Ameen ya robbal 'alameen.
Wassalam.