"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkejut ratusan ular dalam rumah

Terkejut ratusan ular dalam rumah
Antara ular yang ditangkap
UTTAR PRADESH - INDIA . Seorang lelaki terkejut selepas mendapati bukan seekor tapi 150 ekor ular berada di dalam rumahnya.

Pesara pegawai perhutanan, Jitenda Mishra sedang tidur nyenyak apabila tiba-tiba tersedar selepas diganggu oleh bunyi yang pelik dan terkejut melihat dua ekor ular melingkar di sudut biliknya.

Namun, ketika dia cuba mengusir ular-ular berkenaan, dia mendapati lebih 100 ekor ular di atas lantai kediamannya yang terletak di daerah Lakhimpur, Uttar Pradesh.

Jitenda kemudian mengejutkan seluruh ahli keluarganya untuk melarikan diri ke rumah jiran.

Dia bersama beberapa penduduk setempat menghalau kesemua ular-ular tersebut dan melepaskan kembali ke hutan berdekatan.

"Pada mulanya, dua ke tiga ekor ular keluar, tetapi kemudian mendapati ratusan ular yang lain sebelum meminta bantuan jiran mengeluarkan mereka dari rumah.

Jurucakap Perhutanan Sanjay Biswal berkata, mungkin ada beberapa sebab disebalik kejadian ini, dan mungkin salah satunya ialah kerana ia musim ular mengawan.

"Ular cenderung mencari tempat yang selamat untuk mengawan.

"Kami sedang meneliti perkara itu lagi," katanya dipetik Mirror.uk

Gambar Warga emas jumpa wang bernilai ribuan ringgit dalam timbunan sampah

Serah semula wang berjumlah 4,000 Yen (RM2,470) yang dijumpainya.
XI'AN - CHINA. Seorang warga emas menunjukkan sifat jujurnya apabila menyerahkan semula wang berjumlah 4,000 Yen (RM2,470) yang dijumpainya dalam timbunan sampah kepada pihak polis.

Lelaki yang berusia 83 tahun itu menjumpai wang itu yang semuanya terdiri daripada wang kertas 1 Yen.

Setelah menemuinya dalam timbunan sampah, lelaki itu yang dikenali sebagai Xi Bi-Wen segera menuju ke balai polis berdekatan untuk menyerahkan wang berkenaan kepada tuan punya.

"Ini bukan wang saya. Saya tidak boleh ambil wang orang lain," katanya kepada anggota polis.

Bagi Bi-Wen yang hidup sebagai pengutip sampah, wang berjumlah RM2,470 itu memang banyak baginya.

Namun dia tiada niat langsung untuk mengambilnya dan berulang kali menyatakan kepada polis wang itu mesti diserahkan semula kepada ampunya.

Dato Husam Musa perlu bekerja dari sekarang, membina Kelantan Baru

Md Zulaimi Kazin
Rasanya DHM tak perlu gelojoh menyertai mana-mana parti politik tetapi dia kena memimpin semua parti pakatan pembangkang di Kelantan bersama NGO yang ingin melihat lahirnya Kelantan BARU. Kenapa Dato Husam?

Pengalaman Dato Husam berada dalam kerajaan Kelantan sebagai Exco kanan yang bertanggngjawab dalam kewangan dan ekonomi sudah tentu faham dan tahu punca hasil Kerajaan yang boleh dibangunkan untuk meningkatkan pendapatan negeri. AMANAH, PKR,DAP, PASMA dan lain-lain NGO bersama DHM perlu merangka blueprint dari sekarang apa yang nak dilakukan untuk menjadikan Kelantan dengan wajah baru. Sudah boleh mencari calon yang terbaik dikalangan Ulamak dan Profesional untuk mewujudkan pasukan terbaik kepada rakyat Kelantan, kumpulan yang boleh perah otak untuk membangun Kelantan dari semua segi...PEMBANGUNAN JASMANI DAN ROHANI bukan MEMBANGUN DENGAN ENAIKKAN BANER RETORIK seluruh ceruk Kelantan.
RAKYAT dah betul-betul muak dengan macam-macam retorik. Perlu jadikan Kelantan sebagai negeri pertanian moden macam Thailand sebab Kelantan tidak mempunyai lebuhraya yang baik untuk dibangunkan industri. Pertanian boleh dijadikan hasil utama negeri dengan keluasan kawasan tanah pertanian mampu dibangunkan secara komersil BUKAN menaikkan banting "BERTANI ITU SATU IBADAH" dan Dato Husam adalah seorang yang minat dalam pertanian. bagaimana kalau Kelantan menjadi pembekal utama lembu Korban untuk Malaysia, membekalkan ayam siap proses HALAL ke seluruh negara, ternakan kambing, Pertanian Padi organik dan banyak lagi.

Pendidikan aliran agama yang berjaya menobatkan Kelantan sebagai negeri yang melahirkan ramai pelajar cemerlang perlu digandakan. Mengapa dalam sambutan hangat ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah agama di kelantan suatu masa dulu kita tidak bangunkan sekolah berasrama penuh SWASTA sebagai menambhakan lagi daya saing produk pendidikan yang dihasilkan di Kelantan yang perlu dimasukkan dalam PROJEK KELANTAN BARU nanti.

Kelantan juga terkenal dengan aneka makanan yang menarik dan sedap. maka PROJEK KELANTAN BARU juga perlu memikirkan bagaimana membangunkan industri makanan sejuk beku makanan Kelantan untuk dipasarkan dalam negara dan luar negara.

Banyak lagi untuk mengisi kekosongan yang tidak diisi oleh pemerintah Kelantan sekarang ini. mereka lebih sibuk bagaimana untuk membunuh musuh politik, siang malam itu yang mereka mampu fikir, masa depan negeri dan rakyat tidak penting sebab mereka seolah-olah yakin rakyat akan terus beri undi pada mereka, kalau telahan itu benar, mereka akan selamat dalam PRU14.

Sekali lagi ditegaskan Husam tak perlu terburu-buru menyertai mana-mana parti tapi dia MESTI mengetuai satu kumpulan untuk membina KELANTAN BARU sebab rakyat nat tengok Kelantan baru selepas zaman pemerintahan Tok Guru. Pas pecat Husam itu hak Pas tapi rakyat perlukan Husam untuk pimpin Kelantan Baru.

Polis wanita dipecat gara-gara aksi selfie terlampau (Gambar)


Beijing: Seorang polis wanita di China dipecat selepas tindakannya melakukan aksi selfie ‘berahi’  dengan hanya berseluar dalam sambil pakaian seragam polis, lalu memuatnaiknya di laman sosial.

Biro keselamatan awam melaporkan, wanita berkenaan yang tidak didedahkan identiti, bekerja sebagai polis bantuan di bandar Dandong wilayah Liaoning telah diberhentikan daripada jabatannya, setelah gambar selfienya itu tersebar luas di laman sosial Weibo.

“Setelah dimaklumkan mengenai gambar tersebut, kami telah mengambil tindakan segera dengan memecat anggota terbabit.

“Kami juga akan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan lagi disiplin dan undang-undang sedia ada agar hal seperti ini tidak akan berulang pada masa akan datang,” kata biro tersebut.

Gambar tersebut menerima pelbagai kritikan netizen akibat  tidak menghormati institusi dan etika pakaian seorang anggota polis.

Walau bagaimanapun, masih terdapat pihak yang mengatakan pihak polis telah mengambilkan tindakan yang begitu berat sehingga memecat polis muda terbabit.

“Perkara ini sudah menjadi normal, jika polis dengan mudah mengambil tindakan memecat anggota mereka, maka mungkin tidak akan ada lagi anggota polis yang baru,” kata seorang netizen
-kualalumpurpost

PRN sarawak : Rahsia Rahsia Tersirat Mula Tersurat

ramziredang
"1:Azmin bercita citer besar hendak jadi PM. 2. PRU14 PAS dan Amanah sama sama akan ranap. 3. PRU14 PKR akan terburai. 4. PRU14 Undi Melayu akan menyokong BN. 5. PRU14 Undi cina akan kepada DAP. 6. PRU14 PAS akan hanya mendapat undi 3% sahaja dari seluruh malaysia(sebagaimana kajian ilham centre). 7. PRU14 detik permulaan PAS akan mula hilang dari mainstream politik seperti MCA dan MIC. 8. Sama dengan azmin, juak juak azminpun bercita cita besar. 9. Pembangkang ingin menawan malaysia PRU 14 hanyalah angan angan mat jenin.

10. Pengundi memang sangat meluat kepada BN, tapi sekarang lagi meluat kepada PH, belum apa apa dah berebut.

11. Akan berlaku lebih banyak lagi pertindihan kerusi dalam PRU14, kerana masing masing kononnya menjangkakan BN akan kalah. Jadi masing masing mula tamak dan bercita cita tentang jawatan tinggi

12. Kebodohan melayu terhadap GST sama macam PRN Sarawak. Kerajaan diktator Najib sudah boleh berkira kira untuk naikan persen GST sekarang.

13. Kekuatan Mahathir hanya seperti harimau tidak ada gigi, gigit najib buat geli je.

14. Ulama zaman sekarang ramai jadi tentera dajal tidak mahu menjadi tentera Al mahdi. Dajal mengheret rakyat kepada kesesatan, kegelapan dan kesengsaraan. Sedangkan maksud al mahdi itu sendiri adalah membawa petunjuk dari perkara yang samar , atau rosak kepada yang damai dan diberkati Allah. Dia memberri petunjuk dalam hal hal yang tidak jelas dan tidak nyata. Adakah anda nampak ulama sekarang seperti itu?

15. Kekuatan PAS yang berumur 70 tahun sama dengan amanah yang berumur 7 bulan, sama sama tak hilang deposit hanya di 4 kerusi. Yang lain semua hilang deposit. Apakah dengan hampir keseluruhan kerusi hilang deposit ini PAS dapat menjadi penasihat kepada kerajaan Sarawak?

16. Idris Ahmad berkata, PAS tidak beriman dengan pilihanraya hanya beriman dengan Allah, bila diperli tentang kekalahan PAS di Sarawak. Alasan Idris Ahmad ini adalah contoh bukti yang nyata 'jualan murah lelong agama' dalam putar belit orang orang agama bila bercakap.

17. Hati mereka sendiri telah mula rapuh dan getar, tapi berpura pura yakin dan kuat

18. Azmin suruh PH bermuhasabah. Nampak tak? Orang bangang yang pura pura tak bangang? Kata azmin perlunya pembangkang bersatu....

19. Dia tidak bangang seorang kerana di sebelah kiri dan kanannya ada orang orang bangang

20. Percayalah orang orang munafik samada dalam PAS atau PKR, tidak pernah serius dalam PH. Hati mereka tetap jatuh cinta kepada BN dan menganggap hanya UMNO yang akan menjadi tunggak terbaik Islam di malaysia. Bagi mereka jatuh UMNO jatuhlah Islam

21. Hal 1MDB akan berlalu di bawa angin. Hati melayu akan jadi sejuk.

22. Jangan sangka Najib akan jatuh. Dalam sejarah dunia, tiap diktator akan memerintah lebih kurang 30 ke 70 tahun. Perhatikan , asyyad di syria, hosni mubarak, sukarno, suharto, ferdinand marcos dan diktator yang lain.

23. Kita akan perhatikan ulama yang menyokong kezaliman, akan liat umurnya untuk mati kerana Allah ingin dia melihat kemusnahan dari hasil dirinya menjual agama.

24. Bala akan menimpa dari kalangan ahli keluarga mereka sendiri nanti, disebabkan kemusnahan dan penyelewengan terhadap agama. (Jangan lupa ada bala yang berupa istidraj, diberi segala kekayaan dan kesenangan supaya hati bertambah gelap) Tak nampak ke mereka senang dan bermewah mewah sekarang? Pejuang agama tuuu

25. Mungkin akan berulang kemunculan orang seperti kamal antartuk, bila ulama mula sekongkol dengan kezaliman,

26. Ada seseorang akan dikenang di dalam sejarah sepanjang hayat nanti, sebagai orang yang meranapkan dan merosakkan sebuah parti, yang pada mulanya berjuang ingin menegakkan Islam di malaysia.

27. PRU 14 insya Allah akan menzahirkan segala galanya.

28. Kita hanya insan yang lemah...Jangan lupa selalu baca surah al kahfi..semoga yang benar ditunjukkan Allah benar dan kita dapat berpegang padanya, dan yang salah ditunjukkan Allah salah dan supaya dapat kita menjauhkannya

HASBUNALLAHU WA NI'MALWAKIL

Amiruddin juga mungkin letak jawatan ketua pembangkang Kedah

Datuk Amiruddin Hamzah - ketua pembangkang di Kedah - telah meletakkan jawatan sebagai ketua PAS Kuala Kedah.

Amiruddin enggan memberikan sebarang sebab beliau meletakkan jawatan tersebut.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Amiruddin juga akan melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di negeri itu tidak lama lagi.

Dipercayai beliau tidak gembira dengan perkembangan terkini dalam PAS, yang baru-baru ini mengumumkan pemecatan Naib Presidennya, Datuk Husam Musa kerana mengkritik parti itu secara terbuka.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau meletak jawatan ketua PAS Kuala Kedah kerana kes Husam, Amiruddin hanya berkata: "Tidak".

Ditanya sama ada beliau juga akan meletak melepaskan jawatan ketua pembangkang di negeri itu, Amiruddin menjawab: "Sila rujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan."

Dalam satu kenyataan ringkas, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata parti itu mengambil maklum keputusan Amiruddin untuk meletak jawatan itu.

Ahmad mendakwa, ADUN Anak Bukit ituakan kekal sebagai ketua pembangkang di negeri itu, jawatan yang disandangnya sejak tahun 2013, selepas BN berjaya menawan semula negeri itu daripada PAS.

Ahmad berkata Amiruddin juga akan terus kekal sebagai pengerusi Kompleks Pembangunan PAS Kedah
-malaysiakini-

PANAS!! Akibat pemecatan Husam Musa?: Datuk Ir Amiruddin Hamzah meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kuala Kedah

Amiruddin Hamzah
ALOR SETAR - Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah meletakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kuala Kedah berkuat kuasa serta merta.

Berita yang mengejutkan banyak pihak itu mula tersebar petang semalam, namun Amiruddin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya itu.

Sumber terdekat Pas Kedah memaklumkan, Amiruddin telah memaklumkan perkara itu kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi kelmarin melalui surat rasmi.

“Saya sendiri terkejut dengan berita itu, kerana sebelum ini tiada ura-ura Amiruddin akan melepaskan jawatannya. Difahamkan perkara itu turut dimaklum secara rasmi kepada Pas kawasan Kuala Kedah,” katanya.
Menurut sumber, bagaimana pun, Amiruddin masih kekal sebagai ahli Pas dan tidak melepaskan jawatannya di peringkat cawangan.

“Pimpinan Pas Kedah telah berusaha memujuk beliau agar menarik semula keputusannya namun Amiruddin tetap dengan pendiriannya. Kemungkinan beliau tidak dapat lagi menghayati atau mengikuti pendekatan berpolitik Pas Pusat sekarang,” katanya.

Sumber tidak menolak kemungkinan pendekatan berpolitik antara sebab utama perletakan jawatannya, bukan disebabkan ada kaitan dengan kumpulan ‘harummanis’ yang dikaitkan dengan ahli Pas cenderung Amanah.

“Saya difahamkan, Amiruddin juga bakal melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah dalam masa terdekat. Namun beliau perlu memaklumkan penarikan diri beliau kepada pejabat Dun atau Speaker Dun Kedah secara rasmi,” katanya.

Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dun Kedah sebelum ini menolak jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah yang ditawarkan kepadanya oleh Pas Pusat bagi menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang tidak dilantik semula bagi sesi 2015-2017, sebelum melantik Ahmad Fakhruddin.

Difahamkan, penolakan itu ada kaitan dengan kekalahan golongan yang bekerja keras menyatukan PR, terutama golongan profesional selain kecewa terhadap senario dalam Pas ketika itu.

Amiruddin yang juga bekas AJK Pas Pusat sejak beberapa penggal lalu turut tewas dalam pemilihan lalu apabila perwakilan hanya memilih calon dalam senarai ‘cai’ kumpulan konservatif.

Rombakan kepimpinan Pas Kedah turut menyaksikan Amiruddin tidak terpilih dalam barisan kabinet baharu, apabila digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, digantikan bekas Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Pendang.
-sinarharian

Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016?

Tranungkite
SEMAKIN dekat dengan tarikh pelancaran, semakin banyak pula gambar Proton Perdana 2016 bocor dan apa yang menariknya gambar yang dimuat naik itu sangat jelas.
Walaupun sudah banyak gambar model baharu itu tersebar, namun pihak Proton Edar masih lagi tidak mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi model tersebut.

Model Proton Perdana 2016 khabarnya didatangkan dengan dua variasi iaitu 2.0L dan 2.4L.

Buat masa ini model baharu Perdana itu masih menggunakan enjin Honda Accord manakala enjin baharu dijangka akan dipasang pada tahun hadapan.
Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016
Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016
Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016
Selain itu, menurut sebuah portal tempatan, model Perdana 2016 itu akan dijual pada harga RM100,000 hingga RM150,000.

Tambah portal itu lagi, Perdana 2016 memiliki ukuran 5,020 milimeter (mm) panjang, 1,845 mm lebar dan tinggi 1,475 mm. Manakala jarak roda pula 2,800 mm serta tangki bahan api berkapasiti 70 liter.

Selain itu, ia juga dihiasi dengan kit badan termasuk skirt sisi dan spoiler di bahagian belakang.

Malah menurut pemerhatian kami semasa menghadiri majlis pra-tonton model ini, lampu belakang juga dipertingkatkan dengan penggunaan lampu jenis light-emitting diode (LED).
Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016
Aspek keselamatan juga ditikberatkan bagi model Perdana 2016 ini, ia turut dilengkapi dengan bantuan parkir termasuk pengesanan di bahagian hadapan dan belakang serta ditampilkan juga Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) bersama Anti-lock Braking Systems (ABS) dan Electronic Brake force Distribution (EBD).

Jelas laman itu lagi, Proton turut mengesahkan, model itu tidak disertakan dengan sistem kemasukan kunci pintar untuk kedua-dua jenis model itu.

Tambahnya lagi, kemasan dalaman bagi model itu ditawarkan dengan dua warna berbeza iaitu beige untuk model 2.4L manakala hitam untuk model 2.0L.
Bocor! Gambar Model Proton Perdana 2016
Selain spesifikasi di atas, ia juga didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Graphite Grey, Sterling Silver, Ruby Red, Cotton White, Midnight Black dan Citrine Gold. – MYNEWSHUB.CC

Punca Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London yang ramai tak tahu!!

Tranungkite
Sadiq_Boycoot_Ekeleh
Pada 7 Mei lalu, wakil Parti Buruh Sadiq Khan mencatat sejarah apabila dilantik menjadi Datuk Bandar London pertama beragama Islam, selepas mengatasi calon Konservatif, Zac Goldsmith.

Pagi ini kami menerima pesanan melalui aplikasi Whatsapp tentang beberapa ‘keistimewaan’ Sadiq sehingga boleh dipilih sebagai Datuk Bandar di kota bukan Islam yang hanya 12 peratus penduduk Islam di sana.

Ekeleh ingin mencari kepastian tentang apa yang disebarkan tentang Sadiq melalui kempennya yang menyokong rang undang-undang mesra lesbian, gay, biseks dan transgender (LGBT).
hidayatullah.com
themalaymailonline.com
themalaymailonline.com Sadiq juga dikatakan menyokong usul melarang wanita Islam memakai hijab di tempat awam.
Sadiq_Khan_Hijab_Ekeleh
Datuk Bandar London itu juga dikatakan tidak menyokong barangan Israel diboikot.
foa.org.uk
Sadiq Khan juga dikatakan menyokong penuh bangsa Yahudi melalui kempennya serta menyokong Iraq, Syria, Libya diserang atas nama membenteras keganasan.

Ingatkan Sadiq Khan menyokong penuh isterinya memakai hijab selepas dipilih Datuk Bandar London.
Sadiq_Khan_Wife
Rupa-rupa ‘fake’, silap orang!!
Sadiq_Khan_Wife1
london24.com

Pendedahan ini cuba untuk mengelak puja dan puji berlebihan.

Namun tahniah Sadiq, diharapkan yang di atas hanya sejarahnya dan kini dia dijalan yang betul. Berikut beberapa fakta tentang Sadiq yang dipetik dari Astro Awani.
Sadiq_Khan

Akhirnya Awie Mengaku Salah

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas bekas isterinya, Rozana Misbun dalam kejadian di kaunter PNB Jalan Tun Razak dua tahun lepas.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, menukar pengakuannya kepada bersalah dihadapan Majistret Husna Dzulkifly selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Husna menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan pada prosiding di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Mengikut pertuduhan Awie didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana, 38, di kaunter Permodalan Nasional Berhad, Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang 2 Jun 2014.

Awie didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar manakala Awie diwakili oleh Hazman Harun.

Dalam pada itu, Hazman dalam pembelaannya memberitahu mahkamah, anak guamnya insaf dengan perbuatannya itu dan tindakan tersebut bukan sengaja untuk menyakiti pengadu.

Katanya, tindakan Awie itu kerana kecewa dengan bekas isterinya itu apabila wang yang diamanahkan untuk kegunaan masa depan anak-anak lesap daripada akaun simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

"Dia ingin meneruskan kehidupannya daripada kejadian ini dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya malah sepanjang kes berjalan dia memberikan kerjasama baik.

"Malah dia tidak pernah mendekati pengadu selepas kes itu berlaku," katanya kepada mahkamah.

Manakala Rozana pula menerusi kenyataan secara bertulis yang dibaca oleh jurubahasa mahkamah memberitahu berasa trauma sehingga tidak boleh memandang bekas suaminya itu.

Rozana juga berharap Awie diberikan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepadanya.

Pada 15 Februari lepas, Awie yang juga bapa kepada lima anak itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Rozana, 38.

Terdahulu pada 7 Mac lalu, Mahkamah Majistret Ampang melepas dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan permohonan maaf secara terbuka daripada pihak Awie.

Pilihan Raya Kecil PAS Dan AMANAH Perlu Duduk Berbincang - MAHFUZ HJ.OMAR

DATO'HJ MAHFUZ HJ.OMAR

1.PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sg Besar hampir pasti berlaku apabila kedua dua penyandang jawatan ahli parlimen berkenaan meninggal dunia dalam kes nahas helikopter di Sarawak.Hanya menunggu pengumuman rasmi kekosongan kerusi berkenaan oleh Speaker Dewan Rakyat kepada SPR.

2.Apa yang menarik kedua dua kerusi berkenaan dimenangi oleh BN dengan majoriti yang kecil.Sg Besar dengan majoriti 399 undi dan Kuala Kangsar 1,082 undi.Ini menunjukan pembangkang mempunyai peluang yang baik dalam suasana krisis politik yang sedang berlaku dalam negara sekarang.Kemenangan besar BN di Sarawak adalah satu faktor asing berbanding dengan faktor persekitaran politik di semenanjung.

3.Yang mesti dielakan ialah pertembungan sesama pembangkang di Sarawak tidak lagi berulang di dua PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar nanti.Biarlah apa yang terjadi pertembungan di Sarawak adalah yang terakhir dalam politik Pembangkang.Moga apa yang berlaku di Serawak akan menjadi pengajaran kepada parti politik pembangkang dalam menguruskan perbalahan yang gagal capai kata sepakat kerana keengganan untuk berbincang secara matang.Moga hikmah dari apa yang berlaku di Sarawak akan kembalikan parti pembangkang kepada penyatuan dalam satu pakatan pembangkang Demi Rakyat dan Negara Malaysia.

4.Cubaan dan cabaran pertama selepas Sarawak ialah PRK K.kangsar dan Sg Besar untuk parti pembangkang memperbaiki hubungan antara parti dan merealisasi hasrat rakyat untuk memberi isyarat jelas kepada PM Najib perlu berundur bersama dengan anggota kabinet pemakan dedak dan yang kenyang dengan dedak.Jika ini boleh dilakukan dengan lapang dada dan berjiwa besar saya percaya harapan rakyat akan tercapai.

5.Saya mengharapkan parti Amanah dan Pas perlu duduk dimeja perbincangan untuk mencari kata sepakat untuk mengelak dari pertembungan sesama sendiri.Tidaklah menjatuhkan maruah pimpinan Amanah atau Pas jika mereka boleh pertimbang cadangan saya untuk setiap parti Amanah dan Pas hanya bertanding 1 kerusi sahaja dari 2 kekosongan yang ada.Dalam erti kata yang mudah Amanah bertanding 1 kerusi dan Pas satu kerusi.Terpulang kepada perbincangan kedua pehak untuk menentukan kerusi pilihan dari 2 kerusi yang kosong.Jika ini boleh dilakukan akan mengangkat kedua dua parti ini sebagai parti YANG BERJIWA MALAYSIA dan mengutamakan rakyat.


DATO'HJ MAHFUZ HJ.OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
8.30am Taman Al-Walid Alor Setar
10 Mei 2016/3 Sya'ban 1437H

Kuala Kangsar: Antara cabaran dan kepentingan AMANAH

Muhamad Faeez Azahar
amanah-kuala-kangsarPilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak baru sahaja melabuhkan tirai dengan menyaksikan BN kekal mencengkam kekuasaannya, dalam masa yang sama pembangkang gagal menyinar apabila hanya memperoleh hanya 10 kerusi sahaja.
Parti Amanah Negara (Amanah) gagal menyinar dalam pilihan raya tersebut, dengan beberapa alasan dan faktornya tersendiri. Parti yang berusaha 7 bulan ini gagal mendapat tempat di hati pengundi Sarawak, berkemungkinan rakyat bumi kenyalang masih belum mengenali dengan lebih baik disamping beberapa kekurangan yang berlaku dalam kalangan pakatan pembangkang.

Kini tertumpu kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar selepas kedua-dua wakil rakyat kawasan tersebut terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak. Sudah pasti PRK ini lebih panas dan menjadi perhatian seluruh dunia.

Ramai yang berpandangan, keputusan PRN Sarawak tidak ‘menjiwai’ mood sebenar rakyat Malaysia yang sedang mendendam rasa kecewa terhadap kepimpinan negara yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Maka PRK di dua parlimen ini adalah platform untuk menilai survival politik Malaysia.

Rakyat mahu melihat adakah Deklarasi Rakyat dan Gerakan Selamatkan Malaysia yang diketuai oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempunyai momentumnya tersendiri. Kebobrokan kerajaan ketika ini sangat dirasai oleh seluruh rakyat namun sokongan rakyat khususnya orang Melayu belum lagi teruji.

Di pihak pembangkang kini lebih ‘meriah’ setelah munculnya Amanah seterusnya wujudnya Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat. Pas pula bertindak ego untuk tidak menyertai blok pakatan pembangkang sebaliknya mewujudkan blok ketiga.

Semua ini belum teruji dengan sebenar-benarnya, maka PRK kali ini sangat mencabar dan penting bagi pembangkang mahupun kerajaan untuk menilai prestasi dan penemerimaan rakyat terhadap mereka.

Belum sempat bunga di pusara layu, Pas sudah mengumumkan akan bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Katanya ia adalah kerusi tradisi yang ditandingi Pas dan ia perlu dipertahankan. Umno juga telah melaungkan semboyan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh mereka itu.

Pakatan Harapan masih berteka-teki adakah akan turut serta mahupun tidak. Jika mengikut perkiraan, Amanah berperanan menggantikan tempat Pas di dalam pakatan maka secara automatik kedua-dua kerusi tersebut sepatutnya ditandingi oleh Amanah. Namun Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyatakan keputusan bertanding atau tidak akan diumumkan 15 Mei ini.

Ramai yang mempersoalkan adakah Amanah wajar untuk bertanding di kerusi ini kerana Pas sudah bertegas untuk meletakkan calon. Kononnya, Amanah akan jadi pengacau kepada Pas untuk menjatuhkan BN. Naib Pengerusi Amanah Perak, Dr Muhaimin Sulam berpandangan, Amanah perlu berkorban di Kuala Kangsar dengan tidak meletakkan calon.

Adakah cadangan ini wajar? Saya menyambut baik cadangan tersebut, namun saya turut berpandangan PRK Kuala Kangsar adalah sangat penting bagi Amanah dalam mempersiapkan kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Amanah dan Pakatan Harapan perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan tiga penjuru pada PRU14 ini jika Pas masih kekalkan pendiriannya untuk tidak bersama dalam pakatan pembangkang.

Pilihan raya ini adalah medan paling sesuai untuk mewajahkan kemungkinan yang akan berlaku pada PRU14 nanti, Amanah dan Pakatan Harapan boleh membuat persediaan awal dengan menjadikan keputusan PRK ini sebagai rujukan. BN pula mahu membuktikan sokongan rakyat terhadap mereka masih kuat walaupun kerajaan dipalit dengan pelbagai skandal. Manakala Pas mahu membuktikan bahawasanya mereka kuat dan tidak terjejas sokongannya biarpun tidak berada dalam pakatan pembangkang.

Tidak salah untuk menjadikan PRK ini sebagai uji kaji memandangkan tempoh PRU14 hanya kira-kira dua tahun sahaja daripada sekarang. Maka, bagi saya penyertaan Amanah dalam PRK ini sangat penting untuk memperkanalkan parti Islam baharu ini dan Pakatan Harapan kepada masyarakat.

Namun Pakatan Harapan perlu tampil dengan lebih berintegriti dan berkeyakinan dalam PRK kali ini. Pimpinan ketiga-tiga parti iaitu KeAdilan, Amanah dan DAP perlu bergerak seiringan untuk menzahirkan kesungguhan serta kesepaduan jitu dalam mendapatkan keyakinan masyarakat.

Ayuh! Suburkan Demokrasi Malaysia! Selamatkan Malaysia!

Muhamad Faeez Azahar adalah Penolong Setiausaha Pemuda AMANAH Negeri Perak

Soalan lelaki ini buat ustaz menangis

Ustaz Ebit Lew
SHAH ALAM: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew akui tidak dapat tahan sebak apabila ditanya soalan daripada seorang lelaki ketika seminar keluarga sunnah bersamanya, kelmarin.

Menurutnya, soalan yang dikemukakan lelaki itu soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua keluarga kerana beliau turut berkongsi matlamat sama dengannya.

“Terharu dan menangis saya, bila seorang lelaki bertanya soalan di depan semua orang, ‘Ustaz, bagaimana saya nak jadi lelaki yang dapat membawa wanita dalam hidup saya ke Syurga. Saya nak bawa ibu, isteri, anak-anak perempuan dan adik beradik saya ke Syurga’.

“Itulah soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua yang baik. Lelaki yang sebenarnya. Lelaki paling ‘macho’...paling ‘awesome’. Saya rasa sedih sebab itu jugalah matlamat saya. Dalam kelemahan diri memerlukan pertolongan ALLAH. Pegang dan takkan lepaskan tangan orang yang kita sayang sampai melangkah masuk Syurga,” katanya menerusi coretan di Facebook, semalam.

Menulis panjang lebar, beliau sempat menceritakan bagaimana seorang lelaki mampu menjadi lelaki sebenar dalam keluarga.

“Lelaki ketua keluarga mesti jaga solat awal waktu berjemaah. Bawa keluarga jaga solat. Kejutkan keluarga bangun Tahajud. Menangis malam. Bangun awal sebelum Subuh. Rasulullah SAW kejut isteri dan anaknya solat. Abu Bakar RA ajar setiap ahli keluarganya solat paling khusyuk dan hebat. Tegur anak bila tak solat berjemaah.

“Umar RA solat malam dan kejut semua ahli keluarga bangun malam menangis depan ALLAH. Aisyah RA berkata apabila azan dilaungkan, Rasulullah SAW seolah-olah tak kenal sesiapa. ALLAH nombor satu. Barulah hidup berkat dan bahagia. Bila hati penuh kebesaranNYA.

“Lelaki ketua keluarga paling lemah lembut dengan ahli keluarga. Melayan dengan rasa sayang. Bergurau berbual dan bermanja. Bantu kerja rumah bila di rumah,” katanya.

Tambahnya, Rasulullah SAW sangat rajin di rumah mengurus pakaian sendiri, membantu menyiapkan makanan serta jahit baju dan kasut sendiri.

Katanya, lelaki hebat memicit dan prihatin perasaan, kepenatan dan sakit sang isteri serta rajin berkhidmat ibu bapa.

“Abu Bakar RA biasa tolong perah susu kambing. Biasa khidmat walau kerja biasa sedangkan beliau khalifah besar.

“Umar RA pandai masak. Masak dengan kayu api. Janggut kena asap. Dia hidangkan makanan untuk anak-anak kecil. Dia bergurau dan seronok tengok anak-anak bermain-main.

"Dia pejuang hebat, pemikir ummah, paling tegas dan kuat menangis depan ALLAH. Tapi dia suka tengok anak-anak bermain. Itulah lelaki sebenarnya,” katanya.

Beliau juga menasihatkan agar hidupkan rumah tangga itu dengan amalan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

“Kenalkan keluarga kepada kebesaran ALLAH, sunnah Nabi SAW dan kenalkan kepada keluarga Nabi SAW dan para sahabat. Ketua keluarga akan sentiasa membangunkan keluarga dengan dakwah dengan kasih sayang, bersama-sama buat dan bersabar. Bertenang dan istiqamah dalam mendidik.

“Akhirnya waktu malam setelah melakukan semua itu. Perlahan-lahan berdoa ‘Ya ALLAH betapa diriku sayang akan isteriku yang banyak berkorban. Sayangi dan ampunilah dia. Betapa aku sayang ibubapaku dan ibubapa mertuaku.

"Ampunkan mereka dan sayangi mereka. Anak-anakku, ampunkan dan sayangi mereka. Anak saudaraku semuanya, Adik-beradik dan manusia di seluruh alam maafkan kami semua. Sayangi dan ampunkan kami semua’,” katanya.
-sinarharian

Awas jika makan pisang secara 'menggoda'

Peraturan baru yang pelik untuk video atas talian termasuk larangan makan pisang secara 'menggoda'.
BEIJING - CHINA. Pihak berkuasa di China telah memperkenalkan peraturan baru yang pelik untuk video atas talian termasuk larangan makan pisang secara 'menggoda'.

Peraturan baru itu bermakna laman web video atas talian perlu berwaspada untuk memastikan tiada seorang pun daripada pengguna mereka merakamkan video makan pisang secara menggoda, menurut media tempatan.

Pada bulan April, Kementerian Kebudayaan mengumumkan pihaknya sedang menyiasat beberapa laman web popular yang menyiarkan bahan "membahayakan moral sosial".

Disebalik larangan itu, laman-laman tersebut semakin popular di China, terutamanya sesi webcam melibatkan wanita muda atau kadang-kadang di bawah umur.

New Express Daily mendakwa, tiga suku pengguna adalah lelaki dan 26% berusia di bawah 18 tahun.

Bagaimanapun, ramai yang mempertikaikan peraturan pelik itu dan berkata pengharaman itu dilihat sesuatu yang sukar dikuatkuasakan.

Kerajaan China di bawah Presiden Xi Jinping mempunyai salah satu dasar Internet paling ketat di dunia.

Laman media sosial kerap dipadam jika mereka dilihat sebagai mengkritik kerajaan dan laman web berita asing seperti New York Times turut disekat.
-sinarharian

Bahaya Tidur Menggunakan Kipas Angin??

Tranungkite

Kipas angin yaitu salah satu langkah alternatif untuk menggerakkan angin jadi lebih dinamis hingga hawa tidak terlalu panas. Dulu orang memakai kipas angin buatan berbahan simpel, namun saat ini kipas angin sudah menjelma jadi benda moderen yang bisa bekerja terus menerus selama malam.

Beberapa orang memakai kipas dengan angin yang menghadap segera pada badan waktu tidur, cara ini memanglah menyenangkan dan bikin tidur lebih lelap, namun angin yang terus menerus menerpa tubuh selama malam juga beresiko untuk kesehatan bahkan bisa menyebabkan kematian.

Di artikel gudanginfo. net kali ini kita bakal mengulas kenapa kita tidak bisa memakai kipas angin yang segera menghadap pada badan, berikut ini penjelasannya.

1. Badan kekurangan oksigen

Bahaya yang paling serius dari memakai kipas angin waktu tidur yaitu badan jadi kekurangan oksigen. Hal ini terlebih bila arah kipas angin segera diperuntukkan ke muka pada ruang yang tidak mempunyai fentilasi.

2. Suhu badan alami penurunan drastis

Tidur dengan kipas angin bakal turunkan suhu tubuh secara drastis. Bila pergantian ini berlangsung dengan cara mendadak jadi desakan darag serta sistem pernapasan bakal terganggu. Serta akibat paling fatalnya yaitu manfaat jantung dan paru-paru tidak berperan maksimal.

3. Alami hipotermia serta dehidrasi

Seseorang pakar syaraf, Dr. Wendra Ali, menyampaikan waktu seorang ada dalam ruang dingin dalam waktu yang lama jadi badan bakal alami kekeringan akibat hawa dingin bakal menyerap air pada badan. Bila berlangsung terus menerus selama malam jadi kelembapan badan bakal menurun hingga akhirnya berlangsung hipotermia.

4. Penyakit Bell Palsy

Penyakit ini dimaksud juga kelumpuhan, namun bukanlah pada badan tetapi di wajah. Orang yang kerap tidur malam dengan kipas angin mempunyai risiko penambahan kemelut pada system syaraf dikarenakan suhu dingin yang menimpa muka terus menerus selama malam, akibatnya muka jadi tegang, susah senyum atau berekspresi

5. Menyebabkan kematian

Kematian mendadak bisa dihadapi oleh mereka yang memakai kipas angin selama malam waktu tidur, terlebih pada ruang yang tidak mempunyai fentilasi untuk keluar masuknya hawa. Hal ini disebabkan karena ada peningkatan kandungan CO2 dan penurunan O2 dalam ruangan.

Sekian sebagian bahaya tidur memakai kipas angin. Baiknya janganlah mengarahkan kipas secara segera ke tubuh dan janganlah tidur dalam ruang yang buruk sistem fentilasinya.

Semoga berguna, janganlah lupa click Like dan Berikan artikel ini ke rekan yang lain.

Sebab 10 peratus undi Cina lari daripada DAP

Pilihan Raya Sarawak Kenapa 10 peratus undi Cina lari daripada DAP?
Mohd Sayuti Omar
Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 sudah pun selesai dan keputusan juga sudah diperolehi. Seperti mana diduga ramai parti PBB (BN) telah berjaya membentuk kerajaan Sarawak dan sekali lagi Adnen Satim mengangkat sumpah bagi kali kedua menjadi Ketua Menterinya.

Keputusan rasmi BN 72 kerusi, DAP 7, PKR 3 manakala parti-parti lain kosong.

Pencapaian diraih BN yang begitu cemerlang mengejutkan pembangkang terutamanya DAP yang diharap akan memberi cabaran sebenar kepada BN khasnya di kawasan majoriti Cina. DAP yang sebelum ini mempunyai 12 kerusi bertanding di 31 kerusi, diharap dapat menambahkan suara pembangkang dalam DUN Sarawak.

Sebagai sebuah parti yang berhati-hati dan bertindak rasional, DAP diramalkan akan dapat mengekalkan 12 kerusi yang sedia ada, kalau pun tidak dapat menambah satu dua kerusi baharu. Tetapi ternyata ramalan itu meleset, sebaliknya DAP mengalami kemerosotan sokongan menyebabkan parti itu gagal mempertahankan lima kerusi yang sedia ada. DAP juga turut boleh diistyharkan kalah.

Kekalahan itu sesuatu yang tentu merujakan DAP sendiri yang bersiap sedia untuk menjadi kerajaan di Sarawak tahun 2021 seperti mana disuarakan Lim Kit Siang.

Kita tunggu bedah siasat berhubung perkara itu daripada DAP. Bagaimana pun dalam ulasan awalnya Parti itu telah memberi beberapa alasan kenapa mereka kalah. Antara faktor awal disebut ialah undi orang Cina telah kembali semula kepada BN.10 peratus undi Cina beralih kepada BN.

Selain itu peratus keluar mengundi rendah berbanding PRN lalu juga membawa kepada kekalahan itu. Pertandingan tiga penjuru atau kegagalan parti oposisi - Harapan Rakyat; PKR, Amanah dan DAP sepakat disemua kerusi membawa faktor kepada kekalahana itu. DAP juga meletakkan habuan projek oleh BN sebagai salah satu penyebabnya.

Apa disebut DAP itu mungkin benar, tetapi ia perlu kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh kenapa berlaku faktor demikian. Misalnya, kenapa 10 peratus undi Cina kembali semula kepada BN? Apakah kerana habuah projek? Rasanya orang Cina agak cerdik dan lebih memaham mengenai habuan projek pilihan raya. Mereka tidak teruja dengan habuah projek berbillion ringgit yang sudah menjadi satu kemestian pada setiap kali pilihan raya.

Bagi saya, ada beberapa sebab berkaitan mengapa undi Cina lari kepada BN dan tidak kekal dengan DAP. Antara yang boleh dirumuskan disini, orang Cina Sarawak mungkin memahami DAP tidak dapat memberi apa-apa sumbangan lebih bermakna atas kapasiti mereka sebagai pembangkang. Mereka juga munngkin mengira pilihan raya kali ini tidak memberi signifikan kepada perubahan kuasa politik Malaysia secara menyeluruh seperti mana diharapkan.

Orang Cina sudah dapat membuat perhitungan bahawa DAP tidak mampu menjadi kerajaan, apabila hanya mengetahui pengaruhnya dibeberapa kawasan tertentu sahaja. Secara umum kaum bumniputera Sarawak masih menguasai politik Sarawak. Jadi sokongan dengan harapan DAP memain peranan di Sarawak tidak begitu memberangsangkan, kecualilah berlaku perubahan di peringkat Pusat.

Atas pandangan demikian menyebabkan mungkin orang Cina berasakan tidak begitu penting dan keadaannya tidak begitu terdesak untuk mereka menyokong DAP kerana ia tidak membawa apa-apa perubahan signifikan, maka jalan terbaik bagi mereka melangsungkan politik Sarawak seperti sebelum ini dengan memberi sokongan semula kepada calon-calon Cina daripada BN dengan harapan politik Sarawak dapat ditenangkan.Mereka sangat menjaga keadaan mereka yang minoriti.

Selain daripada itu juga ketidakghiarahan orang Cina untuk menyokong DAP kali ini, ialah mereka menyedari perkembangan ataupun kedudukan dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Kecelaruan Pakatan Rakyat sehingga pakatan itu dibubarkan apabila berlaku perbalahan antara Pas dengan DAP menyebabkan mood mereka tumpul untuk terus memberi sokongan kepada pembangkang. Tidak dapat dinafikan perbalahan Pas - DAP sehingga hancurnya Pakatan Rakyat memberi kesan negatif kepada masyarakat Cina di Sarawak.

Jadi kalau Pas berharap penyertaan mereka dalam pilihan raya itu serta tindak tanduk pemimpinnya menganggu pengaruh DAP, dikira berjaya. Kenyataan Hadi Awang yang dianggap sebagai dangkal yang mana Pas tidak akan membenarkan DAP menguasai Sarawak atas alasan agama, berjaya menganggu sokongan DAP.

Mengenai kepaduan oposisi orang Cina atau pengundi atas pagar di Sarawak menilai bahawa Pakatan Rakyat, atau pakatan oposisi tidak seampuh BN. Ini menyebabkan mereka berfikir adalah merugikan masa sahaja kalau mereka memberi sokongan kepada pembangkang.

Dalam pada itu, faktor lain dan ini dikira besar, masyarakat Cina dan pengundi Sarawak melihat pembankang tidak mempunyai pemimpin yang bakal diharap yang akan memimpin pembakang seterus menjadi perdana menteri kalau pembangkang berjaya. Pemenjaaraan Anwar Ibrahim menyebabkan masyarakat Cina tidak nampak siapa yang akan menjadi pemimpin sekiranya pembankang menang. Nasib diterima Anwar turut melumpuhkan semangat mereka.

Awal-awal saya sudah membilang suasana dan senario pilihan raya Sarawak kali ini tidak semeriah dan seghairah pilihan raya umum negeri lalu apabila ia tidak disertai dua pemimpin yang menjadi sanjungan orang ramai, iaitu Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim. Nik Aziz sudah tidak ada manakala Anwar pula dikurung dalam tembok besi.

Atas faktor itu maka pengundi Cina menjadi tidak ghairah dan menyebabkan mereka tidak terdesak dan tidak menaruh harapan kepada DAP, justeru jalan terbaik ialah dengan kembali semula kepada BN. Pengembalian itu bukan bermakna akan kekal, sebab orang Cina membuat pilihan berdasarkan isu dan kepentingan-kepentingan peribadi semasa bangsa itu. Ada kemungkinan mood dan tindakan mereka akan berubah pada masa akan datang.

Adapun dakwaan DAP, kemerosotan sokongan kepadanya disebabkan habuah projek diberikan BN, menyebabkan undi Cina lari, faktor ini ini bagi saya tidak begitu besar sangat. Perkara itu bukan berlaku kali ini tetapi lama sebelum ini. Dalam pilihan raya tahun 2011, habuah projek ini juga ditabur tetapi pengundi Cina tetap tidak peduli.

Dalam pada itu isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang khasnya DAP tidak dimakan pengundi. Isu 1MDB dan keborosan Najib Razak tidak menjadi faktor penentuan undi bagi masyarakat Cina. Boleh dikatakan isu 1MDB tidak memberi bekas langsung kepada pengudian di Sarawak. Secara umumnya, tidak ada isu menarik ditawarkan DAP bersama Pakatan Harapan kali ini, dan kalau pun ada tidak sehebat pada tahun 2011.

Sebaliknya serangan ke atas pemimpin DAP, Lim Guang Eng dalam isu pembelian banglo sedikit sebanyak turut menganggu kosentrasi pengundi Sarawak kepada parti itu.

Menyimpul apa yang berlaku berdasarkan alasan dan sebab-sebab tadi, DAP atau parti pembangkang boleh meraih sokongan pengundi Cina dan pengundi atas pagar untuk masa akan datang sekiranya DAP dan oposisi dapat menyakinkan pengundi dengan mengemukakan seorang pemimpin yang boleh diharap menjadi perdana menteri seperti mana digelar kepada Anwar Ibrahim.

Dalam erti kata lain Anwar masih menjadi faktor penyumbang kepada sokongan kepada DAP dan parti pembangkang lain. Selagi pembangkang tidak dapat meletakkan nama sehebat Anwar mungkin sukar untuk pembangkang merombak kepercayaan pengundi daripada terus menyokong BN.

Pilihan Raya Sarawak Menang Tapi Kosong Bagi Najib

Shahbudin Husin
Walaupun Najib Razak berkampung hampir dua minggu di Sarawak, mengerahkan menteri-menteri turun ke negeri itu dengan mengadakan mesyuarat kabinet di sana dan pelbagai peruntukan pembangunan dicurahkan, tetapi selepas menang 72 daripada 82 kerusi, semua orang mengatakan kemenangan BN adalah disebabkan oleh kepimpinan Ketua Menterinya, Adenan Satem.

Beliau bukan saja sosok baru yang diterima baik oleh rakyat Sarawak, malah boleh dikata belum terpalit dengan apa-apa skandal setakat ini. Imejnya yang bersih itu disertakan dengan laungan "Sarawak for Sarawakians" menyebabkan sokongan kepada kepimpinannya mudah diterjemahkan dengan undi.
Dalam pilihanraya Sarawak kali ini juga tiada poster Najib dibenarkan dipasang di mana-mana, yang ada hanya gambar Adenan dan lain-lain pemimpin peringkat negeri. Tidak mustahil jika ada gambar Najib di mana-mana, jumlah kemenangan itu mungkin kurang daripada 72.

Adenan dengan tegas mengatakan beliau akan meletakkan jawatan jika UMNO dibenarkan masuk ke negeri itu. Ia jelas merupakan "tamparan ke muka" Najib dan semua pemimpin UMNO yang hadir berkempen di Sarawak.

Dengan tiada gambar Najib dan menolak keras kehadiran UMNO, Adenan tidak lain memberi isyarat kepada pengundi Sarawak bahawa pemimpin-pemimpin Semenanjung hanyalah alat dan untuk dipergunakannya saja dalam pilihanraya kali ini.

Slogan kempen yang digunakan pula "Beri Peluang Kepada Team Adenan" yang jelas bukan untuk sesiapa berkongsi saham kemenangan dengannya.

Lantaran itu tidak ada sesiapa, termasuk Salleh Said Keruak dan Abdul Rahman Rahman, yang berani mengatakan kemenangan cemerlang BN kali ini disebabkan faktor Najib.

Ditambah dengan ia turut disaluti duka berikutan tragedi helikopter terhempas yang menyebabkan enam penumbangnya terbunuh, kejayaan BN kali jelas kosong maknanya kepada Najib.

Tidak ada apa-apa yang dapat dibawa Najib daripada kemenangan di Sarawak itu untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di Semenanjung. Najib secara relatifnya tetap tenat di Semenajung berikutan isu 1MDB dan derma bilion-bilion ringgit yang diterimanya serta asakan berterusan daripada Tun Mahathir Mohamad terhadapnya.

Sokongan pengundi Cina dan bandar di Sarawak kepada BN yang menyebabkan DAP kali ini hanya mampu menang 7 kerusi berbanding 12 pada pilihanraya 2011 juga tidak terpakai untuk orang Cina di Semenanjung.

Di Sarawak, keyakinan itu selain kerana Adenan, turut disebabkan oleh SUPP, parti Cina di negeri.

Adakah pengundi Cina di Semenanjung sedia berubah selagi ada Najib atau mampukah MCA dan Gerakan memainkan peranan seperti SUPP?

Dengan awal-awal semua orang mengatakan kemenangan di Sarawak kerana faktor Adenan, Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO bukan saja terasa malu untuk menumpang kejayaan itu, bahkan akan terus bergelut dengan ketidakyakinan dan kehilangan kepercayaan daripada rakyat.