ismanusa
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ الْحَسَنِ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”.
Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk setan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]
Pusat Tipudaya Najd
Rencana ini memaparkan rancangan menjatuhkan Morsi dilakukan secara terancang bermula dari peringkat awal pengunduran Mubarak lagi. Perancangan ini dilakukan secara menyeluruh dan dilakukan oleh rangkaian perisikan Saudi dan UAE. Berbanggalah Saudi ketika ini melihat darah umat Islam sedang membasahi bumi Mesir hanya kerana mereka mahukan NUR Islam menyinari Mesir. Boleh dikatakan setiap musibah menimpa umat Islam di rantau tersebut terdapat sumbangan yang besar dilakukan oleh Saudi.
Pada 22 April 2011, Putera mahkota Mohammed bin Zayed telah membawa ketua perisikan dan keselamatannya bertemu dengan Raja Abdullah Arab Saudi bagi membincangkan kesan yang mengancam mereka akibat kebangkitan arab. Bin Zayed memberi amaran melainkan negara Kesatuan Negara-Negara Teluk (GCC) merangka polisi yang proaktif bagi membendung gelombang kebangkitan arab diseluruh arab pada ketika itu, kalau yidak dilakukan sesuatu semua kerajaan beraja arab akan jatuh. Tiga minggu kemudian dalam satu sidang kemuncak di Riyadh dia menyampaikan seruan yang sama terhadap ketua-ketua kerajaan negara GCC. Hanya Qatar mempunyai pandangan berbeza tetapi semua lima negara lain bersetuju. Bin Zayed dan Putera Bandar bin Sultan, ketua perisikan Saudi, menjalankan tugas untuk merangka rancangan yang berkesan bagi menghadapi fenomena Arab Spring dalam wilayah tersebut. Seterusnya Raja Abdullah mendapatkan persetujuan Raja Abdullah II untuk bersama-sama menjayakan rancangan tersebut manakala Qatar telah dikeluarkan dari kumpulan tersebut.
Selama berdekad, UAE amat rapat dengan Mubarak dan juga kroninya. Sudah berbilion dolar hasil negara yang di songlap dimasukkan kedalam bank-bank di Abu Dhabi dan Dubai. Selepas kejatuhan Mubarak, ramai pegawai keselamatan dan ahli perniagaan yang korup secara diam-diam meninggalkan Mesir dan berpindah ke UAE. Bila Perdana Menteri terakhir Mubarak, Ahmad Shafiq kalah dalam pilihanraya presiden pada June 2012, dia juga melarikan diri ke UAE. Pada penghujung 2012, semakin jelas UAE menjadi tempat perancangan rangkaian bagi menggulingkan Morsi dan Ikhwan.
Selang beberapa minggu selepas pembentukan kerajaan baru, penyokong-penyokong Shafiq dan jurucakap partinya Mohammad Abu Hamid, mengumumkan pada 21 August 2012 tentang senarai 15 tuntutan sebagai matlamat untuk menjatuhkan " Kerajaan Ikhwan". Dia memberi amaran tentang "Ikhwanisation" terhadap negara, iaitu perlantikan anggota ikhwan memegang jawatan penting negara, menyalahkan mereka atas kelemahan menyediakan keperluan asas terhadap rakyat. Abu Hamid seterusnya menyeru diadakan bantahan besar-besaran di Dataran Tahrir dengan tuduhan Morsi tamak kuasa, kuasa diktator, dan mencampuri badan kehakiman, lama sebelum presiden melakukan pindaan perlembagaan yang tidak dapat dilaksanakan tiga bulan kemudian. Dia juga menuntut pengharaman Ikhwan dan parti politik naungannya, menuntut penangkapan pemimpinnya yang dituduh khianat. Semua tuntutannya itu kemudiannya menjadi isu yang dibawa oleh semua parti pembangkang dan media-media yang anti-Morsi.
Walaupun Morsi memegang kuasa dalam negara dan berjaya membersarakan kebanyakan general-general yang berpangkat tinggi pada awal Ogos, tetapi bidang kuasanya masih sedikit. Beliau tidak dapat menyingkirkan semua pengaruh Mubarak yang telah berakar umbi dalam pusat kekuasaannya, seperti pasukan tentera, pasukan perisik, badan-badan keselamatan dan juga pihak polis. Beliau diperdayakan bahawa mereka boleh bekerjasama dan boleh diberikan kepercayaan. Padahal badan-badan ini bersama dengan badan kehakiman, media-media sekular awam dan swasta, kebanyakan birokrasi hanya untuk kepentingan "golongan tertentu", adalah jaringan rangkaian korupsi yang telah wujud sejak berdekad lalu dan diberikan hak istimewa tertanam didalam segenap institusi negara.
Saki-baki rejim Mubarak dan ahli perniagaan yang korup telah bergabung dan menyelinap dalam segenap badan tersebut. Manakala parti sekular yang telah berserakan telah bergabung buat pertama kali dan membentuk pergerakan yang dinamakan National Salvation Front (NSF) selepas Morsi mengumumkan perlembagaan baru pada hujung November. Gabungan itu disetai oleh hampir kesemua calun presiden yang tewas dan beberapa parti sekular. Gabungan tersebut jika dikira jumlah undi dalam pilihanraya parlimen memperolehi tidak lebih dari 25% undi sahaja. Ketuanya termasuklah Amr Moussa, Hamdein Sabbahi, Elsayed AlBadawi, Mohammad Abul Ghar, dan billionaire Naquib Sawiris. Gabungan NSF telah memilih bekas ketua IAEA, Mohammed ElBaradei sebagai jurucakapnya.
Saudi Rancang pembunuhan Morsi
Pada November 2012, Putera Bandar telah membentangkan dua rancangan terperinci kepada Amerika melalui CIA. Plan A ialah rancangan segera untuk menjatuhkan Morsi dalam awal Desember manakala Plan B merupakan rancangan jangka panjang yang melibatkan dua peringkat. Peringkat pertama ia menjalankan beberapa siri tunjuk perasaan bantahan yang akan mendorong penyingkiran Morsi, manakala peringkat kedua ialah menyatukan semua parti pembangkang bagi membentuk satu gabungan bagi menewaskan Ikhwan jika rancangan peringkat pertama gagal. CIA yang telah dimaklumi sepenuhnya tentang rancangan ini tidak menyatakan samada untuk menyokong atau membantah kerana dasar pentadbiran Obama yang bersikap talam dua muka, juga sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan Morsi.
Rancangan untuk menggulingkan Ikhwan dibuat supaya pembunuhan Morsi dilakukan di kediamannya pada 5 Disember lalu. Walau bagaimanapun ia didedahkan oleh pengawal presiden peringkat pertengahan yang setia dalam beberapa jam saja ia hendak dilaksanakan. Dengan bantuan Ikhwan, Morsi berjaya menggagalkan rancangan tersebut, walaupun begitu beliau enggan mendedahkannya kepada umum atau berbincang mengenainya.
Pada Mac 2013, ketua NSF telah bertemu dengan Shafiq dan Bin Zayed di UAE. Mereka semua telah bersetuju bahawa satu-satunya cara untuk menyingkirkan Morsi dan Ikhwan dari tampuk kekuasaan ialah dengan menggangu pemerintahannnya dan menggugat kestabilan dalaman negara dan mempengaruhi kuasa barat, terutamanya US, UK, Perancis dan Jerman, untuk menyokong rampasan kuasa oleh tentera. Mengikut lapuran WSJ, beberapa pertemuan telah diadakan di Pengkalan Tentera Laut melibatkan pemimpin kanan tentera dan semua tali barut Mubarak.
Rancangan semakin rancak
Semasa pihak pembangkang berbelah-bagi untuk menyertai pilihanraya parlimen yang akan diadakan, Ikhwan dan pakatan parti-parti Islam yang bersamanya sedang bersiap-sedia menghadapai pertandingan yang akan diadakan. Manakala itu banyak kumpulan belia dan revolusi , yang memulakan kebangkitan 2011 sangat kecewa dengan keadaan politik semasa, kerajaan yang tidak memenuhi tuntutan mereka dan parti pembangkang yang tidak berkesan. Secara tiba-tiba muncul satu gerakan belia yang baru pada hujung April 2013. Gerakan yang tidak mempunyai pemimpin yang jelas itu menggelarkan gerakan mereka Tamarrud atau Pemberontak. Mereka menyatakan tujuan mereka ialah untuk mendapatkan tandatangan sebanyak 15juta dari rakyat, iaitu lebih sejuta dari undi yang diterima oleh Morsi dalam pilihanraya presiden bagi menuntut diadakan pilihanraya presiden lebih awal.
Kumpulan pembangkang dengan serta-merta bersekongkol dengan Tamarrud dan menjanjikan bantuan bagi mencapai matlamat mereka. Ahli perniagaan billionaire dan penentang kuat Ikhwan, Sawiris mendakwa pada awal Julai bahawa dia telah menghabiskan berjuta-juta dolar dalam bentuk propaganda dan sokongan terhadap kumpulan tersebut. Tambahan pula bantuan sepenuhnya dari segi kemudahan dan kelengkapan diberikan oleh NDP, bekas parti politik Mubarak. Kebanyakan juga bekas-bekas pegawainya mengetuai usaha menyediakan sumber kelengkapan dalam mendapatkan tandatangan di seluruh Mesir. Manakala rangkaian media swasta menjalankan kempen fitnah melampau terhadap Morsi dan Ikhwan. Selama beberapa bulan, lebih dari sedozen rangkaian satelit menumpukan usaha memperlekehkan Morsi dan kumpulannya. Mereka dipersalahkan untuk setiap jenayah yang berlaku dan setiap masalah yang dihadapi oleh negara tersebut. Masa itu walaupun dalam media awam sepatutnya berkecuali telah turut serta melancarkan propaganda tersebut. Stesen rangkaian satelit yang di biayai oleh Saudi, berpejabat di UAE, al-Arabiyya yang turut menjalankan kempen propaganda tersebut dengan giatnya mempromosikan segala kegiatan Tamarrud dan menampilkan golongan penentang. Terjadi satu ketika ketika seorang tetamu terkenal dengan secara tidak sengaja dirakamkan ketika memegang kertas dengan jawapan disediakan ketika dia sedang menemuramah jurucakap Tamarrud.
Tetapi Ikhwan bukan saja tidak cukup sedia menghadapi perang propoganda ini, tetapi ia juga memandang ringan terhadap ancaman tersebut. Walaupun apabila pakatan parti Islamnya telah memberi amaran terhadap pimpinan Ikhwan kemungkinan besar berlakunya rampasan kuasa seminggu sebelum Morsi digulingkan, tetapi diketepikan dengan jawapan berikut," Mereka (pembangkang) sebelum ini telah mengadakan 25 kali tunjuk perasaan, dan yang kali ini menjadi yang ke 26."
Terdapat dua faktor utama kenapa Morsi dan ikhwan tidak bimbang tentang tunjuk perasaan yang akan dijalankan. Pertamanya, ketua tentera Gen. Abdel Fattah Sisi beberapa kali memberi jaminan kepada Morsi bahawa tentera tidak akan menggulingkan kerajaan dan akan tetap berpegang kepada proses demokratik. Walaupun pada masa Sisi mengeluarkan kenyataan mendesak diadakan kompromi seminggu sebelum tarikh malang 30 Jun, dia beritahu presiden supaya jangan bimbang dan dia terpaksa mengeluarkan amaran tersebut hanya untuk mengabui beberapa general tentera sahaja. Faktor yang kedua ialah Morsi dan Ikhwan beberapa kali diberi jaminan oleh duta US Anne Patterson bahawa US tidak akan menyokong sebarang usaha pihak tentera untuk menggulingkan presiden yang dipilih secara demokrasi.
Tipudaya
Menjelang pertengahan Jun, gerak kerja mereka telah berjalan sepenuhnya.Mereka menggerakkan professor dan ahli akademik terkenal daripada pihak penentang Waheed Abdelmagid dan Hassan Naf'ah, begitu juga professor undang-undang seperti Noor Farahat dan Husam Issa, mereka mendesak di seluruh rangkaian television bagi diadakan pilihanraya presiden yang awal, mencanangkan merupakan satu cara yang diterima dalam sistem demokrasi dan juga telah dilakukan dibeberapa negara termasuklah US semasa presiden Nixon meletak jawatan. Tetapi mereka menampak ketidak jujuran apabila tidak menjelaskan fakta sebenar dalam contoh yang mereka bawa, seperti Nixon yang meletak jawatan ketika dipanggil untuk membela diri dihadapan kongress. Digantikan oleh timbalannya, Gerald Ford sebagai presiden, tanpa pilihanraya yang awal.
Tidak dapat bertahan lagi: terputusnya bekalan elektrik dan kekurangan bahan api
Sepanjang bulan Jun serangan bertali arus oleh media terhadap kerajaan Morsi bukan sahaja sentiasa menyalahkannya atas masalah yang dihadapi oleh masyarakat Mesir, tetapi menumpukan terhadap tiga masalah yang sengaja diadakan; masalah tahap keselamatan semakin lemah, kerap terputus bekalan kuasa yang memakan masa berjam-jam bukan sahaja menjejaskan penduduk tetapi juga kawasan industri, dan begitu juga kekurangan bekalan minyak, menyebabkan barisan yang panjang di setiap stesen minyak.
Mesir mempunyai 2480 stesen minyak, sebanyak 400 buah dikendalikan oleh kerajaan. Dan selebihnya 2000 stesen di miliki swasta oleh ahli perniagaan yang diberikan lesen ketika era Mubarak kerana mereka sangat rapat dengan rejim itu dan sangat setia. Kerajaan Morsi telah memastikan setiap stesen menerima bahagian masing-masing dan tiada alasan keputusan bekalan. Bahkan, beberapa hari sebelum digulingkan Morsi telah memberi amaran kepada stesen-stesen minyak akan membatalkan lesen mereka jika mereka enggan membekalkan minyak kepada pelanggan. Khalid Al-Shami seorang aktivis belia yang telah bersama penentang hinggalah semasa rampasan kuasa tentera, telah mendedahkan rancangan tersebut apabila dihadapan umum bahawa sejumlah pemilik stesen minyak swasta bersekongkol mengadakan krisis kekurangan bekalan minyak bagi membuat rakyat awam marah terhadap Morsi. Bukti paling jelas bahawa masalah kekurangan minyak di Mesir adalah dibuat-buat ialah ia telah selesai semalaman sahaja. Sebaik saja Morsi digulingkan bekalan minyak serta-merta pulih sediakala.
Begitu juga dengan masalah keselamatan dan terputus bekalan elektrik, wujudnya konspirasi jelas ketara. Pasukan polis yang enggan melindungi kawasan penduduk semasa pemerintahan Morsi telah kembali bertugas sepenuhnya. Penjenayah dan samseng yang mengganas terhadap penduduk telah dapat dikawal oleh pihak keselamatan yang sama era Mubarak kecuali dikawasan dimana penyokong Morsi buat tunjuk perasaan. Bekalan elektrik yang sentiasa terputus berjam-jam setiap hari telah pulih dalam semalaman saja. Misteri dalam dua masalah yang amat sukar untuk diselesaikan ini akhirnya terjawab minggu ini. Dalam seramai 35 orang anggota kabinet yang dipilih oleh tentera, 8 telah dikekalkan termasuklah Menteri Dalam Negeri yang menjaga keselamatan dan Menteri Tenaga Elektrik. Orang menjangkakan menteri yang pertama dipecat oleh kerajaan yang menggulingkan kuasa ialah yang selama ini banyak mendapat aduan awam tentang ketidak cekapan mereka. Pihak pembangkang selama ini yang menyeru supaya menteri tersebut sebelum ini dipecat, sekarang ini pula menyanjung mereka dan menyokong mereka dikekalkan. Pendek kata, ramai pegawai khidmat awam yang menyatakan setia kepada presiden sebenarnya selama ini mengkhianati pentadbirannya dari dalam.
Putar belit Nombor: Pembohongan yang berulang-ulang akhirnya orang percaya
Pada minggu kedua Jun, Tamarrud mengumumkan telah mendapatkan tandatangan lebih dari 10 juta hanya dalam masa enam minggu. sepuluh hari kemudian jumlah itu telah meningkat mendadak kepada 22 juta tandatangan. Tidak lama selepas itu, jurucakap Tamarrud Mahmoud Badr telah mengumumkan menukar matlamat demonstrasi 30 Jun. Tidak lagi meminta supaya diadakan pilihanraya awal, tetapi mendesak supaya digulingkan Morsi, menggantikan dengan ketua SCC, menggantung perlembagaan, mengharamkan Ikhwan dan bicarakan pemimpinnya. Dalam beberapa hari tersebut media sentiasa mencanangkan propaganda hinggalah sampai hari kejadian.
Pada 30 Jun, setiap watak tahu peranan masing-masing. Sehingga tiba waktu tengahari Tamarrud mengumumkan jumlah bantahan jalanan telah mencapai lebih dari 10 juta orang. Kemudiaannya meningkat 14 kemudian 17 kemudiannya 22 juta. Seterusnya pihak media mendakwa seramai 33 juta orang telah menyertai bantahan tersebut. Kapalterbang tentera terbang dengan formasi menghiburkan peserta dilangit atas dataran Tahir sambil menggugurkan bendera Mesir dan air minuman, sambil membentuk simbul hati untuk menunjukkan sokongan terhadap peserta demonstrasi. Pihak tentera juga menyediakan kelengkapan helikopter kepada Khalid Yousef, pengarah filem terkenal yang kuat menyokong penentang dan amat memusuhi Ikhwan. Yousef telah merakamkan demonstrasi tersebut dan menghasilkan sebuah filem yang terus di segenap rangkaian televesion di seluruh Mesir. Dalam beberapa jam sahaja, setiap media mendakwa jumlah peserta bantahan mencecah sepuluh juta dengan peserta di Dataran Tahrir sahaja mencapai antara 5 atau 8 juta. Pada hari rampasan kuasa, pertunjukan bunga api, cahaya laser dan festival diadakan dengan meriahnya.
Kawasan Dataran Tahrir hanyalah seluas 12.3 ekar. Amjad Almonzer, seorang jurutera komunikasi dan Pakar Google Earth, secara terperinci telah membuktikan: walaupun segenap ceruk Dataran Tahrir dikira, keluasannya tidak melebihi 25 ekar. Walaupun dalam setiap meter persegi dikira seramai empat orang dan semua bangunan disekitarnya dianggap lapang, itupun tidak akan melebihi seramai 400 ribu orang pada hari tersebut. jika seramai jumlah 5-6 juta seperti digemburkan oleh penyokong tentera hendak dipertimbangkan, ini bermakna ini bermakna terdapat 50-60 orang dalam setiap meter persegi (5-6 per sq. ft.), jelas amat mustahil. Walaupun terdapat sejuta orang memenuhi setiap ceruk di Dataran Tahrir dan semua kawasan sekitar, ini akan menjadikan 10 orang per meter persegi, juga mustahil. Hatta pihak BBC pun mempersoalkan jumlah tersebut.
Oleh itu paling ramaipun terdapat kurang dari setengah juta orang di Dataran Tahrir pada hari kemuncak demonstrasi dan kemungkinannya terdapat jumlah yang sama dilain-lain tempat di Mesir. Oleh itu jelas, hasrat pengundi Mesir yang inginkan perubahan yang lebih Islamik telah dikorbankan apabila hanya sejuta atau dua juta penunjuk perasaan membantah dalam masa sehari dua.
Tiada Rahsia Lagi: Media anti-Morsi Ceritakan Segala-galanya
Walaupun pada saat tidak ada seorangpun penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Okaz, surat khabar harian di Saudi telah menyiarkan terlebih dulu senario secara terperinci yang hanya terlerai tiga hari kemudian apabila tentera merampas kuasa. Hari berikutnya, akhbar al-Ahram, akhbar rasmi Mesir dan mempunyai edaran terbesar, telah menyiarkan berita utama ' Samada Letak Jawatan atau Digulingkan". Lapuran itu telah meramalkan butiran terperinci yang menggerunkan bagaimanakah perkara tersebuut akan terjadi, termasuklah katadua oleh tentera, penggulingan Morsi, penangkapan pemimpin Ikhwan dan penggantungan perlembagaan. Pada 3 Julai menjelang malam, Gen. Sisi mengumumkan penggulingan Morsi, penggantungan perlembagaan dan bermulanya pelan halatuju politik. sebenarnya ia adalah pelan yang sama yang telah diumumkan oleh Morsi, dan ditentang oleh pembangkang. Perbezaan hanyalah dia telah digulingkan.
Harapan Hanyalah Kepada Pertolongan Allah
مَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّـهِ الْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَىٰ إِلَى الْإِسْلَامِ ۚوَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿٧﴾ يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya.(QS. Ash-Shaff [61] : 7-8)
"Ya Allah kami memohon pertolongan Mu untuk saudara-saudara kami yang tertindas oleh golongan yang membenci Nur Islam, Ya Allah Engkau keringkanlah telaga-telaga minyak mereka kerana keangkuhan mereka memadamkan cahaya Mu ya Allah, Minyak yang Engkau kurniakan bukan mereka gunakan untuk menerangi bumi ini dengan Nur Islam ya Allah tetapi untuk menindas orang-orang yang beriman ya Allah, Ya Allah engkau tenggelamkanlah mereka dipadang pasir al-Baida ya Allah bersama-sama kekayaan mereka ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
petunjukzaman