"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Perubatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perubatan. Papar semua catatan

“Saya Tidak Mahu Tulang Belakang Anak Saya Ditebuk!” – Dr. Alya Hamzah

Tranungkite
Pengenalan
Respon di atas kadang kala kedengaran di hospital tempatan apabila doktor yang merawat seorang kanak – kanak mengemukakan cadangan kepada ibubapa atau penjaga mengenai keperluan untuk mendapatkan sampel air tulang belakang. Walaupun kemodenan telah meresapi segenap aspek kehidupan masyarakat kita, namun sesetengah persepsi agak sukar diubah mengenai sesuatu perkara. Antaranya adalah prosedur mengambil air tulang belakang atau ‘lumbar puncture’ (LP). Adalah diharap dengan artikel ini, persoalan dan kekeliruan tentang prosedur tersebut dapat terlerai.

Apakah air tulang belakang?

Sebelum kita mengupas subjek ini, mari kita mengenali dahulu anatomi badan yang terbabit.

Otak dan saraf tunjang merupakan organ yang ‘tersimpan’ dalam susunan yang sangat rapi. Kedua duanya diselaputi sejenis tisu yang dipanggil ‘meninges’. Otak terletak di dalam struktur tengkorak yag utuh. Saraf tunjang pula, rangkaian tisu yang bermula daripada bahagian bawah otak, mengunjur kearah bawah badan di dalam perlindungan tulang belakang yang dekenali sebagai tulang vertebra (vertebrae).Tulang belakang atau tulang vertebra ini agak unik kerana ia tidak bersambung seperti sebatang tiang contohnya, namun ia berupa ‘bongkah – bongkah’ kecil yang tersusun rapi di atas satu sama lain. Tulang tulang vertebra ini bersambung antara satu sama lain dengan struktur yang dikenali sebagai ‘spinal disc’ yang memainkan peranan menyerap sebarang impak dalam manusia menjalani aktiviti kehidupan seharian.

Otak dan saraf tunjang ini sentiasa dibasahi cecair yang dikenali sebagai air tulang belakang atau ‘Cerebrospinal Fluid ‘ (CSF). Air tulang belakang atau CSF dihasilkan di dalam otak sepanjang masa. CSF yang dihasilkan melalui sistem saluran khas di dalam otak turun membasahi rangkaian saraf tunjang. Air yang terkumpul di bahagian bawah di sekitar saraf tunjang tersebut akan diresap kembali untuk dikembalikan kepada otak di mana proses penghasilan CSF ini bermula lagi. Antara fungsi CSF adalah melindungi otak dan saraf tunjang daripada hentakan kepada dinding tengkorak dan juga tulang vertebra yang keras.

Apakah prosedur ini sebenarnya?

Prosedur ‘lumbar puncture’ merupakan proses untuk mendapat akses kepada CSF atau ruang dimana tersimpannya cecair tersebut. Setelah akses ini diperolehi, pelbagai tujuan dapat dicapai bergantung kepada situasi klinikal yang dihadapi. Seperti yang diterangkan di atas, bahagian otak dan saraf tunjang tersimpan dalam keadaan yang sangat rapi. Ia adalah sangat sukar bagi doktor yang merawat untuk melakukan evaluasi terhadap sistem saraf tersebut apabila seseorang pesakit disyaki menghadapi sebarang masalah berkaitan. Kelebihan memperolehi akses kepada CSF atau ‘ruang’ itu tadi , doktor dapat menjalankan evaluasi dan siasatan yang lebih terperinci agar diagnosis yang tepat dan rawatan yang paling sesuai dapat diberikan.
Source: www.cancerresearchuk.org
Source: www.cancerresearchuk.org

Mengapakah prosedur in dilakukan?

Dalam pesakit kanak kanak, antara indikasi utama utntuk melakukan LP adalah apabila anak itu disyaki menghidapi radang otak akibat draipada jangkitan. Ini kerana ujian lain seperti sampel darah dan ujian ‘scan’ pada otak sahaja tidak memadai untuk mencapai diagnosis yang tepat.

Tambahan pula, kadang kala kanak-kanak yang menghidapi jangkitan otak tidak menunjukkan tanda- tanda ‘klasik’ atau biasa jangkitan tersebut. Ini menyukarkan para doktor untuk membuat diagnosis.

Dengan adanya CSF, analisis terperinci dapat dibuat agar rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah tepat dan terbaik. Sekiranya sampel ini tidak diperolehi, rawatan akan diteruskan juga mengikut ‘bukti-bukti’ klinikal yang sedia ada. Namun, kehadiran organisma yang menyebabkan jangkitan tidak akan dapat dibuktikan. Kesukaran akan timbul sekiranya kanak- kanak tersebut tidak menunjukkan tindak balas yang baik terhadap rawatan awal. Ini akan merumitkan rawatan seterusnya kerana doktor tidak mempunyai ‘bukti’ utuh untuk memandukan pelan rawatan ke atas pesakit.

‘Lumbar puncture’ juga boleh dilakukan untuk memberi ubat – ubatan ataupun untuk mengurangkan tekanan di dalam ruang otak dalam kes- kes terpilih.

Bagaimanakah prosedur ini dijalankan?

Prosedur ini selalunya memakan masa dalam 20 hingga 30 minit. Bergantung kepada keaadan pesakit, ubat pelali mungkin diberi ataupun tidak. Tiada persiapan khas yang diperlukan untuk pesakit. Prosedur ini dilakukan dalam keadaan steril dan menggunakan sebatang jarum khas.

Sebelum itu, ubat untuk mengurangkan sakit akan diberikan dalam bentuk krim pada kawasan tulang belakang. Ubat tahan sakit berbentuk suntikan kadang kala diberikan bergantung kepada usia dan keadaan klinikal. Doktor akan memilih kawasan yang hendak dicucuk iaitu di antara tulang-tulang vertebra dan di kawasan yang jauh daripada rangkaian saraf tunjang. Jarum ini kemudiannya dimasukkan ke kawasan yang telah dipilih. Air tulang belakang akan keluar melalui jarum dan dikumpul untuk analisis. Hanya beberapa titis shaja yang diperlukan untuk analisa.

Setelah itu , jarum akan dikeluarkan dan kawasan tersebut akan ditutupi dengan ‘pressure dressing’ untuk beberapa ketika untuk memastikam tiada pendarahan atau pembocoran air tulang belakang.

Apakah komplikasi yang boleh berlaku?

Dalam kanak-kanak yang didapati sesuai untuk menjalani prosedur LP, komplikasi yang boleh terjadi adalah perasaan sakit dibahagian yang dicucuk untuk beberapa jam. Ada juga sesetengah anak -anak yang akan mengadu pening kepala tetapi kedua-dua keadaan ini adalah sementara dan pesakit akan dinasihatkan untuk baring atau berehat untuk beberapa jam dan juga untuk meningkatkan pengambilan air.

Oleh kerana tempat dimana jarum tersebut dimasukkan adalah jauh daripada saraf tunjang, isu pesakit menjadi lumpuh tidak timbul. Tulang belakang atau vertebra juga tidak dicederakan memandangkan kawasan yang dicucuk adalah ‘ruang’ di antara tulang tersebut.

Air tulang belakang yang diambil akan ‘diganti’ semula oleh otak kerana seperti yang diterangkan, proses penghasilan CSF adalah suatu proses yang berterusan.

Komplikasi lain yang boleh timbul adalah radang atau jangkitan di kawasan yang dicucuk tetapi ini sangat jarang berlaku kerana prosedur in dilakukan dalam keadaan steril oleh doktor yang terlatih.
Source: www.diagnosisms.com
Source: www.diagnosisms.com

Adakah prosedur in selamat ?

Dalam kes-kes yang telah ditentukan sesuai oleh Doktor yang merawat, prosedur LP adalah satu prosedur yang selamat. LP sangat penting dalam membantu penyiasatan penyakit berkaitan dengan otak dan saraf tunjang serta penyakit-penyakit tertentu yang lain. Adalah normal untuk ibu bapa merasa risau apabila doktor mengesyorkan prosedur tersebut dan staf yang terlbat seharusnya sensitif dengan perasan ibubapa. Namun kedua-dua pihak ibubapa dan doktor yang merawat bolehlah saling berbincang agar sebarang keraguan dan persoalan dapat ditangani dengan cara yang terbaik.

Dr. Alya Hamzah merupakan pegawai perubatan paediatrik yang kini bertugas di Sabah. Beliau amat mementingkan pendidikan pesakit dan keluarga pesakit dalam memastikan rawatan yang diberikan adalah optimum. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan:

Mengapa Kram, Kejang Otot Malam Hari dan Cara Mencegahnya

ORANG MUO
Kram ata kejang di betis atau kaki pastinya sangat menyakitkan. Kram kaki pada malam hari boleh berlaku kepada semua usia, terutamanya bagi wanita selama kehamilan, dan pada orang tua.

Bagi kalangan muda, kram terjadi kerana disebabkan rendahnya kadar natrium dalam darah. Kram terjadi akibat pepeluhan setelah selesai bersukan ketika cuaca panas atau sedikitnya kadar garam dalam diet (pola makan).

Penyebab lainnya ialah apabila berlaku perubahan dan sirkulasi darah pada saraf kaki juga berkaitan dengan kram.

Kram disebabkan oleh kejang otot ketika serat otot berkontraksi atau menyusut. Penyakit tiroid dan diabetes juga mungkin memicu kram.

Walaupun menyakitkan, kram malam tidak berbahaya seperti kram lengan, leher atau bahu yang biasanya karena postur tidur yang salah.

Cara yang paling efektif untuk mengatasi kram malam adalah dengan mencegahnya terjadi.

Sebelum tidur lakukanlah peregangan otot betis. Mandi hangat sebelum peregangan juga merupakan ide yang baik keran ini membantu meningkatkan aliran darah ke otot-otot dan menghentikan peregangan yang memicu kram.

Minum 'tonic water' sebelum tidur juga dianjurkan. Untuk membantu meredakan rasa sakit ketika kram, sangga kaki dengan bantal dan berbaringlah. Beri urutan ringan selama beberapa minit.

Kram bisa terjadi kerana ketidakseimbangan elektrolit - magnesium, kalsium dan kalium - dalam tubuh atau kerana kekurangan vitamin E.

Berikut pengambilan makanan harian yang disarankan:
1. Untuk meningkatkan kadar magnesium, cuba tambahkan dalam makanan harian anda tahu, kacang-kacangan, kentang dan oatmeal.

2. Kurangnya kalsium juga memperburuk kram malam. Sukatan yang disarankan untuk orang dewasa adalah 700mg per hari.

Ini kira-kira 200 ml susu, satu botol kecil yoghurt atau sepotong kecil keju. Sumber kalsium nondairy termasuk sayuran berdaun hijau, ikan bertulang kecil seperti sardin, jus limau atau oren, sereal dankekacang.

3. Untuk meningkatkan tahap kalium anda, makan pisang, kacang-kacangan, bawang putih dan bawang merah, dan buah-buahan serta sayuran. Pastikan diet anda kaya akan vitamin E termasuk minyak sayuran, kacang, biji-bijian, alpukat dan ubi jalar.

Selain itu, senaman ringan teratur, seperti berjalan kaki juga akan membantu memperpanjang otot. Sempatkanlah "bergerak" saat waktu luang anda.
Sumber : LINK

Petua Merawat Penyakit Resdung

matuse68

* Ambil limau nipis 8 biji.

* Daun pndan 10 helai, hiris halus mcm bunga rampai
* Perah limau nipis. Gaulkan smpai sebati.
* Chemical akan terbentuk. Sapu di muka. Kalau sesuai.

* Dalam masa 5 minit ulat resdung akan keluar melalui kulit muka. Ianya akan banyak keluar melalui kening.
* Tarik keluar ulat resdung tersebut
* Buat 3 kali seminggu.
* Sesuai dilakukan antara jam 10am-3 ptg. Di katakan bahawa virus aktif ketika waktu tersebut.
* Tekapkan kain hitam pada muka kerana ulat akan melekat pada kain hitam dan mudah untuk dilihat.

Mudah-mudahan, sekiranya petua ini sesuai dengan anda, amalkanlah agar kita dapat hidup sihat sehingga ke akhir hayat. Amiin..

"Share"kan, agar ianya dapat dimanfaatkan bersama. - Apa Apa Jer

BONGKAR!!! Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat [MESTI BACA...]

matuse68
Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat
Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

Sakit lutut: Alternatif lutut sendi besi

PROF MADYA DR NIZAR ABD JALIL
Alternatif lutut sendi besi
Assalamualaikum Prof Nizar,

Saya sering mengikuti artikel Prof dalam akhbar Sinar Harian. Saya amat tertarik dengan pelbagai rawatan sakit kronik terkini yang mampu mengembalikan kehidupan kepada pesakit. Bagi saya ini satu rahmat besar kepada semua pesakit kronik yang lama menderita kerana kebanyakan rawatan moden dan alternatif sebelum ini kurang menyerlah keberkesanannya.

Begini, bapa saya seorang pesara tentera berumur 75 tahun. Beliau mengidap sakit lutut dan tidak mampu berjalan jauh kerana menanggung kesakitan.

Dalam rumah beliau boleh berjalan hanya dengan menggunakan tongkat. Bila bangun pagi beliau tidak boleh berdiri dan berjalan sendiri kerana lutut menjadi kaku dan sakit. Malah beliau perlu dipapah untuk ke bilik air. Beliau sudah lama bersolat sambil duduk di kerusi.

Beliau tidak boleh bertinggung untuk buang air besar kerana pasti mengalami kesukaran berdiri semula.

Selain itu lututnya sentiasa berbunyi ‘klik’ apabila cuba digerakkan.

Ubat tahan sakit seperti ponstan dan celebrex sudah macam tidak berkesan lagi.

Saya merujuk bapa saya kepada seorang doktor pakar ortopedik, beliau kata bapa saya mengidap penyakit osteoarthritis (OA).

Doktor mencadangkan rawatan pembedahan menggantikan kedua-dua sendi lutut dengan sendi besi (total knee replacement) tapi bapa saya menolak.

Saya tertarik dengan rawatan suntikan radiofrequency yang mampu menyelesaikan hampir kesemua jenis kesakitan kronik.

Soalan saya, bolehkah kaedah suntikan ini membantu sakit lutut yang berpunca daripada OA?

Johari Muhammad, Shah Alam, Selangor.

Jawapan Prof Nizar:

Sakit lutut dalam kalangan orang berusia dinamakan osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan oleh proses penuaan yang berlaku dalam sendi. Apa yang berlaku ialah permukaan rawan sendi menipis dan cecair sinovial (pelincir) dalam sendi juga berkurangan.Ruang sendi secara tidak langsung menjadi kecil di samping terdapat tulang baru yang tumbuh di kelilingnya.

Akibat semua perubahan ini pergerakan pada sendi akan menyebabkan geseran kasar dan menyakitkan.

Pada peringkat awal proses ini akan menimbulkan tindak balas inflamasi / keradangan, itu menjawab kenapa pada peringkat awal ubat than sakit seperti ponstan dan celebrex dapat melegakan sakit.

Tapi lama kelamaan proses artritis ini akan bertukar kepada proses degenerative iaitu satu bentuk proses penuaan. Maka tidak hairanlah ubat tahan sakit tidak lagi berkesan. Ubat yang sesuai pada peringkat ini ialah ubat yang bertindak terus pada pusat sensori saraf pusat (otak) seperti paracetamol, tramadol, ultracet dan oxycontin.

Semua sakit artritis cenderung untuk berbunyi ‘klik’ kerana geseran kasar sendi tadi dan juga daripada ligamen dan tendon otot yang mengalami beberapa perubahan degenerative pada masa sama.

Semua sakit sendi akan memberi gejala kaku / ketat sendi bila lama berehat seperti baru bangun tidur atau lama menonton TV. Jadi pantang larang untuk orang sakit sendi ialah jangan berehat lama.

Sendi perlu terus digerakkan. Rawatan radiofrequency (RF) untuk sakit lutut OA baru saja diperkenalkan setahun lalu. Penemuan besar ini telah memberi rahmat kepada pengidap sakit lutut seperti bapa anda.

Fokus utama rawatan RF ini ialah mengurangkan rasa sakit dalam lutut dengan ‘melemahkan’ saraf kecil yang mensarafi permukaan lutut.

Apa yang menariknya ialah, suntikan dilakukan di luar lutut bukan dalam lutut. Rawatan ini akan lebih berkesan jika suntikan cecair pelincir lutut (monovisc) turut dilakukan.

Jadi matlamat rawatan yang sempurna ialah dua dalam satu; mengurangkan sakit sendi lutut dan melincinkan pergerakan sendi lutut.

Kejayaannya boleh mencapai 80 peratus terutama bagi pesakit yang tidak mempunyai masalah lebihan berat badan.

Jelas sekali dengan kepakaran baru ini pembedahan sendi lutut boleh dielakkan. Pembedahan bukannya jalan terakhir untuk pesakit OA lutut yang kronik.

Walau bagaimanapun kaedah RF ini hanya sesuai untuk sakit lutut yang belum lagi timbul kecacatan (deformity) seperti lutut yang sudah bengkok.

Di Malaysia pakar sakit kronik (pain specialist) yang dapat melakukan suntikan RF ini amat terhad bilangannya.

Buah Mahkota Dewa mampu merawat Kanser, Diabetis, Darah Tinggi dan lain-lain penyakit

Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenal juga dengan nama simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua dan sudah terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, berbagai macam penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema).Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun.


Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.

Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).

Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.

Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,
mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.
Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa
1. Kanser & Tumor
2. Eksim (Penyakit Kulit)
3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4. Hipertansi (Darah Tinggi)
5. Hepatitis (Radang Hati)
6. Reumatik (Sakit Sendi)
7. Asam Urat (Arthritis Gout)
8. Penyakit Jantung
9. Gangguan Ginjal
Sumber http://miraclecottage.blogspot.com/ 

Perubatan Islam untuk Rabun Mata

Open Minda

http://baca-blogspot.blogspot.com
-selatanonline-

Saintis di China cipta protein dalam darah daripada beras

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Sekumpulan saintis di sebuah universiti di China semalam menyatakan mereka berjaya menghasilkan albumin daripada beras.

Albumin adalah sejenis protein yang ditemui dalam darah manusia yang digunakan untuk merawat kesan melecur, kejutan trauma dan penyakit hati.

"Apabila diekstrak daripada beras, protein yang dihasilkan adalah sama dengan albumin manusia (HSA) secara fizikal dan kimia," kata laporan penyelidikan berkenaan yang diterbitkan dalam jurnal AS, Proceedings of the National Academy of Sciences.

Penemuan tersebut merupakan kejayaan besar dalam pengeluaran HSA yang sebelum ini dihasilkan melalui bekalan darah manusia. 
-AFP/kosmo-

Suami rimas didekati isteri

Datuk Dr Haron Din
Soalan

Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut “panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu.” Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami saya disihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini yang semakin genting.

Aniza,
Kuala Lumpur

Jawapan

Masalah dalam rumah tangga memang banyak. Salah satu daripadanya berkenaan kisah yang puan paparkan. Permasalahan sebegini banyak berlaku dan saya selalu diadukan hal-hal seperti ini.

Ramai ahli perubatan mudah menyimpulkan dan mengaitkan masalah ini dengan sihir. Bagaimanapun saya sendiri tidak pandai untuk mengatakan bahawa suami disihir kerana saya tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Sebenarnya tiada orang yang boleh tahu ia adalah fenomena daripada sihir.

Sihir memang wujud. Ia perkara ghaib. Nama atau istilah sihir itu sendiri bermakna sesuatu yang disembunyikan atau tersembunyi daripada orang ramai.

Jika ia sihir, ia dilakukan secara sulit dan penuh rahsia. Jika ia rahsia, bagaimana para pengubat boleh mengatakan ia adalah sihir.

Jika pengubat berkenaan memberitahu bahawa suami puan terkena sihir, maka ertinya dia mengetahui perkara ghaib.

Saya pernah menjelaskan dalam ruangan ini sebelum ini, bahawa insan mana pun tidak akan mengetahui perkara yang ghaib kerana Allah berfirman (mafhumnya): "Katakanlah ‘Tiada sesiapapun mengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi, melainkan Allah SWT sahaja...(hingga akhir ayat)." - Surah an-Naml ayat 65

Firman Allah (mafhumnya): "Allah sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka ada yang dizahirkan keghaiban itu kepada sesiapapun.” - Surah al-Jinn, ayat 26.

Dalam peristiwa lain dalam hadis sahih diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. disihir seorang Yahudi yang bernama Labeed bin al-A'ksam dan baginda sendiri tidak mengetahui disihir sehinggalah diberitahu oleh Jibril a.s.

Jika Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengetahui disihirkan, bagaimana kita mudah-mudah mengetahui ada orang disihirkan?

Oleh yang demikian saya berfikir kes puan ada kaitannya dengan permasalahan suami isteri.

Ada kalanya saya bersetuju, apa yang dipaparkan ia ada kena mengena dengan sihir. Salah satu senario sihir seperti Firman Allah (mafhumnya): "...Dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut, dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri...(hingga akhir ayat)." - Surah al-Baqarah, ayat 102.

Ayat ini jelas menunjukkan wujudnya ilmu sihir dan antara perkara yang boleh berlaku adalah (dengan izin Allah) memusuh, melaga-lagakan sehingga mencerai beraikan suami isteri.

Apa yang puan alami adalah kerengangan yang merosakkan fungsi perkahwinan. Seolah-olah telah hilang kemesraan dan kasih sayang sudah bertukar kepada permasalahan yang membawa keadaan yang tidak diingini.

Kejadian seperti ini tidak semestinya daripada sihir perbuatan orang. Jika tidak kerana disihirkan pun, boleh terjadi kejadian sedemikian itu.

Mungkin antaranya adalah kerana suami berpenyakit mati pucuk (sebagai contoh), dia malu memberitahu isterinya, lalu bersikap dingin, menyalahkan orang lain, kononnya dia disihirkan.

Atau, suami hilang minat kepada isteri di atas kelemahan-kelemahan isteri yang suami tidak tahu untuk mengatasinya dan tidak mahu membincangkannya.

Atau, kerana perangai-perangai isteri yang keterlaluan hingga menyebabkan suami menyampah terhadapnya.

Atau dengan sebab-sebab lain seperti ada campur tangan pihak ketiga dan sebagainya yang menyebabkan suami hilang minat terhadap isteri, maka berlakulah perkara yang puan sebutkan tadi.

Saya tidak bermaksud untuk meletakkan hal-hal yang sedemikian itu berlaku kepada puan. Saya sekadar ingin mengajak puan dan semua yang berlaku kes seumpama ini pada diri mereka, melihat dahulu faktor-faktor fizikal melanda kehidupan kita.

Sekalipun berlaku apa yang puan sebutkan itu, maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan ia perbuatan sihir.

Ada kemungkinan bahawa hal seperti ini berlaku kerana gangguan syaitan yang tidak disuruh mana-mana atau dipergunakan ilmu sihir yang berinsusiasi dengan makhluk halus.

Sememangnya syaitan itu musuh utama yang sentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak Adam. Pun demikian tidak dikatakan sihir, walaupun tanda-tandanya semacam sihir. Jika mudah-mudah dianggap sebagai sihir, ia menimbulkan satu lagi penyakit iaitu sakit hati kepada orang yang buat sihir.

Lebih malang lagi jika ada yang menuding jari 'si pulan itu membuatnya, si anu itu membuatnya' atau lebih teruk mendakwa jiran, kawan sepejabat atau orang terdekat melakukannya. Keparahan itu menyebabkan penyakit tidak terlerai, penyakit tidak disembuhkan.

Apapun puan perlu cuba mengubati orang yang berpenyakit, cuba berjumpa orang yang diyakini boleh menolong, tiada penyakit yang tiada penawarnya.

Sekurang-kurangnya puan dan suami berdoa ke hadrat Allah untuk disembuhkan, beramal dengan ayat-ayat al-Quran seperti yang tersebut dalam hadis-hadis sahih.

"Nabi menyuruh keluarganya beramal dengan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas, ayat al-Kursyi dan lain-lain." (Hadis riwayat A'ishah r.anha)

Atau puan dan suami boleh tambah membawa 11 ayat dalam Surah al-Baqarah, ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, baca ayat 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286.

Berbuatlah demikian, lakukan cara yang disarankan oleh syarak untuk mengubati penyakit suami puan.

Wallahua'lam.
-harakahdaily-

Cara baharu pindah buah pinggang


PCMC adalah hospital kedua di Asia Tenggara yang berjaya melakukan pemindahan buah pinggang daripada kumpulan darah yang berbeza.

KUALA LUMPUR: Kumpulan darah yang lain antara penderma dan pesakit bukan lagi penghalang kepada pembedahan pemindahan buah pinggang. Ini terbukti apabila buat pertama kali dalam sejarah negara, dua pesakit buah pinggang kronik berjaya melakukan pemindahan organ tersebut bulan lalu daripada isteri masing-masing selaku penderma walaupun mereka bukan dalam kumpulan darah yang sama.
Kejayaan yang memberi harapan baru kepada hampir 14,000 pesakit buah pinggang itu dilakukan oleh sepasukan pakar Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) di sini menerusi pembedahan yang dikenali sebagai ‘ABO Incompatible Transplant,’ dengan bakos kira-kira RM150,000 setiap seorang. Dalam pembedahan itu, dua pesakit lelaki, Lee Leong Kim, 55, dan warga Filipina, Geland Reyes Gonzalodo, 32. yang mempunyai darah kumpulan O Positif menerima buah pinggang daripada isteri masing-masing yang mempunyai kumpulan darah B Positif. Perunding dan Ketua Jabatan Nephrologi PCMC, Datuk Dr. Tan Si Yen berkata, masalah yang dikenali sebagai ketidakserasian ABO kini dapat diatasi menerusi kaedah membuang antibodi dalam darah sebelum pemindahan organ dilakukan.
-kosmo-

Doa doa menguatkan tenaga batin dan gangguan sihir

serupasekala
1. Agar Tua Kembali Muda.

Jika anda terasa lemah sendi tulang dan lesu urat geramat kerana sudah lanjut usia (sudah tua), anda tidak seharusnya berserah begitu sahaja. Tenaga anda masih dapat dipulihkan sekiranya anda amalkan doa di bawah ini setiap hari selepas sembayang Asar atau Isya’ sebanyak 7 kali. Insya-Allah akan pulihlah tenaga batin anda seperti tenaga anak muda layaknya.

Inilah doa yang perlu diamalkan.

Bismillah Hiroh Man Niroh Him
Yaa wahidul baqil qawiyul mathin. In nalloha qawiyun, ngazizun, yaa qawiyu biroh matika yaa ar hamar roohimin.

2. Terapi Seksual Gangguan Sihir (1).

Atas permintaan dari Pelanggan-pelanggan dan teman-teman saya yang begitu mengharapkan mendapat Rawatan penyembuhan terkena Sihir Gangguan Seksual. Di sini di perturunkan cara-cara merawatNya. Jika ada keyakinan Insya-Allah amalan ini berjaya menghapuskan sihir-sihir tersebut. Semuga bagi pembaca-pembaca blog juga dapat menafaat bersama.

Bacakanlah ayat-ayat di bawah ini sebanyak 7 kali pada air, lalu airnya itu dibuat minum dan digunakan untuk membuat permandian (ia itu pada mereka yang terkena sihir itu) selama 7 hari berturut-turut. Insya-Allah sihirnya akan gugur. Sekiranya masih belum terhasil buatlah beberapa kali ulangan. Dan banyaklah berdoa kepada Allah.

1) Surah Yunos 81-82.

Qola Musa maa jiktum bihis sihru innol lohha sayubthiluhu innol lohha laa yuslihu ngamalal mufsidin. Wayuhikkul lohhul hakqo bikalimaatihi walau qarihal mujrimun.

2) Surah Al-’Araf 117-122

Wa awhainaa illa musa an alqi ngasaaka faiza hiya talqofu mayakfikun. Fawaqo ngal hakqu wabathola maa kaanu nyakmalun. Fa ghu libu hunaa lika wan qolabu sho giriin. Wa ulqiyas shaharotu saajidin. Qolu aaman na birobbil ngalamin. Robbi musaa wa haarun.

3. Surat Thaha 69.

Innama sona ghu kaidu saa hirin walaa yuflihus syaahiru haisu ataa.

Untuk mengelakan kesalah bacaan dan bunyi yang betul. Sila rujuk pada kitab-kitab suci Al-Quran, kerana tulisan rumi kekadang mempunyai kata bunyi yang berbeza.

3. Terapi Seksual Gangguan Sihir (2).

Ambilah bekas berisi air, dan bacakan kepadanya surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas (Al-Mu’awwidzat) dan doa-doa di bawah ini.

Allah humma robbin Naasi az hibisbaksa wasfi antas syafi laa syifaa a illa syifa uka syifaa an la yugoo diru syaqoman.

(Maknanya; Ya Allah, Tuhan semua manusia, hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah, kerana Engkau-lah Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan, selain kesembuhan (dari) Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.)

Bismillahi arqika wal lohhu yasfika min kulli da in yukzika wa min kulli nafsin aw nga in hasidin. Allahu yasfika.

Dengan nama Allah, saya obati kamu (dengan rukyah), semuga Allah akan menyembuhkan dari setiap penyakit yang menyakitimu, dan dari setiap jiwa atau mata yang dengki. Semuga Allah menyembuhkanmu.

Angu zu bikalimaatil lohit taam maa ti min sarri ma holaq.

Aku berlindung dengan ayat-ayat Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang diciptakan-Nya.

Bismillah hillazi laayazurru maas mihi sai un fil arzi wala fis syama ii wa huwas sami ngul ngalim.

Dengan nama Allah, yang dengannya segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit tidak akan membahayakan. Dialah Yang Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui.

Doa-doa tersebut di baca 7 kali pada air, lalu airnya di minum dan dipakai untuk mandi selama 3 hari. Insya-Allah sihir itu akan gugur dan ikatan sihirnya akan lepas.

*
Nasihat saya: Janganlah kita bersusah payah kesana kemari, berjumpa orang itu dan orang ini yang mengaku pandai hal-hal yang ghaib, dan boleh menyembuhkan sesuatu penyakit berkenaan sihir ini. Memang ada mereka yang pandai seperti Ustaz-ustaz atau orang -orang alim. Cuba yakin pada Allah dan lakukan sendiri dahulu. Insya-Allah kita juga boleh mendapat kesembuhan.

4. Doa Penguat Zakar (1)

Cubalah kaedah ini untuk menguatkan Zakar anda yang lemah. Hendaklah membaca doa ini sebanyak 7 kali kepada air yang suam kemudian mandikanlah Zakar anda. Atau celupkanlah tuala kecil (good morning towel) ke dalam air suam itu kemudian perahkan airnya dan bungkuslah Zakar anda dengan tuala itu sehingga sejuk. Cubalah amalkan sehingga 7 hari berterusan, Insya-Allah

Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Yaa Qahar, Lailla Ha il lulloh, Wahidul Qahar.

5. Doa Penguat Zakar. (2)

Faedah Doa Yang Di baca waktu lemah Zakar.

Jika di rasai lemah zakar bagi jimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu hendak jimak (bersetubuh) itu niscaya jadi kuat bersetubuh. Insya-Allah

Inilah Doanya.
بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.

Bismillah hirohman Niroh him.

Allah huma innaa Na ngu zubika tam mah. Warruhi, wad dami, walhmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kozoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. ( 3 Kali)

6. Doa Penguat Zakar (3).

Atas Permintaan Ramai dari Pelanggan-pelanggan, teman-teman dan pembaca blog yang terus ke email saya. Di sini saya perturunkan amalan doa penguat Zakar (3) yang di amal-amalkan oleh tetua orang-orang lama.

Anda amalkan doa ini dengan membacanya sebanyak 7 kali ketika hendak bersetubuh. Isya-Allah ia dapat mengeraskan Zakar anda dan dapat bertahan lama semasa menjalankan tugas anda itu. Inilah doa yang masyhur di kalangan tuk-tuk guru zaman dahulu yang masih di amalkan oleh sesetengah orang yang berpoligami pada zaman sekarang.

Doanya ialah.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا

Bismilah Hiroh Man Niroh Him
Alhamdu lillahil lazi kholako minal maa i basharo.

7. Doa Penguat Zakar (4)

Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskan tapak tangan anda.. Jangan gunakan minyak yang panas di takuti akan mencederakan zakar Anda. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jemari tangan dan urut di kelengkang ia itu di antara dubur ke telur zakar.. Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Baca doa ini sebanyak 7 kali .

Ya Qadim

Ya Daim

Ya Ahad

Ya Wahid

Ya Samad

Ya Allah – Ya Allah – Ya Allah

Ya Qahar – Ya Qahar – Ya Qahar

Lailaha il’aLlah hu Wahidul Qahar

Amalan ini amat berkesan dan kekadang dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan hebat sekitar 2 atau 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika dalam keadaan cuaca sejuk supaya ligament dan urat syaraf yang berada pada zakar dalam keadaan tahap kecergasan yang terbaik.