"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Piala Thomas: Jepun buat kejutan singkir China dan akan menentang Malaysia dalam perlawanan akhir

HARAKAHDAILY 
KUALA LUMPUR: Malaysia menempah tempat ke perlawanan akhir badminton Piala Thomas di New Delhi, India apabila menumpaskan pasukan negara jiran, Indonesia 3-0, lapor Berita Harian online.

Pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei mengutip mata pertama setelah menundukkan Tommy Sugiarto 21-19 dan 21-13.

Pasangan Tan Boon Heong-Hoon Thien How meraih mata kedua biarpun bertarung tiga set ketika menewaskan beregu nombor satu dunia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan 21-19, 8-21, 23-21.

Mata kemenangan negara dicipta oleh pemain perseorangan kedua, Chong Wei Fong yang menewaskan Dionysius Hayom Rumbaka 21-10, 21-17.

Sebelum itu, Jepun berjaya meruntuhkan kuasa badminton dunia yang juga juara bertahan, China dengan keputusan yang sama.

Pemain utama Jepun, Kenichi Tago menewaskan Chen Long 21-13, 21-11 diikuti beregu Kenichi Hayakama mengalahkan Chai Biao/Hong Wei 22-20, 21-19.

Kento Momota menyumbang mata kemenangan apabila menumpaskan Du Pengyu 23-25, 21-18, 21-14.

Seluruh England: Chong Wei tarik diri kerana sakit

Lee Chong Wei
DATUK Lee Chong Wei gagal mempertahankan kejuaraan Seluruh England buat kali ketiga berturut-turut apabila beliau memutuskan untuk menarik diri ketika permainan masuk set kedua, awal pagi ini (waktu Malaysia).

Chong Wei mengambil keputusan memberi laluan mudah kepada Lin Dan dari China disebabkan masalah kecederaan di bahagian bahu.

Pada set pertama, Chong Wei kalah 19-21 dan ketinggalan 2-6 ketika mengambil keputusan menarik dari meneruskan persaingan.

Keputusan itu mengejutkan banyak pihak ketika ramai meletakkan harapan beliau boleh memburu gelaran hatrik kejuaraan Seluruh England di Birmingham.

Pertemuan antara Chong Wei dan Lin Dan adalah yang terakhir dalam jadual perlawanan akhir Kejohanan Seluruh England kali ini.

Tahun lalu, Chong Wei mengetepikan musuh ketatnya itu untuk mempertahankan kejuaraan.

Ketika itu dia mengambil masa 52 minit untuk menundukkan Lin Dan 21-17, 21-17.

Misbun Sidek sudah berpatah arang dengan BAM


MISBUN telah menolak tawaran kontrak baru BAM untuk membimbing skuad pelapis negara.
DRAMA Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah berakhir.
Jurulatih perseorangan negara itu telah membuat keputusan menolak tawaran kontrak baru yang diberikan BAM kepada beliau untuk membimbing barisan pemain skuad pelapis negara.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, Misbun membuat keputusan tersebut menerusi sepucuk surat yang diserahkannya kepada Presiden BAM, Datuk Mohd. Nadzmi Salleh petang kelmarin.
“Tidak ada siapa yang tahu Misbun ada menyerahkan surat itu kepada Datuk Nadzmi termasuklah saya sehingga presiden memaklumkan hal tersebut pagi tadi (semalam).
“Selepas mendapat tahu mengenai perkara itu, Kenny Goh (Pengurus Besar BAM) telah mengambil surat tersebut daripada Datuk Nadzmi dan kami telah membentangkannya pada mesyuarat Exco petang tadi (semalam).
“Dalam surat tersebut, Misbun mengatakan bahawa beliau menolak tawaran kontrak baru yang diberikan BAM dan kami juga telah sebulat suara menerima keputusan yang dibuat beliau itu,” kata Chin Chai yang turut menghadiri mesyuarat Exco BAM di Bukit Kiara semalam.
Mesyuarat Exco BAM itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Presiden BAM, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah.
Ditanya adakah Misbun ada memberikan sebarang alasan mengapa beliau menolak tawaran tersebut, Chin Chai mememberitahu: “Tidak ada.
“Dalam surat itu, beliau hanya menyatakan bahawa beliau menolak tawaran yang diberikan oleh BAM.”
Dengan keputusan tersebut, Misbun kini tidak lagi berada dalam barisan kejurulatihan BAM.
“BAM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Misbun atas sumbangan serta jasanya yang telah banyak membantu dalam usaha menaikkan nama sukan badminton negara di pentas antarabangsa.
“Banyak yang telah Misbun lakukan demi sukan badminton negara dan itu kita tidak boleh menafikannya,” tambah Chin Chai.
Misbun mula menyertai BAM selaku jurulatih pada 2002 dan sepanjang tempoh lapan tahun bersama badan induk itu, beliau telah berjaya melahirkan ‘permata’ yang cukup berharga buat arena sukan badminton tanah air dengan kemunculan Datuk Lee Chong Wei.
Berkat tunjuk ajar serta bimbingan Misbun, Chong Wei kini bergelar jaguh No. 1 dunia sejak tahun 2008.
-kosmo-

Manchester United dimalukan di Anfield

STATUS Manchester United selaku pendahulu Liga Perdana England semakin tercalar selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.

Setelah tewas 1-2 kepada Chelsea pada awal pagi Rabu lalu, skuad kendalian Alex Ferguson itu menerima malu lebih besar apabila tunduk 1-3 kepada Liverpool di Anfield malam tadi.

Hatrik daripada penyerang Belanda, Dirk Kuyt sudah cukup untuk membuatkan Liverpool terus melonjak ke tangga keenam liga.

United kini kekal dengan kelebihan tiga mata di persada liga berbanding pasukan di tangga kedua, Arsenal tetapi skuad The Gunners kurang satu perlawanan.

Kuyt membuka tirai jaringan pada minit ke-34 setelah mudah menolak masuk bola hasil gerakan solo Luis Suarez yang berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan United.

Lima minit kemudian, Kuyt sekali lagi mudah menolak masuk gol kedua Liverpool berpunca daripada kesilapan Nani.

Sejurus kemudian, Nani terpaksa diusung keluar setelah diterjah keras oleh Jamie Carragher.

Sisa perjuangan United berakhir selepas Kuyt melengkapkan hatriknya pada minit ke-65 setelah penjaga gol United, Edwin van der Sar gagal menangkap kemas sepakan percuma Suarez.

Javier Hernandez yang masuk menggantikan Nani bagaimanapun berjaya menjaringkan gol sagu hati buat United pada masa kecederaan. 
-Agensi-

Sentuhan Safee Sali menjadi

PEMAIN Pelita Jaya FC, Mohd Safee Mohd Sali (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Indonesia menentang Srivijaya FC di Stadium Singa Perbangsa, semalam. Keputusan Pelita 1, Srivijaya 0. - Foto Fariz Iswadi Ismail

KEGEMBIRAAN terbayang di wajah bintang negara Safee Sali apabila penampilan sulungnya bersama Pelita Jaya membuahkan hasil dan lebih bermakna dia muncul wira pasukan itu dengan menjaringkan gol tunggal kemenangan ketika mengalahkan Sriwijaya FC 1-0 pada perlawanan Liga Super Indonesia, di Jakarta, semalam.

Kelibat Safee yang dinanti-nantikan lebih 20,000 penonton memenuhi Stadium Singaterbangsa sejak jam 1 petang nyata berbaloi apabila percubaannya pada minit ke-62 menembusi gawang lawan dan akhirnya bertukar menjadi gol kemenangan.

Safee mudah merembat masuk ke penjuru kiri pintu gol lawan apabila mengutip bola yang terlantun hasil perebutan rakan serangannya dari Paraguay, Juan Ramirez dengan dua pemain pertahanan lawan lantas memperdayakan penjaga gol Sriwijaya, Fery Rotil Sulu. Jaringan Safee disambut sorakan gemuruh dan gegak-gempita penonton di stadium itu.

Begitupun, peminat di stadium itu mulanya terkejut menyaksikan Safee tampil dengan menyarung jersi bernombor 55, bukannya jersi nombor 10 seperti yang difahami mereka sebelum ini.

Safee mula mengancam sejak minit kedua selepas menerima hantaran silang Dedi Kusmandar namun kecewa sesudah tandukannya melepasi palang gol.

Berkali-kali juga dia menerima umpanan dan lorongan cantik dari tengah padang namun gagal menghasilkan sebarang gol pada babak pertama hinggalah minit ke-62 yang mencetus kegembiraan buat Safee, yang diisytiharkan sebagai pemain terbaik perlawanan itu.

Bekas penyerang Selangor yang bertindak cemerlang sebagai penjaring gol terbanyak pada Piala Suzuki AFF, Disember lalu, bagaimanapun digantikan tujuh minit sebelum perlawanan tamat oleh Andesi Prabowo.
-hmetro-

Perpindahan Torres catat rekod

LIVERPOOL: Chelsea memecahkan rekod perpindahan dalam sejarah kelab bola sepak British apabila mengikat kontrak dengan Fernando Torres menerusi bayaran 50 juta pound (RM243.2 juta) dari Liverpool semalam.

Penyerang Sepanyol itu mengikat kontrak selama lima tahun setengah bersama kelab Chelsea pada ketika Liverpool menyifatkannya sebagai rekod di British.

Perpindahan itu juga adalah salah satu perpindahan termahal dalam sejarah bola sepak dunia dan hanya diatasi pembelian Real Madrid bagi mendapatkan Cristiano Ronaldo dan Kaka pada 2009.

Jumlah perpindahan itu adalah sama yang dibayar Barcelona kepada Inter Milan untuk mendapatkan Zlatan Ibrahimovic pada 2009 sekali gus menyebabkan Samuel Eto’o berhijrah ke kelab Itali berkenaan.- AP 

Senarai yuran perpindahan tertinggi pemain

LONDON: Senarai 10 tempat teratas membabit pembayaran yuran perpindahan pemain bagi kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris:

1. Fernando Torres (Liverpool ke Chelsea) 50 juta pounds

2. Andy Carroll (Newcastle ke Liverpool) 35 juta pounds

3. Robinho (Real Madrid ke Manchester City) 32.5 juta pounds

4. Andriy Shevchenko (AC Milan ke Chelsea) 30.8 juta pounds

5. Dimitar Berbatov (Tottenham Hotspur ke Manchester United) 30.75 juta pounds

6. Rio Ferdinand (Leeds United ke Manchester United) 29.1 juta pounds

7. Juan Sebastian Veron (Lazio ke Manchester United) 28.1 juta pounds

8. Wayne Rooney (Everton ke Manchester United) 27 juta pounds

9. Edin Dzeko (Wolfsburg ke Manchester City) 27 juta pounds

10. James Milner (Aston Villa ke Manchester City) 26 juta pounds - AFP

Badminton Terbuka Korea Lin Dan tewaskan Chong Wei

 SEOUL: Lin Dan dari China muncul juara badminton Terbuka Korea selepas mengalahkan Lee Chong Wei 21-19,14-21,21-16 

Terbuka Malaysia: Chong Wei, Taufik ke final

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Berikut adalah keputusan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini:

PERSEORANGAN LELAKI:

Taufik Hidayat (INA) mn Simon Santoso (INA) 21-15, 21-19;

Lee Chong Wei (MAS) mn Chen Long (CHN) 21-9, 21-9.

PERSEORANGAN WANITA:

Wang Yihan (CHN) mn Wang Xin (CHN) 21-18, 21-18;

Wang Shixian (CHN) mn Jiang Yanjiao (CHN) 21-19, 21-17.

BEREGU LELAKI:

Mads Conrads-Petersen/Jonas Rasmussen (DEN) mn Naoki Kawamae/Shoji Sato (JPN) 21-17, 22-20;

Chai Biao/Guo Zhendong (CHN) mn Mohammad Ahsan/Bona Septano (INA) 21-15, 21-14.

BEREGU WANITA:

Wang Xiaoli/Yu Yang (CHN) mn Cheng Shu/Ma Jin (CHN) 22-20, 21-19;

Tian Qing/Zhao Yunlei (CHN) mn Du Jing/Pan Pan (CHN) 23-21, 21-18.

BEREGU CAMPURAN:

Jiaming Tao/Tian Qing (CHN) mn Robert Blair(SCO)/Gabrielle White(ENG) 21-11, 21-15;

He Hanbin/Ma Jin (CHN) mn Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN) 21-17, 17-14 (menarik diri).
-Bernama-

Kejuaraan pertama 2011 bagi Chong Wei

TAIWAN: Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei bertandang ke bumi Taiwan tanpa ‘sifunya’, Datuk Misbun Sidek.

Seribu satu macam persoalan dalam kepalanya ketika mengharungi Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir itu.

Demi sifunya, pemain No. 1 dunia itu tampil hebat untuk menjulang gelaran pertamanya tahun ini selepas muncul juara pada kejohanan Masters itu.

Chong Wei menang selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade 21-9, 21-14 pada perlawanan akhir semalam.

Jaguh badminton negara itu mendominasi kejohanan penutup musim tersebut sejak kali pertama diperkenalkan tiga tahun lalu.

Pertemuan final semalam merupakan ulangan kepada aksi final 2008 dan Gade, 34, sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan Chong Wei dalam permainan yang hanya memakan masa 40 minit.

Musuh utama Chong Wei dari China, Lin Dan yang juga juara Sukan Olimpik dan bekas pemain No. 1 dunia, gagal menempatkan diri pada kejohanan Masters kali ini selepas tidak menyertai beberapa kejohanan Super Series sepanjang musim 2010.

Gelaran juara bagi wanita pula menjadi milik pemain No. 2 dunia, Wang Shixian yang menewaskan pemain No. 8 dunia, Bae Youn-joo dari Korea Selatan 21-13, 21-15.

Super Series pertama bagi musim 2011 kali ini ialah Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Kuala Lumpur pada 18 Januari. 
–Reuters-

Super Masters Taiwan: Final Chong Wei akan menentang Peter Gade

JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan laluan sukar bagi mengesahkan slot ke final Kejohanan Badmin- ton Siri Super Masters Akhir di Taiwan semalam.

Chong Wei yang juga merupakan pemain No. 1 dunia mudah menewaskan pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-17, 21-18 pada aksi separuh akhir.

Namun, kejayaan Chong Wei itu tidak dapat dikongsi bersama jurulatihnya, Datuk Mis- bun Sidek yang secara tiba-tiba membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan pada 31 Disember lalu.

Sekalipun tanpa kehadiran Misbun, Chong Wei masih mampu mengekalkan rekod cemerlangnya apabila belum lagi tewas, baik dalam saingan peringkat kumpulan mahupun aksi separuh akhir semalam.

Lawan yang menanti Chong Wei di pentas final hari ini adalah pemain Denmark, Peter Gade yang menewaskan Chen Long dari China 21-19, 21-18 dalam satu lagi pertemuan sepa- ruh akhir.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pemain sebelum ini, ternyata ia lebih memihak kepada Chong Wei selepas dia berjaya memenangi sembilan perlawanan daripada 10 perla- wanan.

Sudah pasti anak jati Pulau Pinang ini mahu membawa pulang kejayaan dari Taiwan sebagai hadiah kepada Misbun yang dilihat masih lagi belum ada tanda-tanda mahu menarik balik keputusan yang dibuatnya itu.
-kosmo-

BAM sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Misbun?

Lee (kiri) dijangka akan mengekori Misbun keluar dari BAM. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 5 Jan: “Kita jangan terlalu bergantung pada seseorang,” kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh.

Jika ditafsirkan pendirian beliau itu, badan induk tersebut seolah-olah sudah berkerat rotan dan berpatah arang dengan Misbun Sidek.

Nadzmi yang pulang dari London semalam turut mempertahankan tindakan perubahan dan pembaharuan dilakukan dalam struktur kejurulatihan dan latihan yang dikatakan menjadi antara faktor Misbun meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu.

“Kita perlu melakukan perubahan dan pembaharuan dengan fokus utama melahirkan lebih ramai juara dunia. Jika dulu kita tidak mempunyai sistem dan matlamat dengan jurulatih tidak dipantau dan diletakkan sasaran, tetapi hari ini kita mempunyai KPI (petunjuk prestasi utama).

“Lagipun, saya tidak terima aduan daripada jurulatih, termasuk Misbun mengenai ketidakpuasan hati berhubung perubahan dan pembaharuan itu,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nadzmi juga menegaskan, beliau yakin tidak ada pegawai BAM yang menjadi punca Misbun meletak jawatan kerana semuanya tidak mempunyai kepentingan, sebaliknya hanya mempunyai minat yang tinggi sebagai sukarelawan untuk memajukan badminton.

Tambah Nadzmi, beliau akan bertemu semua pihak hari ini, termasuk Misbun dan pegawai BAM.

“Kita tengok sekiranya majoriti bersetuju terima peletakan jawatannya, kita akan terima. Jika kita pujuk, tapi dia tidak sepenuh hati untuk kembali, tak guna juga,” katanya.

BAM kini berhadapan dengan kemelut peletakan Misbun secara mengejut selaku jurulatih perseorangan negara.

Susulan peletakan jawatan jurulatih berusia 51 tahun itu, anak emasnya, Datuk Lee Chong Wei yang menghimpun sembilan kejuaraan musim lalu turut mengesahkan akan mengikuti jejak jurulatih yang membimbingnya sejak lebih enam tahun lalu.

Satu lagi laporan Berita Harian memetik Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata, “jika kedua-duanya (Misbun dan Lee Chong Wei) menerima tawaran lebih baik di luar, biarlah mereka pergi.”

Zolkples yakin tindakan Misbun dan Lee keluar dari BAM tidak akan menjejaskan misi memburu pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 mahu pun badan induk itu sendiri.

“Saya tidak fikir ia akan menjejaskan BAM kerana di BAM, Misbun hanya melatih Chong Wei seorang. Jadi, jika kedua-duanya berfikir mendapat kemudahan lebih baik di luar yang mampu meningkatkan prestasi, BAM tidak patut menghalang,” katanya.

Zolkples berkata, BAM harus berfikir positif kerana secara tidak langsung keputusan Misbun dan Lee itu akan mengurangkan beban kewangan badan induk berkenaan kerana tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan.

“Sebaliknya, BAM boleh menggunakan kewangan yang ada untuk membimbing dan melahirkan lebih ramai Lee Chong Wei baru.

“Jika kita lihat di Indonesia, Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI) tidak mempunyai pemain, sebaliknya mereka hanya bertindak selaku penyelaras dengan lebih ramai pemain berlatih di kelab-kelab,” katanya.

Zolkples bagaimanapun menegaskan apa yang paling penting kedua-duanya perlu bersedia untuk mewakili negara dalam kejohanan utama apabila dipilih tanpa mengenakan sebarang syarat.

Isu Misbun: Kita jangan terlalu gantung pada seseorang, kata BAM

-malaysianinsider-

Chong Wei mahu ikut Misbun

IZAWATI AHMAD
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei akan mengikut jejak langkah jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek yang bertindak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), kelmarin.

Chong Wei ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam, berkata, tindakannya berbuat demikian kerana dia mahu kekal dilatih oleh Misbun, selain tiada persefahaman antara dirinya dan juga BAM.

"Saya akan ikut jurulatih, kalau dia kekal bersama BAM, maka saya akan ke kekal di BAM, tetapi jika dia keluar saya pun akan ikut jejak langkahnya," katanya yang dibentuk Misbun sejak usianya masih remaja.

Laporan sebuah akhbar kelmarin memetik Pengurus Besar BAM, Kenny Goh mengesahkan Misbun meletakkan jawatan menerusi satu surat bertarikh 31 Disember 2010 yang dihantar melalui e-mel ke pejabat BAM. Goh bagaimanapun, tidak menyatakan sebab peletakan jawatan tersebut.

Pemain berusia 28 tahun itu, turut mendedahkan masalah dengan pengurusan BAM sebagai punca kemelut tersebut berlaku.

Katanya, BAM hanya tahu mencari silap pemain, jika mereka tewas pada mana-mana pertandingan yang disertai, tetapi sekiranya kejayaan yang diraih mereka tidak pula menghargainya.

"Semua masalah ini melibatkan pengurusan BAM, mereka hanya tahu minta laporan kalau kita kalah dan jika kita menang, mereka tak minta laporan pun. Tidak pula mereka tanya bagaimana saya boleh menang," ujarnya.

Menurut Chong Wei, dia ada menghubungi jurulatihnya itu bagi meminta penjelasan mengenai peletakan jawatan tersebut.

"Saya ada hubungi jurulatih saya, dia minta semua orang hormati keputusan dia. Keputusan dia memang sudah muktamad. Saya pula akan ikut ke mana sahaja dia pergi.

"Saya sedih dengan keadaan ini, Misbun adalah jurulatih saya. Dia telah naikkan nama saya, daripada tiada apa-apa sehinggalah saya berada di tahap sekarang. Tak mungkin saya tinggalkan dia bersendirian," tegasnya.

Chong Wei berkata, hari ini dia akan berangkat ke Taiwan tanpa ditemani Misbun bagi menghadapi Terbuka Taiwan dan hanya akan dibantu oleh seorang penolong jurulatih.

Walau apa juga keputusan selepas ini, jelas Chong Wei, dia akan menunggu kepulangan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh yang kini berada di luar negara untuk berbincang mengenai kemelut tersebut.

"Saya harap persiapan bagi menghadapi Terbuka Malaysia tidak terjejas dan masalah ini dapat diselesaikan segera, bukan mudah tukar jurulatih, saya telah bersama dengan Misbun terlalu lama," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Ng Chin Chai ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya kepada presiden yang kini berada di luar negara untuk memutuskan mengenai isu tersebut.

"Memang kita ada terima surat peletakan jawatan oleh Misbun dan kita juga telah edarkan kepada semua Ahli Jawatankuasa sebagai makluman," katanya.

Chin Chai yang enggan mengulas mengenai punca peletakan jawatan itu, memberitahu, Nadzmi hanya akan kembali ke tanah air, esok.
-utusan-

Piala Dunia: FIFA pilih Russia 2018, Qatar 2022

BLATTER ketika mengumumkan Russia menjadi pilihan untuk menganjur Piala Dunia 2018 sebelum mengisytihar 2022 milik Qatar. - REUTERS
BLATTER ketika mengumumkan Russia menjadi pilihan untuk menganjur Piala Dunia 2018 sebelum mengisytihar 2022 milik Qatar. - REUTERS

ZURICH: Russia dan Qatar masing-masing dipilih menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Dunia 2018 dan 2022 dalam keputusan yang diumumkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, semalam.

Ia menyusul selepas proses bidaan membabitkan 11 negara yang dijangka memberikan rangsangan ekonomi besar buat negara yang terpilih.

Qatar membawa Piala Dunia ke tuan rumah paling kecil tetapi mempunyai sumber kewangan tidak terbatas untuk menganjurkan kejohanan sukan terbesar dunia.

Ia berjaya mengatasi keraguan mengenai menganjurkan perlawanan di tengah panas padang pasir dan meminta FIFA untuk mengambil langkah berani.

Blatter berkata kita menuju ke tanah baru. Piala Dunia belum pernah berkunjung ke Russia dan Eropah Timur dan Asia Barat serta dunia Arab yang menanti untuk sekian lama, maka saya presiden paling gembira kerana kami bercakap mengenai pembangunan bola sepak.

Timbalan Perdana Menteri Russia, Igor Shuvalov, yang delegasinya menjerit kegembiraan dengan pengumuman itu, berkata: Anda sudah amanahkan kami dengan Piala Dunia FIFA 2018 dan saya boleh berjanji, kami semua berjanji, anda tidak akan menyesal. Mari bersama-sama kita mencipta sejarah.

Ketua bida Qatar, Sheikh Mohammed Hamad Al-Thani berkata: Terima kasih kerana menyokong kami dan mengembang permainan ini. Anda boleh berbangga dengan kami dan anda akan berbangga dengan Asia Barat. 
-Agensi-

Hoki lelaki cipta sejarah ke final Sukan Asia

GUANGZHOU, 23 Nov: Skuad hoki lelaki negara mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir Sukan Asia XVI di sini selepas berjaya menewaskan India 4-3 pada perlawanan separuh akhir, sebentar tadi.

Ini adalah kejayaan pertama buat Malaysia untuk beraksi di perlawanan akhir temasya tersebut dan akan berdepan Pakistan Khamis ini untuk penentuan pingat emas. 

Zidane 'kembali' bersama Real Madrid

MADRID: Lagenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane menyatakan kegembiraannya apabila kembali semula bersama Real Madrid - kelab yang pernah melonjakkan namanya di persada bola sepak dunia antara 2001 dan 2006.

Pemain Terbaik FIFA sebanyak tiga kali itu hari ini akan memulakan tugasnya sebagai penasihat kepada Presiden Real Madrid, Florentio Perez mengenai hal-ehwal skuad utama kelab itu.

“Saya gembira dan teruja apabila dapat kembali bersama kelab dan pasukan ini," kata dalam satu temubual yang disiarkan dalam laman web Real Madrid, semalam.

“Ia bukannya jawatan baru tetapi satu tugas penting yang perlu saya lakukan. Saya akan cuba bekerja dengan lebih rapat dengan presiden dan skuad ini," katanya.

“Saya akan bergaul dengan pemain dan bersama mereka skuad untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah serta ketika sesi latihan di pusat latihan Valdebebas," katanya.

Khidmat Zidane itu menyaksikan dia akan bekerjasama dengan jurulatih Real, Jose Mourinho dan Mourinho turut mengalu-alukan kehadiran Zidane. 
-AFP-

Sebastian Vettel juara dunia termuda F1


Red Bull Sebastian Vettel telah mencatatkan namanya dalam sejarah F1 sebagai juara dunia termuda setelah memenangi perlumbaan di Abu Dhabi pada hari ini. Ditempat kedua McLarens Lewis Hamilton dan Jenson Button tempat ketiga.

Dia mengecewakan Fernando Alonso dan rakan sepasukannya Mark Webber dalam perebutan sebagai juara dunia. Fernando Alonso yang mendahului persaingan juara dunia hanya menduduki tempat ketujuh dan Mark Webber tempat kelapan. 
Vettel, Sebastian

01 Sebastian Vettel 256
02 Fernando Alonso 252
03 Mark Webber 242
04 Lewis Hamilton 240
05 Jenson Button 214
06 Felipe Massa 144
07 Nico Rosberg 142
08 Robert Kubica 136
09 Michael Schumacher 72
10 Rubens Barrichello 47
11 Adrian Sutil 47
12 Kamui Kobayashi 32
13 Vitaly Petrov 27
14 Nico Hulkenberg 22
15 Vitantonio Liuzzi 21
16 Sebastien Buemi 8
17 Pedro de la Rosa 6
18 Nick Heidfeld 6
19 Jaime Alguersuari 5
20 Heikki Kovalainen 0
21 Jarno Trulli 0
22 Karun Chandhok 0
23 Bruno Senna 0
24 Lucas di Grassi 0
25 Timo Glock 0
26 Sakon Yamamoto 0
27 Christian Klien 0

Sukan Asia : Pasukan Bolasepak Layak Pusingan Kedua Dalam Tempoh 32 Tahun


GUANGZHOU, 14 NOV: Malaysia layak ke Pusingan Kedua bola sepak Sukan Asia Ke-16 walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bolasepak Tianhe, di sini malam tadi.

Kemaraan Malaysia itu sekaligus memecah kebuntuan selama 32 tahun untuk beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia.  Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan China dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lepas membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam Kumpulan lain.

Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok. Di Doha, Qatar empat tahun lepas,skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.

Pada perlawanan malam ini, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain selepas Mahalli Jasuli diberikan kad kuning kedua, sekaligus kad merah pada minit ke-24 oleh pengadil Williams Ben dari Australia.

 Seminit kemudian, ketua pasukan Safiq Rahim pula dilayangkan kad merah kerana memprotes keputusan pengadil memberikan kad merah kepada Mahalli. Kad merah ketiga dilayangkan kepada S.Kunalan pada minit ke-81.

Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelengu kecederaan berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun berjaya membolosi gawang Malaysia menerusitandukan Li Jianbin pada minit ke-61 sebelum sepakan leret Zhao Hanglue pada minit ke-65 dari sebelah kanan pintu gol Malaysia menewaskan Khairul Fahmi CheMat. Tuan rumah mendapat gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Zhang Linpeng pada minit ke-83.

MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mahalli Jasuli,Mohamed Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Amar Rohidan, Safiq Rahim, S.Kunalan, Mohd Faizal Abu Bakar (K.Gurusamy), Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu.

CHINA: Zhang Shichang, Li Jianbin, Wu Xi (Lu Wenjun), Zhang Linpeng, ZhaoHonglue, Zhou Yun, Lu Peng, Wang Xuanhong, Wang Yunlong, Zhang Yuan, Zhang Jian. 
-tvsnews-

Badminton beregu lelaki kutip emas, ke-12 buat Malaysia

NEW DELHI, 14 Okt: Beregu utama negara, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong menyumbang pingat emas untuk Malaysia dalam acara badminton beregu lelaki pada hari terakhir Sukan Komanwel Ke-19 di sini hari ini.


Mereka menewaskan pasangan England James Roberston dan Anthony Clark 21-19, 21-14 di Kompleks Sukan Sri Fort di sini, untuk menyumbang emas ke-12 bagi Malaysia pada temasya sukan itu kali ini.  

 -Bernama-

Pingat Emas Ke-11 Negara



NEW DELHI, 14 OKT:
Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan dengan memenangi pingat emas untuk Malaysia bagi acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel di sini hari ini.

Dalam acara akhir di Kompleks Sukan Sri Fort, juara All-England itu dengan mudah mengetepikan cabaran Rajiv Ouseph dari England 21-10, 21-8 untuk menyumbang emas ke-11 bagi Malaysia pada temasya sukan itu kali ini.
-Bernama-