"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKR: Mahathir cuba halang PH jadi kerajaan semula -

PKR mendakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad cuba menghalang Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

Ini selepas Mahathir, yang merupakan bekas pengerusi Pakatan Harapan (PH), secara terbuka mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak mampu memimpin negara ini yang sedang berhadapan krisis ekonomi.

Anwar merupakan pilihan pertama PH untuk menjadi perdana menteri sekiranya gabungan itu kembali berkuasa setelah ditumbangkan pada bulan Februari akibat tindakan anggota parlimen yang melompat parti.

"Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkini menggambarkan bahawa beliau terdesak untuk dilihat relevan dalam arus politik perdana.

"Serangan beliau terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak berasas dan boleh disifatkan sebagai cubaan untuk mengkhianati serta menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) mendapatkan semula kerajaan," kata ketua penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Perseteruan antara Mahathir dan Anwar menghalang pembangkang bersatu.

Mahathir dilantik kali kedua sebagai perdana menteri setelah PH memenangi pilihan raya umum 2018 dengan janji akan menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Namun, Mahathir menunjukkan dia tidak berencana untuk mengumpulkan sokongan yang diperlukan untuk Anwar untuk mewujudkannya.

Berdasarkan rakaman audio yang bocor, Mahathir mengakui Bersatu enggan menerima Anwar namun meminta lebih banyak masa untuk mempertimbangkan perkara itu.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kemudian mengatur langkah dengan menarik parti itu keluar daripada PH.

Mahathir yang kecewa tindak tanduk Muhyiddin bekerjasama dengan Umno kemudian meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu. 

Bagaimanapun kerajaan pimpinan Muhyiddin kini dianggap rapuh dengan hanya memperoleh sokongan 113 ahli parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 orang di Dewan Rakyat.

Mahathir kini memimpin parti baru yang belum didaftarkan - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). 

Parti itu bukan sebahagian daripada PH tetapi mempunyai hubungan yang baik dengan DAP dan Amanah.

Shamsul berkata, ketidakstabilan politik yang berlaku pada hari ini disebabkan tindakan Mahathir tidak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

"Mahathir yang meletak jawatan tanpa sebarang perbincangan dengan pimpinan PH adalah punca kejatuhan kerajaan seterusnya memangkin rampasan kuasa secara khianat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan dukungan gerombolan pimpinan Bersatu," katanya.

Shamsul berkata, Mahathir perlu menghentikan tindakan beliau yang kini dilihat sebagai langkahmemecahbelahkan PH ketika Anwar menggembleng sokongan pelbagai pihak untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirampas pada PRU lalu.

"Tun Dr Mahathir sewajarnya bermuhasabah dan insaf bahawa punca segala ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara mutakhir ini berpunca dari tindakan beliau sendiri.

"Beliau seharusnya menunjukkan sikap sebagai seorang negarawan dan membantu usaha Datuk Seri Anwar dan PH untuk mengembalikan mandat rakyat dan bukan menggagalkannya ," kata Shamsul.

Mahathir, dalam wawancara dengan The Malaysian Insight, mendakwa Anwar bukan orang yang tepat untuk menjadi perdana menteri.

Ahli politik berusia 95 tahun itu membangkitkan keupayaan Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada tahun 1997 apabila cuba mengikut saranan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam menangani krisis ekonomi pada masa itu.

“Kita telah uji kebolehan beliau semasa saya jadi perdana menteri. Saya telah bercuti selama dua bulan (antara Mei dan Julai 1997) dan Anwar dilantik sebagai perdana menteri pada masa itu. 

“Sebab itu saya terpaksa ambil alih kerajaan daripada menteri kewangan dan merancangkan pendekatan untuk memulih semula negara kita.

“Saya tidak tahu penilaian yang akan dibuat oleh rakyat tetapi yang jelasnya dalam krisis kewangan 1997/98 dia tidak berkeupayaan,” Mahathir dipetik berkata.

Buaya ini 'kembar' manusia?


Makasar: Sebuah keluarga menjadikan seekor buaya sebagai ahli keluarga dan memelihara reptilia itu di rumah mereka.

Media tempatan melaporkan haiwan itu dilayan seperti manusia termasuk diberikan tempat tidur dengan selimut dan bantal kerana dianggap sebagai kembar manusia.

Berukuran dua meter, buaya itu dikatakan tidak mendatangkan bahaya menyebabkan ia diletakkan di dalam rumah.

Ia ditemui di bawah jambatan di Sungai Tello sebelum dibawa pulang untuk dipelihara.

Keluarga berkenaan yang tinggal di Jalan Paccinang, Tello Baru di daerah Panakukkang tidak mahu meletakkan buaya itu di dalam kurungan.

Wakil polis, Muhammad Kasim berkata, keluarga itu lebih senang meletakkan buaya itu di dalam rumah kerana yakin ia tidak mengancam mereka.

"Mereka percaya buaya itu tidak akan mengganggu orang lain, apatah lagi keluarga sendiri," katanya.

Video mengenai buaya itu tular di media sosial selepas orang ramai mengusap badan haiwan berkenaan.

Restoran miliki sijil halal hidang mi kari ada daging babi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memeriksa dan merampas bahan mentah berupa daging ayam, di sebuah restoran terkenal di Subang Jaya semalam, susulan tular sebuah video mendakwa mi kari yang dijual premis itu mengandungi daging babi.

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pemeriksaan dijalankan lima anggota penguat kuasa itu, bagaimanapun mendapati restoran berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang sah sehingga 30 Nov ini.

“Menurut pengurus restoran itu, beliau mempunyai tiga pekerja warga Myanmar yang bertugas sebagai tukang masak.

“Pemeriksaan lanjut ke bahagian dapur restoran menemukan bahan mentah yang digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan. Bahan mentah utama iaitu daging disyaki daging ayam disita, bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Muhamad Zikril Azan, turut disita semasa pemeriksaan itu adalah Sijil Halal JAKIM dan dokumen penghantaran bahan mentah oleh pembekal.

Katanya, pengurus premis memaklumkan bekalan bahan mentah dipesan oleh pihak ibu pejabat syarikat restoran terbabit.

Muhamad Zikril Azan berkata kes disiasat di bawah kesalahan Perintah 3(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan jika disabitkan dengan kesalahan, boleh didenda seperti di bawah Perintah 5 Perintah Perihal Dagangan 2011.

Tambah beliau lagi, KPDNHEP Selangor akan terus memantau serta memeriksa bagi memastikan mana-mana pemegang sijil halal JAKIM sentiasa mematuhi peraturan selain menekankan aspek kesucian dan kebersihan bagi menjamin kemaslahatan pengguna Muslim di negara ini.

-Bernama

PANAS!!! Polis tahan usahawan kosmetik, rampas syabu bernilai RM5 juta

 Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan penahanan ketuanya yang juga seorang usahawan kosmetik bersama adiknya dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM5 juta pada Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata usahawan dari Kelantan dan adiknya yang juga seorang anggota tentera masing-masing berumur 31 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang di tepi jalan di Taman Serdang Perdana, Sri Kembangan dekat sini.

"Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta mewah jenis Ford Mustang yang dinaiki kedua-dua suspek, polis menjumpai 120 bungkusan teh cina mengandungi dadah jenis syabu seberat 126.86 kilogram bernilai RM5 juta.

Susulan tangkapan itu, polis menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia berumur antara 32 tahun ke 43 tahun kerana dipercayai menjadi orang tengah dalam urusan jual beli dadah berkenaan," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.

Kata Arjunaidi, dalam tangkapan kedua itu, polis merampas tiga kereta iaitu Nissan Almera, Toyota Innova dan Honda HRV.

Beliau berkata siasatan awal mendapati modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan menyeludup dadah dari negara jiran di utara tanah air sebelum menjualnya ke negara jiran lain dan menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit.

Bernama difahamkan dadah berkenaan adalah untuk pasaran Indonesia.

Kata Arjunaidi lagi, melalui siasatan awal juga, sindiket berkenaan disyaki beroperasi sejak lima bulan lepas namun berdasarkan transaksi kewangan syarikat milik suspek utama yang mendakwa dirinya seorang “Datuk Seri”, polis percaya mereka menjalankan aktiviti itu dalam tempoh lebih lama.

"Ujian saringan air kencing terhadap usahawan berkenaan dan adiknya didapati negatif manakala tiga lagi suspek positif dadah selain mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau.

Kesemua suspek direman sehingga Selasa depan dan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

-Bernama

Umno ibarat hikayat gunung ledang, Pas pula hikayat janji 1001 ‘malang’

SITI NUR ZAWANI MISCON

Jika cadangan Umno ibarat hikayat gunung ledang kerana menetapkan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021, janji-janji Pas pula sama seperti hikayat janji seribu satu malang kerana banyak janji yang tidak ditepati, kata Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Beliau berkata, semasa menjadi pembangkang, Pas merayu untuk melaksanakan Rang Undang-undang (RUU) 355, dan membela pembunuhan anggota Bomba Muhammad Adib, namun kini isu yang lantang dibangkitkan tidak lagi kedengaran.

Contohnya beliau berkata, peruntukan kepada sekolah-sekolah tahfiz dan agama telah dikurangkan kepada RM29 juta berbanding RM100 juta ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu membelanjakan begitu banyak wang untuk kenaikan gaji Exco dan melantik begitu ramai pegawai sementara rakyat sedang menderita.

“Gaji Adun di Kelantan pula dinaikkan antara RM3,000 hingga RM5,000 selepas mereka membeli kereta Mercedes semasa rakyat mengalami masalah ekonomi yang teruk.

“Lebih banyak wang rakyat dikeluarkan untuk menanggung ahli politik dan pegawai mereka tanpa disedari oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Kamarul yang juga bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, pendirian Pas yang tidak mahu membahas secara kritikal Belanjawan 2021 jelas menggambarkan sikap tidak prihatin terhadap perbelanjaan wang rakyat.

Katanya, mereka terlalu selesa dengan budaya wala’ atau taat secara mutlak sehinggakan tidak mahu meminta penjelasan.

Rakyat juga katanya, terpaksa menanggung jumlah tinggi untuk dibayar kepada orang politik sementara janji-janji manis kepada rakyat tentang hudud, RUU 355 serta keadilan untuk arwah Adib sudah tidak kedengaran lagi.

“Ini lah hikayat seribu satu malang janji dari bibir manis ustaz Pas untuk pengundi.

“Apabila berkuasa, janji dari bibir manis mereka tinggal hanya janji untuk diratib semula mungkin bila tiba masa PRU akan datang pula,” katanya lagi.

Ini hujah Shahrir Samad yang mendakwa TS Muhyiddin PM paling lemah

Saya ditanya mengapa perlu saya hujahkan bahawa TS Muhyiddin Yasin adalah PM yang paling lemah dalam sejarah negara.

Kepimpinan lemah tidak membawa kebaikan bagi rakyat dan negara ketika rakyat berhadapan dengan kesan mencabar terhadap kehidupan mereka. Dari segi kesihatan awam, rakyat bertuah kerana sistem kesihatan awam negara telah terbina kukuh bertahun lamanya sehingga mampu mengatasi sistem kesihatan awam negara-negara maju.

Namun, rakyat dan negara perlu juga kepada kestabilan politik supaya ekonomi rakyat dan negara mampu bertahan kesan buruk wabak COVID 19 dan mampu meningkat kembali apabila wabak itu dapat diredakan.

Kesilapan TS Muhyiddin dan rakan-rakan politiknya menasihatkan YDPA untuk mengistiharkan darurat kononnya kerana inilah caranya negara bolih mengatasi wabak COVID 19 telah sebenarnya membuka kelemahan kerajaan PN itu sendiri.

Ianya suatu tindakan yang ‘desperate’ dan mendedahkan kelemahan kumpulan penasihat dan perancang TS Muhyiddin, ‘inner circle’nya dan jemaah menteri PN.

Keputusan untuk diistihar darurat sudah cukup memerlukan TS Muhyiddin meletakkan jawatan kerana pentadbir semasa darurat tidak perlu baginya kekal sebagai PM!

Siapalah yang menasihat TSMY untuk menyembahkan nasihat ini kepada YDPA? Saya dengar ramai peguam2 yang rapat dengan PPBM dan komponen PN yang telah terlibat menasihat TSMY.

Apabila nasihat TSMY ditolak oleh YDPA, sekali lagi terdedah kelemahan kepimpinan TSMY sebagai PM dan lagi mengukuhkan sebab TSMY sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai PM.

Seterusnya, kerajaan PN terpaksa berhadapan pula dengan Dewan Rakyat untuk meluluskan Bajet 2021nya. Sekarang Bajetnya itu mendapat pula ‘talian hayat’ dari YDPA yang bertitah agar Bajet 2021 dilulus oleh Dewan Rakyat.

Dah terbongkar lagi kelemahan kepimpinan kerajaan PN dibawah TSMY!

Keempat, apabila saranan DS Najib selaku Pengerusi BNBBC untuk menyokong Bajet 2021 secara bersyarat sehingga menimbulkan polemik ‘hikayat PGL’ olih wakil rakyat PN-PAS dan keangkuhan Ketua Eksekutif KWSP, TSMY dan PN sudah berdepan dengan keadaan ‘kalah – kalah’ umpama ‘ditelan, mati emak, dibuang,..’.

Ditolak saranan BNBBC pun susah, diterima pun lagi kelihatan lemah PN.

Tidak adil bagi rakyat dan negara terpaksa mendokong kepimpinan kerajaan yang lemah setelah baru 30 bulan dahulu je, mandat rakyat melalui PRU 14 tidak akhirnya membawa kepada kebaikan dan munafaat untuk mereka!

Memang tepat permintaan awal-awal UMNO-BN pada Mac lepas bahawa jalan yang terbaik ialah untuk kembali balik kepada mandat rakyat.

UMNO-BN bersabar dan sanggup meletak tepi keresahan menyokong mereka yang pernah mengkhianati UMNO untuk mereka pula duduk sebagai pemerintah.

Sudah tahu dengan pasti mereka itu mudah mengkhianati kawan dan perjuangan, sekarang jangan bertolak ansur lagi.

Mungkin kah boleh ‘pengkhianat’ bersifat ikhlas?

Hanya mandat rakyat yang mampu menyelamat rakyat dan negara dari kelemahan kepimpinan negara hari ini.

TAN SRI SHAHRIR SAMAD, KETUA UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU, 13 NOVEMBER 2020.

Ahli MT Umno turut serang MP Pas

MALAYSIA DATELINE

Ahli Parlimen Pas bukan sahaja di serang oleh ahli dan penyokong biasa Umno selepas beliau menyerang Datuk Seri Najib Razak bahkan ahli MajlisTertinggi Umno juga menyerang beliau.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut menyertai netizen Umno yang lain menyerang ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari apabila berkata dalam Dewan Rakyat, syarat yang diberikan oleh Najib umpama syarat Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka.

“Syarat Puteri Gunung Ledang adalah sindiran jangan jaga kepentingan diri tetapi jaga rakyat susah.

“Sokongan bersyarat BN ialah untuk rakyat. Bukan kerana kesenangan dan kuasa.

“7 dulang hati kuman dan 7 dulang darah anak sendiri bukan syarat BN. Sebaliknya BN mahu “hati” rakyat senang dan “darah” keringat rakyat dihargai. Ramai hilang kerja dan bankrup. Rakyat susah,” kata Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa ketika badan propaganda itu di bawah Umno.

Bagi beliau, tidak pelik pun bila YB Pas dari Pasir Mas menyindir sokongan bersyarat BN terhadap Bajet 21 yang dibahaskan secara berfakta oleh Najib.

“Kita tidak pelik kerana dia ahli parti politik. Mereka juga mahu kuasa. Mereka ada jawatan dalam PN. Sebab itu kita faham bila YB Pasir Mas sokong Bajet tanpa syarat,” kata Puad.

Bagi bekas timbalan menteri itu, memperjuangkan nasib rakyat yang terkesan teruk kerana Covid-19 bukan cerita dongeng.

“Moratorium automatik dan pengeluaran dari akaun 1 KWSP bukan cerita hikayat. Ia adalah suara rakyat untuk kesenangan rakyat.

“Ia tidak melibatkan pertambahan perbelanjaan. Akaun 1 adalah duit rakyat. Moratorium automatik pula hanyalah penangguhan sementara membayar pinjaman kepada bank yang masih untung.

“Apakah YB Ahmad Fadhli mahu tukar Pasir Mas kepada Jambatan Emas seperti dalam cerita dongeng itu demi menjaga kepentingan kelompok sendiri bukan rakyat?” katanya.

Gadis bawah umur panjat papan iklan di jalan raya kerana tak mahu kahwin

Share

New Delhi: Enggan mengahwini lelaki pilihan keluarga menyebabkan seorang gadis bawah umur di Madhya Pradesh, India, nekad memanjat papan iklan di jalan raya.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku di bandar Pardesipura, Indore, baru-baru ini.

Gambar yang dikeluarkan agensi berita India, ANI tular di media sosial menunjukkan gadis berkenaan duduk di atas papan iklan sambil bercakap di telefon.

Berdasarkan laporan media tempatan, polis tiba di lokasi kejadian dan memujuk gadis itu turun, tetapi tidak berjaya.

Anggota polis kemudian terpaksa menghubungi lelaki yang ingin dikahwini gadis itu.

Polis Pardesipura Ashok Patidar berkata, siasatan mendapati gadis itu bertindak sedemikian selepas ibunya meminta dia berkahwin dengan seorang lelaki.

Bagaimanapun katanya, dia enggan menuruti permintaan itu kerana dipercayai sudah mempunyai kekasih.

Beliau berkata, susulan kejadian, gadis itu hanya bersetuju untuk turun selepas teman lelakinya memujuknya.

"Seorang gadis kecil memanjat papan iklan menuntut hak bagi mengahwini lelaki pilihannya," kata Patidar.

YB kong ka li kong?

MOHAMED HANIPA MAIDIN

1. Sejak saya menjadi ahli Parlimen, maaf kata, more often than not, saya amat jarang mendengar perbahasan yang awesome dari YB yang popular dengan “Kong Ka li Kong” ini dan juga YB Arau.

2. Oleh itu, bila YB ini menyatakan sesuatu , yang bagi saya, amat tidak wajar kepada “wira atau hero frontliners negara”, bagi saya, maaf kata lah, itulah, malangnya, kualiti perbahasan YB ni. Cuma kali ini saya anggap YB ni telah melepasi garis merah. Beliau telah ” encroached a forbidden zone! “.

Jika Arau nampaknya pertahankan YB “Kong ka li kong” ini, saya menanti YAB PM Tebuk Atap yang Khianat Mandat Rakyat ini juga untuk pertahankan kenyataan YB tersebut ! Ada beran?

3. YB sorang ini nampaknya tidak puas hati kenapa our superb DG ini dikatakan hanya “sibuk” mengadakan sidang media harian mengenai status wabak Covid-19 di Malaysia. Ya, idealnya YB Menteri Kesihatan atau YB timbalannya yang sewajarnya mengadakan sidang akhbar harian tu. TAPI..

4. Be honest. Adakah YB rasa rakyat boleh yakin seyakin yakinnya, jika yang buat sidang akhbar harian isu Covid ini misalnya Menteri Kesihatan yang anjur orang minum air suam dan timbalannya yang didakwa kerana langgar PKP yang buat sidang akhbar harian isu Covid ini?

Adakah YB yakin rakyat tak akan dilanda sindrom kemurungan /depression jika Menteri Kesihatan atau timbalannya yang buat sidang akhbar harian tentang covid ini ?

5. Manusia macam YB or your kind mungkin sukar untuk menilai kejayaan atau kecemerlangan DG yang kami anggap wira atau hero Frontliners di negara ini. Akan tetapi perlukah ayat ” takut mati” yang sangat berciri accusatory (tuduhan melampau) itu dilafazkan in the first place?

6. Saya tidak ada di dalam dewan ketika YB ini berkata benda “jijik” tu. Jika diandaikan saya ada di dewan pada waktu itu, jujurnya saya tak pasti apa yang saya akan lakukan. Sudah tentu saya amat marah dan kecewa!

Apa pun, saya juga amat kesal kerana YB Pengerang selaku Timbalan Speaker gagal membuat sebarang ruling sama ada kata-kata YB ” kong ka li kong” itu boleh dikira wajar dan bersifat “parliamentary“?

'Mungkin saya orang paling dibenci di Malaysia sekarang'

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum membuat keputusan membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 dan masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Tunku Alizakri Alias berkata, KWSP tidak akan menggadaikan masa depan pencarumnya dengan membuat keputusan melulu atau terpengaruh dengan mana-mana desakan berhubung isu berkenaan.

Tunku Alizakri berkata, meskipun berdepan pelbagai tekanan termasuk daripada ahli politik yang sebulat suara menyokong pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1, katanya, ia tidak akan mematahkan semangat pasukannya dalam membuat keputusan terbaik demi jaminan masa depan pencarum.

"Saya faham ramai orang marah, bimbang, rungsing kerana kesan pandemik ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini. 

"Mungkin, saya menjadi orang paling dibenci di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak popular.

"Biarlah orang kecam saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli," katanya seperti dipetik Harian Metro.

Kata Tunku Alizakri, KWSP mendengar pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Kita akan melihat semua aspek secara menyeluruh dengan mengimbangi keperluan semasa ahli sebelum membuat keputusan rasional yang bukan saja akan menyelesaikan masalah hari ini tetapi menjamin kelestarian masa depan ahli," katanya lagi.

Gaji rendah punca caruman rendah

Tunku Alizakri turut mendedahkan bahawa berdasarkan statistik KWSP, sejumlah 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 mereka. 

Statistik itu menunjukkan bahawa 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli yang berumur 54 tahun pada 2020, mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal mengharungi hidup persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun.

"Jumlah RM200 itu adalah sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk satu isi rumah dan juga RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti yang dinyatakan dalam kaji selidik oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC)," katanya lagi.

Tambahnya lagi, faktor gaji yang rendah menjadi punca ramai pencarum mempunyai simpanan yang sedikit dalam Akaun 1.

"Sebelum ini ramai pencarum yang memiliki gaji asas rendah di mana selebihnya adalah dalam bentuk elaun.

"Namun, keadaan itu kini sudah bertambah baik susulan penetapan gaji minimum yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya lagi.

Cadangan untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 1 mendapat pelbagai reaksi, dengan sesetengah pakar berkata langkah itu bukanlah penyelesaian yang baik dalam membantu rakyat berdepan kesempitan ekonomi.

Ada pula yang mempersoalkan hikmah menyimpan wang untuk kegunaan pada waktu sukar, sedangkan kesulitan ekonomi sudah pun melanda sekarang.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan yang pencarum akan dibenarkan mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 1 selama 12 bulan, atau berjumlah keseluruhan RM6,000.

Pengeluaran itu boleh dilakukan bermula Januari 2021.

Tengku Zafrul turut meminta Tunku Alizakri agar bersikap fleksibel dalam perkara itu.

Lebai, dari imej baik, kini negatif kerana Pas

A KADIR JASIN

1. Seperti dalam takrif utama Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah ini, lebai adalah gelaran yang baik. Ia merujuk kepada orang yang tahu berkenaan agama (Islam).

2. Tapi sejak Pas menyertai rampasan kuasa “Sheraton Move” dan menjadi penyokong tegar kerajaan Perikatan Nasional (PN), imej dan gelaran lebai mendapat gambaran yang cukup negatif dengan pelbagai gelaran, sindiran dan cemuhan.

3. Menurut tulisan Dr Mohd Soberi Awang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), perkataan lebai berasal daripada istilah Islami yang membawa maksud menyahut seruan (kebaikan) seperti dalam talbiyyah ketika mengerjakan haji.

4. Tapi macam juga gelaran-gelaran yang lain yang dikaitkan dengan Islam, lebai pun disalah guna dan dipesongkan. Sekarang ini kategori lebai yang kerap dikritik adalah berkaitan politik. Mereka dipanggil lebai politik.

5. Boleh jadi juga dari dulu lagi ada lebai yang tidak berkelakuan baik sehingga pelbagai gelaran buruk diberikan kepada mereka seperti Lebai Malang, lebai kelarah, lebai ketayap, lebai pulut dan sebagainya.

6. Zaman saya kanak-kanak dan remaja di kampung pada tahun 1950-an dan -60-an dulu, lebai cukup dihormati. Mereka ini dikira bawah sikit daripada tok guru.

7. Masa itu hanya lebai pakai ketayap. Orang biasa pakai songkok. Hanya tok guru dan orang yang sudah mengerjakan haji akan pakai jubah dan serban.

8. Hari ini ramai orang Melayu pakai macam orang Arab padang pasir sehingga pembuat songkok, kain batik dan songket susah nak cari makan. Orang Melayu sudah jadi Arab dari segi pakaian.

9. Boleh jadi bangsa Melayu bukanlah bangsa yang ada identiti kekal atau berbangga dengan adat resam sendiri. Orang Melayu suka meniru perkara-perkara yang mudah dan berubah ikut musim.

10. Berbalik kepada lebai politik, kita kena ingat tujuan utama mereka bukan syiar Islam tapi kuasa politik dan segala keuntungan yang datang bersama dengannya.

Wallahuaklam.Terima kasih.

MP Pas ini bingai, kata penyokong Najib Ole

MALAYSIA DATELINE

Selepas ahli Parlimen Pas menyerang Datuk Seri Najib Razak dalam Dewan Rakyat semalam, penyokong bekas perdana menteri itu menyifatkan beliau sebagai bingai.

“Nak kata bodoh tak sampai hati, tetapi tak berapa cerdik, bingailah senang cerita,” kata Datuk Lokman Noor Adam terhadap ahli Parlimen Pas dari Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari melalui facebook beliau.

Menurut bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan ketika Najib adalah menterinya itu, timbalan ketua Pemuda Pas ini ada masalah.

“Manusia ini ada masalah,” kata Lokman yang marah dengan serangan Fadhli terhadap cadangan Najib agar moratorium diberikan secara automatik dan pencarum KWSP boleh mengeluarkan wang mereka dari akaun 1.

Fadli ketika berucap dalam Dewan Rakyat semalam menyifatkan sokongan bersyarat Najib terhadap Belanjawan 2021 umpama syarat yang diberikan oleh Puteri Gunung Ledang untuk menolak pinangan Sultan Melaka.

Bagi Lokman, sokongan bersyarat Najib terhadap Belanjawan 2021 bukan tidak masuk akal kerana ia boleh dilaksanakan oleh kerajaan jika kerajaan mahu sedangkan syarat Puteri Gunung Ledang memang tidak boleh dilaksanakan.

Lokman juga menyekolahkan Fadli apabila dalam ucapannya selalu berdolak dalih.

“Mula-mula dia menolak cadangan Datuk Seri Najib agar dibenarkan pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 1 KWSP.

“Lepas itu dia sokong pula cadangan kerajaan untuk benarkan pencarum keluarkan wang KWSP secara runcit-runcit dari Akaun 1.

“Saya nak tanya pendirian Fadli ni. Apa sebenar pendirian dia. Mula-mula jangan usik simpanan KWSP untuk hari tua ini, lepas tu sokong pula keluar secara runcit-runcit,” kata Lokman.

Fadhli Shaari ketika berbahas menyerang cadangan Najib yang mengenakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawa 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Jumaat lalu.

Fadhli berkata, meletakkan syarat sokongan supaya kerajaan meluluskan pengeluaran kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) Akaun 1 dan lanjutan automatik moratorium agak janggal kerana ia tiada keperluan dalam Belanjawan 2021 ini.

“Saya rasa ia seperti (hikayat) Puteri Gunung Ledang yang meminta Sultan Melaka membuat jambatan (emas), hidangan (hati) nyamuk sekian, sekian, namun bukan bertujuan untuk terima pinangan tetapi petanda untuk tolak pinangan itu,” katanya.

Isyarat besar hampir kiamat

Dr Khairul Asyraf Mohd Nathir

Beberapa hari ini kita digemparkan dengan tragedi pembunuhan kejam berlaku di dua tempat berbeza. Kejadian menyayat hati ini rentetan daripada peristiwa pembunuhan manusia yang sentiasa berlaku di dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada berlakunya tragedi sedemikian.

Peristiwa pembunuhan ini antara isyarat besar yang dinyatakan oleh Nabi SAW sebagai tanda hampirnya dunia ini dengan kiamat. Menghampiri kepada saat itu, semakin banyak pembunuhan berlaku membabitkan banyak pihak. Perkara ini semakin hari menjadi parah dengan tragedi sedemikian menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.

Daripada Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Menjelang kiamat nanti, hari banyak dipenuhi dengan al-Harj. Saat itu ilmu menjadi hilang dan kejahilan tersebar di mana-mana. Abu Musa berkata: 'al-Harj bermaksud pembunuhan menurut dialek orang Habsyi.'" Hadis Riwayat Al-Bukhari. Kitab al-Fitan, hadis no. 7067

Hadis ini menjelaskan maksud al-Harj yang merujuk kepada pembunuhan yang berlaku pada masa tertentu dan di antara sebabnya adalah tersebarnya kebodohan serta hilangnya ilmu.

Dalam riwayat lain, daripada Abdullah dan Abu Musa RA, mereka berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya: "Apabila hampirnya berlaku kiamat, akan terjadi hari-hari berlakunya kejahilan, diangkat daripadanya ilmu dan berleluasanya al-Harj. Al-Harj adalah pembunuhan." Hadis Riwayat Al-Bukhari. Kitab al-Fitan, hadis no. 6538

Dalam hadis berikutnya, daripada Abu Hurairah RA, baginda Nabi SAW bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga terzahirnya fitnah, banyaknya penipuan, pasar berdekatan, masa semakin singkat, banyaknya al-Harj. Telah berkata: Apa itu al-Harj? Baginda menjawab: Pembunuhan." Hadis Riwayat Al-Albani. Silsilati al-Shahih, hadis no. 2772

Gambaran pertama hadis ini merujuk kepada kejahilan yang jelas berlaku bermula pada penghujung pemerintahan kerajaan Uthmaniyah iaitu apabila hampir tiada yang mampu membaca dan menulis sehingga mencapai kemuncak kepada kejahilan manusia. Pada ketika itu hanya sedikit yang mendirikan solat dan hampir tiada yang boleh membaca al-Quran, sebelum umat Islam mula bangkit kembali serta ajaran Islam mula berkembang.

Gambaran pembunuhan pula merujuk kepada banyaknya pembunuhan sehingga seseorang itu akan membunuh seseorang yang lain tanpa mengetahui sebab dia membunuh dan bagi yang dibunuh juga tidak mengetahui kenapa dia dibunuh. Perkara ini merujuk kepada pembunuhan tanpa niat yang kukuh. Dalam situasi ini berkemungkinan pembunuh juga hanya berperanan sebagai tukang bunuh yang diupah dengan nilai tertentu. Situasi ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Demi zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, dunia ini tidak akan musnah sehingga manusia saling berbunuhan antara satu sama lain tanpa mengetahui apa penyebabnya. Demikian juga orang yang dibunuh, dia tidak mengetahui apa penyebab dia dibunuh." Maka mereka bertanya kepada baginda: "Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Baginda menjawab: "Itulah al-Hajr, yang membunuh dan yang dibunuh sama-sama di neraka." Hadis Riwayat Al-Albani. Silsilati al-Shahih, hadis no. 2772

Pembunuhan dijelaskan ini bukan bermaksud peperangan yang terjadi antara pembela kebenaran melawan pelaku kebatilan atau memerangi orang yang memberontak terhadap pemerintah yang sah. Pembunuhan yang berlaku itu adalah disebabkan urusan dunia sama ada membabitkan harta, takhta, wanita atau perkara lain yang tidak diketahui tujuannya.

Bagaimanapun, apabila diteliti, terdapat maksud tertentu yang menyebabkan berlaku sesuatu pembunuhan. Antaranya membabitkan kepentingan daripada pihak tertentu. Situasi ini dapat dilihat dengan sejarah pembunuhan yang berlaku di seluruh dunia dengan bermotifkan perebutan harta, politik, dendam yang akhirnya nyawa menjadi pertaruhan.

Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Ibadah pada saat terjadinya al-Harj (pembunuhan) adalah seperti orang yang hijrah kepadaku." Hadis Riwayat Muslim al-Fitan, hadis no. 2948

Hadis ini menunjukkan nilai ibadah pada zaman yang banyaknya berlaku pembunuhan dengan menyamakan dengan nilai hijrah kepada Rasulullah SAW. An-Nawawi menjelaskan, maksud al-Harj adalah merujuk kepada fitnah dan urusan manusia di dunia. Oleh itu, keutamaan ibadah padanya adalah penting kerana pada zaman itu ramai manusia akan lupa kepada perkara akhirat dan sibuk kepada perkara yang membawa kepada fitnah.

Dalam al-Quran Allah SWT menyatakan dengan jelas larangan terhadap pembunuhan sesama manusia. Allah SWT berfirman maksudnya: "Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Al An'am ayat 151

Pada ayat lain, Allah SWT berfirman maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman 'qisas' (balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh iaitu orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan daripada saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan daripada Tuhan kamu dan suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Surah Al-Baqarah ayat 178

Dalam satu riwayat menjelaskan umat Islam adalah umat 'marhumah' iaitu umat yang diberi rahmat dan dikasihi. Mereka tidak akan diseksa dengan azab yang kekal di akhirat. Allah SWT hanya menyeksa mereka di dunia dengan pelbagai fitnah, gempa bumi dan pembunuhan.

Diriwayatkan daripada Shidqah bi Al-Muthanna: "Telah menceritakan kepada kami Rabbah bin al-Harith daripada Abu Burdah dia berkata: 'Ketika aku sedang berdiri di pasar pada masa pemerintahan Ziyad, tiba-tiba aku memukul sebelah tangan aku kerana berasa hairan, lalu salah seorang lelaki daripada kalangan Ansar yang bapanya mempunyai persahabatan dengan Rasulullah SAW bertanya, 'Apakah yang engkau hairankan wahai Abu Burdah? Aku menjawab, 'Aku hairan terhadap kaum yang agamanya satu, nabinya satu, dakwahnya satu, hujahnya satu, berperang kerana tujuan yang satu, tetapi mereka saling membunuh antara sebahagian yang lain.' Dia berkata: 'Janganlah engkau hairan kerana aku mendengar ayah aku memberitahu dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesungguhnya umatku ini adalah umat yang dikasihi. Tidak ada hisab dan azab bagi mereka di akhirat, sesungguhnya azabnya berupa pembunuhan, gempa bumi dan pelbagai fitnah di dunia.'" Hadis Riwayat al-Hakim.

Oleh itu marilah sama-sama kita memohon keselamatan kepada Allah SWT dan memohon perlindungan-Nya daripada pembunuhan dan semua fitnah sama ada yang jelas atau tersembunyi.

Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Polis Kelantan buka kertas siasatan pameran 'artifak nabi'

 


Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung kesahihan pameran artifak Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda yang dianjurkan selama dua minggu berakhir semalam.

Ia diadakan di Madrasah Ribat Al-Mustafa, Pulai Chondong, dekat Pasir Puteh.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata ia susulan polis menerima dua aduan mengenai laporan berkenaan yang dibuat di luar Kelantan yang meminta polis membuat siasatan tentang kesahihannya.

“Siasatan dibuka mengikut Seksyen 465 atau 471 Kanun Keseksaan dan ia juga disiasat oleh pihak berkuasa agama negeri,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan pematuhan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di lokasi sekatan jalan raya di Kampung Pacakan Pasir Puteh, hari ini.

Semalam Pengarah Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Che Mohd Rahim Jusuh dilaporkan berkata pihaknya khuatir pameran itu boleh mengelirukan masyarakat Islam mengenai sejarah Rasulullah.

Program itu antara lain mempamerkan bahan didakwa rambut, janggut, darah, peluh dan tongkat milik Muhammad sedangkan kesahihannya belum disahkan oleh pihak berwajib.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata polis sudah bersedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir berikutan Jabatan Meterologi Malaysia menjangkakan negeri-negeri di Pantai Timur akan dilanda hujan lebat bermula Nov hingga Dis ini.

"Seramai 1,500 anggota polis dan pegawai diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi fenomena itu termasuk memindahkan mereka yang terjejas banjir ke pusat pemindahan sementara," katanya.

Bagi memantapkan lagi kesiapsiagaan itu, Shafien berkata, dia akan mempengerusikan mesyuarat dengan ketua-ketua agensi berkaitan pada minggu depan.

-Bernama

UMNO SUDAH BOLEH LUPAKAN PAS, HATINYA SAH TELAH MELEKAT PADA PN, BUKAN LAGI MN

Shahbudin Husin 

Dua hari lalu, Muhyiddin Yassin memaklumkan mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikannya secara sidang video.

Kehadiran pemimpin lain yang dimaklumkan beliau dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:-

1. Hadi Awang – Timbalan Pengerusi

2. Dr. Jeffrey Kitingan – Timbalan Pengerusi

3. Yong Teck Lee – Timbalan Pengerusi

4. Ahmad Faizal Azumu – Timbalan Pengerusi

Turut hadir ialah:-

⁃ Hamzah Zainuddin – Setiausaha Agung

⁃ Azmin Ali – Ketua Penerangan

⁃ Ahmad Shamsuri Mokhtar – Bendahari Agung

⁃ Rina Harun – Ketua Wanita

⁃ Ir. Khairil Nizam Khirudin – Ketua Pemuda

⁃ Takiyuddin Hassan – Ahli MT

⁃ Dr. Ronald Kiandee – Ahli MT

⁃ Guan Dee bin Koh Hoi – Ahli MT

Secara tidak langsung, melalui hebahan yang diumumkan oleh Muhyiddin ini, PN sudah pun mempunyai struktur kepimpinannya yang sah dan hampir lengkap sekarang ini. 

Struktur kepimpinan itu jelas melibatkan Pas yang sebelum ini diketahui umum sudah menjalin permuafakatan dengan UMNO dalam Muafakat Nasional atau MN.

Begitu pun, MN tidak pernah mewujudkan barisan kepimpinannya, malah persetujuan untuk mendaftarkan gabungan itu baru saja diputuskan lebih kurang sebulan yang lalu.

Yang jelas, Pas kini sudah sah melekat hatinya bersama PN dan barangkali hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk memutuskan pertunangan secara rasmi dengan UMNO dalam mahligai impian MN yang hanya bertahan lebih kurang setahun lamanya.

Tentulah tidak mungkin, setelah berada dalam barisan kepimpinan PN, Pas mahu berada pula di dalam MN bersama UMNO.

Berikutan mesyuarat MT PN pada 9 November itu juga, Hamzah kemudian memaklumkan di laman sosialnya mengenai persetujuan menubuhkan Badan Perhubungan Negeri-Negeri dan perlantikan Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya.

Perlantikan Pengerusi Perhubungan Negeri-Negeri itu, jelas Hamzah akan dilakukan oleh Muhyiddin selaku Pengerusi PN.

Kata beliau, langkah itu bertujuan memperkasa gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh dan untuk mengukuhkan kedudukan PN sebagai peneraju kerajaan.

Yang perlu difahami dengan mengumumkan menubuhkan Badan Perhubungan Negeri-Negeri ini, sudah pasti pemimpin Pas akan dilantik mengetuai beberapa negeri, antaranya Kelantan, Terengganu, Kedah dan mungkin juga Pahang serta Perlis.

Dengan perlantikan tersebut dijangka akan dilakukan Muhyiddin dalam waktu terdekat ini, bererti hubungan Pas dengan UMNO dalam MN akan semakin menjauh seperti kian hilangnya perasaan kasih seseorang setelah bertemu kekasih lain yang lebih berharta dan boleh memberi kemewahan kepadanya.

Itulah dunia – dalam banyak perkara, penentunya kesetiaan ialah keselesaan, kedudukan, jawatan serta wang.

Dalam senario ini di mana UMNO tidak mampu lagi memberi apa-apa kepada Pas sebagaimana era Najib Razak dahulu, untuk mengekalkan dominasinya sebagai parti Melayu, UMNO tiada pilihan lain lagi selain perlu meninggalkan Pas dan anggap saja MN sebagai mahligai angan-angan yang sudah pun musnah.

UMNO perlu kembali kepada realiti dengan mengukuhkan dirinya sendiri bersama rakan-rakan komponen BN bagi menghadapi PRU15 akan datang.

Pas ternyata bukanlah pasangan setia yang kesetiaannya boleh diharap berpanjangan, setelah biasa kawan cerai, kawin cerai sebelum ini, kesukaan itu nampaknya terus menjadi amalan serta gaya perjuangannya.

Tidak guna lagi UMNO bergantung harap atau menaruh harapan kepada Pas – segala-galanya kini telah berakhir.

Kalau mahu berunding soal pembahagian kerusi pun, UMNO tetap akan kalah kerana selepas ini perundingan tentu saja perlu melibatkan UMNO atau BN dengan PN, bukan lagi dengan Bersatu atau Pas secara sendirian.

Dalam situasi di mana PN sudah ada struktur kepimpinan dan Pas sah bersama dengannya, gabungan itu kini mempunyai 50 kerusi Parlimen (31+18+1) berbanding BN hanya ada 43 kerusi.

Maka, PN dengan sendirinya mempunyai kedudukan yang lebih untuk menekan UMNO dan BN agar lebih bertolerasi, terutama bersedia menyerahkan kerusi-kerusi tertentu kepada Geng Hamzah dan Geng Azmin.

Akhirnya, UMNO akan terus berada di lapisan kedua di belakang PN dalam pembahagian kerusi untuk PRU15, sekaligus memungkinkan masa depan Zahid Hamidi dan Najib menjadi lebih gelap sekiranya Muhyiddin terus kekal lagi sebagai Perdana Menteri. 

Hanya berjuang sendiri, bangun sendiri dan guna kekuatan sendiri bersama BN saja yang mampu membolehkan UMNO kembali tegak berdiri seperti sebelum ini. (Shahbudindotcom 11/11/2020)


Apabila Presiden Amerika berdepan dengan gerakan Islam

ZIN MAHMUD

Akhirnya, kerajaan Amerika Syarikat akan kembali kepada normal apabila Joe Biden dapat mengalahkan Donald Trump dalam pilihan raya presiden 2020. Selama empat tahun Amerika diperintah oleh seorang yang tidak selayaknya menjadi pemimpin negara walaupun hampir separuh pengundi menyokong beliau.

Untuk menyebut mengenai Presiden Amerika adalah mudah. Ia merupakan jawatan ketua negara dan ketua kerajaan Amerika. Apa yang sukar ialah untuk mentakrifkan gerakan Islam itu sendiri.

Kalau menurut Kalim Siddiqui yang banyak menulis mengenai gerakan Islam pada tahun 1980-an, semua kumpulan Islam, termasuk parti Islam dan persatuan yang memperjuangkan Islam dianggap sebagai gerakan Islam. Tetapi beliau menulis pada zaman sebelum munculnya terorisme ekstrem atas nama Islam seperti apa yang ada pada hari ini.

Tentulah pada masa ini tidak ada mana-mana kumpulan Islam yang mahu disamakan dengan golongan ganas yang memberi nama buruk bukan saja pada umat Islam, tetapi kepada agama Islam itu sendiri. Ataupun mungkinkah istilah gerakan Islam sudah tidak relevan pada zaman ini, dan penggunaannya perlu dihentikan?

Tetapi untuk membicarakan mengenai presiden Amerika dan gerakan Islam, tumpuannya dari segi sejarah kotemporari adalah hubungan mereka dengan Iran dan Afghanistan bermula pada awal 1980-an. Itulah permulaannya. Tetapi sehingga 2020 ini, ia tetap belum berakhir.

Bagi Kalim, keseluruhan Iran itu adalah gerakan Islam. Republik Islam melayakkan negara itu menjadi gerakan Islam. Presiden Amerika pertama yang berhubung dengan Iran ketika Revolusi Islam adalah Jimmy Carter.

Kemudian ia dilanjutkan dengan pengganti-penggantinya, Ronald Reagan, George HW Bush, Bill Clinton, George W Bush, Barack Obama dan akhirnya Donald Trump.

Sesiapun yang menjadi presiden Amerika, mereka perlu menghadapi Iran dan Afghanistan. Maka begitu jugalah dengan Joe Biden.

Penglibatan Amerika dengan Afghanistan pula mempunyai ironi tersendiri. Mereka masuk ke negara itu, juga pada zaman Jimmy Carter melalui kerjasama Arab Saudi dan Pakistan.

Tujuannya adalah untuk menghalang Soviet Union daripada menguasai negara itu. Kini, Soviet Union pun sudah tiada tetapi tentera Amerika masih berada di situ untuk terus berdepan dengan Taliban.

Afghanistan sudah menjadi negara demokrasi tetapi ia tidak aman dan tidak makmur. Kerajaan yang memerintah di situ dikenali sebagai korup dengan mengamalkan nepotisme, iaitu sesuatu yang biasa di mana-mana negara Islam. Taliban menguasai sebahagian besar wilayah dan melakukan serangan dari masa ke masa hingga menimbulkan kesusahan pada rakyat biasa.

Kemudian, ada pula laporan menyatakan bahawa kehadiran tentera Amerika di Afghanistan adalah berbentuk kekal iaitu menjadikannya sebagai satu tapak pangkalan untuk memantau bukan saja Iran dan Rusia tetapi juga China yang membina laluan sutera merentas Asia tengah menghubungi Turki dengannya.

Soal geopolitik menyentuh banyak perkara yang tidak boleh dibuat kesimpulan hanya melalui laporan berita atau fakta tertentu. Ia memerlukan banyak maklumat dan para pengkaji mewujudkan institut penyelidikan untuk itu, termasuk penyediaan kertas kajian dan jurnal.

Tetapi bagi pemerhati dan orang ramai, cukuplah dengan memahami secara umum apa yang sedang berlaku dengan pemahaman bahawa pakar-pakar geopolitik yang menasihati kerajaan lebih banyak mengetahui daripada para pemerhati bebas dan wartawan.

Begitu juga dengan seorang presiden, yang asalnya orang biasa. Ada presiden yang minat terhadap isu-isu antarabangsa. Dengan minat dan pembacaan yang luas, mereka mungkin mempunyai banyak pengetahuan dan memiliki hala tuju untuk membawa negara ke mana.

Tetapi itu pun mereka tidak akan dapat mengatasi pengetahuan penasihat-penasihat yang pakar. Walaupun ada kalanya pakar pun boleh buat silap dan nasihat mereka tidak boleh dipakai. Tetapi keputusann akhir adalah di tangan presiden.

Maka, Donald Trump adalah orang biasa yang pengetahuannya mengenai isu-isu antarabangsa amat terhad. Kalau melihat rekod hidupnya, beliau juga tidak menunjukkan minat terhadap geopolitik. Walaupun beliau lulusan universiti bidang perniagaan, sebelum menjadi presiden, beliau tidak pernah bercakap mengenai hal-hal dasar luar.

Sebagai presiden, beliau bergantung pada nasihat daripada Jabatan Negara yang merupakan Kementerian Luar Amerika, Jabatan Pertahanan dan pelbagai agensi yang membentuk dasar luar negara.

Trump diberi taklimat dan pelbagai laporan berada di atas meja. Tetapi menurut laporan daripada bekas staf yang menulis buku menceritakan pengalaman mereka, Trump tidak suka mendengar taklimat atau membaca laporan. Tetapi beliau suka membuat keputusan yang tidak konvensional.

Dalam keadaan inilah Trump membuat keputusan supaya kedutaan Amerika dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Beliau setuju supaya melancarkan suatu serangan di Yaman, memanggil pulang tentera Amerika di Syria dan bersedia mengadakan rundingan dengan Taliban.

Ini bukan pula bermakna bahawa Joe Biden lebih berpengetahuan daripada Trump. Beliau juga tidak mempunyai rekod minat besar terhadap isu-isu antarabangsa. Tetapi Biden adalah naib presiden di bawah Barack Obama, dan pendedahannya terhadap geopolitik adalah normal sebagai seorang ahli politik.

Biden mempunyai reputasi sebagai seorang yang berusia, lembut dan lambat. Malah, beliau dikatakan adalah seorang pelupa dan mudah tertidur, tidaklah secergas Obama. Sama ada keputusan yang dibuatnya akan lebih baik daripada Trump akan dapat dilihat kelak.

Tetapi perlu juga dilihat faktor parti. Selain daripada jentera kerajaan dan penasihat-penasihat daripada agensi pemikir, ada satu lapisan antara kumpulan itu dengan presiden. Ia adalah penasihat-penasihat politik dari parti masing-masing.

Kedua-dua parti, Demokratik dan Republikan mempunyai fahaman politik berbeza  berhubung isu-isu antarabangsa.  Lebih-lebih lagi dari segi pendekatan. Perkara ini banyak dianalisis oleh ahli-ahli akademik.

Trump dari Parti Republikan dan Biden dari Parti Demokratik. Republikan mempunyai reputasi sebagai parti keras dan mengutamakan kepentingan Amerika dan dunia Barat termasuk Israel.

Demokratik pula dilihat bukan saja lembut tetapi lembik, dan lebih bersifat global. Dengan reputasi ini, adakalanya ia menjadi terbalik. Oleh kerana dikecam rakyat Amerika, maka presiden Demokratik akan menunjukkan ia lebih keras dan lebih menjaga kepentingan Amerika.

Itulah yang terjadi semasa Obama menjadi presiden. Beliau adalah dari Parti Demokratik. Beliau melancarkan serangan bom ke atas negara-negara Islam termasuk operasi membunuh Osama bin Laden.

Tetapi tidak seperti presiden sebelumnya dan selepasnya, Jimmy Carter tidak pernah melancarkan sebarang serangan pada negara lain. Beliau adalah dari Parti Demokratik.

Sikapnya juga turut menyumbang kepada kejayaan Revolusi Iran. Beliau tidak mahu menerima Shah Iran. Tetapi Iran melengahkan pembebasan tebusan sehingga habis pilihan raya presiden untuk mempengaruhi pengundian. Maka Carter kalah dan Ronald Reagan dari Parti Republikan yang lebih keras menang.

Untuk menganalisa Amerika adalah lebih mudah kerana ia merupakan sebuah negara. Tetapi untuk menganalisa dunia Islam adalah lebih sukar kerana di dalamnya terdapat banyak negara. Lebih-lebih lagi gerakan Islam yang  jauh lebih sukar.

Mungkin setelah 40 tahun berlalu, satu teori baharu untuk gerakan Islam hari ini. Gerakan Islam pada masa ini berbeza daripada tahun-tahun 1980-an. Selepas 40 tahun, banyak pengalaman, sama ada kejayaan dan kegagalan telah dilalui untuk menuntut pemikiran baharu tetapi kerja-kerja ini wajar dilakukan oleh generasi pelapis.


*ZIN MAHMUD berpengalaman luas dalam dunia kewartawanan sejak awal 1980-an, bekas pengarang Mingguan Malaysia, bekas pengarang kumpulan Harakah dan pernah menerbitkan majalah Dunia Islam.

Hal kisah BMF yang gagal

TAUFEK YAHYA

Setahun dua dahulu, heboh kedengaran kempen Buy Muslim First (BMF) atau beli barangan Muslim yang digerakkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu. Kempen ini turut didokong parti-parti politik pembangkang Melayu khususnya Umno dan Pas.

Tujuan kempen ini secara mudahnya adalah untuk menggalakkan orang Melayu dan Islam di negara ini untuk membeli barangan buatan pengusaha muslim. Walaupun tujuannya murni namun kaedahnya tidak semurni tujuan asal. Kempen ini disulami rasa curiga dan benci kepada produk-produk buatan bukan Melayu-Islam. Malah kempen beli barangan Muslim ini dijadikan modal politik pula dengan mainan sentimen agama dan bangsa yang keterlaluan.

Akhir-akhir ini, kempen BMF ini agak sunyi lebih-lebih lagi selepas Umno dan Pas bersama beberapa parti lain membentuk kerajaan di peringkat persekutuan melalui proses di luar tabi’ie Mac lalu. Tidak kedengaran lagi suara-suara lantang menggesa orang Melayu membeli barangan Muslim, malah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diposisikan sebagai pakatan politik berteraskan Melayu dikritik sekutu NGO-nya kerana dianggap tidak serius mempromosikan BMF setelah berkuasa.

Apakah punca sebenar gagalnya kempen BMF ini?

Jawapannya mudah. Seperti dinyatakan di awal artikel ini, BMF ini bertujuan murni tetapi kaedahnya tidaklah semurni tujuannya. Memulakan satu-satu kempen dengan bermodalkan kebencian dan kecurigaan tidak mampu menjadikan ia bertahan lama apatah lagi jika bersandarkan sentimen dan meminggirkan realiti.

Menyeru umat Islam membeli barangan buatan muslim tiada silapnya. Namun jika ia dibuat bersekali dengan seruan memboikot barangan syarikat bukan Muslim, ia adalah sesuatu yang keterlaluan apatah lagi jika bermotifkan politik sempit.

Perlu diingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum dan agama. Setiap rakyat mempunyai hak yang sama dalam perlembagaan untuk hidup secara aman dan harmoni termasuk di bidang ekonomi dan perniagaan.

Persaingan dalam semua bidang kehidupan di negara majmuk ini perlu berlangsung secara jujur dan bertanggungjawab. Tidak seharusnya sentimen agama dan bangsa dijadikan sandaran dalam apa juga kempen apatah lagi jika ia bersulamkan kebencian dan rasa curiga.

Kegiatan ekonomi khususnya makanan yang diusahakan bukan Islam tidak harus dijadikan bahan kebencian selagi ianya halal dan mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Apatah lagi jika perusahaan itu menggaji pekerja Muslim dan mematuhi peraturan halal yang ditetapkan pihak berkuasa agama.

Sebenarnya banyak barangan buatan muslim di pasaran tempatan yang diterima ramai bukan kerana sentimen agama dan bangsa, tetapi kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya. Namun tidak kurang syarikat dan barangan yang dipasarkan atas sentimen agama dan bangsa terkandas di tengah jalan dan gagal di pasaran kerana tidak berkualiti dan rendah mutu perkhidmatannya.

Lihat sahaja produk makanan segera dikeluarkan Ramli Burger, produk barangan makanan keluaran Adabi Industries dan rangkaian pasaraya Mydin (sekadar menyebut beberapa nama) yang terus gah di pasaran tanpa perlu memainkan sentimen bangsa dan agama. Produk dan perkhidmatan yang diterajui muslim ini diterima ramai dan gah di pasaran kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya.

Jadi tidak perlulah kecewa dengan kegagalan kempen BMF. Yakinilah kemampuan orang Melayu-Islam untuk bersaing di bidang ekonomi secara sihat dan bermaruah tanpa perlu menanam rasa benci dan curiga kepada orang lain.

(Gambar) Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat menguap tidak ikut adab Islam

FAZLI RADZI

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat menguap tidak ikut adab Islam

Tular di media sosial gambar dan petikan video yang menunjukkan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menguap besar tanpa menutup mulut.

Dalam rakaman video singkat itu, wakil rakyat Pas tersebut dilihat menguap tanpa meletakkan tangan ke mulut sambil mengenakan cermin matanya.

Aksi spontan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat itu mengundang reaksi penyokong Pakatan Harapan (PH) termasuk secara sinis mengaitkan seperti spesis primat gorila.

“Walaun dulu (penyokong Pas) mengata kat Dr Mujahid. Kini ulamak dia (Pas) yang macam gorila,” kata salah seorang penyokong PH.

Sebelum ini, penyokong Pas berduyun-duyun mengutuk Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga Naib Presiden AMANAH yang menguap semasa sidang Dewan Rakyat sedang berlangsung.

Namun, kali ini rata-rata penyokong Pas dilihat terdiam apabila tiba ‘giliran’ pemimpin berimej agama mereka pula menguap tanpa mengikut adab seperti digariskan Islam.

“Biar gambar berbicara, bayangkan berapa banyak setan berlumba masuk mulut lebai temberang ini,” dipetik dari hantaran Facebook Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam laman sesawangnya pada 2016 telah memuat naik hadits dan huraiannya berkenaan adab menguap yang dipetik dari Kitab Riyadhus Salihin:

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang di antara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak ditutup ketika menguap.”

(Hadith Riwayat Muslim)

“Dituntut oleh Islam meletakkan tangan dan lain-lain ke atas mulut ketika menguap. Tujuan berbuat demikian adalah untuk menghalang syaitan masuk ke mulut sehingga orang tersebut dikuasai oleh syaitan.

“Makruh bagi orang yang menguap mengeluarkan suaranya ketika menguap, sesungguhnya syaitan itu sangat suka kepada orang yang lalai dalam apa keadaan sekali pun,” kata JAKIM lagi.

(Gambar) Nelayan kritikal tercekik ikan

Share


Kaherah: Berpantang maut sebelum ajal. Perumpamaan sesuai menggambarkan situasi seorang nelayan yang kritikal selepas tercekik ikan yang dipancingnya.

Lelaki berusia 48 tahun itu dikejarkan ke Hospital Pakar Beni Suef dengan ambulans selepas mengalami kesukaran bernafas dalam kejadian Sabtu lalu.

Prosedur mengeluarkan ikan itu berlangsung lebih 10 minit dan lebih mengejutkan apabila ikan berkenaan masih hidup.

Timbalan Pakar Pembedahan Plastik, Dr Michael Ibrahim yang juga seorang daripada petugas terbabit operasi berkenaan memberitahu, pihaknya melakukan endoskopi terlebih dahulu ke atas pesakit dan mendapati saluran pernafasannya tersekat.

Katanya, mereka berjaya mengeluarkan ikan itu yang tersekat di salur pernafasan atas.

"Mengejutkan apabila ikan itu masih hidup," katanya seperti dilapor Gulf Today.

Doktor mengesahkan pesakit semakin pulih dan ditempatkan di unit rawatan rapi untuk pemantauan.

Terdapat dua versi punca kejadian yang dilapor petugas hospital iaitu pertama, pesakit memegang ikan di mulut dan ia tercicir hingga ke kerongkong manakala versi kedua ialah nelayan itu cuba mengeluarkan ikan daripada jaring menggunakan mulutnya sebelum ia melompat.

Kenapa PN harap semua sokong Belanjawan 2021?

 RAYUSA

Jumlah peruntukan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu merupakan yang terbesar dalam sejarah negara, iaitu RM322.54 bilion, hingga dipersoal dari mana sumbernya oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail!

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menegaskan kekurangan ketara dalam Belanjawan 2021 ialah tidak menyatakan pelan pemulihan ekonomi.

Apa yang jelas hanyalah pengumuman demi pengumuman pemberian bantuan, dan insentif hingga diragui adakah semuanya dapat dipenuhi ketika ekonomi negara meruncing.

Semasa mengambil peranan utama membahaskan Belanjawan 2021 sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat pada 9 November, Anwar menegaskan belanjawan tersebut tidak dapat diterima sebelum dibuat beberapa pindaan terhadapnya.

Dari awal hujahnya lagi, Anwar menganggap Belanjawan 2021 hanya belanjawan khayalan, mengaburi mata rakyat, dan ‘indah khabar dari rupa’. Memang peruntukan terbesar tetapi Anwar bertanya dari mana sumbernya.

Bantuan demi bantuan yang dihulurkan, tegas Anwar, hanya memberi kelegaan sementara kepada rakyat, sedangkan hakikatnya ialah negara bakal menghadapi kegawatan besar!

Anwar bertanya, jika mahu menjual aset negara seperti tanah dan saham, tanah dan saham mana yang boleh dijual. Siapa yang boleh membantu. Jika menjual saham kerajaan yang tenat sekarang, tegas Anwar, negara bakal jahanam!

Mengenai peruntukan sebanyak RM81 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang hangat dipertikai sekarang, Anwar bersimpati dengan Zafrul yang bukan orang politik, tetapi terpaksa mengikut telunjuk pemimpin PN. Pun begitu, beliau menasihatkan agar jabatan berbau politik itu tidak diberikan peruntukan.

Belanjawan 2021 juga dianggap sebagai belanjawan menangani Covid-19. Walau bagaimanapun, Anwar mendapati peruntukan bagi perkara tersebut kecil sahaja, padahal kesan buruk wabak maut tersebut sentiasa digembar-gemburkan.

Oleh itu, tegas Anwar, Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menerima penjelasan meyakinkan mengenai segala kekhuatiran yang timbul.

Belanjawan 2021 amat dinanti-nantikan kerana ia yang pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), dan ketika wabak pandemik masih mengancam, serta diharapkan dapat disokong oleh semua pihak, termasuk MP pembangkang.

Lebih menarik, Ahli-ahli PH dijanjikan peruntukan oleh kerajaan PN jika menyokong Belanjawan 2021, meskipun dibantah oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Kenapa PN mahukan sokongan semua pihak? Ada yang menganggap tidak lain kerana PN mahu terus menjadi kerajaan, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri.

Disebabkan usaha memohon pelaksanaan darurat tidak berjaya, ikhtiar lain pula dicuba. Ekoran kenaikan menakutkan kes Covid-19, prosedur operasi standard (SOP) yang baharu untuk Sidang Dewan Rakyat dimaktubkan.

Satu daripadanya ialah menghadkan jumlah ahli Parlimen dalam sidang, iaitu hanya 80 sahaja – 41 dari PN, 31 PH, dan lapan lagi Bebas. SOP itu dikuatkuasakan mulai 9 November.

Sidang Dewan Rakyat sekarang bermula pada 2 November lalu. Jika benar-benar kerana mahu membendung penularan Covid-19, sepatutnya dari tarikh itu lagi SOP hanya 80 ahli Parlimen dilaksanakan. Semua sedia maklum kes harian wabak pandemik turun naik.

Mengapa tiba-tiba pada 6 November yang ada peristiwa penting negara, peraturan menghadkan jumlah ahli Parlimen itu bermula? ‘Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah’.

Lantaran desakan yang dimulakan oleh Anwar agar Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membenarkan semua ahli Parlimen memenuhi dewan, pembentangan Belanjawan 2021 bermula lewat setengah jam.

Desakan Anwar itu yang mengatakan tempoh pembentangan tidak terlalu lama, disokong oleh beberapa Ahli Parlimen PN, termasuk Tajuddin dan Datuk Sri Bung Moktar Radin (Kinabatangan) dengan alasan Yang Dipertua berkuasa memberi kebenaran ketika itu, dan pembentangan Belanjawan 2021 memang sangat penting – wajar diikuti semua ahli Parlimen.

Azhar menolak kerana pembatasan, katanya, telah dipersetuju secara konsensus oleh Ketua Whip semua parti beberapa hari sebelum pembentangan. Walau bagaimanapun, akhirnya beliau bersetuju membenarkan semua ahli Parlimen memasuki Dewan Rakyat mendengar pembentangan Belanjawan 2021.

Kelakar kerana dari 2 hingga 5 November seolah-olah tiada virus Corona apabila semua 222 ahli Parlimen dibenarkan masuk, sebaliknya, pada 6 November, hanya 80 sahaja, bagaikan pada hari itu baru Coronavirus ada!

Begitu terdesaknya Kerajaan PN hingga memanipulasikan Covid-19 dan SOP Dewan Rakyat sebagai bantuan penerus hidup!

Pentingnya penerimaan semua pihak terhadap Belanjawan 2021 bagi PN diakui secara tidak langsung oleh mantan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Ghani.

Mantan Ahli Parlimen Titiwangsa itu juga menegaskan jika Belanjawan 2021 ditolak, kakitangan awam tidak akan mendapat gaji untuk Januari 2021.

Pertukaran kerajaan lagi, tambah Johari, juga menyebabkan perubahan polisi yang akan menyusahkan semua pihak. Beliau memberi contoh pendapatan negara banyak berkurangan apabila PH yang mengambil alih pentadbiran negara, menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan/GST dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan/SST.

Amat difahami, sebagai ahli Umno dan penyokong PN, tentulah Johari mahu kerajaan PN kekal berkuasa.

Kesusahan banyak pihak, terutama kakitangan awam dijadikan alasan ampuh untuk ‘merayu’ pengekalan pentadbiran kerajaan (pintu belakang/tebuk atap) sekarang.

Pengusaha bas buat laporan polis terhadap Belanjawan 2021 kerajaan PN

B Nantha Kumar

Selepas mendakwa gagal menyuarakan tuntutan terhadap Belanjawan 2021 kepada beberapa kementerian, termasuk Jabatan Perdana Menter (JPM), NGO pengusaha bas persiaran bertindak melapor polis.

Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia (GAPP Bas Malaysia) yang memfailkan laporan di balai polis IPD Putrajaya hari ini berkata belanjawan yang dibentangkan Jumaat lalu tidak memberi sebarang manfaat kepada pemilik bas persiaran.

Difahamkan ia laporan polis pertama terhadap Belanjawan 2021.

Presiden GAPP, Abdul Aziz Ismail Gani dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini mendakwa kerajaan enggan melayan tuntutan pihaknya sebelum ini untuk membantu lebih 6,800 pemilik bas persiaran seluruh negara yang hilang punca pendapatan sejak Februari akibat pandemik Covid-19.

"Sejak Mei 2020, kami telah pergi ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan beberapa kementerian lain menyerahkan surat memohon kerajaan prihatin arahkan syarikat kredit di bawah Akta Sewa Beli 1967 memberi moratorium atau pengecualian bayaran balik pinjaman berjadual kepada pegusaha bas.

"Tiada sebarang tindakan diambil terhadap surat-surat kami yang diserahkan di Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kerajaan dan Perumahan Tempatan (KPKT), Kementerian Sumber Manusia dan KPDNHEP.

"Sepatutnya, pihak kerajaan sebaiknya mengambil tindakan berbincang dengan pihak kami bagi menyelesaikan isu ini sebelum membuat Belanjawan 2021," kata Aziz dalam laporan tersebut.

Sebelum ini, GAPP Bas Malaysia telah membuat tiga tuntutan kepada kerajaan PN dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November yang lalu.

Antaranya, bank-bank yang diuruskan oleh kerajaan mengambil alih pinjaman kami daripada syarikat-syarikat kredit yang dianggarkan antara RM1.2 bilion hingga RM2.5 bilion.

Kedua, pengecualian cukai jalan dan permit bas serta 50 peratus diskaun insurans untuk semua bas persiaran selama dua tahun.

Ketiga, dana khas RM50 juta kepada pengusaha bas persiaran untuk melanjutkan kelangsungan kehidupan.

Aziz mendakwa bahawa Belanjawan 2021 anak tirikan pengusaha bas persiaran.

"Gabungan kami melihat Bajet 2021 sama sekali tidak membantu industri bas kecuali bas henti-henti.

"Kami rasakan kami dianaktirikan oleh kerajaan walaupun kami di sektor pelancongan telah menyumbangkan pendapatan kedua tertinggi di dalam negara.

"Pengecualian cukai pembelian bas baru yang ditawarkan tidak bermanfaat pada masa kini sedangkan kami sendiri tidak mampu membayar bayaran ansuran bas sedia ada," katanya lagi.

Tambahnya, GAPP Bas Malaysia akan membuat demonstrasi besar-besaran dalam masa terdekat sekiranya suara mereka gagal mendapat tumpuan kerajaan.

Tolak Belanjawan 2021 demi selamatkan rakyat

SHAHBUDIN HUSIN 

Majoriti rakyat secara umumnya menolak tiga perkara berikut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021, 6 November lalu.

Pertama, rakyat menolak dan tidak gembira dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah maksimum RM10,000.

Kedua, rakyat juga menolak, kecewa dan tidak gembira kerana kerajaan enggan melanjutkan moratorium pinjaman bank antara tiga hingga enam bulan lagi.

Ketiga, rakyat turut menolak, kecewa dan marah dengan keputusan kerajaan mahu menghidupkan semula Jasa serta memberi peruntukan besar untuk jabatan itu memulakan operasinya tahun depan sebanyak RM85.5 juta.

Tanpa ragu-ragu, boleh dikatakan lebih 90 peratus rakyat didapati menolak tiga perkara di atas, malah ia juga dipercayai akan menjadi inti perbahasan Ahli-Ahli Parlimen PH, BN dan lain-lain yang sealiran dengannya yang bermula hari ini.

Dalam erti kata lain, penolakan itu adalah suara besar rakyat yang jelas tidak setuju dan ia boleh didengar di mana-mana – di kedai kopi, lobi hotel, dalam perbualan suami isteri di meja makan, dalam media sosial dan sebagainya.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong ada bertitah agar Belanjawan 2021 diluluskan oleh Ahli-Ahli Parlimen, tetapi asas baginda mengeluarkan titah demikian tentulah dengan harapan agar kepentingan dan keperluan rakyat sentiasa diambil kira oleh kerajaan.

Ternampak sekarang, di sebalik titah Agong itu, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin seolah-olah cuba mengambil kesempatan daripadanya dengan merangka belanjawan yang tidak berpihak kepada rakyat, bahkan lebih menjurus kepada agenda politik peribadi.

Bagi Ahli-Ahli Parlimen pula, oleh kerana mereka sendiri dipilih oleh rakyat, sudah tentulah mereka akan dianggap songsang jika menyokong Belanjawan 2021 yang nyata tidak disukai rakyat.

Keutamaan bagi Ahli-Ahli Parlimen ialah mereka berperanan melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk rakyat dan menolak perkara-perkara lain yang tidak dipersetujui rakyat.

Jika mereka menyokong juga perkara yang tidak dikehendaki rakyat, kemungkinan mereka ditolak dalam PRU seterusnya adalah cerah sekali.

Tidak guna sebenarnya bagi Ahli-Ahli menyokong Belanjawan 2021 ini jika hasilnya tidak memberi manfaat, malah terus menjadikan kehidupan rakyat dalam derita yang lebih panjang.

Untuk itu, adalah penting bagi Ahli-Ahli Parlimen berbahas secara kritikal, mengemukakan cadangan yang pro rakyat serta mengambil sikap berani menekan kerajaan agar tiga perkara di atas yang ditolak rakyat itu dapat ditarik balik oleh kerajaan sebelum hari pengundian.

Jika kerajaan berkeras juga mahu melaksanakannya, maka pilihan yang ada ialah menolaknya ketika pengundian diadakan.

Bukan saja Ahli-Ahli Parlimen PH, BN dan lain-lain yang harus menolaknya, bahkan mereka daripada kelompok PN sendiri pun seharusnya berani mengambil pendirian yang sama.

Hanya dengan sikap sedemikian, Ahli-Ahli Parlimen benar-benar akan dilihat berperanan secara terpuji untuk kepentingan rakyat serta layak digelar wakil rakyat.

Buat apa menyokong Belanjawan 2021 yang dalam waktu yang sama sokongan itu juga bererti memanjangkan lagi hayat politik Muhyiddin, sedangkan tindakan sedemikian boleh menyebabkan kemarahan serta kebencian rakyat.

Menolak belanjawan yang tidak memberi manfaat rakyat bukanlah bermakna Ahli-Ahli Parlimen ingkar kepada titah Agong, malah lebih untuk mengutamakan rakyat yang berada di bawah naungan Agong itu sendiri.

Lagi pula, untuk jangka panjang, yang lebih diperlukan oleh Ahli-Ahli Parlimen ialah sokongan dan berbuat apa yang disukai rakyat, bukannya menyukakan hati Muhyiddin.

Sama ada dengan penolakan Belanjawan 2021 akan menyebabkan sebuah kerajaan baru dibentuk atau PRU mengejut terpaksa diadakan, mereka yang bersikap mengutamakan rakyat pasti sentiasa ada dalam hati dan jiwa rakyat, selain tiga perkara yang menjadi kebencian itu dapat diubahsuai segera.

‘Hutang kerajaan akan jadi RM1.3 trilion, macam mana nak bayar?’

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa curiga terhadap unjuran kerajaan berkenaan pemulihan ekonomi tahun depan.

Kerajaan meramal pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada kadar 4 ke 7.5 peratus.

Tetapi menurut Mahathir, ramalan ini “terlalu optimistik”, dengan hutang kerajaan dijangka mencecah RM1.3 trilion selepas pinjaman untuk melaksanakan belanjawan.

“Hasil kerajaan pasti menyusut semasa wabak ini. Tetapi kerajaan perlu tawarkan pakej rangsangan. Ini menelan banyak wang.

“Tambahan pula, kerajaan perlu membayar pinjaman dan mengurangkan wang pokok (pinjaman).

“RM35 bilion diperlukan untuk ini. Jumlah perbelanjaan caj ialah RM72.3 bilion, atau 30.6 peratus daripada perbelanjaan mengurus RM236.5 bilion.

“Saya harus akui, saya betul-betul takut. Ini ialah belanjawan gergasi, tetapi bolehkah kita cari duit untuk membiayainya? Hutang kerajaan akan menjadi RM1.3 trilion.

“Macam mana kita nak bayar?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hasil kerajaan akan menyusut setelah perniagaan yang terjejas tidak dapat membayar cukai, atau membayar kurang kepada kerajaan.

Katanya, prestasi Petronas dan industri pelancongan adalah tidak memberangsangkan dan ini memberikan kesan kepada hasil kerajaan.

“Semua industri teruk terkesan. Saya tak fikir cukai korporat dan cukai pendapatan akan dapat mencapai separuh pun daripada angka normal ketika waktu biasa,” katanya.

Tegas Mahathir, pemulihan ekonomi tidak akan terjadi dalam kadar segera - sebaik negara memasuki tahun 2021.

“Bukan polisi yang menumbuhkan ekonomi, tetapi pelaksanaan polisi (itu sendiri).

“Pernah terjadi, projek berbilion ringgit tetapi tertangguh beberapa tahun.

“Kalau pelabur desak, dia akan berdepan penangguhan yang lebih lama lagi.

“Jadi janganlah sangka sebaik tiba 1 Jan, industri akan mula berjalan semula atau dilancarkan.

“Angan-angan bahawa pemulihan ekonomi akan berlaku segera sebaik wabak Covid-19 diatasi, tidak akan berlaku.

“Wabak ini takkan berakhir menjelangnya tahun baru,” tambahnya.

Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz di parlimen baru-baru ini, pentadbiran Perikatan Nasional (PN) mengunjurkan hasil kerajaan akan meningkat ke RM236.9 bilion, berbanding jangkaan RM227.3 bilion untuk tahun ini.

Penganalisis juga turut menegaskan bahawa unjuran pertumbuhan KDNK antara 6.5 ke 7.5 peratus adalah tidak realistik.

RM8,000 untuk JASA, kita boleh luluskan

SITI NUR ZAWANI MISCON

Sejak awal pagi tadi, ahli-ahli Parlimen blok pembangkang terus membangkitkan isu berhubung peruntukan kepada Hal Ehwal Jabatan Khas (JASA) yang dihidupkan semula sebagai unit propaganda politik kerajaan.

Perkara tersebut dipertikaikan ramai pihak apabila pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu menyaksikan kerajaan memperuntukkan sehingga RM85 juta berbanding RM30 juta pada Belanjawan 2018.

Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) bangkit di Dewan Rakyat hari ini berkata Belanjawan 2021 tidak mungkin akan diluluskan begitu mudah jika ianya tidak dipinda semula untuk membela nasib rakyat seperti yang dituntut.

Ketika mencelah perbahasan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim katanya, ini kerana peruntukan untuk menangani wabak Covid-19 sendiri hanya sekadar 5.3 peratus dari keseluruhan belanjawan yang berjumlah RM322.5 bilion.

Beliau juga mendakwa wujudnya manipulasi belanjawan dan angka yang banyak disorok sana dan sini terutama tentang peruntukan vaksin Covid-19 yang diumum berjumlah RM3 bilion.

“Jumlahnya (untuk propaganda) besar sangat. Kalau Menteri Kewangan luluskan RM8,000 tak apalah. Kita boleh luluskan.

“Tapi dalam keadaan rakyat susah, ianya zalim ambil wang RM80 juta kemudian RM8.6 juta untuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” Katanya lagi.

Isu peruntukan JASA itu juga mendapat perhatian Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang mencadangkan agar kerajaan membatalkan peruntukan kepada JASA dan disalurkan kepada petugas barisan hadapan.

Ianya turut disokong Akmal Nasir (PH-Johor Bahru) yang kemudiannya membangkitkan di mana RM3 bilion yang dikatakan telah diperuntukkan untuk vaksin Covid-19, kerana ianya sama sekali tidak dinyatakan di dalam perincian Belanjawan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pula berkata, “Saya simpati dengan Kementerian kewangan sebab dia bukan orang politik. Bila jadi macam ini, yang kena jawab Menteri Kewangan. Batalkan je lah,” katanya lagi.