"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Trompet guna kertas helaian al-Quran disebar untuk sambut tahun baru?

SATU trompet kertas yang diperbuat dari helaian al-Quran yang dijual di sebuah kedai di Bogor.
Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia merampas sejumlah trompet kertas yang diperbuat daripada helaian kitab suci al-Quran yang dijual secara meluas di beberapa bandar di negara itu.

Trompet kertas yang dijual sempena untuk menyambut Tahun Baru itu dikesan diedar di Jakarta, Bekasi, Kendal dan di wilayah Bogor.

“Kami merampas 400 trompet kertas tulisan ayat al-Quran yang dijual di Parung dan sejumlah lagi di Leuwiliang dan Cibungbulang,” kata jurucakap polis Bogor, Aulia Djabar semalam.

Menurutnya, anggota tentera Indonesia merampas trompet yang sama di beberapa bandar lagi di Bogor.

“Kami mengambil keterangan peniaga untuk mengesan pihak yang membuat trompet berkenaan,” jelasnya.

Penjualan trompet itu mencetuskan bantahan beberapa pertubuhan Islam di Indonesia yang mahu kerajaan mengambil tindakan tegas.

Sementara itu, sebuah syarikat percetakan di Semarang, CV Aneka Ilmu mengakui trompet berkenaan diperbuat daripada helaian kitab al-Quran yang dicetaknya.

Pemiliknya, Suwanto berkata, kitab al-Quran itu sepatutnya dihantar untuk dilupuskan selepas rosak akibat terkena banjir.

“Kami menghantar kitab ini kepada sebuah syarikat untuk dibakar, tetapi kami tidak tahu ia dijual kepada syarikat lain dan digunakan untuk membuat trompet,” katanya. - Agensi
-hmetro-

Inilah Masalah Dan Tanda-tanda Kerosakan Gearbox Yang Ramai Tidak Tahu

main-gearbox
Masalah gearbox ini amat kerap berlaku dan paling menyusahkan bila gear jadi tidak terkawal bilamana sering saja bertukar dengan sendiri.Ini bukan saja terjadi kepada kereta auto malah ia juga kerap berlaku pada kereta gear manual.

Masalah pertukaran gear yang tidak menentu dan biasa berlaku adalah dari gear 5 ke 4 dan dari 3 ke 2 untuk gear manual dan banyak berlaku dari 4 ke 3 untuk gear auto.

Masalah demikian biasa dirujuk sebagai slip gear dan ini sebenarnya adalah masalah yang disebabkan oleh faktor-faktor penyelenggaraan kereta yang tidak teratur oleh pengguna seperti:-

1.Lambat menukar minyak gear
2.Tidak pernah tukar filter auto
3.Tidak pernah melihat/memeriksa paras minyak gear
4.Membiarkan mounting gearbox pecah tidak ditukar
5.Mengabaikan kebocoran minyak gear dari seal gearbox
6. Tidak pernah menambah minyak gear

Faktor-faktor begini adalah sebab utama mengapa slip transmisi mudah berlaku lebih-lebih lagi untuk kereta auto.Keadaan begini juga biasa terdapat tanda-tanda awal slip transmisi akan berlaku.Tanda-tanda seperti:-
1.Gear susah masuk (biasanya untuk gear manual)
2.Pada awal transmisi untuk auto terdapat sentakan yang agak kuat (contoh dari N ke D atau dari P ke D )
3.Terdapat 'freeplay' (ruang pertukaran gear ) yang agak lama samada dari 1 ke 2,2 ke 3 dan 3 ke 4.
4.Kereta berbunyi kuat setiap kali pertukaran gear auto berlaku
5.Rpm yang jadi tinggi tidak kembali asal setelah gear auto bertukar
6.Berbunyi hentakan seperti 'DUK' setiap kali gear auto bertukar
7.Gear yang bertukar pada keadaan N atau D pada panel meter.

Tanda-tanda seperti di atas adalah tanda-tanda awal slip transmisi (auto slip transmission) akan berlaku dan jika keadaan ini dibiarkan ia akan ketahap maksima dimana pengguna terpaksa menukar keseluruhan kotak gear yang memungkinkan penambahan kos yang lebih tinggi.

Bagaimana ia boleh dibaiki dengan cepat dengan menggunakan kos yang rendah?Cara yang murah tetapi berkesan selain daripada menukar gearbox untuk kereta auto apabila berlaku tanda-tanda sedemikian adalah dengan membuat keseluruhan penyelenggaraan seperti berikut :-
1.Bersihkan ruang auto filter dan tukar auto filter
2.Tukar minyak auto
3.Tukar mounting gearbox
4.Tukar pin pada panel gear
5.Tukar kedua-dua oil seal gearbox

Untuk pengguna gear manual cara yang paling mudah adalah dengan menukar minyak gear seterusnya mounting dan kabel gear.Ada juga yang biasa berlaku air masuk ke ruang gearbox dan membentuk kotoran seterusnya menjadikan gear bertukar dan menggerakan tombol gear ke FREE.

Masalah begini hanya dapat dikawal dengan membuang semua minyak gear dan memasukan minyak gear semula dan dibuangkan.oil seal gearbox juga wajib ditukar dan speedometer harus diperiksa untuk memastikan air tidak berjaya menembusi speedometer ketika mencuci enjin atau melanggar becak yang besar.

Ep90 adalah minyak gear yang paling sesuai untuk gear manual dan EP120 untuk auto tramnsmisi.Untuk kereta lama EP140 adalah minyak gear yang biasa digunakan.

Mileage yang amat sesuai unytuk menukar minyak gear auto dan manual adalah setiap 40000 kilometer ataupun setiap dua kali servis untuk minyak enjin 10000 kilometer. Untuk menukar minyak auto pada 40000 kilometer penggunaan adalah WAJIB untuk mengelakan keadaan slip transmisi berlaku.

Saksikan video auto transmisi gearbox belakang bekerja menggerakan roda belakang kereta.

[Info lanjut: www.news.mydebat.com]
-tranungkite-

Jalan terpaksa ditutup apabila 200 remaja perempuan bergaduh (video)


London: Akibat dua remaja perempuan bergaduh, polis terpaksa menutup jalan di pinggir London kerana ia hampir membawa kepada rusuhan apabila hampir 200 remaja, sebahagian besarnya perempuan masuk campur dengan ada bersenjatakan pemukul besbol.

Tidak diketahui punca sebenar pergaduhan di depan Stesen Keretapi Walthamstow Central tetapi berdasarkan yang tersebar melalui media sosial, ia dipercayai bermula dengan pertelingkahan dua remaja perempuan dari kolej berlainan membabitkan seorang lelaki.

Ada pengguna Twitter mendakawa pergaduhan itu sudah diatur kerana risalah memberitahu mengenai pergaduhan itu sudah diedarkan di kolej.

Menurut polis Waltham Forest, kira-kira 200 orang berumur antara 16 hingga 20 tahun berkumpul di Walthamstow sejak sebelum 5 petang semalam.

Lebih 100 anggota polis memenuhi kawasan itu bagi mengawal keadaan dan rakaman video menunjukkan remaja terbabit menarik rambut lawan, dipukul dengan kayu besbol, sekumpulan remaja perempuan membelasah seorang remaja dan mereka yang ditangkap polis.
-hmetro-

Najis lembu laris dijual di Internet termasuk Amazon dan eBay (Gambar)

Kek' najis lembu laris dijual di Internet
New Delhi: Sama seperti pengguna di seluruh dunia, rakyat India juga gemar membeli belah di Internet tetapi ada satu produk yang dilaporkan sangat laris jualannya di negara itu.

Beberapa syarikat jualan dalam talian di India memberitahu, ‘kek’ najis lembu adalah antara produk paling popular di Internet.

Najis lembu digaul dengan rumput kering sebelum dijemur dihasilkan di kawasan pedalaman dan biasanya dijadikan bahan bakar.

Sejak ratusan tahun, ‘kek’ najis lembu digunakan penduduk kampung di India untuk memanaskan rumah dan dalam upacara keagamaan.

Kini syarikat jualan dalam talian termasuk Amazon dan eBay mula menjual ‘kek’ najis lembu itu untuk penduduk di kawasan bandar.

Apa yang menarik, menurut syarikat berkenaan, sejak ‘kek’ najis lembu mula dijual di Internet beberapa bulan lalu, produk berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa.

“Kek najis lembu disenaraikan beberapa penjual kami sejak Oktober lalu dan ia mendapat sambutan hangat pembeli,” kata jurucakap Amazon India, Madhavi Kochar.
-kualalumpurpost-

Mangsa Rompak Mungkin Ke Tali Gantung Kerana Pertahankan Diri? (Gambar)

Salahkah Pertahankan Diri? Hero Mungkin Bakal Ke Tali Gantung
Jika pada tahun 2010 lalu masyarakat digemparkan dengan kes Kalaichelvi, dimana beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana membunuh tanpa niat apabila telah memukul seorang lelaki yang cuba merogolnya sehingga mati.

Kes berkenaan ternyata mengundang simpati banyak pihak kerana ada antara mereka menganggap hukuman itu adalah tidak wajar kerana dia cuba mempertahankan dirinya.

Terbaru, satu kes yang menjadi bualan netizen yang membuatkan mereka tertanya-tanya adakah peristiwa lama berulang kembali?

Dua minggu lalu berlaku di Terengganu, seorang lelaki bernama Zulkifli yang tinggal di sebuah kampung bernama Labuhan di daerah Kerteh dilaporkan telah menikam mati seorang perompak yang merompak rumahnya sendiri untuk mempertahankan diri dan melindungi keluarganya.

Tahukah anda, Zulkifli telah ditahan reman selama 14 hari dan disiasat bawah siasatan seksyen 302 Kanun Keseksaan, kemudian ditukar pada 304 membunuh tanpa niat beliau dan dibenar ikat jamin sebanyak RM15,000.

Pada 27 November lalu, berita yang kami petik dari Facebook Selamatkan Zulkifli memberitahu bahawa mahkamah telah memutuskan Encik Zulkifli ditahan semula dengan dua pertuduhan bagi kes tersebut.

Berdasarkan makluman di page berkenaan, Ahad lalu keluarga nyata terkejut apabila kes Zulkifli telah kembali disebut di bawah 302 dan juga 326 di mana dibawah 302 membolehkan pesalah ditahan semula tanpa ikat jamin sedangkan RM15.00 telah dibayar sebelum ini sebagai ikat jamin selepas kes bertukar ke 304.

Dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati, manakala tuduhan kedua pula di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan. Encik Zulkifli juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Zulkifli berumur 50 tahun dimana beliau mempunyai 3 anak dan anak keduanya pula yang berumur 8 tahun menghidap autisme sedang melalui proses rawatan.

Sehingga kini pertuturannya tidak jelas dan keluarga ini tidak mampu mendapatkan rawatan berkala buat anak ini kerana hospital yang menyediakan rawatan fisioterapi autisme terletak 120 kilometer dari rumah mereka.

Beliau juga dilaporkan adalah seorang yang tidak berada dimana rumah mereka amat kecil dan hanya memerlukan tidak sampai 10 langkah sudah sampai ke pintu belakang.

Namun ia tidak menghalang keluarga ini untuk hidup bahagia dengan mengamalkan kehidupan bergama.

Namun kini penghalang untuk kehidupan keluarga bahagia ini ialah ketua keluarga mereka, Zulkifli ditahan dalam lokap berpanjangan dan dianggap penjenayah.

Menurut isteri Zulkifli, Puan Zaimah, beliau kini tidak mampu untuk berniaga sarapan pagi seperti kebiasaan kerana terganggu dengan kes ini yang menyebabkan ekonomi keluarga terjejas selain ada segelintir mulut jahat yang menghina suaminya sebagai pembunuh membuatkan beliau lebih selesa berkurung bersama 3 anaknya dalam rumah sempit itu.
Cerita Zulkifli mengenai waktu kejadian kepada wakil Parti Sosialis Malaysia yang kami petik dari The Malaysian Insider, rupanya rumah Zulkifli dan masyarakat sekitar kerap dimasuki pencuri dan perompak dari kalangan penagih dadah. Malah ketika reman berlangsung beberapa kabel eletrik rumah ini dicuri pencuri lain.

Disebabkan itu mereka sangat berwaspada andai kelihatan orang mencurigakan mendekati kawasan rumah mereka. Ketika hari kejadian Zaimah melihat ada dua orang lelaki menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan melalui jalan menuju ke rumah mereka. Ketika itu Zaimah dan Zulkifli berada di warung kecil sarapan pagi mereka sekitar 300 meter dari rumah mereka.

Zulkifli mengikuti dengan berhati-hati dan ternyata motorsikal itu berhenti di rumahnya. Pembonceng motosikal turun dan mula mengumpil generator sebelah dinding rumahnya manakala seorang lagi berjaga-jaga di atas motorsikal.

Ketika mereka melihat Zulkifli sampai lelaki pertama yang berada di atas motorsikal meluru pada Zulkifli dengan membawa satu objek dipercayai besi untuk memukul Zulkifli, beliau tanpa berlengah terus mengeluarkan parang kecil yang digunakan untuk memotong ayam di warung setiap hari dan berjaya menikam lelaki pertama. Lelaki kedua pula berlari ke arahnya dan sekali lagi Zulkifli berjaya menikam di bawah bahu lelaki tersebut.

Lelaki pertama kemudiannya cuba melarikan diri dengan motorsikal. Lelaki kedua juga berlari menyeberang jalan dengan harapan sempat menaiki motorsikal tersebut namun apabila sampai pada pembahagi jalan lelaki kedua rebah dan mati di tempat kejadian. Zulkifli kemudian terus serahkan diri ke Balai Polis Kerteh. Lelaki pertama ditahan pihak polis ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Hanya satu tikaman, di kawasan perkarangan rumah, yang tikaman itu sendiri tidak disangka akan mengakibatkan kematian demi mempertahankan diri dan harta maka Zulkifli pula bakal dilihat sebagai penjenayah berdasarkan tafsiran undang-undang kini?

Bagaimanakah nasib keluarga ini jika Zulkifli dihukum mati atau dipenjara?

Malah menurut Zulkifli beliau hanya akan mewakili dirinya sendiri kerana tidak mampu untuk mengupah peguam.

"Tiada apa perlu diselindungkan, saya akan cerita sebiji-sebiji apa yang berlaku, Allah saksi saya dan saya teringin nak tanya pihak pendakwaraya atas alasan apa ingin dikemukakan beliau di mahkamah Allah nanti kerana mendakwa saya atas hak saya sendiri?" katanya. - Siakapkeli.my
-tranungkite-

Pelajar universiti jatuh dalam kawah gunung berapi ketika bergambar

GAMBAR hiasan menunjukkan seorang pendaki wanita bergambar di tebing kawah Gunung Merapi.
Yogyakarta: Seorang pendaki dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam kawah Gunung Merapi di sini ketika cuba bergambar di puncak berkenaan.

Seorang anggota penyelamat, Dimar berkata, mangsa yang dikenali sebagai Eri Yunanto, 21, jatuh ke dalam kawah gunung berapi itu pada Sabtu lalu.

“Eri terjatuh ke dalam kawah sedalam 200 meter ketika bergambar di puncak gunung berkenaan pada pagi Sabtu lalu,” katanya.

Menurutnya, mangsa dan empat rakannya yang juga pelajar di Universiti Atmajaya di Yogyakarta mula mendaki gunung berkenaan pada malam Jumaat lalu.

“Pada pagi Sabtu, Eri dan dua lagi rakannya meneruskan pendakian ke kawah gunung berapi setinggi 300 meter untuk bergambar.

“Selepas mangsa terjatuh, rakan-rakannya segera turun dan membuat laporan mengenai insiden itu kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Menurutnya, 100 anggota penyelamat melancarkan operasi mencari mangsa tetapi usaha berkenaan masih gagal.

“Keadaan dalam kawah itu sangat bahaya dan kami juga perlu memastikan keselamatan anggota penyelamat,” katanya. - Agensi
-hmetro-

PAS Bukan Nak Gabung, Tapi Nak Jadi Barua UMNO?

ramziredang
"Sungai furat telahpun kering. Dunia memang telah sangat akhir zaman dan kemunculan dajal telah sangat hampir. Betapa kritikalnya umat islam hari ini, hinggakan seorang pemimpin yang zalim diangkat mulia sebagai orang yang merasmikan majlis yang dihadiri sekumpulan orang orang yang kononnya digelar ulama. Anehkan? Pemimpin zalim rasmi majlis multaqa ulama azhar. Dah lupa hadis dan quran gamaknya ulama ulama dunia ni. Patutla perut ulama akhir zaman masing masing semuanya buncit buncit belaka. Dunia dan syaitan duk bersarang dalam perut

Hukum dah jadi tunggang langgang. Kejab kafir kejab tak kafir. Kejab taghut kejab tak taghut. Kejab komunis kejab tak komunis. Kejab perlembagaan penjajah kejab pertahankan perlembagaan.

Ahli bawahan dah mula pening. Nak lari takut sebab awal awal lagi sudah disemat dalam kepala tinggalkan jemaah adalah kafir (kan aku dah tulis tiga bulan lepas akan ada ceramah takfiri)

Sekarang ramai yang masih bertahan di dalam PAS, kerana berpegang pada dasar PAS semata mata. Nak harapkan pemimpin utama? Memang munafik. Dari dulu memang asyik menafikan taknak kawin dengan UMNO tetapi dari hari ke sehari macam orang bercinta je. Makin lama makin rapat. Makin mesra. Dulu berapi api marahkan UMNO, sekarang lautan apipun sanggup ku renangi bersama UMNO (demi Islam kononnya). Tapi kenapa sekarang?

Kenapa dulu tidak demi Islam?ooooooo...sekarang berubah pendekatan ye? Dulu menyerang sekarang menerang? Nak terang apa tu? Nak terang kat UMNO bahawa Islam ni perlu diletak di atas sekali? Memang celaka lah alasan ni. Memang dasar pemimpin agama yang penipu. Main suka suka je bagi alasan. Kau ingat UMNO nak dengar ke alasan kau tu??? Haprak betul. Kau ingat kami orang bawah ni boleh diperbodohkan ke??

Sejak bila UMNO nak kan agama? Kalau UMNO nak tinggikan syariat, perlu ke kerjasama PAS? Kalau dia betul betul nak tinggikan syariat...saat sekarang pun dia boleh laksanakan di terengganu, kedah, perlis, johor, pahang dan negeri negeri lain yang UMNO perintah.

Aku taknak bukti banyak kalau betul UMNO nak tinggikan syariat Islam, aku nak sehelai tudung je. Bagi kat Rosmah dulu. Jangan citer la pasal hudud ke qisas ke dulu. Kau tahu tak, harussani dari buncit sikit sekarang jadi buncit banyak, fathul bari dari pakai kopiah hingga hilang kopiah, tapi sampai sekarang tak berjaya nak letak sehelai kain atas remos rosmah. Apa yang aku nampak terbalik la pulak, tudung ustazah masyitah yang dulu labuh dah jadi makin singkat. Hinggakan sekarang akupun dah nampak ranumnya buah betik ustazah masyitah. Macam ni yang berlakupun kau masih percaya UMNO nak tinggikan syariat???aduhhh pening aku

Yang aku nampak pemimpin yang paling bodoh adalah pemimpin PAS kelantan. Johan bagi kategori paling bodoh adalah Nik Amar. Apa punya buta perut la duk cuba percaya kat UMNO. Duit royalti minyak kelantan masih disekat, tapi boleh percaya kat kejujuran UMNO? Kepala hotak punya TMB macam ni. Kalau UMNO bagi duit royalti minyak boleh la jugak rasa rasa konfius apa UMNO memang jujur ke. Ni masih kena zalim tapi percaya.

Sekarang orang bawah dah mula kecoh, apa betul ke nak kerjasama dengan UMNO. Sebab mesra bukan main lagi, main pegang pegang tangan plak. Nasib baik tak kiss je. Tapi dengan ibarahim ali itu hari dah nyaris nyaris kiss dah.

Dulu memang orang bawah tak percaya. Sebab masa tu masih takda bukti dan pemimpin munafik masih bermain kata kata. Tapi sekarang kata dah tak serupa bikin. Lain yang dikata lain yang dibikin.

Dulu pantang sebut perkataan 'kerjasama', terus melenting nafi. Sekarang dah acap sikit sebut perkataan kerjasama tapi kena pusing sikit, 'kerjasama demi Islam, bukan bergabung', kerjasama demi perpaduan ummah, kita boleh kerjsama dengan siapa saja','kerjasama demi itu, kerjasama demi ini. ceewaaahhh, memang bapak penipu la korang ni semua.

Bila UMNO melihat orang orang bawahan PAS makin celaru, maka UMNO akan lebih cari jalan untuk lebih mesra PAS. UMNO akan cuba hancurkan PAS seranap ranapnya. Kali ini mungkin UMNO nak ranapkan PAS biar sampai tak tinggal sisa.

Pemimpin PAS yang bodoh ni masih seronok dengan permainan UMNO. Masih tak sedar kena tipu dek UMNO. Masih tak sedar bahawa diri dah masuk jerat UMNO. Ada setengah pemimpin merasa bangga dan berkata, "tengok, UMNO dah lemah dan nak mintak tolong kita sekarang'. Ada yang lagi bengap pulak berkata, : "bukan PAS nak masuk UMNO, UMNO akan masuk PAS"...ish ish ish apa punya bodoh la pemimpin macam ni.

Dah dekat 100 tahun dah UMNO ni. Masih tak kenal kenal lagi ke siapa tu UMNO. Jangan kata UMNO nak dengar PAS dalam hal Islam, pemimpin nombor dua dia pun, dia pecat. Itu baru tanya soalan pasal 1MDB. Muhyidin bukan tentang, baru persoal je tu.

Aku nak tanya kat sini, siapa agaknya dalam PAS ni, UMNO akan sanjung lebih dari muhyidin? Muhyidin kat mana sekarang? Dulu mahathir sangat hebat, mahathir kat mana sekarang? Ada ke orang dalam PAS yang akan lebih dari Mahathir untuk UMNO?

Ada pulak kata kata pemimpin PAS( yang agenda dia memang dah lama ingin memecah belah PAS dari dalam. Dia masuk PAS sebagai agen rahsia UMNO.) Boleh pulak dia suruh maafkan dosa dosa lama UMNO. Kepala hotak berjambul la kau ni. Dosa lama tu memang dosa lama. Dosa baru yang bertimbun timbun ni kau tak nampak ke.

Ok. Aku taknak terang apa dosa baru UMNO. Saja nak test intelektual pemimpin ni. Tapi aku percaya, kalau tanya rakyat, rakyat akan jawab dosa baru UMNO lebih banyak dari dosa lama.

UMNO sekarang adalah paling zalim dalam sejarah. Dulu dulu memang dah zalim tetapi sekarang adalah zalim yang tahap paling zalim dalam pertandingan zalim zalim sedunia.

Tapikan. Herannnyaaaa...ketika UMNO paling zalim ni lah, pemimpin PAS paling berhemah. Hemah aku cakap kau..ha..jangan main main. Nak menerang, kau tau apa. Kau ada?

Sebenarnya kan, semua mereka mereka yang munafik ini telah sedar UMNO bukan betul betul nak kan Islam pun, jauh sekali nak laksana hudud. UMNO nak fikir tentang ummah?? pigirahhh...mati hidup balik pun orang tak percaya. pemimpin pemimpin munafik dalam PAS ni pun tak percaya. Tapi oleh kerana dalam perut sudah ada syaitan, maka adalah matlamat yang dia nak.

Dan....

aku memang percaya 100% PAS takkan bergabung dengan UMNO. Kerana mereka tahu 80% tidak akan sokong. Tetapi setengah pemimpin munafik dalam PAS ini rela, sanggup menjadi barua UMNO. Kerana itu, kerjasama akan semakin akrab. Tunggulah dalam masa terdekat ni, akan dilantik seseorang menjadi menteri pendeta. Tungguuuuu

Orang orang bawahan pulak macamana? Selagi mereka barua, kau pun barua

*p/s tak sangka, tidak sia sia UMNO mengambil APCO, ulama pun dia leh makan :)

Remaja diculik van putih telefon minta tolong (Rakaman perbualan)

Faiz Zainudin 
PETALING JAYA: “Tolong aku, aku nak balik, diorang culik aku, diorang nak jual aku,” kata seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang mendakwa diculik menggunakan van putih.

Nor Amira Atirah Abdul Majid memberitahu perkara itu ketika menelefon salah seorang ahli keluarga bagi meminta pertolongan sebelum perbualan itu terputus.

Rakaman perbualan selama 3 minit 43 saat itu menjadi viral di media sosial apabila ahli keluarga mangsa meminta bantuan orang ramai.

Nor Amira Atirah dipercayai diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang pada petang Selasa.

Berdasarkan rakaman perbualan itu, mangsa mendedahkan dia telah diculik oleh penculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.

Malah mangsa hanya tersedar apabila dia hanya ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru.

Menurut Amira, dia tidak keseorangan diculik, apabila mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam tahanan yang dipercayai untuk dijual.

Sebuah portal pula melaporkan, ibu mangsa menyedari anak perempuannya itu tidak berada di rumah kira-kira jam 10 malam, seterusnya bertindak menghubungi mangsa namun tidak berjaya.

Pihak Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya sedang mengumpul maklumat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
-fmt-

ZAHIRNYA TANDA-TANDA RUNTUHNYA KERAJAAN – DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

dr asri-putrajaya-najib
KERAJAAN di penghujung hayat adalah kerajaan yang telah zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya.


Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konfliks berlaku sesama rakyat. Kerajaan kelihatan bersikap tidak tolerance dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri.

Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus.

Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak tolerance sehingga dalam negara berlaku banyak konfliks antara rakyat.

Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. Politik pecah perintah mungkin menguntung golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda.

Firaun mengamalkan politik yang sama yang akhirnya menjatuhkan kerajaannya yang penuh bersejarah. Firman Allah:

“Sesungguhnya Firaun telah melampau di bumi (Mesir), dan dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas satu puak kalangan mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami (Allah) hendak memberikan kurnia kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan Kami (Allah) hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (peninggalan Firaun)” (Surah al-Qasas ayat 4-5).

Jika kita lihat keadaan negara ini, kita dapati telah lahir ciri-ciri negara ataupun kerajaan di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflik yang memecah belahkan antara rakyat.

Konflik antara agama dalam pelbagai isu yang mana kerajaan kadang-kala mengambil pendekatan yang kurang seimbang. Golongan agama rasmi pula dibiarkan memilih pandangan-pandangan yang bersifat yang tidak sesuai serta sempit untuk masyarakat majmuk.

Bermula dari isu larangan orang bukan muslim masuk masjid sehingga ke isu kalimah Allah kelihatan ditangani dengan nada yang mencetuskan ketegangan antara rakyat. Kenyataan-kenyataan yang bersifat provokasi seakan mendapat tempat dalam media rasmi negara.

Demikian isu-isu perkauman dibangkit dalam pelbagai rupa. Golongan yang bersifat rasis memainkan peranan mereka. Sebelum pilihanraya kita lihat isu-isu agama dan kaum yang bersifat provokatif serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan rusuhan seakan digalakkan.

Kemudian selepas itu, dipanaskan dengan isu-isu mazhab dan aliran fikir dalam Islam. Pegawai KDN yang sepatutnya bertugas menjaga kedamaian negara, bertindak bagaikan batu api yang boleh mencetuskan kebencian dan salah sangka rakyat terhadap kerajaan.

Golongan agamawan bergaji dan tidak bergaji, dihasut oleh beberapa orang dari aliran pengkafir umat iaitu Ahbash yang dalam rekod mereka telah berjaya menimbulkan ketegangan mazhab dan pertumpahan darah di Lebanon sehingga membawa pembunuhan antara aliran di sana. Kini mereka meresap ke dalam negara ini.

Kerajaan tidak boleh terbabit dengan perbalahan aliran fikir. Kerajaan dalam era dunia terbuka hari ini hendak bersifat penaung yang melindungi kebebasan setiap rakyat dengan syarat tidak menggugat keamanan awam.

Kerajaan yang matang dan demokratik akan menangani perbezaan rakyat dengan cara yang bijaksana. Kerajaan hendaklah tahu apabila kita mengiktiraf kewujudan sesuatu aliran, bukanlah bererti kita mengakui kebenarannya.

Jangan keliru antara mengiktiraf kebenaran di sudut akidah ataupun fekah, dengan mengiktiraf hak kewujudan di sudut politik. Kita mungkin tidak mengiktiraf kebenaran agama dan aliran tertentu, tapi kita mengiktiraf kewujudan dalam negara selagi mereka mematuhi undang-undang negara.

Kepelbagaian

Kebenaran itu boleh menjelma dalam pelbagai ungkapan sekalipun berbeza-beza puak dan aliran. Sebahagian perbezaan itu hanyalah pada cara ia dibahaskan tetapi natijahnya sama iaitu menuju kepada kebenaran.

Kerajaan tidak boleh terikut-ikut dengan golongan fanatik perkauman ataupun aliran yang mencetuskan huru-hara antara rakyat disebabkan perbezaan ungkapan dan ucapan, padahal maksudnya sama.

Saya tertarik dengan kisah tokoh besar ilmu kalam iaitu al-Imam Abul Hasan al-Ash’ari (meninggal tahun 330H) yang dinobatkan sebagai benteng Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam menghadapi serangan falsafah. Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) meriwayatkan daripada Zahir bin Ahmad al-Sarakhsi kisah akhir hayat al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari:

“Apabila ajal menghampiri Abul Hasan al-‘Asy’ari di rumahku di Baghdad, beliau memanggilku. Aku pun datang. Beliau berkata: “Aku bersaksi bahawa aku tidak mengkafirkan seseorang pun dalam kalangan ahli Kiblat (mereka yang bersolat). Ini kerana setiap orang menuju kepada Tuhan Yang Satu Yang Disembah. Hanya semua ini (perbezaan yang ada) adalah perbezaan ungkapan semata”.

Kemudian al-Imam al-Zahabi menyebut:

“Demikian juga guru kami Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya berkata: “Aku tidak mengkafirkan seseorang pun dari umat ini. Nabi s.a.w bersabda: “Tiada menjaga wuduk melainkan seorang mukmin”, maka sesiapa yang melazimi solat dengan wuduk maka dia muslim”. (Siyar A’lam al-Nubala, 15/88. Beirut: Muassasah al-Risalah).

Remeh Temeh

Kemudian, isu-isu remeh digunakan dalam untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Kuasa agama cuba diheret bersama. Penguasa seakan membiarkan kekalutan ini.

Lebel-melebel dijadikan mainan yang dicampur kuasa pentadbiran. Sebahagian golongan intelek melayu dilebelkan sebagai liberalist dan diancam dengan kuasa politik. Ada yang dilebel wahabi dan digunakan kuasa pentadbiran.

Untuk membincangkan masalah theology dalam kalangan intelek tidak mengapa. Namun campur tangan kuasa politik dan kuasa agama serta kesempatan yang ambil oleh pihak yang berkepentingan, boleh mencerumuskan negara ke dalam kegawatan.

Hendaklah kita tahu dalam sejarah golongan agama samada Yahudi, Kristian dan juga Islam mereka sering mengambil pendekatan memfitnah orang yang berbeza dengan mereka dan mencari penguasa untuk menghukum lawan ataupun pesaing mereka.

Ini kerana golongan agama –kecuali yang ikhlas- sering mengumpulkan pengaruh seperti yang dilakukan oleh orang politik dan rela mempertaruhkan apa sahaja untuk survival pengaruh mereka.

Rela membunuh dan menyeksa pihak yang berbeza. Inilah yang dilakukan terhadap al-Imam al-Syafi’i, al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Dalam sejarah agama Kristian inilah yang berlaku terhadap Martin Luther dan aliran Protestan.

Di satu sudut yang lain, golongan agamawan jenis ini menyibukkan diri dalam isu-isu remeh yang tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat seperti isu qunut subuh ataupun tidak.

Padahal itu hanya perkara sunat dalam mazhab Syafi’i. Demikian juga dianggap wahabi mereka yang mereka solat tarawih lapan rakaat. Padahal rakyat Malaysia yang solat lapan rakaat tarawih bukan kerana wahabi ataupun tidak.

Saudi yang dikatakan wahabi itu solat 20 rakaat. Di mana wahabinya? Itu berdasarkan keadaan masing-masing. Patutnya golongan ustaz ini sibuk dengan yang langsung tidak solat.

Malangnya dalam masa yang sama, ramai golongan agamawan berjawatan ini tidak pulak menyibukkan diri dengan isu-isu masyarakat yang penting untuk rakyat seperti pandangan Islam tentang ketelusan, rasuah, cukai, isu-isu yang dibangkitkan oleh audit negara, pembaziran dalam kerajaan-kerajaan negeri dan pusat, soal social justice dan pelbagai lagi yang sangat penting dalam Islam.

Konfliks

Hasilnya, negara terjerumus dalam konfliks tidak berfaedah. Dari satu konfliks kepada satu konfliks. Ia menafikan sifat negara yang mahu maju ke hadapan. Ia hanya memesongkan rakyat dari isu-isu penting yang lain dan mengheret mereka kepada pergaduhan sesama sendiri.

Dalam satu keadaan mungkin pemerintah beruntung kerana rakyat tidak tertumpu kepada menilai pemerintah kerana sibuk dengan isu pinggiran. Namun dalam jangka tertentu ketegangan boleh membawa kebencian dan seterusnya ketidaksetiaan kepada negara mungkin boleh berlaku.

Maka, kini negara kelihatan berselerakan. Badan-badan agama sibuk mencari isu-isu perbezaan bukan nilai-nilai persamaan untuk diambil manfaat antara rakyat.

Orang politik tumpang sekaki. Slogan 1 Malaysia yang meraikan perbezaan dan menghidupkan kesatuan antara rakyat menjadi slogan kosong yang tidak bermakna.

Akhirnya kelompok-kelompok minoriti walaupun berbeza antara satu sama lain, tetapi bersatu atas satu asas iaitu membenci kerajaan dan pengurusan kerajaan yang ada. Lalu mereka menjadi majority.

Jika mereka itu terlebih ekstrim, mereka mungkin mencari jalan menimbulkan ketegangan balas. Golongan muda dan berminda terbuka menganggap kerajaan ini tidak layak mengepalai politik yang sederhana dan bersikap terbuka serta adil dalam penilaian.

Kelompok berpendidikan dan moderate inginkan keharmonian dan keadilan untuk semua. Maka kerajaan ini menjadi makin tidak popular dalam kalangan cerdik pandai yang menjadi tulang belakang negara. Negara pun mula reput, kedamaian mula diragut dan berada di penghujung hayatnya.

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Menteri selamat berkahwin dengan gadis 27 tahun (Gambar)

FMT Reporters
Datuk-Joseph-Entulu-Belaun
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun, 61, selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 27 tahun, Jacklyne Anthony pada Sabtu lalu.

Menurut laporan portal Borneo Post Online, majlis perkahwinan pasangan berkenaan diadakan di Kingwood Resort Mukah.

Perkahwinan yang bertemakan warna putih dan merah jambu bermula dengan Jacklyne berjalan diiringi bapanya, Anthony Bilong sebelum upacara pertukaran cincin antara pasangan terbabit sambil disaksikan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat.

Pada sebelah petang, pasangan berkenaan berjalan ke dalam dewan diiringi muzik ‘beraboh’.

Menurut satu lagi laporan, ini merupakan perkahwinan ketiga bagi Joseph selepas dua perkahwinannya sebelum ini berakhir dengan perceraian.

Joseph juga mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan hasil perkahwinan pertama beliau.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputra dan Penan) , Datuk John Sikie, Setiausaha Politik di Jabatan Perdana Menteri, Adriana Chumang Nyambong, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Dr Richard Will Uban, Pemanca Robert Nanta, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat, lapor Borneo Post Online.

Video: Seorang pekedai wanita 'lawan parang' dengan perompak

Satu video kamera litar tertutup CCTV memaparkan aksi lawan parang antara perompak dan seorang pekedai wanita viral dilaman sosial.

Dalam video berkenaan perompak yang memakai topi keledar memasuki kedai seperti ingin membeli seusuatu namun selepas itu beliau menuju ke kaunter bayaran dan mengeluarkan sebilah parang untuk merompak.

Tersentak dengan tindakan lelaki berkenaan, pekedai tersebut turut mengeluarkan parang yang lebih panjang dari kepunyaan perompak terbabit sebelum aksi berparang berlaku.

Panas!! Nukilan Berani Mati Datin Ini Buat Najib Dan Pak Menteri Panas Telinga

Tranungkite
I dun have a mood and I'm so upset!!!! Semua gara2 Najib Razak dan menteri2nya.. Apa ke gila statement Perdana Menteri Malaysia bhw bantuan RM500 tu mampu tampung 1 keluarga selama setahun.. Dh la kau tarik balik semua subsidi, kau imposed plak mcm2 cukai, sapa2 yg nk buat loan kerajaan lps ni dh xblh sbb bahagian perbendaharaan akan diswastakan dan bank CIMB akan take over semua tu..

Xcukup dgn tu, kau aniaya anak2 muda Malaysia dgn beri tekanan supaya dorg bayar balik hutang PTPTN sdgkn kau tahu majoriti graduan hny bergaji xlebih RM3k sbulan.. Terlalu byk kalau aku nk ungkit.. Terlalu banyakkkk.. Kau bunuh kawan aku dlm flight MH370 yg mana sampai skrg aku xtau kt mana dia dan penumpang2 lain berada tp instinct aku kuat dan mimpi seorang ustaz alim tu xmungkin datang dgn sengaja.. Allah beri petunjuk pada dia tanpa sbrg hijab.. Semua mati dibunuh! Mati dgn penuh seksaan!!!!!!! Sbb tu kau dgn puak2 kau beria2 promote psl TPPA..

Kau gadaikan negara tercinta kami sebab hati kau dh buta dgn kekayaan duniawi.. Mcm2 alasan kau bagi utk alihkan perhatian rakyat pd isu besar yg kau dh buat!!!! Kau terlalu mgikut cakap isteri puaka kau yg mana aku boleh katakan dia adalah contoh terbaik wanita dari neraka!!!!!!! Tun Razak, kamu adalah bapa yg gagal mendidik anak kamu menjadi seorang insan yg baik! Toh Puan Rahah, maaf andai kata2 ni mgguris perasaan kamu.. Dosa apa yg kamu lakukan sehingga manusia kejam ni lahir dari rahim seorang wanita yg baik seperti kamu..

Sampai bila rakyat marhaen sanggup hadapi kehidupan sebegini???? Kenapa Najib Razak perlakukan kami seperti hamba tebusan Tun Razak?!!! Di mana sifat kemanusiaan manusia yg bernama NAJIB RAZAK!!!!! Kepada rakyat Malaysia yg bodoh dan penjilat tegar parti UMNO, apa kamu sanggup lihat anak cucu cicit kamu meneruskan kehidupan begini di masa hadapan????? Keadaan ekonomi Msia sangat2 nazak..

Bagi mereka yg tidak byk membaca dan mgkaji, hampir keseluruhan tanah org Melayu sudah dijual pd bangsa asing.. Bangsa asing mula menguasai pasaran ekonomi dan pasaran kerja di sini.. Apa nasib rkyt Msia terutama bangsa Melayu???? Pemimpin guna sentimen perkauman untuk kepentingan politik.. Malaysia di ambang bahaya.. Apakah PRU akan datang masih berpihak pd parti UMNO/BN??? Apakah SPRM akan menjalankan tugas dgn telus??? Rakyat bayar gaji kamu wahai semua penjawat awam Malaysia..

Kamu bekerja utk rakyat bkn parti pemerintah.. Tolonggggg laaaa sedar! X perlu la nk amalkn rasuah sbb bukan kamu sorg yg kesempitan wang.. tp ada berjuta lg rkyt Msia yg hidup melarat di bumi Msia ni.. Menteri2 dan org2 kaya yg ada pangkat, x perlu la mgampu pemimpin mcm dia tu TUHAN semata2 nk hidup kaya raya.. Pemimpin tu pun ada kuasa sebab RAKYAT YG PILIH..

Xperlu pandang hina rkyt marhaen yg hidup ssh sbb kekayaan kamu pun belum tentu jamin kamu masuk ke syurga dari pintu syurga terbaik di sana... Sy muatnaik status ni hny nukilan kesalan dari rakyat marhaen yg hina.. Mungkin jgk suara rkyt marhaen yg tidak pernah di pandang serious oleh para pemimpin baik dari pemimpin pemerintah mahupun sesetengah sultan di Malaysia.. Wasalam~

Lawak Ahmad Maslan: Jika akal tak bijak, apa perlu jadi pak menteri - Mufti Perlis

Mohd-Asri-Zainul-Abidin
Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup terus dikritik pelbagai pihak.

Tidak terkeculi, kenyataan tersebut turut mendapat kritikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam status di laman Facebooknya hari ini.

Meskipun tidak menyebut nama menteri berkenaan secara langsung, Asri dipercayai merujuk kenyataan Ahmad semalam yang meminta supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan sehari.

Menurut Asri seseorang menteri seharusnya bijak dan waras bagi melayakkannya diberikan pelbagai kelebihan termasuk gaji dan keistimewaan lain.

Selain itu katanya, seseorang menteri juga sepatutnya mencari penyelesaian untuk meringankan beban rakyat dan bukan menambahkan lagi beban mereka.

“Menteri itu sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat, bukan membuat cadangan yang membebankan lagi rakyat.

“Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

“Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istimewa untuknya?," soal Asri dengan sinis di laman Facebook.

Sebuah portal semalam melaporkan saranan Ahmad supaya rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos hidup di negara lain.

Meskipun dikritik keras kerana cadangan tersebut, Ahmad Maslan sekali lagi tampil mempertahankan kenyataan itu dan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga pekerjaan dalam kerajaan dan partinya Umno.

“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja," katanya.

“Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” kata Ahmad Maslan.
-malaysiakini-

Presiden Sri Lanka berang aksi wanita tempatan menanggalkan seluar dalam mereka ke arah penyanyi di satu konsert (video)

Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena berang dengan anjuran konsert bintang pop Enrique Iglesias di Colombo yang menyaksikan wanita tempatan menanggalkan seluar dalam mereka ke arah penyanyi itu.

Sambil menyelar penganjurnya, laporan AFP memetik beliau berkata penonton seharusnya juga "disebat dengan ekor beracun ikan pari" kerana 'tidak bertamadun.'

Pada konsert 20 Disember lalu di ibu kota Sri Lanka itu, wanita tempatan yang dilaporkan teruja berlari ke pentas untuk memeluk dan mencium penyanyi "Hero" itu sementara yang lain membaling seluar dalam ke arahnya.

"Ini adalah tindakan paling tidak bertamadun yang bertentangan dengan budaya kita.

“Saya cadangkan supaya wanita tidak bertamadun ini yang menanggalkan pakaian dalam mereka supaya disebat dengan ekor beracun ikan pari, namun mereka yang menganjurkan acara itu juga patut dihukum sedemikian," katanya yang dipetik agensi berita itu.

Peminat Enrique membayar harga tiket antara 5,000 rupee hingga 50,000 rupee (RM149.86 hingga RM1,498.58) untuk menyaksikan persembahan langsung sejam oleh penyanyi Latin itu di stadium ragbi di Colombo, sebahagian daripada jelajah dunia "Love and Sex."

Sebatan menggunakan ekor ikan pari beracun dikhususkan untuk penjenayah tegar di Sri Lanka dan digunakan sebagai ungkapan popular bagi menjelaskan salah laku ekstrem.

Tiada ulasan daripada penganjur tempatan, Live Events, syarikat milik bersama bintang kriket Sri Lanka, Kumar Sangakkara dan Mahela Jayawardene.
-malaysiakini-

Dilema Haji Hadi

Muammar Qaddafi
Kemenangan besar kumpulan kepimpinan pro ulama dalam muktamar Julai lepas yang disangka sebagai kemenangan Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) terhadap seteru politiknya dari dalam PAS berubah menjadi malapetaka buat parti Islam itu.

Kesan paling besar akibat kemenangan itu adalah berpecahnya Pakatan Rakyat apabila muktamar meluluskan usul Perwakilan Pahang, Mokhtar Senik memutuskan hubungan bersama DAP dan seterusnya membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang percaya untuk menang menentang Barisan Nasional (BN) melalui kerjasama politik bersama PKR dan DAP.

Kemunculan Amanah pula membawa kepada kewujudan pakatan baharu menggantikan Pakatan Rakyat iaitu Pakatan Harapan.

Walaupun pada peringkat awal PAS berulang kali mendakwa Pakatan Harapan dan Amanah adalah entiti yang lemah dan tidak perlu bersama mereka untuk menawan Putrajaya, namun kini parti Islam itu dan Hadi sebagai presiden mungkin sedar Amanah bersama Pakatan Harapan bukanlah entiti lemah sebaliknya sebuah gabungan yang mampu dan satu-satunya cara mengalahkan Umno BN.

PAS pastinya kembali maklum untuk menguasai Putrajaya mereka perlu kepada gabungan bersama parti lain. Parti yang bergerak sendiri pastinya hanya mampu kekal sebagai pembangkang untuk satu tempoh sangat panjang.

Sikap idealis PAS juga pastinya tidak akan menguntungkan PAS sebaliknya penting untuk PAS masuk sebagai mainstremer. Maka dilema Haji Hadi mungkin juga akan tersangkut antara konsep negara berkebajikan v hudud/negara syariat.

Haji Hadi tahu, untuk PAS maju ke depan, perlu bergabung dan menumpang arus orang lain. Kejayaan besar PAS pada 1990 yang menyapu bersih kerusi DUN di Kelantan kerana perpecahan dalam Umno sehingga tertubuhnya Semangat 46.

Dalam pilihan raya umum pada 1999 pula PAS menang besar di mana berjaya membawa 27 pemimpin PAS sebagai ahli Parlimen dan menjadi sejarah terbesar PAS bahkan mendapat durian runtuh apabila turut berjaya menawan Terengganu dan mengekalkan penguasaan di Kelantan kerana perpecahan dalaman Umno dan wujudnya PKR bersama PAS.

Pada 2008 arus tsunami/makkal sakti/hindraf, PAS turut mendapat kelebihan melalui kerjasama politik dengan PKR dan DAP.

PAS tahu, bersendirian PAS tidak mampu pergi ke mana. Hatta dengan isu hangat seperti peristiwa memali, rakyat marah Umno. Dengan isu kafir mengkafir masih kuat dan berpengaruh. Umno BN juga terpalit dalam skandal terbesar negara ketika itu berkaitan BMF. Skandal kewangan yang pertama di Malaysia berlaku pada 1983 apabila didapati BMF memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat yang mempunyai rekod prestasi meragukan.

Skandal itu bertambah hangat dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang ditugaskan untuk menyiasat transaksi, kebankrapan sebuah syarikat disuntik modalnya oleh BMF. Situasi itu memberi PAS keyakinan untuk berdepan pilihan raya pada 1986 namun malangnya keyakinan PAS pada ketika itu hanya memberi PAS 1 kerusi pada pilihan raya 1986 iaitu kerusi Pengkalan Chepa.

Maka Hadi hanya punya 2 pilihan untuk meningkatkan potensi PAS untuk berkuasa di Putrajaya iaitu sama ada bersama Pakatan Harapan, ataupun BN.

Dan untuk keduanya, ada dilema yang perlu Hadi fikirkan. Jika Haji Hadi pilih bersama Pakatan Harapan, tentu beliau maklum PAS tidak boleh jadi parti dominan. Walaupun mempunyai keahlian paling ramai, PRU13 lalu menyaksikan PAS memperoleh kerusi paling sedikit berbanding 2 sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Apatah lagi jika PAS bersama Pakatan Harapan dan terpaksa pula melepaskan kerusi kepada Amanah, tentulah itu sesuatu yang PAS tidak sanggup lakukan.

Bagaimana pula jika mewujudkan kerjasama dengan Umno melalui BN? Adakah PAS mampu menjadi dominan dan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Umno.

Dilema buat PAS jika mereka bersama Umno maka terpaksa dikorbankan kerusi tradisi mereka dan juga tetap perlu korbankan mesej hudud. Umno tentu tidak mahu PAS menjejaskan sokongan terhadap rakan politik mereka di Sabah dan Sarawak dengan konsep hudud PAS.

Walaupun bersama Umno, peluang PAS mendapatkan lebih banyak kerusi adalah sukar kerana banyak kawasan tradisi Melayu diambil alih Umno sebagai wakil mereka. PAS tidak lagi hero di kampung. Propaganda Umno selama ini mengikat Melayu kampung kepada mereka dan tentu saja semua kawasan tradisi milik Umno tanpa sebarang kompromi. Manakala kerusi majoriti Melayu di bandar pula mungkin tidak akan menyebelahi Pas yang telah bersama Umno.

Namun kebersamaan PAS dengan Umno mungkin akan memberi tempat selesa jika Umno kekal memerintah sekurang-kurangnya pimpinan PAS mungkin dapat menjawat posisi penasihat menteri yang membantu menerajui Malaysia.

Berbanding jika kekal bersama Pakatan, untuk PAS mendapat posisi timbalan perdana menteri dan perdana menteri adalah laluan yang agak sukar kerana perlu beratur di belakang PKR dan DAP.

Segalanya buat PAS jalan buntu, bersama Pakatan, ada sesuatu yang perlu PAS korbankan, bersama Umno, juga ada sesuatu yang PAS perlu korbankan. Jika kekal bersendirian, maka jelas yang bakal terkorban adalah PAS, malapetaka akibat keputusan muktamar Julai lepas akan berterusan sehinggalah kerosakan itu dibaiki dengan cermat dan teliti.
-detikdaily-

Aduh!! Terguling ketawa HA..HA..HA.. Ahmad Maslan buat lawak lagi


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ramai rakyat Malaysia melakukan 2 kerja dan berusaha gigih mencari rezeki halal. 

Selepas mencadangkan rakyat Malaysia melakukan 2 kerja bagi menambah pendapatan dan dikritik hebat pengguna media sosial, Datuk Ahmad Maslan mempertahankan kenyataannya dan berkata, beliau sendiri melakukan 3 kerja dalam satu masa.

Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, ramai rakyat Malaysia melakukan 2 kerja dan berusaha gigih mencari rezeki halal.

“Saya ada tiga kerja: Ahli Parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno.
“Ramai dah di Malaysia yang buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” katanya melalui akaun Twitter @ahmadmaslan hari ini.

Semalam portal Astro Awani melaporkan, Ahmad sebagai berkata, rakyat yang melakukan 2 pekerjaan pada satu masa tidak dianggap perkara luar biasa.

Katanya, Putrajaya menggalakkan usaha itu sebagai satu cara menangani peningkatan kos sara hidup.

Tambahnya pendekatan dua pekerjaan itu juga dilakukan kebanyakan rakyat di luar negara.

"Saya rasa ia (2 pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga.

“Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat 'weekend' juga," Ahmad dilaporkan sebagai berkata.

Pada masa sama, ketua penerangan Umno itu juga menyarankan rakyat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi perniagaan atas talian atau online, yang dilihat sebagai alternatif kepada pekerjaan makan gaji.
-malaysianinsider-