"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hukum Menyimpan Daging Korban Lebih Daripada 3 Hari

Soalan:

Terdapat hadith daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW melarang untuk menyimpan daging korban lebih dari 3 hari. Bagaimana untuk memahami hadith tersebut?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa para ulama telah berbeza pendapat terhadap hukum menyimpan daging korban melebihi 3 hari 3 malam kepada dua pendapat yang masyhur iaitu:

Pertama: Haram menyimpan daging korban melebihi 3 hari. Ini adalah pendapat Ali RA dan juga pendapat Ibn Umar R.Anhuma. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Muslim iaitu daripada Abu Ubaid bahawa beliau berkata:
شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَبَدَأَ بِالصَّلاَةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَانَا أَنْ نَأْكُلَ مِنْ لُحُومِ نُسُكِنَا بَعْدَ ثَلاَثٍ

Maksudnya: Aku telah bersama’Ali bin Abi Talib ketika hari raya (korban) maka beliau memulakannya dengan solat sebelum berkhutbah dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah kita daripada memakan daging korban melebihi 3 hari”.

Riwayat Muslim (1969)

Seterusnya, Ibn Umar R.Anhuma juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

لاَ يَأْكُلْ أَحَدٌ مِنْ لَحْمِ أُضْحِيَّتِهِ فَوْقَ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ

Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu memakan daripada daging korban melebihi 3 hari.

Riwayat Muslim (1970)

Di dalam sebuah athar juga ada menyebutkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma tidak memakan daging korban melebihi 3 hari dan ini diriwayatkan sendiri oleh anaknya Salim.

Kedua: Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadith mengenai larangannya itu telah dimansukhkan. Ini adalah pendapat jumhur para ulama’.
Terdapat banyak hadith yang menunjukkan kepada keharusan menyimpan daging korban melebihi 3 hari, antaranya riwayat daripada Abdul Rahman bin ‘Abis daripada bapanya telah bertanyakan kepada ‘Aisyah R.Anha adakah Rasulullah SAW telah melarang dari memakan daging korban melebihi 3 hari dan jawab ‘Aisyah R.Anha:

مَا فَعَلَهُ إِلاَّ فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya: Tidaklah Rasulullah SAW melakukannya (iaitu melarangnya) pada tahun di mana manusia berasa lapar dan demikian itu Rasulullah SAW mahukan akan yang kaya dapat memberi makan kepada yang miskin. Namun kemudiannya kami juga menyimpan bahagian kaki kambing dan memakannya 15 hari kemudiannya.

Riwayat Al-Bukhari (5423)

Begitu juga dengan beberapa hadith yang menunjukkan bahawa larangan tersebut telah dimansukhkan, antaranya:

i- Daripada Salamah bin al-Akwa’, telah berkata Rasulullah SAW:

‏ مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلاَ يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَفِي بَيْتِهِ مِنْهُ شَىْءٌ‏‏.‏ فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَفْعَلُ كَمَا فَعَلْنَا عَامَ الْمَاضِي قَالَ :‏‏ كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا فَإِنَّ ذَلِكَ الْعَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ فَأَرَدْتُ أَنْ تُعِينُوا فِيهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan korban janganlah kamu menyimpan sesuatu pun daripada daging tersebut di rumah. Ketika mana tibanya tahun hadapan, para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, adakah perlu kami melakukan sepertimana tahun lepas. Jawab Baginda SAW: “Makanlah kalian, berikanlah makan kepada orang lain dan simpanlah kerana pada waktu itu (tahun yang lepas) manusia berada di dalam kesusahan (iaitu kelaparan) dan aku menginginkan agar kamu membantu yang lain”.

Riwayat Al-Bukhari (5569) & Muslim (1974)

ii- Daripada Abu Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ لاَ تَأْكُلُوا لُحُومَ الأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلاَثٍ‏.‏ وَقَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ‏.‏ فَشَكَوْا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّ لَهُمْ عِيَالاً وَحَشَمًا وَخَدَمًا فَقَالَ ‏كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَاحْبِسُوا أَوِ ادَّخِرُوا ‏‏.‏

Maksudnya: Wahai ahli Madinah. Janganlah kalian makan daging korban melebihi tiga (hari). Maka para sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW sesungguhnya mereka mempunyai anak-anak dan juga hamba yang perlu diberi makan maka Rasulullah SAW berkata: “Makanlah, dan berikan makan kepada orang lain dan simpanlah (daging tersebut)”.

Riwayat Muslim (1973)

Kesimpulan

Melihat kepada perbahasan ini, kami katakan bahawa pendapat kedua lebih tepat dan ianya telah memansukhkan pendapat yang pertama sepertimana yang telah dinukilkan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya sebelum ini.

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dibolehkan untuk menyimpan sebahagian daripada daging korban. Adapun larangan menyimpan daging korban melebihi tiga hari dilarang oleh Nabi SAW kemudian Baginda SAW telah mengizinkannya dan ianya thabit di dalam hadith yang sahih lahi masyhur.” [Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, 8/418]

Ianya juga melihat kepada ‘illah (sebab) mengapa Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Sekiranya daging korban di simpan melebihi tiga hari, maka tujuan memberi makan mereka yang memerlukan tidak tercapai. Ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’.

Semoga dengan pencerahan ini, maka kita dapat memahami akan illah dan juga sebab dalam sesuatu bentuk arahan serta larangan yang berkaitan dengannya daripada Rasulullah SAW. Wallahu a'lam.

AKhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

18 Ogos 2016 bersamaan 15 Zulkaedah 1437 H.

SERAM!!! Polis Marin hilang dua hari dipercayai ada kaitan mistik

BERNAMA
Seorang anggota polis marin yang dilaporkan hilang dua hari lepas, ditemui dalam keadaan kebingungan di kawasan Sungai Rambai Melaka, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata Rahim @ Norizam Darisun, 47, dipercayai hilang ketika pulang dari Hospital Putra Batu Pahat ke Muar selepas menghantar isterinya.

"Kira-kira 6.30 pagi, Rahim balik seorang diri dari hospital Putra Batu Pahat ke Muar. Namun, dia tidak ke pejabat atau pulang ke rumahnya selepas itu.

"Pasukan Polis Marin Muar mencarinya dari laluan Batu Pahat ke Muar namun gagal. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya ditemui di dalam keretanya di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Rambai Melaka kira-kira 12.10 tengah hari selepas mengesan isyarat dari telefonnya.

"Mangsa dikatakan dalam keadaan kebingungan dan memberitahu ketika balik dari Hospital Putra Batu Pahat, beliau telah menumpangkan seorang wanita dan seorang anak.

"Semasa turun dari kenderaan, wanita berkenaan telah memberi wang kepada mangsa dan semasa dijumpai, mangsa mendapati duit tersebut adalah daun," kata Abdul Wahib.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan menerusi kenyataannya, dipercayai kejadian adalah mistik.

2 beradik dakwa polis tampar dan cucuh api

Ditampar, ditendang dan dicucuh dengan pemetik api - itulah dakwaan penderaan yang menimpa dua beradik dilakukan oleh pihak polis yang kononnya mahu mereka menandatangani kenyataan saksi.

Peguam mereka, T Shasi Devan mendedahkan perkara itu kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Kuala Lumpur, hari ini.

Adik-beradik berkenaan, Letchumanan Naidu, 19 dan Vikram Naidu, 17 ditahan berhubung pergaduhan pada 14 April yang lalu dan ditahan di ibu pejabat polis daerah Ipoh.

Buat masa sekarang, kedua-dua mereka sedang ditahan di penjara Kluang, Johor di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Ujar Sashi, apabila beliau melawat adik-beradik berkenaan pada 10 Ogos yang lalu, mereka berkongsi pengalaman pahit semasa berada dalam tahanan polis.

"Mereka maklumkan kepada saya bahawa pada 14 dan 15 April yang lalu, (anggota polis) menggunakan pita saluran untuk menutup mata mereka. Mereka kemudian dibawa keluar dari sel induk dan dibakar dengan pemetik api.

"Kedua-dua mereka tidak mengaku, jadi ditampar dan ditendang. Rambut pula ditarik.

"Saya bertanya kepada mereka jika ada mendapat apa-apa rawatan perubatan, kerana takut, mereka tidak meminta rawatan oleh doktor," tambahnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dakwaan itu akan disiasat.

"Kami akan memeriksa perkara itu dan tindakan akan diambil jika ada sebarang salah laku (di pihak anggota polis), " kata Khalid kepada Malaysiakini.

Berlari bogel dikejar suami kekasih (Gambar)

Macam lipas kudung lelaki ini berlari, dalam keadaan bogel. Semua gara-gara dia dikejar oleh suami kepada kekasihnya dengan pisau, selepas mendapati lelaki itu berada di atas katil bersama isterinya.

Ketika berlari itu, dia tidak kisah walaupun dalam keadaan bogel demi menyelamatkan nyawanya sendiri.

Kejadian yang mengejutkan dan memalukan ini berlaku di Argentina. Meskipun dalam keadaan sejuk dengan cuaca 6C, dia tiada pilihan dan ketika sedang berlari itu, lelaki berkenaan cuba menahan kenderaan yang lalu.

Malangnya mereka tidak memberhentikan kereta sebaliknya merakamkan aksi tersebut. Video itu kemudiannya dimuatnaik dalam YouTube.

Menurut laporan, suami kepada kekasihnya itu telah pulang ke rumah secara mengejut ketika lelaki itu dan wanita terbabit sedang berasmara. Dia kemudiannya bersembunyi di bawah katil.

Suami wanita itu berasa curiga apabila anjing mereka tidak berhenti menyalak dan selepas menggeledah rumahnya dia menemui lelaki itu bersembunyi di bawah katil dalam keadaan bogel.

Apa lagi, bermulalah adegan di mana lelaki itu dikejar dengan pisau dan keretanya juga telah dirosakkan oleh suami wanita tersebut.

Lelaki itu hanya berjaya menahan sebuah lori selepas dia berlari melepasi lima blok dari kediaman teman wanitanya itu.
-kualalumpurpost

Guru ugut pecah kepala pelajar jika bongkar rahsia ramas buah dada

Julau: Seorang guru lelaki bukan sahaja melakukan jenayah cabul terhadap seorang murid perempuan, malah turut mengugut mahu memecahkan kepala murid itu jika rahsianya terbongkar.

Kejadian gangguan seksual tersebut dikatakan berlaku pada penghujung Julai lalu, apabila guru terbabit pada mulanya memanggil murid tersebut ke pejabatnya sebelum mengunci pintu.

Memetik laporan portal Sarawakvoice, mangsa yang berusia 12 tahun telah dipeluk dari belakang sebelum bahagian dadanya diramas guru tersebut, yang mana mengakibatkan mangsa menjerit ketakutan.

Difahamkan jeritan mangsa didengari oleh guru besar dan seorang guru lain sekolah berkenaan yang biliknya terletak bersebelahan, namun tiada tindakan yang diambil berhubung kejadian tersebut.

Guru terbabit kemudian memberi amaran kepada mangsa agar tidak mendedahkan perlakuan terkutuknya atau dia akan bertindak kejam memecah kepala mangsa.

Ia bukannya kejadian pertama melibatkan guru pedofil terbabit kerana pada penghujung tahun 2015, dia pernah memegang bahu murid yang sama.

Sebaik mengetahui tindakan kejam guru terbabit, bapa mangsa yang juga seorang petani berusia 44 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Julau pada tengah hari Sabtu lalu. 
– Mynewshub

‘Malaysian Official 1' adalah Agong kata Ahli Parlimen UMNO

Misteri MO1? MP Umno kata Agong, tapi kemudian sunting tulisan

Misteri mengenai siapa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1' yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika berkaitan dakwaan penyelewengan dana 1MDB menjadi semakin kalut dengan kenyataan wakil rakyat Umno, Datuk Nawawi Ahmad.

Dalam tulisan di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.


"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.

"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.

"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.

Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."

Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.

Malaysiakini telah menghubungi Nawawi untuk mendapatkan penjelasan mengapa dirinya menyunting tulisan asalnya itu.

MO1, menurut DOJ adalah seorang pegawai awam kanan yang didakwanya menerima AS$ 731 juta dana yang disalurkan dari 1MDB.

DOJ juga berkata MO1 mempunyai pertalian dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa hanya orang bodoh tidak tahu siapa itu MO1, manakala pembangkang menuding jari kepada Najib.

Najib, bagaimanapun, menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam, dan mendakwa tuduhan seperti itu adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkannya.
-malaysiakini

Gempar penumpang wanita tak pakai seluar (Gambar)


Foto yang viral di laman forum Reddit, pada Ahad.FOTO seorang penumpang wanita yang tidak memakai seluar ketika sedang berurusan di kaunter syarikat penerbangan Virgin America mengejutkan orang ramai.

Pelayar laman forum Reddit, Deftones1 yang memuat naik foto tersebut pada Ahad menimbulkan persoalan sama ada sistem penghawa dingin di lapangan tersebut rosak dan menyebabkan penumpang kepanasan.

Pelayar lain juga menyedari beberapa kipas telah diletakkan menghala ke arah penjaga kaunter Virgin America.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah lapangan terbang di California, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beberapa bulan lepas, kejadian hampir serupa berlaku apabila seorang guru wanita membuka skirtnya ketika pemeriksaan dijalankan anggota keselamatan di lapangan terbang di Stanstead, London.

Wanita tersebut bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati selepas dituduh membawa dadah.
-sinarharian

Warga emas liwat budak 5 tahun

Budak 5 tahun diliwat saudara sendiri
Kota Baharu – Sebuah keluarga dari Peringat di sini trauma apabila mendakwa anak mereka diliwat seorang warga emas yang juga merupakan saudara mereka sendiri.

Kata ibu mangsa, semuanya bermula dengan mangsa yang berusia lima tahun diumpan dengan seutas jam tangan oleh suspek yang berusia sekitar 60an.

Kejadian dikatakan berlaku pada 20 Julai lalu, apabila anak kedua daripada tiga beradik itu pulang dalam keadaan menangis teresak-esak sebelum mengadu sakit pada bahagian dubur.

Dengan umpanan jam itu, mangsa berkata dia telah diajak ke satu kawasan semak di kampung mereka sebelum mendakwa diliwat.

Ibu mangsa kemudian merujuk mangsa kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, doktor pakar di hospital terbabit kemudiannya mengesahkan kanak-kanak malang itu mengalami tusukan sedalam antara 40 hingga 50 sentimeter di bahagian dubur.

Susulan itu juga satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Binjai.

Menurut ibu mangsa, apa yang dia mahukan ketika ini adalah keadilan buat anaknya.

“Ketika ini saya hendak tahu (tindakan pihak polis), sebab kita ada bukti, macam mana kes anak saya ini? Saya orang kampung, orang susah, saya hendak tuntut keadilan,” kata ibu mangsa.

Walaupun kes ini sedang diuruskan pihak berkuasa, sejarah hitam itu nyata membuatkan keluarga ini trauma.

“Ketika ini kesihatan anak saya Alhamdulillah tapi perwatakannya banyak berubah, memang berubah macam memberontak. Dengan adik-adiknya dia kacau. Dulu dia tidak kisah sangat,” kata ibunya lagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Baharom Abu Bakar ketika dihubungi menjelaskan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (hubungan luar tabii tanpa izin).

Suspek telah ditahan pada 9 Ogos lepas dan dibebaskan pada 11 Ogos dengan jaminan polis atas faktor usia.

Jelasnya, pihaknya kini sedang menyiapkan kertas siasatan sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan juga suspek sebelum di bawa ke Timbalan Pendakwaraya.
-Astro Awani

Tahanan wanita mati, diseksa di kem imigresen Juru

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kerajaan Kemboja mengarahkan kedutaannya di Kuala Lumpur menyiasat keadaan rakyatnya yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen di Juru, Pulau Pinang, susulan dakwaan tahanan di pusat itu diseksa dan dipukul oleh warden, malah ada yang mati, lapor akhbar Cambodia Daily.

Dua wanita Cambodia yang dihantar pulang pada Jun lalu hasil usaha pertubuhan hak asasi Central menceritakan bagaimana dia ditendang dan dipukul oleh warden di pusat tahanan itu kerana tidak memahami pegawai penjara.

Katanya, mereka diseksa kerana tidak boleh bertutur Bahasa Melayu. Tambahnya, beliau bernasib baik berbanding tahanan lain.

“Yang lain, seperti tahanan Vietnam, Thailand, Indonesia dan Laos, disiksa teruk,” katanya dipetik Cambodia Daily.

“Mereka ditolak dan kepala mereka ditekan ke atas dinding. Seorang pegawai bernama Ma Pon selalu menumbuk dan menendang kami,” katanya.

Tambahnya, sepanjang tinggal di situ, dia menyaksikan sendiri 5 warga Cambodia dan dua warga Vietnam meninggal dunia, tiga daripadanya wanita yang tinggal bersamanya.

“Mereka bertiga diseksa teruk dan saya menemui mereka mati keesokan paginya kerana kami tidur di blok sama,” katanya.

FMT sedang berusaha mendapatkan reaksi Jabatan Imigresen.

Cambodia Daily juga memetik wanita itu berkata, dia pernah diminta menjadi penterjemah semasa menemani tahanan lain mendapatkan rawatan di hospital, di mana dia melihat empat lagi wanita – tiga warga Cambodia dan seorang warga Vietnam – meninggal dunia.

Wanita yang mendedahkan insiden itu antara dua wanita yang pulang ke Cambodia.

Menurut aktivis Dy Thehoya dari pertubuhan Central, seorang lagi wanita bersamanya terus menghilangkan diri setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada pertengahan Jun lalu.

Bagaimanapun, dia sempat memberitahu yang dia ditahan di Juru selepas melarikan diri dari majikan yang menyeksanya, di samping mengesahkan dakwaan kekerasan warden di Juru.

Thehoya berkata pihaknya berusaha membebaskan kedua-dua wanita itu selepas diberitahu pegawai Kedutaan Kemboja di Kuala Lumpur, Bunthel Thuok.

Awal Jun, Malaysia bersetuju membenarkan lebih ramai warga Kemboja bekerja sebagai pembantu rumah, selepas pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen.

Disember tahun lepas, Malaysia dan Kemboja menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menyambung penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, 5 tahun selepas dibekukan Hun Sen susulan dakwaan rakyatnya diseksa.

Ibu lemaskan dua anak hingga mati dalam tab mandi

HOUSTON: Seorang ibu mengaku melemaskan dua anaknya sendiri di dalam tab mandi di rumah mereka di sini, lapor ABC13.com.Menurut jurucakap polis, Kese Smith, seorang rakan ternampak suspek membuang perkakas dari dalam rumahnya ke halaman bersebelahan pada pagi Ahad.

Suspek dilaporkan memberitahu rakannya itu yang dia terpaksa berpindah hari ini dan meminta bantuan daripadanya.

Ketika ditanya tentang anak-anaknya, suspek dilaporkan memberitahu rakannya yang dia telah membunuh mereka.

Rakannya itu pada mulanya tidak mengambil serius kata-kata suspek. Namun apabila suspek mengulangi jawapan sama apabila ditanya sekali lagi, dia mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku.

Rakannya itu kemudian memandu kereta bersama suspek dan berhenti kira-kira satu blok dari balai polis.

Dia kemudian berlari ke balai polis dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Sheborah Thomas, 30 tahun, kini ditahan.

Pihak berkuasa menjumpai mayat kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, di bawah rumah jiran.

Thomas didakwa melemaskan mereka di dalam tab mandi pada Jumaat.
Seorang lagi anak lelakinya, berusia 12 tahun, tiada di rumah ketika itu kerana bersama dengan ayahnya.

Rekod perubatan Thomas tidak menunjukkan dia mempunyai sejarah penyakit mental.
~Agensi

SPRM mula bertindak Datuk, Datuk Seri ditahan, harta RM13j dibeku

Tiga penjawat awam - dengan dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk - hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata, suspek tersebut berkhidmat di salah satu jabatan dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan pada pukul 12 tengah hari dan 2 petang tadi.

“SPRM telah menjalankan operasi serentak di tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

“Seramai tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan SPRM hari ini atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram,” kata Azam dalam kenyataannya hari ini.

Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu itu yang melebihi RM13 juta dibekukan.

Ia melibatkan wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta.

Selain itu, kata Azam, SPRM turut menyita beberapa aset lain termasuk kondominium mewah, banglo serta kenderaan mahal seperti berjenama Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai diperoleh daripada hasil rasuah dan penggubahan wang haram.

"SPRM juga turut menjumpai wang tunai bernilai RM400,000 termasuk dalam bentuk mata wang asing serta beberapa utas jam tangan mewah.

"Ketiga-tiga mereka kini ditahan dan akan direman di mahkamah majistret esok," katanya.

Kes itu disiasat di bawah seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram2001.

Bagi kesalahan di bawah seksyen Akta SPRM 2009, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Bagi Akta Penggubahan Wang Haram pula, pesalah boleh penjara sehingga 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil haram atau RM 5 juta mana yang lebih tinggi.
-malaysiakini

Ahli ISIS ini mendakwa dia telah dilatih oleh FBI

ISIS Member Says He Was Recruited By FBI

An ISIS member currently detained in North Carolina claims that he was recruited and paid by the FBI in 2009.

Erick Jamal Hendricks says his code name was “Ahkie,” a variation on the Muslim term for “brother,” and claims the FBI recruited him in order to help identify potential terrorists.

Msn.com reports:

Hendricks also said he’s been outspoken against IS and all extremist groups. He added that he’s baffled as to why the FBI accused him of terrorist ties.

Lisa Woods said her son dictated the statement to her in a Wednesday phone call from jail.

Hendricks was arrested Aug. 4 in Charlotte on a charge of providing material support to a terrorist group.

The FBI declined comment on the Hendricks statement.

According to the FBI, Hendricks had communicated with one of two men shot dead by a police officer in Garland, Texas, during an attack at an event where the Prophet Muhammad was being depicted in cartoons.

An FBI affidavit details online communications between Hendricks and an undercover FBI agent posing as an Islamic State recruit who witnessed the attack at the suburban Dallas civic center in May 2015.

Two Phoenix men wearing body armor and carrying rifles drove to the center, exited a vehicle and began shooting at the entrance, authorities have said. An off-duty police officer providing security for the event fatally shot both men before they could get inside. An unarmed security guard was shot in the ankle.

The Islamic State group claimed responsibility for the attack and referred to the two Phoenix men, Elton Simpson and Nadir Hamid Soofi, as “brothers.” Shortly before the attack, the 31-year-old Simpson posted on his Twitter account: “May Allah accept us as mujahideen,” or holy warriors.

Simpson and Hendricks had communicated before the attack, the FBI said at the time.
-yournewswire.com

‘Kakak, adik angkat’ dicekup JAIM

‘Kakak, adik angkat’ dicekup JAIM

Melaka – Sepasang kekasih yang mengaku mempunyai hubungan sebagai kakak angkat dan adik angkat dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan di hotel bajet di sekitar Melaka Tengah awal pagi tadi.

Lelaki berusia 24 tahun dan pasangannya 38 tahun itu antara 17 individu termasuk seorang perempuan warga Indonesia yang ditahan oleh JAIM dalam operasi bermula 12 tengah malam tadi.

Difahamkan, pasangan kakak angkat dan adik angkat dari Selangor itu datang ke Melaka untuk bercuti.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata, kebanyakan pasangan yang dicekup datang menaiki motosikal dari Johor dan Kuala Lumpur.

“Kita telah membuat serbuan di lima buah premis hotel bajet sekitar Daerah Melaka Tengah dan menahan 18 individu berusia 18 sehingga 38 tahun.

“Kesemua mereka dibawa balik ke lokap JAIM untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan,” katanya. 
Kosmo

Gadis masih hidup selepas terjun tingkat 26

Bogota – Seorang remaja perempuan mungkin individu paling bertuah di dunia apabila dia masih hidup selepas terjun dari tingkat 26 di sebuah bangunan di sini.

Remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan terjun dari tingkat 26 sebuah bangunan di Cartagena dan terus jatuh di dalam sebuah kolam renang di bawahnya.

Jurucakap polis berkata, remaja itu kemungkinan diculik sebelum dibawa ke bangunan berkenaan oleh sekumpulan samseng.

Remaja itu dipercayai terjun dari bangunan berkenaan dalam usahanya melepaskan diri atau terjatuh ketika bergelut dengan suspek.

“Remaja itu bernasib baik apabila dia terjatuh di dalam sebuah kolam renang di bawah bangunan berkenaan.

“Mangsa mengalami patah tulang bahu dan pelvis, lebam di paru-paru dan hati serta luka pada badannya.

“Apa yang menakjubkan, kecederaan remaja itu tidak parah dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Menurutnya, polis menyiasat kejadian berkenaan dan mengesan kumpulan samseng yang cuba menculik mangsa.

Sementara itu, jurucakap Hospital Napoleon Franco Pareja-La Casa del Nino, tempat remaja itu dirawat berkata, keadaan pesakit itu semakin pulih, tetapi dia masih terkejut.

“Terjun dari tingkat 26 dan terus jatuh ke dalam kolam renang, remaja ini sangat bernasib baik,” jelasnya.
-kualalumpurpost

Gadis ini sudah 12 kali cuba bunuh diri

Hidup umpama mimpi ngeri setiap malam. Itu yang dialami oleh sebuah keluarga apabila anak remaja mereka yang berusia 16 tahun, sudah 12 kali cuba membunuh diri sejak dua tahun lepas.

Emma Parrey, 33, tiada pilihan lain kecuali mengurung anak perempuannya itu, Stephanie di dalam sebuah bilik kayu, iaitu satu tindakan ekstrem yang terpaksa diambilnya demi keselamatan mereka sekeluarga.

Bilik kayu itu direka khas dengan semua objek yang boleh menyebabkan Stephanie mencederakan diri atau keluarganya telah dikeluarkan.

Emma kini menjadi patah hati, keliru, takut dan bimbang kerana anak perempuannya itu tidak mahu hidup lagi.

Meskipun terdapat satu pusat psikiatrik di kawasan berhampiran kediamannya di New South Wales, namun Emma tidak boleh mendaftarkan anaknya di situ memandangkan Stephanie sudah dirawat di pusat psikiatrik swasta.

“Saya sedang bercakap dengan kawan saya di telefon apabila dua anak saya mendengar Stephanie menghempas pintu tandas.

“Semua akses masuk ke bilik tandas itu telah ditutup dan dia sedang memegang pisau. Stephanie memberitahu tidak guna mereka menghalangnya kerana dia sudah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi serta tidak mahu saya bersusah payah untuk merawatnya.

“Kami menghubungi polis dan akhirnya Stephanie berjaya dihalang,’’ katanya yang mempunyai dua anak yang lain ketika menceritakan pengalaman hidupnya itu.

Disebabkan keadaan itu, Emma terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada Stephanie hingga mengabaikan dua anaknya yang lain. Ia menyebabkan Emma berasa sangat bersalah.

Ia juga menjadikan keluarga berkenaan hidup dalam ketegangan. Kesukaran hidup Emma itu mendapat bantuan daripada jirannya dan mereka kemudian menggunakan laman web GoFundMe .

Ia bagi meminta bantuan daripada mana-mana pihak yang dapat membantu keluarga berkenaan dalam apa cara sekalipun.
-kualalumpurpost

Wartawan terlampau (Gambar)


San Salvador – Seorang wartawan di El Salvador dikritik selepas dia tidak membantu seorang mangsa kemalangan jalan raya sebaliknya mewawancara lelaki berkenaan secara langsung di televisyen.

Wartawan berkenaan dilaporkan secara kebetulan ternampak satu kemalangan membabitkan seorang lelaki yang dilanggar sebuah trak ketika melintas sebuah lebuh raya di sini.

Siaran langsung laporan itu bermula dengan jurukamera merakam imej cermin hadapan sebuah trak berwarna putih yang retak dan diletak di tepi lebuh raya.

Jurukamera itu kemudian mengalihkan rakamannya terhadap seorang lelaki tidak berbaju yang terbaring di tepi lebuh raya.

Lelaki itu jelas berada dalam keadaan kesakitan dan mengerang ketika berbaring di atas rumput.
-kualalumpurpost

‘Daging babi ada logo halal’: Entah berapa ramai umat Islam sudah beli dan makan agaknya (Gambar)

Paparan skrin rakaman berita yang disebarkan.
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan pihak berkuasa Korea Selatan telah mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat yang bertanggungjawab meletakkan label halal pada daging babi keluarannya.

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim berkata, pihak Jakim telah mendapatkan penjelasan daripada rakan strategik di Korea susulan ia menjadi viral baru-baru ini.

“Berikutan rakaman berita berkaitan produk daging babi yang ditandakan sebagai halal di Korea menjadi viral, Jakim melalui Bahagian Hab Halal telah bertindak mendapatkan penjelasan mengenainya daripada rakan strategik Jakim di Korea,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini,

Rakaman berita yang telah diletakkan sari kata bahasa Indonesia dari sebuah stesen TV di Korea yang tersebar menyebut pengusaha daging mentah ditahan selepas menggunakan logo halal palsu pada daging keluarannya.

Melalui rakaman itu, pihak terbabit mendakwa tidak tahu tindakannya mencampurkan daging lembu halal dengan daging babi ketika memproses merupakan satu kesalahan.

Mengulas lanjut, Jakim berkata pihaknya diberitahu perkara itu berlaku susulan daripada sikap rakus pihak industri yang tidak memahami konsep halal.

“Untuk makluman pengguna, berdasarkan penelitian atau pemantauan pihak berautoriti di Korea, kejadian ini berpunca daripada sikap rakus pihak industri yang tidak memahami konsep halal dan beranggapan bahawa label halal adalah tanda perniagaan yang boleh membantu memasarkan produk mereka.

“Ekoran daripada kejadian itu, tindakan tegas telah diambil oleh pihak berkuasa Korea di atas sikap tidak bertanggungjawab syarikat terbabit dalam penyalahgunaan tanda halal tersebut,” katanya.
-sinarharian