"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru wanita digantung tugas kerana cium pelajar lelaki

KOSMO!

NEW DELHI  – Seorang guru wanita sebuah sekolah tinggi kerajaan yang gambarnya mencium pelajar lelaki menjadi tular di media sosial, telah digantung tugas, lapor portal berita NDTV semalam.

Kejadian berlaku di Chikkaballapur semasa lawatan sambil belajar dan guru itu bertugas di Sekolah Tinggi Kampung Murugamalla.

Foto terbabit menunjukkan guru itu memeluk dan mencium pipi pelajar berkenaan.

Pelajar berkenaan pula mendukung guru tersebut sebelum gambar mereka tersebar di platform media sosial termasuk X sehingga mendapat kecaman netizen.

Selepas menerima aduan, seorang pegawai pendidikan melawat sekolah itu dan melakukan  siasatan. 

Jabatan pendidikan tempatan kemudian mengambil tindakan menggantung tugas guru berkenaan berdasarkan laporan pegawai tersebut.

Ketika disoal siasat pihak sekolah, dia memberitahu mereka bahawa ciuman itu umpama antara seorang ibu dan anak.

Guru dan pelajar itu  mendakwa bahawa  gambar itu adalah untuk simpanan peribadi tetapi ia kemudian telah dibocorkan. – AGENSI

PN didakwa sedang atur ‘Langkah Dubai’ gulingkan PMX

HarapanDaily.com
PN didakwa sedang atur ‘Langkah Dubai’ gulingkan PMX
SITI NUR ZAWANI 

Pembangkang kini dilaporkan sedang mengatur satu lagi usaha merampas kuasa Persekutuan secara tebuk atap melalui ‘Langkah Dubai’ yang semakin kuat diperkatakan.

Selepas siri Langkah Sheraton dan Langkah London, muncul desas desus pengaturan semula landskap politik Malaysia melalui Langkah Dubai yang didakwa didalangi sebahagian besar pemimpin Perikatan Nasional.

Khabar mendakwa ia turut membabitkan sebahagian pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak berpuas hati dengan rombakan Kabinet dilakukan Perdana Menteri pada 12 Disember lalu.

Kesemua mereka dikatakan sedang melakukan cubaan terakhir menghadap Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai urusan rasmi di Dubai – sebelum peralihan kuasa baginda pada Januari tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop, mendakwa pemimpin PN yang sedang bercuti di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab untuk mengenal pasti ahli Parlimen yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang.

“Menjadi rahsia umum sehari dua ini cerita mengenai percutian di Dubai (melibatkan) tokoh-tokoh dari PN diikuti dengan kehadiran beberapa pimpinan lain yang dikaitkan dengan kumpulan yang tidak senang dengan cara kepimpinan PMX dan kerajaan Madani.

“Maka dikhabarkan ada rumusan “Langkah Dubai”, disusun dengan tugasan diberikan kepada PIC yang ditugaskan untuk bertemu, berunding dengan tawaran-tawaran kepada mereka yang dikenalpasti boleh beralih sokongan kepada mereka.

“Dikatakan juga terdapat jurucakap yang mempunyai kabel dengan kepimpinan di sebelah pembangkang sedang berkeliaran di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, cuba untuk meyakinkan bahawa awal tahun 2024 kerajaan Madani akan tumbang, siap dengan tarikh sekali,” katanya dalam perkongsian di Facebook.

Ismail mendakwa, ada bekas perdana menteri dan bekas menteri kewangan serta sekutu mereka turut terbabit dalam perancangan itu dengan menggunakan segala sumber dalam dan luar negara.

Beliau menyifatkan langkah kali ini sebagai “all out” dan bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Justeru beliau menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak segera kerana isu ini jelas satu konspirasi yang jahat, mengancam kedaulatan dan keselamatan negara.

“Pandangan tok abah, PMX perlu segera bertindak arahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ketua Polis Negara (KPN) untuk menyiasat beberapa individu yang didapati terlibat secara langsung, bertemu dgn Tun Mahathir dan Tun Daim dan ada kaitan dengan usaha jahat ini untuk disoal siasat atau diambil keterangan mereka.

“Cut off this people dulu dan dedahkan kepada umum peranan kejahatan yang mereka lakukan.

“Tok abah yakin, kalau tindakan ini berlaku, para konspirator dan puak-puak yang lain, yang dibayar, makan upah, pasti akan bertempiaran lari menghilangkan diri,” katanya lagi.

Polis terima laporan dakwaan salah guna RM700 juta dua k'jaan terdahulu

Bernama

Polis menerima laporan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana RM700 juta oleh dua kerajaan terdahulu untuk iklan dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu hari ini.

“Kita akan membuat siasatan termasuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan untuk mendapatkan penjelasan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Umno Datuk Lokman Noor Adam berkata pegawainya membuat laporan berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Setapak kira-kira dua petang tadi.

“Perbelanjaan tersebut besar...kita (rakyat) mahu tahu ke mana perginya perbelanjaan RM700 juta, ada sumber mendakwa bahawa ada penyalahgunaan kuasa melibatkan bekas petugas perdana menteri sebelum ini.

“Kami mahu polis menyiasat perkara ini dan diikuti siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,“ katanya ketika dihubungi Bernama.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan persekutuan membelanjakan sehingga RM700 juta untuk kerja pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

Perbelanjaan oleh dua pentadbiran terdahulu adalah bagi menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan.

-Bernama

J-Kom dakwa 'Langkah Dubai' dirancang gulingkan kerajaan Anwar

Malaysiakini 

Gerakan terbaru sedang dirancang bagi menjatuhkan kerajaan perdana menteri, Anwar Ibrahim yang didalangi pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan, dakwa Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Ismail Yusop.

Ismail berkata rancangan tersebut yang digelar sebagai ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin PN termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Dia mendakwa satu pertemuan diadakan semasa lawatan itu untuk memberikan tugas khusus kepada 'pegawai' yang bertanggungjawab bagi mengenal pasti ahli-ahli parlimen yang berpotensi mengalih sokongan mereka kepada pembangkang dengan menerima sogokan.

"Menjadi rahsia umum sehari dua ini cerita mengenai percutian di Dubai oleh tokoh-tokoh dari PN. Diikuti dengan kehadiran beberapa pimpinan lain yang dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan yang tidak senang dengan cara kepimpinan PMX (Perdana Menteri Ke-10) dan Kerajaan Madani.

"Maka dikhabarkan ada rumusan 'Langkah Dubai' disusun dengan assignment (tugasan) diberikan kepada PIC (orang yang bertanggungjawab) yang ditugaskan untuk bertemu, berunding dan (mengemukakan) tawaran kepada mereka yang dikenal pasti boleh beralih sokongan kepada mereka (pembangkang).

"Dikatakan ada jurucakap yang ada akses dengan kepimpinan disebelah pembangkang sedang berkeliaran di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak untuk cuba meyakinkan bahawa awal 2024, Kerajaan MADANI akan tumbang siap dengan tarikh dan dateline sekali," kata Ismail dipetik Berita Harian.

Ismail mendakwa terdapat pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang termasuk dikatakan menggunakan 'sumber asing' untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Anwar.

Katanya, dia memperoleh maklumat mengenai gerakan terbaru itu daripada pelbagai sumber, dan bukan hanya daripada satu pihak saja.

Dia juga mendakwa memiliki butiran pemimpin PN mahupun di pihak kerajaan yang terbabit usaha tersebut tetapi memilih untuk tidak mendedahkan perincian terbabit, dengan alasan ia bukan tanggungjawabnya.

"Apa pun, saya tidak mahu dedahkan tetapi kedudukan saya dengan jawatan yang saya pegang (dalam J-KOM), saya (boleh) akses banyak maklumat (antaranya) dalam konteks yang saya anggap kalau sampai peringkat mengancam keselamatan negara, gangguan soal kestabilan dan keharmonian masyarakat, saya fikir tidak adil kalau saya berdiam diri," katanya.

Menyifatkan langkah itu sebagai gerakan pengkhianatan, Ismail menggesa Perdana Menteri bertindak tegas

Tegasnya, gerakan itu jelas menunjukkan ia adalah konspirasi politik berniat jahat, yang berpotensi mengancam kedaulatan dan keselamatan negara.

"Secara peribadi, saya anggap semua tindakan mereka ini 'as ant act of treasons' atau suatu usaha atau gerakan pengkhianat untuk menggulingkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong.

"Justeru, PMX ada asas yang kukuh untuk bertindak secara afirmatif. PMX juga perlu segera arahkan Kementerian Dalam Negera, Ketua Polis Negara dan pihak keselamatan negara untuk menyiasat beberapa individu yang didapati terbabit secara langsung itu.

"Ia termasuk (mengheret mereka yang) ada kaitan dengan usaha jahat ini (Langkah Dubai) untuk disoal siasat atau diambil keterangan mereka," katanya.

Terdahulu tular mengenai pertemuan tertutup beberapa ahli parlimen PN dan dua ahli parlimen dari BN di Dubai.

Gerakan itu didakwa diatur beberapa pemimpin PAS dan Bersatu untuk mendapatkan sokongan sebahagian Ahli Parlimen BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, ketua penerangan Bersatu Razali Idris memberitahu Sinar Harian bahawa dia tidak mempunyai maklumat mengenai dakwaan pergerakan itu.

"Saya tidak tahu menahu soal itu," katanya dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, ‘Langkah Dubai’ tidak pernah dibangkitkan oleh mana-mana ahli parlimen pembangkang, khususnya Bersatu.

Buruh asing terpedaya kerana kerajaan gagal bendung sindiket

Dineskumar Ragu

PETALING JAYA: Seorang aktivis mengaitkan peningkatan kes buruh asing terpedaya dan terkandas di Malaysia tanpa pekerjaan dengan kegagalan kerajaan membendung kegiatan sindiket pemerdagangan orang.

Aktivis hak buruh asing Andy Hall berkata, kegagalan kerajaan menyemak keabsahan syarikat yang memohon untuk mengambil pekerja asing turut menyumbang kepada masalah itu.

Bagaimanapun, katanya, isu sebenar ialah kegagalan kerajaan memerangi rangkaian jenayah terancang yang memperdagangkan pekerja Bangladesh untuk menjadi buruh paksa di Malaysia.

“Kegagalan kerajaan memeriksa kesahan syarikat-syarikat yang memohon buruh asing menjadi faktor mengakibatkan isu pekerja terkandas.

“Tetapi ini hanyalah sebahagian daripada isu yang lebih besar. Isu utama di sini ialah sindiket rentas sempadan,” kata Hall kepada FMT.

Adrian Pereira daripada NGO North-South Initiative mendakwa, ejen pengambilan pekerja menyamar sebagai majikan dan menyalahgunakan kelemahan dalam peraturan pengambilan buruh asing yang longgar, membawa masuk pekerja perkhidmatan dan menyumberkan mereka kepada anak syarikat dan juga syarikat di negeri lain.

Pereira berkata, kegagalan KSM mengambil tindakan berkesan terhadap syarikat-syarikat ini menjadi duluan yang buruk.

“Ia tidak memberikan amaran bahawa kerajaan serius (dalam menangani isu ini). Bagi kami, (pemerdayaan pekerja) serupa dengan pemerdagangan orang,” katanya.

“Mengapa Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, pasukan petugasnya dan sistem rujukan negara tidak digerakkan? Di manakah hukuman teladan terhadap syarikat-syarikat ini? Tiada apa-apa yang dilakukan,” katanya.

Aktivis-aktivis itu berkata demikian susulan laporan bahawa 171 warga Bangladesh ditahan di Pengerang, Johor, pada 20 Dis selepas berjalan beramai-ramai untuk membuat laporan polis terhadap ejen mereka kerana gagal mendapatkan pekerjaan seperti yang dijanjikan.

Walaupun kes itu berada luar bidang kuasa KSM, menterinya yang baru dilantik, Steven Sim memberitahu FMT, kementerian itu akan membantu warga Bangladesh terbabit atas “dasar kemanusiaan” dan memanggil majikan dan ejen yang terlibat untuk membantu siasatan.

Pereira berkata, usaha menangani isu itu akan menjadi cabaran terbesar Sim kerana beliau perlu mengenal pasti puncanya dan menangkap mereka yang bertanggungjawab memanipulasi proses pengambilan dan kelulusan kuota.

“Beliau perlu memastikan bahawa jabatan buruh jelas tentang siapa yang bersalah dalam situasi ini,” katanya.

“Adakah beliau (Sim) hanya akan menggunakan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990) terhadap mereka yang bertanggungjawab, atau mendakwa mereka atas pemerdagangan manusia?”

Hal ehwal buruh asing bawah pejabat PM

Pereira dan Hall mencadangkan agar urusan migrasi buruh diletakkan bawah bidang kuasa pejabat perdana menteri, setelah terbukti KSM dan KDN tidak mampu menyelesaikan isu eksploitasi buruh asing.

Hall berkata, langkah meletakkan isu migrasi bawah KSM adalah naif dan tidak praktikal kerana majoriti buruh asing di Malaysia masih tidak mempunyai dokumen.

Menurutnya, hal ehwal migrasi buruh asing tidak boleh semata-mata dikawal oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana migrasi merangkumi tiga aspek, iaitu keselamatan negara, keselamatan ekonomi, dan keselamatan manusia.

“KDN fokus kepada keselamatan negara, jadi ia tidak sepatutnya mengawal migrasi buruh,” katanya.

“KSM juga tidak sesuai kerana tumpuannya adalah pada perlindungan pekerja, bukannya keselamatan, kesihatan dan ekonomi.”

Perhimpunan sejuta rakyat untuk Palestin dirancang Feb depan

BERNAMA

Shah Alam: Satu perhimpunan gergasi sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Februari depan dengan sasaran kehadiran sejuta peserta.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program yang dikenali Perhimpunan Sejuta Rakyat Untuk Palestin itu bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan mendesak perang di Gaza dihentikan serta-merta.

Beliau yang merupakan koordinator perhimpunan itu berkata, pihaknya turut menyasarkan 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mendaftar dalam gabungan Perhimpunan Sejuta Rakyat itu, yang dirancang berdekatan dengan Kedutaan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun menurutnya lokasi tepat perhimpunan serta perarakan itu masih belum dapat dipastikan, dan pihak berkuasa diminta memberi kerjasama untuk membantu memastikan acara berkenaan dapat diadakan dengan aman dan lancar.

"Perhimpunan ini akan menghantar mesej yang kuat dari rakyat Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera bertindak menyekat Israel dari terus melakukan serangan ganas ke atas Gaza," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Kelantan: Jalan runtuh, lebih 200 penduduk terputus hubungan

Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
JALAN di Kampung Seberang Janggut runtuh akibat hujan lebat menyebabkan lebih 200 penduduk terputus hubungan. FOTO ihsan Bomba
JALAN di Kampung Seberang Janggut runtuh akibat hujan lebat menyebabkan lebih 200 penduduk terputus hubungan. FOTO ihsan Bomba
Jeli: Jalan runtuh di Kampung Seberang Janggut di sini, sejak semalam menyebabkan lebih 200 penduduk terputus hubungan.

Kejadian 9 pagi semalam itu disebabkan hujan lebat dan air pasang besar dari Sungai Rual berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, air sungai menghakis jalan sebelum runtuh sepenuhnya.

"Jalan sepanjang 20 meter itu runtuh menyebabkan penduduk kampung tidak dapat keluar ke bandar Jeli untuk melakukan urusan harian termasuk membeli barangan keperluan dan sebagainya.

"Pihak kita bersama Ketua Jajahan, Jabatan Kerja Raya (JKR), pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah membuat tinjauan di lokasi itu.

"Kita sudah membuat perbincangan dan tindakan lanjut akan dilakukan dengan segera memandangkan jalan ini adalah satu-satunya jalan perhubungan penduduk untuk keluar dari kampung dengan menggunakan motosikal serta kereta," katanya di sini, hari ini.

“Gelaran ‘Tun’ tak bermaksud duduk atas undang-undang” – Shamsul Iskandar balas kenyataan Tun M

MAISARAH AISYA

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan yang dilihat berunsur sindiran untuk ‘menahan reman’ mereka berpangkat ‘Tun’ jika enggan dedah hasil kekayaan.

Kenyataan tersebut menurut Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin dilihat jelas menunjukkan sikap sombong Dr. Mahathir.

Kenyataan tersebut adalah susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat rakan baiknya, Tun Daim Zainuddin atas kes pengubahan wang haram.

“Semua orang, termasuk mereka memiliki pangkat Tun, tidak berada di atas undang-undang.

“Umum mengetahui mengapa Tun Dr. Mahathir membuat kenyataan sebegini, kerana dia sememangnya tidak senang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi.

“Ini kerana keengganan Datuk Seri Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat milik anak-anak Dr. Mahathir ketika krisis ekonomi Asia 1997-19998.

“Ini mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar dan mencetuskan krisis politik sehingga ke hari ini,” katanya dalam hantaran di media sosial.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Dr. Mahathir bersetuju sekiranya mereka berpangkat ‘Tun’ disiasat jika gagal jelas sumber kekayaan mereka.

Tambah Shamsul Iskandar, jika semua berpangkat ‘Tun’ perlu disiasat, maka baik bermula dengan keluarga Dr. Mahathir dan anak serta cucu.

“Kita juga perlu menyiasat semula kes-kes penyelewengan dana dan kerugian Perwaja Steel, projek hidroelektrik Bakun, MISC, PKFZ, Maminco dan kes-kes melibatkan anak-anaknya seperti Kenchana Petroleum, dan kekayaan anak-anak dan cucu-cucunya.

“Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang, maka siasatlah harta-harta orang yang berpangkat Tun, bermula dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarganya.

“Tun, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam, dengar-dengar. Saya yakin Tun berani disiasat,” tambahnya.

‘Mesra’ PH boleh bunuh Umno

Elill Easwaran

Beberapa pemimpin akar umbi Umno berkata hubungan dengan DAP menyebabkan parti itu semakin dipinggirkan pengundi Melayu.
PETALING JAYA: Beberapa pemimpin akar umbi Umno menyuarakan kebimbangan bahawa parti itu akan kehilangan sokongan pengundi Melayu jika terus “mesra” dengan Pakatan Harapan (PH).

Pemimpin-pemimpin tersebut, yang enggan dikenali berkata Umno seharusnya melayan PH seperti cara parti itu melayan Perikatan Nasional (PN) semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

“Tiada masalah untuk bekerjasama dengan PH dalam kerajaan, di peringkat persekutuan, tetapi kita tidak sepatutnya pergi sehingga menghadiri konvensyen mereka atau bekerjasama dalam pilihan raya,” kata seorang pemimpin Pemuda kepada FMT.

“Kita rasa seperti Umno bukan lagi di bawah Barisan Nasional tetapi di bawah PH.”

Pemimpin itu berkata hubungan tersebut terutama dengan DAP adalah sangat merosakkan memandangkan segala yang pernah Umno katakan tentang parti itu selama berpuluh tahun.

“Jika saya meletakkan diri saya sebagai pengundi Melayu, saya tidak akan mengundi Umno,” katanya, mengulas mengenai nasib parti itu yang merudum sejak kerjasama dengan PH bermula selepas PRU15.

Dalam pilihan raya enam negeri selepas PRU15, Umno hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang dipertandingkan.

Seorang pemimpin bahagian dari Johor berkata walaupun PH memenangi PRK Pulai dan Simpang Jeram di negeri itu, ahli akar umbi Umno tidak berminat untuk membantu calon PH berkempen.

“Sebagai pemimpin bahagian, kita memahami sentimen pengundi lebih daripada kepimpinan tertinggi.

“Tugas kita adalah untuk mendidik pengundi mengapa Umno merupakan pilihan yang lebih baik daripada yang lain tetapi apabila presiden memutuskan Umno akan berkempen untuk PH, ia menjadikan keadaan lebih teruk.

“Selama berpuluh tahun kita memberitahu pengundi bahawa kita adalah suara Melayu, bukan PH, tetapi apabila kita diminta untuk bekerjasama, bagaimana kita mahu menyakinkan pengundi?” katanya.

Katanya, itulah sebabnya sokongan Melayu terhadap PN semakin kuat dalam tempoh singkat.

Pemimpin itu berkata Umno perlu memikirkan pelan jangka panjang untuk mendapatkan sokongan semula, dan cara terbaik untuk melakukan ini adalah menjadi pembangkang.

“Dengan cara kita bergerak sekarang, terutamanya dengan bergandingan tangan dengan DAP, parti ini akan hancur dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Pemimpin lain dari Pahang juga mengatakan kerjasama berterusan dengan PH di luar hal ehwal kerajaan akan menyebabkan Umno kehilangan sokongan.

“PRK Kemaman adalah contoh yang baik di mana undi kita turun berbanding PRU15,” kata pemimpin tersebut.

Dalam PRK Kemaman bulan ini, Ahmad Samsuri Mokhtar dari PN mendapat 64,998 undi berbanding dengan Raja Affandi Raja Noor dari BN, yang hanya menerima 27,778 undi.

Dalam PRU15, calon PN Che Alias Hamid memenangi kerusi itu dengan 65,714 undi manakala Ahmad Said dari BN meraih 38,535 undi.

McDonald's Malaysia tuntut RM6 juta dari penyokong kempen boikot

Malaysiakini 
story-imageSebuah kumpulan yang menyokong pemboikotan terhadap jenama antarabangsa utama sebagai tindak balas kepada pencerobohan Israel ke atas Gaza berdepan tuntutan RM6 juta atas kerugian yang dialami oleh rangkaian makanan segera McDonalds.
Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR), pemilik francais McDonalds di Malaysia, menuntut jumlah kerugian hasil (RM3 juta), pampasan untuk pekerja yang diberhentikan (RM1.5 juta) dan bahan tamat tempoh (RM1.5 juta).

Plaintif berkata bahawa defendan - Boycott Divestment Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) - telah menghasut orang ramai supaya membenci jenama McDonald's kerana konflik antara Israel dan Palestin.

"Umum mengetahui bahawa rakyat Malaysia - yang majoritinya beragama Islam - telah memboikot perniagaan defendan kerana ia (didakwa) mempunyai kaitan dengan konflik itu.

“Terdapat juga insiden di mana pekerja plaintif diugut dan diaibkan dalam media sosial,” kata pernyataan tuntutan GAR.

Sebagai tambahan kepada ganti rugi teladan, plaintif juga memohon injunksi terhadap pengulangan kenyataan fitnah oleh BDS Malaysia dan perintah mahkamah agar BDS Malaysia menarik balik semua kenyataan fitnah.

GAR berkata bahawa BDS Malaysia, secara sindiran, telah membuat kesimpulan bahawa syarikat itu terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai 2.3 juta warga Palestin, bekerjasama dengan Israel atau tenteranya, dan mendapat keuntungan daripada pembunuhan rakyat Palestin.

“Plaintif menegaskan bahawa ia mahupun McDonald's Corporation tidak menyumbang, menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik atau agama di seluruh dunia, termasuk konflik Israel-Palestin.

"Disebabkan penyebaran kenyataan fitnah oleh defendan di laman web, akaun Facebook dan akaun Instagram mereka, reputasi plaintif telah terjejas dan menjadi sasaran kebencian awam," kata kenyataan tntutan yang difailkan pada 19 Dis.

GAR berkata bahawa mereka telah mengeluarkan surat tuntutan kepada BDS Malaysia untuk memadamkan kenyataan fitnah pada 10 Nov dan dalam jawapan pada 12 Dis, BDS Malaysia menegaskan bahawa McDonald's Corporation telah membenarkan pemegang francaisnya membantu tentera Israel dan kenyataan mereka adalah berdasarkan pada fakta.

Dalam pernyataan tuntutannya, GAR berkata syarikat itu 100 peratus dimiliki oleh orang Islam dan 55 peratus daripada pelanggannya juga beragama Islam.

Dalam satu kenyataan, BDS Malaysia menafikan memfitnah GAR.

"Oleh itu kami telah memutuskan untuk membiarkan mahkamah memutuskan perkara itu," kata kumpulan itu, sambil menambah butiran lanjut akan didedahkan tidak lama lagi.

Buruh Rohingya pukul isterinya dengan paip getah dipenjara 5 tahun, sebat

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my

Melaka: Buruh etnik Rohingya yang mencederakan isterinya dengan paip getah kerana mengesyaki wanita itu curang, dipenjara lima tahun dan satu sebatan.

Hukuman diputuskan Hakim Mohd Sabri Ismail di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini selepas mendapati Mohd Abdullah, 31, bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Pemegang kad UNHCR itu dituduh sengaja menyebabkan kecederaan dengan memukul muka, badan dan kaki isterinya, Setara Bibi Nor Hussin, 31, dengan paip getah di sebuah rumah di Taman Seri Indah, Tengkera pada 1 pagi, 24 Disember lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Berdasarkan fakta kes, suri rumah pemegang kad UNHCR disoal dan dimarahi tertuduh berkaitan gambar dan video lucah di Facebook yang didakwa milik wanita itu.

Mangsa menafikannya namun, tertuduh tidak berpuas hati dan menuduh isterinya itu bersama adik lelakinya adalah individu dalam rakaman serta didakwa mempunyai hubungan sulit.

Tertuduh yang berang didakwa memukul mangsa di muka, badan dan kaki menyebabkan mangsa bengkak mata sebelah kiri serta lebam dan bengkak di belakang badan, paha kiri dan kanan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Menanti kemunculan gunung emas dari Sungai Furat

Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

JIKA dilihat semula kepada perbualan antara Dajal dan Tamim Ad-Dari pada siaran Addin terdahulu, terdapat beberapa petunjuk paling jelas yang boleh menjadi panduan kepada seluruh umat Islam.

Dajal menyatakan bahawa dia akan keluar apabila keringnya Tasik Galilee atau Tasik Tiberia selain beberapa petunjuk lain, antaranya pokok kurma di daerah Baisan.

Untuk persoalan pertama, Tasik Galilee atau Tasik Tiberia ini sememangnya sedang mengalami pengeringan saban tahun dan dilaporkan oleh media antarabangsa bahawa pengeringan itu semakin kritikal beberapa tahun kebelakangan ini. Laut Galilee yang juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia adalah tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 kilometer (km), kira-kira 21 km panjang dan 13 km lebar.

Tasik itu memiliki keluasan 166 kilometer persegi dan kedalaman maksimum kira-kira 43 meter. Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, ia tasik air tawar terendah di bumi dan tasik kedua terendah di dunia (selepas Laut Mati iaitu sebuah tasik air masin).

Kinneret terletak jauh di dalam Lurah Gelinciran Besar Jordan, sebuah lembah yang disebabkan oleh pemisahan plat-plat Afrika dan Plat Arab dan punca airnya sebahagian datang daripada mata air bawah tanah meskipun begitu punca utamanya adalah daripada Sungai Jordan yang mana mengalir melaluinya dari utara ke selatan. Keadaan ini bergantung kepada gempa bumi dan pada masa lalu oleh aktiviti gunung berapi. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan banyak basalt dan batu igneus lain yang mentaksirkan geologi kawasan Galilee.

Selain Tasik Galilee ini, penanaman kurma di daerah Baisan juga menunjukkan pengurangan pengeluaran yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan beberapa dekad lalu.

Setakat pencarian penulis, laporan berhubung pengeluaran kurma di daerah berkenaan begitu terhad, namun terdapat beberapa penulisan yang menyatakan bahawa pokok kurma di daerah itu hampir tidak mengeluarkan buahnya atau berlaku pengurangan jumlah pengeluaran.

Ini juga adalah tanda-tanda akan keluarnya Dajal seperti perbualan dengan Tamim yang direkodkan.

Selain daripada dua petanda berkenaan, salah satu tanda dekatnya kiamat adalah keringnya Sungai Furat. Berdasarkan kepada maklumat daripada Britannica menjelaskan bahawa Sungai Furat yang juga disebut sebagai Sungai Eufrat mempunyai kepanjangan 2,800 km dan ia adalah salah satu daripada dua bahagian sistem sungai Tigris-Eufrat.

Memperihalkan sungai itu dalam geografi, Sungai Furat ini menaik sehingga ke Turki dan mengalir ke tenggara merentasi Syria dan melalui Iraq. Sungai itu terbentuk menerusi pertemuan Sungai Karasu dan Murat di Tanah Tinggi Armenia, Eufrat menuruni antara banjaran utama Pergunungan Taurus ke dataran tinggi Syria.

Ia kemudian mengalir melalui barat Iraq dan tengah untuk bersatu dengan Sungai Tigris. Lembahnya mempunyai pengairan yang banyak pada zaman dahulu dan banyak bandar besar, sebahagian daripada runtuhannya masih kekal, memenuhi tebingnya.

Dengan Tigris, ia mentakrifkan kawasan yang dikenali secara sejarah sebagai Mesopotamia.

Sungai ini banyak memberi gambaran tentang hari kiamat dan ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata 'mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu." (Hadis Riwayat Muslim, No 5152)

Hadis itu jelas memberi gambaran bahawa perebutan bukit emas itu akan berlaku dan pertumpahan darah yang dahsyat akan terjadi kerana mahu merebut kekayaan berkenaan. Rasulullah SAW dalam hadis di atas menjelaskan bahawa daripada 100 orang yang bertempur, 99 orang akan mati dan hanya seorang saja yang hidup. Begitulah dahsyatnya perebutan harta berkenaan dan sebagai umat Islam, Nabi SAW sudah mengingatkan kepada kita semua supaya tidak mengambil harta berkenaan walaupun sedikit.

Sungai Furat adalah sungai terpanjang di Asia Barat. Mengairi tiga negara iaitu Turkiye, Syria dan Iraq. Ia berpunca dari hiliran timur Turkiye, kemudian merentasi Syria, memasuki Iraq dan bertemu ulu sungai Tigris sebelum berakhir di muara Shatt Arab, pesisir Teluk Parsi.

Sungai Furat bersama Sungai Tigris menjadi sumber air dan juga laluan penting. Sehingga hari ini, Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Bukti sains juga menunjukkan bahawa sungai itu semakin mengering hasil daripada imej cerapan satelit daripada tahun ke tahun dan ini membenarkan sabda Nabi SAW berhubung pengeringan sungai berkenaan dan akan muncullah bukit emas yang menjadi rebutan.

Laporan media juga banyak menunjukkan bahawa pada hari ini sungai berkenaan sudah mengering sedikit demi sedikit dan kini dikatakan sudah berada pada tahap kritikal.

Terdapat juga ramalan daripada pengkaji barat bahawa sungai berkenaan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040, namun ia sekadar ramalan, tetapi apa yang perlu diinsafi adalah pengeringan sungai berkenaan adalah bukti hampirnya kita pada hari ini dengan pengakhiran yang sudah dikhabarkan oleh Baginda Nabi SAW sejak lebih 1,400 tahun lalu.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu." (Hadis Riwayat Bukhari, No 6586 /  Muslim, No 5153)

Melihat kepada semua bukti berkenaan, maka benarlah seperti peringatan serta panduan yang sudah diberikan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW berhubung insiden serta tragedi akhir zaman yang bakal berlaku.

Namun, satu persoalan besar yang perlu dijawab pada hari ini adalah apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi zaman kekalutan dan penderitaan berkenaan. Islam menganjurkan kepada kita supaya sentiasa bersedia dengan meningkatkan amal ibadah dan kembali kepada Islam sebenar berlandaskan kepada al-Quran, hadis dan ikutan ulama muktabar.

Sesungguhnya, pengakhiran untuk dunia ini pasti akan berlaku kerana perkara berkenaan sudah pun dinyatakan menerusi banyak firman Allah SWT yang mengingatkan tentang hari kiamat dan manusia akan diadili di padang mahsyar.

Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah akan datang kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya (dari barat). Apabila matahari terbit dari barat maka orang ramai melihatnya, lantas mereka beriman seluruhnya. Maka itulah saat ketika iman seseorang tidak lagi bermanfaat bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu atau belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya." (Hadis Riwayat Bukhari, No 4269)

Oleh itu, tanda kecil Hari Kiamat sudah terlalu banyak di hadapan kita dan segeralah kita bertaubat memohon keampunan atas dosa dan kesilapan yang dilakukan.

Sultan Selangor minta ‘orang politik’ tak campuri urusan hal ehwal agama Islam

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sultan Selangor minta orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Jawatankuasa itu bertanggungjawab mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi DUN mengenai penggubalan undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah, sebagaimana diperuntukkan Perlembagaan.

Hasil kajian, pandangan, dan syor yang dicadangkan oleh jawatankuasa itu akan dibentangkan dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-raja.

“MKI juga dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya yang melibatkan undang-undang dan agama Islam,” menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Sultan Selangor.

“Justeru, baginda mengharapkan agar orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.”

Penubuhan jawatankuasa itu menjunjung titah Sultan Sharafuddin, yang juga pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), bagi mengkaji secara mendalam dan kritikal persoalan undang-undang yang berbangkit, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kompetensi DUN dalam kerangka yang ditetapkan Perlembagaan.

Semalam, Ngeh ketika mencadangkan pelantikan itu menjelaskan ia agar jawatankuasa tersebut dapat mengambil kira pandangan orang bukan Islam supaya hak dan perlindungan yang diberikan Perlembagaan tidak terjejas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar bagaimanapun menjelaskan bahawa anggota jawatankuasa itu sememangnya terdiri daripada pakar dalam pelbagai lapangan.

Ia turut dianggotai bekas hakim mahkamah persekutuan, wakil Jabatan Peguam Negara, ahli akademik, dan pengamal undang-undang, di samping wakil majlis agama Islam negeri dan mahkamah syariah.

Ia dipengerusikan oleh bekas ketua hakim negara Zaki Azmi.

7 ‘ikon’ kaki fitnah yang dipercayai PN sepanjang 2023

HarapanDaily.com
MEMPERINGATI 2023: 7 ‘ikon’ kaki fitnah yang dipercayai PN sepanjang 2023
ARIF ATAN 

Tahun 2023 menyaksikan Perikatan Nasional (PN) istiqamah bergayut dengan kaki fitnah dan penyebar berita palsu.

Motif mereka hanya mahu menghasut rakyat untuk membenci kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya menumbangkan kerajaan MADANI.

Gerombolan penghasut yang juga disokong lebai Pas dan walaun itu juga tidak luput angan-angan mereka untuk menukar PMX dalam apa juga keadaan sekalipun.

Kaki fitnah yang dipercayai sungguh oleh penyokong PN jelas menyalahgunakan kebebasan bersuara untuk menabur fitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar.

Pempengaruh dan tentera siber PN sepanjang tempoh genap setahun PMX mengemudi Kerajaan Persekutuan dilihat agresif memainkan isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R),demi meraih kuasa.

Modus operandi jahat dengan menyerang peribadi dan fitnah jenayah seks juga tidak berkesudahan sepanjang tahun ini lantaran gagalnya PN memainkan fungsi semak dan imbang secaara berkesan dengan menegur kerajaan hal berkaitan polisi dan tatakelola.

Banyak video TikTok yang memfitnah Kerajaan Perpaduan tersebar di platform TikTok meracuni rakyat terutamanya golongan muda dan remaja.

Ini 7 ‘ikon’ kaki fitnah dan penyebar berita palsu yang dipercayai PN sepanjang 2023:

1. Raja Petra
Layak digelar ketua kaki fitnah sepanjang tahun 2023, Raja Petra tiba-tiba bicara tentang Islam. Dia bahkan digelar Raja Fitnah tetapi diangkat dan dipuji walaun.

Raja Petra sudah sampai tahap membandingkan keadaan dirinya dengan penghijrahan Nabi Muhammad.

Dia mengaku ikut sunnah Rasulullah dan berhijrah ke England. Padahal, Rasullullah berhijrah untuk berdakwah sebaliknya Raja Petra pula berhijrah untuk menaburkan fitnah.

Raja Petra ‘lari’ meninggalkan Malaysia kerana kalah dalam dua kes saman. Mahkamah mengarahkan dia perlu bayar RM600,000 kepada Lim Guan Eng dan RM300,000 lagi kepada Shafee Abdullah.

Jumlah saman dihadapinya hampir RM1 juta. Mana berani dia nak terus tinggal di Malaysia sebab itu dia ‘berhijrah’ ke England.

Apapun, rancangan fitnah PN dan Raja Petra gagal untuk menjatuhkan kerajaan PMX.

2. Papagomo
Jam dah nak masuk 10 malam. PMX masih tak tumbang. Walaun dalam group walabot kene tipu dengan papagomo lagi

Tahun 2023 menyaksikan Papagomo tiba-tiba jadi idola walaun sesuai dengan ‘jawatannya’ sebagai Timbalan Fitnah.

Saman fitnah dihadapinya tidak berkesudahan. Malah, Papagomo ‘gigih’ menyerang Perdana Menteri.

Menerusi video ‘live’ berdurasi satu jam 32 minit 50 saat pada 16 Disember lalu, dia selamba membayangkan Anwar menghidap AIDS dengan hanya ‘menyusun kembali’ singkatan DSAI.

Akibat video “DSAI Penyakit Misteri Tiada Penawar AIDS” yang telah dimuat naik di channel YouTube ‘Sir Azri’, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris kemudiannya disiasat polis.

Dulunya, lelaki ini hanya sempat dua tahun bertugas sebagai anggota polis berpangkat konstabel selepas terlibat dalam kesalahan jenayah.

3. Ratu Naga
Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah memang dikenali sebagai penyedia kandungan pro PN. Tidak keterlaluan untuk tahun 2023 ini, dia boleh dianggap sebagai ‘ketua wanita fitnah’.

Tahun 2023 ini, Ratu Naga dilihat cuba untuk menimbulkan persepsi jahat terhadap Dr Wan Azizah apabila memanipulasi gambar dari Instagram milik Perdana Menteri Israel semasa hadir ke UNGA ke-78 di New York, Amerika Syarikat, pada 21 September lalu.

Kononnya isteri PMX sokong Israel padahal itu adalah sesi penggambaran isteri-isteri ketua negara yang hadir semasa pembukaan Perhimpunan Agung PBB ke-78 ketika itu.

4. Chegubard

Tak habis habis dengan fitnah jahat, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin istiqomah menghimpun dosa.

Dia yang dulu dilabel geng kartel dalam PKR tergamak melemparkan fitnah dan tuduhan jijik apabila menggelar Perdana Menteri sebagai ‘Dajjal’ dalam ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 26 November lalu.

Sebelum itu, pada Julai lepas pula, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi telah membuat satu laporan polis terhadap Chegubard.

Turut dipetik nama mereka ialah Wan Saiful Wan Jan dan Raggie Jessy Rithaudeen kerana mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan-kenyataan palsu dan bersifat memfitnah terhadap PMX berhubung kediaman peribadi beliau di Sungai Long, beberapa kenderaan yang digunakan serta aset-aset lain.

Chegubard juga akan diheret ke mahkamah dalam masa terdekat selepas membuat tuduhan kononnya wujud unsur rasuah dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Berjawatan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, dia dilihat oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.

Dia juga didakwa memfitnah Nurulhidayah Ahmad Zahid kononnya anak perempuan sulung Timbalan Perdana Menteri itu diberi duit yayasan RM17.9 juta untuk beli hotel di Bali.

Malah, pada Mac lalu, dia yang menganggap dirinya pejuang rakyat marhaen mengaitkan Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui Hannah Yeoh dengan gerakan Kristian Evengelist.

5. Salim Iskandar

Obses dengan ‘planta’, fitnah Salim Iskandar sampai tahap buat “pendedahan eksklusif” daripada seorang “hamba Allah” tentang apa yang berlaku di Penjara Sungai Buloh.

Namun, semakan Harapan Daily hari ini mendapati video itu telah dikeluarkan oleh pihak YouTube.

Gara-gara terdesak nak salahkan kerajaan PMX, Salim buat fitnah lagi kononnya bil TNB daripada kenalannya “makin melampau berkat dari kerajaan MADANI”

Namun, cubaan cerita palsu oleh Salim aka ParpuKari pada Jun itu ‘kantoi’ hinggakan pihak TNB meninggalkan tanda pagar tidak pasti jangan kongsi.

Semakan TNB pada nombor akaun tertera mendapati bacaan tarif elektrik bagi pengguna itu secara purata adalah RM500 sebulan.

6. YB Viral

Pempengaruh pujaan penyokong PN ini kerjanya mencarut dan memaki hamun di Tiktok. Mempunyai pengikut yang ramai di TikTok, dia layak dianggap sebagai ‘Ketua Pemuda Fitnah’.

Menganggap dirinya wakil rakyat, dia menggelar ‘Rafizi Menteri Paling Bodoh’.

Rafizi kemudiannya mengemukakan jemputan kepada YB Viral untuk bersemuka dengan beliau dalam sesi podcast ‘Yang Bakar Menteri’ pada 8 Januari depan.

7. Meong Killa

Sembang garang di TikTok live, lelaki berambut panjang yang diikat ini dianggap adik beradik dengan Ratu Naga lantaran wajah mereka yang mirip.

Dalam satu video, kelihatan Ratu Naga memakaikannya baju-T tertera logo PN dalam satu kempen pilihan raya.

Meong Killa kemudiannya dikatakan kena siasat polis selepas mengugut akan menggunakan pihak PDRM apabila “cukup hari kemenangan” PN untuk mengangkut “budak-budak kerajaan” masuk ke penjara.

Dia juga kononnya ada bukti bahawa tentera siber di pihak kerajaan mendapat elaun sehingga RM5,000.

Ekoran dakwaan Meong itu, rata-rata penyokong PN menganggap patutlah penyokong Kerajaan MADANI “sanggup maki ulamak”.

Selain itu, Meong juga menuduh individu yang telah tampil jadi saksi menafikan wujudnya isu ‘planta’ seperti dicanang oleh Salim Iskandar kononnya telah dibayar.

‘Pencuri, sila hubungi saya!’

KOSMO!
WAJAH pencuri dompet disiarkan di laman Facebook Parichat. - Foto Facebook/Parichat
BANGKOK – Seorang wanita di Thailand menawarkan wang tunai sebanyak 2,000 baht (RM269) sebagai ganjaran kepada seorang pencuri jika memulangkan semula dompet miliknya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Parichat, kehilangan dompetnya selepas dicuri seorang lelaki pada 17 Disember lalu. Dia melaporkan kecurian itu kepada Balai Polis Bangpho pada hari yang sama. 

Bagaimanapun, pihak polis tidak menerima aduannya dan memintanya mencari bukti berhubung kecurian itu.

Parichat mengikut semua arahan polis tetapi 10 hari kemudian, dia masih tidak dapat memfailkan aduan. 

Wanita itu kemudian bertindak menyiarkan gambar pencuri tersebut di akaun Facebook miliknya semalam dengan kapsyen: “Pencuri, sila hubungi saya. Saya bersedia memberi anda 2,000 baht. Saya bosan menghubungi polis. Tolong pulangkan dompet saya. 

“Bercakap dengan polis jauh lebih sukar dan lebih memenatkan daripada mencari pencuri. Pulangkan semula dompet supaya anda boleh mendapatkan lebih banyak wang dan mengelakkan rekod jenayah.” – AGENSI 

Wanita disiasat tikam mata suami dengan gunting

Agensi

New Delhi: Seorang isteri didakwa menikam mata suaminya selepas lelaki itu meminta telefon bimbitnya untuk mendengar lagu di platform media sosial, lapor portal Mirror Now.

Dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat di Uttar Pradesh itu, suami wanita berkenaan dikenali sebagai Ankit dikatakan meminta telefon bimbit isterinya untuk mendengar lagu di YouTube.

Namun, berlaku pertengkaran membabitkan pasangan suami isteri itu.

Pegawai Saviratnam Gautam berkata, wanita itu menikam mata suaminya menggunakan gunting.

Mangsa kemudiannya memfailkan aduan terhadap isterinya sebelum polis bertindak atas laporan dibuat.

"Berlaku pertengkaran membabitkan pasangan suami isteri hingga membawa kepada tindakan si isteri menikam mata suaminya," katanya.

Menyedari kecederaan dialami mangsa, keluarganya segera membawa lelaki itu ke pusat kesihatan berdekatan bagi mendapatkan rawatan susulan.

Difahamkan polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Pemandu lori tak mengaku rogol anak kandung

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my
 Seorang pemandu lori berusia 39 tahun diiringi anggota polis di Mahkamah Butterworth di sini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun. FOTO DANIAL SAAD
Seorang pemandu lori berusia 39 tahun diiringi anggota polis di Mahkamah Butterworth di sini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun. FOTO DANIAL SAAD
Butterworth: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14 tahun di sebuah hotel Oktober lalu.

Tertuduh berusia 39 tahun membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan jijik itu di bilik sebuah hotel di Simpang Ampat, Daerah Seberang Perai Selatan pada jam 2.30 pagi, 30 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap bapa kepada lima anak itu namun tertuduh memohon ikat jamin pada kadar minimum dengan alasan perlu menyara anak masih bersekolah selain mangsa tinggal bersama bekas isterinya di Perak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan iaitu tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 30 Januari depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Arab Saudi umum penemuan emas di lombong sepanjang 100km

Agensi
Arab Saudi menemui kawasan simpanan emas dekat lombong Mansourah Massarah, Makkah. FOTO Agensi
Arab Saudi menemui kawasan simpanan emas dekat lombong Mansourah Massarah, Makkah. FOTO Agensi
Riyadh: Arab Saudi mengumumkan penemuan emas di kawasan sepanjang 100 kilometer ke selatan lombong Mansourah Massarah, kawasan pentadbiran Al Khurmah di wilayah Makkah, lapor portal Saudi Gazette.

Syarikat perlombongan dikenali sebagai Maaden itu dalam satu kenyataan berkata, ia adalah penemuan pertama di bawah program penerokaan meluas yang dilancarkan pada 2022.

Menurutnya, pihaknya menemukan banyak kawasan yang kaya dengan emas dan menunjukkan potensi untuk mengembangkan perlombongan logam berharga itu di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maaden, Robert Wilt berkata, penemuan itu berpotensi untuk menjadi pusat penemuan emas dunia dan sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikat mereka.

"Penemuan ini menjadi bukti potensi sumber mineral yang belum diterokai di Arab Saudi dan menjadikan perlombongan sebagai tonggak ketiga ekonomi Saudi," katanya.

Dilaporkan, sebanyak 67 peratus saham Maaden dimiliki oleh Public Investment Fund (PIF), dana kekayaan kerajaan yang juga syarikat perlombongan terbesar di rantau Teluk.

Mansourah Massarah adalah lombong emas terbaharu, terbesar dan paling maju dari segi teknologi di Arab Saudi.

SUV ‘Ganu kita’

Mohsin Abdullah

Ada seorang bekas pemimpin negara pernah diberitakan berkata jika kerajaan mampu membuat sesuatu perbelanjaan itu bukan satu pembaziran. Setuju atau tidak terpulang. Mungkin kerajaan Terengganu sependapat dengan bekas pemimpin itu apabila membeli 10 kenderaan utiliti sukan atau SUV baru bagi menggantikan kenderaan rasmi sedia ada kerajaan negeri.

Bahkan bekas ketua penerangan Umno Terengganu Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar mengakui pembelian kenderaan rasmi baru itu tidak menyalahi peraturan dan tiada masalah dari segi tatacara dan peraturan sekiranya pembelian ada diperuntukkan dalam belanjawan 2023, atau dibeli melalui dana Terengganu Inc (atau mana-mana anak syarikat) dan diluluskan lembaga pengarah.

Cuma (ya, ada cuma) kata beliau yang menjadi isunya “adakah ia satu keperluan mendesak apatah lagi pembayaran dana khas hasil petroleum yang disalurkan dari kerajaan pusat agak terhad jumlahnya.”

“Bagaimana dengan bayaran lain yang perlu dilunaskan oleh kerajaan negeri seperti dalam belanjawan 2023? Yang mana satu lebih utama, rakyat atau exco?” tanya beliau menerusi kenyataan yang disiar Malaysiakini.

Kesimpulannya beliau melihat pembelian itu walaupun mengikut peraturan “janggal dalam keadaan kewangan negeri yang agak terhad ketika ini.”

Untuk rekod pada 3 Okt lalu, Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu Dewan Undangan Negeri kerajaan Terengganu sudah menerima Dana Khas Kerajaan Persekutuan atau DKKP berjumlah RM405 juta dalam tempoh Disember 2022 hingga September tahun lalu. Kata beliau jumlah itu berbeza berbanding anggaran DKKP dalam Belanjawan 2023 berjumlah RM1.5 billion.

Terdahulu tular sekeping gambar di media sosial memaparkan beberapa buah SUV didakwa dibeli kerajaan Terengganu. Ia kemudiannya dibangkit Wan Abdul Hakim yang meminta kerajaan negeri memberi penjelasan.

Tampil Setiausaha Kerajaan Terengganu Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal mengesahkan pembelian 10 SUV berkenaan. Kata beliau, SUV dibeli pada Mei lalu tetapi belum diagihkan termasuk kepada ahli majlis negeri atau Exco. Beliau bagaimanapun tidak beritahu mengapa pengagihan belum dibuat.

Kata beliau, pembelian itu mampu menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan lama dan diluluskan di bawah belanjawan negeri pada tahun lalu. Tiada butiran lanjut dan perincian jumlah yang boleh dijimatkan hasil pembelian itu. Pun begitu kata Tengku Farok “pembelian kenderaan ini tidak perlu dipolitikkan kerana ia diluluskan melalui bajet tahun lalu.”

Menurut beliau, selain SUV turut diluluskan pembelian kenderaan pacuan empat roda jabatan perhutanan negeri tetapi “pembelian jabatan perhutanan tidak pula dipertikaikan termasuk oleh pemimpin politik.”

Sememangnya kenderaan atau apa-apa perbelanjaan untuk kegunaan jabatan kerajaan yakni kakitangan awam jarang atau tidak ditimbulkan sama sekali kecuali ia dibangkitkan laporan audit negara umpamanya berikutan ‘kepincangan’ yang dikesan. Sekadar contoh.

Namun apabila pembelian menggunakan duit kerajaan (yang sebenarnya duit rakyat) untuk orang politik (menteri atau exco) ia pasti menarik perhatian ramai khususnya orang politik sendiri. Ertinya pihak lawan. Ini suatu kelaziman.

Dalam isu SUV kerajaan Terengganu ini kata Tengku Farok sudah menjadi kebiasaan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan baharu kepada ketua jabatan termasuk exco kerajaan negeri.

“Ketika kerajaan negeri terdahulu, berlakunya pembelian rasmi baru bagi menggantikan kenderaan lama bagi menjimatkan kos penyelenggaraan,” kata beliau dipetik media.

Beliau tidak menamakan parti yang dimaksudkan. Tidak perlu sebut pun kerana umum tahu kerajaan terdahulu Umno-Barisan Nasional. Bolehlah dikatakan beliau menyindir bekas ketua penerangan Umno yang membangkitkan soal pembelian SUV ini. Ertinya dulu boleh sekarang pun boleh lah. Kau buat aku pun buat.

Pun begitu tidak boleh juga dipersalahkan bekas ketua penerangan Umno membangkitkan isu SUV berkenaan. Selaku pembangkang menjadi tugas beliau dan partinya bertindak untuk semak dan imbang, meskipun meminta penjelasan daripada kerajaan negeri ‘hanya’ melalui kenyataan dan tidak secara bersemuka kerana DUN Terengganu sifar pembangkang.

Seperti kita tahu pada pilihan raya negeri Ogos lalu Perikatan Nasional (baca: PAS) menang semua 32 kerusi DUN Terengganu. Maka tanpa seorang pun ahli pembangkang dalam dewan kerajaan negeri dengan mudah dan senang hati (baca: bebas) merencana dan menjalankan rencana tanpa diganggu sesiapa. Pedulikan dakwaan tiada semak imbang sesuatu yang tidak bagus. Bukankah rakyat yang membuat pilihan 12 Ogos lalu dan suara mereka mesti dihormati. Bukan begitu?

Apa lagi hal pembelian 10 SUV tidak besar mana pun. Betul ke ia isu kecil?

MEMPERINGATI 2023: Pas kalah saman RM400,000, ini 6 fitnah paling ‘panas’

HarapanDaily.com

SITI NUR ZAWANI 

Dalam tempoh satu tahun sepanjang pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Perpaduan berusaha keras mengekang fitnah dan adu domba yang dimulakan pihak lawan.
Sepanjang satu tahun itu juga Perikatan Nasional (PN)-Pas merekodkan prestasi agak buruk apabila lima orang pemimpin mereka diheret ke mahkamah kerana memfitnah.

Pampasan fitnah yang perlu dibayar Pas jika dijumlahkan nilainya sehingga kini hampir RM400,000 tidak termasuk beberapa kes yang masih lagi berjalan.

Harapandaily menyenaraikan 6 kes paling panas membabitkan pimpinan Pas yang kalah dan kesnya masih lagi sedang dibicarakan sepanjang tahun ini.

1) 3 Mac 2023 – Anwar fail saman fitnah terhadap Awang Solahuddin kerana kenyataan fitnah

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadap Perdana Menteri di lobi Parlimen.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Awang membuat kenyataan sehingga diterbitkan di portal MalaysiaKini menerusi dua artikel bertajuk ‘MP PAS: Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir’ manakala dalam versi Bahasa Inggeris, bertajuk “Why no LCS charges, MP asks ‘more vindictive than Mahathir’ PM’.

Tarikh perbicaraan saman fitnah itu telah ditukar daripada Julai 2026 kepada Januari 2025.

2) 3 April 2023 – Sanusi diarah bayar RM120,000 kepada Datuk Mahfuz Omar

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor gagal dalam rayuan saman fitnah terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahkamah telah membenarkan permohonan Mahfuz menaikkan jumlah ganti rugi daripada RM50,000 kepada RM120,000.

Mahfuz sebelum ini memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena, membenarkan pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

3) 29 Ogos 2023 – Ahmad Dusuki Abdul Rani kalah saman kerana memfitnah isu Tabung Haji

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki kalah saman fitnah terhadap Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa tiga kali berturut-turut berhubung isu Tabung Haji.

Pertama, ketika memfailkan saman terhadap Mujahid di Mahkamah Sesyen Shah Alam, mahkamah telah menolak saman itu dengan Dusuki perlu membayar RM11,000.

Ahmad Dusuki yang tidak berpuas hati kemudiannya telah merayu ke Mahkamah Tinggi dan rayuannya juga ditolak dengan kos RM7,000.

Pada 29 Ogos, penceramah Pas itu menarik balik rayuan saman fitnah terhadap Mujahid di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan diarahkan membayar RM5,000 sebagai kos kepada Mujahid.

Keseluruhannya berjumlah RM23,000.

Begitupun pada September 6, Mujahid pula memfailkan saman fitnah berjumlah RM1 juta terhadap Ahmad Dusuki selepas beliau didapati berterusan mengeluarkan fitnah tentang TH biarpun perkara itu sudah terbukti tidak benar di mahkamah.

4) 6 September 2023 – Razman Zakaria kalah saman RM250,000 terhadap Lim Guan Eng

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang dianggap memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Lim menyaman Razman berhubung satu hantaran dalam Facebook (Razman) pada 18 Nov 2017 yang mendakwa Lim menyokong penuh larangan pengambilan pekerja hotel memakai tudung, dengan ia turut disokong oleh kerajaan Pulau Pinang.

5) 29 November 2023 – Siti Mastura disaman tiga pemimpin DAP

Tiga pemimpin DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman, awal November lalu.

Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Saman itu difailkan secara berasingan oleh Pengerusi DAP Lim Guan Eng, bapanya Tan Sri Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim

Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 November lalu, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

6) 13 Disember 2023 – Anwar fail saman fitnah terhadap Sanusi

Anwar memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Anwar mendakwa pada 13 November 2023, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah telah memberi ucapan mengenai kes liwat membabitkan Anwar.

Kenyataan fitnah daripada video itu telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris bertajuk “Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang PAS kata kena ‘pikiaq’.

Kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud Anwar mendapat pengampunan Diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Terbaru Mahkamah menetapkan pada 19 Februari 2024 melalui prosiding E-Review di hadapan pendaftar bagi status terkini pemfailan dokumen sebelum perbicaraan.

Imbasan mahkamah: DNAA Zahid cetus kontroversi, hukuman sebat menanti Syed Saddiq

Syazwana Amir

PETALING JAYA: Tahun 2023 menyaksikan beberapa nama besar terdiri daripada ahli politik dan selebriti mewarnai kamar mahkamah yang prosidingnya mendapat perhatian ramai.

Lensa kamera turut dihala kepada pegawai penguat kuasa termasuk membabitkan seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh pelajar berusia 17 tahun dalam satu kejadian langgar dengan kereta di Ipoh, Perak.

Berikut beberapa rangkuman prosiding mahkamah yang mendapat perhatian ramai.

Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 tuduhan

Pada 4 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi atas kesemua 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Pasukan pendakwaan memohon perkara itu yang dibenarkan mahkamah atas beberapa alasan termasuk perlu kaji keterangan saksi perbicaraan serta membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut terhadap bukti baharu dikemukakan Zahid.

Bagaimanapun, presiden Umno itu boleh berdepan semula pertuduhan jika pendakwaan meneruskan kes ini, atau mengemukakan kes pada bila-bila masa nanti berdasarkan fakta dan keterangan yang serupa dalam kes ini.

Permohonan itu dikritik pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam yang memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara memohon DNAA terhadap Zahid.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihukum penjara 7 tahun, sebat

Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada bernilai lebih RM1 juta.

Ahli Parlimen Muar itu turut dikenakan hukuman dua sebatan dalam keputusan yang dibacakan Hakim Azhar Abdul Hamid pada 9 Nov.

Susulan keputusan itu, Syed Saddiq meletak jawatan presiden Muda sehingga proses undang-undang membabitkannya selesai.

Mahkamah bebaskan Muhyiddin tuduhan salah guna kuasa

Pada 14 Ogos, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya semasa menjadi perdana menteri bagi mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu.

Muhyiddin didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi Bersatu di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Sanusi didakwa menghasut

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada 18 Jul atas tuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan menerusi ceramah politik.

Perbicaraan membabitkan Adun Jeneri itu akan berlangsung selama 12 hari di antara Januari dan Februari tahun depan.

Yasin bebas, diarah ke Hospital Bahagia

Pada 29 Nov, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Hakim Faiz Dziyauddin bagaimanapun memerintahkan Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak, untuk menjalani rawatan selama tempoh diperkenan Sultan Selangor.

Pelajar maut didakwa dilanggar, pegawai kanan polis didakwa

Kematian tragis pelajar berusia 17 tahun Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang didakwa dilanggar sebuah kereta pada 15 Dis mengheret seorang pegawai kanan berpangkat Deputi Superintendan ke mahkamah.

Tiga hari kemudiannya, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa secara tentatif di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh Muhammad Zaharif di Jalan Taman Jati 1, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Meru.

Ada perjanjian dibuat untuk Mat Sabu kekal presiden Amanah

Shahrul Shahabudin

PETALING JAYA: Dua perjanjian dibuat oleh Mohamad Sabu bagi membolehkan beliau terus kekal sebagai presiden Amanah untuk penggal ketiga dan terakhir dalam pemilihan parti itu pada minggu lalu, kata sumber.

Seorang pemimpin parti yang enggan dikenali berkata perjanjian pertama adalah untuk membenarkan Mujahid Yusof Rawa – yang dipilih sebagai timbalan presiden dan kemnya menguasai barisan kepimpinan – untuk melantik ketua negeri.

Perjanjian kedua adalah untuk Mujahid menggantikan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu di mana penggal pemerintahan beliau berakhir pada 2026, katanya.

Sumber berkata, ini semua dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin itu susulan keputusan pemilihan parti yang menyaksikan 18 daripada 27 jawatan barisan kepimpinan kebangsaan yang dipilih, mempunyai kaitan dengan bekas menteri agama itu.

Antara pemimpin mempunyai kaitan dengan Mujahid adalah tiga pemimpin dari Perak iaitu bekas Adun Manjoi Asmuni Awi, Ahmad Termizi Ramli, dan Muhaimin Sulam.

Beberapa lagi yang dikaitkan dengan Mujahid termasuklah Exco Selangor Izham Hashim, bekas Ahli Parlimen Tampin Hasan Bahrom, Sabki Yusof, bekas Exco Selangor Dr Siti Mariah Mahmud, dan Lahirul Latigu.

“Perjanjian ini dibuat untuk mengelak perbalahan antara kedua-dua kem,” kata sumber.

Komen sumber itu secara tak langsung menyentuh khabar angin bahawa Amanah berpecah kepada dua kem, yang menyokong Mohamad dan satu lagi menyokong Mujahid, walaupun mereka menafikan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, pemimpin parti itu berkata tiada sebarang isu kem Mujahid menguasai barisan kepimpinan parti.

“Adalah penting untuk parti mempunyai seseorang yang berkemampuan seperti Mujahid untuk berdepan dengan PAS,” katanya.

Pada Ahad lalu, Mohamad dipilih oleh 27 pemimpin tertinggi parti untuk terus kekal sebagai presiden Amanah bagi sepenggal lagi selepas menduduki tempat kelapan dengan memperoleh 613 undi dalam pemilihan parti.

Mujahid pula dilantik sebagai timbalan presiden selepas mendapat tempat keempat dengan memperoleh 699 undi.

Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
NADIA Fasha Qistina cedera parah akibat disimbah asid menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. FOTO Ihsan Azman Shah Mohammad
NADIA Fasha Qistina cedera parah akibat disimbah asid menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. FOTO Ihsan Azman Shah Mohammad
Kuala Lumpur: "Sudah hampir dua bulan anak menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan sudah menjalani lapan kali pembedahan bagi memulihkan tisu kulit serta menyelamat matanya."

Itu kata Azman Shah Mohammad, 43, bapa kepada remaja, Nadia Fasha Qistina, 19, yang mengalami kecederaan parah selepas disimbah asid ketika pulang dari kerja di Denai Alam pada 8 November lalu.

Menurut Azman, ketika kejadian itu anaknya baru enam hari bekerja di sebuah klinik di situ dan dia disimbah asid oleh seorang lelaki menyamar sebagai pekerja e-hailing yang kemudiannya melarikan diri.

"Kejadian menyebabkan anak mengalami kecederaan teruk di muka dan badan serta kakinya sehingga terpaksa menjalani lapan kali pembedahan.

"Harga sekeping tisu kulit mencecah RM4,000 dan saya sudah membayar RM32,000 untuk membeli lapan keping tisu kulit," katanya ketika dihubungi malam ini.

Azman yang hanya bekerja peniaga burger berkata, selain itu setiap minggu dia juga perlu membayar RM1,600 untuk membeli bactrigas yang berfungsi seperti pembalut yang mana semua ini perlu dibeli sendiri.

"Sehingga kini saya sudah menghabiskan semua wang simpanan.

"Doktor juga memaklumkan anak saya kemungkinan akan tinggal di hospital ini selama setahun dan perlu bergantung kepada ubat-ubatan seumur hidupnya," katanya.

Katanya, isterinya juga jatuh sakit dan mengalami masalah serangan panik selepas kejadian itu dan turut dirawat di hospital sama.

"Saya amat berharap polis dapat segera menahan pelakunya yang mana saya difahamkan suspek seperti diupah seseorang.

"Anak saya baru bekerja enam hari jadi belum mencarum dengan Perkeso malah tidak mempunyai insurans perlindungan diri," katanya.

Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu kewangan keluarga ini untuk kos rawatan anaknya boleh menyalurkan sumbangan di akaun bank RHB 16452600039344 atas nama Azman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

Ibu diikat, dibelasah anak kerana petik kubis

Utusanonline
WANITA warga emas diikat pada tiang elektrik oleh anaknya di Odisha. - AGENSI 
NEW DELHI: Seorang wanita warga emas didakwa dibelasah dan diikat pada tiang elektrik oleh anak lelakinya hanya kerana memetik sayur kubis bunga dari tanah ladangnya di India.

Lapor portal India Today, insiden itu berlaku di daerah Keonjhar, Odisha.

Pertikaian tercetus selepas wanita berusia 70 tahun itu memakan sayur yang dipetik dari kebun anak bongsunya di kampung Sarasapasi.  

“Ketika pertengkaran antara kedua-dua pihak semakin buruk, lelaki itu mengikat ibunya pada tiang elektrik dan bertindak memukulnya.

“Penduduk kampung cuba campur tangan untuk menghentikannya namun mereka diugut oleh lelaki berkenaan,” jelas laporan.

Warga emas itu akhirnya diselamatkan oleh penduduk kampung dan dihantar ke Pusat Kesihatan Komuniti Basudevpur untuk mendapatkan rawatan.   

Penduduk kampung kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

“Polis kemudian menyoal warga emas itu mengenai kejadian yang menimpanya.

“Kes difailkan terhadap anaknya di bawah seksyen undang-undang berkaitan,” jelas laporan.

16 maut, pengembala dan petani bergaduh

Bernama
Pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian untuk mengelakkan pertelingkahan berlanjutan. (Gambar AFP)
ABUJA: Kira-kira 16 orang terbunuh dalam pertelingkahan antara pengembala dan petani di Kampung Mushu, Nigeria, lapor Xinhua memetik media pada Ahad.

Kejadian berlaku sekitar tengah malam Sabtu dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca pergaduhan, menurut laporan AFP memetik kenyataan seorang pegawai tentera Nigeria.

Polis dan pasukan keselamatan bergegas ke tempat kejadian untuk mengelakkan pertempuran berlanjutan.

Rogol anak kenalan, penganggur dipenjara 15 tahun dan 3 sebatan

Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my

Klang: Penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana merogol anak kenalannya, tahun lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhi hukuman itu ke atas Mohamad Zainol Hafiz Mohamad Azmi, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di Tanjong Karang, di sini pada 4 pagi, 6 Februari 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul 'Izzati Mohamad memohon hukuman berat ke atas tertuduh kerana kesalahan itu serius dan membabitkan mangsa bawah umur.

"Mangsa juga mempunyai hubungan rapat dengan isteri dan anak-anak tertuduh. Sebagai orang dewasa sepatutnya menjaga dan melindungi kanak-kanak dan bukannya mengambil kesempatan ke atas mangsa yang berumur 12 tahun," katanya.

Bagaimanapun, peguam Izzat Amir Saharudin yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan mengambil kira ia kesalahan pertama tertuduh dan masih mempunyai tiga anak masih kecil.

Seramai enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan bermula 4 September lalu.

Empat 'Superman' Temerloh ke lokap, motosikal disita

Amir Hamzah Nordin
bhnews@bh.com.my
Polis meminta individu yang terbabit dalam video tular aksi berbahaya di LPT1 supaya tampil bagi membantu siasatan. - Foto ihsan Facebook JSPT
Polis meminta individu yang terbabit dalam video tular aksi berbahaya di LPT1 supaya tampil bagi membantu siasatan. - Foto ihsan Facebook JSPT
TEMERLOH: Tiga penuntut dan seorang pelajar yang melakukan aksi 'superman' serta menunggang secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Ahad lalu ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis, Mazlan Hassan, berkata semua mereka berusia 19, 20, 22 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 4.42 petang.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat berdasarkan video tular yang berlaku di Jambatan Ahmad Shah, LPT1, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Temerloh bertindak menjejaki suspek.

"Polis kemudian menahan keempat-empat suspek untuk membantu siasatan. Turut ditemui motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang digunakan.

"Semua penunggang turut dikesan mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan, lutut, bahu, punggung dan kaki. Seorang lagi suspek masih di kesan," katanya.

Mazlan berkata, mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, media melaporkan polis memburu sekumpulan 'Superman' yang tular di media sosial selepas video menunjukkan mereka menunggang secara berbahaya di lebuh raya sebelum terbabas.

Dalam rakaman berdurasi 28 saat itu, penunggang motosikal berkenaan dilihat bersaing sesama sendiri sambil membuat aksi sebelum seorang daripadanya hilang kawalan dan terbabas.

Insiden menyebabkan beberapa penunggang lain di belakangnya turut terjatuh ketika cuba mengelak rakan mereka yang terbabas.