"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kata Bebas Tapi Tak Muncul-muncul

Keluarga kecewa tahanan ISA tidak dibebas hari ini...
Jimadie Shah Othman | Apr 4, 09 6:06pm

Beberapa ahli keluarga tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang menunggu sejak awal pagi di Kem Tahanan Kamunting kelihatan kecewa apabila tidak seorang pun tahanan di kem itu dibebaskan hari ini. 

hindraf kamunting prayer 161207 entranceKira-kira 20 ahli keluarga dan penyokong, kebanyakannya kaum India yang berkumpul di hadapan pintu utama kem tersebut, beransur-ansur beredar dari situ apabila diberitahu bahawa kem tersebut belum mendapat arahan bertulis untuk pembebasan tersebut.

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri malam tadi mengumumkan mengenai pembebasan serta merta 13 tahanan ISA.
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan malam tadi dilaporkan berkata, dua peguam Hindraf V. Ganabatirau, 40, dan R. Kenghadharan, 40, adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan itu.  

Isteri V Ganabatirau, B Buvasniwary  yang hadir ke kem tersebut sejak awal pagi kelihatan keluar kira-kira jam 12 tengah hari selepas bertemu suaminya hampir sejam setengah.

Bercakap kepada kira-kira 30 pemberita yang menunggu di situ, sebahagianya sejak awal malam tadi, Buvasniwary berkata, beliau hanya akan mempercayai suaminya bebas apabila “melihatnya keluar dari pintu penjara”. 

Menjelaskan keadaan suaminya, ibu kepada dua anak itu berkata Ganabatirau “gembira” tetapi dalam masa yang sama “sedih kerana tidak dapat keluar bersama-sama tahanan yang lain.” 

Alu-alukan kebebasan

Beliau bersama keluarga kemudian keluar untuk makan tengah hari di restoren berdekatan dan memaklumkan akan kembali semula ke kem itu antara jam 4 hingga 5 petang ini bagi mengetahui perkembangan lanjut tentang perkara itu. 

Sementara keluarga seorang lagi pemimpin Hindraf K Vasantha Kumar – yang tidak dibebaskan -- turut kelihatan di situ bagi memberikan sokongan. 

Bercakap kepada pemberita, ibu saudaranya R Nagama mengalu-alukan pembebasan kedua-dua pemimpin Hindraf itu.  

Beliau bagaimanapun mempersoalkan kenapa hanya dua daripada lima pemimpin Hindraf dibebaskan. 

“Lima pemimpin India ditahan di bawah ISA. Tetapi hanya dua sahaja dibebaskan. Bagaimana dengan tiga lagi? Ahli keluarga (pemimpin Hindraf) yang lain sedih, menangis,” katanya. 

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinSementara Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang tiba sejurus selepas itu gagal menemui keluarga tahanan. 

Bercakap dalam keadaan hujan renyai-renyai, beliau bagaimanapun mendesak pembebasan kesemua tahanan, bukan sekadar 13 orang sahaja kerana menurutnya “mereka ini bukan penjenayah”. 

Mahu rombakan menyeluruh


“Kalau semalam Najib mengumumkan pembebasan serta merta, ia patut dilakukan serta merta. Keluarga mereka datang dari seluruh negara untuk bertemu orang yang mereka sayang, menunggu sejak dari malam tadi. Penantian itu satu penyiksaan,” katanya. 

Sebelum beredar beliau sempat menemui beberapa pengawal dan bersalaman dengan mereka di sebalik jeriji pintu pagar utama dan secara bersahaja menyuruh mengundinya dalam pilihanraya kali ini. 

Ditanya sama ada keputusan mengejut Najib itu akan menjejaskan kempennya di kawasan parlimen itu, Mohd Nizar berkata: “Tidak sama sekali. Rakyat akan lebih menyokong kita dengan pembebasan ini kerana mereka mahukan semua tahanan dibebaskan dan ISA dihapuskan.” 

bersih 21 charged in petaling jaya session court 230109 tony puahSementara Ahli Parlimen DAP bagi parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyifatkan keputusan Najib semalam sebagai corak yang berulang seperti dilakukan perdana menteri sebelum ini apabila mengambil alih pucuk kepimpinan negara, 

“Dia kena tunjuk sesuatu, pilihanraya kecil sudah tiba,” katanya yang ditemani ADUN DAP Teratai Jenice Lee. 

Beliau juga berkata DAP sedia menerima cadangan rombakan akta itu seperti dicadangkan Najib tetapi hendaklah dibuat “rombakan menyeluruh, bukan sekadar perubahan kulit”. 

Dalam perkembangan yang lain, Tony menyifatkan penarikan balik penggantungan akhbar rasmi PAS Harakah dan akhbar PKR Suara Keadilan, sebagai tindakan yang “betul-betul bodoh” kerana “dua minggu lepas menggantungnya, hari ini tarik balik”. 

-malaysiakini-

BUKIT GANTANG : Nizar Pemimpin Satu Malaysia

Jika Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato Seri Najib baru sekadar berslogan "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan", maka PAS telah menterjemahkan slogan itu dengan kemunculan seorang pemimpin dengan wahana baru: Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin yang kerajaan Peraknya telah dirampas Najib.

Namun, sekalipun kerajaannya direnggut secara kejam dan kotor oleh UMNO-BN, namanya terus meniti dari bibir ke bibir dan beliau tetap MB di hati ke hati rakyat Perak.

Nizar sekalipun dikatakan dengan pelbagai fitnah dan caci maki oleh UMNO-BN, namun umum mengetahui calon PAS untuk Bukit Gantang ini dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat disemua peringat umur dan dalam semua keadaan.

Setiap kali calon PAS bertemu dengan rakyat di sesuatu tempat, sambutan oleh masyarakat setempat dekat tidak kira Melayu, Cina dan India, tidak menghampakan malah menakjubkan kerana begitu ramai yang datang ingin bertemu dengan beliau dengan lebih dekat lagi.

Nizar tidak perlu melakonkan apa-apa kerana beliau adalah pemimpin sejati - seorang pemimpin yang sedang dalam perjalanan menuju ke Parlimen untuk merebut kembali kerajaannya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta dari tangan si durjana.




Lambang PAS di ceroboh


Sekali pandang gambar di atas tidak ada apa-apa yang cacatnya, namun inilah yang menimbulkan kekecohan di Simpang malam tadi. Begitulah akibat dari tindakan pihak lawan yang tidak bertanggung jawab menampak lambang dacing diatas lambang bulan sehingga menarik ratusan penyokong PAS termasuk Pangarah jentera Operasi PAS, Hj. Asmuni Awi bergegas ke sana.

Satu laporan polis telah dilakukan kepada 3 papan iklan yang sama setelah diceroboh sedemikian rupa.

Saya sampai disana pada jam 3.00 pagi, dan tidak lama selepas itu sekitar 60 orang FRU tambahan sampai untuk membantu sekitar 20 orang FRU yang sedia ada. Tujuannya seperti yang diminta oleh Komandan yang meminta kepada saya supaya semuanya bersuarai. Namun kehadiran penyokong semakin bertambah sehingga saya meninggalkan tempat tersebut sekitar jam 3.30 pagi.  
http://idhamlim.blogspot.com/

Sasterawan Negara berbicara di Bukit Gantang




Sembahyang jenazah juga diputar belit ?

Kejadian sembahyang jenazah di Kampung Chengal Jantan beberapa hari lepas diputar belit oleh orang yang tidak bertanggung jawab. Seorang pemuda umno yang meninggal dunia semasa memasang bendera adalah sama dengan hari kejadian kekecohan memasang bendera yang dipasang di Kampung Changkat Ibol dan dikawal oleh pihak FRU.


Pada waktu malam zambry pergi menziarahi dan keesokan paginya calon PAS, DS. Nizar pergi dan sampai dalam sekitar jam 10.40. Dalam 10 minit sebelum jam 11.00 pagi. Apabila diminta laluan oleh rombongan calon PAS untuk sembahyang dulu lalu seorang penduduk tempatan membantah dan dibuat majlis tahlil terlebih dulu.

Pada jam 11.00 pagi solat jenazah diimamkan oleh imam disitu. Tidak ada sesuatu yang perlu diisukan.            

15 DALIL UMNO PENDERHAKA SEBENAR!

by Mohd Izzuddin Nazaruddin

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?  


Kononnya MB tinggalkan Sultan untuk makan sendiri

 FITNAH JAHAT YANG TERKUTUK..!

Oleh: Siti Zaleha Abdul Rahim

Usaha mengecam seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah kononnya menderhaka kepada Kebawah Duli Yang Maha (KDYMM) Sultan Kedah tidak berhasil. Sekarang Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pula dikatakan tidak hormat KDYMM Sultan.

Sewaktu kekecohan mengatakan Exco menderhaka KDYMM Tuanku Sultan, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan sering dikejar para wartawan bagi mendapatkan maklum balas isu tersebut.

Pada satu sidang media selepas Majlis Pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Istana Anak Bukit, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan sempat berjenaka dengan para wartawan, dengan berkata, sekarang Exco dituduh menderhaka KDYMM Tuanku Sultan, esok-esok Menteri Besar pula dituduh menderhaka KDYMM Tuanku Sultan.

Hari ini, jenaka tersebut menjadi kenyataan, namun kenyataan mengenai YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan tidak hormat KDYMM Tuanku Sultan disiarkan dalam ruangan surat & e-mel di Berita Harian, dikirimkan oleh seorang pembaca yang bertajuk
 ‘MB Kedah tak hormat Sultan’.

Dalam kiriman tersebut, mendakwa kononnya sewaktu majlis perasmian Tree Top Walk di Sungai Sedim, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan dikatakan tidak hormat KDYMM Tuanku Sultan kerana meninggalkan pentas Di-Raja dan makan seorang diri berhadapan dengan orang ramai yang hadir di dalam khemah jamuan sebelum keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan dan Sultanah.

Sesungguhnya ia adalah satu fitnah yang sangat jahat kerana peristiwa yang digambarkan itu sama sekali TIDAK BERLAKU, hanya rekaan penulis tersebut semata-mata. Lihatlah betapa buruknya etika penulis tersebut yang sanggup bernohong dalam sebuah akhbar yang terkenal suka memecahbelahkan masyarakat.

Apakah muslihat di sebalik kiriman ini? Adakah disebabkan bahang pilihan raya di Bukit Selambau? Mengapa isu istana digunakan? Sedangkan kita sendiri sedia maklum bahawa SPR sudah keluar kenyataan bahawa isu istana tidak boleh digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air.

Sudah sebulan majlis tersebut berlangsung, kenapa sekarang ianya baru dibangkitkan? Sedangkan majlis tersebut berjalan dengan lancar dan tiada langsung khabar-khabar angin berlaku di kalangan para hadirin yang hadir.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh Exco-exco serta ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat sahaja. Mana menghilangnya ADUN-ADUN pembangkang? Adakah ini dikatakan taat pada KDYMM Tuanku Sultan?   http://kedahlanie.blogspot.com/

Andai Ku Tahu - Pangkah BN Jadi Begini

Motif Dr M kembali ke pangkuan Umno

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my 

PERWAKILAN Perhimpunan Agung Umno, kononnya terharu apabila pemimpin-pemimpin Umno berhimpun di pentas Dewan Merdeka PWTC, meraikan tamatnya perseteruan antara dua bekas Presiden Umno, seorang yang lama dengan seorang lagi yang baru sahaja 'dibekaskan'.

Ianya seumpama suatu kemenangan besar kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Presiden Umno yang baru, seolah-olahnya beliau berjaya memupuk rasa persahabatan kepada dua pemimpin besar Umno' yang hebat berseteru sekian lama.

Hebatnya perasaan Najib dan para perwakilan Umno, ditunjukkan media arus perdana besar-besaran, buat tatapan rakyat, supaya rakyat turut berkongsi sama dan menunjukkan bahawa Umno kini sudah kembali kukuh (consolidate) selepas berpecah sekian lama.

Usaha-usaha Umno untuk menyatupadukan barisan, bak kata Najib yang mahu kan 'saf' yang padu, merupakan suatu usaha murni bagi sebuah organisasi yang teruk berpecah akibat pelbagai faktor dalaman.

Bagi Umno, perseteruan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sudah sampai ke tahap kritikal, yang sedikit sebanyak telah mencalarkan imej parti itu di mata rakyat.

Mahathir yang memimpin Umno lebih 22 tahun, mengisytiharkan diri keluar daripada parti itu, selepas pelbagai nasihat, teguran dan kritikan beliau sejak tahun 2005 tidak dipedulikan pengganti beliau.

Justeru, dengan pengumuman Mahathir untuk kembali kepangkuan Umno, menyebabkan perwakilan Umno di Dewan Merdeka bersorak kegembiraan.

Selama hampir lima tahun Mahathir begitu jauh dan berkecil hati dengan Umno dan pemimpin-pemimpinnya yang tidak menghormati beliau kerana takut kepada Abdullah.

Mahathir sebelum ini, cukup marah kerana Abdullah banyak membatalkan atau mengagalkan projek-projek yang diusahakannya, termasuk Jambatan Kedua, Landasan Berkembar, Proton dan banyak lagi.

Beliau cukup tersinggung apabila ahli-ahli Umno menganggap kemenangan besar Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2004 lalu di bawah kepimpinan Abdullah, dianggap sebagai satu rekod yang lebih baik daripadanya (termasuk kejayaan BN merampas Terengganu dan hampir menumbangkan PAS di Kelantan).

Mahathir juga berterus terang mengecam hebat menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dan kroni-kroninya yang menguasai Tingkat 4 JPM serta akhbar NST, yang disifatkannya anasir-anasir yang merosakkan Umno dan negara.

Beliau juga cukup marah dengan ahli-ahli dan pemimpin Umno yang disifatkannya sebagai penakut terhadap kuasa dan pengaruh Abdullah dan Khairy, sehingga sanggup merasuah perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu untuk menghalangnya menjadi perwakilan.

Malah, secara terbuka dalam blognya Mahathir terus menerus menyerang Abdullah dan Umno dengan melemparkan pelbagai kritikan dan kecaman.

Bagaimanapun, hasil pertemuan di atas pentas Umno, Sabtu lepas, kedua-dua musuh yang berseteru itu dianggap sudah mula mahu berdamai.

Mereka bersalam-salaman dan berpelukan sehingga menyebabkan badut-badut yang berada dalam perhimpunan bersorak sehingga gegak gempita Dewan Merdeka.

Namun, lakonan di pentas Umno jelas tidak menjadi. Hanya dua hari selepas berpelukan dengan Abdullah, Mahathir terus menyerang Abdullah dan mengulangi kenyataannya dalam temuramah BBC bahawa beliau tersilap melantik Abdullah menjadi penggantinya.

Dalam temuramah itu juga Mahathir menyerang Khairy dan kroni-kroni Abdullah, yang didakwa beliau mempunyai pengaruh yang besar dalam kerajaan.

Serangan terbaru Mahathir terhadap Abdullah, hanya dua hari selepas berpelukan menyebabkan lebih 2000 perwakilan yang menghadiri perhimpunan Umno tergamam.

Perasaan keterharuan perwakilan Umno sudah menjadi tidak keruan. Jelas kepada rakyat bahawa gelagat pemimpin-pemimpin Umno yang berpelukan di Dewan Merdeka, hanyalah omong-omong kosong dan lakonan untuk mengaburi mata rakyat semata-mata.

Bagi Mahathir sendiri, beliau tidak mampu menyembunyikan kepura-puraan, motifnya adalah jelas, kemasukannya ke dalam Umno bukan lagi untuk menyerahkan 'tengkuknya untuk disembelih' oleh Abdullah dan kroni.

Mahatir mahu revenge terhadap Abdullah. Dia mahu memperbetulkan kesilapan Abdullah dengan menebus kembali kesilapannya melantik Abdullah. Dia juga mahu menghapuskan saki baki legasi Abdullah.

Abdullah kini telah pergi, yang tinggal hanya Khairy. Sebagai bapa Mukhriz, Mahathir sudah tentu tidak akan berdiam diri. Kemenangan Khairy menewaskan Mukhriz dilihatnya sebagai kemenangan Abdullah menewaskan Mahathir.

Awas Khairy, battle masih belum berakhir. Ianya hanya akan berakhir selepas Mahathir berjaya menghapuskan Khairy daripada Umno.

Perseteruan ini ternyata berterusan. Usaha untuk Umno consolidate sudah gagal, hanya dua hari selepas perhimpunan berakhir. Mereka memasuki Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai bukan sebagai sebuah pasukan yang bersatu.

Keramahan Pak Lah diingat, Nik Aziz

Salmah Mat Husain  

PENGKALAN CHEPA (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan bersama Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menerajui kerajaan.

Beliau berkata, Perdana Menteri sekarang lebih dikenali pada peringkat awalnya sebagai 'Mr Clean'.

"Beliau sempat menziarahi saya ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), hadir sama ketika itu Dato'Seri Najib Razak bersama isteri.

"Paling saya ingat kepada Perdana Menteri kerana sanggup memimpin tangan saya ketika menuruni anak tangga semasa menghadiri program bersama di Kelantan beberapa tahun lalu.

"Beliau berbuat demikian mungkin kerana menyedari saya tidak kuat terutama untuk menuruni tangga. Itu semua menjadi kenangan kepada saya sampai mati," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kepada pelajar cemerlang Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), dekat sini baru-baru ini.

Ditanya mengenai pandangannya terhadap pengganti Abdullah, Menteri Besar Kelantan itu beliau Perdana Menteri dalam sesebuah negara seumpama ibu bapa dalam sebuah keluarga.

Katanya, perangai ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak, begitu juga dalam sesebuah negara, rakyat akan mencontohi pemimpin.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim, Dr Abdullah Sudin. 

Isu tanah: Penduduk kesal dipermainkan BN selama 50 tahun


Mohd Sabri Said  

BUKIT SELAMBAU (Hrkh) - Penduduk Pekan Bukit Selambau berterima kasih pada Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana sudi menyelesaikan masalah hak milik tanah yang selama ini menjadi mainan politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.

Rata-rata yang ditemui tersenyum lebar dan lega kerana apa yang diinginkan sejak puluhan tahun kini akan menjadi kenyataan.

Menurut mereka, setiap kali menjelang pilihan raya umum terdapat beberapa orang petugas datang mengukur keluasan tanah kononnya akan dijadikan tanah berstatus TOL dan kekal berbanding selama ini dibiarkan tanpa sebarang jawapan walhal sudah beberapa kali penduduk terbabit mengisi borang permohonan.

Seorang penduduk,Lim Boh Leong,70, berkata, kini baru terasa hidup terbela kerana kesudian Kerajaan Kedah melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.

"Dulu Kerajaan BN asyik mempermainkan penduduk ketika sampai tarikh pilihan raya umum. Ada-ada saja orang akan ukur dan bila selesai kempen pilihan raya mereka pun hilang, " jelasnya lagi.

Sementara itu, rakannya yang mahu dikenali sebagai Lim, 73, juga kecewa dengan Kerajaan BN kerana sanggup mempergunakan 'talian hayat' memberikan hak milik tanah sekiranya BN mengekalkan kerusi di Dewan Undangan Negeri N25 Bukit Selambau setiap kali pilihan raya umum.

Jelasnya, tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak begitu mengembirakan penduduk yang sudah ternanti peristiwa bersejarah itu.

"Kami rasa bangga dengan mutu pertadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding BN yang asyik menipu rakyat, " tambah beliau.

Sehubungan itu, Exco Pertanian, Pelaburan dan Industri Negeri, Dato' Amirudin Hamzah ketika menerangkan isu berkenaan pada penduduk berbangsa Cina di Pekan Bukit Selambau menambah, kerajaan cuba memproses hak milik tanah yang selama ini diabaikan oleh kerajaan terdahulu.

Namun bagaimana pun, Kerajaan Pakatan Rakyat hanya memberikan Hak Milik secara pajakan sama ada 99 atau 60 tahun tertakluk kepada status bandar atau luar bandar.

"Bila saya dapat tahu tanah di pekan ini masih tiada hak milik saya terus berbincang dengan Menteri Besar. Keputusannya Menteri Besar mengatakan soal tanah mesti diutamakan dan akan diberikan hak milik berdasarkan kategori tertentu secara pajakan 99 atau 60 tahun tertakluk pada status terkini tanah pekan atau luar bandar, " katanya.

PAS mampu menang dengan pertambahan majoriti

Johari Jaafar 

BUKIT GANTANG (Hrkh) - PAS mampu mempertahankan kemenangannya di Bukit Gantang pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 5 April ini walaupun mendapat tentangan yang sengit dari pihak BN.

Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertuanya Ustaz Nordin Jaafar dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah di sini semalam.

Menurutnya berdasarkan perkembangan terkini, sokongan yang diperolehi calon PAS mampu meraih kemenangan pada pilihan raya kecil ini dengan pertambahan majoriti .

"Kita menjangkakan pertambahan undi dari kalangan kaum Cina dan India, dalam masa yang sama kita cuba meningkatkan sokongan pengundi Melayu kepada calon PAS, dengan ini calon PAS tidak ada masalah besar untuk menang ," ujarnya.

Menurutnya, petugas-petugas parti akan meningkatkan gerak kerja terutama di tiga hari terakhir menjelang hari pengundian, dengan dibantu kelab penyokong PAs dan beliau yakin PAS tidak menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan kemenangan pada pilihan raya kecil ini.

Tambahnya lagi, tema kempen PAS iaitu 'Mempertahankan Kemenangan Untuk Rakyat' telah menaikkan semangat seluruh petugas Pakatan Rakyat untuk mencipta kemenangan pada kali ini.

"Walaupun BN membawa slogan 'Mohon Restu Rakyat', tetapi ternyata pengundi-pengundi di sini tidak mudah terpedaya dengan taktik-taktik BN, bagi mereka BN tidak perlu mohon restu rakyat kerana apa yang dilakukan oleh Umno/BN terutama merampas kuasa di Negeri Perak telah mengguris perasaan rakyat Perak," katanya.

Dalam masa yang saMa beliau mengingatkan pertugas-petugas dan penyokong Pakatan Rakyat jangan terlalu yakin dengan kemenangan kerana BN boleh melakukan apa sahaja di saat saat akhir menjelang hari pengundian.

Nizar tambat hati pengundi Bukit Gantang

Susunan Muhammad Nor Samad  

"Woi, Nizar ada kat sini!" jerit seorang pemuda Cina dalam bahasa Mandarin kepada kawan-kawannya di sebuah pasar malam di Kota Jaya, Simpang, dekat Taiping baru-baru ini.

Dengan pantas, para peniaga dan juga pengunjung pasar malam tersebut memanjangkan leher meninjau-ninjau kelibat Adun Pasir Panjang yang popular itu.

Ramai yang meluru ke hadapan untuk bersalaman dengannya sewaktu beliau bergerak dari satu gerai ke satu gerai yang lain, tersenyum sambil memberi salam, menegur sapa setiap peniaga persis berjumpa kawan lama, berbisik sesuatu di telinga mereka, menepuk bahu, dan bersalam erat.

Tindakannya mendapat reaksi mesra para peniaga sehingga ada yang menawarkannya agar membalikkan murtabak yang sedang dicanai dan merasai juadah yang mereka jual.

"Ini bukan kali pertama dia datang ke sini," kata seorang penjual makanan Melayu. "Ini kali ketiga," tambahnya seraya menjelaskan bahawa kehadiran Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih dianggap Menteri Besar Perak itu, bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk di situ.

Lelaki Melayu itu terpaku melihatkan peniaga-peniaga lain, terutama yang berbangsa Cina yang agak tergamam apabila pertama kali bertemu muka dengan Nizar.

Jika bukan kerana jurugambar yang asyik merakamkan setiap aksinya bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dari DAP dan KeADILan yang berjalan bersamanya, Nizar tentunya sudah dilihat sebati dengan suasana pasar malam itu.

Malam itu Nizar mengenakan kemeja lengan pendek berwarna hijau muda, berseluar hitam dan memakai kasut kulit hitam berkilat.

Sebuah keluarga Cina yang menjual pakaian begitu teruja apabila Nizar berhenti di gerai mereka dan menegur mereka dalam bahasa Mandarin. Mereka tidak melepas peluang lalu bergambar dengan Nizar.

Apabila Nizar berlalu, terdengar keluarga Cina itu bercakap sesama mereka dalam bahasa Hokien. "Dia nampak segak betul kan?"

"Ya lah ... nampak masih muda," sahut anak perempuannya dengan gembira.

Tetapi sambutan yang paling mesra dan hangat datangnya dari sebuah kedai kopi, Mei Shi, di pinggir jalan tersebut.

Sebelum Nizar sampai di muka pintu kedai tersebut, beliau telah dikerumuni oleh sekumpulan lelaki Cina, yang bertepuk tangan dengan hangat sambil menariknya ke dalam kedai, untuk menyertai teman-teman mereka yang bermain mahjong.

Mereka meminta Nizar dengan hormat mengocok buah mahjong yang mereka main dan Nizar tidak menolak permintaan mereka.

Nizar merumuskan lawatannya ke pasar malam itu dengan memberikan ucapan pendek daripada belakang sebuah lori dengan meminta orang ramai memberikan sokongan kepadanya pada hari pengundian 7 April nanti, supaya "perubahan ini dapat memerikan perubahan yang lebih besar di peringkat Persekutuan". Ia sedikit sebanyak merujuk kepada pergelutan undang-undang berhubung krisis menteri besar Perak itu.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan melaungkan slogan Pakatan Rakyat: "Hidup, hidup! Makkal Sakthi! Reformasi" dan diikuti oleh orang ramai dengan penuh bersemangat.

Nizar kelihatannya telah berjaya menawan hati pengundi-pengundi di situ.

Seorang peniaga makanan Melayu yang pro-PAS memberitahu Malaysian Insider bahawa dia pasti akan memangkah Nizar pada hari pengundian nanti.

Dengan mengungkapkan slogan yang sering disebut oleh pakatan pembangkang bahawa keadilan mesti ditegakkan, lelaki tersebut kelihatannya begitu teruja dengan kempen Nizar.

Dia amat marah dengan wakil rakyatnya Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering, salah satu kerusi negeri di bawah parlimen Bukit Gantang) yang melompat parti dan mengakibatkan tumbangnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Kita mengundi dia kerana parti, bukan kerana dirinya. Dia mesti diajar," jelasnya.

Menilai kepada tindak balas orang ramai di pasar malam tersebut, ramai yang memihak kepada Nizar. Bagaimanapun dengan beberapa hali lagi tibanya hari mengundi, apapun boleh berlaku.

---

Tulisan ini diterjemah secara bebas daripada Malaysian Insider

Awas Shabery Mahathir telah kembali

Kisah TUN Vs Shabery - B.harian 05042008
KUALA LUMPUR: Pelbagai masalah yang didakwa berlaku dalam Umno oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga parti itu kini dikatakan seolah-olah berada di ambang kehancuran, sebenarnya berpunca daripada tindakan bekas Perdana Menteri itu sendiri ketika memimpinnya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata di sebalik kritikan lantang Dr Mahathir, beliau sebenarnya ialah individu yang menghancurkan Umno kerana memperkenalkan pelbagai peraturan tidak demokratik, termasuk menghalang Presiden dan Timbalan Presiden dicabar.

Beliau berkata, Umno 'dicekik dan dilemaskan' sedikit demi sedikit ketika zaman Dr Mahathir menjadi Presiden sehingga menyebabkan parti itu diharamkan pada 1988.

"Ketika kepemimpinan Dr Mahathir, Umno mati, musnah, dibatalkan pendaftarannya dan terus mati lagi dalam bentuk yang lain... kita tidak mahu Umno yang menjadi parti keramat orang Melayu ini sekali lagi mati hanya kerana Dr Mahathir.

"Umno pernah diharamkan pada zaman beliau dan kita tak mahu perkara ini berlaku lagi. Semua perkara ini saya percaya orang Melayu tak lupa, tetapi mungkin Dr Mahathir sendiri lupa mengenai apa yang pernah dilakukannya ketika memimpin Umno.

"Saya sedih terpaksa bercakap perkara ini tetapi ingatlah bahawa keterbukaan Pak Lah (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) jangan diambil kesempatan.

"Di bawah Dr Mahathir, tak ada peluang RTM nak keluar berita cerca kerajaan dan kepemimpinan kerana Dr Mahathir tidak benarkan, tetapi zaman sekarang beliau sendiri menikmati segala-galanya (untuk mengkritik kerajaan)," katanya.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata demikian selepas majlis perhimpunan bulanan dan menyampaikan amanat sulungnya kepada kakitangan Kementerian Penerangan di Angkasapuri, di sini semalam. Hadir sama, Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa Umno kini lemah dan menghadapi pelbagai masalah kerana ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu hanya menjadi pak turut dan tidak berani menasihatkan Presiden.

Ahmad Shabery berkata, persoalan mengenai siapa yang berani atau sebaliknya tidak harus timbul kerana sejarah sudah membuktikan bahawa paling ramai pemimpin Umno yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah ketika pemerintahan Dr Mahathir.

"Jadi, jika dikatakan Pak Lah bertindak terlalu keras, saya rasa perlu diimbau kembali sejarah. Saya juga masih ingat ahli MT tak boleh 'ditabal' pada peringkat bahagian masing-masing. Ketua bahagian di Kelantan tak boleh ditentang oleh lawan.

"Ini semua pada zaman Dr Mahathir dan pada waktu itu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, tetapi hari ini beliau menyatakan Umno sekarang tak demokratik, seolah-olah masa beliau demokratik sangat," katanya.

Ahmad Shabery berkata, Dr Mahathir juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa sekarang ahli peringkat akar umbi mulai marah kepada Umno kerana kononnya Bahagian Umno tidak mendengar pendapat ahli bawahan.

"Sebenarnya, masa pilihan raya umum baru-baru ini, masyarakat peringkat akar umbi tiada masalah, orang Felda gembira harga sawit naik, harga getah naik. Yang mungkin marah sikit ialah orang di Lembah Klang kerana harga minyak dan barang lain naik," katanya.

Beliau juga memberikan contoh pada Pilihan Raya Umum 1999, berlaku penolakan pengundi besar-besaran terhadap Dr Mahathir termasuk kira-kira 22 peratus undi dari Selangor berbanding Pilihan Raya Umum 1995 dengan dua negeri tumbang kepada pembangkang.

"Cuma pada waktu itu, Dr Mahathir diselamatkan oleh pengundi Cina. Namun, beliau tidak berhenti walaupun akar umbi marah. Memang benar orang Melayu marah, tetapi Dr Mahathir tidak berundur, malah menyarankan tiada pertandingan menentang beliau," katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, pula mendakwa tindak tanduk Dr Mahathir sendiri yang sebenarnya menjadi punca Umno semakin berpecah dan lemah sekarang, sama seperti ketika beliau mula menerajui parti itu pada awal 1980-an.

"Contohnya, pada awal 1980-an, Dr Mahathir selaku Presiden mahu Tun Musa Hitam menjadi timbalannya hingga mengetepikan kehendak ahli yang mahukan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga menyebabkan parti berpecah.

"Pada 1998 ketika Umno semakin pulih dan kuat, Dr Mahathir menghadapi masalah pula dengan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memecatnya menyebabkan sekali lagi Umno berpecah.

"Sekarang, beliau sekali lagi campur tangan walaupun sudah bersara dengan menggesa Pak Lah meletak jawatan, malah mahu supaya pemilihan Presiden parti pada Disember ini tak perlu menggunakan sistem kuota sedangkan beliau sendiri yang perkenalkan.

"Saya sebenarnya bersetuju dengan pendapat bahawa Umno kuat, tetapi yang mencederakan parti itu ialah Tun Mahathir," katanya pada majlis penyampaian sumbangan bantuan untuk mangsa ribut di Parit Buntar, Perak, semalam.

Nazri berkata, Dr Mahathir mahu sistem kuota pemilihan Presiden yang diperkenalkannya selepas menang tipis, iaitu hanya 41 undi terhadap pencabarnya Tengku Razaleigh pada pemilihan 1987, dimansuhkan.

"Saya masih ingat apa yang Dr Mahathir mahu ketika itu kerana sekarang saya masih jadi Ahli Parlimen, Menteri dan Ahli MT. Bagaimanapun, ketika itu tiada sesiapa pun memintanya meletak jawatan malah parti terus memberi sokongan kepada beliau.

"Dulu Dr Mahathir berkata walau menang satu atau dua undi beliau tetap menang. Jadi macam mana bila Pak Lah menghadapi keadaan seperti sekarang, beliau mahu Pak Lah letak jawatan sedangkan mandat yang diperoleh cukup selesa. Inilah yang dikatakan Melayu mudah lupa," katanya.  

Rosmah Gelak Bergumbira, Altantuya Meratap Sedih

Rosmah Gelak Bergumbira, Altantuya Meratap Sedih

Najib mahu rakyat percaya bahawasanya, dia adalah Perdana Menteri yang baik dan mampu untuk mentadbir negara dengan adil dan saksama.

1) Telah menarik balik sekatan terbitan Harakah dan Suara Keadilan.

2) Membebaskan 13 tahanan ISA, 2 pemimpin Hindraf, 3 rakyat asing dan 8 anggota Darul Islamiyyah.

Adakah hati anda sudah terpalit rasa sayang kepada Najib? Tindakan tersebut pasti menguja anda, dan pasti anda mengharapkan Najib terus memberi sesuatu yang memberi kelebihan kepada anda, betulkah?

Bagi saya, saya tidak terasa langsung Najib bakal membawa sebarang perubahan masa depan Malaysia, malah terus menghuru-harakan masa depan negara, dari segi amalan demokrasi. Kerana,

1) Najib, belumpun mengangkat sumpah telah bertindak menggantung penerbitan Harakah selama tiga bulan.

2) ISA? Ia perlu dihapuskan, bukannya membebaskan sedikit demi sedikit. Kesemua tahanan ISA sepatutnya dibicarakan dan diadili secara adil.

TV1 makin melampau dalam melaporkan pilihan raya kecil ketiga-tiga tempat. Laporan TV1, bagaikan pembangkang seolah-olah tidak menjalankan sebarang kempen pilihan raya, hanya UMNO sahaja jalankan kempen.

Ya! Ya! Saya lupa, TV1 merupakan TV UMNO, alahai, kenapa saya lupa.

Saya tertanya-tanya, apakah kes Altantuya akan berkesudahan dengan keadilan?

Mapuh UMNO!    
http://peraknews.blogspot.com/

NAJIB YAKIN SISTEM VI

 
  
 

Tulisan saya 9 bulan lalu dari Grenoble bertajuk Najib Yakin Pada Sistem V. Masa itu Najib masih timbalan perdana menteri.  Tulisan Artikel berkenaan boleh dilihat di link ini.http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_muramatsu108.html

Dalam siri Najib Yakin Pada Sistem ini, hari ini ialah hari pertama Najib menjadi Perdana Menteri. Kejutan yang dibuat Najib ialah (1).

Mengumumkan 18 tahanan ISA bebas dan (2). Memberi semula permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan. Kalau Pak Lah dulu sebaik saja dilantik, dia mengajak orang supaya berkerja bersama-sama katanya berkerja dengan saya bukan berkerja untuk saya.  Tetapi Najib titik mulanya mengejutkan.

Najib suka buat kejutan yang pelik-pelik seperti mengumumkan belanjawan tambahan 7 billion ringgit padahal  ianya jelas melanggar peraturan dewan. Pembentangan peruntukan baru 70 billion ringgit baru-baru ini juga dikira sebagai kejutan juga kerana dalam ekonomi teruk dia kata ekonomi OK.

Kejutan menjatuhkan kerajaan Perak melalui proses culik. Kejutan pembantu khasnya berada bersama Saifool al-liwati. Kejutan-kejutan ini adakah ia berasaskan kepada sesuatu sistem atau sistem rekaan Najib dan pemikirnya demi masa depan kedudukan UMNO itu sendiri saja.

Kita tidak tahu bagaimana sebenarnya proses membebaskan seseorang tahanan, apatah lagi tahanan di bawah ISA yang dikira berat. Adakah sistemnya begitu iaitu Najib yang kena istihar pembebasan 18 tahanan ISA itu.

Begitu juga dengan penarikan balik permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan. Adakah istihar di media itu dikira rasmi atau bagaimana?

Mungkin keputusan diperingkat undang-undang telah dilakukan semasa Pak Lah lagi Najib tinggal umum saja. Kalau keadaan ini berlaku, sepatutnya elok PakLahlah yang umumkan. Paling tidak untuk tinggalkan kenangan manis dipenghujung tugas sebagai PM.

Sebaliknya kalau PakLah tidak ada dalam kepalanya tentang dua perkara tersebut cuma ia ada dalam kepala Najib saja, maka peristiharan Najib itu semata-mata untuk kejutan politik bukannya ada asas yang lain misalnya asas undang-undang yang sepatutnya melalui proses tertentu yang sistematik.

Kalau niat Najib membuat peristiharan untuk politiknya, maka inilah seperti disebut oleh penyokong UMNO totok sebagai orang mabuk kuasa suka buat peristiharan. Adakah Najib termasuk dalam golongan yang dipercayai oleh UMNO sendiri sebagai mabuk kuasa?.  Jawapannya di link ini tentang apa kata penyokong UMNO mengenai mabuk kuasa…http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_muramatsu140.html

Walaubagaimana pun, peristihran Najib melepaskan permit dan tahanan ISA itu tidak lain tidak bukan  semata-mata untuk menunjukkan betapa mabuk kuasanya dia disamping suka buat kejutan melalui sistem yang diyakininya – iaitu sistem ikut suka hati. Oleh kerana untuk dilihat berkuasa, maka peristiharan berkenaan terpaksa dibuat. Dengan harapan orang ramai menganggap ia sebagai jasa pertama Najib.

Memang dalam kehidupan orang kuno ia penting berbuat demikian. Tetapi dalam kehidupan moden yang ada proses undang-undang, maka perbuatan itu dilihat sebagai kuno ala rimba. Kerana perkara sebaliknya juga boleh berlaku dengan serta merta. Oleh yang demikian kegembiraan yang dihasilkan dari peristiharan Najib itu perlu dilihat dalam konteks proses perundangan.

Dalam kontek lain terutamanya kes C4 yang dikeluarkan dari stor angkatan tentera dalam kes pembunuhan Altantuya, Najib seolah-olah takut untuk dilihat sebagai orang yang berkuasa sebagai Menteri Pertahanan ketika itu. Sifat Najib jelas bertentangan dalam dua kes ini.

Serupa juga kes aduan liwat Sayfool di mana pegawai Najib dan Najib sendiri jelas didatangi Sayfool, tetapi kes ini seolah-olah Najib tidak mahu terlibat dan semacam tiada mempunyai kuasa langsung bahkan nampak takut-takut untuk menunjukkan kuasanya ketika itu.

Oleh yang demikian jangan mudah terperdaya dengan Najib, gaya dan keputusannya adalah diluar jangkaan dan sentiasa bersifat kejutan.  Keadaan ini dijangka akan menjadi lebih kacau kerana pengasas UMNO iaitu bekas ahli no 0000001 (Mahathir) sudah kembali ke UMNO – mungkin Mahathir dapat balik nombor itu tidak diketahui.

Padahal pengasas UMNO inilah perosak sebenar UMNO asal,  pengacau orang melayu dan pemusnah Negara. Tidak keterlaluan jika dijangkakkan gaya dan mimpi Najib dengan mimpi pengasas UMNO ini selari. 
 

Muramatsu 
Grenoble, Cedex

04.04.2009

Mahfuz dakwa PM keenam bakal bawa 'masalah' kepada negara

Wan Nordin Wan Yaacob  

KUALA LUMPUR (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar mendakwa kehadiran Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri keenam akan banyak mengundang masalah kepada negara

Ini kerana ujar Mahfuz, sebelum Najib mengangkat sumpah selaku PM dan hingga sah diperkenan ke jawatan nombor satu negara hari ini, imej 'negatif' terus membayanginya.

Sedangkan hingga ke saat ini, hanya penafian sahaja yang dibuat sedangkan tiada satu tindakan konkrit melalui undang-undang dibuat bagi membersihkan segala tuduhan ke atasnya, kata Mahfuz.

Paling menyedihkan, rakyat tidak menyambut kehadiran PM keenam ini dengan sambutan yang dilihat kepada beberapa pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj; Tun Abdul Razak Hussien; Tun Hussien Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, katanya.

"Ketika Abdullah disebut menggantikan Tun Mahathir, namanya disebut sebagai 'mr clean' dan rakyat menyambut dengan baik hingga pilihan raya umum ke-11 menyebelahi BN dengan majoriti besar.

"Maknanya rakyat sambut baik, kepada Abdullah walaupun selepas itu imej buruknya mula terlihat, itu hal lain.Dalam kes Najib ini, rakyat mempunyai persepsi yang 'negatif; kepadanya termasuk apa yang diterjemah melalui pemilihan Umno baru-baru ini yang dikatakan penuh dengan rasuah atau politik wang," ujarnya.

Bagi Mahfuz beban yang dibawa Najib selaku PM mengundang banyak persepsi di kalangan rakyat sehingga kini kerana tiada usaha untuk membersihkannya secara perundangan.

Paling dibimbangi kata Mahfuz, Najib juga dilaporkan oleh beberapa akhbar asing mengenai imej negatifnya, dan hingga kini PM yang baru itu tidak bertindak menyaman tujuh akhbar asing itu.

"Ini yang membimbangkan kita, nama Najib di mata dunia sudah tercalar dengan laporan itu, apatah lagi belum ada usaha yang dilihat untuk membersihkan namanya samada oleh beliau sendiri atau secara rasmi melalui kerajaan Malaysia.

"Najib perlu ingat bahawa beliau membawa imej negara dan bukan dirinya sendiri sahaja," tegasnya.

Sementara itu Mahfuz melihat kabinet bayangan yang bakal dibariskan Najib selepas ini pastinya tidak terlepas dari pemimpin yang diragui kredibilitinya.

Apa tidaknya, kabinet yang akan dibariskan adalah dikalangan mereka yang menang dalam pemilihan Umno dan pemilihan Umno baru-baru ini sangat diragui tahap bersihnya.

"Ada amalan rasuah kerana banyak pihak yang mendakwa berlaku, dan hingga kini ia belum reda," katanya.

Rakyat juga katanya akan merasa bimbang dengan kehadiran Najib selaku PM keenam kerana pastinya dakwaan bahawa pentadbirannya akan mendapat campur tangan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan terus dibincangkan.

Kebimbangan ini berasas kerana katanya ada rungutan di kalangan pegawai-pegawai kerajaan akan perihal sikap Rosmah yang sangat diketahui mereka.

Mohd Najib Abdul Razak hari ini secara rasminya dilantik PM Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara, 10.10 pagi.

Stesen RTM menyiarkan secara langsung istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan serta sumpah rahsia Najib sebagai perdana menteri walaupun kesemua 81 ahli Parlimen pembangkang membantahnya.

Mereka memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk membersihkan ahli parlimen Pekan itu daripada sebarang dakwaan salah laku - antara yang popular, berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu dan komisyen pembelian kapal selam Scorpene.

Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pelan peralihan kuasa Umno dan negara susulan ketewasan mengejut dan terburuk dalam sejarah BN pada pilihan raya umum lalu.