"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apakah makna takbir yang dilaungkan itu?'

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini melontarkan pertanyaan, apakah yang sebenarnya dibesarkan oleh penyokong parti politik apabila mereka melaungkan takbir.

Katanya, adakah mereka benar-benar membesarkan Allah atau sebaliknya sekadar membesarkan parti sendiri dengan menggunakan nama tuhan.

Menurut Mohd Asri dalam keadaan begitu jugalah sesetengah individu berasa "hairan" apabila melihat ada artis menggunakan nama agama di kelab malam.

"Apakah beza antara hal itu dengan apa yang orang politik lakukan selama ini ketika memperdagangkan agama untuk undi pilihan raya? Bahkan orang politik dalam banyak hal lebih dahsyat!" katanya hari ini.

Mohd Asri yang selalu mengulas pelbagai isu semasa juga mengingatkan ada parti politik yang menggunakan ungkapan "berjuang dan berpolitik untuk menegakkan hukum Allah" tetapi pada masa sama melanggar apa yang dilarang Islam.

Katanya ganjil benar apakah yang difahami oleh pihak terbabit mengenai "hukum Allah" yang selalu diulang-ulang berkenaan.

"Tidakkah menurut hukum Allah kita dilarang memaki hamun, menggelar orang lain dengan gelaran buruk, mengkafir sesama Muslim, berbohong apatah lagi atas nama politik agama, memfitnah orang lain, memutar belit nas-nas agama untuk kepentingan politik kepartian, rasuah, menentukan sah batal amalan agama berdasarkan sokongan kepada parti apa lagi menentukan syurga neraka dengan lambang parti politik.

"Tidakkah dalam perjuangan mereka yang kononnya atas nama menegakkan hukum Allah, entah berapa banyak hukum Allah yang telah dilanggar," katanya.

Justeru menurut Mohd Asri, berdasarkan tindakan yang dapat dilihat itu mendorong pertanyaan sama ada kumpulan parti politik itu memang mahu menegakkan hukum Allah atau sekadar mahu meraih undi dalam pilihan raya.

Bagaimanapun mufti itu tidak menamakan kumpulan atau parti politik terbabit.

"Jika ada parti yang tidak terbabit, jangan terasa," katanya.

AMANAH cabar Nik Abduh saman penyebar audio

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) mengalu-alukan jika Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengemukakan saman berhubung isu audio didakwa mempunyai kaitan dengan anggota parlimen Pasir Mas itu.

Kata Husam Musa Nik Abduh sepatutnya membuktikan dia masih bermaruah dengan mengemukakan saman berkenaan, sekali gus membersihkan namanya daripada terpalit dengan sesuatu dakwaan.

"Sepatutnya dia samanlah, tak boleh ugut saja.

"Saya tak nak ulas soal saman ini (lebih lanjut) sebab saya sendiri sudah diugut untuk disaman oleh PAS berpuluh kali dah, tapi sampai hari ini saman itu tidak ada," katanya.

Justeru kata bekas exco kanan Kelantan itu jika Nik Abduh mahu mengemukakan saman kepadanya atau mana-mana pihak, langah itu itu sangat dialu.

Malah kata Husam tindakan menyaman itu akan menentukan sama ada seseorang pemimpin mempunyai maruah atau tidak.

Husam berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian bilik operasi Pusat Daerah Mengundi Khatib Ali di Kota Bharu, Kelantan malam tadi.

Hadir sama Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang dan pimpinan HARAPAN kelantan.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan satu petikan audio yang dikatakan mirip suara Nik Abduh menjadi tular dan menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.

Melalui rakaman audio berkenaan seorang lelaki - yang bercakap dengan nada suara yang tinggi - mengakui menerima wang daripada Umno.

Turut dipetik dalam rakaman itu ialah nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Apa yang dinafikan

Bagaimanapun Nik Abduh menafikan sekeras-kerasnya suara dalam rakaman itu adalah dirinya, malah menganggap ia sebagai karut, marut dan fitnah ke atas dirinya serta PAS.

"Ia hanya sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH) dan sekutunya. Saya menafikan sekeras-kerasnya," kata anak bekas menteri besar Kelantan itu.

Kata Husam rakaman yang tular sebelum ini tidak ada kena-mengena dengan dirinya, namun menegaskan beliau juga memiliki salinan yang dipercayai sama seperti yang sudah tular itu.

Husam yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan menegaskan dia sebelum ini bercadang untuk mendedahkannya selepas parlimen dibubarkan dan sedia bertanggungjawab atas rakaman berkenaan.

Baca Nik Abduh: AMANAH pergi meninggallah

Anggota Dewan Undangan Negeri Salor itu juga menyoal apakah yang dinafikan oleh Nik Abduh sebenarnya.

"Adakah dia nafi suara dalam audio itu suara dia? Ini terpulang kepada kita semua (yang) dengarlah.

"Saya berharap semua ahli PAS tentukan sendiri suara itu suara Husamkah atau Lim Guan Eng atau Jeming Hassan, atau suara siapa?" katanya.

Husam juga mencadangkan supaya PAS menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat isu berkenaan.

"Ucapan itu dibuat dalam majlis tertutup. Tentulah ada orang yang hadir, ada penganjur, tarikh dan perkara yang disebut adalah daripada mulut orang itu.

"Kalau kita (sengaja) nak reka-reka (memang) payah.

"Dan yang disebut dalam ucapan itu ialah menerima wang daripada Umno.

"Kalau itu sudah disebut, PAS kena tahu siapa yang terima wang bagi membolehkan PAS menyertai pilihan raya dan pada masa sama parti itu mesti meyakinkan rakyat bahawa rakaman itu tidak wujud," katanya.
-malaysiakini

Hanipa saran Nik Abduh saman, sedia jadi peguambela pihak yang disaman

HUSIN MAHAT 
Ahli jawatankuasa Pas Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz disaran menyaman pihak yang menyebarkan audio rakaman percakapannya yang mengakui dirinya dan beberapa pemimpin Pas menerima dana daripada Umno dan sememang wujud kerjasama antara Pas dan Umno.

Malah ahli parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang membuat saranan itu sanggup untuk menjadi peguambela kepada individu yang bakal disaman Nik Abduh bagi menyoal balas ahli parlimen Pasir Mas itu di mahkamah.

“Saya tak pasti adakah individu yang suaranya wujud dalam rakaman audio mengenai kerjasama Pas dengan Umno, yang sebut terima wang dari Umno, akan memfailkan saman ke atas pihak yang mendedahkan rakaman audio itu,” katanya.

Menurut Hanipa, jika individu yang suaranya wujud dalam rakaman audio itu berhajat untuk mengambil tindakan mahkamah mahupun individu yang namanya disebut dalam rakaman itu mahu mengambil langkah yang serupa, beliau sedia menawarkan diri sebagai peguam defendan (orang yang disaman) dan gembira untuk menyoal balas plaintif di mahkamah.

“Saya adalah pengalaman sikit-sikit soal balas saksi ni. Tapi kes rakaman ini, jikalah berakhir di mahkamah dan diandaikan saya berpeluang soal balas… rasanya ini kes yang paling lejen (legend)lah,” katanya di Facebook.

Nik Abduh baru-baru ini menafikan audio rakaman berdurasi 18 saat yang didakwa mengandungi ucapannya mengenai penyaluran wang dari Umno kepada Pas.

Dalam satu kenyataan di facebooknya 28 Feb lalu, beliau menganggap penyebaran audio yang tular itu sebagai ‘sampah’ di kalangan pemfitnah.

“Dakwaan rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya, malah juga secara langsung dan sengaja ke atas parti Pas yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan oleh Islam termasuk memakan rasuah politik Umno atau membuntut di ekor DAP.

“Ia hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali oleh pelahap fitnah seperti Pan (AMANAH) dan sekutunya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, berdoa semoga Allah menimpakan balasan segera ke atas para pelakunya kecuali mereka segera bertaubat kepada-Nya,” ujar Nik Abduh.

Rakaman audio yang ditularkan itu mengandungi pengakuan individu yang didakwa Nik Abduh mengaku menerima wang berjumlah RN2 juta daripada Umno bagi tujuan ‘menjatuhkan DAP’ dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Sebelum itu, Naib Presiden Amanah Husam Musa dalam siri ceramahnya juga menyebut mempunyai bukti audio pemimpin Pas yang mengakui menerima wang daripada Umno.

Manakala Naib Ketua Pemuda AMANAH Kelantan Hazmi Hassan pula memuat naik dua audio yang didakwa mengandungi ucapan Nik Abduh itu di dalam facebooknya.

Pada tahun lalu, Pas dihambat kontroversi apabila laman portal Sarawak Report mendakwa parti itu menerima RM90 juta sumbangan wang daripada Umno.

Ekoran daripada itu, Pas mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report di mahkamah London.

Tetamu biadab makan penampar (Gambar)

Tindakan lelaki itu menolak kepala dan memaksa pengantin perempuan tersebut melutut telah menyebabkannya hilang sabar.
BEIJING - CHINA. Gara-gara bertindak keterlaluan, seorang tetamu majlis perkahwinan menerima padah selepas dia ditampar pengantin perempuan dalam satu insiden di China.

Rakaman video yang turut menjadi tular menunjukkan tetamu terbabit menolak kepala dan memaksa wanita itu untuk melakukan upacara kowtow atau melutut di hadapan mertua seperti biasa dilakukan pasangan mempelai di negara tersebut.

Perbuatan biadab lelaki tersebut telah menyebabkan pengantin perempuan terbabit berang lalu dia berdiri dan menampar muka lelaki itu sebelum ditenangkan ahli keluarganya.

Menurut Kan Kan News, pasangan pengantin terbabit baru mahu memulakan upacara tradisional tersebut yang merupakan satu acara wajib sebagai simbol menghormati ibu bapa.

Rangkaian berita tersebut bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan di mana lokasi kejadian itu berlaku.

Beberapa pihak mendakwa ia mungkin prank atau gurauan kepada pengantin sempena hari bahagia mereka.

Sejak dua tahun lalu, kelakuan tidak senonoh tetamu biadab di majlis perkahwinan telah menjadi topik sosial di negara itu.

Pada November 2016, sebuah video menjadi trending selepas sekumpulan tetamu di Beijing memaksa pengantin menanggalkan pakaian dan mengadakan hubungan intim di hadapan mereka.

Dalam beberapa kes, prank perkahwinan telah menyebabkan kecederaan serius malah membawa kematian. - Daily Mail

Inspektor polis trafik bersalah cabul 4 pegawai

MOHD TAUFIK ABU BAKAR
Kesnya akan didengar lagi bulan depan.

SEORANG inspektor Polis Trafik (TP) didapati bersalah semalam atas enam tuduhan mencabul kehormatan melibatkan empat pegawai lelaki bawahannya yang berusia antara 21 dengan 24 tahun.

Mohd Taufik Abu Bakar, 55 tahun, mencabul kerhormatan pegawai konstabel khas Perkhidmatan Negara (NS), lapor akhbar The Straits Times (ST).

Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali (Gambar&video)

Indonesia hari ini merampas kapal layar mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.

Aset itu antara dijejak oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

“Kita sudah memeriksa anak kapal sejak semalam dan kini kita sedang bertindak kerana sudah menerima kelulusan mahkamah untuk merampas bot itu,” kata Agung Setya, pengarah ekonomi dan jenayah khas polis Indonesia.
Indonesia sita kapal mewah Jho Low yang dicari pendakwaraya AS
Berita itu dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa yang memetik stesen TV tempatan MetroTV.

Berdasarkan gambar dan video, kelihatan beberapa anggota polis di atas kapal itu.

Turut kelihatan beberapa lelaki berkulit putih yang tidak dapat dipastikan identiti mereka sama ada anak kapal dan penguatkuasa negara lain.

1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa disalah guna daripada 1MDB.

Dalam saman pelucuthakan sivil yang difailkan pada 16 Jun 2017, DOJ mendakwa wang itu dipindahkan ke sebuah akaun di Caledonian Bank di Kepulauan Cayman yang dipegang bawah nama "World View Ltd" dalam empat peringkat.

"Atas maklumat dan kepercayaan, dana yang dipindahkan ke dalam Akaun World View telah digunakan untuk memperoleh The Equanimity dan telah dihantar dengan cara yang bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan pemilikan hasil Jenayah [...]," dakwa DOJ.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.
Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Ia telah memenangi anugerah "Best in Show" di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.

Satu laporan South China Morning Post (SCMP) tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan selebriti seperti Leonardo DiCaprio di atas kapal layar itu.
-malaysiakini

Pelajar tahfiz didakwa cabul remaja



Pelajar tahfiz warga Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas kesalahan mencabul remaja lelaki di bawah umur, bulan lalu.

Tertuduh, Usman Shafie, 22, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyentuh secara seksual kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang juga pelajar tahfiz dengan mencium bibir dan menyentuh kemaluan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sekolah tahfiz di Pasir Puteh pada 11 malam 24 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 28 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
-hmetro

PPBM sahkan penyertaan pengasas Ideas


FMT Reporters
PETALING JAYA: Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, yang baru-baru ini melepaskan jawatan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), menyertai PPBM.


Berdasarkan jemputan sidang media parti itu, ahli PAS seumur hidup itu akan dialu-alukan secara rasmi sebagai ahli PPBM Khamis ini.

Wan Saiful, yang mengasaskan Ideas, sebelum ini enggan mengesahkan spekulasi mengenai langkah menceburi politik kepartian.

“Tetapi saya melihat langkah seterusnya sebagai langkah yang perlu saya ambil sekarang atau saya akan menyesal selama-lamanya,” katanya.

“Sekarang masa untuk mengambil risiko yang sama sekali lagi, untuk membawa keghairahan yang sama kepada penonton yang lebih luas.”

Ideas dirasmikan pada 2010 dan merupakan idea asal Wan Saiful bersama dengan putera Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz dan Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad.

Cincin, gunting melekat pada kemaluan

Kuching – Seorang lelaki terpaksa menahan malu dengan meminta bantuan anggota bomba dan bagi menanggalkan sebentuk cincin dan gunting yang melekat pada kemaluannya di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa yang berusia 45 tahun itu datang sendiri ke balai bagi meminta bantuan bomba untuk memotong cincin dan gunting yang melekat pada kemaluannya pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini memandangkan cincin itu tidak kelihatan dan memerlukan rawatan perubatan.

“Mangsa kemudian diberikan ubat pelali sebelum dibantu pasukan perubatan hospital menjalankan operasi memotong cincin dan gunting tersebut.

“Bomba menggunakan peralatan khas iaitu “air grinder” dan seunit tabung udara breathing apparatus,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Tiong memberitahu, operasi memotong cincin dan gunting berkenaan mengambil masa kira-kira10 minit.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan kecil dan keadaannya dilaporkan stabil,” ujarnya. 
-Kosmo

AMANAH minta pemimpin PAS jelaskan audio ambil duit Umno

Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan hari ini mahu pemimpin PAS tampil untuk mengesahkan kesahihan satu rakaman audio yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada parti itu.

Rakaman itu kemudiannya dimuat naikkan oleh Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan di laman Facebook.

Beliau walau bagaimanapun berkata, sejauh mana kebenaran audio tersebut tidak dapat dipastikan.

Rakaman itu mendakwa parti itu meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.

Antara lain, wang berkenaan adalah untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan cara untuk menjatuhkan DAP.

Rakaman audio selama seminit 18 saat itu dikatakan mempunyai sambungan yang akan didedahkan kemudian.

Malaysiakini sedang mendapatkan respon daripada pemimpin-pemimpin PAS yang dinamakan itu berhubung dakwaan tersebut.

Bagaimanapun PAS Kelantan melalui Setiausahanya, Datuk Ceh Abdullah Mat Nawi menyifatkan dakwaan itu satu fitnah yang perlu dibuktikan.

"Satu usaha jahat yang tidak berpaksikan kepada politik realiti, tetapi politik fitnah, persepsi atas keyakinan bahawa walaupun perkara tidak benar, tetapi disebut banyak kali, maka akan dipercayai orang.

"Konsep ini Islam tidak terima, konsep yang mana kita saja-saja memburukkan seseorang dengan menyatakan banyak kali supaya dipercayai," katanya di Kota Bharu, hari ini.
-malaysiakini 

Bila dah kantoi pemimpin PAS ungkit nilai persahabatan dalam PAS

Selepas terdedah rakaman audio, Nasrudin ungkit nilai persahabatan dalam Pas

MALAYSIA DATELINE

Nasrudin ungkit nilai persahabat dalam Pas selepas terdedahnya audio rakaman pengakuan kerjasama antara Pas dan Umno.

Selepas tersebarnya rakaman audio yang dikatakan suara seorang AJK Pas Pusat yang mengaku parti itu bekerjasama dengan Umno, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengungkitkan nilai persahabatan dalam parti itu.

“Tiada yang lebih indah berbanding sebuah persahabatan yang diikat kukuh dengan nilai ukhuwwah Fillah,” tulis ahli parlimen Temerloh itu dalam Facebooknya yang dipercayai ada kaitan dengan rakaman sulit tersebut.

“Persahabatan inilah menguatkan saf perjuangan dari ancaman pelbagai anasir yang merosakkan amal jamaei dan thiqah berjamaah,” tambah beliau dalam tulisan itu ketika rakaman audio menjadi tular dalam laman sosial.

Dalam rakaman itu, suara yang didakwa seorang AJK Pas Pusat itu mengaku Pas menerima duit dari Umno termasuk RM2 juta semasa pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

Beliau turut mengaitkan perkara itu dengan pimpinan parti yang lain termasuk presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Husam Musa mendakwa beliau menerima rakaman audio berkenaan dan akan diedarkan sebelum pilihan raya.

Dalam ceramahnya di Kota Bharu, Husam Musa mendakwa mempunyai bukti pengakuan ini dan pihak yang membuat pengakuan itu meminta agar ia jangan disebarkan atau “akan disumpah menjadi abu.”

Ekoran itu, seorang ahli Pas di Kuala Terengganu telah membuat laporan polis mengenainya.

KONFLIK DALAMAN

Audio rakaman berdurasi 2.3 minit dikesan mula tersebar.

Menurut Nasrudin, jamaah (Pas) menjadi ceria dan anggotanya gembira apabila orientasi organisasinya berlandaskan nilai persahabatan yang menepati piawaian yang dikehendaki oleh sebuah Gerakan Islam.

“Sebaliknya mendung akan mengiringi sepanjang sessi atau musim andai jamaah kehilangan nilai persahabatan ini.

“Tentu sahaja krisis serta konflik mudah tercetus dan paling tidak ‘perang dingin’ sesama anggota akan wujud apabila makna sebuah persahabatan tercalar atau dibiarkan tercemar dek pelbagai virus negatif yang menular dikalangan anggota,” tulis Nasrudin yang dipercayai ada kaitan dengan pendedahan rakaman ini.

Ini kerana, hanya pihak yang dekat dalam Pas sahaja terlibat dalam pertemuan dengan AJK Pas pusat yang mendedahkan hubungan Pas dengan Umno tersebut.

Menurut Nasrudin, semua anggota Pas memahami betapa jamaah yang gersang dari nilai dan erti persahabatan yang dikehendaki oleh Islam ini akan mendorong berlakunya kepincangan dalam pelbagai organ parti.

Antaranya, kata beliau, saling curiga mencurigai antara satu sama lain dalam apa jua penampilan dan aktiviti.
Lalu, katanya, mewujudkan suasana suram dan resah dikalangan pendokong jamaah. Saling tidak mempercayai.

Berlaku juga tikam belakang, cantas, bocor rahsia dan menjatuhkan imej akan menjadi saraf yang digerakkan sesama sendiri demi survival karier politik kononnya demi jamaah.

“Wujud team yang saling bertembung antara satu sama lain dan kemudiannya berlaku _tajrih_ atau serangan peribadi yang tidak wajar sesama anggota jamaah,” katanya.

Terkejut beruk Umno apabila Ketua Wanita Bahagian keluar parti dan aktif dalam PH

AMNI JAGAT 
Mak Ne (dua dari kanan) bersama-sama rombongan Pakatan Harapan (PH) dalam satu program kebajikan.

Parti adalah suatu wadah bagi seorang penggiat politik untuk membawa ideologi yang dipegang dalam kehidupan. Sememangnya di Malaysia selama ini telah mempamerkan beberapa senario yang membuatkan politik itu menjadi suatu wadah yang menarik. Namun bagi seseorang yang selama ini berpegang kepada kesan ‘selesa’ sebagai pemerintahan, hal itu agak payah atau susah untuk mereka menunjukkan sikap berpaling terhadap apa yang dimiliki selama ini.

Perkara itulah yang dihadapi oleh seorang tokoh wanita di kawasan Parlimen Tanjung Piai, Johor yang beliau merupakan seorang penggerak yang efektif dalam membentuk kerangka politik pemerintah di kawasan tersebut. Beliau yang dikenali sebagai Mak Ne atau nama sebenarnya Normah binti Mohamad, berusia 65 tahun adalah tokoh yang tidak asing lagi di kawasan Tanjung Piai.

Beliau adalah seorang peniaga kecilan. Ibu tunggal kepada tujuh orang cahaya mata itu adalah seorang wanita yang gigih dalam menjalankan aktiviti masyarakat setempat. Di tempat kediaman beliau di Kampung Serkat, Pontian Johor merupakan saksi di mana tokoh-tokoh tempatan dalam kalangan Umno Barisan Nasional (BN) telah diangkat di situ.

Tokoh seperti Datuk Mohamad Osman Yusof atau dikenali sebagai Tok Moy yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Umno Tanjung Piai adalah merupakan salah seorang tokoh yang pernah bertandang di rumah beliau. Sememangnya jasa Mak Ne begitu banyak terhadap masyarakat setempat khususnya kaum wanita di Tanjung Piai melalui gerakan beliau sebagai seorang Ketua Wanita Umno Bahagian.

Sehingga kini, Mak Ne masih lagi disegani oleh masyarakat khususnya kaum hawa yang tinggal di kawasan Tanjung Piai. Pengerusi Jemaah Pengarah Wanita Peladang Pontian Selatan ini juga turut aktif dalam menjalankan aktiviti kempen sewaktu beliau bersama-sama dengan perjuangan Umno-BN sebelum ini.
Normah Mohamad atau Mak Ne

Namun setelah apa yang dilaluinya selama tiga puluh lapan tahun di dalam Umno, Mak Ne akhirnya mengubah haluan wadahnya dari selesa dengan parti pemerintah kepada aliran pembangkang. Hari ini Mak Ne yang dikenali sebagai seorang yang berjasa di dalam Umno telah mengisytiharkan untuk bersama-sama dalam parti baru yakni Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai wadah yang baharu.

Beliau sebelum ini bertindak keluar dari parti Umno kerana melihat bagaimana nasib rakyat sekeliling yang disantuni selama ini semakin terjerat dengan kesan-kesan pemerintahan di bawah pemimpin utama UMNO yakni Dato Seri Najib Razak. Tindakan lebih parah lagi bagi Mak Ne ketika di dalam Umno apabila Tun Dr. Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri telah ditentang hebat oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Hal itu membuatkan Mak Ne sayu sehingga Mak Ne mulai memikirkan apakah masih ada sinar harapan untuk mengubah parti pemerintah itu kepada haluan untuk menyelamatkan rakyat. Lebih memuncak lagi apabila Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipecat kerana bersuara bagi pihak rakyat dalam isu berkenaan 1MDB yang menjadi liabiliti kepada pemerintahan di Malaysia ini.

Keputusan telah dibuat, Mak Ne telah bertekad untuk mengubah haluan dengan berusaha menukar pakaian dari hidup sebagai seorang yang selesa memerintah kepada haluan pembangkang. Bagi Mak Ne, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana lebih dari separuh usianya, beliau terlibat di dalam parti Umno.

Oleh kerana prinsip untuk menyelamatkan rakyat, Mak Ne membuat keputusan untuk meninggalkan tahap keselesaannya kepada perit jerih perjuangan demi menyelamatkan nasib rakyat yang lebih disayangi oleh Mak Ne. Kini beliau telah berada di dalam Bersatu sebagai seorang tokoh wanita di Tanjung Piai dan hasrat beliau adalah untuk mengubah serta meletakkan harapan yang baru kepada rakyat.

Beliau kini yakin, walaupun sebelum ini beliau menjadi seorang yang teguh sebagai pemikir gerak kerja wanita UMNO dan pernah membuat gerak kerja menewaskan musuh politik Umno di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang suatu ketika dahulu, bagi Mak Ne itulah adat resam dalam perjuangan memartabatkan rakyat di Malaysia ini.

Hari ini, Mak Ne tidak lagi melihat Umno masih mempunyai peluang dan ruang untuk membawa agenda menyelamatkan rakyat di negara ini. Namun semangat Mak Ne tidak pernah luntur dan kini beliau semakin bersemangat untuk menyalakan obor kebangkitan rakyat sebagai panji untuk beliau terus berjuang di dalam arena politik di Malaysia khususnya di Tanjung Piai.

Audio pengakuan Pas terima duit Umno mula tersebar

MALAYSIA DATELINE 
Audio rakaman berdurasi 2.3 minit dikesan mula tersebar.

Sebahagian audio rakaman yang didakwa menjadi bukti pengakuan kerjasama antara Umno dan Pas mula tersebar malam ini yang dikatakan suara seorang AJK Pas Pusat.

Kewujudan audio ini mula didedahkan oleh Naib Presiden Amanah, Husam Musa di Kota Bharu 18 Februari lepas apabila beliau mendakwa mempunyai rakaman itu.

Audio dengan latar belakang pengakuan berdurasi 2.30 minit itu tersebar mulanya dikesan dalam Facebook Ketua Amanah Marang, Miqdad Zakaria itu kemudiannya telah dikesan disebarkan melalui media sosial yang lain khasnya whatapps.

Video klip yang berasaskan audio itu bertajuk ‘Bukti Pas ambil duit Umno’ itu memaparkan suara penjelasan seorang yang dikatakan AJK Pas Pusat itu menjelaskan bagaimana ia bermula.

Ia dikatakan bermula apabila sesetengah pemimpin Pas tidak berpuashati dengan dakwaan pemimpin Pas yang lain menerima duit Umno.

Beliau bersama beberapa rakannya dikatakan menuntut penjelasan secara tertutup daripada AJK PAS Pusat berkenaan dan sessi tersebut telah dirakamkan audionya.

Sebelum ini, dalam ceramahnya di Kota Bharu, Husam Musa mendakwa mempunyai bukti pengakuan ini dan pihak yang membuat pengakuan itu meminta agar ia jangan disebarkan atau “akan disumpah menjadi abu.”

Ekoran itu, seorang ahli Pas di Kuala Terengganu telah membuat laporan polis mengenainya.

Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang

MALAYSIA DATELINE 
Patriot cabar MB Perlis debat, letak jawatan jika tidak faham undang-undang
Kekecewaan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man terhadap segelintir Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa menentang kerajaan dibalas cabaran debat atau letak jawatan oleh pimpinan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Setiausaha Agung Patriot Mejar Udara (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata, sebagai seorang ahli politik Azlan sepatutnya sedia maklum mengenai Perkara 41 dan juga Perkara 137 Perlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk pengetahuan Azlan, anggota Tentera berkhidmat untuk Raja Dan Negara.

“Kalau tak faham sila baca perlembagaan persekutuan Perkara 41 Dan juga perkara 137.

“Kalau ini juga tak paham,letak jawatan dari jadi Menteri besar.

“Susah kalau orang buta undang-undang macam kamu jadi menteri besar,” tempelaknya.
Datuk Seri Azlan Man

Beliau dipercayai mengulas kenyataan di buat Azlan ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan ke 9/2018 Persatuan Kebajikan Veteran 9 Rejimen Renjer Diraja (RRD) di Kangar Sabtu lalu.

Azlan berkata, beliau dukacitakan ada antara mereka berpangkat tinggi semasa berada dalam perkhidmatan.

Mereka disarankan sebaiknya menyuarakan perasaan tidak puas hati termasuk memberi teguran dan pandangan, bukan menunjukkan sikap menentang jika benar-benar ingin memperbaiki keadaan.

Mior Rosli lagi, menegaskan agar Azlan memaklumkan kepada Umno-BN supaya tidak meneruskan hasrat untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang membabitkan Parti Komunis China (PRC) sebagaimana yang dirancang oleh kerajaan hari ini.

“Satu lagi saya nak beritahu, bukan veteran yang harus ucapkan terima kasih kepada BN, sebaliknya BN yang harus berterima kasih kepada veteran kerana berkorban nyawa untuk mempertahankan Negara daripada dimusnahkan oleh parti Komunis Malaya.

“Saya nak beritahu Azlan, supaya pergi nasihat Umno supaya hentikan berkerjasama dengan parti Komunis China Dan Parti Komunis Vietnam.

“Dan beritahu bos kamu itu supaya hentikan menjual tanah Melayu ini kepada PRC.

“Kami Veteran tidak menentang kerajaan Di mana kami berkhidmat dulu. Kami mahu Selamatkan malaysia, anak cucu Kami, Dan Rakyat malaysia dari pemimpin2 kleptocracy Dan menjual maruah Negara pada negara Yang pernah membantu Musuh Kita (PKM) dulu,” ujarnya.

Bahkan beliau mendakwa BN hanya sekumpulan parti politik yang hanya pandai jadi perasuah dan kleptokrat.

“Kamu jangan kelirukan rakyat dan veteran bahawa BN itu kerajaan dan Kerajaan itu BN.

“Saya rasa kamu harus pergi sekolah balik.

“Orang politik 5 tahun sekali, bertanding untuk jadi Ketua dalam kerajaan. Jika dia kalah dia tidak layak duduk dalam kerajaan.

“Kerajaan tidak berubah Walaupun parti politik berubah,” ujarnya dalam kenyataan.

Mior Rosli turut mendakwa BN juga merosakkan ATM dan menipu veteran sejak 1963 dan bersedia berdebat dengan Azlan untuk membuktikan kebenaran apa yang berlaku selama 55 tahun itu.

“Kalau kamu berani, saya cabar kamu untuk berdebat dengan saya secara terbuka Di RTM bila-bila masa sahaja,” ujarnya yang mempersoalkan kenyataan Azlan bahawa kerajaan BN sentiasa mengambil berat kebajikan bekas anggota ATM dan keluarga mereka samada semasa mereka masih bertugas atau selepas tamat perkhidmatan.

Video samseng jalan raya diserah pada polis

Berita Harian

KUALA LUMPUR: Kes serangan samseng jalan raya terus membimbangkan apabila kejadian seumpamanya semakin kerap menjadi viral di media sosial.

Terbaru, video seorang wanita tempatan 'diserang' seorang lelaki berusia lewat 50-an ketika memandu kereta di lokasi belum dapat dikenal pasti.

Melalui rakaman video selama kira-kira tiga minit itu, mangsa digertak lelaki terbabit yang memandu kereta model Mazda berwarna biru.

Lelaki itu dilihat mengarahkan mangsa keluar dari keretanya selain turut cuba merampas telefon pintar milik mangsa.

Selain itu, suara wanita berkenaan kedengaran meminta bantuan orang awam menghubungi polis selepas lelaki itu enggan berganjak dan menghalang laluan kenderaan mangsa. Dalam rakaman itu, turut kedengaran suara mangsa mendakwa lelaki terbabit mahu memukulnya.

Sementara itu, pihak Polis Kuala Lumpur yang dihubungi memberitahu mereka masih menyiasat penyebaran video itu selain meminta mangsa tampil membuat laporan.

Penganalisis jenayah, Kamal Afendi Hashim berkata, rakaman video berkenaan sepatutnya tidak perlu dijadikan viral di kalangan orang ramai tetapi sebaliknya, mangsa patut menyerahkan bukti itu kepada polis.

"Tidak menjadi satu keperluan untuk mereka menjadikan video itu viral. Apa yang perlu dilakukan adalah terus pergi ke balai polis berhampiran," katanya.

Tambah beliau, sudah menjadi budaya ketika ini, apa saja kejadian semuanya akan menjadi viral di media sosial.

"Adakah mereka hendak meraih simpati? Rakaman itu juga boleh menimbulkan keraguan kerana kita tidak pasti adakah ia benar atau kandungan asalnya sudah disunting.

"Dalam sesetengah kes, video yang viral itu tidak memaparkan keseluruhan kejadian. Justeru, ia menimbulkan perdebatan yang tidak membantu menyelesaikan sesuatu kes atau hanya mengeruhkan keadaan," katanya.

Beliau berkata, sebaiknya orang ramai perlu mempunyai kesedaran supaya sesuatu rakaman itu diserahkan kepada polis untuk siasatan bagi mencari kebenaran.

"Rakaman atau video ini boleh dijadikan sebagai bukti di mahkamah, serahkan saja kepada polis, tidak perlu dijadikan viral," katanya.

Cemas powerbank meletup dalam pesawat (Gambar)

Cemas apabila kebakaran berlaku di dalam kabin sebuah pesawat China Southern Airlines ketika ia baru sahaja hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun, China di sini semalam.

Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan itu menyebabkan kelewatan perjalanan lebih tiga jam, tulis kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan tersebut di laman sosial Weibo.

Jelas kenyataan tersebut, kebakaran itu dipercayai tercetus daripada sebuah pengecas mudah alih atau ‘powerbank’ yang diletakkan di dalam beg di ruang bagasi kabin pesawat tersebut.

Siasatan awal mendapati peranti elektronik berkenaan hanya diletakkan di dalam beg dan tidak digunakan.

Ketika kejadian, penumpang baru sahaja dibenarkan masuk ke dalam pesawat penerbangan CZ3539 itu yang dijadualkan berlepas dari lapangan terbang tersebut untuk ke Shanghai.

Selepas asap dan api mula menyelubungi pesawat itu, para penumpang diarahkan untuk keluar dan kembali ke ruang berlepas lapangan terbang oleh kru kabin yang bertugas.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku apabila kesemua penumpang dikeluarkan dengan selamat selepas tindakan pantas kru kabin penerbangan itu.

“Kebakaran juga tidak menyebabkan kerosakan teruk pada pesawat,” menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

Satu video yang tersebar merakamkan saat cemas tersebut menyaksikan salah seorang kru penerbangan dan seorang penumpang cuba untuk memadamkan api tersebut menggunakan air minuman daripada botol air mineral dan juga jus.

Kenyataan tersebut turut memuji tindakan pantas salah seorang pramugari penerbangan tersebut untuk cuba memadamkan api tersebut secepat mungkin.

Ketika disoal netizen di aplikasi Weibo mengenai tindakan kru penerbangan bertindak menggunakan botol air dan tidak menggunakan pemadam api, pihak China Southern Airlines mengatakan bahawa wanita tersebut hanya mengambil tindakan pantas yang dirasakannya perlu ketika itu.

Pemilik beg yang mengandungi pengecas mudah alih berkenaan kemudiannya dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan.

Keadaan tersebut menyebabkan penerbangan tersebut tertangguh selama tiga jam, sebelum para penumpang meneruskan perjalanan mereka ke Shanghai menggunakan pesawat lain.
-kualalumpurpost

Pengantin lelaki maut hadiah kahwin meletup


Soumya Sekhar (kanan) dan isterinya baru mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu.
NEW DELHI - INDIA. Seorang pengantin lelaki dan neneknya terbunuh selepas hadiah kahwin diterima dari tetamu tidak dikenali meletup dalam kejadian di negeri Odisha, India, baru-baru ini.

Polis berkata, Soumya Sekhar Sahu dan neneknya Jemamani Sahu meninggal dunia semasa dirawat di hospital tempatan di Patnagarh.

Sementara isterinya, Reema Sahu berada dalam keadaan kritikal dan bertarung nyawa di hospital daerah Sambalpur.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu.

Jurucakap polis Patnagarh, Sesadeba Bariha berkata, siasatan awal mendapati bungkusan hadiah diterima pengantin baharu itu memang direka untuk meletup bila ia dibuka.

Tambahnya, skuad anjing pengesan dan unit forensik polis Bolangir telah memulakan siasatan bagi memburu suspek terlibat.

Bariha percaya, bungkusan bom tersebut dihantar oleh penduduk tempatan.

Bulan lalu, seorang doktor muda di Madhya Pradesh cedera parah apabila bungkusan bom meletup pada hari pertunangannya.

Mangsa meninggal dunia sehari kemudian di hospital Bhopal. - Times of India
-sinarharian

Jangan sampai orang gelar Pak Aji temberang udah le

MOHAMED HANIPA MAIDIN 
Sebuah media tempatan petik kenyataan presiden parti suci dari sumber berita parti suci sendiri yang mana beliau dilaporkan berkata haram sokong parti tu – yang semua orang tahu dia rujuk kepada parti DAP.

Alasan beliau antaranya adalah parti tu paling lantang dan ke hadapan menentang parti suci dalam usaha parti suci nak laksana Islam.

Beliau juga kata parti tu yang paling berani isytihar Malaysia adalah negara sekular.

Maaf lah Pak Aji. Saya lihat Pak Aji makin hari dah makin teruk merapu. Kesianlah sikit pada ahli bawah yang percaya kata-kata Pak Aji, seperti orang putih kata gospel truth.

Seperti kata arwah A.R. Tompel dalam filem “Do Re Me” dalam adegan di warung, “takkan lah pak Aji nak temberang!”

Pak Aji tuduh parti DAP tentang parti suci yang hendak laksanakan Islam, OK, nak tanya sikitlah Pak Aji: nak laksanakan Islam secara total ke atau hanya nak laksanakan juzuk tertentu dalam Islam je? Janganlah main borong Pak Aji hoi!

DAP tentang kezaliman. Islam juga tentang kezaliman malahan cenderung pun tak boleh. So, haram juga lah sokong DAP ya?

Parti sarkas zalim, sokong kezaliman, buat banyak Akta zalim dan Pak Aji dan parti Pak Aji, semua orang tahu, kini rapat dengan parti sarkas tu.

Tak haram ke Pak Aji? Ulama silam kata jahit jubah al-Hajjaj yang zalim tu pun tak boleh haji. Istiqamah bagi “nyawa” pada rejim zalim macam mana ya Pak Aji?

DAP lawan rasuah, lawan salah guna kuasa, lawan pembaziran, lawan orang lanun wang rakyat, lawan parti yang tekan rakyat dengan cukai yang bebankan rakyat.

Dan itu juga, seperti Pak Aji arif, pendirian Islam. Dan itu juga, yang parti sarkas istiqamah buat dulu dan kini. Jadi, apa Pak Aji nak kata? DAP juga yang salah ke? Bukan parti sarkas?

Pak Aji kata DAP berani kata negara ni negara sekular. Hei, bukan dulu Pak Aji yang dok wirid begitu ke? Maaf, dah lupa ke Pak Aji hoi?

Tahukah Pak Aji ada satu kes di negara ni yang diputuskan oleh mantan hakim Mahkamah Agong, yang kini sokong dan ahli parti suci dan pernah jadi calon parti suci.

Tahu tak Pak Aji apa yang hakim tu kata dalam kes yang dipanggil kes Che Omar bin Che Soh lawan Public Prosecutor (1988) 2 MLJ 55?

Tak pe lah, saya habaq sikitlah Pak Aji. Dalam kes tu, Pak Aji, dua orang peguam bukan Islam, (M. Mura Raju dan Ramdas Tikamdas – dua-dua kawan baik saya Pak Aji ) berhujah hukuman mati di dalam Akta Dadah Merbahaya dan Akta Senjata Api 1971 adalah bercanggah dengan Islam lalu melanggar Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan kerana kesalahan itu, kata peguam-peguam bukan Islam tu bukan masuk dalam kesalahan hudud atau qisas.

Tahu tak Pak Aji yang hakim Islam itu (ahli parti suci) tolak hujah itu sebab hakim tu kata negara ni bukan negara Islam tapi negara sekular !! Salah DAP juga?

Kena adillah Pak Aji walau dengan orang yang kita benci sekali (al-ma’idah: 8).

Allah lebih tahu.