"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Cabar Umno berdebat!!! / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

TintahijaukakiBukit
KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mencabar pemimpin Umno bersemuka dan berdebat atas tajuk ‘siapa lebih beragama?’“Saya cabar Ustaz Khazan ( Exco Kerajaan Negeri) YB Khazan untuk berdebat atas tajuk (siapa lebih beragama) ini, pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa syarat,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS, disini semalam.

Beliau membuat cabaran tersebut ketika mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazan Che Mat bahawa pemimpin Umno lebih ‘beragama’ berbanding dengan PAS.


Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata menyifatkan pemimpin PAS ’kurang beragama’ kerana menolak perbincangan berkaitan Kerajaan Perpaduan, dan menuduh PAS menolak penyatuan yang dituntut Islam.

Oleh itu, Ustaz Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mempelawa mana-mana pemimpin Umno berdebat atas tajuk tersebut, sekiranya Khazan tidak mampu.

Katanya, mungkin pemimpin Umno mempunyai bukti bahawa parti itu lebih baik dalam bab ‘beragama’.

“Itu yang kita (PAS) minta dia berdebat, yang dia berani mendakwa, kita belilah, dia jual kita belilah, mungkin dia ada bukti Umno lebih baik (beragama) kita nak dengar lah,

“Sebab, bagi kita (PAS) Umno (parti) ini termasuk pemimpin dia (Umno) tidak(lah) baik, dari segi ugama tidak ada (yang) lebih baik dari PAS.

“(Saya bersedia jadi) ahli panel pada bila-bila masa sama ada secara solo dengan Khazan ke atau secara berkumpulan, bila-bila,” jelasnya.BO

Live : Seminar Pemerkasaan Parti / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

JITP

Seminar Pemerkasaan Parti, anjuran PAS Pusat yang diadakan di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar.

Tarikh : 7.11.2009

Jam : 9.00 pagi

Siaran Langsung boleh diikuti di

WebTv PAS Saluran 1


WebTv PAS Saluran 2

WebTv PAS Saluran 3

Terengganukini.net

Siaran ini dibawakan oleh Jabatan IT PAS Pusat.

Isu Talak - PAS tidak perlu nasihat Jamil Khir / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Tidak wajar mengaitkan lafaz cerai dengan melompat parti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Bagi orang yang faham ugama seperti Jamil Khir yang menyertai UM-no yang jelas tidak selari dengan Islam tentu sahaja tidak dapat diyakini kenyataan dan pendapatnya berkenaan perkara ini.Kerana orang seperti Jamil Khir tentu sahaja tidak akan mampu memahami prinsip perjuangan kerana beliau sendiri tidak berprinsip.

Beliau berkata hal berkaitan penceraian bukan perkara main-main kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa dan boleh dianggap satu penganiayaan serta zalim.

Apakah perbuatan melompat parti itu kerja mulia?Apakah dengan melompat parti itu tidak menimbulkan huru-hara dan kelam kabut?Apakah melompat parti itu tidak menganiaya orang lain?

Lihat sahaja diPerak sekarang,hanya kerana pembelotan 3 ekor katak itu telah menyebabkan rakyat negeri Perak menanggung beban dan menghadapi kesukaran didalam pentadbiran negeri Perak sendiri.

Telah berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan hanya kerana 3 ekor katak yang tidak punya prinsip perjuangan?Kerja polis bertambah,kerja FRU bertambah,kerja mahkamah bertambah,malah huru-hara didalam negeri semata-mata kerana pengkhianatan oleh 3 ekor katak itu.

"Saya nasihatkan pihak yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu untuk ambil perhatian, dibimbangi perkara berkenaan akan jadi satu bahan permainan oleh masyarakat pula nanti," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Tak perlulah Jamil Khir nak menasihatkan PAS kerana Jamil Khir sepatutnya menasihati dirinya sendiri kerana telah bersekongkol dengan parti asabiyyah yang jelas bertentngan dengan Islam.

Orang Islam sendiri mempersendakan hukum ALlah,orang melayu yang mengaku Islam sendiri yang menolak untuk melaksankan hukum ALlah,apa nak diheran bila perkara sebegini juga menjadi sendaan manusia2 yang tidak mempunyai prinsip dan pegangan?

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini yang melaporkan wakil rakyat PAS dikatakan telah mengangkat sumpah akan menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga jika berhasrat melompat parti sebagai tanda kesetiaan terhadap parti.

Perkara takliq ini sengaja dibesar-besarkan,sedangkan ianya tidak pun bercanggah dengan hukum.Setahu aku lafaznya hanya menjatuhkan talak satu sahaja dan bukan tiga sebagaimana yang dilaporkan.

Jika bertanding tetapi berniat untuk khianat,dimana prinsipnya.
SPR sendiri mengambil wang pertaruhan semata-mata untuk memastikan semua calon patuh kepada syarat-syarat yang ditetapkan,apa masalahnya?

Aziz Bari terkena sindrom memperlekeh Presiden Pas / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Basir Hj Ismail
Ahli PAS Kubang Pasu

Walaupun ada pihak yang menyokong dan berpuashati dengan sikap Dr Abdul Aziz Bari yang juga dikenali sebagai ‘orang bukan parti’ apabila menghentam Presiden dan pemimpin kanan PAS dengan pelbagai istilah, namun saya menanggapinya sebagai individu yang mempunyai agenda tertentu dan cuba membuat provokasi kepada ahali-ahli Pas..

Apakah maksud sebenar yang diinginkan oleh Aziz Bari, apabila masih membuat kenyataan dalam Malaysiakini hari ini (Jumaat) setelah dia sendiri membuat pengesahan akan hadir di dalam seminar politik Pas pada hari esok (Sabtu) yang tidak sampai 24 jam lagi. Kenyataannya semakin hebat dank eras memperlekehkan kepimpinan Pas dalam kenyataan yang disiarkan dalam Malaysiakini tersebut.

Adakah di seminar politik esok, dia (Aziz Bari) tidak lagi berani ataupun mampu untuk mempertahankan kenyataannya yang memperlekehkan kepimpinan Pas seperti yang tersiar dalam media cetak dan online dalam minggu ini. Ataupun kerana dia telah dijangkiti sindrom ketagihan memperlekeh kepimpinan Pas dan tidak boleh hidup dengan aman, selesa dan sejahtera jika ia tidak memperlekehkan mereka (pemimpin Pas).

Bagi saya, sikap bersungguh-sungguhnya merendah-rendahkan kepimpinan Pas terutamanya Presiden, Timbalan Presiden dan pemimpin kanan Pas yang lain perlu dicurigai oleh ahli-ahli Pas yang berfikiran waras dan rasional. Jika diselidiki kenyataannya bukanlah suatu pandangan yang bernas, sebaliknya ia juga bersifat provokasi menjelang seminar politik Pas yang akan berlangsung pada hari esok, Sabtu.

Kelantangan Aziz Bari dalam memperkatakan hal rumah tangga dan kepimpinan Pas seperti didorong oleh anasir tertentu ataupun mendapat sokongan kuat dari pihak-pihak tertentu supaya ia berbuat demikian. Saya amat yakin bahawa ahli Pas yang waras dapat merasakan perlekehan Aziz Bari ke atas Presiden parti adalah amat berlebih-lebihan dan keterlaluan, sekaligus mendedahkan tentang kerendahan moral dan integritinya sebagai seoraang ahli akademik.

Bagaimana orang yang tidak memiliki integriti sepertinya boleh kita pakai pandangan dan tegurannya. Lebih mengelihati lagi, apabila tindakannya seolah-olah ia lebih sayangkan Pas dari beratus-ratus pemimpin dan ahli-ahli Pas yang lain.

Oleh itu, tidak salah jika saya turut mengingatkan kepada seluruh ahli Pas lain supaya berhati-hati dengan tindak tanduk Aziz Bari ini kerana ia bukan sahaja tidak membantu memperkasakan Pas malah akan memecahbelahkan Pas, sekaligus akan memudahkan pihak musuh untuk berdepan dengan Pas.

Bagi yang menyokong Aziz Bari adalah perlu mereka ini melihat bukan dengan mata kepala semata-mata tetapi juga hendaklah melihat dengan mata hati supaya sikap dia yang biadap dan keceluparan lidahnya tidak meresap serta menjadi ikutan ahli-ahli Pas yang lain. Saya tetap berpendirian bahawa soal kepimpinan Pas, ahli-ahli Pas sendiri mampu menilai samada ia baik ataupun buruk.

Pas tidak perlu kepada orang luar sepertinya untuk menentukan kepimpinnnya kerana orang luar tidak ada pertanggungjawapan kepada Pas, apatah lagi mahu bersama-sama Pas mengharungi perjuangan Islam yang menjadi paksi perjuangannya. Adalah lebih baik Aziz Bari memfokuskan kepada isu pencabulan Perlembangaan yang dilakukan oleh Umno/Bn di Perak dari turut terlibat hendak menentukan kepimpinan Pas.

Wallahu alam

Menyesal saya mempercayai Aziz Bari, agen musuh .../ UBN Najib Altantuyta / Zambry / PKFZ

Nasrudin Hassan Tantawi

Dr Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama Malaysiakini.Semakin lantang dan celupar kenyataannya. Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab (tiada adab) menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok.

Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau. Biarpun pedas dan keras, namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya, Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok.

Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya. Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi, apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS.

Sebagai tokoh akademi, beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan. Bukan sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh. PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik (dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS), tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai.

Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah ejen UMno sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro Umno.

Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli-ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum?

Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang ejen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak. Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan.

Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan-kenyataan beliau. Saya berlapang dada. Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan.

Alhamdulillah, perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan-tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik. Lebih menarik, beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan . PAS, pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah.

Tetapi beliau masih tidak berpuas hati. Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah. Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma. Ramai orang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang beliau mahu?

Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti, mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak. Akhirnya beliau (Dr. Aziz Bari) dan puak-puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya.

Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini. Tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS.

Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak-puaknya.

Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS. Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label.

Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya.

Saya menyesal kerana hampir-hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau. Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka. Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadir berseminar nanti.

Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS, beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum?

Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri , beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS. Realiti itu tiada masaalah bagi saya .

Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut. Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan, beliau mestilah tampil dengan hujah dan bukti yang kukuh.

Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah.

Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok, Dr Aziz Bari dapat hadhir dan kemukakan hujjah serta bukti-bukti kukuh beliau. PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau.

Kelak, jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak-puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu, pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh ejen-ejen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah.

Sebaliknya, jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan, PAS janganlah teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prisip perjuangan dan polisi parti.

Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak. Kerana apabila PAS teguh dan bersatu, maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda-agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini.

Marilah kita cantumkan semula pecahan-pecahan hati dan rasa dikalangan kita, agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah. Biarlah orang lain bercakap, mengkritik, menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan. Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh ejen musuh.

Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS

1 Malaysia Rakyat dipersenda / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi
1.Pemerintahan Umno dan BN amnya dan kepimpinan Datuk Seri Najib khasnya, jelas menunjukMeranamereka masih gagal untuk keluar daripada retorik silam.
2.Terbaru apabila Datuk Najib mengisytiharkan Wang Ehsan menggantikan royalti yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat negeri Kelantan Darul naim.
3.Sebelum ini Tun Mahathir telah menzalimi rakyat negeri Terengganu apabila membatalkan royalti petroleum yang telah dinikmati sejak dulu semata-mata kerana kerajaan Terengganu pada waktu itu jatuh ke tangan PAS. Kemudiannya royalti itu digantikan dengan wang ehsan.

4.Justeru itu, apa istemewanya 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Datuk Najib dan seluruh warga UMNO dan BN jika kezaliman dan penderaan ke atas rakyat terus menjadi trade mark kepimpinan dan pemerintahan mereka.

5.Rakyat bagaikan tertipu dengan slogan 1 Malaysia: Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan setelah mereka menunggu penuh debaran agar royalti di kembalikan kepada kerajaan dan rakyat negeri Terengganu dan Kelantan. Datuk Najib sememangnya menjadi sandaran dan harapan mereka dengan slogan yang cukup memukau itu. Tetapi kini harapan bertukar menjadi realiti ngeriapabila mereka [rakyat dan kerajaan negeri] terus didera dan dianiaya oleh UMNO dan BN.

6.Wang ehsan meletakkan rakyat Kelantan seperti peminta sedekah sedang wang itu adalah hak mereka yang telah termaktub dalam perjanjian untuk dinikmati sebagai royalti di atas hasil minyak yang dikurniakan Allah swt kepada mereka. Malang ianya dirampas oleh UMNO dan BN dan kini menambahkan penderitaan rakyat Kelantan melalui persendaan yang cukup menghiris perasaan.

7.Jelasnya wang ehsan tidak akan sampai kepada rakyat secara adil dan telus sebagaimana ianya pernah berlaku kepada rakyat di negeri Terengganu malah ianya jelas dibongkar oleh perwakilan UMNO dari Kelantan dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini bagaimana wang ehsan hanya menjadi umpan untuk menggula-gulakan rakyat agar mengundi mereka di dalam pilihanraya.

8.Dewan Pemuda PAS Pusat [DPPP] mengecam tindakan Datuk Najib yang terus menyambung tradisi UMNO dan BN untuk mendera dan memperbodohkan rakyat dengan slogan dan tindakan yang tidak berintegriti dan bermaruah.

9.Slogan yang wajar bagi UMNO dan BN untuk terus dilaungkan secara konsisten ialah 1 Malaysia: Perlembagaan di persenda dan Rakyat Merana. Ianya wajar agar rakyat tidak tertipu lagi dan mudah mereka membuat nilaian terhadap pencapai UMNO dan BN.

10.UMNO dan BN bertanggungjawab dan mereka mesti membayar harga yang tinggi di atas penyalahagunaan kuasa dan penipuan mereka ke atas rakyat. DPPP menyeru agar rakyat tegas menghukum UMNO dan BN melalui pilihanraya kelak agar mereka tidak lagi sewanang-wenangnya mempersenda undang-undang dan perlembagaan negara serta rakyat tidak lagi derita dan merana dengan penderaan mereka.

Serangan Prof Aziz Bari terhadap President PAS sudah ketahap personal / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Gaya kritikan Prof Abdul Aziz Bari terhadap President PAS telah bertukar dari rampage (langgar hentam)kepada serangan personal.Terbaru Prof Aziz memberi nickname baru kepada President PAS iaitu " Pah Lah versi PAS'.

Mengapa kah gaya' intellectual'discouse professor ini telah bertukar sebegitu buruk sehingga menyangkutkan nama orang yang dihormati saperti President PAS dengan orang sudah berlalu iaitu Pak La. Adakah nama Pak Lah telah digunakan dengan berniat jahat untuk di sangkutkan kepada nama baik Presiden PAS supaya ianya menjadi batu pemberat untuk menenggelamkan President PAS dalam arena politik.

Inilah laporan nya "Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga boleh diumpamakan beliau "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini."

Susah bagi kita untuk menganalisa apakah motif Prof ini dalam siri siri pandangan nya akhir akhir ini. Prof Aziz Baru mendapat perhatian ahli PAS bila beliau mengulas krisis Sultan lawan UMNO dengan menghentam UMNO tetapi malang populariti cepat itu telah di exploit oleh nya untuk memecah belah PAS melalui medan yang sama.

Prof sentiasa mengenakan jaket keselamatan penkritik bebas apabila menghentam President PAS secara bersiri dan ketiadaan mereka yang menyangahnya telah di anggap satu kelemahan di pihak mereka yang menjadi mangsanya.Mangsa Prof Aziz tidaklah lemah untuk menjawab tuduhannya tetapi sebagai pemimpin ada perkara yang perlu di jawab dan ada yang tidak perlu dijawab.

Menjadi anak emas TGNA adalah peluang yang di idamkan oleh Prof Aziz dan mengutuk President PAS di pentas PAS di hadapan perwakilan seluruh negara mungkin di anggap oleh Prof yang politically sadist ini sebagai kemuncak intellectualism nya. Saya rasa anggapan nya akan meleset pada Sabtu ini. Saya yakin Prof sadist ini akan di counter argued atau di sanggah dengan cara intellectual oleh cerdik pandai PAS yang masih berpegang teguh di belakan President PAS sebagai amir gerakan Islam terbesar di Asia.

Dr Asri selar kenyataan Pengarah JAIS / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid merupakan satu pandangan yang sempit.

Beliau berkata pandangan sedemikian menunjukkan Islam mewujudkan permusuhan di kalangan orang bukan Islam.

"Jika pandangan yang seperti ini cuba diamalkan, ia menunjukkan seakan Islam itu wujudkan permusuhan dengan bukan Islam.

"Saya ingin menasihatkan kepada JAIS dan juga rakan-rakannya supaya janganlah memberi pandangan-pandangan yang sempit hingga akhirnya masyarakat bukan Islam akan melihat Islam dari sudut yang negatif," katanya kepada mStar Online.

Mohd Asri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohamed Khusrin yang dilaporkan bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.

Kenyataan Mohamed Khusrin itu merujuk kepada tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang Ogos lalu.

Justeru Mohamed Khusrin dilaporkan berkata bahawa ahli jawatankuasa masjid berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Xavier berucap di dewan masjid tersebut.

Bagaimanapun jelas Mohd Asri, beliau tidak mahu memfokuskan kepada kandungan ucapan ADUN berkenaan asalkan institusi masjid tidak digunakan sebagai alat untuk menentang Islam.

"Saya tak mahu fokus kepada ADUN berkenaan ataupun kandungan ucapannya, saya bukan nak cakap kes dia, tapi kenyataan JAIS yang kata orang bukan Islam tak boleh masuk masjid itu yang lebih penting.

"Tetapi jika seseorang itu masuk dan tidak mengganggu masjid, tidak mencemar masjid, atau nak berbincang dengan orang Islam, menerangkan tentang kebajikan yang nak dibuat seperti penerangan tentang kesihatan, penyakit mereka boleh masuk... selagi bukan nak menentang Islam," katanya.

Tegas Mohd Asri, pandangan berhubung orang bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid tidak sesuai diamalkan dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia.

"Malah pandangan seperti ini akan menghalang minat kepada golongan bukan Islam untuk mendekati Islam.

"Ia akan menimbulkan salah sangka, mereka mungkin tidak tahu apa maksudnya, bagaimana mereka pula dianggap sebagai wanita haid.

"Pandangan sempit sesetengah golongan agama ini menimbulkan salah faham orang bukan Islam di Malaysia ini," katanya.

Ditanya sama ada kenyatan seperti ini menunjukkan kelemahan JAIS dalam menangani isu berkenaan dengan lebih terbuka dan sensitif, Mohd Asri berkata: "Ini adalah satu lagi masalah JAIS, jika ada orang beri pandangan yang berbeza seperti ini mereka akan kata orang itu Wahabi, padahal ini tidak ada kaitan dengan Wahabi.

"Ini soal melihat pandangan yang lebih terbuka, padahal jika mereka (orang bukan Islam) masuk ke dalam masjid, mungkin banyak perkara yang mereka dapat manfaat daripadanya."

Dalam pada itu, Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) menasihatkan agar satu pembaharuan secara menyeluruh dilakukan terhadap JAIS bagi menunjukkan kematangan Islam.

"Saya fikir satu pembaharuan perlu dilakukan secara bersunguh-sungguh dalam JAIS, mereka perlu menunjukkan keluasan fikiran... mereka perlu mengamalkan pendekatan yang lebih memperlihatkan kematangan Islam di negara ini," katanya.

- mstar.com-

Royalti: PAS cabar pusat rujuk perjanjian petroleum 1974 / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Nov:
PAS mencabar Kerajaan Persekutuan merujuk isu royalti petroleum kepada bekas ketua hakin negara, Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petroleum 1974 sewaktu menjadi peguamcara negara dan Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu merupakan menteri kewangan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan turut meminta supaya permohonan kerajaan Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu segera dibuka dan perbicaraan yang adil dan telus dilaksanakan, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar.

Hadi yang juga ahli parlimen Marang berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan bermula tahun depan telah menafikan kewujudan perjanjian petroleum antara negeri-negeri dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri Besar.

Perjanjian ini juga telah dilaksanakan di negeri Terengganu dengan bayaran mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000.

"Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalti ini, termasuklah negeri Terengganu," katanya.

Bukti-bukti mengenai perjanjian ini juga katanya banyak tercatat secara bertulis dan boleh dibaca oleh rakyat.

Antaranya boleh dilihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain.

Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Wong See Wah) menyatakan : "..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak".

Sehubungan itu, pemngumuman pemberian wang ehsan oleh Najib ini telah membodohkan Perdana Menteri yang lalu,seolah-olah Perdana Menteri yang lalu telah mengambil tindakan yang salah dengan memberikan royalti minyak, bukan wang ihsan.

PAS juga yakin pembatalan royalti petroleum kepada kerajaan Terenggganu dilakukan atas sebab dendam politik Barisan Nasional setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 serta desakan yang timbul dalam Perhimpunan Agung Umno.

Kini, rakyat negeri Kelantan pula yang menjadi mangsa dendam Umno BN

"Maka PAS beranggapan bahawa apa yang dilakukan kepada negeri Kelantan adalah berdasarkan alasan yang sama, iaitu tindakan politik balas dendam terhadap negeri Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem demokrasi," katanya.

Seminar PAS terbuka dan telus / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Nov:
Walaupun sedar seminar memperkasakan parti Sabtu ini bakal panas, PAS memutuskan untuk membuka seluas-luasnya seminar ini kepada semua pihak.

Ia akan dijalankan dengan telus dan terbuka kepada semua pihak untuk menjadi pemerhatinya di samping liputan dari pelbagai jenis media.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Seminar, Salahudin Ayub kepada Siasah.

Program sehari suntuk ini akan dimulakan dengan Ucapan Utama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi akan memberikan ucapan yang bertajuk "Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan raya ke 13."

Selepas ucapan itu, sessi percambahan minda akan diadakan di mana ahli penal khas telah dijemput iaitu Profesor Dr Abdul Aziz Bari dari UIA dan Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM.

"Ini bertujuan untuk membolehkan para pimpinan PAS dari semua peringkat ini akan dapar mendengar pandangan dari pihak luar secara terbuka dan berterusterang," kata Salahudin.

Di samping kedua-duanya, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan turut serta sebagai penal untuk berdialog secara terbuka dengan para peserta seminar.

Pada sebelah petangnya, kata Salahudin, sessi membahaskan ucapan Presiden akan diadakan.

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan memberikan ucapan penutup sebelum resolusi seminar dibacakan.

Menurut Salahudin, peserta yang dijemput ke seminar ini adalah Ahli Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat, AJK dewan-dewan peringkat pusat, anggota Dewan Harian Perhubungan PAS negeri-negeri.

Turut dijemput sebagai peserta adalah Yang Dipertua PAS, Setiausaha, Ketua Penerangan, ketua-ketua dewan dan ketua Urusan Ulama peringkat kawasan.

Di samping mereka, Adun, anggota Parlimen dan anggota Dewan Negara PAS juga dijemput. Pengerusi dan timbalan Pengerusi Tetap PAS juga dijemput sebagai peserta.

Pemikiran Dr. Asri / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

tokpepijat
Dr.Asri Zainal Abidin (MAZA)bukanlah asing bagi umat Islam terutama yang cintakan ilmu pengetahuan. Kemunculan MAZA dipentas dakwah bermula diawal 90an. Beliau berkelulusan dalam bidang Bahasa Arab,Jordan dan menyambung Master dan PhD dalam bidang hadis.

Diawal penglibatannya diatas pentas ceramah, beliau berdebat dengan Astora Jabat. Bintangnya semakin bersinar bila ditawarkan menjadi Mufti Negeri Perlis. Jawatan itu serasi dengan pemikirannya dan pegangan mazhab negeri Perlis yang tidak mewartakan memegang mana-mana mazhab empat tetapi sekadar menyebut Ahli Sunnah Wa Jamaah.

Sepanjang tempoh memegang jawatan mufti, banyak kontroversi ditimbulkan MAZA. Adakalanya isu yang dicetuskan oleh MAZA mengejutkan umat Islam dari
"tidur" ! Misalnya tentang zakat. Beliau mengatakan jika wang zakat di Malaysia diuruskan dengan betul tidak akan berlaku kemiskinan tegar di Malaysia. Ini menimbulkan kemarahan pihak yang menguruskan zakat.

Pihak politik juga tidak terlepas dari
"bedilan" MAZA. Antaranya PAS. Beliau menegur penceramah PAS yang banyak mengutuk dan menghentam kerajaan. MAZA juga mendakwa "maki hamun "penceramah PAS tidak membawa mesej Islam.

Pihak Muftilahlah yang banyak merasakan
"bahana panas" semasa MAZ menjadi Mufti Perlis. Sikap MAZA terhadap mufti-mufti(kebanyakkan berusia sebaya ayah MAZA) dari segi kehadiran mesyuarat, isu mazhab dan kenyataan media menyebabkan MAZA tidak begitu "mesra" dengan mereka terutama Mufti Perak dan Johor.

Kenyataan beliau melalui media tentang cara tindakan pencegah maksiat mencetuskn kemarahan banyak pihak terutama Jabatan Ugama, Mufti dan PAS. Bahkan pihak Pemuda PAS mengajaknya untuk berforum membincangkan isu tersebut.

Antara yang sebab MAZA tidak di
"senangi " oleh para mufti dan JAKIM mungkin sikapnya tentang mazhab. Beliau dicop sebagai"Wahabi".Tetapi melihat cara tindakan dan pemikirannya, MAZA bukankanlah seorang yang berfahaman "Wahabi yang Melampau".Beliau masih merujuk kepada pandangan Dr. Yusuf Qardawi. Juga menerima amalan politik demokrasi di Malaysia. Tentang muzik, beliau bersikap terbuka.
Ini berbeza dengan pegangan keras setengah pengikut "Wahabi".

Menolak politik, muzik bahkan
"begitu lancar" membid'ahkan sesuatu.
Cuma, pendekatan MAZA dalam penulisan agak "kasar". Beliau dilihat tidak begitu menjaga adab bahasa penulisan dan adab dengan ulama zaman silam. Lebih-lebih lagi apabila mengulas masalah feqah tulisan ulama-ulama dahulu. Perkataan "pandir"antara yang sering digunakan oleh beliau. Perkara ini perlu beliau perbetulkan.

Apapun, kewujudan MAZA dalam dunia dakwah amatlah dialu-alukan.. Beliau umpama antara bintang-bintang yang berkelipan di langit Malaysia. Teruskan usahamu wahai orang muda!

http://tokpepijat.blogspot.com/

Pendamaian PGSM-MAZA – Kenyataan MAZA Dipersoalkan / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Ibrahim Baba

Maka hebohlah hari ini segala media pasal perjanjian damai MAZA dengan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Nampak macam PGSM telah mengalah.

MAZA naik tocang lagi.
TIDAK BENAR - sebahagian besar laporan itu.

Apa yang dilaporkan oleh media kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Jamil Khir - bolehlah diperakui benar bahawa ada satu persetujuan untuk menyelesai isu saman-menyaman Asri/PGSM secara aman.

NAMUN, apa yang disebut oleh Asri dan dilaporkan oleh kebanyakan media adalah tidak benar. Dalam pertemuan dengan Menteri dan KP JAKIM tersebut PGSM TIDAK mengatakan untuk menarik balik memo yang dikeluarkan mereka. PGSM dan NGO-NGO yang menandatangan memo kepada YDP Agong tetap dengan pendirian mereka membantah perlantikan MAZA sebagai YDP YADIM.

Dalam perbincangan tersebut PGSM memperakui kesilapan kerana memo tersebut tersiar dalam laman web rasmi mereka dan bersetuju untuk menarik balik memo yang tersiar di laman tersebut – yang mana telahpun dikeluarkan dari laman mereka. Memo yang dihantar kepada YDP Agong dan bantahan bersama dengan NGO-NGO lain tetap dengan pendirian mereka.

Dan yang PALING PENTING dan menjadi persoalannya ialah MAZA mungkir dengan apa yang telah dipersetujui dalam perbincangan tersebut bahawa kedua-dua pihak tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media agar dapat meredakan keadaan sesuai dengan semangat keputusan yang dibuat.

http://ibrahimbaba.wordpress.com/

Wang Ihsan:Senyuman Siapa Paling Lebar / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

laniisma
Akhirnya Najib terpaksa memberikan hak rakyat Kelantan dalam bentuk wang ihsan yang sepatutnya royalti. Sebagaimana kita sedia maklum perjanjiannya jelas, itu sememangnya royalti ditukar kepada wang ihsan supaya mereka dapat mengurusnya serta menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.
Apa kata mereka sebelum ini tentang royalti terutamanya pemimpin-pemimpin Umno Kelantan sendiri ketika pilihan raya Manek Urai. Berbelit lidah mereka mencari helah dan hujah sehingga hendak membawa pegawai petronas tetapi pegawai petronas lebih cerdik undang-undang daripada mereka. Sama ada Muhyiddin, Mustafa, Anuar, semuanya rokrak mencari sebab menipu rakyat.

Hari ini Anuar Musa menyebut ia sebagai satu usaha Umno membantu rakyat. Timbul persoalan kepada kita senyuman siapa paling lebar. Pemimpin Umno pusat dan negeri sudah tentu pasti ada caranya hendak mengenen peruntukkan sebegitu banyak sebagaimana terjadi di Terengganu. Pemilik lesen kontrak dan tauke-tauke besar sudah nampak jalannya. Nampaknya perut mereka bertambah bulat.
Di Terengganu nampak perubahannya, ada stadium, stadium runtuh, ada masjid, masjid runtuh, masjid pun dikelongnya juga. Memang tidak dinafikan ada manafaatnya untuk rakyat tetapi nilainya tidak munasabah. Sepatutunya lebih banyak lagi yang kita nampak dan yang rakyat dapat.

Raja kita, raja katak Ibrahim Ali hari ini juga begitu memuji pemberian tersebut. Dengar khabarnya meraung-raung, berguling-guling keseorangan meminta supaya diterima Umno. Dengan wang ihsan tersebut makin berbuih pujinya, kalau-kalau sangkut ada bahagiannya. Umno tak layan dan dengarnya nak tubuh kelab bebas. Kesian.
Kita mengharapkan wang ihsan itu dikembalikan kepada royalti. Jangan jadikan umpan politik, mungkin mengena, mungkin tidak. Sekiranya pemberian itu ihsan juga, biarlah untuk manafaat rakyat seluruhnya. Namun sukar terjadi, biasa-biasa begitu juga, selepas mereka, mereka lagi, kita tetap melopong juga.

Harapnya berubahlah, tiada ruginya membuat perubahan kerana ic aku pun 03 juga.

http://www.ek-ele.co.cc/

Lompat parti atas prinsip moral, agama? Cheh! / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

MAT ZAIN MAT ISA
Sebagai
menebus kekalahan memalukan di tangan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, BN bingkas dengan kesumat berstrategi. Kelebihan mendominasi kuasa di peringkat Pusat dimanfaatkannya secara optima untuk menggugat dan menggigit pemerintahan Pakatan di negeri-negeri dari segenap sudut dengan pelbagai taktik dan strategi.

Salah satu taktik paling kotor diguna BN ialah 'mencuri' wakil-wakil rakyat Pakatan. Meskipun agak sukar dibuktikan, penglibatan BN dalam menghilangkan kepercayaan beberapa wakil rakyat pembangkang dari parti masing-masing tidak sukar dirasionalkan akal waras.

Taktik ancam ugut terhadap wakil rakyat Pakatan, terutama di Perak, Selangor dan Kedah seakan menjadi agenda utama BN. Caranya ialah dengan menyiasat atau memalukan Adun-Adun Pakatan di atas dakwaan rasuah, moral dan seumpamanya.
Usaha bersungguh BN itu tidak sia-sia. Sejak pilihan raya umum lalu sudah lima Adun Pakatan yang menukar taatsetia mereka. Jumlah itu tidak termasuk dua Adun yang hanya sekejap menyertai Keadilan, masing-masing satu di Perak dan Sarawak.
Siri kejadian lompat parti bermula dengan episod kecurangan tiga Adun Perak, awal Februari lalu. Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Jailu (KeADILan-Changkat Jering) yang mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas, 3 Februari. Tindakan serupa dibuat Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keesokannya.

Anehnya, ketiga-tiga Adun yang melompat itu terlebih dahulu dilaporkan 'hilang' dan gagal dihubungi beberapa hari sebelum muncul bersama Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Dato' Seri Mohd Najib Razak di Putrajaya. Hakikat itu mengundang persepsi bahawa mereka telah 'diculik' dan dibeli BN untuk tujuan menumbangkan kerajaan Pakatan Perak.

Meskipun tidak mengisytiharkan menyertai mana-mana parti, ikrar sokongan mereka kepada BN sudah cukup untuk parti itu menyempurnakan kemaruk kuasa itu. Pada hari sama (4 Februari), Adun BN-Bota, Dato' Nasarudin Hashim, yang keluar Umno dan menyertai KeADILan, 26 Januari, turut melompat semula ke pangkuan BN.
Selepas kejayaan di Perak, BN beralih tumpuan ke Selangor dan Kedah. Usaha berterusan BN sedikit berhasil apabila pada 23 Ogos, Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh pula mengumumkan keluar KeADILan dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Pusat.

Seperkara agak ketara, Adun yang melompat itu dikenalpasti bermasalah, sama ada berhadapan kes integriti atau prestasi khidmat yang dipertikaikan. 'Kelemahan peribadi' itu memudahkan mereka menjadi mangsa manipulasi taktik jahat BN.
Sebab itu tidak mengejutkan apabila pada 29 Oktober lalu, giliran Adun Pelabuhan Kelang pula mengulangi tindakan empat petualang terdahulu itu. Badrul Hisham Abdullah, juga dari KeADILan, mengisytiharkan keluar parti dan menjadi Adun Bebas yang 'mesra BN'.

Beliau sejak sekian lama dikatakan gagal melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat, sehingga menjejaskan reputasi kerajaan negeri serta imej parti. Sebagai penyelesaian secara terhormat, kepimpinan KeADILan menuntut beliau mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada pemilihan seorang Adun lebih bertanggungjawab.

Penyelesaian serupa telah berjaya dicapai dalam kes Adun Penanti, Mohamad Fairus Khairuddin dan Adun Bukit Selambau, V Arumugam. Malangnya perkiraan secara bertanggungjawab sebegitu gagal dihayati Badrul Hisham.

Apa yang agak kelakar, beliau masih sempat mendakwa tindakan tidak bermaruah itu sebagai berprinsip. Beliau menegaskan keputusan itu berasaskan "prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam".

Kita tidak tahu dan tidak berminat ambil tahu apakah prinsip agama dan moral seorang Adun lompat seperti beliau itu. Namun alasan Badrul Hisham itu membuktikan betapa orang Melayu pada asasnya gemar menyandarkan sesuatu yang dibuatnya berasaskan agama. Sekali pun dia tahu tindakannya itu tidak bermoral dan salah di sisi agama, dia tetap mendakwa sebaliknya.

Teringat penulis kepada satu dialog dalam filem 'Syurga Cinta' yang diulang tayang di saluran tv satelit sepanjang Oktober lalu. Ceritanya mengenai sepasang suami isteri yang hidup terpesong dari agama, tidak solat dan minum arak.
Dalam satu babak, si suami yang dikejutkan isteri yang melihat dua anak lelakinya bersolat, memperincikan amal yang telah dibuatnya.

"Nak takut apa? Kita ni kan banyak beribadah, banyak bersedekah. Hah, anak-anak yatim dekat Bosnia tu, segala taufan yang melanda di dunia kita ni, semua kita bantu. Ikmal tu, bukan anak angkat kita? Itu bukan ibadah namanya? Confirm tak masuk neraka," kata kaki mabuk itu.

Astaghfirullah al-Azim! Memang betullah kata-kata Ustaz Dato' Ismail Kamus dalam satu ceramahnya mengenai 'Murtad'.

"Orang Melayu ini tak sembahyang pun dia, jangan kata dia kafir. Membunuh mahu dia!" ujarnya.

Sedangkan dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w. diterangkan bahawa seorang Islam yang meninggalkan solat dengan sengaja itu terang-terang menjadi kafir.

Apa bezanya fahaman cetek itu dengan keyakinan Adun Pelabuhan Kelang? Tindakan yang terang-terang mengkhianati kepercayaan pengundi yang memilihnya atas nama Pakatan masih dianggapnya bermoral dan menepati prinsip agama? Cheh!

Kedah tingkatkan pendapatan hutan 205.5 peratus / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Ali Hashim
ALOR SETAR, 6 Nov:
Kerajaan negeri Kedah berjaya meningkatkan pendapatan hasil hutan negeri sebanyak 205.5 peratus apabila pendekatan tender terbuka dilakukan.

Peningkatan ini berjaya dibuat walaupun jumlah kawasan balak yang ditebang tidak meningkat, kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

"Semasa BN memerintah Kedah dahulu balak yang diluluskan ditempat lain, tempat lain pula yang ditebang.

"Sehektar balak milik rakyat yang untungnya mungkin mencapai puluhan ribu ringgit tetapi hanya RM1000 sahaja premiumnya kembali kepada kerajaan ketika itu.

"Dengan tindakan terkini Datuk Seri Azizan membuka tender balak maka sekaligus ia melonjakkan pendapatan yang diraih oleh Kerajaan Negeri Kedah.

"Dengan tender terbuka ini perolehan pendapatan hutan ini telah meningkat 205.5 peratus jika dibandingkan semasa pentadbiran BN dahulu," katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah berkata, bagi tahun 2007 semasa Kedah ditadbir oleh Kerajaan BN pendapatan Kerajaan Negeri ketika itu hanyalah berjumlah RM9.21 juta dan kini telah meningkat kepada RM28.14 juta.

"Dengan peningkatan jumlah ini maka banyak manfaat dapat digunakan bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat negeri Kedah. Ini semua adalah ekoran kepimpinan kerajaan negeri yang memahami permainan politik balak yang telah dimainkan sebelum ini oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab,"katanya lagi.

Kerajaan negeri juga terpaksa berdepan dan menanggung kesilapan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum ini dengan mewariskan legasi hutang mereka berjumlah RM2 bilion.

Menurut Mohd Nasir, prestasi pentadbiran Kerajaan Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi tahun pertama sepertimana yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 menunjukkan kewangan Kedah adalah memuaskan.

Jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak ada jaminan / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Nov:
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor gagal memberi jaminan bahawa keretakan jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak akan berulang.

Bercakap pada sesi soal jawab lisan di dewan rakyat semalam, Shaziman hanya memberi keyakinan jejambat berkenaan hanya selamat digunakan buat masa ini dan tidak mampu memberi jaminan keretakan tidak berulang.

Beliau memberitahu demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mahu menteri berkenaan menyatakan tahap keselamatan MRR2 pada masa ini.

Ia kerana jejambat berkenaan beberapa kali sebelum ini mengalami keretakan dan kali terakhir kerja pembaikian dijalankan akhir 2008 terhadap 'carbon fibre reinforced plastic' (CFRP) pra-tegasan pada tiang 28 yang tercabut.

Shaziman turut memaklumkan tiang 28 tersebut telah dibaiki dan ditambah jaring dalam struktur CFRP yang baru bagi menguatkan tiang berkenaan.

Mahfuz yang tidak berpuas hati dengan jawapan menteri bangkit sekali lagi mengemukakan soalan tambahan.

Beliau mempertikai tindakan kerajaan yang masih menggunakan bahan CFRP sedangkan syarikat perunding pakar perunding British, Halcrow Consultants Ltd (Halcrow) yang dilantik JKR sendiri, tidak mengesyorkannya.

"Apakah jaminan kerajaan bahawa perkara yang sama tidak akan berlaku pada pier (tiang) yang lain, kalau boleh berlaku pada pier 28, tidak mustahil akan berlaku pada 32 tiang yang lain?

"Saya difahamkan perunding antarabangasa yang dilantik oleh Kementerian Kerja Raya iaitu Halcrow telah memberi nasihat kepada kementerian supaya tidak menggunakan kaedah CFRP," katanya.

CFRP dakwanya boleh bertindak balas secara kimia dengan alkali dalam simen dan boleh mengakibatkan keretakan pada struktur binaan jejambat.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan itu, Shaziman bagaimanapun mengakui sememangnya tindak balas kimia berkenaan boleh berlaku dan mampu menjejaskan struktur binaan.

Namun beliau sekali lagi memberitahu MRR2 adalah selamat untuk digunakan.

"Memang ada tindakan Karbon Fiber (CFRP) ini dengan simen atau alkaline yang ada dalam pier ini... namun faktor keselamatan pier itu telah diambil kira," katanya.

Mahfuz ketika diminta mengulas perkara itu di luar dewan turut mendakwa masalah MRR2 ada kaitan dengan salah guna kuasa kepimpinan Umno.

Bekas setiausaha Umno Terengganu, Dato' Dr Rosli Mat Hassan dan bekas bendahari, Senator Dato' Roslan Awang Chik didakwa terlibat dalam kes rasuah pembinaan MRR2.

Kedua dua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 10 Jun lalu namun dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

"Apa tindakan SPRM terhadap dua tokoh Umno Terengganu itu, saya percaya masalah MRR2 ada kaitan dengan kepimpinan Umno," katanya.

3 Ogos lalu, MRR2 ditutup kepada semua kenderaan apabila satu daripada tiang yang pernah dibaiki sebelum ini dikesan retak semula. Penutupan itu adalah kali ketiga dalam tempoh empat tahun, kali pertama pada Ogos 2004 dan kali kedua pada Februari 2006.

Tiang yang mengalami keretakan itu adalah termasuk dalam laluan yang dibina oleh Konsortium Bumi Hiway, SUKMIM Sdn Bhd dan Konsortium Kontraktor Melayu Sdn Bhd melalui kontrek Pakej II MRR2 berharga RM238 juta.

Berikutan keretakan kali pertama pada 2004, Unit Kejuruteraan BPR menjalankan siasatan untuk mengesan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pembinaan projek berkenaan.

Manakala siasatan yang dijalankan Halcrow mendapati ia berlaku akibat kecuaian pemasangan cerucuk dan tetulang besi yang tidak mengikut spesifikasi dan reka bentuk.

Ustaz Azizan lulus cemerlang satu demi satu ujian / Nizar / PKFZ

ZUKIFLI YAHAYA
Menurut Laporan Audit Negara 2008, Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205 peratus berbanding tahun 2007. Kata Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan bagi sebuah negeri yang berada di kawasan konservatif.

205 peratus adalah angka yang sangat tinggi! Ia berlaku selepas setahun kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Kedah. Malangnya angka yang sehebat itu tidak dilaporkan dalam media-media talibarut BN.

'Peranan' media talibarut itu ialah membesarkan cerita 'perpecahan' yang kononnya berlaku dalam Pakatan sambil menggelapkan terus segala kebaikan yang dilakukan kerajaan Pakatan walaupun baru setahun jagung berbanding separuh abad mereka berkuasa di negeri tertentu.

"Ini adalah hasil daripada dasar yang telah ditetapkan dalam pentadbiran negeri Kedah, iaitu perbelanjaan berhemah, berbelanja mengikut keperluan dan keutamaan serta mengelak pembaziran," kata Menteri Besar ketika menjadi tetamu rancangan Nasi Lemak Kopi O pada program Sua Rasa TV9 di perkarangan Stadium Darul Aman, di sini.

Dua hari Sua Rasa berkampung di Stadium Darul Aman, ribuan rakyat berkunjung. Ada peluang juga rakyat berhibur, tidak seperti gambaran Umno sebelum ini kononnya akan wujud pemerintahan ala Taliban jika PAS berkuasa.

Dalam waktu yang sama di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti berlangsung Kejohanan Badminton Remaja Dunia. Seluruh mata peminat sukan badminton dunia bertumpu di Alor Setar, Kedah. Sewaktu PAS jadi pembangkang dulu, pemimpin Umno pernah membayangkan bahawa jika PAS memerintah maka stadium akan jadi gelanggang lumba unta.

Menurut Azizan ketika diwawancarai oleh bekas Pegawai Media Tan Sri Sanusi Junid, Aziz Desa, niat yang ikhlas untuk membantu rakyat, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa hasil negeri yang diperolehi perlu disalurkan kepada masyarakat bagi mencapai moto Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

"Saya telah menggariskan dasar perbelanjaan mesti diimbangkan dengan pendapatan, maka dalam hal ini pendapatan pada cukai berjalan seperti biasa, cuma saya bantu polisi baru, iaitu hasil hutan.

"Hasil hutan selama ini kita peroleh antara RM7 juta hingga RM8 juta setahun, pada saiz hutan yang sama, tetapi di bawah polisi baru, iaitu tender terbuka, siapa pun saya tak bagi anugerah, siapa nak buat tender dia kena buat secara terbuka, maka dengan itulah hasil kita melambung sehingga RM 28 juta hingga RM 30 juta, dasar ini diteruskan, untuk tahun 2009, kita telah capai RM 35 juta," ujar beliau.

Bagi memastikan dasar yang ditetapkan ini berjalan dengan lancar, kerajaan negeri telah mendapat kerjasama daripada semua pegawai tadbir negeri.

Dari segi projek pembangunan, katanya, kerajaan negeri tetap mengekalkan projek ekonomi yang sedia ada, namun sektor pertanian menjadi fokus utama bagi membantu rakyat menjana pendapatan, yang rata-rata mereka merupakan petani.

"Di samping kita ada industri di Kulim Hi-Tech, tetapi kerajaan sekarang fokuskan kepada industri pertanian kerana rakyat Kedah majoritinya petani, mereka lebih berkeupayaan, cuma kerajaan sedang berusaha untuk cari pasaran sama ada dalam atau negeri," ujarnya.

Sejak bertahun isu sampah bukan setakat menusuk hidung tapi menusuk jantung hati. Ia benar-benar 'menganggu' kerajaan yang mentadbir Kedah. Alhamdulillah 1 November baru-baru ini, syarikat E-Idaman mengambil alih sepenuhnya pengurusan di beberapa daerah utama negeri ini. Rakyat lega. Syarikat tersebut adalah kontraktor yang dilantik oleh Pusat.

Sebenarnya rakyat tidak peduli siapa yang angkut dan bersihkan sampah. Mereka cuma mahu tengok sampah tidak bersepah-sepah di tepi jalan hadapan rumah mereka. Waktu sampah menimbun pemimpin kerajaan negeri jadi sisa serangan maka begitulah apabila isu sampah selesai maka kerajaan negeri juga yang dapat pujian.

Sekarang, Pakatan di Kedah seolah-olah sedang lulus satu demi satu ujian dengan cemerlang. Goncangan pihak pembangkang terhadap kepimpinan Ustaz Azizan juga bukan setakat tidak kuat, malahan tidak menjadi. Adun Lunas, Mohammad Radzhi Salleh nampaknya benar-benar terjun dengan labu-labunya.

Di Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggemparkan dunia dengan berita penangkapan ala Anwar 1998. Kerajaan Pakatan Selangor ditempelak kerana tidak berjaya menjinakkan Jais yang dilihat masih berwalak kepada Dr Mohd Khir Toyo.

Di Kedah hal seperti itu tidak berlaku. Ustaz Azizan berjaya menyekat kewujudan 'anak nakal' dalam pentadbirannya melalui caranya sendiri. Mungkin kejayaan itu yang menguja Dr Abdul Aziz Bari untuk mencadangkan beliau mengambil alih kepimpinan tertinggi dalam PAS.
-detikdaily.net-