"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wujudkan daftar pemilih automatik, kata timbalan menteri Umno

KAJANG: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyarankan agar satu kerangka diwujudkan untuk membolehkan pendaftaran pemilih secara automatik bagi belia yang berusia 21 tahun ke atas.
Beliau juga menyokong idea agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun.

“Walaupun ia mungkin tidak dapat dilakukan pada pilihan raya ke 13, namunsatu ‘road map’ perlu diwujudkan untuk merealisasikan perkara itu.

“Untuk mematangkan demokrasi kita memerlukan seberapa ramai rakyat untuk keluar mengundi, jadi kita perlu memudahkan proses tersebut agar mereka bolehberbuat demikian,” katanya pada forum bertajuk “Reformasi Pilihanraya danPemurnian Demokrasi” di Kolej Dar Al-Hikmah, di sini hari ini.

Saifuddin turut mencadangkan agar undang-undang berkaitan referendum diwujudkan kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mematangkan demokrasi.

E-voting

Katanya kerajaan, walau dari parti mana sekalipun perlu mendapat kelulusan terus daripada rakyat selain wakil rakyat di Parlimen untuk perkara-perkara yang besar.

“Perkara ini boleh dilakukan terutama di zaman ini di mana rakyat boleh dihubungi secara terus melalui teknologi komunikasi dan maklumat contohnya seperti e-voting,” katanya.

Saifuddin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno turut menyelar pandangan sesetengah pihak bahawa negara ini tidak demokrasi kerana parti yang sama memerintah negara sejak merdeka.

“Barisan Nasional (BN) tak pernah kalah tak semestinya bermaksud negara ini tidak demokrasi. Kita tak boleh lihat isu ini begitu simplistik,” katanya.

Dua panel lain dalam forum anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Grup Peguam Abim (GPA) itu adalah Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya Prof Dr Mohamad Redzuan Othman dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi Wan Mohd Firdaus Wan Fuaad.
-Bernama-

DAP Berjaya hapuskan Azan?? nak fitnah tu agak-agak la Bro..

Anak Sg Derhaka


Bagai dijangka apabila Berita Harian Online menyiarkan satu laporan mengenai isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh melalui satu pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ianya pasti dijadikan isu oleh Blogger Pro UMNO.


Tanpa memahami apa yang dibaca seorang Blogger Pro UMNO menabur fitnah dibulan Ramadhan ini.. Beliau cuba membuktikan kepada pembacanya bahawa beliau lebih bijak dalam hukum Islam jika dibandingkan dengan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang diPengerusikan oleh Mufti Pulau Pinang.

Putar belit atau Fitnah blogger itu.. “Alasan tang mana pulak yang dikatakan azan subuh mengganggu dan menyalahi syarak... kalau begitu, salahlah juga Syaidina Bilal bin Rabbah r.a sebab suaranya pagi-pagi 'mengganggu' penduduk Madinah, sehinggakan dalam satu riwayat selepas kewafatan Rasulullah s.a. w, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a melahirkan kerinduannya kepada alunan azan Syaidina Bilal r.a.”

Selama ini, nampaknya UMNO-BN yang telah memerintah negara ini, telah mengganggu dan buat bising pada waktu subuh!!!

DAP gagal untuk menghapuskan azan subuh di Selangor, tetapi di Pulau Pinang, nampaknya mereka telah berjaya. Lebih aneh, fatwa berkenaan berlaku pula pada zaman DAP sebagai pemerintah negeri, tidak sewaktu Barisan Nasional menguasai Pulau Pinang.

Mungkin sudah biasa dengan kerja-kerja menyebar fitnah maka Ramadhan atau tidak ianya bukanlah menjadi satu halangan..

Blogger tersebut menunjukkan beliau tidak faham apa yang dilarang itu bila menulis “Alasan tang mana pulak yang dikatakan azan subuh mengganggu dan menyalahi syarak... kalau begitu, salahlah juga Syaidina Bilal bin Rabbah r.a sebab suaranya pagi-pagi 'mengganggu' penduduk Madinah, sehinggakan dalam satu riwayat selepas kewafatan Rasulullah s.a. w, Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a melahirkan kerinduannya kepada alunan azan Syaidina Bilal r.a.”

Sedangkan yang menjadi larangan ialah.. bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh bukannya melaungkan Azan Subuh melalui pembesar suara..

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)

Lain kali kalau tak tahu hal sebenar jangan nak tunjuk pandai.. hang puasa atau tak hari ni sedara??

Sila baca kenyataan media ini…

Kenyataan Media

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang

YB Abdul Malik Kassim, 12 Ogos 2011

PIMPINAN KERAJAAN NEGERI TIDAK CAMPUR TANGAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA NEGERI BERHUBUNG ISU LARANGAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH

Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana.

Saya hanya mengetahui keputusan Majlis Fatwa berhubung larangan menggunakan pembesar suara sebelum subuh, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan pada hari ini.

Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

Namun begitu, kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara.

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.

Sungguhpun begitu, sebagai pentadbir institusi agama, mereka sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah. Ini berdasarkan hadis dan dalil yang berkaitan, bermaksud…

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat." ( sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)

Keputusan tersebut kemudiannya telah dimaklumkan kepada JHEAIPP pada 12 Julai 2011 untuk tindakan selanjutnya.

Saya yakin, demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan majlis fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama.

Gantung imam PAS sedia bertindak

PETALING JAYA: PAS akan membantu Hassan Md Said, imam masjid Kampung Ladang di Gelang Patah, Johor yang digantung dari 2 Ogos hingga 2 November kerana menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur 9 Julai lalu.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata, pada peringkat awal PAS akan menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Johor (MaIJ) untuk mendapatlkan penjelasan berhubung penggantungan tersebut.

“Jika penjelasan itu tidak memuaskan, kita akan membawa kes itu ke mahkamah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suhaizan berkata, alasan utama MAIJ menggantung khidmat Hassan selama empat bulan kerana menyertai perhimpunan Bersih.

Nik Aziz kesal kaedah mohon simpati

Rizal Tahir
PENGKALAN CHEPA, 13 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang menggunakan pelbagai kaedah untuk memohon simpati orang ramai di bulan Ramadan ini.
Menurutnya, beliau melahirkan rasa kebimbangannnya berhubung fenomena berkenaan yang kini semakin berlaku setiap tahun
termasuk dari masyarakat negara jiran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kegiatan meminta sedekah bermula sejak awal Ramadan lagi selepas
menyampaikan sumbangan kepada 490 orang dalam Dun Chempaka yang terdiri dari golongan armalah, warga emas dan anak-anak yatim.

Beliau yang mengakui turut menjadi tempat mereka memohon simpati berkata suasana itu menimbulkan sedikit suasana yang tidak enak, apa lagi sejak awal lagi golongan itu berkumpul memohon sumbangan.

"Apabila mereka ke rumah, sudah pasti saya menggunakan duit poket saya, kalau sumbangan kerajaan kena ke pejabat.

Sebelum memberi saya kena pastikan mereka ni benar-benar miskin, orang tua dan cacat," ujarnya.

Sekiranya orang yang muda, sehat pula datang memohon ianya menjadi satu kesukaran baginya untuk memberi atau sebaliknya.

Menurutnya, kadang-kadangan golongan ini datang dari luar dengan menaiki kenderaan tertentu yang ditinggalkan oleh pemandunya.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, berbagai kaedah digunakan mereka untuk memohon simpati, contohnya tahun lalu mereka membalut tangan seperti patah datang ke rumahnya memohon sumbangan, namun pada masa yang sama terserempat dengan jirannya orang terbabit membeli rokok dengan keadaan tangan yang tiada masalah.

"Perkara ini bukan sahaja menyusahkan saya juga kepada mereka yang sering menjadi tumpuan peminta untuk memohon
simpati," ujarnya.

Seharusnya, tambah beliau bulan Ramadan umat Islam membersihkan jiwa dengan memperbanyakkan ibdat dan bukannya berbuat demikian.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau mengingatkan pembantunya supaya memberikan sumbangan kepada mereka yang layak
tanpa memilih fahaman politik dan bangsa dalam setiap sumbangan yang diberikan.

"Penerima juga seharusnya mendoakan kepada pemberi semoga dengan cara itu akan menambahkan keberkata serta murah rezeki,"ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarkat negeri, Mohd Noor Chik, pihaknya menyediakan RM80,000 kepada
setiap Dun untuk diagihkan kepada penerima sempena bulan Ramadan.

Jelasnya, sumbangan itu diperolehi dari kerajaan negeri dan Persekutuan.

Di negeri ini seramai 32,000 orang penerima di bawah JKM sepanjang tahun ini.

Doktor Amerika Belah Lutut Najib?

Mohd Sayuti Omar
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHxvEEarHHApbzeSPiaXXxi_LB7ZstnLWaxmOv4UF7Vybog2LKv4WIr5Et3gsGib1iPwbe43NdYivpRkds3wAkXHBCWeXay70720pMupyJbnUtwKtwSbX9dw1659mOOMKL1r-gvi5ASkXY/s1600/mrbean.jpg
Perkara ini kecil saja dan tidak patutnya menjadi isu. Tetapi disebabkan tidak ada isu besar lewat petang ini rasanya elok kalau ia dicatatkan di sini untuk menjadi renungan. Mudah-mudahan sumber dan maklumat ini dapat menyedarkan kita semua bagaimana sikap pemimpin kita.


Nilailah sendiri sebaik mungkin. Apa yang berlaku ini menyebabkan kita merasakan betapa rendahnya nilai orang kita di mata pemimpin negara kita yang bercakap soal bangsa, soal identiti dan soal nilai-nilai kita. Jelas pemimpin hanya tahu menyeru tetapi tidak mudah untuk berbuat.

Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Itulah slogan PM Najib Razak. Bila sebut rakyat dalam konteks hakikatnya Melayu. Kita faham kita kenakan dahulukan Melayu dulu sebab kita adalah orang Melayu dan PM itu Melayu Bugis.

Tetapi malang Najib tidak cuba mempraktikan apa yang diseru itu sebaliknya dalam masa sama merendahkan keupayaan Melayu bangsa yang memayungnya sebagai pemimpin.

Ini dapat dilihat kepada apa yang baru terjadi. Katanya doktor yang membedah lutut Najib bukan melayu tetapi doktor dari sebuah universiti Amerika Syarikat. Perkara ini telah menjadi buah mulut dari kalangan doktor dan pakar bedah negara ini.

"Najib tidak percaya kepada Melayu, yang bedah lutut dia doktor Amerika," begitu bagi tahu seorang doktor pakar di sebuah hospital pakar di KL kepada kawan saya yang kemudian memberi tahu saya.

Menurut katanya doktor itu rasa kecewa sedikit sebab Najib seakan tidak percaya kepada doktor Melayu. Urusan membawa mari doktor berkenaan dilakukan oleh Wanita Pertama Malaysia.

"Kita hanya periksa saja, pembedahan dilakukan oleh doktor asing," jelas doktor itu kepada kawan saya itu.

Tentang berapa bayaran untuk doktor pakar jangan ditanya, Najib PM kerajaan tanggung semuanya.

Hal ini tidak ada masalah. Seperti saya katakan tadi ia bukan isu. Kerana tak ada isu elok dicatat supaya rakyat tahu dan orang Melayu tahu bahawa Najib tidak percayakan kepada Melayu. Itu saja dan selamat berbuka puasa.

Apa Pakatan Rakyat boleh buat untuk kita?

Muhammad Zir
http://shamsuliskandar.files.wordpress.com/2009/09/bagan-pinang.jpgJika sebelum pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional sering mendabik dada, kononnya parti-parti lain tidak tahu cara mentadbir negara dan negeri. Pembohongan yang diulang-ulang selama lebih 50 tahun ini ramai juga menelannya.
Setelah PRU 2008, terbukti lima negeri (termasuk Perak yang dirampas secara haram oleh BN setahun kemudian) bukan sahaja mampu mentadbir dengan baik, malah dapat mengurus negeri dengan lebih telus, cekap dan cemerlang.

Pembaziran berjaya dikurangkan, lebihan bajet dicatatkan dan ramai golongan yang selama ini terbiar mula mendapat pembelaan tanpa mengira kaum dan agama.

Maka kita rakyat Malaysia harus berfikir kembali, adakah hanya UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini? Selama mana kita akan terus makan gula-gula politik UMNO-BN?

Lihat dan nilai sendiri kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (malah, Perak dalam masa setahun berjaya melaksanakan program untuk rakyat yang gagal dilaksanakan oleh UMNO-BN selama 50 tahun).

Antara kejayaan yang ketara ialah tiada (atau sekurang-kurangnya hampir tiada) rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; pemberian dan peruntukan bantuan, tanah, sekolah, gerai, kedai dan sebagainya lebih meluas untuk semua yang layak; kelulusan kontrak dan projek melalui tender terbuka dan banyak lagi program bermanfaat untuk rakyat.

Malah, petanda kejayaan yang sebenarnya ialah bukti bahawa Melayu dan Bumiputera memang berkemampuan dan layak dalam pelbagai bidang. Mereka tidak perlu bergantung kepada warna kulit dan kabel politik untuk mendapat projek. Inilah antara kecemerlangan Pakatan yang tidak memerlukan sebarang slogan atau cogan kata kerana ia adalah hakikat yang benar tentang kemampuan Melayu dan Bumiputera.

Dengan itu, bayangkan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan untuk mentadbir Kerajaan Pusat dalam PRU ke-13 nanti.

Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, sedikit-sebanyak kebaikan yang akan dibawakan adalah:

Rakyat akan mendapat faedah menerusi:

Harga minyak yang dapat diturunkan dengan memberi semula subsidi
Harga barangan keperluan harian terutamanya makanan akan menjadi lebih rendah dan kuasa beli rakyat akan meningkat melalui jaminan subsidi
Tarif air dan elektrik akan lebih munasabah dan berbaloi; malah air percuma untuk golongan berpendapatn rendah akan diperluaskan
Rakyat akan mendapat keadilan menerusi:

Sistem kehakiman dan badan perundangan yang akan dirombak supaya lebih telus dan adil.
Pasukan Polis, SPRM, SPR akan direformasikan demi menjaga keselamatan dan kehormatan diri dan tidak berpihak kepada mana-mana serta kerajaan.
Perniagaan akan lebih maju menerusi:

Peluang perniagaan yang lebih terbuka dan adil
Persaingan perniagaan akan menjadi lebih sihat kerana semua pihak mendapat peluang yang adil dan saksama.
Golongan tua dan orang kurang upaya (OKU) akan lebih terjamin menerusi:

Bantuan kesihatan dan perubatan yang lebih bersepadu dan praktikal
Bantuan kewangan yang lebih rasional termasuk sistem penilaian dan pemyaluran bantuan akan lebih cepat dan cekap menerusi reformasi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Golongan ibu tunggal dan wanita akan lebih terbela menerusi:

Skim bantuan perniagaan dan latihan kemahiran untuk meningkatkan potensi dan kemampuan mereka untuk bersaing dalam industri yang diceburi
Kuota 30 peratus penglibatan wanita dalam barisan pimpinan perkhidmatan awam dan politik akan lebih cepat dicapai.
Perlindungan hak, keselamatan dan undang-undang yang lebih terjamin.
Golongan muda akan mendapat peluang yang lebih menerusi:

Kebebasan berpersatuan, beraktiviti dan bersuara.
Mengiktiraf fungsi dan peranan kaum muda dalam pembangunan negara dengan memberi dan membuka peluang yang lebih adil, telus dan sama-rata.
Menjamin mutu pendidikan dan kos pendidikan yang terbaik.
Golongan pekerja mendapat layanan yang lebih adil menerusi:

Memperkenalkan gaji minimum
Pengiktirafan kesatuan sekerja dengan memberi peranan yang lebih dalam membela nasib ahli-ahlinya.
Peluang dan ruang yang lebih luas untuk meningkatkan kemahiran, latihan dan pengetahuan para pekerja.
Menyerapkan pekerja yang cekap dan berkualiti dalam sektor swasta ke dalam sektor awam dengan upah dan imbuhan yang terbaik. Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan awam dan mampu meningkatkan kualiti dikalangan pekerja.
Media massa akan menjadi lebih terbuka menerusi

Pemansuhan akta-akta yang mengekang kebebasan akhbar seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan melonggarkan peruntukan undang-undang supaya media lebih bebas.
Pihak media masa akan lebih berperanan dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat, ekonomi dan negara, dan tidak lagi menjadi alat pemerintah.
Pembebasan media akan membolehkan wartawan menjadi lebih professional dan tidak takut untuk melaporkan apa yang benar walau pun tidak disukai oleh pemerintah.
Memang semua itu hanya seperti janji-janji atau manifesto politik. Jadi bagaimana mahu menilai sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak?

Ia tidak sukar untuk dinilai. Lihat sahaja kepada apa yang sedang berlaku di negeri-negeri Pakatan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan; segala-galanya dilaksanakan demi kepentingan rakyat, dan bukan kroni atau melalui kabel politik.

Malah di Perak selama setahun, segala peruntukan untuk tanah, sekolah, perniagaan yang ‘disembunyikan’ oleh BN selama 50 tahun dapat dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan dengan memberikan kepada semua warga yang layak dalam masa 12 bulan sahaja.

Kerajaan Pusat BN telah menyekat sebarang peruntukan tambahan untuk negeri-negeri Pakatan. Keadaan ini memaksa negeri-negeri Pakatan berjimat-cermat dan berhemah dalam perbelanjaan negeri sehingga dapat menjimat wang serta mencatat lebihan bajet.

Inilah yang dikatakan dividen anti-pembaziran dan anti-rasuah yang berjaya dikumpulkan untuk dijadikan peruntukan bantuan kepada warga miskin, fakir miskin dan OKU. Dividen ini juga mampu membolehkan negeri-negeri Pakatan membayar bonus Hari Raya kepada kakitangan awam negeri.

Dengan contoh-contoh kecil ini, tentunya Pakatan Rakyat mampu membuat sesuatu yang berpuluh kali ganda lebih baik untuk rakyat jika mandat diberi untuk mengambil alih Kerajaan Pusat dalam PRU akan datang. 
-Roketkini.com-

London rakyat mengamuk, Malaysia polis mengamuk

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di London dengan perhimpunan perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu sebagai 'bodoh'.

Sambil ketawa, beliau berkata, kedua-duanya sangat berbeza dari segi suasana dan matlamatnya.

"Saya tak tahulah kebodohan tahap mana kenyataan timbalan ketua polis negara ini.

"Di London rakyat mengamuk tapi di Malaysia polis mengamuk," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad berkata, dalam beberapa siri himpunan di Malaysia, ia bermula aman sehinggalah terdapat gangguan dan provokasi dari pihak polis.

"Saya sebut kepada peserta himpunan, jangan terbalikkan walaupun satu pasu bunga dan ternyata ia berlangsung aman.

"Polis seharusnya hadapi himpunan secara aman, kalau rusuhan memanglah kena hadapi secara rusuhan," katanya yang terpaksa menjalani pembedahan lutut akibat terjatuh ketika dilanggar kereta polis pada perhimpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, rusuhan yang berlaku di London itu tidak ada kaitan dengan sistem politik sebaliknya kerana masalah kesempitan hidup akibat kemerosotan ekonomi.

"Perdana Menteri Britain sendiri kata, rusuhan itu tak ada kena-mengena dengan politik.

"Tapi himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya yang adil," katanya.

Rusuhan di London, terutamanya di Tottenham bermula Sabtu lalu selepas seorang suspek mati ditembak polis.

Rusuhan bermula di Tottenham, kemudian merebak ke Wood Green, Enfield Town, Ponders End dan Brixton melibatkan pelbagai kelakuan ganas dan merebak ke seluruh kawasan lain di London.

Dalam rusuhan itu Polis Metropolitan London diserang manakala kedai dirompak dan bangunan dibaling batu.

Mereka membantah apabila Mark Duggan, pemuda beruisa 29 tahun ditembak polis mati ketika polis berusaha menangkap pengedah dadah kokain dan ahli 'Star Gang' sedangkan beliau tidak bersenjata.

Enggan melakukan hubungan seks isteri dibelasah


PETALING JAYA: Seorang suami yang kemaruk seks sanggup menumbuk, memijak dan memukul isterinya sebaik mangsa enggan mengadakan hubungan kelamin selepas pasangan berkenaan bersahur di rumah mereka di Bandar Sri Damansara, di sini kelmarin.

Tidak cukup membelasah isterinya yang berusia 18 tahun, suami berkenaan turut mengugut mahu membunuhnya dengan pisau pemotong daging kerana kehendaknya untuk melakukan hubungan seks tidak ditunaikan.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi turut menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai kerani cedera di kaki kanan selain lebam di muka serta seluruh badan.

Wanita terbabit yang mahu dikenali sebagai Linda berkata, disebabkan sudah hampir tamat waktu Imsak , dia menolak pelawaan suaminya dengan sopan namun suaminya tetap memaksa.

Katanya, akibat dipaksa dia menolak pelawaan suami dengan mengatakan jika dia bersetuju dengan pelawaannya, dia akan membatalkan puasa dan tidak akan menghalalkan tindakannya itu.
-hmetro-

Campak kaki bapa luar rumah

DI SINI...Mohd Nor menunjukkan tempat kaki mangsa dibuang suspek.
DI SINI...Mohd Nor menunjukkan tempat kaki mangsa dibuang suspek.
KUALA NERANG: Hanya kerana seekor kucing, seorang warga emas maut manakala isterinya cedera akibat ditetak di kepala oleh anak mereka yang mengalami masalah mental.

Kejadian amuk itu berlaku di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak di sini ketika keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa kira-kira jam 7.15 malam kelmarin.

Saman Sirun, 60, yang cedera teruk di kepala dan tangan serta putus pergelangan kaki kanan mati dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 51, menerima lima jahitan di belakang kepala dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang.

Menantu mangsa, Mohd Nazrin Zainon, 32, berkata, suspek yang juga abang iparnya berusia 33 tahun baru pulang dari Jitra selepas membeli pakaian untuk persiapan Aidilfitri sebelum balik ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki Proton Iswara.

“Selepas balik dia terus mengejar kucing yang berkeliaran dalam rumah dan pada masa sama ternampak dia memarahi anak-anaknya kerana membuat bising.

Menurut jiran Mohd Khairul Shamsudin, 28,ketika kejadian dia tidur di rumahnya yang terletak kira kira 100 meter dari lokasi kejadian sementara menunggu waktu berbuka puasa sebelum terdengar suara orang menjerit dan bergaduh.

Mohd Khairul berkata, dia bergegas ke rumah jirannya sebelum terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan terbaring berlumuran darah di lantai rumah berkenaan dengan kedua-dua tangan terkulai dan kaki terputus.

“Suspek yang duduk setentang dengan bapanya kemudian mengangkat parang cuba melibas leher mangsa terbaring di lantai rumah.

“Tetapi, saya sempat memukul tangan suspek dengan sebatang kayu yang dicapai di kawasan berhampiran menyebabkannya mengerang kesakitan dan membatalkan niat terus menetak bapanya lalu berundur ke belakang sambil parang digenggam kemas,” katanya.
-hmetro-

PKR: Ugutan Ezam ke atas M'kini 'perbuatan jenayah'

NONEAncaman Senator Ezam Mohd Nor untuk membakar dua portal berita adalah "perbuatan jenayah” dan pihak polis serta peguam negara perlu bertindak segera ke atasnya, kata naib presiden PKR, N Surendran.


"Kami terkejut bahawa seorang ahli Dewan Negara sanggup mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan mengancam secara terbuka untuk melakukan perbuatan jenayah.

"Ini adalah satu ancaman yang keterlaluan ke atas harta dan pejabat kedua-dua portal berita ini; lebih serius lagi ancaman itu juga boleh mendatangkan kecederaan parah atau mungkin kematian terhadap kakitangan, penulis dan penghuni lain," kata Surendran dalam satu kenyataan petang semalam.

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ezam pada perhimpunan di masjid Shah Alam semalam yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," kata Ezam.

Menurut Surendran, ancaman secara terang-terangan itu adalah satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang negara ini.

NONE"Pihak polis dan Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera terhadap Ezam Mohd Nor di bawah Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaan kerana ugutan berunsur jenayah."

Naib presiden PKR itu juga menggesa Umno bagi menghormati kebebasan rakyat bersuara dan ucapan seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Amat mengganggu bahawa seorang senator dari Umno, yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, mengancam untuk merusuh dan membakar pertubuhan media berita."

Ezam, bekas ahli PKR dan sekutu rapat ketua umum PKR Anwar Ibrahim, berpaling tadah dan menyertai semula Umno setelah pergeseran pahit dengan ketua pembangkang itu.

-malaysiakini-

Umno jual masa depan Melayu kerana dendam pada PAS

Muhammad Nuruddin Bashah
Walaupun terdedah luas saham bumiputera yang hanya tinggal 2 bilion selepas terhakis sebanyak 52 bilion sejak pemerintahan BN, rakyat malaysia khususnya melayu masih cuba diyakinkan oleh media bahawa pejuang nasib mereka adalah UMNO dan BN semata-mata.

Adakah benar kebebalan rakyat dimanipulasikan oleh UMNO ataupun sebenarnya propaganda UMNO kian tidak dikemaskini sehingga masih mencanagkan jasajasa lapuk mereka sedangkan dari hari ke hari, sekian banyak keskes pengadaian hak melayu berlaku di negara ini.

Hebatnya propaganda dan perang saraf UMNO menyebabkan PAS sendri terpaksa melakukan sesuatu sebagai bukti penegasan komitmen PAS dan pakatan rakyat untuk melindungi hak bumipuetra dan Melayu dalam Konvensyen Nasional pengupayaan Bangsa pada 19 Feb 2011 yang lalu.

Di tangan UMNO juga, tanah rezab melayu menyusut dan terhakis sedikit demi sedikit. Ke mana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin UMNO. Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.

Tetapi mengapa masih laras senjata propaganda BN masih dihalakan kepada pentadbiran DAP di Pulau Pinang serta Pakatan Rakyat di Perak dan selangor? Paling ketara, dosa penghakisan hak melayu dan masa depan melayu di Pulau Pinang dilepaskan kepada DAP yang hanya hampir sepenggal memerintah negeri. Pulau Pinang negeri pertama haramkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya. Bila Pulau Pinang menjadi peneraju kepada pengharaman judi ini, UMNO banyak rugi, untuk 'election fund' (dana pilihan raya). Lebih malang dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), beliau menyatakan mereka perlu luluskan judi bola beralasan untuk kaum Cina.

Jika ditinjau propaganda UMNO di Perak, jelas rahmat yanag cuba diberi oleh Pakatan Rakyat melalui pemberian geran tanah kepada kaum Cina cuba dipolitikkan serta dikalihkan seolah-olah Pakatan rakyat menggadai tanah melayu. Sekarang cuba perhatikan fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR Perak memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Perlu diperingat bahawa tanah tersebut sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu (sebelum merdeka lagi).

Cukup tidak cerdik jika hal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang Cina yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini berbanding tindakan kerajaan memberi IC kepada warga asing semata-mata untuk menawan semula Selangor.

UMNO mengajar rakyat melatah dengan 3000 ekar tanah yang telah lama diduduki oleh kaum Cina marhain, sedangkan UMNO mengajar orang melayu diam terpinga-pinga apabila tanah Rezab melayu yang jelas dilindungi oleh enakmen digugurkan dan diserahkan kepada aristokrat dan korporat bukan melayu yang kaya raya!

Apa makna tanah rezab melayu kepada maruah bangsa Melayu?

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2 objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perlembagan Persekutuan]

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong diserahmilik kepada YTL. (sekarang YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini adalah tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway! YTL CORP BHD DIKUASAI OLEH KELUARGA TAN SRI YEOH TIONG LAY MELALUI YEOH TIONG LAY & SONS HOLDINGS SDN BHD.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. UMNO lupa jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan].

Jika UMNO mengaku boleh membantu rakyat di negeri Pakatan Rakyat, sila perhatikan fakta ini di negeri lubuk UMNO sendiri. Pada 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Adakah ini salah DAP dan pakatan Rakyat?

Menurut kajian Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat), Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Ironinya aktiviti 'Gadai tanah' kepada orang asing dan kepada kaum Cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak tanah 'rezab Melayu' adalah jenayah kerajaan UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun. Singapura adalah tragedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan hingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia. Kehilangan tanah KTM ratusan hektar yang menimbulkan kontroversi di dalam hubungan kedua-dua negara ialah isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Republik Singapura. Tanah pajakan kekal 999 tahun itu diperoleh melalui perjanjian di antara Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Kerajaan Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Perjanjian Tahun 1918. Perjanjian ini telah digazetkan dalam The Singapore Railway Transfer Ordinance (Chapter 380) pada tahun 1918 kini telah terlepas kepada Singapura dalam bentuk perjanjian yang tidak menguntungkan bangsa dan tanahair pada masa akan datang.

Suatu ketika dahulu Dr Mahathir meneropong Pulau Pinang dari Seberang Perai dan terlihat kawasan perkampungan Melayu Jelutong yang terhakis dan dhaif sedangkan Gerakan-BN sedang memerintah Pulau Pinang. Beliau mengatakan penduduk melayu Jelutong seperti melayu selepas Perang.

Masalah Melayu Pulau Pinang yang dikatakan terpinggir biasanya dibangkitkan setiap kali menjelang Perhimpunan Agung Umno. Agenda siapa, tak tahulah. Selepas itu suara-suara marah reda sehinggalah tahun berikutnya. Namun selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008, isu Melayu Pulau Pinang yang biasanya timbul setahun sekali, secara tiba-tiba golongan ini menjadi terpinggir dan ditindas setiap hari; setidak-tidaknya itulah yang dilaporkan oleh media arus perdana saban hari.

Berdasarkan ringkasan laporan disediakan bersama Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan tanah Melayu di sebelah pulau merosot berikutan perpindahan mereka ke Daerah Barat Daya selain Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah.

Ramai Melayu turut berhijrah ke negeri lain seperti Kedah dan Perak. Semua kawasan ini dianggap tidak strategik, nilai ekonominya rendah, kurang membangun serta kawasan pertanian. Bukan Bumiputera menjadi majoriti di Daerah Timur Laut dan Seberang Prai Selatan. Kawasan itu sangat pesat termasuk membabitkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan projek Penang Global City Centre (PGCC), sedangkan pemilikan tanah Melayu di daerah itu semakin mengecil.

Walau pun tidak dinafikan wujudnya kemiskinan Melayu di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar serta masalah-masalah berkaitan perniagaan kecil, pemilikan rumah dan hartanah serta penguasaan bidang-bidang kerja, Umno mempunyai lebih 50 tahun untuk membantu menyelesaikan masalah itu atas dasar pegangan kuasa di peringkat pusat bukan menyalahkan DAP yang hanya menduduki Komtar sejak tahun 2008 sahaja.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 dengan tidak menambah kawasan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah sedangkan itu negeri majoriti melayu. Dalam masa yang sama UMNO kerap berhujah bahawa kemenangan Pakatan Rakyat hanya akan menyebabkan kerusi kaum melayu kurang dalam parlimen dan DUN.

Sila baca fakta di bawah.

Pada PRU 2008, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8%. Wakil rakyat Bukan Melayu di dalam Pembangkang pula ialah 48.2%.

Pada PRU 2008 juga, wakil rakyat BN Melayu adalah 62.8%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula 37.2%.

Baik Pakatan Rakyat mahupun BN, pemilihan wakil ke Parlimen adalah berdasarkan komposisi kaum justeru tiada isu bahawa Pakatan Rakyat mengenepi kaum Melayu.

Isu gadai melayu bukan suatu isu kecil yang boleh dipermainkan. Begitu mudah UMNO menuduh kerajaan rakyat serta DAP terutamanya sebagai petualang menggadai Melayu dalam masa yang sama rakyat dialpakan seumpama ‘kuman seberang laut nampak, gajah sebelah tidak kelihatan’. Bagaimana dengan usaha menidakkan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu. Negeri yang miskin itu sebenarnya dikayakan oleh Allah dengan hasil bumi bernama petroleum. Dendam UMNO terhadap PAS melulu sehingga sanggup menjual masa depan bangsa Melayu di timur Semenanjung melalui usaha menidakkan royalti minyak.

Usaha penerangan kepada masyarakat berkenaan isu ini masih tidak mencukupi. Usaha keras dan meluas perlu dilakukan untuk memberi maklumat sahih kepada kaum melayu terutamanya. Isu ini bukan sekadar pemahaman melalui fungsi minda tetapi kepercayaan hati kaum Melayu yang perlu dididik agar keluar daripada fahaman propaganda chauvinisme UMNO.

Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Imam digantung kerana sertai Bersih 2.0?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Seorang imam bertauliah di kawasan Gelang Patah digantung jawatannya oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) dipercayai kerana beliau menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Beliau Hassan Md Said, imam masjid Kampung Ladang sudah berkhidmat selama 14 tahun.

Menurut surat yang ditandatangani Pengarah Jabatan Agama Johor, Elias Hasran, penggantungan Hassan bermula pada tarikh 2 Ogos lalu sehingga 2 November 2011.

Tanpa menyatakan kesalahan Hassan dengan jelas, surat itu hanya menyatakan tindakan penggantungan itu kerana Hassan "melanggar beberapa arahan Majlis Agama Islam Johor melalui Pejabat Kadi Daerah Johor Bharu.

Selain penggantungan sebagai imam tersebut, Hassan juga disekat dari mendapat surat tauliah sebagai Pegawai Amil Zakat Fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus kedua-dua ujian saringan yang dijalankan.

Difahamkan, sewaktu beliau ingin mengambil tauliah tersebut pada masa yang telah ditetapkan, pegawai JAJ yang bertugas menyatakan penangguhan pemberian tauliah kepada beliau dan terpapar dalam senarai nama penerima tauliah bahawa namanya telah ditandakan merah.
Lebih merumitkan, Hassan juga telah dinafikan haknya untuk menerima elaun bantuan dari Persatuan Nelayan Kampung Gelang Patah yang sepatutnya diterima oleh semua ahli persatuan sejak sekian lama yang bernilai RM 350.

Pada hari himpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Hassan adalah antara 1600 peserta himpunan yamg ditangkap pihak polis.

Beliau ditangkap ketika memasuki bandar Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi iaitu sebelum himpunan sebenar bermula kira-kira jam 2 petang.

Biarpun alasan penggantungan beliau tidak dinyatakan ada kaitan dengan himpunan itu, namun maklumat yang diterima dipercayai ianya berkaitan dengan kehadiran beliau ke himpunan Bersih 2.0 itu.

Ekoran penggantungan tersebut juga, elaun beliau sebagai imam juga ditarik.

Kini beliau dan isteri serta empat orang anak, terbeban kerana hilang mata pencarian lebih-lebih lagi berdepan persiapan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba.

Lebih malang beliau juga terpaksa mengosongkan rumah ehsan masjid yang didudukinya sekarang dan terpaksa menyewa rumah kediaman baru.