"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang bapa tendang bayi menangis kerana tidurnya terganggu

GEORGETOWN: Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya berusia sembilan bulan, seorang bapa 'naik hantu' dan tergamak menendang bayi itu dalam kejadian di rumah mereka di Lebuh Maccalum di sini, kelmarin.

Malah, dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit turut didakwa menghempas bayinya ke atas tilam sebelum isterinya cuba mententeramkan keadaan.

Bagaimanapun, tindakan isterinya menyebabkan wanita itu turut menerima padah apabila ditendang suaminya sehingga meminta pertolongan ibu mentua yang tinggal serumah dengan mereka.

Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.

“Lelaki terbabit terjaga daripada tidurnya apabila anaknya menangis sebelum menengking dan memarahinya.
-hmetro-

Aziz Bari dijangka tinggalkan UIA tahun depan

Aziz Bari muncul di Johor, dakwa BN gagal selesai banyak isu asasSelepas pertelingkahannya dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu kebebasan akademik, pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari dijangka meninggalkan universiti itu tahun depan.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Aziz mengambil keputusan itu kerana dinafikan ruang untuk menyuarakan pendapat beliau dalam bidang akademik.

Salah satu contohnya ialah Insiden di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) bulan lalu, kata sumber itu.

Bulan lepas, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilaporkan menghalang Aziz daripada berucap di Kuis, yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Selangor.

Aziz terbabit dalam kontroversi - sejak mengulas mengenai campur tangan Sultan Selangor berhubung insiden di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) - yang berakhir dengan Aziz menerima surat tunjuk sebab dari pihak UIA dan digantung tugas pada 20 Oktober.

Bagaimanapun, penggantungan tersebut ditarik balik ekoran bantahan keras pelbagai pihak.

Menurut sumber itu lagi, Aziz, yang telah berkhidmat dengan UIA selama 22 tahun, tidak boleh semata-mata mematuhi rutin pengajaran tanpa dapat membuat komen terbuka.

Situasi Aziz diburukkan lagi dengan ketidakpastian nasibnya ekoran tindakan penggantungannya sebelum ini, kerana pihak universiti didakwa tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab tersebut, kata sumber itu lagi.

Ketika dihubungi Aziz bagaimanapun enggan mengulas mengenai peletakan jawatan yang dikatakan itu.
-malaysiakini-

Sewa pistol polis untuk merompak

Bayar komisen lepas rompak
KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan.

Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.

Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menahan dua individu termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada 29 November lalu.

Sehari selepas penahanan itu, dua lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan.

“Dua anggota polis yang ditahan di ibu negara itu berusia pertengahan 20-an dan mereka baru berkhidmat antara empat hingga lima tahun.
-hmetro-

Majlis Rapat Rakyat di seluruh negara bermula 4 Dis. di Selangor


SHAH ALAM 2 DIS: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengarahkan negeri-negeri mengadakan Rapat Rakyat sebagai langkah mengembeling seluruh jentera komponen pakatan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan Sekretariat Pakatan Rakyat semalam, setakat ini tiga lokasi telah dikenal pasti untuk diadakan majlis tersebut.

Sementara beberapa lagi lokasi di seluruh negara akan diputuskan kemudian.

Lokasi tersebut adalah Rapat Rakyat Selangor pada Ahad, 4 Disember 2011 bertempat di Perkarangan Stadium Melawati Shah Alam dari jam 7.00 - 12.00 malam.

Rapat Rakyat Perak pada Sabtu, 10 Disember 2011 di perkarangan Kilang Weng Lee Sawmill Beruas, Perak pada jam 7.00 - 12.00 malam.

Rapat Rakyat Pulau Pinang pada 18 Disember 2011 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang jam 7.00 - 12.00 malam.

Pada majlis tersebut ketiga-tiga pemimpin tertinggi komponen Pakatan akan hadir yang terdiri dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setia usaha DAP. Lim Guan Eng serta kepimpinan tertinggi komponen pakatan.

Pada tarikh yang sama Jawatankuasa Pilihanraya komponen Pakatan di negeri terbabit akan memberi taklimat berhubung persediaan pilihanraya kepada wakil majlis pimpinan Pakatan Rakyat.

Turut serta dalam taklimat tersebut terdiri dari wakil-wakil setiap parti komponen pakatan.

PANAS !! Ustaz Kazim bakal calon UMNO di Manjoi ????

sangkancil
Satu berita yang amat baik seandainya ia benar.. Gua baru dapat maklumat mengenai penyenaraian awal calon PRU13 bagi UMNO untuk negeri Perak..

Antara nama yang menarik perhatian gua ialah Ustaz Kazim Elias yang telah tersenarai untuk bertanding di negeri tersebut..

Kalau ikut info yang gua dapat, Ustaz Kazim bakal diletakkan untuk bertanding di DUN Manjoi.. Ini kerana, pengaruh Ustaz Kazim memang kuat disitu..

Lagipun, Ustaz Kazim mempunyai satu Pondok pengajian yang bernama Al-Barakah di Kampung Manjoi.. Jadi bertambah menonjol imej Ustaz Kazim di kawasan tu..

Gua tak mahu sentuh mengenai nasib YB Nazri yang jadi Adun Manjoi sekarang ni.. Mungkin dia akan ditukarkan untuk bertanding di tempat lain atau mungkin dia tak dicalonkan langsung.. Tunggu je lah nanti..

So.., Najib memang nakkan winnable candidate untuk UMNO di PRU yang akan datang.. Dan kalau letakkan Ustaz Kazim ni di Manjoi, InsyaAllah UMNO akan menang besar disitu..

Gua cadangkan.., letakkan sekali Ustaz Kazim dikawasan Parlimen yang ditandingi oleh Nizar Jamaluddin.. Biar Nizar DAP tu kalah teruk ditangan Ustaz Kazim...
-tranungkite-

Zulkifli Noordin makin tersesat

Hassan Omar

Pada 7 Mac 2010 Ketua UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir telah menghulur tangan kepada Zulkifli Noordin setelah dia di pecat daripada PKR.Usaha berterusan telah dilakukan untuk perkara ini sehingga sekarang, apatah lagi Zul Kulim ini sudah tidak mempunyai kewangan cukup untuk menyara hidup mewahnya.


Tidak hairan saban malam Zul Kulim ada dipentas UMNO dengan bayaran yang cukup besar bagi setiap ceramah yang diberikan.

Terbaru  Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir telah memebrikan jamin secara bertulis bahawa Zul Kulim adalah calon UMNO di situ sekiranya dia mengisi borang UMNO.

Setakat maklumat yang ada, belum ada kata putus dikeluarkan. Saya pun tak pasti kenapa. Apakah Zul Kulim masih rindu kepada PAS?

Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menyatakan "Pengalaman dalam Majlis Syura, kita pernah tolak beberapa orang calon, antara yang kita pernah tolak (ialah) Zulkifli Nordin, Syura pernah tolak dia sebagai calon PAS"

"waktu itu dia pegang jawatan YDP Kawasan. Syura buat keputusan bahawa untuk jadi calon PAS beberapa kriteria kena ada, yang kebetulan pada waktu itu kita melihat, tidak ada pada beliau"

"dan sekarang tuan-tuan tengok apa yang berlaku (kepada Zulkifli),"ujar Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malangnya atas kesilapan PKR telah mengambilnya untuk jadi calon di Bandar Kulim melalui pecaturan DS Anwar Ibrahim. Walaupun ada beberapa pimpinan tak setuju kerana Zul Kulim telah ditolak oleh syura tapi atas dasar menjaga hati perkara ini didiam sahaja.

Pada amnya keputusan syura PAS tak banyak silap dalam membuat keputusan kerana setiap perkara yang disyurakan dibahaskan berlandaskan banyak pendapat dan nas.

Pada sekitar tahun 2008 telah banyak artikel yang menjurus perangai Zul Kulim yang ada menyebut dia akan cenderung kepada UMNO. Tapi pada masa itu yang cerodong, lurus bendul, fanatic, termakan budi atau ikut-ikutan sahaja yang tidak akan dapat menerima hakikat ini. Ini adalah senarainya yang dikumpul tuduhan yang perlu dijelaskan oleh Zul Kulim kalau dia membacanya:-
1. Melemparkan fitnah terhadap ‘otai’ dan aktivis parti kununnya mereka melarikan wang peruntukan pilihanraya serta bendera parti semasa berkempen dengan menghebahkan kepada jentera parti sehingga mewujudkan salah sangka dan curiga.

2. Sebaik sampai setelah memperolehi watikah perlantikan dengan wang RM2000.00 dari pusat, dia terus memberitahu yang wang tersebut habis dibelanjakan atas urusan pilihanraya. Bagaimana mungkin?

3. Bermulut celupar, tidak berakhlak dan kaki maki hamun walau atas perkara kecil sahaja.

4. Tidak telus dalam kisah wang derma pilihanraya yang dikutip secara langsung mahupun melalui internet. Tidak dibentangkan dalam mesyuarat pilihanraya. Melenting dan memaki hamun apabila isu itu disentuh.

5. Pecah amanah tentang rumah yang dipinjamkan semasa kempen pilihanraya dengan membuat pendua kunci tanpa keizinan tuan rumah serta tidak menjaga dengan baik.

6. Menipu dengan memberi pelbagai alasan palsu apabila tidak hadhir dalam program yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih dahulu. Kononnya ke luar negara bersama DS anwar Ibrahim.

7. Tiada disiplin dalam kempen pilihan raya sehingga menyusahkan petugas parti yang mengatur program.

8. Menipu wakil calon dengan imbuhan elaun apabila dilantik sebagai pembantu kemudiannya. Hanya membayar RM1000, itu pun setelah puas merayu dengan sms seperti meminta sedekah. Itu pun tidak berbaloi dengan perbelanjaan sendiri semasa menjalankan tugas.

9. Menipu tentang hakikat yang ia tidak pun menyerahkan penyata kewangan semasa terlibat dalam pilihanraya umum terdahulu.

10. Menipu tentang bantuan kutipan infaq untuk pembiayaan pelajar yang menyambung pelajaran. Ia tidak telus dan tidak amanah dengan wang ringgit.

11. Menipu dalam blog, kununnya dia sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan MP bagi membolehkan DS Anwar bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru. Sebaliknya ia enggan melepaskan jawatan itu tetapi memberi pelbagai alasan yang muluk-muluk.

12. Menipu yang ia tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan menyertai Umno sedangkan sudah tersebar adanya surat akuan yang mengikatnya untuk berbuat demikian. Malah ianya sudah pun disahkan pemimpin Umno setempat yang telah pergi berjumpa Najib. Begitu juga dengan perbincangannya dengan YB Zahid Hamidi semasa mengerjakan umrah.

13. Menipu rakyat Malaysia terutamanya orang Islam betapa ia pejuang Islam dan bangsa sedangkan apa yang diperjuangkan ialah untuk perut dan poket.

14. Menipu pembantunya dahulu dengan mengatakan yang ia menjadi mangsa permainan politik DS Anwar Ibrahim. Sedangkan sebaliknya terjadi apabila ia memadu hubungan intim dengan Najib. Dah berjumpa 5 kali beb!

15. Menipu pasukan peguam pembela kes nya tentang diskaun tambang mengerjakan umrah Ramadhan lalu supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sahabatnya. Sebaliknya mereka terpaksa membayar penuh juga.

16. Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.

17. Menipu tentang janji akan menyumbangkan RM1000.00 dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Dato’ Fadzil Nor Serdang baru-baru ini, malah beliau tidak pun hadir berjumpa rakyat.

18. Menipu tentang kesanggupan membayar perbelanjaan para peguam dalam pembelaan kesnya, sebaliknya setiap seorang dibayar Rm1000.00 sahaja.

19. Menjual temberang melalui pembantu peribadinya, kununnya Zul akan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampong Sungai Kecil Ulu. Walhalnya dia hanya pergi membaca khutbah yakni kaedah mudah untuk mencari populariti tanpa perlu mengeluarkan wang.

20. Menipu pembaca dengan mencipta cerita kununnya dia membaca khutbah tidak di masjid Junjong kerana dia selalu sangat membaca di situ sedangkan hakikatnya, ia tidak dibenarkan atas sifat pembohongnyadalam janji untuk membantu 5 keluarga mangsa banjir.

21. Menipu kununnya dia sering turun memantau atau melawat kawasan sedangkan ia hanya melakukan secara ‘remot’ atau kawalan jauh dengan menggunakan khidmat pecacainya si Fadzil dan Rosjah.

22. Menerima banyak dana sama ada dari wang zakat, derma atau infaq tetapi tidak diketahui ke mana wang sumbangan itu mengalir selain pembinaan dua buah rumah orang miskin. Itu pun wang sumbangan dari Sheikh Arab yang diatur sahabatnya Fudzail kat Dubai. 

Saya bawa untuk perbincangan umum demi kepentingan umum untuk PRU-13

UMNO.... “Lu Langsi...Lu Mati! “

reformisanakmuda
umno tipu
Banyak yang tidak masuk akal dan "kurang ajar" oleh kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Najib dan Umno pada masa lalu.Menurut mereka, orang Melayu jauh di belakang kaum-kaum lain dari segi kekayaan dan pembangunan dan juga membentuk majoriti golongan miskin.

Mengapa orang Melayu tidak makmur walaupun DEB untuk lebih daripada 40 tahun dan sebagai kerajaan selama lebih daripada 60 tahun?

Bagaimana Umno yang mempunyai dan menggunakan kuasa mutlak terhadap semua, termasuk Sultan, tidak dapat membetulkan keadaan miskin orang Melayu? Sesungguhnya, perlu ada penjelasan logik untuk Umno terus memiskinkan Melayu.

UMNO tidak perlu menggunakan kebijaksanaan dan kerja keras untuk tugas ini. Negara Malaysia ini telah dikurniakan dengan minyak, gas, kayu balak, tanah, air dan sumber semula jadi yang lain untuk menjana beratus-ratus bilion untuk manfaat orang Melayu dan anak-anak yang lain.

Tetapi entah bagaimana, semua kekayaan yang besar ini “tidak pernah menemui jalan” kepada orang Melayu miskin.

UMNOputra telah merompak kekayaan negara di bawah alasan untuk membantu orang Melayu yang miskin, dan mengumpulkan berbilion Ringgit untuk diri mereka, keluarga mereka dan rakan-rakan.

Terdapat banyak empayar korporat Melayu yang sangat besar dan terkenal - empayar Mahathir (Galian, YTL, San Miguel, dll), empayar Najib (CIMB, dll.), empayar Badawi, empayar Daim, empayar Taib Mahmud, empayar Syed Al-Bukhary, dan sebagainya.

Jika UMNOputra yang bersifat perkauman, mereka tidak akan memberi tumpuan kepada mengumpul kekayaan besar untuk diri mereka sendiri tetapi sebaliknya akan memberi tumpuan kepada berkongsi kekayaan yang ada dengan bangsa mereka yang miskin.
  • Dimanakah Tanah Rezab bangsa melayu?
  • Dulu British tinggalkan 3 juta hektar untuk anak bangsa melayu, kini tinggal 1.7 juta hektar saja.
  • Kelantan 99.9 % rakyatnya orang melayu. Tetapi kekayaan hasil minyak Kelantan kenapa tak beri kepada rakyat melayu Kelantan?
  • Ramai anak bangsa melayu yang pegang sijil SPM/Ijazah hidup mengganggur tanpa pekerjaan setimpal dengan sijil/ijazah mereka.
  • Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno!
  • Melesapkan wang FELDA hampir RM3billion!
  • Mahathir menggunakan wang PETRONAS untuk menyelamatkan anaknya dari bankrupsi (RM1.6 billion), adakah itu juga langkah memperjuangkan Melayu?
  • Ke manakah ekuiti Bumiputera yang hanya tinggal RM2 bilion dalam kek ekonomi negara yang asalnya RM54 bilion?
Apa yang jelas di sini adalah bahawa UMNO dan pemimpinnya, Mahathir, Muhyiddin, Najib, dan sebagainya BUKANLAH ada sifat perkauman perjuangkan Melayu. Mereka hanya jahat dan rasuah.

Wang adalah TUHAN mereka.

Mereka terlalu keji sehingga sanggup menjual bangsa, agama dan negara untuk wang. Wang adalah apa yang penting kepada mereka, tiada moral dan etika dan pastinya bukan kerana bangsa dan sama sekali bukan kerana agama (semua ini adalah bersalah atas semua dosa-dosa besar dalam Islam, dari rasuah, menipu dan mencuri, zina dan judi).

Melayu miskin adalah semata-mata suatu lesen yang rasmi bagi UMNO untuk merompak dan merampas negara. Dan ia adalah kelebihan Najib dan UMNO dengan menyimpan sebahagian besar Melayu di kampung-kampung dan Felda yang terus-menerus jahil dan diperbodohkan.

Kerana hanya dengan cara ini, UMNO boleh terus menipu orang Melayu dan memenangi undi. Jika UMNO membuat Melayu pintar, maka orang Melayu akan membuang UMNO dari dahulu lagi.

Masalah besar pemikiran anak bangsa Melayu ialah.... Celakanya spesis UMNO yang sombong yang senang-senang memperbodohkan akal pemikiran bangsa Melayu yang ditafsirkan oleh mereka sebagai bangsa pemalas dan bodoh....

Bodohnya Melayu Kerana Umno Bijak Menipu…

Video Banjir Kilat Pekan Kajang 2 Dis 2012

anastasyea
Baru je dapat info kat kajang sekarang ni tengah Banjir Kilat. Kalau balik sekarang. Tentu sesak. Dah la laluan nak ke rumah, yang itu je. Nampak gayanya, kena tunggu lagi la kat opis sampai malam. Tadi tengok kat Youtube. Memang teruk banjir kilat yang melanda pekan Kajang hari ni sampaikan air masuk ke dalam Plaza Metro Kajang.
Banjir+Kilat+Pekan+Kajang
Dari info yang aku dapat dari blog doposen.com ini. Banjir kilat yang melanda Pekan Kajang berpunya daripada hujan lebat yang tak henti² dari pukul 2.30 petang tadi. Setakat ni, masih tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Hopefully , semuanya selamat. Ok la. Aku pun tak nak cakap banyak. Korang tengok la sendiri video yang aku share kat bawah ni.
Pasar kajang banjir 2 disember 2011
Banjir Teruk di Bandar Kajang Selangor Part 2, 02 Dis 2011
Banjir Teruk Di Bandar Kajang , Heavy Flood in kajang Town 02 Dis 2011
Gempar plaza metro kajang banjir! doposen.com

Berhimpun untuk caci-maki pemimpin Pakatan

Muda Mohd. Noor
Perhimpunan Agung Umno 2011
KUALA LUMPUR: Saban tahun kecaman terhadap pemimpin dari parti gabungan Pakatan Rakyat merupakan agenda tetap bagi Perhimpunan Agung Umno dan sengaja ditimbulkan untuk menyemarakkan kebencian orang Umno dan rakyat terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan mereka.

Pada perhimpunan tahun ini juga, yang diadakan di tempat yang sama, iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini sejak 29 November lalu sehingga esok, tidak terkecuali dan terlepas dari kecaman-kecaman yang dilontarkan oleh para pemimpin Umno.

Baik pemimpin utama, Wanita, Pemuda dan Puteri, mereka melontarkan kecaman dan yang menjadi sasaran utama ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Di kalangan mereka ini, para pemimpin Umno dari Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang paling lantang menghentam pemimpin-pemimpin Pakatan.

Umum sedar bahawa keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Pakatan Rakyat dan semuanya buruk belaka dan diluahkan dengan penuh perasaan benci dan menghina secara berlebihan.

Cacian dan makian yang bertali arus ini menjadi bahan ketawa dan mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan. Mungkin kerana sebab ini lebih 5,000 perwakilan Umno dari seluruh negara sanggup hadir pada perhimpunan ini.

Bagaimanapun dalam tinjauan hari ini, ada ahli Umno yang tidak senang dengan tindakan keterlaluan pemimpin Umno memburuk- burukkan pemimpin Melayu dari Pakatan.

Seorang ahli Umno Negeri Sembilan berkata, tindakan keterlaluan boleh menimbulkan kebencian orang Melayu yang tidak berparti terhadap Umno.
Azman Ali berkata, kita boleh mengkritik pemimpin pembangkang (Pakatan) tetapi jangan melampaui batas.

“Jangan sampai orang Melayu anggap pemimpin Umno sudah hilang adab. Kalau jadi begini orang Melayu jadi meluat dengan Umno,” katanya.

Ahmad Husin dari Pahang berkata, perhimpunan tahun ini sama seperti tahun sebelumnya. Setiap tahun perkara yang sama diulang-ulang hingga menyebabkan orang muak dan naik jelak dengan perhimpunan ini.

Berhimpun untuk kecam pemimpin Pakatan

Polis menjilat pekung skandal lembu

PETALING JAYA: PKR membidas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam bahawa siasatan polis sehingga kini tidak mendapati sebarang elemen pecah amanah dalam pengurusan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Naib Presiden N Surendran menyoal kenapa perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian pada hal siasatan masih berjalan. Adalah tidak masuk akal apabila pihak polis membuat kesimpulan sedemikian sebelum tamatnya siasatan.

NFC diurus tadbir oleh suami kepada Ketua Wanita Umno dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, iaitu Datuk Dr Mohammad Salleh Ismail dan tiga anak mereka.

Surendran menyifatkan kenyataan Khalid ini sebagai percubaan untuk menutup pekung skandal ini ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2011 di Putra Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dewasa ini.

“Lebih memeranjatkan apabila pihak polis mengesahkan bahawa mereka belum lagi mengambil keterangan daripada Shahrizat, tokoh utama dalam kontroversi projek lembu ini.

“Kenapa pihak polis tidak memanggil Shahrizat untuk memberi keterangan? Saya kira pihak polis mahu mencuci tangan dalam skandal ini. Sikap polis ini memeranjatkan kerana skandal ini melibatkan penyelewengan dana awam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, tindakan Khalid mengeluarkan kenyataan itu ialah supaya orang ramai percaya bahawa tidak berlaku sebarang kes pecah amanah, walaupun dana awam itu digunakan untuk membeli dua buah kondominium mewah, lawatan ke luar negara, kereta-kereta mewah dan tanah strategik.

Semalam, PKR mendedahkan bahawa NFC telah membeli sebidang tanah yang strategik di Putrajaya dan sebuah kereta mewah dengan menggunakan wang pinjaman mudah dari dana awam yang berjumlah RM250 juta itu.

Polis tutup pekung skandal lembu

Marah Mahathir pada Abdullah semakin marak

Abdullah Ngah

Terbakar dihutan Nampak asapnya. Terbakar di hati tiada sesiapa yang Nampak konon. Tapi terbakar dihati Mahathir ramai yang Nampak.


Ya tak ya juga, Siapa tak marah jika orang yang dia bunuh dihidupkan semula. Demikianlah tabiat manusia yang tak beriman. Lainlah jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Cuba anda bayangkan apabila orang yang dibenci dan di sayangi Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bukan setakat itu malah sebaik saja menjawat jawatan perdana menteri Datukr Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Sudah tentu hati Tun Mahathir Mohamad terbakar hangus, kerana orang yang dihukum dibebaskan.

Kemarahanya bukan setakat berkata Tun Abdullah merosakkan umno, malah Tun Mahathir bertindak keluar parti menunjukkan kemarahan yang amat sangat.

Bukan setakat itu saja termasuk mengugut cabinet umno/BN menurunkan Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan perdana menteri dan sekaligus menyerahkan jawatan presiden umno.

Abdullah Ahmad Badawi diserang segenap penjuru beralasan dialah punca kekalahan teruk umno dalam musim pilihanraya umum ke 12 sehingga kerajaan hilang kelayakan dua pertiga di parlimen.

Alasan tersebut jelas tak lojik, kerana bukan Abdullah Ahmad Badawi seorang saja yang salah dan buat silap jatuhnya umno, malahan semua anggotan cabinet umno terbabit.

Oleh kerana kemarahan Tun Mahathir pada Abdullah Ahmad Badawi, maka itulah senjata yang terbaik untuk menurunkan presiden yang dibenci itu.
Setelah berjaya menurunkan Abdullah Ahmad Badawi yang pasrah itu tidak lama kemudian Mahathir masuk semula umno dan Tan sri Sanusi junid presiden uiversiti Islam antara bangsa Malaysia dipecat kerana keluar parti ikut Mahahtir.

Tun Mahathir semakin marah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut sebut akan menjadi perdana menteri selepas PRU 13 nanti.Tambahan pula kKini antara Najib dan Anwar, Anwar dikatakan lebih pupolar berbanding Najib perdana menteri ke enam yang penuh dengan kontroversi itu.

Marah Tun Mahathir semakin marak, kerana bimbang dengan apa yang akan berlaku setelah Malaysia di terajui Anwar Ibrahim musuh ketatnya itu, walaupun Anwar telah membuat pengakuan terbuka yang dia tidak akan mendendami sesiapa.

Barangkali Tun Mahathir kurang yakin dengan pengakuan yang dibuat oleh musuh ketatnya sebab itu dia seranag Abdullah Ahmad Badawi habis habisan macam pukul anak sindir menantu.

Maklum sajalah mana boleh percaya dengan pengakuan Anwar yang pernah dikenalpasti sepanjang menjawat jawatan timbalan menteri , menteri dan perdana menteri sepanjang 22 tahun Tun menjadi perdana menteri.

Bimbang nanti cakap tak serupa bikin maka nahaslah.

Rakyat Perak bakal dapat MB baru?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir didakwa tidak lagi akan dipilih sebagai menteri besar Perak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika BN kekal memerintah negeri itu selepas PRU-13.

Sebaliknya beberapa nama dikatakan bakal menggantikan Zambry termasuklah Bekas Menteri Besar, Tan Sri Tajol Rosli, Timbalan Pengerusi Umno Perak Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Umno Bahagian Bruas Datuk Manaf Hashim yang didakwa kini sangat rapat dengan perdana menteri.

Menurut sumber, desas-desus itu sangat kuat diperkatakan kakitangan kerajaan negeri malah usaha lobi-melobi juga jelas dapat dilihat blog-blog politik ahli Umno negeri itu.

Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Perak turut mendapat malumat berhubung pergolakan sedang berlaku itu.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan hari ini mencabar Umno negeri itu menamakan calon menteri besar yang baru.

"Adakah Tan Sri Tajol Rosli akan kembali menerajui Umno BN Perak? Ataupun Timbalan Pengerusi Umno BN Perak kini, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang akan dinamakan bagi menggantikan Datuk Seri Zambry?

"Atau juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini? " soalnya
Beliau juga mendakwa, Najib sehingga kini belum memuktamadkan siapakan calon yang paling layak untuk kerusi ‘orang nombor satu’ di negeri itu.

"Marilah kita tunggu apa jawapan BN Perak dan kami telah pun mengisytiharkan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon Menteri Besar untuk Pakatan Rakyat (PR) Perak kelak," katanya.

Sekolah seks pertama tawar praktikal

VIENNA: Seorang wanita Sweden membuka sekolah seks antarabangsa pertama di dunia dengan menawarkan ilmu menjadi kekasih yang lebih baik.

Dengan kos kira-kira RM6,900 untuk satu semester, Sekolah Seks Antarabangsa Austria di Vienna itu menerima penuntut yang berminat mengetahui selok-belok menjadi kekasih yang memuaskan pasangan.

Media semalam melaporkan, Ylva-Maria Thompson menawarkan ilmu menggoda secara praktikal kepada sesiapa yang berminat.

Menurutnya, sesiapa saja yang berusia lebih 16 tahun layak menyertai ‘kolej seksual amali pertama di dunia’ itu.

“Penuntut akan tinggal dalam blok penginapan yang bercampur lelaki dan perempuan bagi membolehkan segala ilmu yang dipelajari dicuba,” katanya.

Menurut Ylva-Maria, pendidikan asas yang diberikan bukan berbentuk teori, sebaliknya praktikal.
-DM/hmetro-

Hubungan Semakin Rengang - Muhyidin

Hassan

Sebelum ini sekadar gossip. Sekadar sebut-sebut mungkin orang cakap itu cakap-cakap politik. Tapi bila Utusan Meloya kitab rasmi UMNO telah menyebut secara sahih diriwayat terus dari sanat Muhyidin... maka benarlah cakap-cakap politik. Baca sendiri pengakuan tuan punya diri.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tiadk menolak andaian sesetengah pihak terutama dakwaan pembangkang bahawa hubungan beliau dengan Datuk Seri Najib Razak tidak begitu baik dan semakin renggang

Hubungannya dengan Perdana Menteri semakin dilihat umum sebagai ‘tak ngam’. Timbalan Presiden Parti ini telah lama letih dan bosan membantu pemimpin nombor satu negara itu terutama apabila berhadapan kes pembunuhan model dari Mogolia dan perangai isteri Presiden.

Timbalan Presiden UMNO itu mengakui beliau memang seorang yang sentiasa setia untuk menjalankan semua urusan parti dan pentadbiran negara tetapi dalam kes pribadi amat susah untuk dipertahankan.

“Bagi saya kes pribadi terlibat dalam pembunuhan ini cukup tinggi malapetakanya. Saya tak sanggup ucap terima kasih kerana dari apa yang saya difahamkan kes ini akan dibuka tidak lama lagi di Paris. Semua ini akan memburukkan Parti dan Presiden parti,” katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Katanya lagi, dakwaan pembangkang konon hubungan beliau dan Perdana Menteri tidak begitu baik memang betul tetapi tidak tepat seratus peratus. Menurut beliau pihak pembangkang telah gagal untuk memahami makna ayat ‘ jangan tikam dari belakang...’ dalam teks ucapan Presiden.

“Hubungan kami memang semakin renggang. Saya bekerja rapat setiap hari dengan pasokan saya secara sulit. Mereka (pembangkang) bercakap betul tentang Presiden Parti yang dilihat tidak dapat lagi mengawal isterinya. Saya terima pandangan pembangkang kerana ini akan membantu pasokan saya yang sedang berusaha untuk mengumpulkan kekuatan. Dalam setiap urusan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pengerusi beberapa jawatankuasa dan tindakan yang saya lakukan adalah di luar pengetahuan beliau. Kita bekerja sebagai dua pasukan yang semakin bertelagah,” tegasnya.

“Kita tidak harap pembangkang puji kita. Dengan Pakatan, ia memang begitu, tiada yang baru. Walau kita buat baik mereka tetap menyerang kita dengan apa saja cara. Seperti juga laman media sosial yang menentang kita seperti anda (wartawan). Kita tahu dan terima kenyataan ini,” katanya.

Hebat! TV3 Al-Musyrikin berjaya bodohkan harimau!

Milo Suam
ADA beberapa orang sahabat pembaca menghantar email meminta MiLo SuaM menjawab "counter attack" yang dilakukan oleh blogger Panglima Harimau.

Malas sebenarnya nak jawab, counter attack "sampah" ni, tapi oleh kerana ada masa terbuang ni, maka jawablah juga.

Blog tersebut mendakwa pendedahan MiLo SuaM sebelum ini berhubung penipuan TV3 adalah fitnah, rujuk sini [Modus operandi]. Pelik tapi benar, TV3 buat fitnah MiLo SuaM pulak yang dikatanya fitnah.

Nama pun "panglima harimau", harimau tu kan binatang faham-faham jelah. Kononnya harimau ni kata dengan izin Allah dia ternampak perkara pelik.





Apa yang pelik? Dia kata budak-budak yang bakar baju kuning tu tak pakai kasut berwarna hitam jadi kesimpulannya MiLo SuaM kaki fitnah.Jadi harimau ni mempersoalkan kenapa ada orang pakai kasut hitam sekitar baju yang dibakar sedangkan budak-budak tu tak pakai kasut hitam?

Sebenarnya berita tentang budak-budak bakar baju kuning dalam perhimpunan kelmarin ramai orang dah tau. Cuma harimau ni tak baca berita kot.

Kasut tu pulak kasut polis-polis yang menghalang budak-budak bakar baju tu, boleh baca di Malaysiakini. Kat bawah ni screenshot [Mkini].

Ada je akal harimau ni nak membela TV3 Al-Musyrikin, walhal satu dunia dah tau TV3 ni kerjanya memperbodohkan rakyat.

Buat pengetahuan semua, pada saat perhimpunan berlangsung, MiLo SuaM ada di situ, malah siap buat live update lagi di facebook waktu tu harimau ni kat mana?

Kalau ada kat situ tentu dia sendiri nampak budak-budak tu bakar baju kuning sebelum dihalang oleh polis.
ReJaM© "Hebat TV3 ni sampai harimau pun kena bodohkan kah kah kah..."

Erdogan ganti Ahmedinejad jadi tokoh utama

ABU FIRDAUS
http://righttruth.typepad.com/.a/6a00d83451c49a69e201543587bc41970c-800wi

KUNJUNGAN Reccep Tayyip Erdogan disambut hebat oleh rakyat Mesir apabila mereka bersorak meraikannya dengan menjulang gambar beliau di Lapangan Terbang Kaherah.

Sambutan itu mencerminkan sokongan rakyat Mesir terhadap cara kepimpinan Erdogan di Turki, iaitu bersikap demokratik di satu pihak tetapi memihak pada isu-isu umat Islam di peringkat antarabangsa.

Maka tidak menghairankan jika rakyat Mesir mahu pemimpin seperti Erdogan bagi mentadbir negara itu bagi era pasca Mubarak ini.
Justeru, Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan politik terbesar di negara itu menangung tekanan daripada rakyatnya untuk melahirkan seorang pemimpin seperti Erdogan dan parti seperti Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

Kesan daripada pentadbiran Erdogan bukan hanya berlaku ke atas Mesir tetapi negara-negara Arab lain yang mengharapkan perubahan demokratik di rantau itu.

Maka tidak hairanlah lawatan Erdogan kali ini bukan saja meliputi Kaherah tetapi juga Tripoli, Libya dan Tunis, Tunisia sebelum berlepas ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB).

Hakikatnya ialah umat Islam dunia Arab lebih cenderung kepada Erdogan berbanding Presiden Iran, Ahmedinejad perlu diberi perhatian oleh gerakan Islam di seluruh dunia.

Dalam hal ini, yang boleh diperhatikan ialah kemenangan Raschid Gannouchi dan parti Ennahdha di Tunisia di mana mereka melihat Erdogan dan Turki sebagai contoh.

Walaupun perubahan di Tunisia dan beberapa negara Arab lain berbentuk revolusi, mereka memilih jalan Turki dan bukannya Iran.

Perjuangan gerakan Islam di Turki dan Iran bermula pada waktu kira-kira yang sama, iaitu lewat 70-an. Iran dipimpin oleh Ayatollah Khomeini dan Turki, Necmettin Erbakan.

Maka kini Erdogan adalah pewaris kepada Erbakan sementara Ahmedinejad melanjutkan perjuangan Khomeini.

Kedua-duanya bukan Arab tetapi Revolusi Iran lebih menarik berbanding dengan usaha demokratik yang makan masa panjang oleh gerakan Islam Turki.

Tetapi revolusi tidak dapat dilancarkan di mana-mana negara Arab pada lewat 70-an kerana mereka tidak mampu melakukannya.

Maka tidak ada negara Islam di dunia yang mengikut jejak Iran. Hinggalah pada tahun ini apabila berlaku kebangkitan di dunia Arab. Tetapi berbeza dengan Iran, kebangkitan ini bukan revolusi, apatah lagi revolusi Islam. Tidak ada pemimpin gerakan Islam yang jadi teraju.

Juga tidak seperti Iran, kebangkitan Musim Bunga Arab ini tidak anti-Amerika. Justeru, demokrasi yang dituntut ialah berbentuk Arab dan bukannya sesuatu sistem yang terbit daripada wacana ulama. Walaupun Revolusi Iran mempunyai asas Syiah, ia dikagumi oleh gerakan Islam di Malaysia. Apabila ia berlaku, contoh Ikhwanul Muslimin Mesir telah diganti dengan Iran.

Sebaliknya, apa yang berlaku di Turki dan Tunisia pada lewat 70-an itu hanya menjadi bahan berita perjuangan Islam tanpa ia muncul sebagai contoh.

Tetapi hakikatnya kedudukan PAS lebih hampir kepada Turki berbanding Iran. Bukan saja kerana Turki itu bermazhab Sunni tetapi sistem demokrasi terhadnya ada persamaan dengan Malaysia.

Selepas 20 tahun berlalu, PAS muncul sebagai parti yang berasa memiliki persamaan dengan rakan-rakan seperjuangannya dalam parti Islam di Turki dan dunia Arab berbanding Iran.

Bagi dunia Barat pula, mereka tidak ada pilihan lain daripada bekerjasama dengan gerakan Islam demokratik ini, yang kini dinamakan sebagai sederhana.

Sedangkan gerakan Islam itu tidak ada sederhana atau pelampau. Apa yang dilihat sebagai pelampau seperti Al-Qaeda adalah sebenarnya pentafsiran yang tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang Islam.