"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa Yang Paling Kecewa Bila Mat Sabu Dan Husam Menang ?

WFAUZDIN NS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhN7S9WRtCobpP28-7gRxELUbQDyUWpPFx5EfI49Y95TJqhlvx3AUS91aejBBSDDYXOExG0zVrR4qS3K0PkU3YiGjPEO2eFo6lrTsLsX3To6phKga3i4li5s5sErivSxwOHNWGT3Qpi-aY/s220/husam1.jpgTERLEBIH dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada abang Mat Sabu kerana terpilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Kemenangan dengan majoriti 21 undi menewaskan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta penyandang Ustaz Nasha sudah cukup untuk membuat lidah Utusan Meloya dan TV 3 suku kelu seketika.



Bertambah kelu apabila tokoh yang sabab hari dihentam melalui media pencacai tersebut, iaitu Datuk Paduka Husam Musa turut terpilih sebagai Naib Presiden PAS bersama penyandang Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayob. Tentu berita kemenangan Husam Musa ini membuatkan seorang Blogger dari Kelantan itu akan `meneguk air botol' sehingga mabuk untuk menenangkan fikiran.

Buletin Utama TV 3 suku sebentar tadi meletakkan berita keputusan pemilihan PAS bukan tajuk utama seperti sehari dua ini, tetapi berita disiarkan di pertengahan tanpa ulasan sedikitpun seperti lazimnya. Tiada cerita pun tentang Blogger kaki mabuk itu yang mendakwa Husam memberikannya wang untuk berkempen. Yang hak mengatasi yang batil. Fitnah telah ditolak oleh para perwakilan di dalam PAS yang boleh dikatakan semuanya mempunyai akal dan ilmu agama yang boleh menimbangkan sesuatu berita yang dibawa oleh `kaki mabuk'.

Begitu juga berita yang keluar dari media seperti Utusan Meloya atau TV 3 suku yang terkenal sebagai ejen meluaskan cerita video seks, mana mungkin berita dari media seperti ini boleh diambil sebagai panduan untuk Perwakilan PAS memilih calon? Justeru itu, Perwakilan PAS telah menolak cerita tentang wang upahan yang kununnya melibatkan Husam Musa. Exco dari Kelantan ini telah memenangi jawatan Naib Presiden PAS dengan undi yang kedua tertinggi. Media haprak ini terus gagal sepertimana gagalnya mereka mempromosi video seks hitam putih sebelum ini.

Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang dan syabas juga buat semua yang berani bertanding walaupun tewas kali ini. Ternyata jawatan bukan buruan calon yang bertanding, mereka hanya merasa kewajipan untuk menawarkan diri untuk memikul tugas setelah amanah diberikan oleh penyokong-penyokong mereka.

Meskipun secara peribadi saya mengharapkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi pertandingan ini, tetapi kemenangan Mat Sabu dapat melegakan perasaan saya. Saya percaya Mat Sabu mampu berganding bahu dengan Presiden PAS, dan tentunya cabaran utama buat beliau adalah memimpin PAS ke Demontrasi Bersih Julai nanti dan seterusnya ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Mohd Sabu: Jangan bertenggek diatas nama kepimpinan ulama

Wan Nordin Wan Yaacob
Wawancara Eksklusif Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Timbalan Presiden PAS yang baru, Haji Mohammad Sabu di Bilik Wawancara, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, selepas pengumuman saf kepimpinan baru PAS sessi 2011-2013.

PAS melakar sejarahnya tersediri dengan kali ini saf kepimpinan baru yang terdiri daripada kalangan aktivis dan profesional mendominasi jawatan dalam PAS, apa pandangan saudara?
Saya melihat saf kepimpinan yang dipilih perwakilan ini, perwakilan lebih cenderung kepada aktivis. Aktivis ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan masyarakat, samada Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden yang dipilih. Namun pada saya bukanlah yang tidak cukup undi itu tak bersifat aktivis, tetapi pemilihan yang dibuat perwakilan cenderung ke arah itu (menggangkat aktivis).

Signalnya ialah, apabila kita lihat Mazlan Aliman mendapat undi yang tertinggi (804 undi), diantaranya yang memberi kekuatan kepada sokongannya ialah kerana penglibatan beliau (Mazlan) dalam Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) untuk merobah minda pengundi masyarakat Felda (Peneroka). Walaupun secara umumnya ANAK belum berjaya secara menyeluruh, tetapi usaha yang dipelopori Mazlan dan rakan-rakan dapat penghargaan daripada perwakilan seluruh negara. Begitu juga kemenangan pimpinan yang lain-lain seperti Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, 'trend' ini berlaku kerana muktamar kali ini tempohnya sangat dekat dengan Pilihan Raya Umum ke-13, sehubungan itu ahli dan penyokong mahu mereka yang terlibat sepenuhnya dengan masyarakat dan aktiviti kemasyarakatan.

Bagaimana perasaan Saudara setelah ditabalkan selaku pemenang?

Ya memanglah gembira, dan terharu, namun terbayanglah tanggungjawab yang akan dipikul oleh saya dan rakan-rakan terutama agenda apa yang disebut tawaran saya untuk bersama Presiden mengepalai parti untuk kembangkan pengaruh PAS kepada non malay dan non parti yang saya nampak untuk menang pilihan raya mereka ini perlu kita dapatkan sokongan daripada mereka. Jadi beban ini terpikul kepada saya dan rakan-rakan kerana ini adalah tawaran kita untuk menjadi Timbalan Presiden, dan sudah tentu segala apa yang disebut itu akan diperhitung oleh ahli dan perwakilan di muktamar akan datang, inilah yang sebenarnya kita berat.

Apakah akan berlaku sebarang perubahan dalam lajnah-lajnah, dan jabatan tertentu dalam PAS?

Secara menyeluruh tidaklah, tetapi mungkin perubahan yang berlaku adalah dalam konteks siapa yang mengepalai sesuatu lujnah menjelang pilihan raya umum akan datang ini. Dari segi Pakatan Rakyat pula, kedudukan PAS cukup teguh dan ianya akan diperteguhkan lagi. Saya mahu hubungan dengan NGO kita mantapkan, dan arah tuju parti telah kita gariskan dalam ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar begitu baik menuju kepada negara kebajikan yang diterima semua kaum dalam negara kita ini, saya tak nampak berubah hala tuju.

Adakah kemenangan Saudara ini memberi kesan besar kepada Umno-BN?

Saya tidak buat analisa itu tetapi saya lihat surat khabar milik kepada Umno, maaf saya cakap bahawa mereka tidak memihak kepada saya dalam masa menjelang pemilihan. Saya hairan kenapa tiba-tiba sahaja Utusan Malaysia dilihat cukup sayang kepada kepimpinan ulama, sedangkan merekalah yang mencerca kepimpinan Ulama khasnya Tuan Guru Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun menjelang muktamar mereka seolah-olah membuat laporan dengan menimbulkan sayang kepada kepimpinan ulama, sedangkan tauke kepada Utusan Malaysia (Umno) hanya ada biro sahaja untuk ulama ini yang hanya kelasnya seperti lajnah dalam PAS. Kita di peringkat PAS, kita sayangkan ulama, kita hormatkan ulama kita letak ulama di peringkat Majlis Syura Ulama, dan kita ada Dewan Ulama PAS Pusat yang meletakkan ulama ini ditempat yang tinggi, kuat teguh dan berwibawa. Peranan utusan ini boleh dianalisis oleh sesiapa apa niat mereka yang sebenarnya. Barangkali pada mereka peralihan kepimpinan ini boleh mengubah persepsi umum kepada PAS dengan kita tidak lari teras kita jaga parti dibawah Majlis Syura Ulama.

Saudara adalah antara pihak yang mencetuskan kepimpinan ulama sekitar tahun 1982 apakah saudara masih mempunyai agenda memperkasakan kepimpinan ulama?

Saya tidak mahu kepimpinan ulama disalah tafsirkan, saya menghormati ulama seperti Sheikh Omar Muktar; Sheik Ahmad Yassin; Abu Bakar Al baqir, Tuan Haji Yusof Rawa, dan Ustaz Datuk Fadhil Noor. Semua ulama ini saya penuh hormat dan menyebut-nyebut nama perjuangan mereka dalam ceramah dan penulisan saya. Yang kita tidak mahu orang bertenggek diatas nama kepimpinan ulama. Yang berkelulusan agama tetapi bertenggek atas nama kepimpinan ulama. Tetapi Ulama sejati yang berilmu, yang membina masyarakat, yang beri ilmu, berjuang dan berjihad inilah yang kita sanjung yang kita sokong dan sepanjang zaman ulama inilah yang meniupkan kebangkitan.

Ini termasuklah mereka yang meniupkan semangat kebangkitan kemerdekaan iaitu Sheikh Jamaludin Al Afghani ialah seorang ulama yang bertaraf Hujjatul Islam. Ulama seperti ini harus diketengahkan, bukan kelulusan sijil ugama sahaja dipanggil ulama. Bahkah kalau yang ulama kontemporari seperti Hassan Nasralllah, saya amat kagum diatas kehebatan beliau kumpul sokongan muslim dan bukan Islam di lubnan dengan meniup semangat jihad menentang Israel. Sheikh Ahmad Yassin, daripada di atas kerusi rrodanya dia mampu untuk meniupkan semangat jihad melawan Israel. Ulama seperti ini yang saya sanjung, bukan yang berkelulusan yang belajar dari sekolah agama kemudian pergi ke Mesir, dan bila balik ke Malaysia kita gelar dia ulama. Sedangkan ia tidak menonjol dirinya sebagai seorang waris kepada Nabi Muhammad Saw, iaitu buat kerja-kerja yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W. Jadi saya tetap berpegang teguh dan menyanjung kepimpinan Ulama ini.

Apa harapan yang mahu dilahirkan kepada ahli lebih-lebih lagi kita berdepan dengan musuh menjelang pilihan raya umum ke-13?

Kita harap selepas ini (muktamar) ahli dan pemimpin akan terus bekerja menterjemahkan apa sahaja Ucapan Dasar Presiden yang telah digariskan dan disetujui untuk laksanakan dengan bersama Pakatan Rakyat menuju Putrjaya. Kita juga harus bekerja untuk memenangi negeri-negeri yang kita belum menang, selain mempertahankan negeri yang telah kita menang. Itulah harapan kita kerana masa begitu singkat dengan Pilihan Raya Umum ke-13. Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana perwakilan memilih saya untuk julung kalinya selaku Timbalan Presiden PAS. Terima kasih.

Mohd Sabu: Akar tunjang yang menjalar merata

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Penulis dan pemimpin veteran PAS, Subky Latif (gambar) menyifatkan Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi 'akar ini akar tunjang yang menjalar merata'.

"Ulama tak menang kerana tidak ada yang sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan...tetapi Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata," kata Subky.

Beliau mengulas kemenangan Mohamad dalam pertandingan jawatan timbalan presiden PAS hari ini.

Mohamad menang apabila mendapat 420 undi berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa (224).

Mohamad memecah rekod kepimpinan PAS apabila menjadi timbalan presiden pertama dari kalangan bukan ulama selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan PAS pada tahun 1983.

Subky adalah antara pemimpin PAS yang yakin, PAS perlu dipimpin oleh ulama. Dalam pemilihan 2009 lalu, Subky antara pemimpin PAS yang bercakap agar perwakilan memilih timbalan presiden di kalangan ulama.

"Saya berpendapat, Mohamad perlu diletakkan di situ sebagai pemimpin PAS bukan untuk sementara sahaja misalnya untuk hadapi pilihan raya tetapi sampai bila-bila.

"Jangan pula tahun depan ada usaha untuk menukar beliau pula. Biarlah sampai rotan yang dicari benar-benar ditemui barulah ditukar," kata beliau penuh kiasan.

Untuk menstabilkan kedudukan beliau dalam hiraki kepimpinan PAS, Subky menasihatkan agar Mohamad Sabu melantik ramai ulama di sekeliling beliau untuk menjadi penasihat-penasihatnya.

"Dia jangan pula jadi macam sesetengah kerajaan, tidak dengar cakap mufti, sesetengah kerajaan ambil mufti tetapi mufti yang dengar nasihat kerajaan," katanya.

Misbun Sidek menyertai PAS?

Ramai selebriti, tokoh dan ahli sukan negara telah menyertai perjuangan PAS. Antaranya Bob Lokman, Radhi Mat Din bekas penyerang bolasepak kebangsaan(2 dari Kiri), Chairil Anwar bekas penyerang Hoki Kebangsaan(3 dari kiri), Yasir Said bekas juara Cup Prix Malaysia(Kanan sekali), dan khabarnya Misbun Sidek bekas pemain badminton negara.

Tangan terkulai ditetak suami

MALANG...Revethi trauma diserang suami.
MALANG...Revethi trauma diserang suami.
IPOH: Berang kerana isterinya enggan menyerahkan wang gaji, seorang lelaki mengamuk dan menetak kedua-dua tangan isterinya dengan parang hingga hampir putus di rumah mereka di Padang Tembak di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, lelaki berusia 24 tahun itu turut mengamuk di luar rumah dan menyerang jirannya dikenali sebagai Visvanathan, menyebabkan remaja lelaki berusia 18 tahun itu cedera parah di kaki, perut dan tangan.


Suspek dikatakan seorang kaki botol dan sikapnya itu menyebabkan isterinya, R Revethi, 21, enggan menyerahkan wang apabila diminta kerana tahu suaminya akan menggunakan wang itu untuk minum arak.

Apabila permintaannya tidak dipenuhi, suspek dikatakan meluru ke dapur mengambil parang lalu menetak mangsa di depan tiga daripada empat anak mereka yang berusia lima, tiga dan setahun.




Sejurus melihat isterinya terbaring berlumuran darah dan menjerit kesakitan, lelaki itu keluar rumah dan meluru ke arah Visvanathan, jiran yang tinggal selang tiga rumah dari kediamannya.

-hmetro-

Takziah Pada Yang Menang Dan Tahniah Pada Yang Kalah.

mazwandi
Kepada ketiga-tiga Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayob, YB Husam Musa dan YB Mahfuz Omar, diucapkan juga takziah kerana terpaksa menanggung tanggungjawab yang besar ini. Segala amanah ini akan ditanggung oleh kesemua 5 hamba Allah ini untuk di dunia, di alam barzakh, dan di Padang Masyar kelak. Segala saat kehidupan 5 hamba Allah ini akan dihisab dengan berat kerana ianya adalah amanah yang berat, iaitu amanah memperjuangkan Islam dimuka bumi Allah ini.

Takziah kepada semua yang menang bertanding jawatan pada Muktamar  tadi. Takziah hamba ucapkan kepada Tok Guru Abdul Hadi Awang kerana masih kekal sebagai Presiden PAS untuk sesi ini. Takziah juga hamba ucapkan kepada Saudara Mohamad Sabu kerana telah berjaya memenangi untuk menanggung amanah berat dari Allah SWT memimpin sebagai Timbalan Presiden PAS.


Tidak lupa juga hamba ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasarudin kerana telah terlepas dari menanggung amanah yang amat berat ini atas kekalahan yang diberikan oleh Allah SWT kepada ustaz sekelian. Percayalah, ustaz semua akan berasa tersangat bersyukur nanti di akhirat sana kerana hisab untuk menanggung amanah ini telah diberikan kepada orang lain.

Hamba secara peribadi juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Idris Ahmad, kerana beliau telah tidak berjaya untuk menanggung galas amanah berat yang melampau sebagai Naib Presiden PAS. Sebagai biras beliau, hamba sebenarnya berasa sungguh bersyukur dan sedikit gembira kerana Allah SWT telah melepaskan satu beban amanah kepada beliau untuk ditanggung di Padang Masyar nanti.

Diharap, dengan kekuatan baru sekarang ini, jangan ada lagi suara puaka yang mengadu domba semangat ukhuwah jemaah Islam dengan kata-kata assobiyah didalam jemaah. Diharap kerja kita adalah kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa kitalah yang buat kerja, kita lah yang terbaik, kitalah yang memenangkan PAS. Bukan, yang memenangka dan mengalahkan kita adalah Allah SWT. Kita hanya sebagai hambaNya yang menjalankan Amanah dan tugas yang diberikan oleh Allah SWT.

Semua naib presiden PAS ditarbiah ulama

Naib presiden PAS yang baru Datuk Husam Musa menolak pengkelasan antara golongan ulama dan profesional dalam parti itu kerana ia hanya wujud di media.

Sedangkan, katanya, beliau sendiri dan dua penyandang yang mempertahankan jawatan - Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - juga mendapat didikan dan tarbiah daripada golongan itu.

"Tak ada isu sama ada kami menentang ulama dan ulama meminggirkan kami. Kami, saya, Salahudin, Mahfuz dan Mat Sabu dari kecil dibesarkan dengan tarbiah atau didikan ulama," kata Husam.

Menurut Husam, keputusan hari ini juga memberi isyarat bahawa ahli parti itu hendak melihat prestasi parti meningkat dan mahukan wakil rakyat yang boleh fokus untuk pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Tugas saya besar, untuk jaga pokok supaya berbuah," katanya.

Katanya, cabaran PAS dalam politik Malaysia untuk mencari corak politik yang boleh diterima, munasabah dan adil dalam masyarakat majmuk.

"Jadi kami kena yakinkan orang Melayu dan bukan Melayu," kata Husam lagi.

Dalam pertembungan enam penjuru, tiga naib presiden itu telah mengetepikan dua calon ulama - Idris Ahmad dan Mohd Amar Nik Abdullah - dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara itu, Seri Nizar Jamaluddin dalam reaksi segeranya berkata tidak sedih dengan kekalahan yang diterimanya kerana perwakilan membuat "pilihan paling baik".

"Kepimpinan yang dipilih hari ini jauh lebih bersepadu dalam membantu presiden dan timbalan presiden.

"Ia menjadi satu signal untuk memperkukuh kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan NGO," katanya.

Katanya, keputusan yang diumumkan oleh ini adalah pilihan terbaik daripada perwakilan dan "bukan soal siapa menang atau kalah".

Sebaliknya mereka memilih calon yang menawarkan tenaga dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya lagi, tidak timbul persoalan profesional menguasai kepimpinan PAS hari ini kerana kedua-dua tersebut "tidak ada perbezaan, sebaliknya mereka dipilih kerana mahu memimpin parti.
-malaysiakini-

Tiada masalah bukan ulamak jadi pimpinan PAS - Presiden

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Tiada masalah timbalan dan naib-naib presiden bukan dari golongan ulamak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau sebaliknya gembira dengan keputusan yang dibuat perwakilan dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2011-2013.

"Saya bersyukur dengan perpaduan yang wujud. Walaupun berbeza pandangan dari segi menentukan calon, tapi kita mendapat keputusan yang penuh kemesraan.

"Semua pihak menghormati keputusan perwakilan dan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13," kata beliau pada sidang media di muktamar PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad hari ini.

Beliau menambah, PAS memang pernah memilih bekas Yang Dipertua parti yang kedua bukan dari golongan ulamak.

"Ini bukan perkara baru. PAS pernah pilih Haji Abas Alias yang bukan daripada ulamak sebagai yang dipertua PAS yang kedua.

"Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak, dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat," katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Sementara itu, Mohammad Sabu menyatakan komitmennya untuk membantu Ustaz Hadi melebarkan pengaruh PAS di kalangan NGO dan parti-parti lain.

Tegasnya juga, beliau tetap mementingkan kepimpinan ulamak dalam PAS.

"Saya akan cuba bantu Presiden untuk bidang melebar luaskan pengaruh PAS kepada bukan Melayu, bukan PAS dan NGO.

"Kepimpinan ulamak tetap dipertegaskan, bukan macam Umno yang letak Ulamak dalam bentuk biro.Dalam PAS ulamak adalah satu majlis syura dan ada dewan yang akan mengawal dasar parti," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi turut menyifatkan kepimpinan yang baru ini sebagai kabinet pilihan raya.

Mengulas lanjut, beliau yakin kepimpinan baru ini mampu membawa PAS lebih diterima masyarakat sekaligus relevan menggantikan Umno.

"Ahli-ahli memilih saf hadapan untuk pilihan raya. Sebab itu kabinet saya kali ini kabinet pilihan raya," katanya.

Kenapa Baru Sekarang Mahu Tubuh Inkues Sarbani ?


SHAH ALAM, 4 JUN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meragui keputusan mengejut Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk membentuk sebuah inkues berhubung kes kematian pegawai kanan Kastam Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. 

Penubuhan inkues itu hanya diketahui selepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah pada 2 Jun lalu menyatakan polis akan memohon diadakan inkues dan perkara itu dipersetujui Peguam Negara.

Nurul Izzah dan N. Surendren dalam kenyataan bersamanya berkata, cadangan penubuhan itu bukan sahaja mengejut dan meragukan, malah ianya tidak sesuai dan tidak tepat dalam konteks undang- undang.

Justeru, PKR berpendapat sebuah inkues tidak boleh ditubuhkan sewenangnya apabila pendakwaan kes jenayah lebih sesuai dijalankan.
  
Sarbani adalah seorang individu berkeluarga yang sempurna akal dan sihat tubuh badan yang secara sukarela datang ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk membantu siasatan.

Beliau meninggal dunia setelah disyakki jatuh dari tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun tiada bukti konkrit yang mengatakan beliau membunuh diri.

Allahyarham juga terbukti tidak mengumpul kekayaan di luar keupayaan dan kemampuannya sepanjang berkhidmat dalam pasukan kastam.

"Motif bunuh diri adalah sangat tidak munasabah dan tidak wujud sekelumit pun," jelas Izzah dan Surendren.

Beberapa fakta yang wujud secara jelas dan tegas membuktikan kewujudan salahlaku yang membawa kepada kematian Sarbaini, khususnya apa yang diperincikan oleh balu Allahyarham di dalam laporan polis yang dibuat pada 2 Mei 2011, di mana pegawai penyiasat SPRM telah mengakui bahawa 'orang mereka' bertanggungjawab atas kematian tersebut.

kedua- dua naib presiden PKR itu menegaskan PDRM dan Peguam Negera sepatutnya daripada awal sudah menubuhkan inkues jika terdapat keraguan yang serius mengenai punca kematian allahyarham.

Tambah menjelikkan sejak kematian berlaku, polis memberikan gambaran seolah- olah proses siasatan berjalan lancar.

"Apakah gambaran ini diberikan hanya semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat yang bangkit berikutan kematian tragis ini ?" soal mereka. 

Pada pertengahan April, polis telahpun menyatakan proses siasatan telah masuk ke fasa akhir. Kini, terbukti segala bentuk siasatan yang dibuat mahu menutup kemarahan rakyat semata-mata dan sebuah inkues terpaksa diwujudkan.

"Mengapa rakyat diselewengkan daripada fakta sebenar dalam hal ini?" soal mereka lagi.

Pengumuman mengejut bersabit penubuhan inkues ini dibuat sehari selepas PKR menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) yang mempersoalkan ketirisan PDRM dalam mengendalikan kes ini.
-tvsnews-

Tak ada kecewa dalam PAS

NONE
Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menafikan beliau kecewa dengan tumbangnya dua calon ulama dalam pemilihan timbalan presiden PAS hari ini.

"Saya tak pernah kecewa. Itu pandangan saya. Kalau majoriti kata perlu gandingan (ulama dan profesional) itu, itu percubaan yang cukup baik," katanya kepada pemberita.

Haron antara yang paling ke depan dan terbuka meminta anggota PAS memilih golongan ulama untuk mengisi jawatan tertinggi dalam parti itu.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad pula menolak dakwaan bahawa kumpulan pro-Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menguasai parti itu.

"Tak betul, itu telahan media saja.... Media juga yang kata pertandingan kali ini sengit. Bagi saya tak ada apa-apa pun," katanya.

Idris kalah dalam pertandingan enam perjuru untuk kerusi naib presiden. Bagaimanapun beliau menerima kekalahan itu dengan lapang dada.

"Saya banyak tugas lain lagi dalam PAS ini. Kita cuma mahu pahala saja," katanya lagi.

-malaysiakini-

Mat Sabu: Ini perubahan untuk p'raya

NONE
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perubahan kepimpinan yang berlaku dalam pemilihan PAS kali ini disebabkan muktamar yang diadakan berdekatan dengan pilihan raya.



"Muktamar diadakan dekat dengan pilihan raya, oleh itu ahli cederung memilih pemimpin terlibat dengan segmen masyarakat dan kemasyarakatan.

"Perwakilan lebih cenderung kepada aktivisme, iaitu (memilih) mereka yang telibat secara langsung dengan masyarakat.

"Tidak bermakna yang tidak cukup undi, tidak ada aktivisme, tetapi perwakilan (dilihat) lebih cenderung ke arah itu," katanya.

Sebagai contoh, katanya, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman mendapat undi tertinggi dalam pemilihan jawatan tersebut dengan 804 undi kerana terlibat bersama perjuangan peneroka Felda.

"Penglibatan beliau dalam Persatuan Anak-anak Felda (ANAK) untuk mengubah minda peneroka. Walaupun secara umumnya tidak berjaya secara menyeluruh, tetapi usaha yang dipelopori mendapat penghargaan perwakilan di seluruh negara," katanya.

Perubahan biro

Dalam pemilihan PAS bagi sesi 2011-2013, Mohamad menang dalam perebutan tiga penjuru dengan menewaskan penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan timbalan presiden.

Mohamad mendapat 420 undi, Nasharudin memperolehi 224 undi, manakala Tuan Ibrahim meraih 399 undi.

Ketika ditemui Malaysiakini dan Harakah selepas diumumkan kemenangannya, Mohamad menyatakan kegembiraan, terharu dan "terbayang-bayang tanggungjawab" yang akan dipikul bersama-sama dengan rakan sejawatan.

"Apa yang disebut dalam tawaran bersama dalam mengepalai parti iaitu untuk mengembangkan pengaruh PAS kepada bukan Melayu dan non-muslim," katanya.

Ditanya perubahan yang akan dilakukan selepas ini, katanya perubahan secara menyeluruh tidak ada, tetapi "mungkin ada" dari sudut biro walaupun tidak menyeluruh.

Katanya, PAS juga akan memperkukuhkan peranannya dalam Pakatan Rakyat dan NGO dalam usaha untuk menuju ke arah negara berkebajikan untuk rakyat.

'Bertenggek' atas kepimpinan ulama

Dalam temuramah itu juga, beliau juga menyatakan kehairanannya berhubung media massa yang dikuasai Umno yang membuat liputan mengenai kepimpinan ulama menjelang muktamar.

"Apa maksud mereka? Umno meletakkan (ulama) dalam satu biro. Kita letak dibawah majlis syura dan dewan ulama. Jadi kita kuat, teguh dan wibawa," katanya.

Katanya, perubahan kepimpinan yang berlaku sedikit sebanyak merubah persepsi masyarakat umum bahawa PAS tetap terjaga di bawah kepimpinan ulama.

Bercakap mengenai agenda memperkasakan ulama, Mohamad berkata beliau amat mengagumi beberapa ulama dalam dan luar negara termasuk dua bekas presiden PAS Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor.

Mohamad berkata beliau tidak bersetuju dipanggil ulama yang didakwanya "bertenggek atas nama kepimpinan ulama" sedangkan mereka tidak menonjolkan sifat-sifat atau menterjemahkan diri sebagai pewaris Nabi Muhammad SAW.

Beliau juga berharap kepada perwakilan dan penyokong untuk terus bekerkas dan menterjemahkan dan melaksanakan ucapan dasar presiden secepat mungkin dalam usaha untuk menguasai Putrajaya.
-malaysiakini-

Tuan Ibrahim: Tidak timbul soal ulama, bukan ulama

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Tidak timbul soal ulama bukan ulama yang sedang dimainkan media pro Umno terhadap saf kepimpinan baru PAS, kata bekas calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada Harakahdaily beliau berkata, keputusan pemilihan PAS yang diumum hari ini membuktikan perwakilan faham struktur dalam PAS yang sememangnya diterajui Majlis Syura Ulama.

"Kita ada panduan dari Majlis Syura, ini akan memandu parti kita.

"Saya fikir ia tidak mencerminkan penolakan terhadap ulamak, tetapi mereka faham ulama tetap tertinggi dalam PAS melalui Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS Pusat," katanya yang juga dilihat dari kelompok ulama, dalam pertandingan tiga penjuru jawatan Timbalan Presiden PAS.

Dalam keputusan hari ini, beliau dan penyandang sebelum ini Nasharudin Mat Isa, bagaimanapun tewas kepada Mohamad Sabu yang dilihat bukan dari kelompok ulama.

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224.

Bagi tiga jawatan Naib Presiden pula, perwakilan telah memilih Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Media Umno bagaimanapun menganggap 'line up' baru kepimpinan parti itu sebagai wujud penolakan kepada kelompok ulama di kalangan perwakilan.

Mengulas perkara sama, Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu turut merasa hairan dengan sikap Utusan.

"Hanya media Umno main isu ulama-profesional ini. Kenapa tiba-tiba Utusan menjadi sayang kepada ulama menjelang muktamar.

"Sedangkan kita yang menang ini semuanya mendokong kepimpinan ulama,"katanya.

Naib Presiden PAS yang baru, Datuk Husam Musa pula berkata, ia hanya propaganda media Umno untuk memecahbelahkan parpaduan dalam PAS.

"Struktur ulama sememangnya kukuh dalam PAS. Paling tinggi Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan Majlis Syura.

"Saya, Mahfuz, Mat Sabu dan Salahudin darpada kecil dalam PAS, membesar dan dididik oleh Ulama PAS, jadi tidak ada apa-apa perubahan pun" tegasnya.

Mengulas peranan yang mahu dimainkannya sebagai salah seorang naib presiden PAS yang baru, beliau berkata mahu menumpukan kepada kemenangan PAS pada PRU-13 akan datang.

"Kemenangan ini untuk kita merangka pelan kejayaan PAS dalam PRU-13 dan meletakkan PAS pada posisi yang betul agar diterima rakyat pelbagai kaum," katanya.

Tuan Ibrahim ketika diminta mengulas kekalahannya pula, redha dengan keputusan pengundian oleh perwakilan tersebut.

"Alhamdulillah, Allah mengurangkan beban saya di akhirat. Saya tak rasa kecewa kerana kita tahu ruang berjuang dalam parti sangat luas," katanya.

Kerajaan negeri Selangor rampas tanah pemaju kerana roboh rumah panjang


PETALING JAYA, 4 JUN: Sehari selepas pemaju bertindak merobohkan dua rumah panjang penduduk kampung PJS1, kerajaan negeri hari ini mengeluarkan arahan merampas tanah milik pemaju seluas 11 ekar di PJS1.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas tanah itu perlu dibuat berikutan pemaju, Peter's Brickworks Sdn Bhd gagal menjalankan tanggungjawab sosialnya, melaksanakan pembangunan dan menyelesaikan masalah setinggan dikawasan itu.

Untuk rekod, sebelum ini kerajaan negeri UMNO BN sekitar tahun 80-an menjual tanah serendah RM100 seekar kepada pemaju Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sendirian Berhad, untuk tujuan pembangunan.

Khalid turut menambah, kerajaan negeri pimpinannya turut diberitahu bahawa Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan tanah tersebut.
  
Namun sehingga kini pihak pemaju gagal melaksanakan tanggungjawab sosialnya.

Justeru, kerajaan negeri nekad untuk merampas tanah tersebut untuk dimanfaatkan dengan membina rumah mampu milik dan sekolah untuk kegunaan masyarakat setempat.

"Kerajaan Negeri kesal kerana pemilik tanah telah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik walaupun mereka telah mendapat ganjaran yang tinggi melalui pemilikan tanah," kata Khalid.
 
Kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemilihan pemaju-pemaju seperti ini.
 
“Kita risau pemaju sebegini yang kurang bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Sebab itu kita mahu berbincang dengan Bank Negara tentang kualiti pemilihan pemaju,” kata Khalid.

Semalam pemaju bertindak menyerbu kawasan PJS1 dan memusnahkan rumah panjang yang dihuni oleh tiga keluarga.

Pemaju menggunakan dua buah jentolak dan diiringi sekumpulan polis merobohkan rumah penduduk tanpa rasa simpati.

Sebelum ini penduduk membuat bantahan ekoran pemaju enggan menuruti arahan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) supaya membekukan kerja- kerja perobohan dikawasan itu.

Kerja- kerja itu berjaya dihalang selepas Ahli Majlis MBPJ, Latheefa Koya yang juga seorang peguam berjaya mendapatkan injuksi dari Mahkamah Tinggi Shah Alam.
-tvsnews-

Negara Islam cuma utopia di minda

 Dr Mohd Asri Zainul Abidin
pas muktamar 030611 hadi awang 02
Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menyebut: "Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan".

Bagi saya ini adalah satu kemajuan yang memberangsangkan dalam PAS. Dalam masa yang sama bererti PAS terus bersama dengan gerakan Islam lain di dunia ini yang mula keluar dari retorik negara Islam kepada realiti kenegaraan yang sebenar yang diperlukan oleh manusia. 

Ya, tiada dalam Islam istilah negara Islam atau daulah Islamiah atau Islamic state seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Ia satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah (decolonization). 

Sebelum itu, kitab-kitab fekah Islam hanya menyebut Darul Islam atau wilayah Islam yang merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam ketika itu. Apabila perkataan daulah Islamiah muncul, kemudian diikuti kebangkitan revolusi Syiah di Iran, maka perkataan itu mula dipopularkan oleh para pejuang politik islami di seluruh dunia. 

pas muktamar 030611 hallDisebabkan istilah ini juga mereka berbalah bahkan menuduh pihak lain kurang Islam disebabkan tidak bersama dalam perjuangan menegakkan negara Islam itu. Walaupun kadang-kala pertentangan ada asasnya, namun sebahagiannya hanya disebabkan perbezaan istilah yang dipakai.

Cuma, sekian lama ramai gerakan Islam yang memperjuangkan istilah ini, mereka masih gagal menetapkan satu takrifan yang jelas dan realistik. Gambaran yang terlalu ideal tentang kenegaraan menjadikan negara Islam itu bagaikan satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata. 

Kita boleh lihat khayalan Hizbul Tahrir yang cuba berkembang di negara kita pada hari ini. Ia bolehlah dikatakan utopia state yang hanya wujud di minda, tidak mungkin pada realitinya.

Sebahagian mereka yang terlibat secara langsung dengan politik kenegaraan, mereka mula sedar tentang realiti sebenar sesebuah pemerintahan. Kembali mereka merujuk kepada al-Quran, hadis, dan amalan khalifah Islam yang mendapat petunjuk (Khulafa al-Rasyidin), mereka akhirnya jelas mengapa perkataan negara islam itu tidak wujud atau tidak disebut. 

Negara kebajikan yang mana?

pas muktamar 030611 hall 02
Politik kenegaraan dan seninya sentiasa berubah mengikut keperluan suasana. Namun, prinsipnya kekal. Ini kerana Islam satu agama realistik. 

Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya.

Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya. 

Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum - sama ada hudud atau tidak - dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkinkan keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi. 

Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan.

pas muktamar 030611 audience 02
Sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih kehadapan, namun hari ini - dengan kenyataan presiden - akan memberikan nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

Cumanya, saya sedang meneliti apakah maksud 'negara kebajikan' yang hendak diwujudkan. Saya percaya presiden PAS ada kerangka yang jelas. Ahli-ahli hendaklah difahamkan terlebih dahulu sebelum membicarakannya secara meluas. 

Ini kerana welfare state mempunyai pelbagai gambaran. Secara umum, dunia memahami welfare state adalah negara-negara yang memakai model Nordik seperti Norway, Denmark dan Sweden. Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut.
-malaysiakini-

Jabatan IT PAS yang sangat-sangat mengecewakan

Kenapa tak ada siaran langsung kami minta Jabatan IT PAS jawab. Ramai pengujung Web TV PAS yang kecewa. Dibawah ini saya saya 'paste'kan luahan rasa mereka dari 'shoutbox'  Web TV PAS

4 Jun 11, 12:44
akhi Muaz: Allah mahu kamu mengenalinya
4 Jun 11, 12:44
akhi Muaz: tuntutan Allah terhadap kamu sudah ke belum
4 Jun 11, 12:42
nipmat: Tuntutan Allah tu. sheikh.
4 Jun 11, 12:42
nipmat: Lain kali utk program sebesat ini, di layari seluruh dunia, kawan dan lawan, bila buat kerja. sukarelawan ke paksarela ke, bergaji ke, tak bergaji ke, bila dah ambil tugas buat dgn sempurna & terbaik
4 Jun 11, 12:42
akhi Muaz: siaran lgsung bgi muktamar tiada..
4 Jun 11, 12:42
akhi Muaz: kan dh cakap dlm status fb pas semalam....
4 Jun 11, 12:39
pok ding gebeng: bengong lagi..og nak tengok muktamar ler... dah brehat ke?
4 Jun 11, 12:39
mincairo: bru buka siaran ke ni
4 Jun 11, 12:37
akhi Muaz: harap diklgn ahli pas..tegur biar bil hikmah...bru ada berkah...dn biar kena tempat..insyAllah kemngn akn datang...KEMENNAGAN MUHAMMAD AL-FATIH JADIKAN PENGAJARAN
4 Jun 11, 12:36
akhi Muaz: kelemahan dri pihak it..harap dapat dimaafkan..rapatkanlah silaturrahim dikalagn jemaah..insyAllah..syurga ganjrn kit
4 Jun 11, 12:35
akhi Muaz: tanya pulak sapa suruh tak tido...tu dah ada siaran
4 Jun 11, 12:34
aman: Hendak Ampu Biar betul tempat jgn jadi umno
4 Jun 11, 12:34
pok ding gebeng: sape sughoh tok tido..dlm al-quran kata jgn campakkan diri dlm kebinasaan
4 Jun 11, 12:33
akhi Muaz: ADA siaran lgsung pun komen x da pun komen......manusia2
4 Jun 11, 12:33
akhi Muaz: ADA TIDO...TAK DA LA LETIH
4 Jun 11, 12:33
akhi Muaz: kelemahan masing2..unit it..24 jam tak tido...dlm kitab ada cakap.... TAK TIDO ADALAH LETIH
4 Jun 11, 12:32
akhi Muaz: unit it ..manusia..kalain juga manusia...
4 Jun 11, 12:31
aman: Ini Muktamar da...Bukan selalu setahun sekali
4 Jun 11, 12:31
akhi Muaz: komen biar bil hikmah..bru dapat didengar
4 Jun 11, 12:31
pok ding gebeng: fb bukan ada suara bengong..orang nak dengo live..guane bodo gitu...neh
nipmat: Sukarelawan?.. itu amanah. Kata berpegang pada Allah tadi, maka Allah menuntut yg terbaiik. Tak pun kerja mesti selesai. Xde live maknanya gagal tu.
4 Jun 11, 12:29
aman: Apa dah Kena dgn Pas ni Makin Hancuk...
4 Jun 11, 12:28
akhi Muaz: siaran lgsung bukan selalu bulih buat...
4 Jun 11, 12:28
akhi Muaz: kalu rasa fed up..pi la bukak fb pas..ada update
4 Jun 11, 12:27
akhi Muaz: dlm it..jarang jbtn it dengr
4 Jun 11, 12:27
akhi Muaz: kritik dlm chatbox orang pengecut..pi la pejbt pas ke...pi muktmr ke...pi cermh ke...kritik hbis2...
4 Jun 11, 12:25
akhi Muaz: u. it tidk bergaji...sukarelawan
4 Jun 11, 12:22
nipmat: Makcik Gemok: hempok depa dgn badan makcik tu, ada 100kg tak? LAgi berat lagi melepet dia org nanti. Gurau je..
4 Jun 11, 12:21
pok ding gebeng: suhaimi embong, PAS bayor gaji mu ribu2 mu wat mende? mu wat kije bapok ape gini?
4 Jun 11, 12:21
aman: Jangan2 Ejen Umno Dlm Unit IT Pas
4 Jun 11, 12:20
aman: Tukar orang yang betul tahu it ,jgn hentam gromo
4 Jun 11, 12:19
pok ding gebeng: bodo le...neh
4 Jun 11, 12:19
nipmat: Teringat muktamat bbrapa tahun dulu. background belakang org beri speech/rostrum nampak pintu, nampak conduit dan casing wire berserabut belakang. Professinals look into such details too.
4 Jun 11, 12:19
mandurah: kecewa sungguh kami yang di luar negara ni
4 Jun 11, 12:18
pok ding gebeng: baik buke youtube dengor ust azhar idrus
4 Jun 11, 12:18
orangbayang: tengoklah berita kat tv3 ke..arina ke..
4 Jun 11, 12:17
pok ding gebeng: besor kemaluang doh ning..neh
4 Jun 11, 12:17
orangbayang: hari paling penting..tetiba tv pula rosak
4 Jun 11, 12:16
Makcik Gemok: fed up la makcik!