"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahasiswa Cabar Jamil Khir Buktikan Militan Di Mesir

ibnuirfadzi
Isu kewujudan militan di bumi Mesir semakin dipanaskan, tambahan pula perencahnya ditambah oleh seorang kakitangan kerajaan yang bernama Khairi. Maka, saya mencabar Dato Seri Jamil Khir Baharom untuk buktikan dua perkara :

1. Buktikan kewujudan militan di Mesir, kemudian...

2. Buktikan pengaruh militan yang boleh menyerap dalam pemikiran mahasiswa di Mesir

Sebelum ini, beliau berapi-api menyatakan di dalam akhbar kewujudan militan di Mesir dan bahayanya kerana boleh mempengaruhi mahasiswa di sini. Beliau menambah lagi bahawa “pegawai-pegawai” yang dihantar ke Mesir mampu mengawal dan memastikan perkara ini tidak berlaku.

Di dalam sebuah kenyataan yang disiarkan di akhbar 17 Jun :
"Di Mesir terdapat hampir 6,000 pelajar kita yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang terutama agama dan perubatan, sudah tentu mereka terdedah dengan pelbagai aliran dan fahaman perjuangan serta pergerakan atas nama Islam.

"Namun, kita mempunyai pegawai-pegawai yang sentiasa mengawasi dan berkerjasama dengan pelbagai pihak agar pelajar kita tidak terlibat dengan sebarang gerakan yang melampau," katanya.
Beliau berkata lagi :
Beliau diminta mengulas kebimbangan kemungkinan para pelajar terutama yang mengikuti pengajian di beberapa negara terutama Mesir, Jordan dan Syria terpengaruh dengan pergerakan ekstrem termasuk kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Saya mencabar beliau, sekiranya benar kenyataan ini dibuatkan berdasarkan bukti, silakan untuk membuktikan kedua-dua bukti tadi. Bertambah parah apabila kakitangan kerajaan di Mesir yang bernama Khairi, telah mendakwa bahawa Ikhwanul Muslimin adalah nama lama bagi JI. Beliau menulisnya di dalam Facebook beliau.
Khairi Jalalluddin : Jihad yang sering disalah ertikan oleh puak militan JI atau nama lamanya Ikhwan Muslimin. (17 Jun, 11.04 pm)

Tuduhan-tuduhan mengarut seperti ini perlu dibersihkan. Sila buktikan kewujudan militan di Mesir, sila buktikan pengaruh militan yang boleh menyerap pemikiran Melayu di Mesir dan sila buktikan Ikhwanul Muslimin itu adalah nama lama bagi JI.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Parah..! Bunuh Suami, Gara-Gara Piala Dunia…

Gara-gara berebut remote control untuk menonton siaran Piala Dunia 2010 di televisyen, David Makoeya (61), dari sebuah kampung kecil di wilayah Makwea, Limpopo, Afrika Selatan, dipukul hingga mati oleh keluarganya.

Kejadian berlaku ketika siaran Piala Dunia diantara Jerman melawan Australia. Ketika itu isterinya, Francina (68) bersama dua anaknya, Colin (36) dan Lebogang (23), sedang asyik menyaksikan program keagamaan di televisyen.

Makoeya meminta supaya salurannya ditukar dengan siaran bola sepak.

Namun, isteri dan kedua anaknya berkeras mempertahankan siaran yang ditontonnya. Makoeya pun berang. Dia merampas remote itu dari tangan isterinya.

Tidak puas hati, isterinya itu lalu menyerangnya. Untuk mempertahankan diri, Makoeya pun balik menyerang. Melihat kejadian itu Collin dan Lebogang membantu ibunya memukul si ayah sehingga mati.

“Nampaknya, mereka menhantukkan kepalanya ke dinding,” ujar jurucakap polis, Mothemane Malefo.

Ketiga-tiga mereka telah ditahan oleh pihak polis. Namun, Lebogang dibebaskan dengan ikat jamin US$ 200. Sementara, ibu dan kakaknya masih ditahan untuk siasatan lanjut.

-best1of4-

Nyaris maut dilanggar bekas suami

KULIM: Seorang ibu tunggal beranak lima, berusia 42 tahun, yang tinggal di sini nyaris maut dirempuh kereta yang dipandu bekas suami ketika dalam perjalanan ke pasar Padang Serai bersama seorang kawan dan anak kawannya, berusia empat tahun.

Dia yang cedera di kepala menerima lebih 20 jahitan dan luka di badan manakalanya kawannya patah kaki kanan. Anak kawan mangsa turut cedera di muka.

Menurutnya, dia berkahwin dengan bekas suaminya pada 1991 dan bercerai pada 7 Jun lalu.

“Pada 2004, bekas suaminya berkahwin lain dan tidak menghiraukan kehidupan mereka enam beranak,” katanya.

Dia mendakwa, bekas suaminya langsung tidak beri sebarang nafkah zahir dan batin sepanjang enam tahun dan terpaksa berdikari untuk menyara serta menyediakan semua keperluan anak sehingga hari ini.

Sepanjang enam tahun hidup bersama anak-anak, dia mendakwa, sering dipukul bekas suaminya sehingga mendatangkan kecederaan.

“Saya hanya bekerja kilang di Kulim dan masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta kerana penyakit angin ahmar. Tangan sebelah kiri saya tidak boleh bergerak.

"Kemalangan berlaku pada 13 Jun lalu apabila bekas suami saya menghimpit dan merempuh motosikal yang saya tunggang berdekatan kawasan klinik Permatang Tok Dik, kira-kira jam 9.10 pagi, 13 Jun lalu.

"Ketika itu, saya dalam perjalanan ke pasar Padang Serai. Saya dibenarkan keluar dari hospital setelah beberapa hari menerima rawatan di Hospital Kulim," katanya.

Sultan tidak perkenan tindakan Pemangku Raja Kelantan

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak perkenan dengan tindakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menarik balik pelantikan Jaksa Pendamai (JP) dan anugerah lain terhadap seorang keluarga diraja, Tengku Ahmad Zahiri Tengku Abdul Kadir.

Tengku Ahmad Zahari mendakwa, Sultan Kelantan kesal terhadap penarikan pelantikan tersebut selepas dimaklumkan mengenai tindakan itu ketika menghadap baginda di Istana Mahkota di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, beliau menghadap Tuanku Ismail selepas menerima surat itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias pada 9 Mei lalu, beberapa hari selepas penarikan gelaran itu.

Beliau yang juga pegawai lantikan kontrak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berkata, penarikan balik pelantikan itu terhadapnya juga berkuat kuasa 9 Mei lalu.

“Selain JP, anugerah saya yang lain ditarik balik ialah Seri Kelantan (SK), Ahli Kelantan (AK) dan Pingat Taat (PT),” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar 17 Jun lalu melaporkan, Kerajaan Kelantan mengumumkan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran datuk daripada tujuh individu oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Pada masa sama, Tengku Muhammad Faris juga menarik balik pelantikan Jaksa Pendamai (JP) terhadap tiga individu lain.

Sedia peruntukan beli buku agama

Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 19 Jun:
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyeru umat Islam memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan bagi membeli buku pengetahuan khususnya buku agama bagi mewujudkan perpustakaan mini di rumah.

Katanya, koleksi buku itu penting untuk bacaan dan rujukan seisi keluarga.

“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca, dengan menghabiskan masa lapang dengan membaca walau pun agama mereka tidak menggalakkan pembacaan, namun sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca.

“Bahkan mereka lebih cenderung mengisi masa lapang dengan kegiatan hiburan, berbual kosong dan melepak,” katanya pada Majlis Perasmian Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010 yang berlangsung di Balai Islam, Lundang dekat sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan.

Pesta buku bertema “Kelantan Memimpin Budaya Ilmu” itu bermula 18 hingga 22 Jun, anjuran bersama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, Dewan Ulama PAS Pusat, Management Sdn Bhd dan Alfa Event & Entertainment Sdn Bhd.

Menteri Besar berkata, walau pun agama Islam telah memberi penekanan khusus kepada kegiatan membaca sejak awal turunnya wahyu yang pertama, tetapi malangnya pada hari ini masih terdapat umat Islam yang sanggup membelanjakan beratus ribu ringgit pada setiap bulan bagi membeli perkara yang tidak bermanfaat.

Justeru, anjuran pesta buku antarabangsa itu bagi menarik lebih ramai masyarakat khususnya di neger ini agar menjadikan budaya dan amalan membaca sebagai amalan harian.

“Marilah sama-sama kita menukarkan tradisi bahawa umat Islam adalah umat yang tidak jemu-jemu belajar, mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam semua aspek kehidupan.

“Sesungguhnya semua kemajuan itu hanya dapat dicapai oleh umat manusia dengan ilmu pengetahuan, yang hanya diperolehi menerusi pembacaan serta pengkajian yang mendalam dan berkesan, insya Allah,” katanya.

Penurunan Rizab FELDA, Kerajaan Perlu Memperincikan Penggunannya

Kerajaan digesa memberi maklumat terperinci mengenai penurunan rizab Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda yang mengalami kemerosot mendadak dalam rizab tunainya.

Peguam Gabungan Anak Peneroka dan Generasi Kedua (ANAK), Ahmad Nizam Hamid berkata dengan kemerosotan rizab sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun itu perlu diberi perhatian telus oleh kerajaan dalam memperincikan setiap penggunaanya.

“Kita memang tuntut berikan ketelusan dalam perbelanjaan Felda ini kerana ini sebuah syarikat
penyumbang pendapatan kedua terbesar di negara selapas Petronas.

“Duit ini kita tidak tahu ke mana ia pergi dan dalam masa yang n sama nasib peneroka cuma lebih baik sedikit daripada mereka yang mula-mula masuk 30 tahun dahulu,” katanya.

Beliau bekata pembaziran wang sebanyak RM2.73 bilion itu tidak menterjermahkan kepada keprihatinan kerajaan dalam menggunakan wang masyarakat Felda sebaik-sebaiknya.

“Memang tidak menjaga peneroka generasi ke 2 dan ke 3 dan kita tidak tahu duit ini pergi ke mana. Sebahagian didedahkan oleh kerajaan ialah melancarkan futsal Felda yang menelan belanja jutaan ringgit dan manfaatnya pula hanya untuk segelintir. Di Felda sendiri pun kita tahu terlalu banyak masalah seperti ekonomi dan sosial,” katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu memperincikan segala perbelanjaan yang melibatkan wang Felda ekoran Felda adalah penyumbang besar kedua pendapatan negara selepas Petronas.

“Kita tuntut mereka dedahkan, kedua kita minta laporan audit yang jelas dan telus dan ketiga kita minta satu siasatan diraja untuk tuntut mana pergi duit ini,” katanya.

Selain itu beliau turut meminta kerajaan memberi maklumat terperinci mengenai jumlah peneroka, kawasan tanah dan pendapatan peneroka program tersebut.

DAP Selangor Tidak Akan Termakan Umpan Parti Lawan

DAP Selangor yakin tren pengkhianatan Adun-Adun DAP yang berlaku di Perak tidak akan menular ke Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata wakil rakyat DAP Selangor dan akar umbi parti komited memperkasa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan tidak akan termakan dengan umpan parti lawan.

Adun Sekinchan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan saman DAP Perak terhadap dua bekas Adun parti itu yang berpaling-tadah dan menjadi wakil rakyat bebas yang mesra Barisan Nasional.

Dalam kejadian itu, Adun Malim Nawar Kashvinder Singh dan Adun Jelapang Hee Yit Fong menghadapi tindakan saman RM5 juta ringgit kerana melanggar kontrak kesetiaan yang dimeterai pada PRU-12 lalu.

Ng Suee Lim berkata amalan kontrak taat-setia tidak perlu diamalkan di Selangor buat masa ini.

“Saya berfikirkan buat setakat ini di Selangor tidak diperlukan untuk menyekat atau menghalang mana-mana ADUN untuk berpaling tadah atau melompat parti, saya sentiasa percaya seseorang ADUN mereka tidak selesa dengan sesebuah parti dan ingin melompat walaupun dengan apa kaedah sekali pun kita terikat tali dan sebagainya, orang-orang ini akan memikirkan bagaimana kaedah terbaik akan mengatasi ikatan tersebut dan akhirnya mereka akan melompat kerana mereka sudah lari daripada perjuangan.

“Kalau yang tidak lompat, tidak ada sebarang perjuangan pun mereka tidak akan lompat kerana mereka istiqamah kepada perjuangan dan ini pandangan saya," katanya.

Alasan Nazri Aziz Berhubung Lesen Judi Sukan Tidak Munasabah

Alasan Menteri Kerajaan Umno-BN kononnya lesen judi sukan diluluskan sebagai menghormati hak masyarakat bukan Islam disifatkan tidak munasabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Lee Ying Ha berkata masyarakat bukan Islam secara jelas menolak perlaksanaan lesen judi ini kerana ia membawa kesan mudarat kepada masyarakat dan institusi keluarga.

Adun Pakatan Rakyat ini berasa terguris dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz yang seolah-olah menuduh masyarakat bukan Islam di negara ini menyokong jenayah judi.

“Kalau dia kata yang bukan Muslim, kita katakan semua bukan Muslim pun tidak setuju, apa dia cakap ni? Dia tidak ada buat kajian ke? Selalunya dia bagi komen, dia kata bagi untuk bukan Muslim tu jadi adakah ini bermakna yng bukan Muslim itu semua pergi judi sampai wang habis,” katanya.

Usaha kerajaan 1Malaysia membudayakan judi sukan mendapat tentangan hebat Pakatan Rakyat, yang kemudiannya mengharamkan kegiatan judi sukan di semua negeri pimpinannya meskipun kerajaan Umno meluluskan pertaruhan sukan kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd.

“Sepatutnya kita mempunyai suara daripada masyarakat tidak kira Muslim atau bukan Muslim sangat jelas, kita tidak mahu perjudian bola, kita sudah ada terlalu banyak perjudian di negara kita sampai dalam sidang dewan yang lalu, kita sudah buat satu usul.

“Terlalu banyak cabutan bertuah dulu dua kali dalam satu minggu sekarang sampai empat kali satu minggu, saya tidak kira itu Muslim ke atau tidak Muslim, kalau perjudian ada di sana, ini manusia pun ada niat hendak mencuba apa benda itu jadi kalau kita bercakap benar, sekarang pejudian empat ekor ini semua, kita pun boleh nampak Muslim pun beratur di sana membeli nombor ekor,” katanya.

Fesival Ramadhan: Lucunya mahu tarik pelancong Arab

Wartawan Kita
KOTA BHARU, 19 Jun:
Sempena kedatangan Ramadhan 1431, Kementerian Pelancongan Malaysia diwar-warkan akan menganjurkan suatu pesta yang dinamakan Festival Ramadhan pada tahun ini bertempat di I-City Shah Alam, sesuatu yang melucukan.

Sebelum ini lokasi sama diadakan festival sempena sambutan Hari Natal.

Antara yang disebut tujuan Festival Ramadhan yang bakal dianjurkan oleh kementerian yang diterajui oleh Datuk Seri Ng Yen Yen ialah untuk menarik pelancong daripada Timur Tengah.

Bagi Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelanconagan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin, tujuan Ng Yen Yen untuk menarik pelancong Arab menyertai festival itu juga suatu yang agak melucukan.

Di Kelantan, katanya secara khusus di Kota Bharu semenjak Kelantan diperintah oleh PAS, program yang dinamakan Ihya Ramadhan di Negeri Serambi Mekah telah dilaksanakan selama hampir 20 tahun yang lalu.

Katanya, bermula dengan khemah terawih di tengah-tengah pusat bandar di Parit Dalam, hari ini ia dijadikan sebuah perkampungan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke IV yang dinamakan Qaryah Ramadhan.

Jelasnya, qaryah dalam bahasa Arab bermaksud kampung di mana Qaryah Ramadahan mula diperkenalkan pada tahun 2007.

“Adakah ini satu lagi inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan yang ingin ditiru oleh kerajaan Pusat selepas mereka meniru cuti Sabtu, cuti bersalin, takaful warga emas dan sistem gadaian Islam dan lain-lain,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, Qaryah Ramadhan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri padat dengan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan amalan dan ibadat rakyat Kelantan.

Antarany, kata beliau majlis iftor (berbuka) secara terbuka yang setiap hari anggaran ratusan orang yang turut serta yang mana makanan disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dengan penajaan bandan korporat serta sumbangan orang ramai.

“Solat terawih pula diimami oleh imam yang didatngkan dari Mesir. Imam ini juga bertindak sebagai pembimbing untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran selepas selesai solat terawih. Pada sebelah dinihari pula imam ini akan mengetuai solat qiamullail,” ujarnya.

Selain itu, katanya pelbagai aktiviti lain diadakan sepanjang bulan Ramadhan seperti forum atau ceramah sempena Nuzul Quran dan Badar Qubra.

Tambahnya lagi, pada sebelah petang para belia dan remaja dihidangkan dengan slot-slot intraktif dan talkshow yang memberi maklumat dan aktiviti bermanfaat kepada mereka.

Di samping itu, ujarnya lebih menarik sepanjang malam hingga ke subuh pelajar-pelajar maahad tahfiz mengadakan relay Al Quran yang dibaca secara berterusan.

Pihak kerajaan juga, tambahnya melalui syarikat kaitan dengan kerajaan (GLC) mengambil peluang menyampaikan zakat dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Pendeknya, jelas beliau pelbagai aktiviti keagamaan dilangsungkan di Qaryah Ramadhan dalam usaha untuk menghidupkan (ihya’) Ramadhan di Kelantan.

Ini, katanya sering diwar-warkan oleh Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, “Kalaupun kita tidak dapat merasai suasana Ramadhan di Mekah, paling kurang kita merasai kemeriahan Ramadhan di Serambi Mekah”.

Menurutnya, Fesitival Ramadhan telah mendapat bantahan daripada bebrapa pertubahan bukan kerajaan jika ia dianjur atas sifat sebuah pesta semata-mata dengan tidak mengambil kira tujuan ibadah dan peningkatan amalan di bulan mulia ini.

Beliau berkata, masyarakat Arab yang begitu teruja dengan suasana Ramadhan di negara mereka tidak akan melancong ke luar negara semata-mata untuk menyertai suatu festival yang sekadar untuk tunjukan bahawa negara ini kaya dengan pelbagai makanan melalui jualan bazaar Ramadhan.

“Adakah orang Arab berselera untuk menikmati bubur lambuk kita,” ujarnya sinis.

Namakan kucing parsi dengan peristiwa hitam Najib

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 19 Jun: Naib
Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan kucing parsi yang dibeli Datuk Seri Najib Razak dinamakan dengan mana-mana peristiwa hitam yang berlaku zaman pemerintahan Perdana Menteri itu.

Sebagai cadangan, beliau mahu Najib mempertimbangkan beberapa nama seperti Kucing Persia: PKFZ, Scorpene, F5E, Sime Darby, L dan M, KTM Tanjung Pagar, Ban Judi Bola, Kem Sungai Besi, GST, Ban Subsidi, APCO, PRK Sibu atau Monggolia Altantuya.

"Dengan menjenamakan jenama-jenama di atas maka Najib dan seluruh rakyat Malaysia akan terus mengingati peristiwa-peristiwa hitam sebagai sejarah 1Malaysia," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau turut menyambut baik cadangan Najib yang mahu rakyat memberi cadangan nama kepada kucing yang baru dibelinya tersebut.

Nama-nama yang dicadangkan itu, katanya juga mampu mengingatkan negara tentang peristiwa hitam yang telah berlaku sepanjang Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri.

Pengawal istana buat laporan dakwa isteri kedua sultan ganggu ketenteraman

KOTA BAHARU, 19 Jun: Seorang pengawal Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini membuat laporan polis terhadap isteri kedua Sultan Kelantan Cik Puan Elia Suhana Ahmad, yang didakwa melakukan gangguan ketenteraman awam di perkarangan Istana ketika cuba melawat suaminya pada 23 Mei lalu.

Pengawal itu, Muhamad Khairul Abdullah, 24, berkata Elia Suhana, 31, didakwa mengganggu ketenteraman awam di istana tersebut walaupun telah dimaklumkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak perkenan bertemu dengan isteri kedua baginda itu dan perkarangan istana itu merupakan kawasan yang “sensitif”.

“Laporan tersebut di buat di Balai Polis Kubang Kerian di sini pada pukul 8.08 malam pada Khamis lalu.

“Saya mengharapkan polis selepas ini dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya dengan serta merta dan seadil-adilnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya Elia Suhana juga membawa beberapa anggota polis dan kakitangan kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

Meskipun Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di sini membenarkan Elia Suhana melawat suaminya, beliau sekali lagi dihalang daripada memasuki Istana Mahkota untuk menemui baginda pada 23 Mei lepas.

Pada 20 Mei lalu Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Rayuan telah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Feb lepas.
-Bernama-

Umno Kedah desak pusat tidak sambung lesen judi sukan

ALOR STAR, 19 Jun: Badan Perhubungan Umno Kedah mendesak kerajaan supaya tidak menyambung pemberian lesen menjalankan operasi pertaruhan judi bola sepak di negara ini.

“Tindakan menyambung lesen perjudian itu hanya memberi kesan negatif terhadap institusi keluarga, masyarakat dan rakyat secara keseluruhannya,” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini.

Dipetik Bernama, beliau berkata, kerajaan hendaklah meningkatkan penguatkuasaan dan mengambil pendirian yang tegas mencegah orang Islam daripada terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Alor Star di sini.
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Ahad lalu, Umno Johor juga menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman berkata pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini.

“Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan.

“Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu,” katanya.

Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini.

Kerajaan sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

PPP 'kecil' diseru hentikan pertelagahan terbuka

Datuk Seri Najib Razak mahu semua pemimpin parti komponen menghentikan pertelagahan secara terbuka dan sebaliknya menumpukan tenaga untuk berdepan dengan pembangkang bagi mendapatkan keyakinan rakyat.

Perdana Menteri memberi amaran bahawa perkara seumpama itu hanya akan melemahkan parti gabungan itu sambil menambah bahawa adalah penting bagi Barisan Nasional (BN) untuk bersatu dan kelihatan bersatu pada kaca mata rakyat.

Beliau juga menggesa PPP supaya menghentikan pertikaian dalaman parti itu.

"PPP adalah parti kecil, jika dibandingkan dengan parti-parti lain di BN. Jadikan diri anda berguna. Biarkan orang dapat melihat PPP boleh berjuang untuk Barisan Nasional.

"Anda hendak nasihat saya? Saya akan berikan nasihat dan tidak akan minta bayaran. Jadikan parti terkenal dengan rakyat. Lagipun baju yang pakai memang bersilau,” kata Najib sempena AGM ke-57 parti itu.

'Kayveas ditempelak'

Dalam nada yang hampir marah, Najib merenung ke wajah Kayveas ketika berucap dan berkata selama ini beliau banyak bertolak ansur.

"Apa yang mampu, saya akan penuhi. Anda mahu jawatan timbalan menteri, saya bagi,” katanya merujuk perlantikan naib presiden PPP Maglin D'Cruz sebagai timbalan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan.

Tindak

an berkenaan semasa rombakan kabinet baru-baru ini dilihat sebagai langkah mententeramkan penyokong Kayveas kerana kerusi timbalan menteri PPP masih disandang oleh T Murugiah yang 'dipecat' daripada parti itu.

Dalam ucapannya Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti pembangkang banyak berbohong dan bercakap separuh benar sambil menambah bahawa beliau bekerja siang dan malam bagi mengukuhkan BN dengan rancangan-rancangan yang akan diumumkan secara berperingkat.

"Kita mesti fokus berhubung apa yang akan menjadikan BN kukuh.. para pemimpin BN tidak sepatutnya bertelagah antara satu sama lain secara terbuka, di depan khalayak atau kepada rakyat...mari kita bertelagah dengan pembangkang. Kenapa bertelagah sesama para pemimpin BN...beritahu saya kenapa kita perlu bertelagah sesama sendiri?

'PPP mesti tolong saya'

"Musuh kita ada di luar...musuh kita mahukan kerusi kita dalam kerajaan..(mereka) mahu pergi ke Putrajaya. Kita mesti pastikan BN kekal berkuasa. Kenapa perlu kita dedahkan masalah kita sendiri. Beritahu saya kenapa kita perlu mencari masalah.

"Tidak perlu

kerana pada akhirnya apa yang penting ialah BN berkhidmat kepada rakyat dan rakyat yakin kepada BN," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Najib berkata BN perlu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang dan oleh itu setiap parti komponennya perlu memainkan peranan masing-masing dengan menjadikan BN lebih kukuh agar kerajaan BN dapat meneruskan rancangan mentransformasikan negara menjadikannya sebuah negara yang lebih makmur.

Beliau berkata pembangkang mempunyai banyak masalah tetapi mereka sangat pandai menutupnya.

Dalam nasihatnya kepada kepimpinan PPP, Najib berkata sebagai pengerusi BN, beliau sentiasa bersedia mendengar permasalahan mereka.

"Jika anda ada masalah dalam BN beritahu saya. Sebagai pengerusi BN, beritahu saya jika anda tidak suka seseorang itu, jika anda tidak suka, hanya bisik kepada saya tapi secara terbuka anda lawan pembangkang... Anda lawan PKR, DAP, PAS (tapi) jangan bergaduh sesama kita," jelas Najib.

"Macam mana saya nak tolong PPP jika kita (BN) tidak berkuasa, tapi PPP mesti tolong saya...anda boleh tolong saya dengan memberi tumpuan tenaga dalam BN tetapi fokus di luar BN (lawan pembangkang)," katanya.

-malaysiakini-

Anwar dicabar dedah bukti dalam 48 jam

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa ahli parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk berpaling tadah.

Beliau berkata, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka ahli parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.

"Kalau ada bukti tunjukkan dengan segera, jangan meracuni pemikiran rakyat dalam ceramah dengan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terbabit dalam kes lompat parti," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, malam semalam.

Ahl
i parlimen Rembau itu berkata, tindakan kelima-lima ahli parlimen Bebas keluar PKR adalah disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri, dan bukan didalangi Umno atau BN.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga ketua pemuda BN, berkata sayap berkenaan sudah bersiap-sedia mengemaskini jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

-Bernama-

Lawak bangang Mat Monggol Proksi Dan Kucingnya

LeeSlimShady

Mat Monggol kali ini meneruskan lawak bangang pertengahan tahun dengan mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam.Masalahnya ini lawak bangang stail apa pulak? yang Isteri Rosmah dah takde kerja lain ke pergi tanya Rakyat 1 malaysia apa nama yang di beri pada kucingnya.Cuba la tanya kat rakyat 1 malaysia ni macam mana nak halau Agen Perisik israel yang menceroboh masuk ke bukit aman ?



Ini lah kucing Parsi yang baru di beli Mat Monggol

Cuba la tanya kat rakyat 1 malaysia ni macam mana nak halau Agen Perisik israel yang menceroboh masuk ke bukit aman ?

Cuba la tanya macam mana nak halau APCO Worlwide?

Cuba la tanya Judi bola tu haram ke tidak?

Cuba la tanya macam mana nak halang kapal - kapal Israel dari memasuki pelabuhan Klang.

"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Mat Monggol dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.Mat Monggol berkata beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.

Kah...Kah...Kah...Kah.....Kah.....

Bila tergelak Rasanya sampai nak terberak - berak pulak bila dengar Mat Monggol pernah bela "the Cats" apa yang di Manjakan kucing tu? Tapi rasanya "Mama penguin" yang lebih garang dari kucing kot? Tu pasal la Mat Monggol nak manja - manja ngan kucing berbanding "penguin"

Mat Monggol pilih kucing dengan berhati - hati takut ada di antara kucing tersebut yang mempunyai baka dari Kota Ulan Bator.Kalau tak nanti teruk kena tibai ngan mama penguin

Kah...Kah....Kah....kah....Kah....Kah....Kah

"Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini."katanya Mat Monggol berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen 'Beli Barangan Malaysia', Isteri Rosmah berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih.

Tapi Kucing Monggolia pun ada bulu jingga dan putih gak! lagi comel apa dari kucing Parsi! siap ada ropol - ropol lagieee...............

Wargghhh!!!! Kah...Kah....Kah....Kah........Kah

Woittt...Rakyat 1 Malaysia, kalau korang nak tahu ini lah yang di katakan,

Kucing kat Rumah Di Beri Makan,
Yahudi di bukit aman di manja - manjakan

Dalam satu perkembangan lain datang lagi sekor beruk afrika yang yang mungkin jenis belajar "tak reti bahasa"."Bangang" ni tak paham - paham bila di kata dek orang tu yang mana kenyataan Anwar berhubung dengan sogokan RM2 juta dan juga ditawarkan kontrak kepada wakil rakyat Pakatan supaya berpaling tadah akan di keluarkan apabila tiba masa yang sesuai.

Beruk Afrika ni sebenarnya adalah wartawan dari RTM adalah dari jenis Barua United MuNkEeE yang "tak reti bahasa" kononnya dengan cara mengasak Anwar dan memaksa dengan soalan yang bertubi -tubi tu maka orang boleh nampak lah yang anwar ni jenis berdolak - dalik

Poraahh!!!!!!!!

Pasal melalui rakaman video jelas menunjukkan mangkuk ayun ni tanya soalan macam "gengster" yang "tak paham bahasa".

Bertanya lebih dari Menteri ,bah kan Rais Yatim pun tak pernah tanya macam tu,berlebih - lebih sangat! apa hal yang di persoal kan apa hak dia bertanya kerana yang menjawab soalan juga punya Hak!

Tapi apa yang lawaknya di sini apakah Saluran MuNkEeE macam RTM ni akan melaporkan pendedahan yang akan hebahkan oleh Anwar di Kaca TV? LSS percaya Mat Monggol tak sebangang Beruk Afrika tu untuk melaporkan di Kaca TV RTM segala pendedahan Anwar oleh itu tak payah lah tanya bila nak buktikan!

Tu Pasal Bila Tenuk Tanya, Antara MuNkEeE dan Beruk Afrika,Yang mana satu paling Bangang.

Maka Jawab Sang Kancil : Yang paling Bangang adalah Baboon yang di beri nama Tukiman..........................

Kah...Kah...kah....KAh......

http://amkshahalam.blogspot.com

http://www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com

Judi sukan: PPP sokong Najib

Dalam usaha untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikecam hebat oleh rakyat berhubung isu lesen judi sukan Kumpulan Berjaya, PPP hari ini mengambil pendirian yang sama dengan MCA, iaitu kelulusan berkenaan mesti diimbangi dengan peraturan yang ketat.

"Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras,” kata presiden PPP, Datuk M Kayveas pada ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan parti itu pagi ini yang turut dihadiri oleh Najib.

"Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands.

"Hanya bdengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu,” katanya.

Diskaun 10 peratus

Kayveas pada ucapannya juga meminta diskaun 10 peratus bagi pembelian hartanah diberikan kepada golongan bukan bumiputera yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Pada masa ini, semua bumiputera tanpa mengira status kemampuan mereka menikmati potongan 10 peratus apabila mereka membeli rumah. Tindakan afirmatif kerajaan itu bertujuan mengalakan bumiputera memiliki rumah.

Beliau juga 'merayu' kepada Najib untuk mencari jalan bagi membantu masyarakat India di negara ini bagi mencapai tiga peratus ekuiti yang dijanjikan sejak negara mencapai kemerdekaannya 53 tahun lalu.

Wanita disaran solat Jumaat

Hafiz Irwan
BACHOK, 19 Jun:
Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Adun Tawang, Hassan Mahmood ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, pembinaan kompleks masjid berkenaan dilengkapi dengan dewan mesyuarat dan seminar yang mampu menampung 200 peserta dan asrama.

"Kita berharap segala kemudahan yang melengkapi masjid ini seperti dewan dan sebagainya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam menjana generasi masa depan yang bakal mewarisi perjuangan ulama," katanya.

'Petunjuk' yang paling tepat PRU13?

Al-Brangi

Presiden Umno mungkin teruja dengan tinjauan Merdeka Centre yang mendapati 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatannya.Kalau nak diukur dengan kestabilan politik, sampai bila pun tak stabil, ingat senang ke nak dapatkan 'perfect 10'.

Kalau nak diukur dengan pemulihan ekonomi, amat jelas dan terang, tak perlu bersuluh lagi keadaannya.

Tetapi Umno/BN perlukan PRU untuk merampas balik 2/3 majoriti untuk memastikan kuasa Umno/BN betul-betul berkuasa untuk mematahkan tuntutan rakyat Kelantan dalam isu royalti yang tidak berkesudahan.


Walau apapun seseorang pemimpin amat memerlukan populariti untuk mengekalkan kuasa, diikuti kestabilan parti-parti komponen. Penunjuk ekonomi tidak membantu sangat dalam membuat keputusan, kerana ia boleh di'make-up' untuk nampak cantik.

Tetapi jikalau petunjuk ekonomi sudah terlampau parah, sudah tak berdaya lagi di'make-up', maka dengan sendiri populariti akan menurun.

Presiden Umno seboleh2nya tidak mahu melepas peluang keemasan ini, bagi seorang 'striker', 'half-chance' yang diperolehi akan menjelma menjadi gol.

Dengan mencongak secara kasar, tidak mungkin dalam waktu terdekat, dengan mengambil kira bulan puasa, bulan haji dan banjir menanti di separuh terakhir tahun 2010, maka tahun 2011 memerlukan Pakatan Rakyat memanaskan badan lebih awal.

Chua: Umno-BN akan dilayangkan kad merah

Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.

“Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Justeru, katanya dia sebenarnya amat bertuah.

“Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk menggangu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikkan tersebut, sokongan rakyat terhadap saya datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan.”

Sokongan itu menurut Chua membuktikan bahawa rakyat juga menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian daripada kerajaan Umno.

“Mereka (rakyat) juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini ke hadapan,” katanya.

Sehubungan itu, kata Chua, beliau akan memulang ketiga-tiga pingat yang dikurniakan oleh almarhum Sultan Iskandar.

Ketiga-tiga pingat tersebut adalah Dato' Paduka Mahkota Johor, Seri Paduka Mahkota Johor dan Pingat Sultan Ismail.

Katanya, surat rasmi mengesahkah bahawa darjah kebesarannya itu ditarik balik diterimanya pada 15 Jun lalu dan tiada alasan berhubung penarikan berkenaan diberikan.

"Saya dengan berlapang dada akan menghantar balik (pingat itu) kepada istana," katanya dengan sebak.

Chua berkata tindakan berkenaan haanya memperkukuhkan iltizamnya untuk bersama Pakatan Rakyat dan berjuang untuk memastikan negara terus maju dan diselamatkan daripada gejala rasuah yang berleluasa sekarang ini.

“Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahusiapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti pada tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-BN,” katanya.

Masa depan wakil rakyat Bebas akan berakhir

Harakahdaily
IPOH:
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjangkakan semua wakil rakyat Bebas akan hilang tempat mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata ini bersandarkan kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di Kota Bharu baru-baru ini.

“Adakah mereka masih diberikan peluang bertanding atas nama Bebas atau bersediakah Barisan Nasional (BN) yang sudah mempunyai calon tersendiri memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN?” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, persoalan yang akan timbul adalah, jika BN bersedia memberikan mereka bertanding atas tiket BN untuk kali ini bermakna kerusi yang telah diperuntukkan kepada komponen BN di kerusi-kerusi tersebut yang telah termaktub akan berubah sama sekali.

Katanya, sudah tentu tuntutan kepada kerusi atas nama Bebas ini akan menimbulkan banyak masalah kepada BN sebenarnya.

Beliau juga cukup hairan dengan dakwaan yang sangat dangkal daripada Adun Bebas yang mengatakan akan terus berkhidmat kepada seluruh rakyat walaupun tidak lagi bersama parti semasa bertanding di dalam PRU ke-12 dahulu.

“Sebenarnya kenyataan sumbang Adun Bebas ini hanyalah bertujuan untuk melepaskan diri mereka bersama dengan janji-janji atau keistimewaan yang sedang mereka perolehi,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat sebenarnya tidak akan mudah tertipu dengan alasan-alasan dangkal tersebut bagi menghalalkan tindakan mereka untuk keluar parti menjadi Bebas, dan membolehkan mereka mendapat keuntungan sebenar di atas pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Naib presiden keempat: Muslimat belah bahagi

Walaupun Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS pusat 10 Jun lalu meluluskan usul agar diwujudkan satu jawatan naib presiden untuk disandang anggota wanita parti itu, namun usul berkenaan tidak mendapat sokongan menyeluruh.

"Muslimat tidak mahu menjadi perjuang padang jarak padang terkukur, belum berjuang sudah tersungkur," jelas exco Muslimat Pas Pusat Aiman Athirah Al-Jundi.

Katanya, cadangan supaya jawatan naib presiden keempat diwujudkan, tidak akan memberi apa-apa manfaat kerana sebelum ini ahli Dewan Muslimat pernah dicalonkan pada tahun 2005 sebagai Naib Presiden dan Pesuruhjaya Negeri tetapi kalah tipis dalam pertandingan jawatan tersebut.

Aiman berkata, ahli Dewan Muslimat boleh memegang mana-mana jawatan naib presiden sama ada satu,dua atau tiga, dan tidak semestinya timbul jawatan naib presiden yang keempat.

"Silap Muslimat, (apabila) tidak berusaha mencalonkan nama untuk jawatan Naib Presiden atau Timbalan Pesuruhjaya Negeri," katanya.

Selai

n itu, katanya, Dewan Muslimat juga telah mengaturkan strategi agar setiap ketuanya bertanggungjawab dalam memastikan ada ahlinya dicalonkan.

Malahan dalam strategi jangka panjang pula, Aiman berkata mereka sudah menubuhkan 'Gerakan Perubahan Minda Muslimat' yang telah diusulkan kepada Senator Mumtaz Mohd Nawi untuk tindakan susulan.

Gerakan ini ditubuhkan supaya pemimpin Dewan Muslimat yang berkaliber berpeluang memegang jawatan kanan yang bersesuaian dalam PAS.

"Apa saja tindakan diperingkat Muslimat dalam PAS secara langsung memaparkan kematangan Muslimat di peringkat Nasional.

"T
olak (membantah) naib presiden empat kerana nampak seperti menjatuhkan martabat kaum hawa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Aiman menegaskan bahawa ahli Dewan Muslimat tidak mahu diberi kelebihan hanya kerana jantina, tetapi sebaliknya mereka mahu bertanding di padang secara sama rata.

Beliau turut memberi contoh seperti jawatan pengarah selalu dipegang oleh lelaki sahaja, walhal wanita juga mempunyai kemampuan yang jauh lebih baik daripada mereka.

"Muslimat mahu menjadikan (parti) hebat serta mempunyai kemampuan dan suatu masa akan berjaya lebih daripada Muslimin," katanya sambil ketawa.

Semas

a perbahasan usul itu pada 10 Jun lalu, wakil Selangor, Noraini Hussin, membuat bantahan kerana berpendapat bahawa selama inipun PAS tidak pernah meminggirkan muslimat dalam urusan parti.

"Saya bantah usul ini untuk diterima kerana selama ini PAS telah iktiraf kekuatan muslimat sama dengan naib presiden," katanya.

Noraini berkata kini terdapat 30 peratus penglibatan anggota wanita dalam urusan Pas termasuk dalam soal menggubal dasar parti.

"Malahan muslimat PAS juga terpilih untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga menang dan dilantik sebagai ADUN dan juga ahli parlimen," katanya.

-malaysiakini-

Johan kemuka saman RM1j

Johan kemuka saman RM1j
KUALA LUMPUR:
Pelawak, pelakon dan pengacara, Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz atau Johan mengemukakan tuntutan berjumlah RM1 juta terhadap produksi drama dan pengarah yang menyebabkan kecederaan di mukanya dalam pergaduhan yang berlaku pada 11 Mei lalu.

Tuntutan difailkan melalui Tetuan Zahrin, Emrad dan Sujaihah. Peguam bela yang mewakili Johan, Zahrin Ishak berkata surat tuntutan sudah dihantar kepada pihak terbabit kelmarin.

Beliau berkata, jumlah RM1 juta dituntut sebagai ganti rugi am dan ganti rugi khas merangkumi perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan sampingan yang ditanggung anak guamnya.

“Kami memberi tempoh tujuh hari kepada mereka untuk mengeluarkan satu kenyataan maaf secara terbuka dalam akhbar dan televisyen serta menarik balik semua surat, e-mel berbentuk fitnah yang dikeluarkan kepada persatuan industri dan mana-mana pegawai bahagian berkenaan serta RM200 untuk kos pengeluaran notis peguam,” katanya.

Zahrin berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) semalam. Hadir sama pada sidang media khas itu, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.

Bagaimanapun, katanya, dalam surat tuntutan itu pihaknya turut memaklumkan kesediaan menyelesaikan masalah yang berlaku di luar mahkamah dan pihaknya sedia dihubungi pada bila-bila masa untuk perundingan.

Sementara itu, Johan berkata dia mengambil tindakan undang-undang berikutan insiden itu selepas mendapat nasihat peguamnya, selain sokongan diterima daripada Seniman.

“Tindakan saya ini sebagai pembelaan atas apa yang dilakukannya (pengarah terbabit) kepada saya dan sebagai peringatan kepada pengarah lain supaya mereka tidak bertindak sesuka hati kepada pelakon.
“RM1 juta itu hanya syarat. Apa yang utama ialah kesedaran di pihak pengarah dan hak saya untuk mendapat pembelaan atas maruah diri. Bukan saja saya yang cedera akibat dibaling gelas tetapi isteri, Rozlinawaty Ismail (Ozlyn Wati), juga dikasari apabila ditendang,” kata bapa kepada seorang anak itu.

Menurut Johan, sehari sebelum kejadian itu dia kehilangan ibu tersayang, Salwa Md Dani yang meninggal dunia. Walaupun dia sepatutnya boleh bercuti atas kematian ibunya tetapi dia gagahi juga untuk bekerja kerana sedar berlakon adalah sumber pendapatannya.

“Tetapi, tidak sangka pula kejadian itu berlaku. Apapun, atas dasar kemanusiaan, saya sudah maafkan perbuatan dia selepas dia memohon maaf kepada saya menerusi panggilan telefon dan kami tidak bertemu,” katanya.

Kemelut Umno Perak: Exco Baru Akan Dilantik?

Salman Haji Salleh
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan membuat rombakan Exco Kerajaan Negeri dalam masa terdekat ini kerana desakan kuat dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang senior daripada kalangan Umno yang tidak berpuas hati dengan suasana yang ada ini termasuk dengan kemasukkan ADUN Bebas yang sudah bertambah sekarang.

Datuk Seri Zambry sudah tentu merasakan bahawa kebanyakkan ADUN yang sediaada bukan daripada pasukannya kerana ianya ialah pilihan daripada bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak sebelum meletak jawatan ketika Umno / BN Perak tewas selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 yang lalu.

ADUN Kubu Gajah seperti Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang selayaknya sebagai Exco Sukan kerana pengalamannya sebagai orang kuat sukan tidak mustahil akan diketengahkan. Manaka ADUN Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz yang sebelum ini diwar-warkan akan dilantik sebagai Exco Agama juga tidak kesampaian. Ditambah pula dengan ADUN Bota, Dato' Mohd Nasharuddin Hashim yang pernah membuat kontroversi dengan melompat parti juga perlu diberikan perhatian serius.

Sudah tentu Datuk Seri Zambry tidak mahu mengambil risiko yang besar jika benar terdapat ADUN Umno yang tidak berpuas hati dengannya. Jika keadaan masih kekal, bermakna Datuk Seri Zambry telah tidak prihatin terhadap suara ADUN-ADUN Umno yang senior dan masih tidak diberikan peluang olehnya.

SALMAN HAJI SALEH

Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Peniaga trauma akibat ditembak rambang polis saman KPN

RAUB: Seorang peniaga berasal dari Kampung Berchang, Lipis menfailkan saman di Mahkamah Sesyen Raub terhadap Ketua Polis Negara (KPN) kerana insiden tembakan rambang seorang anggota polis pada 1 Oktober 2008 menyebabkannya trauma sehingga kini.

Plaintif pertama, Hasbullah Ludin, 40, antara yang menjadi sasaran tembakan rambang anggota polis mengakibatkan kereta Proton Wira yang dipandunya mengalami kerosakan termasuk pecah cermin belakang dan tayar belakang.

Plaintif kedua, Muttacohiri Ludin, 38, adik Hasbullah adalah pemilik keereta itu turut menuntut ganti rugi.

Peguamcara plaintif, Mohd Fadzli Mohd Ramli dari Tetuan Mohd Fadzli & Co berkata, plaintif menamakan KPN sebagai defendan yang bertanggungjawab terhadap tindakan anggota polis yang bertugas di negara ini.

Menurutnya, plaintif menuntut ganti rugi khas iaitu kos membaiki kenderaan dan laporan polis sebanyak RM1,464.

“Kami juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi tauladan, ganti rugi melampau, kos dan lain-lain yang difikirkan sesuai berdasarkan taksiran mahkamah.

“Tuntutan ini untuk mendapatkan pembelaan wajar dengan kejadian yang hampir meragut nyawanya,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, anak guamnya menunggu hampir dua tahun untuk mendapat penjelasan dan tindakan dikenakan terhadap anggota polis terbabit.

Menurutnya, namun sepanjang tempoh itu plaintif tidak menerima maklum balas daripada polis walaupun membuat laporan sebaik insiden itu berlaku.

“Sepatutnya amaran diberi terlebih dulu sebelum melepaskan tembakan, tambahan pula plaintif hanya seorang peniaga yang tidak mempunyai rekod jenayah.

“Plaintif juga tidak menerima permohonan maaf daripada PDRM yang memberi kesan dalam kehidupannya,” katanya.

Pada 1 Oktober 2008 kira-kira jam 7.30 pagi, plaintif memandu kereta adiknya dari Padang Tengku ke Berchang, Lipis.

Ketika melalui Kampung Selindang, seorang anggota polis yang berada di bahu jalan melepaskan tembakan melulu tanpa sebarang amaran dan sebab yang sah.