"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis dan cerita "once a liar always a liar"

Penarik Beca
Walaupun telah beberapa kali masuk lokap termasuk kali terakhir pada Ogos 2008 lalu (siapa suka masuk lokap?!), saya tak pernah tuduh polis siksa saya selepas kehttp://azakiyamani.files.wordpress.com/2007/11/polis-menembak-gas.jpgluar lokap. Untuk bagi dramatik sikit cerita saya ditangkap polis, saya boleh tulis dalam blog ini bahawa polis siksa saya, pukul saya, tabuh saya, apa sahaja. Lepas tu mampoih pi kat polis la nak nafi cereka pilihan saya itu.


Tapi saya tak buat gitu. Bukan sebab saya takut kat polis. Kalau takut polis pun, depa tak tangkap saya berdasarkan sama ada saya takut atau tak takut kat depa. Kalau saya takut kat polis pun, ia tak akan menjadi sebab untuk polis berlemah lembut kat saya dan melepaskan saya dan tak tangkap saya bila bos depa arah tangkap saya.

Saya boleh tulis macam-macam memfitnahkan polis, memburuk-burukkan polis. Tapi bila saya fitnahkan polis, yang mana sebahagian besar dari polis Malaysia ni beragama Islam (arwah pak mertua aku pun bekas polis), urusan saya bukan lagi setakat dengan polis. Urusan dah melarat dengan Allah s.w.t. sebab saya buat fitnah.

Haji Mohamad Sabu dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Masuk lokap banyak kali. Tetapi, selepas keluar tahanan atau lokap, tak pernah pula beliau tuduh polis siksa dia, tumbuk dia, pijak dia atau kapit teloq dia ketika berada dalam tahanan polis.

Yang saya ingat dia buat setiap kali selepas dibebaskan ialah dia maki Umno cukup-cukup. Saya tak pernah dengar dia tuduh polis siksa dia atau guna kekerasan ke atas dia walaupun dalam private talk. Mental torture biasalah dalam tahanan ISA.

Nak bohong lagu mana? Kalau dah polis tak buat kita, takkan nak kata polis buat kita?

Oleh kerana Mat Sabu tak pernah buat cerita dongeng konon polis debik dia atau tendang terajang dia cukup-cukup ketika dia dalam tahanan polis, saya percaya bila dia kata diadilanggar oleh kereta Proton Waja polis. Apa nak heran polis langgar motosikal yang dia bonceng untuk menyelit-nyelit dan melepaskan diri dari tangkapan polis supaya dia dapat turut memimpin demonstrasi Bersih, kalau masa dia hantar anak dia kahwin dulu polispecahkan kereta dia untuk tangkap dia walaupun dia tak cuba lari dan duduk diam-diam dalam kereta.

Duduk diam-diam dalam kereta pun polis pecahkan kereta dia untuk tangkap dia, apa nak heran kalau polis langgar motosikal yang dia bonceng kerana nak laksanakan arahan tangkap Mat Sabu yang dijeritpekikkan orang atasan pasukan polis yang rapat dengan kepala-kepala Umno?

Adakah bakaq tak percaya penjelasan pihak polis? Saya teringin sangat, teringin sungguh nak percaya. Tetapi saya teringat tiga berita yang sukar saya lupakan. Berita pertama bertajuk "Polis: Tiada gas pemedih mata dilepas di Tung Sin". Berita kedua ialah berita bertajuk "Doktor: Kami beri banyak bukti jika dicabar". Berita ketiga yang saya tergelak habis dan kawan-kawan saya yang tak tara mana lawan Umno pun kutuk dan hina cukup-cukup ialah berita bertajuk "Cops link parang, petrol bombs seizure to Bersih".

Seorang pak cik bekas polis di Taman Koperasi Polis kata, "tu taktik zaman komunis tu!" Maksud dia taktik perang saraf polis. Adoi la!

Ni yang seterusnya ni bukan saya nak kata kat polis ni. Cuma saja nak cerita yang saya tiba-tiba teringat kata-kata Orang Putih - once a liar always a liar. Maknanya lebih kurang, sekali berbohong akan terus berbohong sampai mampoih.

Saya bagi contoh, kata la bakaq yang tak mengaji ni tiba-tiba pi kelentong kat orang kunun-kunun saya ni graduate universiti di USA. Sekali saya bohong, saya kena bohong sampai mampoih. Takkan tiba-tiba esok saya nak kata saya ni yang sebenarnya sekolah menengah pun tak habis mengaji walaupun itulah kenyataan sebenarnya. Malu la saya. Semalam dah heboh rata kunun-kunun mengaji di US. Takkan hari ni nak kata sekolah menengah pun tak habis. Nampak sangat la semalam saya bohong yang saya mengaji di US. Akhirnya, supaya saya tak dilihat pembohong, saya kena bohong sampai bila-bila kununnya saya graduate dari universiti di US. Jadi pembohong sampai mampoih!

Tu la maksud "once a liar always a liar" dan "sekali berbohong akan terus berbohong sampai mampoih" sampailah ke peringkat jadi compulsive liar.

Nanti sat, sikit lagi. Hanya untuk makluman sahaja apa yang berlaku di Mesir dulu sebagai teladan untuk memahami pelbagai peristiwa di serata dunia. Saya pernah link berita-berita berikut, "Pro-government protesters in Egypt were agent provocateurs", "Hosni Mubarak’s agents provocateur" dan "Agent provocateurs using COINTELPRO tactics to create chaos across Egypt" di sini.

KematianAllahyarham Baharuddin : Lojikkah rawatan CPR menyebabkan tulangnya pata

Mutaligat
NONEPengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam BukitAman, Salleh Mat Rasid berkata dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.Polis menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.

Ulasan : Saya ingin bertanya kepada Doktor pakar adakah benar rawatan CPR akan menyebabkan tulang rusuk patah kerana saya tidak pernah mendengar orang yang dilakukan rawatan CPR sampai PATAH TULANG RUSUK. Kalau macam itu CPR bukan rawatan tetapi CPR adalah salah satu cara supaya pesakit MATI CEPAT.

Tentang gigi patah saya juga musykil kerana takkanlah disebabkan kemasukan tiub itu gigi patah???????

Siapa yang bercakap bohong akan diadili di mahkamah Allah nanti. Mungkin di dunia boleh lepas tetapi di Akhirat tiada siapa yang terlepas!!!!!!!!!!!!!!!

DUPW kesal kenyataan bekas mufti

sripetaling
Kuala Lumpur, 21 Julai 2011: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya melahirkan rasa terkilan terhadap salah tanggap bekas Mufti Wilayah Persekutuan terhadap PAS dalam kenyataannya semalam sepertimana yang dilaporkan oleh pihak utusan yang bertarikh 20 Julai di bawah tajuk " Haram kafirkan orang Islam".

Tajuk yang betul tetapi digunakan dengan cara yang salah sepertimana ungkapan arab "kalimatul haq yuroodu biha al-bathil" yang bermaksud perkataan yang benar tetapi dengan tujuan yang batil (salah)"

Apa yang diungkapkan oleh Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein di dalam kenyataannya mengenai kerjasama PAS - DAP adalah menggambarkan seolah-olah ketidakfahaman beliau mengenai Syiasah Syar'iyyah terutamanya persoalan Tahaluf Siyasi.

Ini jelas dalam kenyataannya beliau "Sebagai contoh Pas. Parti ini sanggup melakukan apa sahaja demi politik. Sejak bersahabat dengan DAP, hukum kafir orang Islam yang bekerjasama dengan orang bukan Islam telah berubah. Sepatutnya Pas mempertahankan hukum itu sampai bila-bila," katanya lagi.

Seterusnya tidak pelik apabila Tun Dr Mahathir berlipat kali ganda tidak memahami dan mungkin tidak mahu cuba memahami Siyasah Syar'iyyah dengan kacamata yang benar apabila sering mendendangkan semula lagu-lagu lama seperti kenyataan Tun Mahathir:

"Jika pada esoknya pemimpin mereka mengatakan perkara sebaliknya iaitu kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan, para penyokong mereka sedia melupakan tuduhan kafir yang dilemparkan sebelum ini..."

"Perkara perubahan hukum ini telah dijelaskan oleh Ibnu Qayyim sejak ratusan tahun yang lalu melalui kitabnya i'lam al Muwaqqi'ien' Berubahnya fatwa berdasarkan berubahnya zaman , keadaan dan tempat." Ujar Ustaz Azhar ketika dihubungi oleh pihak web DUPP.

Namun begitu beliau bersetuju dengan penegasan agar isu mengkafirkan seseorang adalah suatu yang serius bahkan perlu diambil tindakan tegas kepada sesiapa yang mengkafirkan seseorang dengan tidak selayaknya. Akan tetapi pemahaman kepada batas-batas iman dan kufur adalah perlu diterangkan kepada masyarakat agar mereka tidak menjengah ke ruangan tertegah tersebut.

Tetapi perlu di tegas di sini, bahawa PAS tidak pernah sama sekali mengkafirkan sesama Islam bahkan PAS senantiasa menyeru seluruh umat Islam agar kembali kepada Islam serta mendekati bukan Islam agar mereka memahami gambaran Islam yang sebenar dan bukan sepertimana yang mereka faham melalui amalan kerajaan UMNO sekarang.

Video polis sesuai zaman TV hitam putih

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.

Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” ujarnya.

Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka.

Persoalannya, tamb ah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.

Konvoi ‘kuning’ kekalkan momentum Bersih 2.0

PUTRAJAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Selangor bertindak mengekalkan momentum Himpunan Bersih 2.0 dengan mengambil inisiatif menyemarakkan semangat perhimpunan itu dengan menganjurkan konvoi ‘kuning’ hari ini.
Menurut Jurucakap Gerakan Rakyat Selangor Khairul Annuar Othman, ini bukanlah kali pertama konvoi ini diadakan.
“Konvoi ini merupakan konvoi kali kedua, bermula di Dataran Shah Alam pada pagi tadi, menuju ke Putrajaya dan dijangka berakhir di Taman Jaya, Petaling Jaya petang ini,” katanya.
Pihak polis juga turut mengawal kawasan sekitar Dataran Shah Alam namun tiada sebarang insiden tidak diingini mahupun tangkapan dibuat.
Seramai 50 peserta menyertai konvoi tersebut dengan memakai pakaian berwarna kuning simbolik kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Beliau berkata, objektif kita untuk menyemarakkan hari kuning, dengan memakai apa sahaja berwarna kuning. Kami bergerak menuju ke Putrajaya dari Dataran Shah Alam dan sebahagian berpecah di dua lokasi berbeza iaitu Masjid Putrajaya dan Alamanda.
Upacara menghantar belon kuning turut diadakan sebagai upacara simbolik.
“Kami mahu memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya menerima tuntutan Bersih dalam tempoh tiga bulan.
“Jika Najib tidak terima tuntutan Bersih maka kami akan kerah Bersih 3.0 pula,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Abdul Razak Abdul Majid pula mengesahkan bahawa kumpulan NGO terbabit mempunyai kaitan dengan Bersih.
Ujar beliau, 11 kereta dilihat memasuki Masjid Putra ketika tengah hari tadi dan kurang daripada 30 peserta memakai pakaian kuning tanpa sebarang logo Bersih.
“Menyedari kehadiran polis, kumpulan terbabit mula bersurai dan hanya mengambil gambar seolah-olah mereka adalah pelancong,” katanya.

Usir William Bourdon: Najib Masuk "Perangkap"

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Pengusiran peguam Perancis William Bourdon tidak mematahkan semangat badan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pakatan Rakyat dalam memastikan penyiasatan berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene diteruskan.

Malah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan pengusiran Bourdon merupakan satu lagi bukti betapa terdapat sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.
“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam).

"Saya fikir, kerana kerajaan telah mengusir beliau dengan cara yang tidak baik semalam, ia membantu perjuangan kita. Ini semua satu ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib. Ujian bagaimana pelan-pelan dan  transformasi," kata beliau pada majlis makan malam anjuran Suaram untuk mengumpul dana perundangan bagi menyiasat kes berkaitan di Perancis lewat tahun ini.

Kelmarin, Bourdon berucap di Pulau Pinang pada majlis sama anjuran Suaram dan sepatutnya berucap di sini malam tadi.

Bagaimanapun beliau ditahan sebelum sempat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba pada 11.40 pagi semalam dari Pulau Pinang.

Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.

Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.

Malah, menurut Cynthia, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.

"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama 3 hari. 
"Cara beliau ditangkap juga kejam. Sejurus kapal terbang mendarat dari Pulau Pinang pada 11.50 pagi tadi. Sebelum kami sempat keluar dari Kapal Terbang, 3 pegawai imigresen naik ke kapal dan mengarahkan Wiliam untuk mengikut mereka. Dia (Bourdon) tidak sempat menjejakkan kaki pun dan beliau sudah ditangkap," kata Cynthia lagi.

Pada Disember 2009 Suaram mengemukakan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Baginda dari Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar.

DCNS  didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Sementara itu, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menghabiskan kira-kira 20 minit untuk menggambarkan mengenai urusan pembelian kelengkapan pertahanan sepanjang tiga tahun lalu, berjumlah RM16 bilion, jumlah besar berbanding dengan negara lain di rantau ini.

Pua mendedahkan ia termasuklah RM2.3 bilion untuk membeli 12 unit helikopter Eurocopter EC725, RM6 bilion untuk memiliki kapal rondaan luar pesisir pantai (OPV) dan RM7.8 bilion untuk mendapatkan 257 kereta perisai.

Beliau melahirkan kekecewaannya walaupun menganggotai Jawatankuasa Kirawang Awam di parlimen, penyiasatan seperti ini lazimnya berakhir dengan alasan 'ia rahsia' dan 'tidak boleh menjatuhkan kredibiliti orang lain.'

"Boleh tak kita minta pakar pertahanan ke PAC beri konsultasi, mereka kata tak boleh. PAC hanya panggil pegawai sahaja dan kemudian kes tutup...saya sudah nampak di PAC. sebab itu saya hargai usaha Suaram untuk siasat komisyen RM 500 juta Perimekar ini. Ia amat susah," kata beliau ketika menceritakan pengalaman beliau di bawah PAC.
-tvsnews-

Bersih 2.0 mampu menghumbankan BN dari Putrajaya

M Yarisman & Mohd Nor Yahya
TUMPAT, 22 Julai: Tidak lama selepas Bersih 1.0 diadakan pada November 2007, kerajaan Barisan Nasional (BN) menerima kesannya apabila dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen pada pilihan raya umum Mac 2008.

Dan kesan gelombang Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu diakui banyak pihak lebih hebat lagi dirasakan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Bersih 2.0 dirasakan lebih hebat berbanding Bersih 1.0.

”Antaranya penyertaan masyarakat bukan Melayu begitu menggalakkan sekali. Ini merupakan satu gabungan sangat baik.

”Sedangkan kerajaan BN menggunakan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersikap fanatik seperti Perkasa dan kumpulan seni silat.

”Namun akhirnya mereka tidak dapat berhimpun dan terpaksa menarik diri kerana tidak dapat sambutan,” katanya selepas perasmian penutup Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan di Pantai Geting, petang ini.

Ijtimak sehari itu bermula jam 9 pagi tadi. Kesemua pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat hadir. Perasmian pada sebelah pagi diadakan serentak dengan kuliah perdana oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dianggar lebih 20,000 hadir pada ijtimak tersebut apabila lokasi tempat perhimpunan penuh dengan kebanjiran pendokong PAS dari seluruh jajahan.

Menurut Presiden PAS, di negeri lain juga perhimpunan rakyat mendapat sambutan baik di majlis-majlis yang diadakan di seluruh tempat.

”Termasuklah himpunan anjuran Bersih 2.0 yang diatur baru-baru ini mendapat sokongan meluas dari seluruh negara di mana mereka sanggup datang berhimpun di Kuala Lumpur.

”Ini menandakan respon yang sangat positif daripada seluruh rakyat, bukan saja daripada penyokong PAS,” katanya.

Ditanya mengenai peguam Perancis, William Bourdon dilaporkan ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) katanya ia menandakan demokrasi di Malaysia ini masih tidak sempurna.

”Sekiranya kerajaan berada di pihak yang benar, kerajaan betul, apa hendak ditakutkan,” ujarnya.

Bourdon dilaporkan ditahan sebaik tiba di KLIA. Semalam beliau berada di Pulau Pinang bercakap tentang isu kontroversi pembelian kapal selam Scorpene didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit.

Menurutnya peguam terbabit dilihat berani mempertahankan kebenaran dan kalau tak salah apa hendak ditakutkan.

Sebelum itu ketibaan Tuan Guru Abdul Hadi yang anggota parlimen Marang ke Pantai Geting menaiki motosikal berkuasa besar dari Pantai Seri Tujuh.

Mengenai sambutan hangat ijtimak tersebut katanya Insya Allah kita yakin PAS dapat mempertahankan negeri ini.

”Selama ini walau pun pilihan raya tidak bersih di seluruh negara, Kelantan boleh bertahan. Operasi mengangkut pengundi dari luar, gunakan duit, macam-macam serta serangan media.

Kelantan mampu bertahan



”Dalam masa 20 tahun kita boleh bertahan. Sambutan diberikan hari ini menandakan komitmen, iltizam jentera-jentera PAS untuk terus bekerja bagi mempertahankan kemenangan di Kelantan ini, InsyaAllah,” katanya.

Mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mereformasikan demokrasi di Malaysia dan 8 perkara tuntutan Bersih 2.0, beliau mengalu-alukan sebarang langkah supaya membetulkan amalan demokrasi di Malaysia ini.

”Kita sangat-sangat mengalu-alukan cadangan penubuhan itu,” ujarnya.

Mengulas tiada tanda-tanda pimpinan Datuk Seri Najib Razak mahu menerima 8 perkara tuntutan Berih 2.0, beliau berkata sekiranya mahu menjadi pemimpin bertanggungjawab mesti perubahan dilakukan.

Menurutnya mana-mana pemimpin yang bertahan secara tidak bermoral, jatuh pun juga secara tidak bermoral.

”Lihat seperti apa yang berlaku di Mesir, di Tunisia dan di mana-mana saja di dunia.

”Di Asia Tenggara Marcos dengan Suharto yang memerintah begitu lama dengan revolusi tertutup, akhirnya jagi meletup dan berkaku perubahan.

”Dan kita harap negara kita juga berlaku perubahan dengan cara yang bersopan, pemimpin kena sedar dan insaf,” katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya tuntutan mereformasi pilihan raya tidak diterima kerajaan BN, PAS tetap akan menyertai pilihan raya dan menentang sebarang penyelewengan.

Isteri Sarbaini: Saya mahu Suruhajanya Diraja siasat

Kecewa dengan siasatan polis, Maziah Manap, isteri allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, yang dijumpai mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KualalLumpur mahu kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian suaminya itu.

sarbani wife lodge police report 230711 maziah manap and mokhtar mansur"Inkues tidak menyiasat secara serius kemungkinan ada unsur jenayah. Saya mahu Suruhanjaya Diraja. Ini kali pertama saya tuntut Suruhajanya Diraja,” katanya selepas membuat laporan di balai polis Kelana Jaya pagi ini.

Maziah juga meminta polis menyiasat semula kes itu berikutan pendedahan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menulis di blognya bahawa seorang pegawai SPRM mengarahkan penolong pengarah Kastam itu berdiri di kaki lima tingkap bilik pantri sebagai 'hukuman' kerana menukar pengakuannya dalam kes rasuah yang disiasat.

Dakwanya, apa yang berlaku semasa inkues sekarang sama seperti yang didakwa oleh Raja Petra.

Raja Petra mendakwa pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'

NONEKata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulisnya lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

-malaysiakini-

Memo bantah cabul hak mahasiswa catat sejarah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Julai: Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin telah menjadi detik sejarah bagi memastikan hak mahasiswa tidak dicabul oleh mana-mana pihak.



Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki memaklumkan bahawa sejarah pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), lapor laman web Media Mesir.
"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka.
"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,” katanya lagi.
Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka.
Pada tahun lepas, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah melancarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa.
Usaha tersebut bagi membuka ruang kepada mahasiswa untuk membuat aduan tentang pencabulan hak mahasiswa.
Seterusnya segala aduan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Encik Saiful, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ketika itu.
"Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul,” kata Nuruddin mengakhiri perbualan.
2,000 sertai solat hajat
Pada 19 Julai lalu, Desak telah menganjurkan solat hajat dan penerangan isu semasa.
Program yang menghimpunkan lebih 2,000 orang mahasiswa tersebut telah didukungi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.



Di dalam program tersebut, para mahasiswa telah didedahkan dengan beberapa kes pencabulan hak mahasiswa yang dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis, 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0, beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya.
Selain itu beberapa aduan yang diterima, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka.
Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasatke atas mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia.

Norway: 87 mati ditembak lelaki menyamar polis



Pemandangan dari udara pulau Utoeya kelmarin, sehari sebelum insiden seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah lokasi perkhemahan anjuran Parti Buruh Norway. — Foto Reuters
OSLO, 23 Julai: Angka kematian akibat tembakan dilepaskan oleh seorang lelaki yang menyamar polis di lokasi perkhemahan anjuran parti pemerintah Norway semalam meningkat kepada 87 orang.
Insiden itu terjadi beberapa jam selepas letupan bom di pejabat kerajaan di tengah Oslo yang turut meragut nyawa tujuh orang.

Svein Gustav Wilhelmsen/AFP/Getty Images
“Maklumat yang dikemaskinikan menunjukkan angka kematian sekarang sekurang-kurangnya 87 (sudah terbunuh),” kata ketua polis Oystein Maeland pada sidang media.
“Kami tidak boleh memberi jaminan tidak akan ada peningkatan,” kata beliau sambil menambah, ada mangsa yang cedera parah.

Pengunjung ke pulau Utoeya kelihatan di tebing pulau tersebut selepas kejadian seorang lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah lokasi perkhemahan semalam. — Foto Reuters
Pemangku ketua polis Sveinung Sponheim pula berkata, “kami masih bertindak atas hipotesis bahawa beberapa orang berkemungkinan terlibat (dalam melakukan serangan).”
“Sekurang-kurangnya satu senjata automatik telah digunakan,” kata beliau.
Saksi-saksi berkata penembak terbabit yang dikenali polis sebagai lelaki berusia 32 tahun, rakyat Norway, memasuki pulau percutian Utoeya dan melepaskan tembakan secara rambang.
Lelaki itu dikatakan ada hubungan dengan kumpulan pelampau sayap kanan.
“Dia ada memberi maklumat-maklumat yang menarik bagi siasatan, ada butiran yang boleh membawa (siasatan) kami ke depan,” kata Sponheim sambil menambah, motif tindakan suspek belum jelas buat masa sekarang.
Serangan itu adalah yang terbesar di Eropah Barat sejak letupan bom di tren Madrid yang membunuh 191 orang.
Laporan media menyebut polis juga telah mengesan bahan-bahan letupan yang masih belum digunakan di pulau itu, yang terletak di sebelah barat laut Oslo.
“Lelaki itu adalah suspek utama letupan bom di Oslo dan disyaki telah bergerak dari ibu negara (Norway) ke kawasan perkhemahan,” katanya.
Terdahulu bangunan pejabat-pejabat kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri di tengah menjadi sasaran letupan.
“Bahan letupan diletakkan dalam kereta dan bom diletupkan selepas orang yang disyaki meninggalkan kawasan kejadian,” kata Sponheim.
Kebanyakan mangsa tembakan berusia antara 14 dan 19 tahun.
“Ia kejadian paling dahsyat di Norway sejak selepas Perang Dunia Kedua,” kata Geir Bekkevold, kata ahli Parlimen pembangkang dari parti Christian Peoples. 
-Reuters-

Peristiwa Pertukaran Kiblat Di Dalam Bible

zharifjenn

Pasti ramai daripada anda tahu yang satu masa dahulu kiblat umat Islam ialah Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis Jerusalem seperti artikel yang telah saya siarkan sebelum ini. (klik sini untuk baca)

Saya ingin berkongsi dengan anda satu bukti bahawa kiblat Allah akan bertukar dari Jerusalem ke tempat lain. Buktinya terdapat di dalam Bible sendiri. Bahkan Jesus sendiri yang menyebutnya (di dalam Bible).

Bible New Testament John 4:20-24
New International Version (NIV)

20 Our ancestors worshiped on this mountain, but you Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.” 21 “Woman,” Jesus replied, “believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem22 You Samaritans worship what you do not know; we worship what we do know, for salvation is from the Jews. 23 Yet a time is coming and has now come when the true worshipers will worship the Father in the Spirit and in truth, for they are the kind of worshipers the Father seeks. 24 God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth.”
Cuba lihat dan fahami maksud ayat di atas. Ayat yang perlu ditekankan (yang telah digariskan):
  1. Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem
  2. Believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem

Terjemahan untuk kita lebih faham (diambil dari Alkitab Indonesia);

(20) Nenek moyang kami menyembah di atas gunung ini, tetapi kamu katakan, bahwa Jerusalemlah tempat orang menyembah. (21) Kata Yesus kepadanya: "Percayalah kepada-Ku, hai perempuan, saatnya akan tiba, bahwa kamu akan menyembah Bapa bukan di gunung ini dan bukan juga di Jerusalem.

Persoalannya, di mana kiblat yang baru itu? Bagi Islam, Kaabah merupakah kiblat yang dimaksudkan di dalam Bible. Mungkin penganut Kristian masih mencari-cari lagi kiblat tersebut ataupun tidak mempedulikan ayat tersebut.
Kiblat Umat Islam
Peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah ada diceritakan di dalam Bible. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW.

Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda SAW bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah.

Sehinggalah Allah mengurniakan dan merealisasikan permintaannya seperti dirakamkan di dalam al-Quran:

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (tempat letaknya kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. 
(al-Baqarah: 144)

Sila baca artikel Kenapa Kita Solat Mengadap Kaabah untuk lebih memahami pertukaran kiblat ini.