"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Analisis Penuh PRK GALAS...Syukurlah PAS Kalah


Teka-teki Pilihanraya Kecil bagi Dewan Undangan Negeri N45 Galas Kelantan akhirnya terungkai juga. Setelah hampir tiga tahun ianya dipegang oleh Pas, UMNO telah berjaya mengambil kembali kerusi yang menjadi salah satu kerusi quo mereka dalam DUN Kelantan. Itulah Galas. Pas tidak pernah memenangi kerusi tersebut sejak daripada pilihanraya umum pertama lagi, malah kerusi tersebut hanya mampu dimenangi pembangkang ketika diwakili oleh calon Semangat 46. Akhirnya, barang ditakdirkan Allah, Pas berjaya juga menang di Galas dalam PRU12. Persoalannya sekarang, adakah Pas telah ditolak oleh pengundi di Galas? Mari kita fikir bersama-sama.


DATA ANGKA PRK GALAS 2010

Secara umumnya, berikut adalah keputusan pengundian bagi kerusi N45 Galas semalam: 

Berikut pula adalah perbezaan undi Pas dalam PRU 12 dan PRK 2010:

 PILIHANRAYA
UNDI PAS
UNDI UMNO
MAC 2008
4399
3753
NOVEMBER 2010
4134
5324
PERBEZAAN UNDI
-265
+1571

Melalui perbezaan undi tersebut, sebenarnya Pas hanya kehilangan sekitar 265 undi, masih berpeluang untuk menang jika sekiranya undi UMNO tidak mendadak dengan begitu banyak. Pada tahun 2008, sebanyak 8356 orang pengundi telah keluar mengundi bagi membentuk jumlah keluar mengundi sebanyak 80.89 peratus. Dalam pilihanraya kecil ini pula, bilangan keluar mengundi pula bertambah kepada 9555 orang telah keluar mengundi mewakili 82.71 peratus daripada jumlah pengundi.
PILIHANRAYA
JUMLAH PENGUNDI
KELUAR MENGUNDI
MAC 2008
10 330
8356
NOVEMBER 2010
11 553
9555
PERBEZAAN
+1233
+1199

Bagi keputusan pilihanraya 2010 mengikut peti undi pula adalah seperti berikut:
POS BROOKE (LOJING)
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
112
241
2010
78
424
PERBEZAAN UNDI
-34
+183
SUNGAI BER
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
105
158
2010
99
257
PERBEZAAN UNDI
-6
+99

BELATIM
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
11
74
2010
9
117
PERBEZAAN UNDI
-2
+43

BALAR
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
51
85
2010
41
153
PERBEZAAN UNDI
-10
+68
BIHAI
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
27
82
2010
5
233
PERBEZAAN UNDI
-22
+151 

HAU
UNDI PAS
UNDI UMNO
2008
81
115
2010
89
138
PERBEZAAN UNDI
+8
+23

KAMPUNG PULAI
U
Baca analisis selanjutnya di 

ANALISIS PENUH PRK GALAS...SYUKURLAH PAS KALAH!!

Betulkah Pas & DAP Tidak Serius Sokong PKR?

Mohd Sayuti Omar

KENYATAAN dan luahan rasa setiausaha politik Anwar Ibrahim, Abdul Rahman Yusof (foto) yang tidak puas hati dan kesal dengan Pas dan DAP dalam membantu kempen pilihan raya kecil melibat parti PKR yang bertanding di Batu Sapi 4 November dahulu sesuatu yang tidak wajar dibuka kepada umum.

Dalam pada itu keluhan Abdul Rahman itu tidak boleh dipandang ringan jikanya betul. Ianya perlu dipedulikan terutamanya oleh dua rakan mereka itu kalau tidak ia boleh memborak ke permasalahan lebih besar lagi.

Apa yang dikesalkan Abdul Rahman ialah sikap Pas dan DAP tidak seperti partinya dalam membantu pilihan raya kecil melibatkan parti berkenaan. 

Katanya, Pas dan DAP yang membantu pilihan raya di Batu Sapi memaksa PKR membayar segala kos bantuan itu dan ini tidak seperti diamalkan partinya.

Kata Abdul Rahman PKR ketika membantu pilihan raya kecil melibatkan DAP di Sibu dan Pas di Kuala Terengganu, Bukit Gantang atau Bagan Pinang tidak meminta apa-apa bayaran dan mengeluarkan wang poket sendiri.

Tentu Rahman ada bukti mengenai sikap Pas dan DAP dalam membantu kempen calon PKR dalam pilihan raya itu. Sebenarnya orang ramai juga dapat merasakan bahawa tidak ada kesungguhan Pas dan DAP untuk membantu Ansari Abdullah yang menjadi calon dan bertanding di pilihan raya kecil itu. 

Dari kejauhan jika diperhatikan pilihan raya di Batu Sapi tidak disertai secara bersungguh seperti mana Pakatan menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Sibu yang membawa kemenangan.

Tanpa bukti masakan Abdul Rahman boleh melahirkan rasa terkilannya. 

Kekalahan teruk calon Pakatan Rakyat itu mungkin salah satu faktornya kerana tidak ada bantuan dan kerjasama daripada Pas dan DAP seperti mana dakwa Abdul Rahman.

Pun begitu sejauh manakah kebenaran dakwaan Abdul Rahman itu hanya parti komponen itu yang tahu? Orang ramai tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Yang dapat menjawab dan mengetahui apakah benar dan tidaknya ialah Pas dan DAP. Kebetulan kedua parti itu juga pernah terlibat dalam pilihan raya kecil.


Abdul Rahman mungkin boleh mengemukakan bil-bil bayaran atau invois yang belum dibayar yang dibelanjakan oleh mereka untuk membiayai pilihan raya melibatkan Pas dan DAP, seperti di Sibu ataupun di Kuala Terenggganu. Dan beliau juga boleh memperincikan apakah tuntutan yang dibuat oleh DAP atau Pas.

Logiknya kalau tidak betul dan tidak berlaku masakan Abdul Rahman mengeluarkan keluhan demikian. Dalam pada itu ada juga kedengaran PKR juga berbuat demikian meminta Pas atau DAP membayar perbelanjaan yang dibuat mereka dalam membantu pilihan raya melibatkan Pas dan DAP?

Apakah kerana PKR terlebih dahulu mengamalkan perbuatan demikian maka Pas atau DAP pula mengikutnya?


Biarlah kesalahan itu ditanggung oleh semua pihak. Tetapi apa yang hendak diperkatakan di sini, kes-kes seperti diluah oleh Abdul Rahman itu tidak sepatutnya berlaku. Baik Pas, DAP dan PKR perlu saling bantu membantu bagi menjamin kemenangan Pakatan Rakyat. Sudah tentu kalau ada kepincangan dan sikap dingin antara satu sama lain boleh menimbulkan kesulitan dan masalah kepada Pakatan Rakyat di hari muka. Semua kena ingat pilihan raya umum sudah tidak lama lagi.


Saya tidak tahu apakah keluhan terbuka Abdul Rahman dalam Facebook kemudian diolah menjadi kenyataan akhabr yang dikirimkan oleh Abdul Aziz Anon kepada blogger itu satu tindakan bijak ataupun mendedahkan pekong di dada Pakatan Rakyat saja?

Harapnya PKR, Pas dan PKR dapat memperbetulkan persepsi ini dan menjamin agar kenyataan yang boleh melukakan dan menarik polemik sebegini tidak akan melata. Sebenarnya kes-kes yang terpendam di hati inilah yang boleh memborak menjadi barah merosakkan organ bernama Pakatan Rakyat. Adalah bijak kalau kasus begini ditimbulkan dalam mesyuarat bersama Pakatan Rakyat dan bukannya ditulis dalam Facebook atau twitter. [wm.kl. 5:15 06/11/10]

Kenapa Tengku Razaleigh Berterima Kasih Kepada Pas?

Mohad Sayuti Omar
NAMPAKNYA para pemerhati politik dan bloger yang bersimpati dengan Pas masih terus meracau dan mencari sebab musaba kenapa Pas tewas parah di Galas. Dengan menolak takdir itu juga disebabkan perbuatan manusia juga wajar kalau mereka mencari di manakah kesilapan Pas. Usah dilihat kepada kekekutan BN tetapi cubalah menyelami kesalahan diri sendiri. Tragedi yang berlaku itu adalah kombinasi antara kelemahan diri dengan kekuatan musuh.

Jadilah manusia yang bersikap tasamuh.


Ada macam-macam yang digali dan diselidiki. Kerana kurang berhati-hati dan mungkin juga kerana diulik perasaan dengki dan marah, maka dicakar kepada orang-orang tertentu. Segala penyakit lama dikait dan dihimpunkkan dan dicampakkan di Galas untuk membusukkan orang-orang tertentu. Janganlah begitu, tidak baik.

Tuhan memesankan kepada kita, supaya berikhtiar kemudian bertakwa. Berbaik sangkalah kamu sesama kamu dan diminta bertasbeh dan bersyukur. Saya yakin kalau mereka yang berminat nak mencari di mana sebab musbaab atau suis kekalahan Pas ia akan ditemui.

Carilah... bagi saya, seperti saya katakan saya membuat ulasan dan meletakkan kesalahan kepada apa yang dapat dilihat, dapat dirasa dan dihayati sendiri. Yang kita tahu. Sedikit-sedikit didengar. Kandatipun ada lagi sebab-sebab ghaib yang sukar untuk dihuraikan. Bukan sukar kalau dihuraikan tetapi untuk tidak menimbulkan masalah kerana ia menyentuh soal hidup dan aspirasi politik orang lain, elak tangguhkan dulu.

Marilah kita sama-sama mencari dan menggalinya tanpa 'melesetkan' (melumurkan) kepada sesiapa. Sekiranya kita menemui suis dan rahsia itu, apakah ianya wajar atau sebaliknya sama-sama kita fikirkan? Apakah strategi itu silap dan dianggap memakan diri sendiri? Politik adalah penyelesaian masalah ummah dan bukannya penimbul masalah kepada ummah. Tidak ada ertinya politik kalau ia boleh menyusah dan memperpanjangkan masalah ummah.

Saya yakin apa jua tindakan baik di sebelah kiri atau kanan tujuannya sama untuk menyelesaikan masalah ummah. Apa juga strategi diambil untuk kemenangan Pas. Dalam konteks Galas untuk kemenangan rakyat. Adalah celaka ahli politik yang berstrategi dengan niat kalau untuk menjahamkan negeri dan menyusahkan rakyat. Pemimpin yang sedemikian sejahat-jahat pemimpin wajar disalit di pohon balak.

Jadi kepada pencari jawaban kepada kekalahan Pas hendaklah bertenang dan menbeleknya dengan baik. Jangan berprangsangka, apa lagi kalau cuba menarik kambing-kambing putih untuk dijadikan kambing hitam bagi menjustifikasi kekalahan itu. Ini bukan masanya untuk melakukan korban, ingat kepada kenduri di hapan masih besar dan memerlukan pengorbanan dan bukan melakukan korban.

Sekiranya apa yang saya ketahui ini jawaban kepada persoalan itu, atau menjadi punca kepada kekalahan itu maka bolehlah didedahkan agar tidak menimbulkan ruang fitnah kepada orang lain dan demi menyelamatkan orang lain juga tidak tersalut dengan darah merah fitnah. Pendedahan itu rasanya tidak elak di ruang terbuka. Sesiapa berminat bolehlah bertemu secara peribadi bukan saja demi mengetahuinya tetapi mengkaji sejauh manakah kebijaksanaan atas strategi itu.

Tengku Razaleigh Hamzah ketika mengulas kemenangan bergaya UBN itu mengucap terima kasih kepada Pas? Kenapa?

Bagi yang bijak pandai mendengar kenyataan dan ulasan itu sudah dapat mengintai di mana duduk perkara sebenarnya. Ini mesti ada sesuatu yang perlu dihurai dan ditafsirkan berpandukan pelbagai lembaga dan kitab politik? [wm.kl.1:10 pm 05/11/10] 

Hari raya Aidil Adha 1431 Disambut Rabu - 17 November

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah mengumumkan umat Islam di negara ini akan merayakan  Hari Raya Aidil Adha bersamaan 10 Zulhijjah 1431 ini  jatuh pada Rabu -17 November 2010.

ADUN Sekinchan masuk hospital lepas 'ditumbuk'

ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.
Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungiMalaysiakini berharap dapat hadir pada sidang DUN Selangor yang bermula Isnin ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Sime Darby.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".

-malaysiakini-

Akuan Bersumpah Palsu - Bala Cabar Peguam Negara Dakwanya


KUALA LUMPUR, 6 NOV: Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam menyelar tindakan kerajaan kerana menutup kes dua akuan bersumpah yang dibuat beliau.

Akhbar portal Malaysiakini melaporkan, Bala dalam satu surat terbuka kepada Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang dihantar ke akhbar terbabit menyatakan beliau berasa terkejut dengan hasil siasatan  polis bahawa tiada sebarang kesalahan telah dilakukan.

Keputusan itu, katanya dibuat walaupun beliau sudah membuat pengakuan telah menandatangani surat akuan bersumpah palsu.

"Saya percaya polis telah meyiasat keadaan menyelubungi dua kenyataan akuan bersumpah yang dibuat di bawah seksyen 199 penal kod yang membawa kepada hukuman penjara tiga tahun serta denda..Ini bukan satu kesalahan remeh.

Oleh demikian, saya terkejut dengan alasan pihak tuan bahawa tuan tidak dapat menyimpulkan sebarang kesalahan telah dibuat hasil dari bukti-bukti yang ketara dikumpul oleh polis dalam siasatan mereka," tulisnya lagi dalam salinan surat terbuka yang dihantar kepada Malaysiakini.

Sambil berkeras bahawa akuan bersumpah keduannya adalah palsuu, beliau menggesa pihak berkuasa untuk membuka semula fail kes terbabit.

"Akuan bersumpah yang pertama adalah keseluruhannya benar. Yang kedua pula,adalah pembohongan semata-mata dan saya mengakuinya," tulisnya lagi.

Bala, turut mencabar peguam negara utnuk mendakwanya kerana membuat kenyataan palsu dalam akuan bersumpah keduanya sambil menegaskan bahawa beliau bagaimanapun berhak untuk mengaku tidak bersalah kepada tuduhan kerana yakin mempunyai asas pembelaan diri yang kuat.

Beliau seterusnya menyatakan kesediaannya untuk pulang ke negara ini untuk membela dirinya namun meminta jaminan daripada Abdul Gani memastikan keselamatanya memandangkan ada pihak yang tidak menyenangi kepulangan beliau.

Bala, dalam akuan bersumpah  pertamanya telah mendedahkan bahawa Altantuya adalah perempuan simpanan Najib sebelum model tersebut diserahkan kepada rakan baiknya, Razak Baginda.

Namun, 24 jam selepas beliau membuat pendedahan berkenaan melalui surat akuan bersumpahnya, Bala dikatakan telah dipaksa menarik balik surak akuan bersumpah terbabit dan seterusnya membuat satu lagi surat akuan bersumpah antara kandungannya mengandungi kenyataan bahawa beliau membuat surat akuan bersumpah pertama dalam keadaan tertekan dan dipaksa.

Bala kemudiannya telah menghilangkan diri bersama keluarganya sebelum muncul kembali beberapa bulan lalu.

Beberapa laporan polis telah dibuat berikutan itu dan Suruhanjya Piencegah Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan menyiasat dakwaan bahawa kumpulan terbabit telah merasuah dan mengugut Bala untuk menandatangani surat akuan bersumpah keduanya.

SPRM, bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan untuk menyiasat aduan yang dibuat dan turut berdolak dalik apabila membatalkan pertemuan untuk merakam kenyataan Bala di London pada saat-saat akhir.
-tvsnews-

Ketepi Perbezaan Politik Bantu Mangsa Banjir : Sultan Kedah

ALOR SETAR,  6 NOV: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah agar semua pihak mengetepikan fahaman politik dan tampil membantu demi kepentingan seluruh rakyat negeri yang terjejas teruk akibat bencana banjir.

"Beta berasa amat dukacita di atas kejadian bencana banjir yang telah melanda seluruh rakyat negeri Kedah yang tercinta ini, tapi beta percaya ada hikmah di sebalik semua ini. 

"Marilah kita sama-sama bersyukur atas nikmat Allah dan yang penting sama-sama mengambil iktibar dan merenung serta memikirkan hikmah di sebalik kejadian ini," titah baginda.

Memetik laporan Bernama, pada majlis tersebut baginda turut mengumumkan sumbangan RM500,000 daripada hasil zakat negeri, serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi RM100,000 kepada kerajaan negeri untuk membantu mangsa banjir di Kedah.

Terdahulu Sultan Kedah dan Sultanah, Tuanku Haminah Hamidun berangkat melawat rakyat jelata yang terlibat dengan bencana itu di pusat pemindahan di Stadium Suka Menanti di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda berdua ialah puteri bongsu yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Hadir sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sultan dan Sultanah Kedah meluangkan masa hampir sejam bersama rakyat jelata di pusat pemindahan itu, sebelum berangkat ke Wisma Darul Aman untuk taklimat khas banjir.
-tvsnews-

Najib sakit perut atau pecah perut?

batu-api2
Rupanya tulisan saya "Kalau Najib Mati, Adakah Rosmah akan menjadi PM?" sukar difahami oleh pembaca, sehingga ada juga mencerca nick saya BatuApi @ FireStone nick yang tak baik.

Saya menulis walaupun nampak merapu, tapi ada fakta yang jelas dan juga fakta yang tersembunyi. Yang arif akan mengetahuinya. Sebab itu geng blogger celaka jarang menyahut tulisan saya kerana dia tahu fakta, dia juga tahu olahan awal saya akan menjerat dikemudiannya yang pasti dia tak akan terlepas!!!

Terus teranglah kenapa saya kata Najib mati? Walaupun saya kata tulisan ini sinikal humor tapi sebenarnya berfakta. Memang saya tak pernah doakan dia mati, saya ada sedikit perbezaan pandangan dengan TGNA dalam hal ini.

Saya pernah membaca dalam Malaysiakini dan saya ambil petikan untuk dibaca bersama di sini. (link)

Dalam ucapannya, seperti disiarkan secara langsung melalui Internet, Nik Abdul Aziz antaranya menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut kerajaan negeri sebagai "melanggar keadilan asasi".

"Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS, dengan sorakan para penyokongnya.
Adakah sakit PM kita ada kaitan dengan doa TGNA saya pun tak boleh jawab, semuanya kerja Allah s.w.t. Setahu saya TGNA kata kita akan doa.. makna belum lagi berdoa pecah perut!!!

Tan Sri Muhyiddin ada komen pasal perkara ini. (link)

"Tak tahu nak kata apa", itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan mendoakan pemimpin kerajaan BN "pecah perut" berhubung isu bayaran royalti minyak.
Doa disebut di dalam kitab-kitab kuning sebagai senjata mukmin. Senjata yang akan digunakan bila kita tersempit untuk dibuat pengajaran kepada manusia yang boleh berfikir.

Juga kepada manusia yang selalu menzalimi orang lain. Aku pun berdoa juga, tapi taklah pecah perut kepada blogger celaka yang selalu membuat fitnah kepada pimpinan PAS dan merosokkan Jamaah Islam. Semoga Allah bagi pengajaran dia didunia ini untuk menjadi pengajaran kepada orang lain. 


Ini video TGNA berdoa khusus untuk 2 orang berserta hadiran ceramah. Mungkin membantu anda memahami situasi yang berlaku.


BatuApi @ FireStone
http://batuapi-firestone.blogspot.com

Bangkit Segera Hadapi PRU-13 : Idris Ahmad


KUALA LUMPUR, 6 NOV: PAS menganggap keputusan di Galas dan di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 ujar Ketua Penerangan PAS Pusat  Ustaz Idris Ahmad.

Dalam satu kenyataan medianya, PAS menerima keputusan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurut Idris keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manik Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun,  PAS hampir tewas dengan majoriti 65 sahaja.  Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.

"Insya Allah PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13."katanya.

Kata Idris lagi keputusan pilihanraya di Galas, bukan bererti untuk menjadi malas berjuang, sebaliknya mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS  tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk.

Ujar Idris lagi,"Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan  buang bayi meningkat.  PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat."

"Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban."katanya.

Tambah Idris kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.
-tvsnews-

Banjir - Empat Terkorban, lebih 50,000 Dipindahkan Setakat Ini


KEDAH 5 NOV:  Banjir besar melanda wilayah semenanjung utara telah mengorbankan empat nyawa dan hampir 50 ribu orang terpaksa dipindahkan setakat ini.

Jumlah yang dipindahkan di Kedah semalam meningkat hampir 40,000 tatkala keadaan di Perlis air mulai surut.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan berterusan di Kedah dan Perlis.

Namun,mangsa banjir di Kedah kini berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang semalam, berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu yang dibenarkan pulang tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir. 

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatatkan penurunan manakala daerah Padang Terap kekal dan Pendang meningkat sedikit. Sehingga 8 pagi ini, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang semalam.

Daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 semalam. Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah seramai 354 orang daripada 92 keluarga, Pokok Sena 1,480 mangsa daripada 250 keluarga dan Pendang 249 orang daripada 62 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga kini, 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang. 

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di perairan Condore, Reef North dan Pulau Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Sabtu, 6 November 2010. 

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dalam perkembangan lain, satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 skala Richter telah berlaku di Luzon pada pukul  12.40 pagi.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 13.0 utara longitud 123.3 timur. 978 km dari timurlaut Sandakan, Sabah. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
-tvsnews-