"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Cina babi' dan polis yang merompak; tiada lagi yang mengejutkan rakyat yang sudah kecewa dengan BN!

Stan Lee, Malaysia Chronicle
Walaupun Mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa Bersih 2.0 adalah perhimpunan yang sah tidak seperti yang diwar-warkan pentadbiran Najib, siasat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia terhadap salah laku polis semasa Bersih 3.0 pula mengejutkan.

Seorang guru pusat tuisyen dari Subang Jaya yang telah mengambil bahagian semasa perhimpunan 28 April itu telah memberitahu suruhanjaya itu bahawa seorang anggota polis mengambil rantai emas beliau dan kemudian memukul beliau.

Polis itu juga mengutarakan kata-kata kesat berbau perkauman kepadanya iaitu “Cina babi” dalam pada itu merompak beliau. Kejadian itu didakwa telah dilakukakan dihadapan Kelab Royal Selangor tidak jauh daripada tempat Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

Polis itu menarik rantai emas saya. Saya cuba melepaskannya semasa rantai itu menghiris tengkuk saya dan akhirnya berjaya. Saya juga cuba meletakkan rantai ke dalam poket tetapi polis itu merampasnya dan memukul saya,” Lapor Malaysian Insider seperti yang diberitahu oleh cikgu Leong Siew Meng kepada panel Suhakam.

Lebih kuat saya melawan, lebih teruk saya dipukul. Polis itu tidak menggari saya. Dia panggil saya sombong dan “Cina babi’ sepanjang jalan ke kelab.

Leong memberitahu bahawa beliau dibawa ke Pusat Latihan Polis Jalan Semarak. Beliau juga memberitahu beliau ada mendengar polis lain menyanyikan “Inilah Barisan Kita”.

Di pusat latihan Semarak, beliau telah diberi makanan dan air dan dibenarkan menghubungi keluarga beliau menerusi telefon mobil. Walaubagaimanapun, semasa dibebaskan tengah malam itu, rantai emas beliau tidak dikembalikan kepada beliau.

Terlalu banyak penipuan dan kekecewaan
Sungguhpun kenyataan yang diberikan Leong itu mengejutkan, rakyat Malaysia sebenarnya tidak lagi terkejut dengan sikap polis dalam pemerintahan Najib Razak yang semakin teruk.

Berdekad-dekad lamanya rakyat sudahpun lali dengan sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh kerajaan BN yang diterajui UMNO dala usaha mereka untuk mengekalkan kuasa mengikut kaum.

Najib berjanji bahawa reformasi dan demokrasi yang lebih nyata akan dilaksanakan selepas Bersih 2.0 dan keganasan polis semasa Perhimpuanan Bersih 3.0 pada April tahun ini.

Keengganan menteri dalam negeri Hishamuddin Hussein mengiakan ketakutan rakyat mengenai peningkatan jenayah di negara ini dan terus mengatakan bahawa ia adalah taktik pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan yang diperintah Umno-BN.

“Najib tidak mengotakan janjinya dengan mengarahkan tentangan yang lebih sengit dan ganas terhadap Bersih 3.0 berbanding Bersih 2.0. Bagaimana nak dapatkan balik kredibiliti selepas itu?” beritahu naib presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

“Polis dan agensi kerajaan lain termasuk cikgu juga dengan bersahaja memanggil orang bukan melayu sebagai pendatang dan sebagainya adalah bukti bahawa Umno sememangnya ingin mewujudkan perbalahan kaum. Jadi “Cina babi” ini tidaklah menghairankan. Sakit dan marah tidak lagi meledak seperti dulu. Ini adalah lebih bahaya untuk BN, ia menunjukkan orang boleh menjangka dan berputus asa. Inilah sebabnya Najib perlu menolak pembersihan pilihanraya dan cuba sedaya upaya menghentikan Bersih.”

Bersih 2.0 adalah sah dan Hisham lah yang tercemar
3 orang panel Suhakam itu diterajui oleh Naib pengerusinya Dr Khaw Lake Tee. Dua orang lain adalah Professor Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen. Panel ini akan menemuduga 22 orang saksi selama 22 hari. Siasatan ini akan bersambung esok.

Pada Selasa lepas, Mahkamah tinggi menolak bahawa Bersih 2.0 adalah perhimpunan haram dan menyifatkan keputusan menteri dalam negeri Hishammuddin sebagai “dicemari’.

“Perintah Menteri ini disanggah kerana Bersih adalah pertubuhan yang berlunaskan undang-undang,” perintah Hakim Rohana Yusuf.

Kawan rapat Najib akan sertai PAS?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden Umno, Najib Tuan Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu.

Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar menyatakan perkara itu di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/

Berikut adalah tulisan beliau.

PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai Pas.

Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.

Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.

Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.

Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.

Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.

Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.

Jangan kahwini enam wanita ini

http://suraual-ikhwan.blogspot.com
Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja

Najib cuba hilangkan sakit Umno tetapi …

Aspan Alias
Yang masih ada kepada Najib ialah ego dan ketamakan sahaja. Beliau tahu yang BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini jika PRU itu diadakan sekarang atau sebulan dua selepas ini. Tidak tahulah jika Najib ada sentuhan sakti awal tahun depan untuk mengekalkan kuasa dan baki-baki mandat yang masih ada kepada BN sekarang. Sekarang Najib bukan lagi hendak menyelamatkan Umno, tetapi sebaliknya Najib berusaha untuk Umno menyelamatkan beliau.

BN kini sedang berpecah, ibarat kejatuhan kepingan-kepingan bangunan yang sedang runtuh. Umno khususnya memang sudah sampai ke penghujung hayatnya. Semuanya ini adalah dalam pengetahuan Najib. Jika benar Najib tidak tahu keadaan ini maka sah Najib tidak tahu menahu apa yang berlaku di bawah dalam BN dan Umno serta pandangan dan persepi sebenar rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.

Umno akan menjadi parti yang “orphanage”, iaitu parti yang seperti anak yatim yang ditinggalkan ibu bapanya. Umno akan keseorangan dan akan ditinggalkan oleh parti-parti komponen di dalamnya. Parti-parti yang menjadi ahli kepada BN sedang meneropong dan meneliti sejauh mana kekuatan Umno di mata rakyat kerana kekuatan dan pandangan tinggi rakyat terhadap parti itu amat penting sebagai tunjang kepada BN. Jika tulang belakang sudah nampak lemah maka tidak akan ada lagi kekuatan pada BN.

Jika seseorang itu sudah lemah dan reput tulang belakangnya, banyak perkara tidak akan dapat dilakukan lagi oleh seseorang itu: berjalan perlahan, duduk tidak selesa, hendak bongkok pun tidak boleh dan jauh sekali untuk menjadi pentadbir keluarga yang “effective”. Seseorang itu akan menumpukan masa untuk mengubati sakitnya dan tidak ada masa untuk menguruskan perkara lain, jauh sekali untuk menguruskan rakyat.

Sesungguhnya Umno sedang sakit tenat. Berbagai-bagai cara sedang dilakukan oleh Najib untuk menahan kesakitan yang sedang mereka (Umno) alami sekarang. Sesungguhnya Umno tidak dapat membezakan sakit dengan penyakit dan seterusnya tidak dapat meleraikan masalah kesakitan yang dihadapinya.

Apa yang dilakukan oleh Umno sekarang hanyalah untuk menghilangkan sakit, bukannya untuk memperbaiki diri daripada penyakit. Najib ibarat seorang yang makan Panadol untuk menghilangkan sakit kerana Panadol itu adalah ubat penahan sakit. Panadol itu tidak akan mengubati penyakit.

Elok kita kaji anologi yang ini:

Jika Mamat rasa sakit kepala dia akan makan Panadol maka sakit itu hilang sekejap. Besoknya Mamat rasa sakit telinga pula, maka Mamat makan dan telan dua biji panadol dan sakit telanga itu hilang. Seminggu selepas itu Mamat terasa sakit tengkuk pula, dan seperti biasa dia telan lagi dua biji Panadol.

Maksud saya di sini, Panadol itu akan hanya menghilangkan sakit buat sementara, tetapi Mamat tidak mahu ambil kisah tentang penyakit yang sebenarnya yang dihidapinya. Sebenarnya, Mamat sedang menghadapi penyakit darah tinggi. Jika Mamat masuk ke hospital dan ubati penyakit darah tinggi maka rasa sakit di telinga, mata, tengkuk dan kepala tadi tidak akan datang lagi. Selama ini Mamat hanya menelan panadol untuk menghilangkan sakit tetapi tidak menghilangkan penyakit.

Begitulah yang Najib lakukan sekarang. Beliau ibarat memberi kelegaan kepada rasa sakit kepada Umno itu sahaja. Itulah sebabnya Najib memberikan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) sebanyak RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Selepas itu beliau rasa ada kesakitan di kalangan pemandu teksi, maka diberi pula tayar yang murah kepada semua pemandu teksi dengan kupon sebanyak RM420 seorang. Lepas itu Najib umum elaun khas (one-off) untuk jururawat sebanyak seratus dua ringgit.

Yang terakhir Najib umumkan bonus raya dan berbagai-bagai lagi selepas ini. Semuanya ini hanya pertolongan untuk menghilangkan sakit sementara. Najib sepatutnya cari apa penyakit sebenarnya yang dihadapi oleh Umno itu. Bantuan seperti memakan Panadol ini tidak akan menghilangkan penyakit kerana sakitnya akan datang semula tidak lama selepas itu kerana sebenarnya Umno mempunyai penyakit yang tidak diubati dan penyakit ini sudah begitu lama dihidapinya.

Penyakit sebenarnya yang dihadapi oleh Umno ialah kehilangan keyakinan rakyat yang amat serius. Keyakinan rakyat sudah terhakis begitu teruk sekali kerana kegiatan rasuah yang berluas-luasa dalam Umno dan kepimpinan kerajaan sekarang. Pimpinan Umno sendiri sudah hilang segala “plot” untuk mentadbir negara dengan baik dan bermoral. Pemimpin-pemimpin Umno berbelanja wang rakyat seperti negara ini emak dan bapa mereka yang punya.

Trillion ringgit sejak sepuluh tahun dahulu telah lesap dan dibawa ke luar negara secara haram dan kesemua wang itu adalah wang rakyat yang mereka tadbir. Pucuk pimpinan bukan sahaja menjadi PM dan Menteri-Menteri tetapi mereka juga adalah kontraktor mengambil kesemua peluang yang terdapat melalui projek-projek raksasa infrastruktur negara untuk menjadi kaya-raya yang tidak terhingga.

Mereka menyamun dan merompak tanpa rasa belas ehsan terhadap rakyat yang 60 peratus masih melata dalam kehidupan mereka. Rakyat marah kerana penyakit yang menafikan rakyat Kelantan dengan menghalang Kelantan mendapatkan royalti minyak negeri mereka.

Banyak lagi senarai yang panjang-panjang yang tidak termuat hendak disebut dalam posting ini. Inilah penyakit sebenarnya dan jika untuk menghilangkan rasa sakit dengan membayar BR1M dan sebagainya ia adalah seperti memakan ubat tahan sakit sementara seperti Panadol.

Oleh kerana terlalu banyak makan Panadol, ubat Panadol ini pun tidak “effective” lagi kerana sistem badan kita sudah “immune” dengan jumlah Panadol yang kita makan itu. Di sinilah letaknya penyakit Umno yang tidak pernah terubat dan diambil perhatian.

Cara Najib menyelesaikan masalah hanyalah dengan membayar sana dan membayar sini dan SOP pimpinan Najib ini tidak lebih dan tidak kurang seperti beliau mengendalikan Umno bahagian Pekan sahaja. Najib percaya semua masalah akan selesai jika dibayar dengan wang ringgit sahaja.

Oleh itu marilah kita membina keyakinan yang rakyat akan berjaya kali ini untuk menhilangkan penyakit yang kita semua sedang hidapi. Kita mesti berhenti memakan ubat tahan sakit seperti Panadol ini, kerana Panadol tidak boleh menyembuhkan penyakit.

Panadol hanya setakat menghilangkan sakit buat sementara sahaja. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menghilangkan penyakit. Apabila sembuh penyakit itu maka kita tidak akan merasa sakit lagi dan tidah payah menelan Panadol siang dan malam.

Umno perlukan rawatan rapi dan wajar berehat sahaja setidak-tidaknya selama lima tahun selepas PRU nanti. Itu pun jika penyakitnya boleh disembuhkan. Kalau tidak boleh juga sembuh berehatlah terus menerus.

Rakyat mahukan parti yang cergas dan sihat untuk memberikan keyakinan yang tinggi untuk memelihara kemerdekaan yang telah kita capai lebih dari lima dekad dahulu.

Apa Bezanya Imam Muda Mesir Dengan Tuan Guru Nik Aziz

Pakatan Rakyat Selatan
Bulan Lepas Kita Semua Di Maklumkan Bahawa TGNA Telah Menjadi Imam Solat Jumaat Di Pasir Gudang Johor,Imam Yang Telah Memangku Jawatan Imam Pada Hari Tersebut,Telah Pun Di Buang Jawatanya Daripada JAIJ.

Ini Kerana Di Sebabkan Imam Tersebut Telah Pun Memberi Tanda Hormat Kepada TGNA Untuk Menjadi Imam Semasa Itu.

Bulan Ini Pula Kita Lihat Kerajaan Serta JAKIM Telah Pun Menerima Kehadiran 15 Imam Muda Dari Mesir Untuk Mengimamkan Solat Tarawih Di Masjid Seluruh Malaysia...!

Persoalanya:-
Adakah Imam-imam Di Masjid Berkenaan Akan Di Pecat Juga Oleh Kerana Kesalahan Yang Sama,Kerana Imam Tempatan Menghormati Tetamu Untuk Mengimamkan Masjid Yang Berkenaan...???

Apa Pula Bezanya Imam Muda Mesir Dengan TGNA Yang Sama-sama Di Hormati Tetamu Untuk Mengimamkan Solat Di Masjid...?
Foto: Bulan Lepas Kita Semua Di Maklumkan Bahawa TGNA Telah Menjadi Imam Solat Jumaat Di Pasir Gudang Johor,Imam Yang Telah Memangku Jawatan Imam Pada Hari Tersebut,Telah Pun Di Buang Jawatanya Daripada JAIJ. Ini Kerana Di Sebabkan Imam Tersebut Telah Pun Memberi Tanda Hormat Kepada TGNA Untuk Menjadi Imam Semasa Itu....!  Bulan Ini Pula Kita Lihat Kerajaan Serta JAKIM Telah Pun Menerima Kehadiran 15 Imam Muda Dari Mesir Untuk Mengimamkan Solat Tarawih Di Masjid Seluruh Malaysia...!  Persoalanya:- Adakah Imam-imam Di Masjid Berkenaan Akan Di Pecat Juga Oleh Kerana Kesalahan Yang Sama,Kerana Imam Tempatan Menghormati Tetamu Untuk Mengimamkan Masjid Yang Berkenaan...??? Apa Pula Bezanya Imam Muda Mesir Dengan TGNA Yang Sama-sama Di Hormati Tetamu Untuk Mengimamkan Solat Di Masjid...?  Adakah Isu Ini Telah Di Politikan Oleh UMNO & Kerajaan Malaysia....!

Bayi kena sembelih (Gambar)

BAYI malang dirawat di hospital tempatan di Anshan, Liaoning.
BAYI malang dirawat di hospital tempatan di Anshan, Liaoning.
BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.

Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.

“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.

Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi. 
-DM-

Gambar sedih: Masjid dibakar dan rakyat dibunuh di Myanmar, apa sumbangan kita?

http://kachipemas.blogspot.com
Terkini...peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam Rohingya...Masjid tempat beribadah hangus dibakar!
Kirimkan doamu teman...kita mengadu pd Allah yg Maha Kuasa...
Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun menjadi mangsa penindasan di Myanmar...
Melarikan diri dari kampung halaman untuk mencari tempat yang selamat...hanya doa dan sumbangan kita sahaja yang dapat meringankan beban mereka. amin

Cukai eksais kereta kecil dari belanja luar jangka PM

Harakahdaily
KEADILAN mengalu-alukan pelbagai maklumbalas setakat ini berhubung cadangan menurunkan harga kereta melalui kaedah rombakan struktur cukai yang dikenakan ke atas kereta terutamanya cukai eksais dan cukai import.

Maklumbalas yang bertalu-talu mengesahkan pandangan KEADILAN bahawa isu ini adalah isu rakyat yang perlu dibincangkan di peringkat nasional.

Kenyataan beberapa pimpinan Umno/Barisan Nasional yang cepat melatah bahawa rombakan struktur cukai ini akan menurunkan harga kereta berjenama antarabangsa setara dengan harga kereta-kereta Proton menampakkan mereka tidak memahami konsep cukai eksais.

Cukai eksais yang dikenakan terhadap pembelian kereta adalah cukai menyeluruh yang tidak membezakan di antara jenama dan model kereta tempatan atau antarabangsa. Cukai eksais adalah cukai yang dikenakan terhadap sesuatu kumpulan barangan, maka cukai eksais terhadap pembelian kereta adalah cukai yang dikenakan terhadap mana-mana pembelian kereta pada kadar yang sama.

Struktur cukai-cukai yang kini dikuatkuasakan ke atas pembelian kereta adalah seperti berikut:
Ini bermakna, hampir semua kereta yang dijual oleh Proton dan Perodua dicukai sekurang-kurangnya 85% dalam bentuk cukai eksais dan cukai jualan; samalah dengan model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain.

Oleh itu, jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Perodua, Toyota, Honda dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini.

Maka, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta-kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata.

Ini mengukuhkan pendirian KEADILAN bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta berada pada paras yang munasabah dan adil kepada rakyat adalah penting untuk menambahkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat dan mengurangkan bebanan mereka.

Saya juga membidas reaksi awal pimpinan Umno/Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai rombakan struktur cukai kereta ini. Anggaran KEADILAN menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalah RM8 bilion.

Semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri menunjukkan jumlahnya jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini.

Contoh-contoh perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 bilion), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia (RM530 juta), Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta) dan pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia; serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang Jelajah Janji Ditepati (dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini).

Jika jumlah ini (sebanyak RM3.57 bilion) dicampur dengan pengumuman bonus terbaru kepada kakitangan awam sebanyak RM2.2 bilion, jumlah segala gula-gula yang sewenang-wenangnya digunakan oleh Perdana Menteri untuk membeli undi rakyat adalah RM5.77 bilion.

Sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri juga naik mendadak. Secara puratanya (dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012), perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RMRM4.6 bilion.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan perbelanjaan diluar perancangan dan perbelanjaan tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri setiap tahun adalah seperti berikut:
Sebab itu KEADILAN yakin bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika segala keborosan Perdana Menteri dihentikan.

Malah, KEADILAN juga telah membincangkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan cukai eksais kelak akan diganti dengan sumber pendapatan yang baru. Mekanisme ini akan diumumkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim minggu depan sekembalinya beliau dari mengerjakan ibadah umrah.

Perkara ini perlu diperdebatkan dengan lebih halus supaya rakyat boleh membuat keputusan mengenai kaedah percukaian kereta yang paling adil kepada mereka.
------------------------------------------------------------------------------------------
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN, NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN dan SIM TZE TZIN, TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN.

Anwar akan umum formula turun harga kereta

Muhammad Faizal
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yakin rombakan struktur cukai bagi memastikan harga kereta lebih murah, tidak akan membebankan kewangan negara jika segala keborosan perbelanjaan luar perancangan Perdana Menteri dihentikan.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang membidas reaksi awal pimpinan Umno-Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai struktur cukai kereta ini.

"Anggaran PKR menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalam RM8 bilion.

"Manakala semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaannya menunjukkan jumlahnya jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Menurutnya, perbelanjaan di luar perancangan termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 bilion), Bantuan Kembali ke Sekolah 1Malaysia (RM530 juta), Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta) dan pelbagai skim beli undi sepanjang jelajah janji ditepati dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini.

"Jika jumlah ini (RM3.57 bilion) dicampur dengan pengumuman bonus terbaru iaitu sebanyak RM2.2 bilion, jumlah sewang-wenangnya digunakan oleh Perdana Menteri untuk beli undi adalah RM5.77 bilion.

"Sejak Datuk Seri Najib Razak mengambil jawatan Perdana Menteri, perbelanjaan pengurusan dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri naik secara mendadak," tambahnya.

Rafizi menyatakan, perbelanjaan pengurusan telah melonjak RM1.4 bilion sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RM4.6 bilion dan bagi keseluruhan jika disekalikan dengan perbelanjaan di luar perancangan berjumlah RM11.8 bilion.

"Sebab itu kita ia tidak membebankan negara jika rombakan cukai dilakukan.

"PKR juga telah membincangkan mekanisma rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapuskan cukai eksais kelak digantikan dengan sumber pendapatan terbaru," kata beliau lagi.

Menurutnya, mekanisma ini akan diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu hadapan setelah beliau pulang dari mengerjakan umrah.

Yang menangis teresak-esak bukan Mufti Arab Saudi

Dr Wan Ahmad Razwan,
Assalamualaikum wrwbt.

Saya merujuk "Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak..."

Saya sudah meneliti rakaman video tersebut dan cerita yg dilaporkan orang ramai dalam alam maya itu didapati hanya untuk menyedapkan sebaran. Tokoh panel dalam video tersebut bukanlah Mufti Arab Saudi, tetapi seorang pendakwah yg bernama Syeikh Abd Aziz Fawzan. Beliau menangis apabila mengulas tentang kejahilan seorang "liberalist" wanita yg bernama Hessa Asy- Syeikh yg menulis dalam akaun twitternya dengan menyamakan lagu Muhammad Abdu (penyanyi Arab Saudi) seperti Kalam ALLAH.

Memberi bantuan kepada rakyat Somalia adalah suatu tuntutan agama, tetapi bukan bermakna kita boleh sewenang-wenang menyandarkan sesuatu berita secara palsu. Inilah bentuk perekaan "hadith" palsu zaman moden !!

Di bawah ini video yg dimaksudkan -

Muhyiddin terburu-buru singkirkan Najib

KUALA LUMPUR: Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya ketuanya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan PRU13 tahun ini juga, menunjukkan sikap terburu-buru beliau yang tidak sabar lagi hendak melihat Najib tersungkur.
AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, andaian pihak Umno-BN, iaitu jika mereka berjaya menang dengan majoriti tipis, Najib sudah tentu akan menerima nasib seperti mantan PM, Tun Abdulllah Ahmad Badawi yang dipaksa melepaskan jawatan PM dan Presiden Umno.

Itu pun kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, jika BN menang tipis. Tetapi jika berlaku sebaliknya, bukan sahaja Najib, malah Muhyiddin turut sama tenggelam, apabila BN ditewaskan dalam PRU13 nanti.

“Kenyataan TPM ini mengundang banyak persepsi. Adakah beliau hendak menolak PM ataupun beliau tahu PM tidak yakin, maka beliau hendak push PM supaya buat juga PRU tahun ini?” soalnya.

Tegasnya, walaupun Najib sebelum ini berkata, beliau yakin menang 14-0 ke atas Pakatan Rakyat, namun sehingga kini beliau tidak berani membubarkan Parlimen.

“Banyak program pemberian telah dibuat misalnya BR1M. Tetapi kesannya sudah habis, parlimen tidak dibubar juga. Sekarang BN bercakap pula tentang BR1M kedua, entah bila hendak beri kita tidak pasti.

“Kita lihat transformasi ekonomi dan politik Najib banyak juga yang telah dibuat tetapi kenapa beliau belum cukup yakin? Jawabnya mudah, walaupun media dikuasai BN, mereka masih gagal meraih sokongan rakyat,” ujar beliau

Jelas, katanya, Najib tersekat kerana banyak propaganda transformasi beliau dapat dipatahkan oleh media baru, khususnya rakyat yang semakin jelas menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

5 Pengarah diarah tukar kerana memalukan Najib?

Ingat lagi peristiwa Najib dimalukan ketika beliau merasmikan Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 pada 14 Julai lalu di Stadium Bukit Jalil?

Dalam peristiwa yang benar-benar memalukan Najib itu, ketika beliau memberikan ucapan perasmian hadirin yang diupah untuk meramaikan majlis tersebut telah berpusu-pusu keluar.

Dari komen-komen yang ditinggalkan di ( SINI ) ada yang mengatakan orang ramai yang hadir dibayar RM20, ada yang mengatakan RM30 dan ada juga yang mengatakan dibayar RM60..

Dan Najib sendiri dikatakan terpaksa menangguhkan ucapannya selama kira-kira dua minit untuk meminta hadirin diam mendengar ucapannya.. malangnya tak ada siapa yang peduli..

Sila lihat video ketika kejadian di ( SINI )

Berikutan sambutan yang memalukan buat Najib yang sering digambarkan disambut meriah dalam berbagai majlis oleh Media tunggangan UMNO itu..Menteri Perdagangan Dalam Negeri terpaksa memohon maaf kepada Najib.

Beliau dikatakan terpaksa memohon maaf kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Bagi meutup kelemahan dirinya sendiri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ismail Sabri juga dilaporkan telah mengkambing hitamkan lima Pengarah Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Sehingga kini, sudah empat pengarah Jabatan Pembangunan Negeri telah diarahkan bertukar 24 jam pada 16 Julai lalu manakala seorang Pengarah Bahagian di ibu pejabat juga ditukar.

Yang melaporkan perkara ini ialah Rocky Bru.. baca di bawah..

Sila lihat di SINI

Kisah di Sebalik Wang baru dan PRU-13

Halimislam

Wang baru ini boleh digunakan pada Julai 2012 sebelum Hari Raya.


Dan tahu kenapa wang baru ini dilancarkan hampir menjelang Hari raya..?

Sebabnya pada masa itu penerimaan orang ramai untuk menggunakannya
yang dianggap sebagai duit raya..

Bila raya mestilah semuanya nak baru baju baru, seluar baru, dan
duit raya pun nak jugak baru.

TETAPI,

Disebalik percetakan wang baru ini yang sebenarnya Kerajaan
sudah tiada duit untuk menghadapi PRU-13.

Antara sebabnya kerajaan telah banyak memberikan gula2 pada orang ramai antaranya:-

1 – BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia ) dimana peruntukan keseluruhan kempen
ini berjumlah RM2.6 billion.
2 – Melaksanakan kempen BB1M (Baucer Buku 1 Malaysia) dimana peruntukan untuk pelajar IPTA/IPTS sebanyak RM260 juta.
3 – Dan banyak lagi gula2 yang diberikan yang bertujuan sebagai kempen
sebelum PRU-13
Ini yang jelas nampak dimana duit itu pergi, yang tidak nampak itu dikira lain pula.

Akan tetapi mengapa hanya sejak akhir-akhir ini sahaja bantuan sedemikian diberikan,.?

Bagi yang melihatnya dengan mata hati akan memahaminya kerana mereka ingin terus berkuasa dalam pilihanraya yang akan menjelang tidak lama lagi.

Cuma disini pernahkah anda berfikir dengan cara apakah sebenarnya kerajaan mendapatkan wang untuk berbelanja apatah lagi dengan mudahnya memberikan gula-gula tersebut kepada orang ramai?

Antaranya, cetakkan wang yang bersandarkan pada hutang.
Bagaimana tuh..?

Begini, dengan cetakkan wang baru itu, hutang baru pun akan wujud. Sudah jadi kebiasaan bila ada si pembuat hutang mesti ada si pembayar. Bila kerajaan yang membuat hutang..siapa pulak yang membayarnya..? Dah tentulah rakyat.

Bagaimana rakyat membayarnya..?
Daripada cukai2 yang terkumpul, dengan kenaikan harga barangan, kenaikan harga bahan bakar, dan lain2.

Bila dikira hutang yang dibuat oleh kerajaan sudah mencecah sebanyak RM605 billion dan jika dibahagikan dengan jumlah rakyat Malaysia yang berjumlah 29.1 juta orang purata bagi setiap seorang yang perlu menangung hutang kerajaan hampir berjumlah RM20,790.00/seorang.

Jumlah ini akan bertambah daripada masa ke semasa dan hutang ini
tidak akan habis dibayar sehingga runtuhnya sistem wang kertas.

Nantikan selepas PRU-13 tidak kira Kerajaan BN menang atau Kerajaan PR menang kenaikan harga bahan bakar, kenaikan harga barangan keperluan dan kenaikan kadar cukai tetap juga naik.

Disebab apa..?
Disebab sistem wang kertas itu membuatkan manusia terus iperhambakan dan kekayaan beredar pada golongan tertentu Yang kaya akan kekal kaya dan terus bertambah kekayaannya dan yang miskin akan kekal terperangkap dalam kemiskinan dan akan bertambah miskin.

Bagi mereka yang melihat dengan hanya mata luaran apa yang mereka nampak hanya wang kertas berwajah baru, cantik dan cuba untuk mendapatkannya itu sahaja. Hanya mereka yang menggunakan kedua matanya akan dapat melihat kebenaran.

Kebenaran yang bagaimana..?
Kebenaran yang kita semua adalah hamba kepada sistem ciptaan Dajjal.
Dalam sistem ini kita seperti dilahirkan kedalam sebuah penjara
yang kita tidak rasa,hidu ataupun sentuh.

Sampai sudah masa kita semua bangun daripada tidur sedar tentang
realiti yang berlaku.

Untuk fahami lagi apa yang ingin saya sampaikan lihat video sini:-

Kambing hitam di pinggan Hishamuddin Hussein

Lim Hong Siang
Saya masih ingat ketika Hishamuddin Rais dibebaskan dari tahanan ISA pada tahun 2003. Aktivis Reformasi ini mengakui dirinya menangis setelah diseksa sepanjang penahanan. Bukan kerana seksaan itu, tetapi dirinya gagal membayangkan bagaimana seseorang manusia boleh memperlakukan seksaan sedemikian terhadap seorang lagi manusia.
Minggu lalu Gerakan Mansuhkan ISA bersama Lawyers For Liberty menganjurkan forum berjudul ISA: Penyeksaan yang sempurna. Seksaan itu bukan sahaja dalam bentuk fizikal dan mental terhadap tahanan, tetapi orang di sekeliling tahanan. Kebetulan saya melawat seorang bekas tahanan ISA baru-baru ini, Eow Bung Pow, aktivis mahasiswa yang ditangkap pada Mac 1975, dan dibebaskan pada Februari 1977.

Eow Bung Pow tidak mengisahkan penderitaannya, cuma berkongsi satu cerita yang mungkin pada sesetengah orang, bukannya sesuatu yang "besar sangat". Menurut Eow, pada zaman itu, sememangnya beberapa tarikh dipilih khas untuk pembebasan tahanan ISA, misalnya pada Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Maklumlah, tiada telefon bimbit pada zaman itu. Beliau dibebaskan, kemudian pulang ke rumahnya di Kedah dengan teksi. Setibanya di rumah, pemandu teksi yang tidak dikenalinya itu, enggan menerima tambang daripadanya, kerana tahu beliau keluar dari Kamunting.

Ibu bapanya tidak menjangkakan pembebasannya. Namun dengan tangkas ibunya pergi ke dapur dan menghidangkan semangkuk sup sirip ikan untuknya - makanan yang mahal dan hanya dimakan seorang semangkuk setahun sekali pada Tahun Baru Cina ketika itu. Rupa-rupanya kedua-dua orang tuanya masih menyimpan harapan bahawa beliau akan dibebaskan - meskipun pernah dihampakan pada tahun sebelumnya.

Sesungguhnya penantian tanpa penghujung menjadi penyeksaan yang zalim buat ahli keluarga tahanan. Dalam penantian itu orang tua yang uzur mungkin kembali ke pangkuan Allah. Tahanan hanya diberi peluang untuk menjenguk mayat arwah, dan kemudian membawa kerinduan itu bersama dirinya ke dalam sel. Cuma, anak siapa yang tidak mahu menemani ibu bapanya sebelum terlewat? Ibu bapa mana yang tidak mahu memegang tangan dan menatap wajah anaknya, sebelum mereka meninggal dunia?

Kita semua manusia biasa. Saya masih ingat bagaimana seorang bekas tahanan menahan sebak mengisahkan pengalamannya dalam forum itu. Dalam pertemuan pertama bersama anaknya yang berusia dua tahun ketika beliau ditahan, mereka dibenarkan bertemu bersemuka. Kali kedua dan yang seterusnya, mereka dipisahkan dengan kaca. Pada kali terakhir mereka bertemu, mereka dibenarkan bersemuka semula. Namun anaknya meraba-raba, memegang sesuatu bagai wujud kaca di depannya...

Saya manusia biasa. Jikalau ditanya sama ada saya takut kepada serangan pengganas, jawapannya semestinya. Saya tidak mahu diri saya, mahupun saudara mara, sahabat handai saya yang tidak berdosa dibom oleh pengganas. Namun saya perlu menerima hakikat bahawa risiko ini sentiasa wujud. Kalau tidak di KLCC Malaysia pun, saya berdepan dengan risiko diletupkan ketika melancong di Pulau Bali, di Hatyai dan sebagainya.

Namun apakah hanya kerana saya tidak mahu berdepan dengan risiko tersebut, maka mereka yang "disyaki" sebagai pengganas itu, wajar ditahan tanpa dibicarakan? Padahal ISA tidak mencegah diri kita daripada diletupkan. Altantuya Shariibuu diletupkan tatkala ISA masih wujud. Sehingga hari ini hakim masih tidak terjawab apakah motif dua orang tertuduh membunuh 1 wanita Mongolia yang tidak dikenali mereka sebelum itu.

Berbalik kepada isu, sememangnya setiap warga mahu hidup aman dan selamat. Namun keinginan tersebut tidak boleh menghalalkan pencabulan hak asasi seseorang manusia yang belum diketahui bersalah atau tidak. Tahanan dan keluarga tahanan, memiliki hak untuk hidup aman dan selamat seperti kita. Saya masih ingat bagaimana isteri bekas tahanan ISA, Norlaila Othman ketika berhempas pulas memperjuangkan pembebasan suaminya. Beliau yang kebuntuan akhirnya "ambush" Abdullah Ahmad Badawi dalam satu aktiviti FELDA. Lelaki yang menangisi pemergian isterinya Endon Mahmood ini sekadar melafazkan "Insyaallah" ketika bersemuka dengan rayuan seorang isteri yang dipisahkan daripada suaminya. Saya tidak pasti nilai air mata itu berbeza antara seorang Perdana Menteri dengan seorang suri rumah tangga. Tapi saya berasa jijik apabila kebahagian satu keluarga dihancurkan kerana kerajaan mahu jaga imej "memerangi pengganas". Persoalan saya, jika benar Mat Sah (suami Norlaila) yang ditangkap itu pengganas, apakah anda rasa rayuan itu sekadar dikemukakan dalam bentuk memorandum, dan bukan bahan letupan seperti C4?

Saya menjadi seram apabila Hishammuddin Hussein tanpa segan silu menyatakan dirinya memilih lamb chop tatkala tahanan ISA mogok lapar menuntut hak asasi mereka. Lebih-lebih lagi tahanan ini adalah "kambing hitam" dalam pinggannya, ketika beliau memenuhi nafsu kuasanya. Cuma saya nak ingatkan Menteri Dalam Negeri, ibu bapa dan anak tahanan sedang menunggu anak dan ayah mereka di rumah. Keluarga mereka mungkin tidak pasti sama ada tahanan itu benar terlibat dalam aktiviti pengganasan, tapi seperkara yang 1Malaysia boleh kesahkan, iaitu tiada seorang pun daripada 45 tahanan ISA menghunus keris untuk mengancam ketenteraman Malaysia!

*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com