"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita Indon separuh bogel ditemui mati ditikam

GEORGETOWN: Polis menemui mayat seorang wanita warga Indonesia, dipercayai dibunuh, di sebuah rumah dua tingkat di Halaman Ariffin, Jalan Burmah pada Jumaat. Mangsa, Rosni Kholijah, 39, dijumpai polis dalam keadaan separuh bogel dengan enam kesan tikaman pada leher dan badannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superitendan Mohd Nasir Salleh berkata, polis menemui mangsa dalam keadaan terperosok di sebelah katil di bilik yang terletak di tingkat bawah rumah terbabit selepas mendapat maklumat daripadaorang awam lewat petang Jumaat.

"Mangsa dipercayai dirompak sebelum dibunuh kerana rantai dan gelang yang dipakainya gagal ditemui," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar, Sabtu.

Sebilah pisau dapur turut ditemui berhampiran mangsa, dipercayai digunakansebagai senjata.

Mohd Nasir berkata, polis kini mencari teman lelaki dan rakan mangsa bagi membantu siasatan.

"Kami juga akan memanggil tuan rumah itu untuk membantu dalam siasatan. Kita mahu tahu berapa ramai orang yang tinggal di rumah ini," katanya.

Beliau berkata, bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia lebih dari 12 jam semasa ditemui dan polis masih menyiasat motif pembunuhan.

Katanya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat dalam kes ini menghubungi balai polis berdekatan. 
-Bernama-

Nasaruddin Buat Laporan Polis Nafi Bersama Hassan Ali..

siasahkini
Inilah kerja iblis-iblis yang bertopengkan manusia.....inilah perbuatan tangan-tangan gatal yang berniat jahat agar sorang lagi pimpinan ter'cicir' dalam perjuangan.
Ustaz Nasa membuat laporan polis bahawa beliau tidak sekali2 tidak terlibat.....malah beliau tidak sedar langsung bahawa beliau diregukan dengan Hassan Ali dalam salah satu program roadshow Hassan Ali di Bandar Baru Bangi pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi minggu depan.

Kerja sapa ini?

Inilah kerja iblis-iblis yang bertopengkan manusia.....inilah perbuatan tangan-tangan gatal yang berniat jahat agar sorang lagi pimpinan ter'cicir' dalam perjuangan.

Manakala Hasan Ali pula terus hanyut dalam syok sendiri.....dalam kehairan sendiri.....dalam ujub sendiri.

Samada dalam sedar.....atau separuh sedar.....atau tak sedar langsung.....ha ha ha yang sebenarnya beliau telah di'tunggang' oleh kumpulan tertentu.....alangkah ter'hina'nya jika seseorang yang kuat 'aqidah'nya serta mempunyai rantaian kelulsan sehingga ke peringkat PhD menjadi 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu yang muflis politik atau kumpulan atau pertubuhan tertentu yang sedang terlantar 'nazak' menunggu tarikh 'keramat' PRU13-(selanjutnya Disini)albrangi

Memang Layaklah Diturunkan banner nie..Dah hangpa buat salah meregukan Nasaruddin yang tak dak kaitan dengan program tuu

PETALING JAYA: Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang menurunkan 10 banner Roadshow Masa Depan Politik Malaysia yang memaparkan wajah bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.
Roadshow itu yang dijangka diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi didakwa disabotaj oleh ahli Exco kerajaan negeri.
Pengerusi SMU Norman Toha berkata hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh Menteri Besar. Sekatan ini dibuat berpilih- pilih.
“Kalau iklan banner Pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshow anjuran bersama SMU, mereka turunkan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Norman menyoal, “dimanakah keadilan untuk rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik ektrem kepartian?
“Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai RM1,500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut,” katanya. [ sumber.]

Penjelasan Noh Omar Tersekat?

Mohd Sayuti Omar
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhh7eUEQv-m6jK16X7_S_Hr5e7hHaBOABE7GMZCSoT1hUwfELJkYkbjwhQGaGT40Soir4vpJqvBvLx1evyu5DKhlyahz3w2QbJ04Df8snWTWHwAzFOIWXmh3GQsOEU9ikfSvLEXBfl37ac/s400/NohOmar_sun.jpg
Selepas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang cuba meredakan sedikit pembongkaran terhadap projek lembu gemuk (NFC) yang kena belasah terus sehingga memaksa Shahrizat Jalil bercuti selama tiga minggu dengan meralatkan audit tak kata projek NFC kucar kacir. Noh Omar pula tampil malam ini seperti mana dilapor media PB, dengan cuba menjelaskan isu NFC sengaja dipolitikkan oleh pembangkang.


Noh cuba hendak membela rakannya atau bekas Menteri Pertanian dan Indsuteri Asas Tani Udin anak Yassin yang dikatakan sangat mengetahui perjalanan NFC itu.

Saya malas ulas banyak penjelasan Noh yang tidak jelas dan tersekat-sekat itu cuma nak bertanya kepada satu persoalan yang dikatakan olehnya. Menurutnya projek itu menghadapi masalah sedikit apabila syarikat yang hendak datang melabor tiba-tiba tidak jadi.

Katanya ladang itu seluas 5,000 ekoar merupakan ladang peninggalan, (ladang gagal) pihaknya telah pun menyediakan syarikat itu masuk mengusahakan. Cara Noh 'beroyak" (bahasa Orang Asli memberi tahu), syarikat itu seperti syarikat dari luar negara.

Penjelasan Noh tersangkut kerana tidak menyebut syarikat berkenaan dan juga menjelaskan kenapa tiba-tiba syarikat itu tidak jadi masuk. Apakah ia ada kena mengena dengan komisyen atau fee yang terlalu tinggi yang perlu dilunasi ataupun kerana diminta wang tumbuk rusuk yang besar?

Hendaknya Noh memberi penjelasan perkara ini dan tidak boleh meninggalkan ayat itu tergantung. Sebenarnya banyak perkara misteri dalam kementerian pertanian dan industrian asas tani. Kalau beliau tidak jelas orang boleh menganggap beliau juga terlibat dengan tindakan syarikat itu membatalkan niat dengan tiba-tiba itu.

Dalam pada itu perlu ada pihak tertentu membuat selidikan mengenal pasti syarikat yang tidak jadi masuk itu untuk mendapat penjelasan apakah sebab musababnya. Saya percaya pembatalan itu ada kena mengena peraturan-peraturan luar tabiit yang dikenakan oleh pihak berkuasa di negara ini khususnya orang politik seperti mana yang telah disedia maklum.

PRU13: Presiden Pas tawar untuk tidak tanding

MARANG: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.

Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.

“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.

“Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini,” katanya.

Hasan Ali Guna Gambar Nasharuddin Secara Haram?

laniismaa

Melihat kepada baner Roadshow masa Depan Politik Malaysia Hasan Ali tentu gah. Dengan tajuk sebegitu apakah Hasan Ali setanding Anwar Ibrahim untuk menentukan masa depan politik Malaysia?

Banner yang digunakan terpampang wajah Ahli Parlimen Bachok yang juga AJK PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Melihat kepada senarai penceramah, tiada pula nama Ustaz Nasharuddin di situ. Pelik juga!!

Ustaz Nasharuddin dikatakan difitnah untuk memburukannya dengan meletakkan gambarnya pada baner tersebut. Dia membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Putra men

afikan penglibatannya dalam satu program Hasan Ali yang akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru. Ia anjuran Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat.

Jadi sahlah gambar Ustaz Nasharuddin digunakan secara haram oleh Hasan Ali dan Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat. Kasihan si Hasan, ingatkan ramai ‘geng’ tetapi terkial-kial. Kini geng utama Hasan Ali ialah TV3 dan UM.

Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) juga telah menurunkan 10 banner ‘haram’ tersebut hari ini. Tak patut MPkj bertindak begitu. Modal bagi Hasan!!

Ia akan menjadi modal serangan dan telah pun dilakukan oleh Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan tersebut. Nanti Hasan ada modal sekiranya program tersebut tidak mendapat sambutan dia akan menyalahkan dengan sekatan yang dilakukan termasuk banernya yang diturunkan.

Kalau tak diturunkan, kita dapat lihat bagaimana hebatnya program Hasan. Tentu Zulkifli Noordin juga seronok mengulas di TV3.

MAIS gagal menjaga amanah pewakaf

KLANG, 27 JAN: Hampir enam tahun menanti agar kawasan yang diwakaf digunakan seperti yang dirancang dan dibincang bersama Majlis Agama Islam Selangor(MAIS), seorang usahawan Dr Kamarolzaman Hajar, 53, tampil melahirkan rasa kekecewaanya terhadap organisasi agama itu yang diamanahkan mengurus kawasan wakaf tersebut.

Tanah yang dilengkapi 27 unit buah rumah dengan tiga buah bilik dilengkapi sistem perparitan dan kemudahan elektrik serta air bersih itu terbiar sepi sejak diserahkan pada MAIS pada Jun 2006 sejak zaman pemerintahan Umno-BN di Selangor.

"Tujuan saya mewakafkan kawasan ini kepada MAIS adalah kerana saya mahu ia menjadi tempat tinggal anak-anak yatim, golongan mualaf dan fakir miskin yang tiada tempat perlindungan.

"Melihatkan keadaan sekarang ini, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan sedih saya kerana apa yang saya hajatkan masih belum kesampaian," luah Kamarolzaman sebak.

Menurut doktor perubatan yang mempunyai sebuah klinik kesihatan di Seksyen 7 Shah Alam, beliau membina unit-unit rumah ini pada tahun 2000 dan disewakan kepada penyewa dengan kadar RM 420 sebulan.



Bagaimanapun demi merealisasikan hasrat mebantu golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan perlindungan seperti anak yatim dan fakir miskin, beliau mengorbankan keuntungan berkali ganda yang mampu diperolehi hasil kutipan sewa.

"Niat saya ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukan terutama anak-anak yatim yang kebanyakan mereka sudah tidak punya sesiapa sebagai tempat bergantung.

"Namun setelah kian lama menunggu, dan MAIS masih gagal mengurus harta yang diwakafkan ini dengan amanah dan baik, saya benar-benar menyesal.

"Bukan mewakafkan tanah ini, tapi kerana mengamanahkan ia kepada mereka yang kononnya tegakkan agama padahal dengan terang-terangan mencabul nilai-nilai Islam itu sendiri," jelas Kamarolzaman dengan nada sedikit marah.

Beliau turut memberitahu bahawa sudah berulang kali perbincangan dilakukan bersama pihak MAIS, malah beliau sendiri sudah berjumpa dengan bekas Exco Hal Ehwal Islam sebelum ini iaitu Datuk Dr Hasan Ali namun janji yang diberi sekadar omongan kosong.

"Sudah puas saya turun naik berjumpa pegawai-pegawai MAIS malah Hasan Ali sendiri pada April 2008, namun janji untuk menguruskan tanah ini dengan baik hanya tinggal janji.


"Sekarang saya tidak mempercayai apapun yang dikatakan mereka kerana saya sudah serik diberi pelbagai alasan," ujarnya lagi yang baru berjumpa pegawai MAIS minggu lepas bagi membincangkan perkara ini namun masih menerima alasan lapuk yang sama.


Selain itu, lebih mengecewakan beliau adalah kedengaran ura-ura bahawa tanah yang sudah ditukar nama kepada MAIS ini dikhabarkan bakal didirikan kawasan pangsapuri kos sederhana 4 tingkat sebanyak 60 unit.

"Ini adalah khabar angin daripada sumber-sumber yang boleh di percayai. Malah ia juga tertulis dalam laporan yang dikeluarkan MAIS baru-baru ini.

"Persoalannya mengapa tanah yang diwakafkan ini perlu dibangunkan semula untuk tujuan komersial sedangkan sewaktu diwakafkan kesemua unit rumah ini lengkap untuk diduduki?," soal beliau hairan dengan tindakan MAIS yang seolah-olah cuba mencari keuntungan daripada harta yang diwakafkan.

Sungguhpun tanah yang diwakafkan itu masih tidak berfungsi sebagai pusat perlindungan yang diinginkan, Kamarolzaman kini berusaha sendiri memberi perlindungan kepada 25 orang anak-anak yatim yang ditempatkan di banglo miliknya bersebelahan kawasan wakaf itu.

"Inilah niat saya dan saya akan cuba tunaikan selagi saya termampu. Kalau benar mereka mahu bangunkan kawasan perumahan untuk tujuan yang selain saya niatkan sewaktu menyerahkan kawasan ini, saya akan tetap pertahankan tanah ini sehingga titisan darah terakhir.

"Kalau ditanya harapan, saya tidak berharap apa-apa lagi daripada MAIS. Cuma saya mohon agar saya diberi hak bagi mengurus tanah wakaf ini kerana MAIS sendiri telah gagal mengurusnya. Jadi biarlah saya sendiri menguruskan tanah wakaf ini," tegas Kamarolzaman mengakhiri kata-katanya.

Budak 10 tahun terlepas bas pandu kereta ke sekolah

PARIS: Polis menahan seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas dia memandu kereta bapanya untuk ke sekolah apabila tertinggal bas, semalam.

Budak lelaki terbabit turut membawa bersamanya seorang kawan berusia sembilan tahun yang juga ketinggalan bas sekolah.

Jurucakap polis Valence berkata, budak itu memandu kereta Renault Megane bapanya sejauh kira-kira dua kilometer sebelum terbabas ke tepi jalan, tetapi tiada sesiapa cedera.

Ketika polis tiba, budak terbabit merayu tidak ditahan. 
-DM/hmetro-

Punca Hasan Ali Lempar Tuduhan Liar Terhadap PAS

Mohd Ezli Mashut
 

SHAH ALAM 27 JAN: PAS Selangor hari ini mendedahkan punca kemarahan Datuk Dr Hasan Ali terhadap parti Islam itu sehingga sanggup membuat tuduhan liar dan mempertikaikan dasar parti itu.


Puncanya ialah kehilangan jawatan dan kedudukan di dalam PAS Selangor, dedah Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan yang membacakan kenyataan media semasa sidang akhbar di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini.

"Kemarahan beliau(Hasan) terhadap PAS semakin melonjak apabila diketahui beliau tidak dicalonkan oleh PAS Gombak untuk kerusi Gombak Setia dalam PRU-13 walaupun dijelaskan keputusan itu bukan muktamad.

"Semenjak itu beliau mula mengambil sikap menyendiri dan mempertikaikan keseluruhan perjalanan PAS. Beliau mendakwa PAS tidak lagi dikuasai golongan ulama sedangkan amat jelas tindakan beliau sendiri melanggar nasihat dan arahan ulama di dalam PAS. Kalau ada yang membelakangkan ulama,ianya dirinya sendiri dan bukan PAS," kata Hasbullah.

Tambah Hasbulllah, kedudukan Ulama dan PAS terjamin dan diinstitusikan di dalam perlembagaannya melalui kewujudan Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama di mana kedudukan ini jauh lebih mulia dan terunggul berbanding Ulama di dalam Umno yang mana hanya disediakan Biro Agama yang setaraf dengan Biro Sukan.

"Dasar perjuangan PAS juga tidak berubah seperti terbukti dengan tiadanya apa-apa pindaan yang dibuat ke atas perlembagaannya. Adalah 'common sense' atau kefahaman asas bahawa sekiranya dasar sesebuah parti ingin ditukar,maka perlembagaannya perlu diubah," ujarnya.

Justeru, rakyat diseru tidak tertipu dengan kata-kata nista daripada Hasan yang diberi galakan dan sokongan dari Umno-BN atas sebab-sebab kepentingan politik mereka.

"Umum menyedari,dalam soal merosakkan seseorang individu tiada yang lebih hebat dari Umno,dalam kes Dr Hasan Ali adalah bukti akan kehebatan Umno dalam soal ini," ujarnya.

Sidang media itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan.

Tabung Haji rampas ribuan hektar tanah adat

PETALING JAYA: PKR mengecam tindakan Tabung Haji Plantations Sdn Bhd, anak syarikat Lembaga Tabung Haji bermaharajalela dengan merampas beribu-ribu hektar tanah adat (NCR) milik pribumi Sarawak di Krian yang terletak dalam daerah Saratok, Bahagian Betong.
Penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak, Abdul Razak Ismail berkata, tanah-tanah NCR tersebut merupakan kawasan hutan rayau, bercucuk

tanam dan kawasan sungai menangkap ikan bagi masyarakat Iban, Bidayuh, Melanau dan lain-lain kaum pribumi Sarawak.

“Tanah-tanah itu sekarang ini telah diterokai oleh Tabung Haji Plantations dengan pembukaan ladang kelapa sawit secara besar-besaran,” katanya kepada FMT hari ini.

Katanya, antara tanah NCR dikenalpasti telah dan sedang diterokai oleh Tabung Haji Plantations ialah kawasan Selambong-Jengara-Sedan (Lot 410, Block 18, Awik-Krian Land District), Sungai Gruyu, Saratok (Lot 3, Block 16, Awik-Krian Land District) melibatkan tanah hutan seluas 1,270 hektar dan tanah di Jalan Pusa-Sessang, Roban (Lot 121, Block 19, Kalaka Land District) seluas 1,520 hektar.

“Dari segi moralnya adalah tidak wajar Tabung Haji, sebagai sebuah agensi kerajaan yang mengendalikan urusan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah menggunakan keuntungan dari hasil pelaburan dalam sektor perladangan melalui Tabung Haji Plantations.

“Tetapi pada hakikatnya sumber tersebut diperolehi melalui cara penindasan dengan merampas tanah milik orang lain, ujar Abdul Razak.

Razak bersama Exco Selangor dan juga Adun Taman Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan 30 petugas parti dari Selangor terlibat berkempen selama lebih sebulan dalam pilihan raya negeri Sarawak April lalu di Dun Krian yang dimenangi oleh Ali Biju.

Sementara itu, Ali Biju berkata, masyarakat pribumi tidak hanya berpeluk tubuh terhadap perampasan tanah adat mereka.

Sebaliknya mereka telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan kes mereka dikendalikan oleh peguam dan juga Adun PKR-Ba’kelalan, Baru Bian dan John Antau.

10 budaya barat yang umno amal tapi Ahmad Maslan tak kesah pun..

Ameno World
http://malaysiaaktif.my/v2/media/k2/items/cache/d65885a0515f97e5177077dfca6ecc57_XL.jpg
Rasanya ramai dah tahu bahawa ahmad maslan bagi alasan DEBAT BUDAYA BARAT sebagai respon balas dalam isu DEBAT NAJIB VS ANWAR. Mungkin ahmad maslan tidak faham bahawa malaysia sudah lama mengamalkan budaya2 barat neh dan yang lebih dasat ia dipelopori oleh umno, parti yang dianggotai oleh ahmad maslan itu sendiri.


Dalam isu neh, soal samada debat itu budaya barat ka islam ka apa ka bukan isu langsung. Isu nya sejauh mana debat neh boleh membantu aku, ko dan kita semua mengenali apa yang ingin di bawakan oleh najib dan anwar kepada rakyat malaysia.

Jika debat neh boleh membuka jalan supaya rakyat2 macam aku dan ko kenal apa yang ingin pemimpin2 kita buat, maka aku tak nampak apa silapnya. Yang penting ialah isi debat ialah isi ilmiah. Bukan isi maki hamun, fitnah, meroyan, lari topik apatah lagi label melabel.

Mari kita lihat 10 perkara barat yang di amalkan oleh kerajaan dan umno tanpa banyak soal dan pertikaian oleh ahmad maslan selama neh. Jika yang di bawah neh boleh, kenapa debat tidak boleh pula?

1. Perlembagaan malaysia.

Ini sah2 budaya barat. Sistem pentadbiran yang diwarisi dari penjajah yang pernah menjajah tanah melayu. Walaupun perlembagaan malaysia telah diubahsuai agar mengikuti acuan dan budaya negara kita tetapi still ini budaya barat yang kita bawa, tiru dan amal. Yang neh ahmad maslan dah lupa ka?
2. Pakaian.

Lihat baju yang ahmad maslan neh pakai. Dari mana? Budaya malaysia kah?
3. Tidak menutup aurat.

Bab tudung aku no komen. Sebab tidak bertudung neh ramai orang dah amalkan sebelum2 neh tak kira dari barat or timur. Tapi bab dedah2 badan neh. Yang seksi2 neh asalnya dari mana? Bukan barat kah?
4. English.

Bukan budaya barat ka? Bukan kah kita selama neh belajar bahasa enggeris bagi memperkasakan ilmu pengetahuan kita supaya kita boleh cipta pelbagai teknologi dan macam2 lagi bagi membantu kehidupan kita? Jadi, jika english boleh, kenapa debat tidak boleh?
5. Komputer.

Walaupun asalnya bukan dari barat tapi benda neh melalui pelbagai evolusi di barat sehingga berjaya dikembangkan. Di bawa masuk ke malaysia dan digunakan dengan meluas. Jika komputer boleh, kenapa debat tidak boleh? Ahmad maslan pun guna komputer rasanya, kan?
6. Kasino dan pusat hiburan.

Yang neh aku tak sure kenapa umno dulu2 bawa masuk ke malaysia. Aku pun tak sure kenapa umno masih meneruskan perangai2 begini pada zaman sekarang. Tapi yang aku sure ia ada kaitan dengan cara hidup barat yang suka kepada hiburan berdasarkan kepada sejarah penubuhan kasino di genting yang aku pernah baca dulu2. So, kalau yang neh boleh, kenapa debat tidak boleh?
7. Kilang arak.
Yang neh pun aku tak pasti kenapa umno setuju luluskan pembinaan kilang arak neh di malaysia. Tapi still ada involvement dari orang2 putih dalam kilang neh. Kalau arak boleh, kenapa debat tidak boleh?

8. Program hiburan dan konsert2.

Tidak adil menyalahkan semua program hiburan dan konsert2 itu melalaikan. Tapi still neh bukan budaya yang dicipta oleh orang malaysia. Ia masih budaya luar yang di bawa masuk. Lebih2 lagi konsert adam dan elton yang gay dari barat tue pernah berlangsung di malaysia tahun lepas. Rileks jek. Jika budaya barat neh boleh ditiru, kenapa debat tidak boleh?
9. Cara bersosial yang mengikut budaya barat.

Parti larh, sambutan harijadi larh, sambut halloween larh, raikan valentine larh.. itu apa? Bukan dari luar yang dibawa masuk ke malaysia ka? Tindik hidung, mulut, warna rambut, pakai rantai, seks bebas dan lain2, itu apa? Bukan nak main isu peribadi anak2 pemimpin umno disini tapi kalau anak2 pemimpin umno pun kebaratan dan sekarang mungkin kekoreaan, tapi kenapa yang itu okey tapi bab debat tak okey pula?
10. U.M.N.O
United Malays National Organization. <== nama parti gunakan bahasa enggeris sebab ketika itu ramai anak2 muda yang belajar di luar negara [barat] kembali ke malaysia dan mula menyertai perjuangan bagi menentang malayan union. Kalau dah umno itu sendiri membawa masuk konsep2 barat ke malaysia, jadi kenapa debat tidak boleh pula?

Bukan seme budaya2 barat neh teruk. Kita kena pandai bezakan ia. Ada yang baik boleh follow, ada yang buruk memang kena tinggal. Tapi silap kita bagi muka pada umno = geng2 barat. Hah tengok, neh lah musibah dia bila budaya2 barat = umno, mai malaysia dan tadbir negara neh. Habis rosak seme nya. Heh.

Ahmad Maslan, jawab. Kalau berani larh. Heh.

Hornery perli Kapp: Rosmah bukannya beli kemeja-T...

Kolumnis The Sydney Morning Herald, Andrew Hornery tetap mempertahankan tulisannya bahawa isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - berbelanja besar di butik pereka fesyen Carl Kapp semasa bercuti di bandar itu.

NONE"Kapp berkata beliau menempah 61 pakaian. Katanya ia tempahan "besar". Barangan mahal. Beliau bukannya beli kemeja-T," jawab Hornery di Twitter hari ini.
Hornery (kiri) menegaskan bahawa sumbernya "sangat kuat" dan bertegas bahawa perbelanjaan Rosmah itu membabitkan jumlah yang besar.

Hornery menjadi sasaran kecaman penulis blog pro-Umno, yang habis-habisan memburuk-burukkan perwatakannya dengan kenyataan provokasi mengenai seksualitinya.

Selepas dikecam ekoran laporannya tentang perbelanjaan 'mewah' Rosmah itu, Hornery berkata beliau tidak berhasrat untuk datang Malaysia.

"Saya tidak akan bercuti di Malaysia dalam masa terdekat ini," tulisnya lagi.

Minggu lepas, Hornery dalam kolum 'Private Sydney' berkata Rosmah telah membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325,000) untuk 61 pakaian di butik Kapp.

Rosmah Mansor bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar" serta berkata beliau "selalu menjadi mangsa".

NONEKapp kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang mengatakan
Rosmah memang membeli-belah di butiknya tetapi menafikan pernah berkata beliau telah membelanjakan A$100,000.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Kapp (kanan) berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa kunjungan tersebut "membuat pelbagai pembelian".
Jumlah A$100,000 itu dianggarkan oleh blogger fesyen Frockwriter pada Januari 17, dan merupakan orang pertama melaporkan mengenai perkara itu.

"Berdasarkan harga purata dalam koleksi beliau - yang bermula dari A$400 (RM1,290) hingga beberapa ribuan dolar, Frockwriter menganggarkan ia boleh mencecah A$100,000," tulis blogger Patty Huntingon.

Video baru 'Datuk T': Saya tak tahu, kata Najib

Salhan K Ahmad
Jan 28, 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.

"Saya tak tahu, kena tanya dialah, jangan tanya saya," katanya.

Ditanya sekiranya beliau telah menonton video tersebut, Najib juga berkata beliau tidak tahu.

"Saya tak tahu. Saya tak ada makluman... Pasal video (pula) tengah-tengah malam ini," katanya lagi yang ketawa besar.

Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

Kuasa Ketiga : Hasan Ali mimpi di siang hari


SHAH ALAM: Kenyataan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bahawa kewujudan kuasa ketiga yang sedang dibina untuk menarik sokongan masyarakat dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai ‘mimpi disiang hari’.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyifatkan sedemikian sambil berkata Hasan Ali terperangkap dengan soalan yang diajukan kepada beliau ketika program Bual Bicara Soal Jawab di TV3, Rabu lalu.

Dr Rani yang turut mengikuti siaran program itu mempersoalkan golongan mana dimaksudkan Hasan Ali untuk menyertai gelombang kuasa ketiga tersebut.

“Saya tanya siapa wakil yang dimaksudkan itu? Adakah ia ulama sedangkan beliau (Hasan Ali) sebelum ini kata ulama adalah profesional.

“Beliau terperangkap dengan soalan ni. Lagipun banyak soalan yang tidak dijawab. Bagaimana beliau nak bentuk kuasa ketiga jika tiada komponen?

“Andaian beliau ini umpama mimpi di siang hari. Jika benar nak wujudkan kuasa ketiga maka perlu bertindak untuk tegur mana-mana parti.

“Tegurlah PAS, Umno, kenapa tidak kes NFC juga? Tapi kuasa ketiga ini akan condong dan akhirnya membawa kepada gerakan Umno,” katanya ketika diaju soalan berhubung kuasa ketiga oleh bekas exco agama kerajaan negeri itu.

Hasan yang juga ahli dewan negeri Gombak Setia, melalui program itu berkata usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu sudah dimulakan oleh teman-teman yang tidak dinyatakan secara umum.

Beliau juga berkata kuasa ketiga itu nanti akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain sambil menawarkan manifesto bersama walaupun tidak wujud sebarang parti sendiri.

Kempen KTS tidak masuk akal

Sementara itu, ditanya pemberita mengenai tindakan Kelab Taat Suami (KTS) yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘Tokoh Seks Suci Islam’ dalam kempen Maulidur Rasul mereka, Abdul Rani berkata.

“Saya minta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mainkan peranan untuk memantau aktiviti kelab terbabit kerana kempen itu tidak masuk akal malah kerajaan negeri Selangor juga tidak bersetuju dengan kempen sedemikian.

“Ia tidak masuk akal, kita pandai-pandai meletakkan Rasulullah SAW sebagai imej sedemikian. Harap Mais dapat main peranan,” katanya.

Ketua Muslimat PAS negeri, Wan Hasrina Wan Hassan pula menyindir Hasan Ali dengan berkata dari sudut akidah ia memang sesuai bagi beliau (Hasan Ali) untuk menghentam KTS dan bukannya PAS.

Ibu tunggal dan tiga remaja lelaki ditahan ketika melakukan perbuatan sumbang

3 lelaki, ibu tunggal ditahan
KULIM: Tiga remaja lelaki berusia 16, 17 dan 19 ditahan orang awam ketika sedang melakukan perbuatan sumbang bersama seorang ibu tunggal berusia 22 di tahun di padang permainan di Taman Desa Impiana, kira-kira jam 3.15 pagi semalam.

Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, dia ternampak suspek terlibat menunggang tiga motosikal berasingan dan mengekori mereka dari Taman Alma Jaya sehingga ke Taman Selasih.

“Perlakuan mereka mencurigakan apabila berlegar di sekitar kawasan perumahan. Mereka kemudiannya melarikan diri apabila ternampak Unit Peronda MPV Polis yang sedang membuat rondaan.

“Kira-kira jam 2 pagi, mereka berhenti di kedai makan. Apabila selesai makan, mereka berlegar sekali lagi di kawasan Taman Selasih sebelum berhenti di padang permainan di Taman Desa Impiana.

Menurutnya, dia kemudiannya membuat pemantauan dari jauh dan mendapati dua remaja lelaki bersama seorang remaja perempuan masuk dalam lubang papan luncur di taman permainan itu manakala seorang lagi berada di luar.

“Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim untuk tindakan lanjut, ” katanya.

Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati mereka tinggal di sekitar kawasan Kulim dan Permatang Pauh. Polis turut menemui senjata buku lima buatan sendiri dalam beg galas yang dibawa salah seorang remaja yang ditahan.

Selain itu, terdapat kesan lebam di leher sebelah kanan ibu tunggal berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK).

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, semua remaja lelaki terlibat tidak bersekolah manakala ibu tunggal yang ditahan bekerja di kantin kilang di Perai.

“PADK sudah mengambil keterangan semua suspek dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan, setiap suspek boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka,” katanya.

Serang Azizan Razak tidak bijak

Mohd Sayuti Omar


Saya tidak mengikuti isu membabitkan MB Kedah Azizan Razak yang dikatakan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah kesekian lama diperjuang untuk dihapuskan. Saya tidak tahu apakah 'konsekuens' isu itu di sebaliknya. Sebesar manakah atau sejauh manakah Azizan telah menyokong akta yang kini dibenci kerana dikatakan telah menyekang mahasiswa itu.


Khabarnya sampai ada protes besar-besaran dalam media massa, menerusi blog, muka buku dan sebagainya.

Ada sebab kenapa saya tidak mengikuti atau mempedulikan isu berkenaan. Kerana isu itu berlegar dalam lingkungan sesama sendiri, maka tidak wajar saya kira ia diperbesarkan. Isu itu seharusnya diselesaikan secara baik dengan diam tanpa gemercingan ke luar.

Dalam saat pilihan raya menjelma sepatutnya semua pihak mengelakkan dari bertembung sesama sendiri dan bersikap mendiamkan apa-apa yang masing-masing tidak berkenaan di antara satu sama lain. Jangan membuka banyak lubang intip untuk mengintip musuh nanti musuh akan mencuri peluang menerobos melalui lubang itu. Pembangkitan isu berkenaan boleh diibaratkan sebagai membuka lubang untuk musuh.

Mulut sesama sendiri perlu diam saat hendak melakukan serangan ke atas musuh. Kalau saat hendak ambush musuh tetapi sesama sendiri masih bercakap dan bercakaran bukan saja musuh terlepas tetapi diri sendiri akan menjadi mangsa kelak.

Apakah motif atau isu sebenarnya di sebalik serangan ke ataz Azizan Razak saya tidak tahu. Hanya hari ini apabila saya membaca laporan di sebuah portal melaporkan Abdul Aziz Bari juga mengecam Azizan Razak sampai minta Azizan Razak menyertai BN kalau hendak sokong AUKU baru saya tahu mengenai isu berkenaan. Kenyataan atau protes Aziz Bari itu saya kira agak keras dan menjadikan saya bingkas untuk mengulas.

Serangan kepada MB Kedah itu puncanya kerana Azizan menyokong tindakan Kolej Insiniah Kedah (KUIN) menggantung lima orang pelajarnya yang terlibat dalam tunjuk perasaan. Itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Jadi mereka yang mahukan AUKU dihapuskan marah kepada sokongan Azizan itu, menterjemahkan Azizan tidak bersama mereka.

Sokongan itu diheret kepada soal ikrar dalam Buku Jingga. Kononnya dengan pendirian Azizan itu beliau telah bersikap menyanggah kandungan Buku Jingga. Tidak dinafikan dalam Buku Jingga ada dinyatakan untuk menghapuskan AUKU. Pernyataan dan janji di dalam Buku Jingga itu sudah menjadi manifesto Pakatan Rakyat dan sudah diterima sebahagian besar rakyat.

Memanglah dari segi prinsipnya tindakan Azizan itu bertentangan dengan aspirasi Buku Jingga. Tetapi adalah melampau kalau beliau diserang dengan berbagai cemuhan, apa lagi serangan itu sama jenis serangan ke atas Najib Razak, Sharizat Abdul Jalil atau Rosmah Mansor. Bagi saya kenyataan Abdul Aziz Bari seperti dipetik itu saya lihat tidak cermat dan agar boros. Kalaupun beliau anti kepada AUKU tetapi Aziz tidak sepatutnya begitu lancang menyerang Azizan.

Beliau kena ingat dan faham sebusuk dan seburuk mana Azizan dia masih bersama Pakatan Rakyat dan MB kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Saya kira mereka yang menyerang Azizan Razak sudah melupai adat dan terbawa-bawa dengan emosi kerana terlampau geramkan UBN. Tidak boleh juga bila kita tidak senang dengan stail dan sikap seseorang kita terus menyerang mereka bila timbul saja isu yang dibangkitkan sedangkan ia boleh dibahas atau diselesaikan secara baik.

Kalau semua faham tindakan (kenyataan sokongan) Azizan itu sebenarnya ia tidak ke mana dan mudah gelabah. Ia tidak sedikitpun pun menghalangkan cita-cita untuk menghapuskan AUKU. KUIN adalah sebahagian daripada ratusan Pusat Pengajian Tinggi (IPT) yang masih mengguna pakai akta berkenaan atau tertakluk dengan akta najis itu. Bukan KUIN sahaja yang mempraktikannya, tetapi pusat-pusat pengajian lain juga berbuat demikian.

Saya percaya Azizan juga tidak bersetuju dengan akta yang menyekat kebebasan mahasiswa bersuara itu. Apa lagi Azizan adalah pemimpin Pakatan Rakyat (oposisi) yang sangat memerlukan kepada kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa untuk mendokong Pakatan Rakyat. Kenapa beliau menyokong tindakan itu, perlu di lihat dari sudut lain yang lebih profesional dan akademik serta politik, bukan secara harfiah. Inilah kita kadang kala kerana terlalu emosi sangat tidak dapat menyelami erti di sebalik makna. Tidak dapat menyelami erti lain daripada apa yang kita difahamkan. Ada kalanya kita terbawa-bawa dengan rasa dendam kepada seseorang itu ke mana saja.

Apa yang perlu difahamkan, KUIN tidak boleh bertindak di luar mana-mana akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ia terikat dengan syarat-syarat dan undang-undang tubuhnya. Walaupun KUIN itu dibawah kerajaan negeri yang prinsip politiknya tidak suka kepada akta itu, ia tidak boleh tidak dari memperakui akta berkenaan dan tidak boleh mengabaikannya. Mana-mana ada mahasiswa yang bersalah dan perlu dihukum maka akta itu masih relevan dan digunakan.

Kalau KUIN tidak menggunapakai akta itu pasti ia bertentangan dengan akta penubuhannya yang mana kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menghendaki menggunapakai akta berkenaan. Semua kena akui bahawa AUKU walaupun dalam proses penghapusan masa kini, tetapi ia masih belum dihapuskan, jadi ia masih valid untuk KUIN juga.

Contohnya begini, kita tidak suka dengan tol yang dikenakan oleh pihak menguruskan lebuh raya sekarang ini kerana ia membebankan. Malahan kita berjanji untuk menghapuskannya kalau kita memerintah. Tetapi selagi kita belum memerintah, lebuh raya itu tetap terikat dengan perjanjian kerajaan, kita wajib membayarnya. Tidak membayar bermakna kita melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

Jadi bila Azizan Razak menyokong tindakan KUIN itu tidak bermakna beliau bersetuju dengan akta itu. Begitu juga bila kita membayar tol bukan bermakna kita bersetuju dan redha dengan pengenaan tol itu. Beliau menyokong sebagai menghormati keputusan institusi berkenaan yang bertindak menggunakan undang-undang yang masih berlaku (valid). Manakala kita membayar tol dalam paksa itu juga kerana menghormati syarat-syarat yang dikenakan kepada kita. Kedudukannya sama bukan?

Kaedah atau hal-hal seperti ini perlu difahami secara mendalam. Baik mahasiswa, pemimpin pelajar dan ahli politik perlu fahami mengenai perkara ini dan kedudukan sebenarnya. Apa guna kita menyerang sesama sendiri, kalau tindakan itu akan dilihat sebagai kita berpecah belah sesama kita, tiada ada guna langsung.

Kepada saya, (maaflah) mereka yang mempertikaikan tindakan Azizan, membesar-besarkannya apa lagi menyerang termasuk sampai mengungkit perangai dan peribadinya tidak bijak dan bukan orang yang memakai minda politik sepanjang masa. Mereka tidak ada sikap tasamuh di dalam politik. Mereka hanya berfikir dengan apa yang ada di hadapan mereka saja dan tidak melihat kebenaran-kebenaran lain yang berlegar di sekeliling mereka. Maaflah...

Nasib baik dalam kes ini para pemimpin tertinggi nampaknya faham dan tidak terikut dengan nafsu amarah yang mentah itu.

Perhatikan apakah kenyataan sokongan Azizan kepada tindakan KUIN itu adakah dibangkit oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat? Bukan saja dari Pas, tetapi PKR dan DAP juga. Rasanya tidak ada. Ini menunjukkan para pemimpin lebih bersikap profesional dan tahu waktu mana hendak bergaduh dan waktu mana untuk tutup mulut. Bermain politik ibarat kita berlakibini kita kena tahu waktu mana hendak bergaduh masa mana hendak bertengkar fasal nasi hangit. Kalau waktu senja kita bergaduh ertinya sepanjang malam kita akan kerugian...

Justeru mahasiswa, bloger yang anti AUKU dan sebagainya silalah tututp mulut anda. Hasrat dan matlamat untuk hapuskan AUKU itu tidak akan terhenti dengan hanya Azizan Razak membuat kenyataan menyokong tindakan KUIN itu. Malahan cara anda menyerang Azizan itu ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan tumpuan untuk menghapuskan AUKU yang telah dimeteraikan dalam Buku Jingga itu.

Kalau anda bijaksana anda tidak ungkitkan secara terbuka kenyataan Azizan Razak itu dan menerima tindakan KUIN itu. Anda patut berjumpa dan berbincang dengan Azizan. Dalam pertemuan itu anda secara senyap mengemukakan memorandum agar Azizan campur tangan melepaskan pelajar berkenaan. Cara ini paling fatanah dan menggambarkan anda - orang-orang yang mengkritik secara terbuka adalah orang yang bijaksana dan berfikiran tenang. Saya rasa Azizan juga akan bersetuju dengan permintaan anda secara diplomasi itu.

Bijaksanalah di dalam melayani isu-isu politik dan pilihlah subjek-subjek untuk diperkatakan, jangan pakai 'rawal' semua sekali. Politik perlu bijaksana yang bijaksana. Dan Abdul Aziz Bari yang baru melangkah kaki secara rasmi dalam lautan politik itu juga saya rasa sudah mula menunjukkan sikap tidak bijaksananya. Aziz sepatutnya tidak serang Azizan seperti itu yang mana boleh melukai hati penyokong MB Kedah itu, tetapi yang afdal memberi penjelasan kenapa Azizan membuat kenyataan sokongan itu. Mendamaikan dan bukan menghuruharakan lagi minda itulah politik harmonis.

Syed Husin saman Utusan, Zul Noordin RM10j

Bekas timbalan presiden PKR Senator Syed Husin Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (M) Berhad.

NONESaman tersebut berhubung tulisan Zulkifli dalam blognya yang mendakwa Syed Husin pernah berjumpa untuk menawarkan supaya mengosongkan kerusinya.
Turut dinamakan dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, ialah ketua pengarang kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Writ saman tersebut difailkan pagi ini melalui firman guaman Tetuan M/s Edwin Lim Suren dan Soh.

Saman itu difailkan ekoran penyiaran artikel oleh Utusan Malaysia
bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin" dan satu posting dalam blog oleh Zulkifli.

Tulisan dalam blog itu, yang turut disiarkan oleh Utusan Malaysia, mendakwa Syed Husin berjumla dengan Zulkifli dan meminta ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu mengosongkan kerusinya.

Jika beliau berbuat demikian, Zulkifli akan ditawarkan jawatan dalam anak syarikat milik kerajaan Selangor oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 dan RM60,000 sebulan.

Zulkifli juga mendakwa dalam tulisan blog tersebut bahawa Anwar menjanjikan pampasan yang sama kepada Syed Husin sekiranya beliau mengosongkan kerusi timbalan presiden untuk memberi laluan kepada Azmin Ali.
-malaysiakini-