"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wan Azizah tertinggal MyKad

RAIHAM MOHD SANUSI

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Gelagat calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tertinggal kad pengenalan (MyKad) ketika mahu memasuki pusat penamaan calon mencetuskan gelak tawa kira-kira 200 penyokong yang mengiringinya.

Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum itu tiba di hadapan pusat penamaan calon Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) di sini bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada jam 8.45 pagi.

Bagaimanapun, selepas berjalan meninggalkan penyokongnya kira-kira 100 meter dan hampir memasuki pintu pagar PPC, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyedari tidak membawa MyKad.

Penyandang Ahli Parlimen Pandan itu kemudiannya berpatah semula dan mendapatkan MyKad beliau daripada anaknya yang berada bersama kumpulan penyokong.

Dr Wan Azizah berkata, awalnya beliau meletakkan MyKadnya bersama pas calon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipakai.

"Tetapi sebab nak kemas kini borang yang diselit pada pas SPR, saya minta anak pegang sekejap MyKad.

"Tapi kemudiannya saya lupa untuk ambil semula," kata beliau selepas proses penamaan calon selesai pada Sabtu.

Kerusi Bandar Tun Razak itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Dr Wan Azizah dengan penyandang kerusi itu, Datuk Kamarudin Jaaffar (Perikatan Nasional) dan Datuk Chew Yin Keen (BN).

‘Tangan ghaib’ punca pencalonan di Tenom ditolak

Hariz Mohd

Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Peter Anthony - yang pencalonannya untuk kerusi parlimen Tenom ditolak pagi ini - akan mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mahkamah pada Isnin nanti.

Bercakap kepada pemberita di Tenom, ADUN Melalap itu mendakwa terdapat 'tangan ghaib' di sebalik penolakan SPR terhadap pencalonannya.

Anthony mendakwa pegawai pengurus SPR yang bertanggungjawab ke atas pencalonanTenom telah pun menerima pencalonannya dan mengumumkannya sebagai salah seorang daripada enam calon, tetapi menarik balik keputusan itu kemudian selepas menerima bantahan daripada ibu pejabat suruhanjaya itu.

“Kami telah mengikut semua prosedur yang diperlukan, dan mereka (SPR) telah menyemak semua dokumen kami. Kemudian mereka memaklumkan kepada saya bahawa semua dokumen saya adalah teratur dan lengkap.

“Selepas semua semakan dan proses saringan selesai, semua calon diminta mencabut nombor dan pegawai pengurus pilihanraya kemudiannya membuat pengumuman enam calon akan bertanding di Tenom.

"Kami kemudian diminta keluar dewan untuk pengumuman lain, tetapi malangnya, semasa kami keluar, pegawai tersebut memaklumkan kepada saya bahawa mereka menerima bantahan daripada ibu pejabat SPR terhadap pencalonan saya," katanya.

Anthony bercakap mengenai insiden rusuhan yang berlaku di luar pusat penamaan calon Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, yang melibatkan penyokong PKDM.

Kejadian itu menyaksikan polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan.

Menurut Anthony, yang sebelum ini bersama Warisan sebelum membentuk PKDM, dia telah memberitahu pegawai SPR bahawa tempoh masa bantahan terhadap calon telah pun tamat dan dia telah pun diterima sebagai calon.

“Bagaimanapun, pegawai itu memaklumkan SPR Sabah tidak ada isu dengan pencalonan saya, hanya ibu pejabat.

"Jadi, inilah yang berlaku awal hari ini. Dan di pihak saya, saya akan memfailkan semakan kehakiman di mahkamah Isnin ini untuk mendapatkan keputusan sama ada saya layak bertanding atau tidak," katanya.

Mengenai sabitan jenayahnya pada Mei, di mana ahli politik itu didapati bersalah memalsukan dokumen dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000, Anthony berhujah bahawa dia masih dalam proses rayuan dan dengan itu boleh bertanding dalam pilihan raya.

Dia berkata terdapat perintah penangguhan terhadap sabitannya, dan oleh itu belum lagi seorang banduan, dakwa Anthony.

Semasa sidang akhbar itu, Anthony turut memohon maaf atas insiden rusuhan yang melibatkan penyokongnya, dia berkata mereka bertindak demikian kerana kecewa dengan penolakan itu.

Dakwaan terima sogokan RM67 juta, Zahid sedia saman Raja Petra

B Nantha Kumar

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa dia akan mengemukakan saman fitnah terhadap Raja Petra Kamarudin.

Ini selepas penulis blog itu mendakwa Zahid menerima sogokan RM67 juta dalam projek bermasalah kapal tempur pesisir (LCS).

"Sebelum membuat tuduhan beliau perlu mempunyai bukti atau dokumen untuk mengemukakan tuduhan itu.

"Jika tidak saya akan mengemukakan saman malu pada beliau dan saya akan meminta peguam-peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya," katanya kepada pemberita di sidang media di kediamannya, Bagan Datuk, hari ini.

Zahid berkata kebanyakan tulisan Raja Petra sekadar spekulasi dirinya sendiri sahaja.

"Sebelum ini dia menyatakan bahawa adanya seolah-olah surat akujanji atau SD menyatakan bahawa ahli-ahli parlimen BN atau calon-calon BN menandatangani surat akuan sumpah menggunakan kepala surat BN menyokong saya sebagai perdana menteri.

"Itu surat palsu. Ini menunjukkan Raja Petra tidak mempunyai kredibiliti.

"Jadi, saya setuju bahawa SPRM perlu siasat untuk (Raja Petra) tidak mempunyai kredibiliti dan asas untuk tuduhan sedemikian," katanya.

Terdahulu, penyandang parlimen Bagan Datuk itu diminta mengulas dakwaan Raja Petra yang mengaitkannya dengan projek LCS.

Raja Petra sebelum ini menuduh Zahid selaku timbalan perdana menteri menerima wang sogokan daripada kontraktor projek menerusi lapan bayaran secara berperingkat antara 2012 dan 2013.

Dia mendakwa urus niaga itu dipermudahkan melalui pengurup wang di Singapura dan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebelum ini berkata, suruhanjaya itu akan bertemu Raja Petra yang membuat dakwaan itu sebelum memutuskan apakah perlu memanggil Ahmad Zahid untuk disoal siasat berhubung kontrak LCS itu.

Azam juga berkata pihaknya perlu meneliti dokumen yang diperolehi terlebih dahulu.

Pasukan SPRM yang ditugaskan untuk bertemu Raja Petra - dipercayai berada di England - akan bertemu penulis blog itu di lokasi di luar negara yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Azam berkata, lokasi dan masa belum dapat dipastikan tetapi menyatakan pertemuan itu tidak semestinya berlangsung di UK.

Menurutnya, siasatan tersebut merupakan sebahagian daripada siasatan SPRM ke atas kes LCS yang sedang berjalan.

Suruhanjaya itu sebelum ini menyiasat kes itu di bawah Seksyen 17 Akta SPRM berkaitan rasuah dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan bagi kes pecah amanah.

Zahidi lawan Zahida 'angkara' Zahid

 Malaysiakini 

story-imagePenyandang kerusi parlimen Padang Besar yang juga ketua Umno bahagian di Perlis Zahidi Zainul Abidin bertanding sebagai calon bebas.

Zahidi dicabar empat calon lain termasuk Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan; Muhammad Saad @ Yahya (PH); Rusydan Rusmi (PN) dan Ko Chu Liang mewakili parti Warisan.

Ketua Umno bahagian Padang Besar itu akan turut bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi, juga atas tiket bebas.

Tindakannya itu, selepas namanya digugurkan dalam senarai calon yang diumumkan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Shahidan Kassim yang juga digugurkan namanya sebagai calon BN akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Arau, Perlis.

Shahidan akan ditentang oleh calon BN, Rozabil Abd Rahman, calon Pejuang, Abdul Razak Abdul Khalek dan calon PH, Fathin Amelina Fazlie.

Shahidan, 71 menjadi wakil rakyat di Parlimen itu selama empat penggal sejak PRU 1986, 1990, 2013 dan 2018 dan ini kali kelima, bekas menteri besar itu akan mempertahankan kerusi berkenaan.

PH hilang 1 kerusi di Kemayan, calon bawa IC lama

FMT Reporters


Manolan Mohamad, yang juga bekas senator pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan sebanyak dua kali pada 2013 dan 2018. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) hilang satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang susulan kertas pencalonan calonnya bagi kawasan Kemayan ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

Berita Harian melaporkan penolakan borang pencalonan Manolan Mohamad yang juga bekas senator diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera Zaman Azam Mohamat Sarif ketika mengumumkan senarai akhir calon bertanding bagi kerusi DUN berkenaan.

Susulan daripada penolakan itu, DUN Kemayan dalam Parlimen Bera menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Khaizulnizam Mohamad Zuldin dengan Shapuan Hussin (PN), sekali gus menimbulkan kejanggalan berbanding banyak kawasan menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru.

Pemimpin PH Pahang yang enggan didedahkan identitinya, memberitahu FMT bahawa Manolan membawa kad pengenalan (IC) lama ke pusat penamaan calon.

“Alamat sebenarnya (menurut IC baharu) adalah di Kemayan, namun IC yang dibawa menunjukkan alamat di luar Pahang.”

Manolan, yang juga Orang Asli, bertanding di DUN Kemayan sebanyak dua kali masing-masing pada 2013 dan 2018.

Beliau tewas kepada calon Umno Fadil Osman dengan majoriti 4,618 undi, pada pilihan raya umum 2018.

Penamaan tertangguh di Tenom, gas pemedih mata dilepaskan

Malaysiakini 

Gas pemedih mata dilepaskan di pusat penamaan calon di Tenom, Sabah hari ini ini.

Setakat jam 1.35 tengah hari, calon-calon bagi kawasan parlimen itu belum dinamakan.

Di kebanyakan tempat, calon-calon bertanding diumumkan sejurus selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Sebelum ini, tersebar video klip penyokong parti politik cuba merempuh masuk ke pusat penamaan, menyebabkan pihak polis melepaskan gas pemedih mata.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Dewan DSP Antanom dan sedang menunggu laporan terperinci.

“Betul saya sedang tunggu laporan daripada PJP (pesuruhjaya polis) Sabah,” dia dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

Agensi berita nasional juga melaporkan, mereka difahamkan penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) berang apabila borang pencalonan Peter Anthony dari parti itu ditolak pegawai pengurus pilihan raya.

Senarai calon Parlimen

Hmetro

PETUGAS SPR menyemak parti yang berdaftar dengan SPR. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding pada kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

P.003 ARAU

1. Datuk Rozabil Abd Rahman (BN)

2. Abdul Razak Abdul Khalek (PEJUANG)

3. Datuk Seri Shahidan Kassim (PN)

4. Fathin Amelina Fazlie (PH)

P.004 LANGKAWI

1. Tun Dr Mahathir Mohamad (PEJUANG)

2. Datuk Armishah Siraj (BN)

3. Zabidi Yahya (PH)4. Datuk Suhaimi Abdullah (PN)

P.016 BALING

1. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN)

2. Cikgu Johari Abdullah (PH)

3. Lt Kol (B) Basir Ab Rahman (PEJUANG)

4. Ustaz Hassan Saad (PN)

P.018 KULIM BANDAR BAHARU

1. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH)

2. Cikgu Roslan Hashim (PN)

3. Mohd Yusrizal Yusoff (PEJUANG)4. Datuk Muhar Hussain (BN)

P.029: MACHANG

1. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub(BN)

2. Mejar (B) Muhamad Seman (PUTRA)

3. Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PAS)

4.Rosli Allani S Abdull Kadir (PH)

P041 KEPALA BATAS

1. Dr Siti Mastura Mohamad (PN)

2. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN)

3. Danial Abdul Majed (PH+MUDA)

P.038 HULU TERENGGANU

1. Datuk Rozi Mamat (BN)2. Datuk Rosol Wahid (PN)

3. Alias Ismail (PH)4. Mohd Khadri Abdullah (PEJUANG)

P.042 TASEK GELUGOR

1. Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN)

2. Muhammad Yusoff Mohd Noor (BN)

3. Abdul Halim Sher Jung (GTA)

4. Razak Ridzuan (PH)5. Mohd Akmal Azhar (WARISAN)

P.063 TAMBUN

1. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN)

2. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH)

3. Datuk aminuddin Md Hanafiah (BN)

4. Abdul Rahim Tahir (GTA)

P073 PASIR SALAK

1. Zairol Hizam Zakaria (GTA-Putra)

2. Nik Omar Nik Abdul Aziz (PH)

3. Jamaluddin Yahya (PN)

4. Khairul Azwan Harun (BN)

P.075 BAGAN DATUK

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN)

2. Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH)

3. Dr Muhammad Faiz Na'aman (PN)

P095 PARLIMEN TANJONG KARANG

1. Azlan Sani Zawawi (PEJUANG)

2. Mohd Rosni Mastol (Bebas)3. Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (PN)

4. Siti Rahayu Baharin (PH+MUDA)

5. Datuk Habibah Mohd Yusof (BN)

P.096 KUALA SELANGOR

1. Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH)

2. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (BN)

3. Mohd Noor Mohd Sahar (PN)

4. Mohd Shaid Rosli (GTA)

P.098 GOMBAK

1. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN)

2. Datuk Seri Amirudin Shari (PH)

3. Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN)

4. Aziz Jamaludin Mhd Tahir (GTA)

P.101 HULU LANGAT1. Mohd Sany Hamzan (PH)

2. Datuk Markiman Kobiran (PEJUANG)

3. Datuk Abdul Rahman Jaafar (Warisan)

4. Datuk Johan Abd Aziz (BN)

5. Dr Mohamed Noortheen Ahamed Mustafa (Bebas)

6. Dr Mohd Radzi Abd Latif ( PN)

P102 BANGI

1. Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir (PN)

2. Jamal Hisham Hashim (Bebas)

3. Hoh Lee Lee (BN)

4. Fauzi Hasim (Bebas)

5. Suthan Mookiah (Bebas)

6. Chee Chee Meng (PRM)

7. Syahredzan Johan (PH)

8. Anuar Salleh (GTA)

P105 PETALING JAYA

1. Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor (PRM)

2. Dr KJ John (Bebas)

3. Chew Hian Tat (BN)

4. Mazween Mokhtar (PEJUANG)

5. Datuk Theng Book (PN)

6. Lee Chean Chung (PH)

P107 SUNGAI BULOH

1.Ahmad Jufliz Faiza (PRM)

2. Mohd Akmal Mohd Yusoff (PEJUANG)

3. Sifulinda @ Nurhaslinda Basri (Bebas)

4. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN)

5. Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff (BEBAS)

6. R Ramanan (PH)

7. Mohd Ghazali Md Hamin (PN)

P.118 SETIAWANGSA

1. Nik Nazmi Nik Ahmad (PH)

2. Bibi Sunita Sakandar Khan (PEJUANG )

3. Izudin Ishak (BN)

4. Lim Yen Tiong (BEBAS)

5. Mior Rosli Mior Mohd Jaafar (BEBAS)

6. Nurul Fadzilah Kamaluddin (PN)

P.119 TITIWANGSA

1. Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN)

2. Khalid Abdul Samad (PH)

3. Dr Rosni Adam (PN)

4. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (GTA)

P.125 PUTRAJAYA

1. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN)

2. Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN)

3. Dr Noraishah Mydin Abd Aziz ( PH)

4. Mohd Rosli Ramli (GTA)

P129 KUALA PILAH

1. Kamarulzaman Kamdias (PEJUANG)

2. Datuk Eddin Syazlee Shith (PN)

3. Datuk Azman Idris (Warisan)

4. Nor Azman Mohamad (PH)

5. Datuk Adnan Abu Hassan (BN)

P.132 PORT DICKSON1. Datuk Seri Aminuddin Harun (PH)

2. Datuk P Kamalanathan (BN)

3. Rafiei Mustapha (PN)

4. Ahmad Idham Ahmad Nadzri (GTA)

P.135 ALOR GAJAH

1. Shahril Suffian Hamdan (BN)

2. Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (PN)

3. Muhammad Nazriq Abdul Rahman (GTA)

P.137 HANG TUAH JAYA

1. Adam Adli Abd Halim (PH)

2. Mohd Ridhwan Mohd Ali (BN)

3. Mohd Azrudin Md Idris (PN)

4. Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (GTA)

P147 HANG TUAH JAYA

1. Adam Adli Abd Halim (PH)

2. Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh (PEJUANG)

3. Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (BN)

4. Mohd Azrudin Md Idris (PN)

P089 BENTONG

1. Tan Sri Liow Tiong Lai (BN)

2. Young Syefura Othman (PH)

3. Datuk Roslan Hassan (PN)

4. Wong Tack (BEBAS)

P124 BANDAR TUN RAZAK

1. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH)

2. Datuk Chew Yin Keen (BN)

3. Datuk Kamarudin Jaffar (PN)

P.143 PAGOH

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN)

2. Datuk Seri Razali Ibrahim (BN)

3. Iskandar Shah (PH)

P.148 AYER HITAM

1. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN)

2. Sheikh Umar Baghrib Ali (PH)

3. Muhammad Syafiq A Aziz (PN)

P.151 SIMPANG RENGGAM

1. Dr Maszlee Malik (PH)

2. Datuk Seri Hasni Mohamad (BN)

3. Kamal Kusmin (GTA)4. Mohd Fazrul Kamat (PN)

P153 SEMBRONG

1. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (BN)

2. Hasni Abas (PH)

3. Aziz Ismail (PN)

P.158: TEBRAU

1. Jimmy Puah Wee Tse (PH)

2. MOHAMAD ISA MOHAMAD BASIR (PN)

3. Nicole Wong Siaw Ting (BN)

P159 PASIR GUDANG

1. Noor Azleen Ambrose (BN)

2. Hassan Abdul Karim (PH)

3. Mohammad Raffi Beran (PEJUANG)

4. Mohamad Farid Abdul Razak (PN)

P161 PULAI

1. Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN)

2. Loh Kah Yong (PN)

3. Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH)

P169 KOTA BELUD

1. Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (BN)

2. Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN)

3. Madeli @ Modily Bangali (PH)

P170 TUARAN

1. Madius Tangau PH)

2. Boby Lewat (Bebas)

3. Noortaip Suhaili (Bebas)

4. Joanna Sue Henley Rampas (WARISAN)

5. Muminin Kalingkong @ Norbinsha (PEJUANG)

6. Joniston Lumai @ Bangkuai (GRS)

P.193 SANTUBON

1. Nancy Shukri (GPS)

2. Affendi Jeman (Bebas)

3. Mohamad Zen Peli (PH)

P.197 KOTA SAMARAHAN

1. Rubiah Wang (GPS)

2. Abang Abdul Halil Abang Naili (AMANAH)

P.198 PUNCAK BORNEO

1. Datuk Willie Mongin (GPS)

2. Diog Dios (PH)

3. Tomson Ango (PBK)

P.203 LUBOK ANTU

1. Roy Angau Gingkoi (GPS)

2. Jugah Muyang (PN)

3. Langga Lias (PH)

4. Dr Johnicol Rayong (PSB)

Kesemua calon dari AMANAH layak bertanding PRU15

MALAYSIA DATELINE

Sehingga tamat tempoh sesi penamaan calon pada hari ini, semua calon Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) yang terdiri daripada 54 Parlimen dan 40 Dewan Undangan Negeri (DUN) telah secara rasmi diumumkan dan diisytiharkan sebagai calon-calon yang sah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara ini dimaklumkan Ketua Pengarah Jentera Operasi Pentadbiran dan Kempen PRU15 AMANAH Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam kenyataan.

Pada kali ini, kesemua calon AMANAH bertanding menggunakan lambang Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagaimana ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini.

“Mewakili seluruh kepimpinan AMANAH, saya ingin menyampaikan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera khususnya kepada Sekretariat Nasional, Sekretariat Negeri-negeri, Biro Undang-undang (KANUN), Biro Pilihan Raya, Media Oren dan semua Pasukan/Unit serta individu-individu yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan di Fasa Pertama ini.

“Di kesempatan ini juga, saya ingin menasihatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi SOP SPR/KKM/PDRM terutamanya ketika berada di khalayak ramai bagi membendung ancaman penyakit berjangkit dan musim tengkujuh.

“Suka untuk saya ingatkan bahawa fasa yang seterusnya akan lebih mencabar dan menuntut semua pihak untuk bekerja lebih kuat dan bersistematik berpaksikan kepada semangat HARAPAN dengan matlamat yang jelas untuk menewaskan BN/PN melalui proses demokrasi".

Anwar: Ahli PKR tanding bebas automatik dipecat daripada parti

FMT Reporters

IPOH: Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, mana-mana ahli parti yang bertanding bebas pada PRU15 secara automatik dipecat daripada parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan bekas naib presiden PKR Tian Chua yang bertanding atas tiket Bebas bagi kerusi Parlimen Batu hari ini.

Azwan Ali beri sokongan pada calon PH selepas umum tarik diri bertanding di Gombak

AYHAN FERHAT

Azwan Ali adik Azmin Ali menyatakan sokongan kepada Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari selepas beliau mengumumkan menarik diri bertanding di Gombak pagi ini.

Pengacara sensasi itu menarik diri daripada bertanding merebut kerusi Parlimen Gombak sebaik tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu dengan menaiki motosikal.

“Saya membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding selepas mendengar bisikan daripada Allahyarham mak, Mak Tom. Keputusan ini dibuat selepas subuh tadi.

“Tak kisahlah orang nak cakap merepek atau tahyul, itu mak aku. Bukan mak kau. Apa pun saya menyokong calon PH, Datuk Seri Amiruddin Shari,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia telah membuat keputusan menyertai PH, Azwan menjawab:

“Saat Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saya masuk PH,” katanya dipetik Utusan.

Anwar kepada Hadi: ‘Pakat dengan Umno? Kamu bercakap tentang agama tapi menabur fitnah’

SITI NUR ZAWANI MISCON

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dianggap sudah kehabisan modal hingga sanggup menuduh Pakatan Harapan (PH) berpakat bersama Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anwar dalam Siri Jelajah Mega Harapan malam tadi berkata, Hadi Awang sebagai orang yang faham tentang agama tidak seharusnya berbicara hal yang tidak betul, apatah lagi menabur fitnah kepada orang lain.

Beliau juga menuntut Hadi untuk membuktikan dakwaan berkaitan perkara itu sekiranya mengetahui ia ada berlaku.

“Sekarang apabila sudah tak ada modal, kamu kata PH dan Umno berpakat. Pakat apa? Kamu bercakap tentang agama, Islam dan akhlak tetapi mana buktinya?

“Kita lawan dalam pilihan raya, itu tak apa. Tetapi buat apa tabur fitnah?. Kalau kamu orang biasa tak tahu agama tak mengapa, tetapi kamu pakai jubah, serban sampai orang cium tangan tanda hormat tetapi cakap tak betul.

“Mana boleh begitu? Kamu ustaz, tak boleh bohong begitu,” katanya.

Pada masa sama, Anwar juga menegaskan bahawa tiada keperluan untuk PH berpakat dan bekerjasama dengan Umno kerana mengetahui sifat mereka yang jika buat rundingan bersama, pasti mahukan imbalannya.

“Buat apa kita nak runding dengan Umno dan jika buat rundingan, Umno akan tanya (minta jawatan) menteri tertentu.

“Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara) dan Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) sudah berapa lama beri sokongan kepada saya, tetapi tidak pernah sebut mahu tuntut menteri itu dan ini,” katanya lagi.

Hadi Awang mendedahkan satu muslihat antara Umno serta Barisan Nasional (BN) dan PH dalam menghadapi PRU-15 pada 19 November ini.

Menurutnya Umno akan memastikan BN menang kurang kerusi untuk memberi laluan kemenangan besar kepada PH dalam pilihan raya ini.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata strategi berkenaan bertujuan memudahkan proses penggabungan antara BN dan PH untuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas PRU-15 ini.

Anwar berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana PH bertekad menang sekurang-kurangnya 112 kerusi pada PRU15 dan membentuk kerajaan Persekutuan baharu.

Azwan Ali yakin hayat politik Azmin 'berkubur' di Gombak

Nadia Azam

PRU15 | Pengacara sensasi, Azwan Ali, yakin kerjaya politiik penyandang kerusi parlimen Gombak, Azmin Ali bakal ‘dikuburkan’ pada 19 Nov ini.

Dia yang lebih dikenali sebagai Diva AA - dan bakal bertanding sebagai calon bebas di situ - menyeru pengundi di kawasan terbabit untuk "membuka minda” sebelum memangkah.

“Saya percaya Azmin akan ‘dikuburkan’ kali ini. Kepada rakyat parlimen Gombak buka minda anda semua sebelum memangkah pada 19 Nov ini.

“Cuma itu yang saya minta,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut Azwan, seseorang yang mengkhianati ikrarnya sendiri tidak boleh dibiarkan begitu saja.

“Ini bukan soal parti lagi tapi maruah. Sebabnya, kita tak boleh membeli maruah.

“Jika seseorang itu mengkhianati apa yang dilafazkannya selama bertahun-tahun, maruah dia ibarat sudah gone with the wind (diterbangkan angin).

“Jadi, bagaimana seseorang seperti Azmin wajar dihormati lagi?” katanya.

Pemilik nama penuh Mohamed Azwan Ali itu adalah salah seorang calon yang dijangka mengemukakan borang untuk menawarkan diri bertanding di kerusi Gombak pada hari penamaan esok.

Dia akan berdepan sekurang-kurangnya dua saingan lain iaitu Azmin - yang juga abang kandungnya - serta Naib Presiden PKR Amirudin Shari.

Amirudin yang juga menteri besar Selangor menjadi pertaruhan Pakatan Harapan untuk mengetepikan Azmin yang memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 48,721 pada 2018.

Bagaimanapun ketika itu Azmin bertanding sebagai calon PKR-PH.

Terharu Amirudin panggil ‘abang’

Ditanya perasaannya untuk berdepan dengan dua nama besar itu, Azwan, 56, menjawab dia tidak sabar-sabar untuk berbuat demikian dan akan hadir ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasu, Gombak esok.

“Saya tetap gementar, namun esok saya akan dedahkan kenapa saya bertanding pada kali ini. Saya dah bersedia untuk menjawab semua soalan. Ini bukan propa (gimik).

"Memang banyak pihak menyuruh saya menentang Azmin, perkara ini dah berlarutan lama. Mereka tak sabar untuk melihat pertembungan kami,” katanya lagi.

Menyedari adat pertandingan akan ada menang dan kalah, justeru Azwan brkata dia tidak takut untuk berdepan dengan apa saja kemungkinan.

Pada masa sama, katanya, dia lebih rela kalah di tangan Amirudin berbanding Azmin.

“Saya tak pernah bersua muka dengan Amirudin sebelum ini. Dia nampaknya amat menghormati saya apabila memanggil dengan gelaran abang. Saya amat terharu.

“Saya dah pernah menentang Azmin di kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU ke-14 dan hanya memperoleh 90 undi.

“Itu ketika Azmin mewakili PKR, sekarang dia bersama parti baru.

"Jika kalah lagi nanti, saya tetap teruskan hidup macam biasa," katanya.

Azwan Ali calon pertama tiba di SMK Sungai Pusu

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

hafidzul@hmetro.com.my

Gombak: Pengacara sensasi, Azwan Ali, calon pertama tiba di pusat penamaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, di sini.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA akan bertanding atas tiket calon Bebas bagi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Difahamkan, Azwan bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan berarak dari Jambatan Sungai Chin-Chin ke pusat penamaan terbabit pada 8 pagi.

PRU15: Digugur BN, Ismail Muttalib kini bersama PAS

Bernama

Sebelum ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa Ismail Abd Muttalib akan bertanding atas tiket PN bagi mempertahan kerusi Parlimen Maran. (Gambar Bernama)

MARAN: Penyandang kerusi Parlimen Maran Ismail Abd Muttalib mengesahkan beliau kini bersama PAS, sehari selepas diumum akan mewakili Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau bagaimanapun mengakui tidak akan menghantar surat rasmi untuk keluar parti kepada Umno sebaliknya menyerahkan kepada kepimpinan untuk membuat keputusan berhubung status keahliannya.

“Saya tidak akan hantar surat…kalau kita sudah masuk (bersama parti lain), maksudnya kita sudah keluar (Umno)…saya tawarkan diri untuk ini (jadi calon PN) dan esok, kita bersama (PN) untuk penamaan calon,” katanya pada sidang media selepas program Karnival Memperkasa Komuniti Keluarga Malaysia Daerah Maran di Arena Tengku Muda Pahang di sini malam tadi.

Ditanya sama ada beliau bersedia disunting PAS untuk menjadi ahli parti itu, Ismail yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata: “Saya berpihak dan sudah bersama PAS.”

Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa Ismail akan bertanding atas tiket PN bagi mempertahan kerusi Parlimen Maran yang disandang beliau sejak 2004 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Pengumuman itu dibuat tiga hari selepas Ismail sah digugurkan daripada senarai calon BN dan digantikan dengan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Shahaniza Shamsuddin.

Ezam tanding Parlimen PJ atas tiket PRM

Bernama

PELABUHAN KLANG: Bekas pemimpin PKR Mohamad Ezam Mohd Nor antara sembilan bakal calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang bertanding di Selangor pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PRM Ahmad Jufliz Faiza mengumumkan Mohamad Ezam akan bertanding di Parlimen Petaling Jaya.

Sementara itu, Ahmad Jufliz yang juga seorang peguam mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh.

“PRM di Selangor akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen masing-masing di Kuala Selangor, Bangi, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sepang.

“Kami juga akan menghantar masing-masing satu calon bertanding di kerusi Parlimen Batu (Kuala Lumpur) dan Batu Pahat (Johor),” katanya kepada pemberita pada Majlis Pengenalan Calon-Calon Parlimen Selangor, Johor dan Kuala Lumpur di sini malam ini.

Diminta mengulas kriteria calon yang dipilih, Ahmad Jufliz berkata pihaknya tidak meletakkan sebarang kriteria sebaliknya mengutamakan individu yang sanggup berkhidmat untuk rakyat.

Berikut adalah senarai calon PRM bagi PRU15 di Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

Kuala Selangor – R Loganathan

Bangi – Chee Chee Meng

Petaling Jaya – Mohamad Ezam Mohd Nor

Sungai Buloh – Ahmad Jufliz Faiza

Kapar – W. Jeichandran

Klang – S. Chandrasegar

Kota Raja – Sarah Afiqah Zainol Arif

Kuala Langat – M Ganeskumar

Sepang – R. Nageswaran

Batu – Mohd Zulkifli Abdul Fattah

Batu Pahat – Zahari Osman

PH atasi BN, PN jauh ketinggalan, menurut tinjauan

FMT Reporters

Tinjauan daripada 1,209 responden mendapati 26% memilih Pakatan Harapan, 24% Barisan Nasional, 13% Perikatan Nasional dan 31% tidak pasti pilihan mereka.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) kini mendahului Barisan Nasional (BN) dalam kaji selidik mengenai keutamaan pengundi dalam kalangan pelbagai gabungan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tinjauan dilakukan Merdeka Center itu berlangsung dari 19 Okt hingga 28 Okt lalu dan melibatkan 1,209 pengundi di semua kumpulan etnik.

Kajian mendapati 26% responden menyokong PH, dengan BN ketinggalan hanya 2%, bagaimanapun Perikatan Nasional jauh ketinggalan, dengan hanya 13% responden menyokong gabungan itu.

Gerakan Tanah Air (GTA) dan lain-lain gabungan hanya mendapat sokongan 2% responden.

Bagaimanapun, majoriti responden (31%) mengatakan mereka tidak mempunyai keutamaan atau tidak pasti.

BN yang dipimpin Umno dilihat mempunyai kelebihan dalam kalangan responden Melayu, dengan 32% sokongan manakala PN dan PH masing-masing mendapat 20% dan 13% sokongan.

Pusat penyelidikan itu berkata “keutamaan menurun dengan ketara” dan 29% responden Melayu berkata mereka tidak mempunyai keutamaan atau tidak pasti gabungan mana hendak diundi.

“Kemungkinan sebahagian daripada pengundi yang belum membuat keputusan ini masih memihak parti pemerintah, bagaimanapun pengalaman sebelum ini mendapati majoriti daripada mereka berkemungkinan memilih pembangkang, iaitu PN atau PH,” katanya.

Dengan pertembungan tiga gabungan parti politik terbesar pada PRU15, Merdeka Center berkata sukar untuk mereka meramalkan keputusan pilihan raya.

Pusat kajian itu turut menjangkakan mungkin tidak ada satu gabungan pun yang dapat membentuk kerajaan.

“Sebaliknya, besar kemungkinan sekurang-kurangnya tiga atau lebih parti atau gabungan diperlukan untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.”

Nama calon PM PH ‘meletup’ di Twitter menjelang hari penamaan calon

ARIF ATAN

Nama Anwar muncul ‘meletup’ atau trending di Twitter menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.

Rata-rata sembang bual di media sosial itu berkisar tentang kewajaran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya untuk menang pada 19 November ini.

Setakat jam 5 petang tadi, lebih 13,000 ciapan di Twitter berkenaan Anwar yang akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun itu.

Pengguna Twitter yang kebanyakannya adalah pengundi muda dilihat menyambut baik kemaraan Anwar, 75, pada PRU kali ini.

Untuk rekod, PRU15 mencatatkan rekod tersendiri dalam proses demokrasi di negara ini apabila buat julung kalinya pemilih bawah usia 21 tahun boleh keluar membuang undi.

Mereka didaftar secara automatik sebagai pengundi dan kira-kira 1.14 juta belia bakal menggunakan mandat buat pertama kali, menyertai kelompok 21.1 juta keseluruhan pemilih dengan 1.4 juta adalah pengundi baharu.

“Saya suka cara Anwar bercakap. Pengucapan awam yang baik, tidak memerlukan skrip dan ada juga humor yang baik,” antara komentar warganet.

Bahkan, ada yang membandingkan ketrampilan pemimpin BN dan PN dengan Anwar yang kerap menghiasi muka depan majalah-majalah antarabangsa yang berprestij.

“Pernah tengok Ismail Sabri di muka depan media dunia? Midin? Zahid? Nope. Me neither.

“Anwar Ibrahim ialah nama yang diiktiraf dan dihormati di peringkat global.

“Nak Malaysia jadi world class? Nak rasa bangga jadi rakyat Malaysia? Pilih pemimpin bertaraf dunia. Pilih Anwar Ibrahim,” kata netizen lagi.

Esok merupakan hari penamaan calon PRU15 manakala 19 November ini sebagai tarikh membuang undi.

PRU15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15).

Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 4,326 borang pencalonan Parlimen dan DUN bagi PRU15 sudah dijual setakat hari ini di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 3,036 adalah borang penamaan calon Parlimen manakala 1,290 lagi bagi DUN.

480 ahli MIC serah borang masuk PKR kepada Anwar

FMT Reporters

ULU KINTA: Kira-kira 480 ahli MIC Tambun dari lapan ranting bertindak keluar parti dan menyertai PKR.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang bertanding di Parlimen Tambun menerima borang keahlian daripada kumpulan itu dalam satu majlis di sini.

MCA Batu tutup bilik gerakan, ikrar boikot kempen PRU

Malaysiakini 

MCA bahagian Batu dilaporkan menutup bilik gerakan pilihan rayanya dalam keadaan marah dan kecewa hari ini, yang dirakam dalam video yang tular di media sosial.

Dalam video pendek berdurasi 13 saat itu, kelihatan sekumpulan lelaki menjerit sambil merobohkan sepanduk berwarna biru dari hadapan sebuah lot kedai. Ia dikongsi dengan keterangan, "Lagi pemberontakan dalaman BN, MCA boikot calon MIC parlimen Batu".

Calon BN untuk Batu menjadi perbalahan, kerana pengerusi gabungan itu, Ahmad Zahid Hamidi pada mulanya mengumumkan calon dari MIC A Kohilan Pillay akan bertanding untuk kerusi itu.

Bagaimanapun, sehari kemudian, Presiden MCA Wee Ka Siong berkata partinya akan bertanding di kerusi itu, dakwaan yang segera dinafikan Presiden MIC SA Vigneswaran.

Bagaimanapun, MCA menegaskan mereka diberi kerusi itu sebagai pertukaran untuk MIC menerima Padang Serai dan seterusnya mengumumkan Yew Teong Look sebagai calon mereka.

BN akhirnya mengesahkan bahawa Kohilan akan kekal sebagai calon gabungan itu untuk Batu.

Dilaporkan oleh Sin Chew Daily bahawa Yew dan Ketua Bahagian MCA Batu Lim Beng Hean mengetuai kira-kira 20 orang untuk menurunkan kain rentang dan menutup pusat operasi hari ini.

Yew enggan mendedahkan butiran perkara, hanya berkata bahawa tindakan mereka hari ini adalah kerana bahagian itu sangat marah.

Sementara itu, Lim berkata seluruh bahagian tidak berpuas hati dengan keputusan untuk tidak meletakkan calon MCA di Batu.

“Kami tiada pilihan selain menutup bilik gerakan. Pada mulanya semua orang masih mempunyai harapan tetapi tidak lagi.

“Semua orang sangat kecewa, oleh itu kami datang ke sini hari ini untuk menyelesaikannya.

"Tiada pilihan lain, kami perlu menerima keputusan itu, tetapi kami pasti tidak akan pergi berkempen atau hadir semasa pencalonan," kata Lim.

Ku Li: 'Mereka macam budak-budak, bukan pemimpin'

Paya Linda Yahya

am@hmetro.com.my

Gua Musang: Tindakan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak tercalon dan beralih menyokong serta menjadi calon parti lain disifatkan bukan pejuang sebenar.

Penyandang Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, tindakan itu dilihat kebudakan-budakan.

Katanya, mereka seharusnya menerima dengan hati terbuka dan bersabar walaupun tidak tercalon dan terus menyokong perjuangan parti.

"Nombor satu mereka ini macam budak-budak, bukan jadi pemimpin. Nombor dua kalau orang lain, masa dia jadi pemimpin dapat menukar orang, dan orang itu bersabar, dia juga patut bersabar jugalah.

"Sampai giliran saya, saya pun kena bersabar. Jadi saya diminta oleh parti untuk terus bertanding, saya bertandinglah. Tapi kalau saya tak dipilih kita kena terimalah hakikat bahawasanya tak ada benda yang kekal.

"Tak apalah dia merajuk. Dia nak masuk parti lain tu bukan perkara baru, ada orang merajuk kerana dia rasa kecewa. Dia masuk parti lain. Dukacitalah kalau itu sikap dia, maknanya dia bukanlah menjadi pejuang sebenarnya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Bola Jaring Piala Tengku Razaleigh di sini, hari ini.

Katanya, setiap ahli perlu menghormati keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi Umno dan tidak bermakna keputusan yang dibuat itu bermaksud individu itu tidak berguna.

"Ini parti dah buat keputusan, nak kemuka atau tampilkan berapa ramai orang baru yang boleh bagi khidmat yang baik. Ini bukan bererti dia tu tak berguna.

"Jadi kita kena fahamlah dan hakikatnya kita mahu parti menang. Bukan diri kita menang. Kita jadi alat kepada rakyat dan juga kepada parti, jadi ini bukan milik kita.

"Sampai masa kita pun kena berundur. Tak ada yang kekal. Kena ada fahaman itulah. Tapi kalau nak merajuk, budak-budak pun merajuk juga," katanya.

Pastikan PRU-15 jadi garis penamat untuk pengkhianat, pencuri wang negara

MOHD ALI HASHIM

Pas semakin teruk apabila parti Islam itu menjadikan isu perkauman sebagai modal untuk meraih sokongan orang Melayu menjelang pilihan raya umum (PRU) kali ini. 

Malah kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar, apabila Pas terlalu kerap meratib mengenai DAP siang dan malam, ia tidak akan menyelesaikan masalah. 

Sebaliknya kata beliau, masalah masih berlarutan walaupun Pas sebelum ini adalah pendokong kerajaan yang memerintah. 

“Pas sebenarnya tidak konsisten, sedangkan mereka sedar bahawa kerajaan BN mahupun PN yang mereka gabungi adalah kerajaan yang gagal. 

“Anggota Kabinet mereka tidak ubah seperti lori sampah yang hanya diisi dengan sampah sarap serta tidak mempunyai idea dan masalah berlarutan hingga sekarang. 

“Oleh kerana itu pimpinan sedemikian tidak boleh diberi sedikit pun undi untuk berkuasa semula. Pastikan PRU pada 19 November ini sebagai garis penamat bagi Pas, BN maupun PN,” ujar beliau senasa berucap di Dataran Stargate, Alor Setar malam tadi. 

Tambah beliau, langkah pertama yang harus dilaksanakan oleh rakyat ialah menghumban kleptokrasi dan pengkhianat demi masa depan rakyat negara ini. 

Setelah digugurkan BN Noh Omar membayangkan ingin bertanding mempertahankan kerusi Tanjong Karang

Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamat

FMT Reporters

PETALING JAYA: Pengerusi Umno Selangor Noh Omar seolah-olah memberi bayangan bahawa kisah sekitar pencalonannya di Tanjong Karang masih belum tamat, selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan kerusi Parlimen itu akan ditandingi Habibah Mohd Yusof.

Menurut Noh, yang telah menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal sejak 1995, sama ada beliau masihllll setia bersama Barisan Nasional (BN) selepas namanya tidak dicalonkan pada PRU kali ini hanya akan terjawab esok ketika penamaan calon.

“Tunggu lah esok, kita di Tanjong Karang. Sebab saya bertanding di Tanjong Karang,” katanya dalam sidang media yang disiarkan dalam talian.

“Yang nak undi saya ni, lebih kurang 68,000 pengundi. Apapun saya akan putuskan di Tanjong Karang,”

Semalam Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir mengumumkan bahawa kerusi tersebut akan ditandingi Habibah, yang juga ketua Wanita Umno Tanjong Karang

Teresa Kok hantar surat kepada SPR bantah Jamal jadi calon Sungai Besar

FMT Reporters

PETALING JAYA: Penyandang Parlimen Seputeh Teresa Kok menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantah keputusan Barisan Nasional (BN) menamakan Jamal Yunos sebagai calon Parlimen Sungai Besar pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Kok mendakwa Jamal, yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar, masih belum menyelesaikan syarat penghakiman dalam saman difailkan terhadapnya, yang mungkin menyebabkan beliau diisytiharkan muflis.

Pada 26 Julai, Mahkamah Tinggi memutuskan Jamal bertanggungjawab memfitnah Kok pada 2017 dengan menuduhnya menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas (SMUE) milik kerajaan negeri.

Mahkamah mengarahkan Jamal membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 dan RM50,000 sebagai kos.

Pada 18 Sept, Kok dilaporkan memfailkan notis kebankrapan terhadap Jamal selepas beliau gagal menjelaskan jumlah wang itu.

“Sehingga hari ini, (Datuk Seri) Jamal Md Yunos masih belum menyelesaikan penghakiman tersebut dan prosiding kebankrapan saya terhadap beliau masih berlangsung. Ada kemungkinan beliau akan dihukum muflis akibat prosiding kebankrapan tersebut.

“Saya telah menghantar surat bantahan kepada Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh mengenai perkara itu,” kata Kok, yang akan bertanding semula di Seputeh pada PRU15.

Bagaimanapun, maklumat di laman sesawang SPR menyatakan seseorang individu hilang kelayakan untuk menjadi calon dalam pilihan raya negeri atau Parlimen jika belum dilepaskan sebagai muflis.

Diminta mengulas mengenai surat Kok kepada SPR, Thomas Fann, pengerusi kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih berkata, SPR tidak boleh secara sah menolak Jamal sebagai calon untuk PRU15 kerana beliau belum diisytiharkan muflis.

“Bagaimanapun, jika beliau memenangi kerusinya di Sungai Besar dan prosiding kebankrapan telah dimuktamadkan, beliau perlu mengosongkan kerusinya dan pilihan raya kecil diadakan,” katanya.

“Dari segi politik, Umno mungkin mahu mempertimbangkan semula calon sedemikian yang mungkin hilang kelayakan tidak lama selepas pilihan raya, isu yang akan dieksploitasi oleh calon lain di Sungai Besar.”

Fann turut menegaskan bahawa Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen jika pengisytiharan bankrap belum dilepaskan.

Menjelang penamaan calon esok, Anwar Ibrahim mendahului jadi pilihan rakyat sebagai PM

NASUHA RAHMAN

Menjelang penamaan calon esok Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului menjadi pilihan rakyat sebagai Perdana Menteri (PM) pada PRU15 ini.

Penamaan calon pada 5 November 2022 dalam pertembungan pelbagai tokoh yang disebut-sebut sebagai PM, Anwar Ibrahim mendahului kedudukan sebanyak 29.6% melebihi tokoh-tokoh lain.

Dapatan ini adalah hasil Survei Mood Rakyat Malaysia Menjelang PRU15 yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) bermula pada 21 hingga 28 Oktober 2022 melibatkan 2423 responden seluruh parlimen Semenanjung Malaysia.

Tempat kedua adalah Datuk Seri Ismail Sabri yang merupakan Perdana Menteri sementara dengan peratusan, 25.9% mendahului Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden Bersatu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dapatan ini dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dalam ucapan pengantar beliau di Majlis Peluncuran Buku: Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi pada hari ini 3 November 2022 di Hotel TAMU, Kuala Lumpur.

Strategi parti-parti politik dan gabungannya menamakan calon Perdana Menteri merupakan satu langkah strategik bagi memberi pilihan kepada rakyat siapakah yang bakal mengemudi negara ini sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Buat pertama kalinya dalam sejarah promosi bakal Perdana Menteri menjadi saingan yang bakal mengikat pengundi.

81 peratus teruja keluar mengundi

Dalam pada itu, dapatan IDE dalam survei ini mendapati bahawa seramai 81% rakyat Malaysia (Semenanjung) menyatakan keterujaan mereka untuk turun mengundi pada PRU 15 kali ini.

Dalam pembentangan ini, Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, menjelaskan pengalaman IDE menjalankan Survei pada 2018, keterujaan mengundi dalam pilihan raya ketika itu adalah 80%.

Namun, peratusan keluar mengundi PRU14 akhirnya adalah 83%.

Keterujaan yang meningkat ini berbanding dengan siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri pasca PRU14, yang jauh lebih rendah.

Peningkatan ini bertolak dari aktifnya kegiatan kempen yang rancak dijalankan oleh semua parti-parti politik sejak pengumuman pembubaran Parlimen dan pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun demikian, peratusan pengundian mungkin boleh terjejas jika berlaku keadaan yang luar jangka dan menyusahkan pengundi seperti banjir, cuaca buruk dan isu-isu teknikal yang mungkin timbul dihari pengundian.

Pas tak mampu lahirkan menteri berwibawa

ZIN MAHMUD

Di Pantai Barat, calon Pas bertanding guna lambang Perikatan Nasional. Di Pantai Timur, calon Bersatu bertanding guna logo Pas.

Maka sekali pandang, pengundi tak dapat mengetahui mana satu calon Pas, mana satu calon Bersatu. Masalah bagi calon Pas adalah kemampuan mereka apabila memperoleh jawatan kerajaan.

Mentadbir negara adalah kerja serius dan berat. Ia bukan saja perlukan kemampuan memimpin tetapi juga pengetahuan dan minat terhadap isu semasa bersifat nasional dan global.

Sebab itu, bagi perkhidmatan awam, ia perlukan kelayakan, latihan dan pengalaman supaya mereka dapat menjalankan tugas untuk rakyat dan negara secara cekap.

Tetapi dalam sistem demokrasi, pentadbiran negara yang dilaksanakan oleh jentera perkhidmatan awam ini diketuai oleh ahli politik.

Mereka ini menjadi anggota kerajaan atas pilihan rakyat melalui proses demokrasi. Ahli-ahli politik ini dicalonkan oleh parti untuk bertanding dalam pilihan raya bagi mewakili penduduk kawasan masing-masing.

Jika mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan, maka wakil-wakil rakyat inilah yang dipilih untuk menjadi menteri.

Maka dalam kerajaan PN-BN baru-baru ini, ahli-ahli Pas turut menjadi anggota kabinet. Itupun presiden parti yang dapat memegang jawatan setaraf menteri tidak mengetuai mana-mana kementerian.

Hatta, beliau tidak pun dilantik menjadi menteri kanan, jauh sekali menjadi timbalan perdana menteri. Ini bukan soal politik semata-mata, tetapi kemampuannya untuk menjadi menteri yang cekap.

Soal kemampuan juga timbul terhadap menteri-menteri Pas yang lain. Selama ini pun tidak pernah terdengar pemimpin-pemimpin Pas mengambil berat mengenai isu-isu alam sekitar, jauh sekali aktif dalam memperjuangkannya.

Mereka juga bukanlah dari kalangan aktivis NGO dalam soal alam sekitar itu. Semasa menjadi ahli parlimen, mereka juga tidak mengetengahkan isu-isu alam sekitar.

Maka apabila ahli politik Pas menjadi menteri yang menjaga air dan alam sekitar, apalah yang dapat diharapkan bahawa mereka boleh mengetuai kementerian dalam bidang itu.

Begitu juga terhadap kementerian bidang lain. Umpamanya menteri yang bertanggung jawab terhadap komoditi seperti minyak sawit.

Jika sebagai ahli politik Pas yang saban hari berceramah di sana sini, walaupun ada terlibat dengan perniagaan, tetapi jika pengetahuan dan kesedaran terhadap ekonomi dunia tidak menjadi minat selama ini, adakah adil bagi negara ini untuk memiliki menteri sedemikian rupa?

Semenangnya pegawai-pegawai kementerian akan nasihatkan menteri. Ahli politik tidak perlu dan tidak akan mampu mengetahui semua perkara.

Tetapi untuk menjadi ahli politik berwibawa, sekurang-kurangnya pengetahuan isu-isu semasa ada dalam fikirannya bagi membolehkannya memimpin kementerian dengan baik.

Menteri pula kena ada wawasan terhadap kementeriannya. Bukan sekadar menghadiri acara-acara rasmi dan membaca ucapan yang dia tidak tahu hujung pangkalnya.

Gaji dan elaun menteri dibayar bukan untuk majlis rasmi atau hadiri persidangan di luar negara semata-mata.

Mengapakah Pas tidak dapat melahirkan menteri-menteri berwibawa? Ini kerana Pas tidak menarik bagi anak-anak muda yang berbakat.

Mereka yang menyertai Pas melakukannya atas asas sentimen agama dan kaum tanpa berpijak pada realiti.

Apabila Pas menyertai kerajaan PN-BN baru-baru ini. menteri mereka berdepan dengan realiti. Akibatnya; apa yang mereka laungkan sebelum ini ternyata tidak dapat dilaksanakan.

Berbagai helah digunakan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab terhadap ucapan-ucapan mereka sebelum ini.

Akhirnya Pas hanya dijadikan alat oleh parti lain, iaitu Umno dan Bersatu untuk mengukuhkan kuasa mereka. Bila mereka kuat, Pas akan dipinggirkan dengan begitu saja.

Haji Hadi: Ada lagi pemimpin BN minat sertai PN

Bernama

MARANG: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Abdul Hadi Awang mendakwa ada lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) menyatakan minat untuk bertanding atas tiket PN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata permohonan mereka masih dalam proses sebelum diumumkan pada hari penamaan calon Sabtu ini.

“Tak boleh sebut berapa kerusi. Yang penting ada di utara, ada di tengah, ada di selatan,” katanya dalam sidang media selepas Ceramah Perdana Majlis Pengisytiharan Calon PAS Terengganu PRU15 di Rusila di sini, malam tadi.

Ditanya mengenai pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau atas tiket PN, Abdul Hadi berkata Shahidan telah bersama PAS sejak di Parlimen dan beliau seorang yang berani mengkritik pimpinan Umno.

Selain Shahidan, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ismail Abdul Mutalib juga diumum akan mempertahankan Parlimen Maran sebagai calon PN.

Shahidan dan Ismail adalah antara menteri dan timbalan menteri Kabinet BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang digugurkan sebagai calon BN pada PRU15.

Abdul Hadi berkata rundingan di peringkat parti mengenai calon daripada BN yang akan mewakili PN telah dibincangkan di peringkat pimpinan PAS dan PN, serta ia diterima sebulat suara.

Malah katanya, bakal calon daripada PN yang disenaraikan juga telah menarik diri secara sukarela bagi memberi laluan kepada pemimpin BN tersebut.

KENAPA? Kita biarkan sahaja warga asing buka ladang sayur haram

ANTARA warga asing yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Selangor selepas menggempur kebun sayur haram di Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada 2019.

SAUDARA PENGARANG,

KEMENTERIAN Sumber Manusia pada 2014 pernah mengeluarkan amaran bahawa pekerja asing akan menguasai ekonomi negara jika diberi peluang. Memang sifat imigran kuat dan rajin bekerja serta bijak menghidu peluang tanpa menghiraukan undang-undang.

Sebab itu isu warga asing menceroboh tanah untuk membuka ladang sayur haram seperti di Cameron Highlands. Sudah banyak kali dilaporkan oleh media massa tetapi tiada tindakan betul-betul tegas yang diambil pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini.

Ada kes warga asing menukar sawah menjadi ladang sayur di Sekinchan dan Tanjong Karang, Selangor. Terbaru, laporan Utusan Malaysia pada 26 Oktober lalu melibatkan tanah milik kerajaan di Puchong, Selangor.

Kawasan rizab pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) selalu menjadi sasaran mereka. Tempat terbuka di tepi lebuh raya mereka berani buka ladang, bagaimana pula dengan tempat tersorok jauh dalam hutan di negeri-negeri lain?

Oleh itu, tidak hairan warga asing mampu menguasai perniagaan di pasar borong di Kuala Lumpur dan Selangor kerana bekalan sayur datang dari ladang rakan senegara.

Mereka ada modal besar untuk berniaga dan membuka ladang moden kerana ada dukungan rakan yang sudah berjaya. Implikasi besar jika warga asing yang menguasai sektor borong dan runcit juga ada ladang sayur sendiri kerana rantaian bekalan makanan rakyat tempatan di bawah kawalan mereka.

Terdapat juga kes rakyat tempatan sendiri memajak tanah kepada warga asing yang mampu membayar sewa pada harga tinggi. Adakah warga asing di negara lain bebas seperti pekerja asing di Malaysia yang boleh membuka ladang sayur haram?

Pihak berkuasa dan kerajaan negeri, tolonglah bertindak sebelum terlambat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu turun padang siasat jika perlu. – UTUSAN

MOHD. ZUL, Kuala Lumpur

Imran Khan cedera ditembak

Reuters

Imran Khan cedera di kaki selepas konvoinya ditembak. (Gambar AP)

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan cedera di kakinya selepas tembakan dilepaskan ke arah konvoinya di timur negara itu.

“Seorang lelaki melepaskan tembakan menggunakan senjata automatik. Beberapa orang cedera. Khan juga cedera,” kata pegawainya Asad Umar kepada Reuters.

Khan yang cedera pada tulang kering dibawa ke hospital.

Bekas pemain kriket berusia 70 tahun itu mengetuai perarakan bantahan di Islamabad mendesak pilihan raya segera diadakan.

Perdana Menteri Shehbaz Sharif mengutuk kejadian tembakan itu dan mengarahkan menteri dalam negeri menjalankan siasatan segera.

Sentimen ‘anti-Zahid’ makin ketara

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ahli strategi DAP Liew Chin Tong berkata, beliau melihat sentimen “anti-Zahid” semakin ketara menjelang pilihan raya umum (PRU15).

Menurut laporan China Press, beliau berkata disebabkan itu parti politik kini begitu gigih berkempen.

Katanya, apa berlaku kini sama seperti yang terjadi dengan bekas Perdana Menteri Najib Razak.

“Jadi kini ada gelombang ‘anti-Zahid’ kerana semua orang bimbang Zahid akan menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Kenyataan Liew itu susulan Zahid menafikan calon dipaksa menandatangani aku janji menyokong pelantikannya sebagai perdana menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya ini (PRU15).

Zahid berkata, aku janji yang tular di media sosial itu adalah palsu.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dinamakan sebagai calon perdana menteri BN sekiranya gabungan itu menang dalam PRU15.

Zahid pada 16 Oktober lalu berkata, keputusan untuk mencalonkan naib presiden Umno bagi jawatan itu adalah muktamad.

Macam-macam ada: Shahidan muncul di Terengganu, bergegas 'nak isi borang'

Malaysiakini

PRU15 | Majlis pengumuman calon-calon PN Terengganu yang asalnya biasa-biasa saja apabila hampir semua penyandang dicalokan semula berubah menjadi kejutan apabila susuk Shahidan Kassim muncul.

Bekas menteri besar Perlis yang digugurkan Umno-BN daripada senarai mereka diumum Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebagai pertaruhan gabungan itu untuk kerusi parlimen Arau.

Abdul Hadi juga mengumumkan penyandang kerusi Maran, Ismail Abd Muttalib, akan dikekalkan sebagai calon di kerusi itu, namun sebagai calon PN.

Shahidan ketika diberi peluang berucap ringkas memberitahu, dia baru tiba di Kuala Terengganu dari Perlis selepas diminta berbuat demikian oleh pimpinan PN.

Selepas ini, katanya, dia perlu bergegas untuk kembali ke Perlis.

"Saya perlu balik ke Perlis untuk isi borang. "Watikah dah dibagi tapi borang belum isi," katanya.

Bagaimanapun tidak pasti parti mana yang akan menjadi pilihan buat Shahidan selepas ini.

Dalam ucapan tidak sampai lima minit itu, bekas menteri itu juga mengecam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang digelarnya sebagai "penipu" kerana - dakwanya - gagal mengikut janji yang diucapkan sebelum ini.

Kata Shahidan, senarai cadangan calon daripada "top five" Umno tidak diendahkan oleh Ahmad Zahid.

Sementara itu Pengerusi PN Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, mengumumkan semua penyandang kerusi parlimen di negeri itu dicalonkan semula kecuali di kerusi Besut dan Kuala Nerus.

Untuk PRU kali ini PN meletakkan bekas pemimpin Umno yang sudah menyertai PAS, Che Mohamad Zulkifly Jusoh, sebagai percaturan mereka untuk merampas kerusi tersebut daripada Umno.

Pada 2018 Besut dimenangi BN melalui calonnya, Idris Jusoh.

Penyandang kerusi Hulu Terengganu, Rosol Wahid, yang memenangi kerusi itu melalui tiket BN kini menjadi pertaruhan PN. Dia merupakan ahli Bersatu selepas meninggalkan Bersatu selepas PRU ke-14.

PN Terengganu diputuskan untuk bertanding menggunakan lambang PAS kali ini.

Berikut adalah senarai calon PN untuk lapan kerusi di Terengganu:

Hulu Terengganu: Rosol Wahid

Kemaman: Che Alias Hamid

Besut: Che Mohamad Zulkefly Jusoh

Setiu: Shaharizukirnain Abd Kadir

Kuala Terengganu: Ahmad Amzad Hashim

Marang: Abdul Hadi Awang

Hulu Terengganu: Rosol Wahid

Kuala Nerus: Dr Alias Razak

Bekas pemimpin PAS, Khairuddin At-Takiri jadi calon BN, Noh Omar sah digugurkan

Malaysiakini 

Seorang lagi bekas pemimpin PAS sah bertanding di bawah BN dalam PRU15.

Setiausaha Agung BN Zambry Kadir mengumumkan bekas ahli jawatankuasa pusat PAS Khairuddin Aman Razali akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus menggunakan tiket BN.

Zambry turut mengesahkan Pengerusi Umno Selangor Noh Omar digugurkan di kerusi Parlimen Tanjong Karang apabila menamakan Habibah Mohd Yusof sebagai calon di situ.

Berikut adalah senarai calon tersebut:

Tumpat - Che Abdullah Mat Nawi

Kuala Nerus - Khairuddin Aman Razali

Tanjong Karang - Habibah Mohd Yusof

Batu - A Kohilan Pillay a/l G Appu

Bandar Tun Razak - Chew Yin Keen

Jempol - Shamsulkahar Mohd Deli

Kuala Pilah - Adnan Abu Hassan

"Daripada tujuh kawasan ini, dua kawasan iaitu Tumpat dan Kuala Nerus menyaksikan BN menampilkan dua calon secara direct candidate atas sifat keterbukaan dan perpaduan," kata Zambry.

Che Abdullah adalah bekas setiausaha PAS Kelantan yang juga penyandang kerusi Parlimen Tumpat. Dia antara beberapa penyandang yang tidak disenaraikan sebagai calon PAS dalam PRU kali ini.

Terdahulu hari ini, Pengerusi BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan Che Abdullah bakal bertanding di Tumpat menggunakan tiket BN.

Sementara itu, pengumuman A Kohilan Pillay sebagai calon di kerusi Parlimen Batu menjawab pertikaian antara MCA dan MIC berhubung parti mana yang akan mewakili BN di situ.

PAS: Keahlian Che Abdullah gugur, jika tanding atas tiket BN

 Chia Wan Rou

PETALING JAYA: Keahlian penyandang Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi dalam PAS akan digugurkan sekiranya beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu sejajar dasar parti yang menetapkan keahlian akan digugurkan secara automatik, jika ahlinya bertanding dalam pilihan raya atas tiket parti lain.

“Senarai calon PAS kita sudah umum dan terpulang kepada masing-masing. Kita tak boleh menyekat mana-mana individu nak keluar atau nak bertanding.

“Jadi, kita akan tengok macam mana nanti, sama ada dia betul-betul disenaraikan calon mewakili parti (BN) ataupun dimasukkan dalam penamaan calon itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, BN Kelantan hari ini mengumumkan Che Abdullah akan bertanding mewakili gabungan itu di kerusi Tumpat pada PRU15.

Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub dilaporkan berkata, BN memberi laluan kepada Che Abdullah kerana beliau dianggap calon boleh menang.

Semalam, PN mengumumkan Parlimen Tumpat akan ditandingi Exco Kelantan, Mumtaz Md Nawi.

Pada 2018, Che Abdullah memenangi Parlimen Tumpat atas tiket PAS dengan majoriti 17,500 undi, menewaskan calon BN dan PKR.

Sabarlah Pas…

ZAMIR GHAZALI

Parti Pas dalam negara ini, Makkah dan Madinah bagi mereka ialah Terengganu dan Kelantan. Orang luar khususnya negeri pantai barat mungkin tidak dapat menghayati erti pekat maksud ‘walaun’.

Pada kumpulan ahli dan penyokong Pa di sini, ia bukan sekadar parti politik. Ia adalah institusi masyarakat. Menjatuhkan Pas bererti meranapkan institusi.

Hal sedemikian kerana doktrin tsiqah dan wala’. Kedua mekanisme doktrin ini menyebabkan Pas bukan parti yang melahirkan pemimpin tetapi pengikut. Segala set kemahiran yang patut dikuasai dan dipelajari oleh seorang pemimpin tidak dilahirkan dalam keluk usrah Pas. Rasa cinta agama memang tertanam kuat. Tetapi ia sekadar menjadikan diri parti yang ‘absolute’. Tahan dan handal berlawan tetapi tetapi tandus idea perintah.

Kepada ahli dan penyokong Pas. Set kumpulan pemimpin anda memerlukan masa untuk beralih dari sifat mutlak berlawan ini kepada sifat belajar memerintah masyarakat.

Khususnya di peringkat negara. Sangat dhaif dan lemah. Sungguh ketara. Ahli Parlimen Pas sangat lemah mutu kerjanya.

Anda perlu muhasabah dan terima hakikat ini.

Justeru untuk PRU15 ini, beralah. Tetap istiqamah dalam Pas. Tapi undi Pakatan Harapan. Di pilihanraya negeri nanti, anda boleh undi mereka. Itu pun tengoklah juga calon. Kalau sudah tiga penggal, bolehlah lupakan.

Mengapa penyokong Pas jangan undi Pas? Supaya pimpinan anda berkubu dan belajar dahulu di Negeri Terengganu.

Berikan ruang kepada ramai pimpinan Pas di Pusat untuk jadikan Terengganu sebagai asas tapak latihan mentadbir mereka. Tumpu negeri dulu. Tak mengapa jika mereka orang luar dan bukan anak tempatan. Asas-asas idea boleh dilatih sehingga mahir dan mapan di sini.

Bukankah Pas negeri sudah berjaya capai 20 Manifesto itu 100%. Jika betul, berikutnya penggal 5 tahun tambah lagi item-item manifesto baru. Belajar dan eksperimen selumatnya di sini.

Menyerah dan sabar dahulu di kerusi Parlimen. Orang tamak selalu rugi.

Lalu mengapa perlu undi PH? Kerana jika BN, nescaya royalti Negeri Terengganu akan ditarik semula. PERCAYALAH!! Kerana Umno BN sudah melakukannya di saat Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri. Umno BN akan tekan kamu rapat ke dinding. Pas akan kelemasan berikut tahun lagi.

Hanya PH yang telah terbukti mengembalikan royalti ke Terengganu. Menteri Besar Dr Samsuri cukup bertuah. Beliau tidak diuji dengan rezab pemerintahan yang miskin sebagai mana Presiden kamu menjadi Menteri Besar penggal 1999 dahulu.

Besar jasa PH pada Pas khusus untuk negeri Terengganu. PH tidak pernah aniaya kamu Pas.

Ahli Pas. Nasihat dari Takiri Kuala Nerus supaya kamu istiqamah dalam Pas tetapi undi BN adalah nasihat yang amat bahaya. Menang BN di Putrajaya bermakna royalti negeri bakal dibungkus. Takiri telah sampai ke titik politik bumi hangus.

Aku tak dapat apa, maka kubakar tanah ini agar kamu juga menderita tak dapat apa-apa.

Ahli PAS. Sabarlah untuk PRU ini. Berikan undi anda pada PH. Beri ruang pada pimpinan kamu tambah baik pentadbiran negeri. Beri ruang pada bakat muda dalam parti kamu belajar lebih lagi.

Pakatan Harapan memerintah yakni kekal royalti. Pas gunalah ia dengan baik demi negeri.

Bekas YB PAS Che Abdullah pertahan Tumpat atas tiket BN

FMT Reporters

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Kelantan mengumumkan penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi akan bertanding mewakili gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub, berkata berkata BN memberi laluan kepada Che Abdullah kerana dianggap sebagai calon boleh menang.

“Teka-teki sudah terjawab dan Che Abdullah akan bertanding atas tiket BN di Parlimen Tumpat. Kita rasa satu kelegaan apabila Che Abdullah bersetuju dengan tawaran yang diberikan.

“Malah, akar umbi Umno Tumpat juga menerima baik kehadiran Che Abdullah,” katanya menurut Berita Harian.

Jazlan berkata, pihaknya akan memberikan saingan sengit kepada Perikatan Nasional (PN) di Parlimen itu.

“Kita akui menawarkan kerusi berkenaan kepada Che Abdullah dan BN memang mengadakan pertemuan dengan beliau,” katanya.

Pada majlis pengisytiharan calon PN Kelantan malam tadi, penyandang Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Che Abdullah, masing-masing daripada PAS digugurkan daripada senarai calon PN pada PRU15.

Pengerusi PN Kelantan, Ahmad Yakob, berkata Parlimen Bachok menyaksikan PN meletakkan muka baharu, Muhamad Syahir Che Sulaiman sebagai calon.

Bagi kerusi Parlimen Tumpat, PN mengumumkan exco Kelantan, Mumtaz Md Nawi sebagai calon di kerusi berkenaan.

Surat aku janji calon BN-Jika benar ada janji itu satu perkara yang ‘we cannot brain’

NASUHA RAHMAN

Sekarang berlegar isu surat aku janji Calon BN di mana dalam akujanji itu calon-calon harus menerima Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai PM.

Yang lebih menarik difahamkan mereka kena setuju untuk gugurkan kes pendakwaan dan siasatan ke atas pemimpin Umno.

Bagaimanapun Umno telah menafikan surat aku janji menyokong Zahid untuk jadi Perdana Menteri.

Menurut Peguam Liyana Marzuki tidak menolak perkara itu mungkin akan terjadi sekiranya Umno berkuasa semula.

“Tapi untuk meletakkan dalam aku janji, saya rasa adalah satu perkara yang we cannot brain. Takkanlah sampai lagu tu. Little bird bgtau saya, that’s Zahid Hamidi for you.

“Kita pun tak tahu. Adakah itu ‘black ops’ pihak lawan? Both sides usaha sahkan dan nafikan. Siap buat perbandingan tandatangan,” katanya di Facebook.

Padanya mudah sahaja jikalau Zahid masih berkeras mahu jadi calon PM biarkanlah kerana beliau adalah Presiden Umno.

“Diakan Presiden. Biarkanlah… Kenapa Umno jenuh nak cover pula? Ada je calon pembangkang yang ada kes prima facie tapi nak bertanding macam Syed Saddiq. Tupun satu hal juga.

“Biarlah pengundi menilai sendiri. Adakah Kluster Mahkamah ni boleh dilantik semula dan boleh jadi Perdana Menteri. Kita tengok kematangan pengundi 19 November ini,” katanya.

Adalah lebih baik, katanya Umno berterus terang sahaja sebab semua tahu tipu helah Ismail Sabri jadi ‘poster’ PM itu hanya sementara.

“Lepas PAU nanti presiden yang akan berkuasa. Bila kes ditiadakan dia yang naik takhta.

“Habis tu nak malu apa? Upfront la. Dolak dalih macam ni menipu rakyat sahaja. Takut nanti lain yang diorder, lain yang sampai pula,” kata beliau.

Terdahulu, surat aku janji yang ditandatangani calon Umno, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah tular dalam media sosial, ia antara lain menghendaki semua calon Umno bertanding atas tiket BN supaya setia dan patuh kepada arahan Presiden parti, Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN.

Kandungan utama surat tersebut meminta semua calon Umno dan BN menyokong Zahid sebagai calon Perdana Menteri (PM) sekiranya memenangi PRU-15 pada 19 November nanti.

Dalam surat tersebut juga semua calon juga perlu bersetuju supaya kes mahkamah yang sedang dihadapi pemimpin Umno digugurkan dan siasatan dihentikan dengan serta-merta.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata isi kandungan aku janji yang tular itu adalah fitnah kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Itu tak betul. Tiada langsung perkataan itu. Itu adalah fitnah. Hendak sebut untuk lepaskan dari mahkamah juga adalah fitnah,” katanya.

Che Lah isi borang sebagai calon Umno selepas tidak dicalonkan Pas

BORHAN AHMAD

Bekas Ahli Parlimen Tumpat dikatakan akan bertanding atas tiket Barisan Nasional selepas tidak dicalonkan oleh Pas dalam pengumuman calon Perikatan Nasional malam tadi.

Menurut aktivis Umno, Mohd Yusof Solu, Datuk Che Abdullah Mohd Nawi hadir ke bilik gerakan Umno untuk mengisi borang sebagai calon Umno pagi ini.

“Calon BN Tumpat Datuk Abdullah Mohd Nawi sedang mengisi borang di BPUK,” kata Mohd Yusof dalam hantaran di Facebook beliau.

Pas semalam tidak menamakan Che Lah sebagai calon di Tumpat sebaliknya menamakan Mumtaz Mat Nawi sebagai calon PN di situ.

Ketika membuat pengumuman calon kelmarin, BN tidak menamakan sebarang calon untuk Tumpat dan Kuala Nerus.

Datuk Khairudin Aman Razali disebut sebagai bakal calon BN di Kuala Nerus.

PRU15: Saingan sengit di kerusi Parlimen Pahang

Reshna Reem Ganesan

PETALING JAYA: Walaupun Pahang mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada 19 Nov, perhatian tertumpu kepada kerusi Dewan Rakyat kerana Barisan Nasional (BN) mungkin mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), BN menang 25 daripada 42 kerusi DUN, bakinya milik PAS dan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, dengan 14 kerusi Dewan Rakyat, Pahang akan menjadi medan pertempuran paling hangat di beberapa Parlimen.

Ini termasuk Parlimen Bera ditandingi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), bekas perdana menteri Najib Razak (Pekan) serta Bentong, yang dimenangi Wong Tack daripada DAP pada 2018.

Pada PRU14, Ismail menang di Bera dengan majoriti 2,311 undi. Beliau mengalahkan calon PAS dan PKR.

Ismail dijangka meneruskan tugasnya di Putrajaya dan pengumuman BN bahawa beliau adalah calon perdana menteri untuk gabungan itu, mampu memberi kelebihan kepadanya.

Di Indera Mahkota, PKR akan berusaha merampas semula kerusi itu selepas Saifuddin meninggalkan parti berkenaan.

Saifuddin memenangi kerusi itu dengan majoriti lebih 10,000 undi tetapi “pengkhianatannya” kepada Perikatan Nasional bermakna, ia akan menjadi tugas berat baginya untuk mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu, yang menyumbang 33% daripada pengundi Indera Mahkota.

Satu lagi kerusi panas ialah Bentong di mana DAP menggugurkan Wong Tack dan memilih penyandang ADUN Ketari, Young Syefura Othman.

Young Syefura dijangka menentang Wong yang mahu bertanding sebagai calon bebas, dan bekas presiden MCA Liow Tiong Lai, yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bentong antara 2004 dan 2018.

Pada pilihan raya lalu, Wong Tack menang dengan hanya 2,000 undi, namun pertarungan di Bentong kali ini berkemungkinan menyaksikan lebih ramai calon berbanding tiga penjuru pada 2018.

Berikutan pemenjaraan Najib selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International, timbul spekulasi bahawa anaknya Nizar akan menggantikannya dan bertanding di kerusi Pekan.

Bagaimanapun, ia dinafikan apabila Sh Mohmed Puzi Ali diumumkan sebagai calon Umno di Parlimen Pekan.

Gugur sekutu jadi calon, Umno dilihat cuba ‘sekat’ Ismail

Lynelle Tham

PETALING JAYA: Keputusan Barisan Nasional (BN) menggugurkan beberapa nama besar daripada barisan calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mendorong seorang penganalisis membuat spekulasi bahawa Umno cuba melemahkan pengaruh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Umno mungkin cuba membatasi Ismail dengan tidak mencalonkan beberapa sekutunya yang berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri dalam pentadbirannya.

Antara tokoh digugurkan termasuk Shahidan Kassim (Arau), Annuar Musa (Ketereh), Halimah Sadique (Kota Tinggi), Dr Adham Baba (Tenggara) dan Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar).

“Ini kuat mencadangkan bahawa beliau (Ismail) mungkin tidak dapat bertahan dalam politik atau menjadi perdana menteri jika Umno-BN menang PRU ini,” kata Oh kepada FMT.

Seorang lagi penganalisis, Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, pengecualian menteri dan timbalan menteri daripada barisan calon menjadi amaran kepada kritikan terbuka terhadap kepimpinan BN dan Umno.

Katanya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, bertindak terhadap mereka yang dilihat tidak mematuhi parti, mungkin cuba melenyapkan sebarang tanggapan mengenai kelemahannya.

Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia berkata, pengecualian lima tokoh itu menunjukkan penekanan kepada kesetiaan terhadap parti.

“Bagaimanapun, ini bukan ‘pembersihan’ sepenuhnya kerana Khairy Jamaluddin masih dicalonkan,” katanya.

Khairy akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh, yang dianggap antara kerusi paling sukar dimenangi calon BN.

Pada PRU14, R Sivarasa daripada Pakatan Harapan (PH) memenangi kerusi itu dengan majoriti lebih 26,000 undi.

Pulak dah!! Che Abdullah gagal dapat kelulusan Majlis Syura Ulama PAS

Malaysiakini

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Ahmad Yakob memberitahu penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi tidak dicalonkan kerana gagal mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama PAS.

Portal Sinar Harian memetiknya berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mengisytiharkan calon PRU15 PN Kelantan di Kota Bharu, malam semalam. Tiada maklumat lanjut berhubung keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu.

Terdahulu, media tempatan melaporkan desas-desus Che Abdullah bakal digugurkan daripada menjadi calon bagi mempertahankan parlimen tumpat yang dimenanginya.

Malaysiakini sebelum ini memetik sumber dalaman Umno melaporkan Che Abdullah akan menjadi calon yang 'disimpan' BN untuk dipertaruhkan susulan parti itu belum mengumumkan wakil mereka untuk bertanding di kerusi tersebut.

PAS menamakan Adun Demit, Mumtaz Md Nawi akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat.

Pada PRU14 lalu, Che Abdullah menang dengan majoriti 17,500 sekali gus menewaskan calon BN dan PKR.

Dia memperoleh undian sebanyak 47,041 undi, BN (29,541) dan PKR (10,003).

Sinar Harian juga memetik Ahmad Yakob sebagai berkata penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pula sukarela memberi laluan kepada calon muka baru.

"Tiada alasan, mungkin masa depan masih luas dan masa lebih panjang untuk melanjut pelajaran dan sebagainya," katanya.

Kerusi anak bekas mrsyidul am PAS itu akan diberikan kepada setiausaha politik kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman.

Pada PRU14, Nik Abduh menang di Bachok dengan 3, 292 undi mengalahkan calon Umno, Awang Adek Husin dan wakil Bersatu.

PKR namakan bekas setiausaha k'jaan negeri sebagai calon MB Perak

Ng Xiang Yi

PKR mempertaruhkan seorang bekas penjawat awam kanan di salah satu kerusi DUN yang akan ditandinginya di Perak - dan jika mereka menang, dia menjadi calon menteri besar Pakatan Harapan.

Malaysiakini difahamkan bahawa Zainal Azman Abu Seman, yang pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), akan bertanding di Kuala Sepetang.

Kawasan luar bandar majoriti Melayu itu dimenangi PKR pada pilihan raya umum 2008 dan 2013, tetapi kerusi itu dirampas semula oleh Umno pada pilihan raya 2018, dengan hanya majoriti 329 undi.

Sumber dari PKR mengesahkan Zainal akan menjadi calon MB PH jika gabungan itu memenangi perak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ini.

Zainal mempunyai sejarah perkhidmatan awam yang lama, termasuk pernah berkhidmat sebagai setiausaha kerajaan negeri Perak semasa pentadbiran PH, yang menjadikannya ideal untuk jawatan itu, kata sumber itu.

Dia adalah salah seorang daripada tujuh calon PRU15 berprofil tinggi yang diumumkan oleh presiden PKR Anwar Ibrahim pada Rabu lalu.

PKR Perak dijangka mengumumkan senarai calonnya untuk kerusi DUN di Ipoh pada jam 5 petang ini.

Zainal telah mengakitifkan akaun media sosialnya beberapa hari lalu dan menyiarkan gambar-gambar aktiviti terbarunya di Perak Utara.

Dalam catatan di Facebook semalam, bekas penjawat awam itu menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Adun di Perak dengan menawarkan pengalaman yang dimilikinya dalam sektor awam.

"Marilah bersama-sama memberi sokongan dan undi kepada Harapan pada kali ini,” kata Zainal.

Selain PH, BN sebelum ini menamakan menteri besar sementara Saarani Mohamad sebagai calon MB mereka. Perikatan Nasional masih belum menamakan calonnya untuk Perak.

PAS gugurkan Nik Abduh, Che Abdullah dari senarai calon PRU15

FMT Reporters

Bekas Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi digugurkan dalam senarai calon PRU15 Perikatan Nasional Kelantan.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat Che Abdullah Mat Nawi digugurkan dalam senarai calon Parlimen Perikatan Nasional (PN) Kelantan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Tempat Nik Abduh digantikan Setiausaha Politik Abdul Hadi Awang, Syahir Sulaiman manakala tempat Che Abdullah diisi oleh Mumtaz Mat Nawi.

PN Kelantan turut meletakkan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayshal Kamal bertanding di kerusi Parlimen Machang.


Berikut adalah calon Parlimen PRU15 PN Kelantan:


TUMPAT – Mumtaz Md Nawi

PENGKALAN CHEPA – Ahmad Marzuk bin Shaary

KOTA BHARU -Takiyuddin Hassan

PASIR MAS – Ahmad Fadhli Shaari

RANTAU PANJANG – Siti Zailah Mohd Yusoff

KUBANG KERIAN – Tuan Ibrahim bin Tuan Man

BACHOK – Mohd Syahir Che Sulaiman

KETEREH – Khlir Mohd Nor

TANAH MERAH – Ikmal Hisham Abdul Aziz

PASIR PUTEH – Nik Muhammad Zawawi Salleh

MACHANG – Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

JELI – Zahari Kechik

KUALA KRAI – Abdul Latiff Abdul Rahman

GUA MUSANG – Mohd Azizi bin Abu Naim

PAS mengekalkan beberapa muka lama antaranya Ahmad Marzuk Shaary (Pengkalan Chepa), Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian), Nik Zawawi Salleh (Pasir Puteh), Abdul Latif Abdul Rahman (Kuala Krai), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) dan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas).

Bersatu pula bertanding di lima kerusi.

Selain mempertaruhkan ketua Pemudanya, Bersatu turut mengekalkan penyandang penyandang Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz (yang sebelum ini menang atas tiket BN sebelum keluar parti), Khlir Mohd Nor (Ketereh),Zahari Kechik (Jeli) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Terdahulu, penyandang Parlimen Jeli Mustapha Mohamed mengumumkan tidak mempertahankan kerusi tersebut atas faktor kesihatan.