"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar tingkatan satu hamil disyaki angkara abang kandung

N Faizal Ghazali

Seorang pelajar tingkatan satu didapati hamil disyaki angkara perbuatan sumbang mahram oleh abang kandungnya sendiri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan DCP Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kes itu daripada doktor yang bertugas di Hospital Kajang, Selangor, kelmarin.

"Kira-kira jam 2.00 petang semalam pengadu (doktor) bertugas di bahagian kecemasan Hospital Kajang, Selangor, telah terima seorang pesakit perempuan (mangsa) yang mengadu sakit di bahagian perut.

"Semasa pemeriksaan ke atas mangsa dijalankan, doktor mendapati mangsa telah disahkan mengandung 26 minggu," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 13 tahun itu bersekolah di sebuah sekolah menengah, di Kota Bharu, di Kelantan.

"Mangsa menyatakan melakukan hubungan seks bersama abang kandungnya beberapa kali. Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

"Bertindak atas laporan dan maklumat yang diterima pihak polis berjaya menahan suspek di Kampung Beta Hulu Kadok, Kota Bharu, kira-kira jam 2.51 petang, semalam," kata Muhamad Zaki.

Jelasnya lagi, suspek berusia 21 tahun yang bekerja sebagai petani dan mempunyai rekod kesalahan lampau berkait kes dadah.

"Suspek didapati negatif ujian saringan air kencing dan direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan," jelasnya.

Sementara itu susulan peningkatan kes jenayah seksual di kalangan pelajar sekolah Muhamad Zaki berkata, pihaknya menyeru kepada golongan ibu bapa, ahli keluarga dan juga semua guru untuk memberikan perhatian keselamatan kepada anak-anak di persekitaran masing-masing serta mengambil cakna mengenai isu tersebut.

"Pihak polis juga menggesa masyarakat untuk memberikan kerjasama menyalurkan maklumat terhadap segala perlakuan dan kegiatan jenayah di negeri ini," tegasnya.

Anak Zahid Hamidi ‘meletup’ jadi bualan warganet

FAZLI RADZI

Anak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah hari ini ‘meletup’ jadi bualan warganet di Twitter ekoran pandangannya mengenai wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin.

Dalam masa sama, pengucapan bahasa Inggeris wanita yang pernah beberapa kali mengundang kontroversi umum itu juga dikecam kerana dianggap ‘ke laut’.

Antaranya, dia juga terpalit dengan kes remaja Sindrom Down, Bella dan menepis dakwaan bahawa keluarganya melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Kali ini, Nurulhidayah menarik perhatian netizen sehingga namanya sohor kini di Twitter dengan lebih 4,000 ciapan setakat pukul 4 petang tadi.

Namanya disebut orang ramai ekoran komentar anak Presiden Umno itu dalam program ‘Politically Frank’ terbitan berbahasa Inggeris, Sinar Daily.

Susulan pendapatnya bahawa “women are not born to be leaders”, beberapa parti politik juga tampil memberi reaksi termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Menurut Pengerusi Biro Keluarga & Gen MUDA, Ainie Haziqah kenyataan Nurulhidayah itu merendahkan martabat wanita apa lagi datang daripada seorang wanita yang juga ibu dan mempunyai anak perempuan.

Ainie juga menyifatkan pendapat tidak bertanggungjawab dan dangkal itu seolah-olah memberi isyarat bahawa wanita masih tidak diiktiraf menjadi pemimpin di negara ini selepas sekian lama wanita di negara ini didiskriminasi daripada segi kesamarataan gaji, pendidikan, isu rumah tangga, kebebasan bersuara dalam politik dan banyak lagi.

Reaksi lebih tajam lagi tentunya daripada warga Twitter. Bagi @nursyahirahoo, dia mengakui terhibur bercampur tertekan menonton sedutan rakaman video berdurasi 24 saat yang menunjukkan Nurulhidayah sedang bertutur dalam bahasa Inggeris itu.

“Saya tengok video tu dua, tiga kali rasa stres tapi terhibur. Tak boleh brain level English dia tu. Sekolah rendah kids can do better, sorry not sorry,” katanya.

Sementara itu, @stargenx pula secara menyindir memberi ‘jawapan’ mengapa anak Zahid yang juga Pengarah Eksekutif Menara Rezeki Sdn. Bhd. itu tidak disukai semua orang.

“Kenapa semua orang benci pada Nurul Zahid? She is pure comedy. Saya tonton semula video itu 10 kali dan ia masih kelakar,” katanya.

Berikut lagi antara deretan kecaman dan sindiran terhadap anak Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu:

Dr Dzulkefly Ahmad tak mahu bertanding PRU15

2 penggal sudah cukup, tiba masanya beri ruang kepada pemimpin muda, kata Dr Dzul

MALAYSIA DATELINE

Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan dua penggal memegang kerusi Parlimen Kuala Selangor sudah cukup baginya dan mahu memberi ruang kepada pemimpin muda pada PRU15 ini.

Beliau yang juga Pengarah Strategik AMANAH berkata keputusannya itu sudah dimaklumkan kepada pimpinan parti.

“Saya sudah dua penggal di Parlimen dan 22 bulan sebagai menteri. Saya harap saya boleh lakukan lebih banyak lagi.

“Setakat ini apa yang saya bimbang ia sudah selesai. Ia sudah pun berakhir.

2 penggal sudah cukup, tiba masanya beri ruang kepada pemimpin muda, kata Dr Dzul

Dr Dzulkefly sebagai Menteri Kesihatan ketika pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan

“Dalam kes ini ia akan memberikan perubahan kepimpinan yang konsisten dan berterusan serta inilah yang hilang dalam politik Malaysia,”katanya seperti dipetik The Malaysian Insight.

Menurut Dr Dzul selepas ini beliau ingin memainkan peranan lebih penting dalam membentuk pemimpin muda di Malaysia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming turut membuat keputsan juga tidak hasrat untuk kerusinya pada PRU akan datang.

Dr Dzul mula menjadi ahli parlimen setelah menang di Kuala Selangor pada PRU 2008. Dia kemudian tewas di tangan calon BN Irmohizam Ibrahim pada PRU dengan perbezaan 460 undi sebelum kembali merampas semula kerusi itu pada PRU14 lalu dengan majoriti.

Dia turut dilantik menjadi menteri kesihatan sehingga kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020

Pemain bola sepak ditahan bantu siasatan kes rogol remaja perempuan

Bernama

Polis menahan seorang pemain bola sepak liga tempatan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan, di Kota Bharu Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan suspek berusia 28 tahun itu, dibuat di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di situ malam Ahad lalu, selepas mangsa berusia 18 tahun membuat laporan.

“Mengikut laporan yang diterima, mangsa yang juga jurujual kain dan tudung mendakwa pada kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia berada di rumah dan hendak membuang sampah, suspek yang dikenalinya telah menolak dan mengheretnya ke katil biliknya.

“Mangsa cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga mangsa berada di rumah. Mangsa mendakwa telah dirogol tanpa kerelaaannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Cinta & Air Mata' peringkat Zon Kelantan - Terengganu 2022 di PCB Resort, di situ hari ini.

Muhamad Zaki suspek direman empat hari bermula semalam hingga Khamis.

“Kes akan disiasat mengikut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Bernama

Buang masa saja Mahiaddin cuba berusaha nak jadi PM sekali lagi

ARIF ATAN

Nampaknya keinginan dan rasa ghairah Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin untuk kembali jadi Perdana Menteri buat kali kedua bukan lagi suatu perkara main-main.

Sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau telah didatangi oleh Mahiaddin yang bertujuan meminta sokongan daripadanya untuk berkuasa semula.

Kata bekas Ketua Menteri Sabah itu, Mahiaddin meminta sokongan daripadanya sambil mendakwa sudah dianya sudah berjumpa dengan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim serta telah memiliki 119 dokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen.

Dengan Tun Mahathir dan Shafie secara terbuka memberi pengesahan didekati Mahiaddin, sukat dilihat mereka itu tidak bercakap benar atau mereka-reka cerita.

Yang jelas, keghairahan Mahiaddin untuk merampas kembali jawatan Perdana Menteri yang sebelum ini dilepaskannya tidak ubah seperti seorang duda yang ingin berbini lagi setelah tertelan sebiji viagra.

Apakah Mahiaddin tidak mengukur baju di badannya sendiri? Tidak sedarkah beliau bahawa dirinya adalah Perdana Menteri yang gagal dan telah dijatuhkan sebelum ini?

Apa yang boleh diharapkan daripada seorang yang gagal jika diangkat semula mengetuai negara?

Yang peliknya, jika benar Mahiaddin sudah ada 119 Ahli Parlimen menyokongnya, nak tunggu apa lagi?

Atas munasabah apakah Ismail Sabri Yaakob yang merupakan pilihan Mahiaddin sendiri untuk menggantikannya, tapi kini mahu dijatuhkan pula?

Sebenarnya jangankan ikut logik akal, guna hukum rimba pun tidak mungkin singa yang telah gagal mahu diangkat semula sebagai ketua untuk menjaga hutan belantara.

Selain itu, turut sukar untuk dipercayai ialah dakwaan Mahiaddin kepada Shafie bahawa Anwar telah menyatakan kesediaan memberi sokongan kepadanya untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Gila ke Anwar yang patut lebih layak dan belum merasa jadi Perdana Menteri tiba-tiba setuju memberi laluan kepada Mahiaddin yang telah terbukti gagal untuk kembali menguasai Putrajaya sekali lagi?

Lainlah jika Mahiaddin yang sedia memberi sokongan bagi pihak PN dan Bersatu kepada Anwar jadi Perdana Menteri?

Apa pun, sebelum Mahiaddin terus mahu bermimpi dan mengghairahkan dirinya untuk cuba kembali sebagai Perdana Menteri, ada baiknya beliau hentikan saja kerja sia-sia itu.

Terlalu sukar dan mustahil usahanya itu akan beroleh kejayaan.

Tidak ada sesiapa yang sedia memberi sokongan kepada pemimpin yang telah terbukti gagal untuk kembali dan memungkinkan kegagalan berulang serta menyusahkan rakyat sekali lagi.

Sama seperti Najib Razak yang dianggap telah membawa banyak kerosakan kepada negara dan ingin kembali semula sebagai Perdana Menteri, beliau dan Mahiaddin adalah dua sosok yang tidak diperlukan lagi untuk masa depan negara ini.

Selepas merasa jadi Perdana Menteri, kedua-dua mereka lebih wajar bersara dan memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih muda daripada parti masing-masing untuk meneroka pendakian kuasa yang seterusnya.

Rakyat pun nak lihat juga pemimpin lain pula jadi Perdana Menteri, bukan asyik-asyik mereka saja.

Jadikan kipas sebagai makmum jelas menghina agama

Mufti beri teguran keras, trend jadikan kipas sebagai makmum boleh dianggap murtad

SITI NUR ZAWANI MISCON

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor tampil memberi teguran keras kepada golongan remaja yang cuba mengikuti trend menunaikan solat fardhu tetapi dimakmumkan oleh kipas.

Beliau berkata perbuatan mereka itu jelas menunjukkan sengaja mempersendakan dan tidak menghormati agama Islam, selain menunjukkan mereka jahil tentang agama.

Sebelum ini tular di aplikasi TikTok memaparkan tindakan remaja berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam. Mereka juga berlakon bersalaman dengan imam atau makmum selepas selesai menunaikan solat

“Pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya, saya harap pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak selaras dengan hasil siasatan.

“Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata sebenarnya perbuatan itu juga satu penghinaan terhadap agama dan mempersendakan Islam yang jelas berdosa besar serta boleh merosakkan akidah seseorang.

Wan Salim berkata jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.

“Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim,” katanya.

UMNO kecut dan terkejut apabila Rafizi menang

Kemenangan Rafizi isyarat ahli PKR, Anwar bukan lagi ‘poster boy’?

NASUHA RAHMAN

Ahli Majlis Tertinggi Umno menyifatkan kemenangan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR amat mengejutkan sekaligus memberi isyarat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi sebagai ‘poster boy’

Dr Puad Zarkashi yang juga Speaker DUN Johor berkata selain itu kemenangan Rafizi juga satu tekanan kepada Anwar supaya bersara lebih awal.

“Pengaruh Anwar merosot luar dan dalam. Majoriti ahli PKR memberi signal, Anwar bukan lagi poster boy atau calon PM yang boleh diharap,” katanya.

Apatah lagi katanya, ramai pemimpin pro Anwar tewas di peringkat cabang

“Saifuddin ada substance. Tetapi kesetiaan pada parti ketika susah dan senang tidak dapat membantunya untuk menang. Putar alam macam Rafizi lebih diterima.

“Tiada jaminan PKR adalah parti reformasi,”ujarnya.

Kemenangan Rafizi isyarat ahli PKR, Anwar bukan lagi 'poster boy'?

Beliau percaya Ggandingan baru Anwar-Rafizi mengekalkan PKR sebagai parti retorik kerana kedua-duanya merupakan ‘pakar persepsi’.

“Mereka berdua memang sebati,” kata Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit.

Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menang bergaya pada pemilihan parti itu semalam, di mana meraih hasil kutipan undi tertinggi di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Beliau menang dengan lebih 66,000 undi dengan pesaingnya Saifuddin Nasution yang mendapat 48,000 undi.

Kekasih Syafie Tee mengaku pondan

KOSMO!

SEJAK awal minggu lalu kecoh dalam laman sosial tentang video tular yang mendakwa pelakon muda, Syafi Tee yang juga anak kepada penceramah terkenal, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah bercium sakan dengan seorang wanita.

Selepas tular isu panas itu, timbul pula dakwaan kononnya mengatakan bahawa wanita yang dicium pelakon itu bukanlah seorang wanita tulen, sebaliknya seorang mak nyah atau pondan, atau dengan kata lain, wanita berloceng

Perkara itu didedahkan seorang pengguna Twitter yang berkongsi tangkap layar profil wanita tersebut. Ternyata dalam ruangan komen, wanita itu sendiri mendedahkan dirinya merupakan seorang transgender. Maksudnya apa, adakah Syafie Tee mempunyai nafsu songsang?

Dalam laman Twitter juga, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan menyuarakan rasa terkejut. Malah ada yang berpendapat wanita ini sengaja menukar status dirinya untuk mencetuskan kontroversi bagi menghangatkan bara sensasi.

Walau bagaimanapun, kesahihan video yang tular ini masih belum mendapat pengesahan dari mana-mana pihak.

Malah, Syafi pun sehingga kini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan walaupun namanya sedang hangat diperkatakan.

Diva tidak tahu hendak cakap apa, mampu tepuk dahi sahajalah.

DIVA: Jangan terkejut kalau esok lusa orang samakan pengacara Sherry Alhadad dengan Tyra Banks sebab semakin hari semakin langsing!