"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kuil Yahudi disewakan untuk Solat Taraweh

Berita ini saya ambil dari forum utaraonline



Setelah mendengar keluhan beberapa jawatankuasa Masjid Virginia tentang ruang yang semakin tidak mencukupi untuk bulan Ramadhan, Rabbi Robert Nosanchuk telah mengemukakan cadangan kepada jemaah Masjid Virginia agar menggunakan synagogue (kuil Yahudi) sebagai masjid.


Pertambahan umat Islam di Virginia, Amerika Syarikat dan ruang masjid yang amat terhad telah mendorong Imam Masjid Virginia iaitu Syeikh Mohamed Magid dan ahli jawatankuasanya bersetuju menerima pelawaan Rabbi Robert agar dapat bersolat jemaah di bangunan Northern Virginia Hebrew Congregation.

Rabbi Robert berpendapat Ramadhan adalah bulan yang mulia bagi umat Islam dan di dalam bulan ini jugalah jumlah pengunjung masjid yang datang beribadat meningkat dengan ketara. Ruang yang terhad di masjid asal mungkin sudah tidak selesa untuk beribadat, jadi mereka memberi inisiatif untuk membantu jemaah masjid Virginia di dalam bulan Ramadhan ini.

(Gambar) Imam Mohamed Magid (kanan) menerima lawatan Syeikh Ibrahim Muhammad al-Batawy dari Mesir untuk kuliah pembentangan kitab Ihya Ulumuddin pada Disember 2005.

Menurut Imam Mohamed Magid lagi, masyarakat sering melihat Yahudi-Islam sentiasa berkonflik khususnya di Amerika Syarikat. Mereka mengharapkan cadangan ini boleh mengubah persepsi tentang konflik tersebut khususnya golongan pemimpin-pemimpin politik yang bersifat rasisme.

Hubungan yang baik di antara masyarakat Yahudi-Islam kemungkinan akan menyukarkan pihak-pihak berfahaman rasis ini mengambil kesempatan untuk menabur jarum-jarum perpecahan.

Tahun 2009 ini adalah tahun pertama Masjid Virginia menyewa sebahagian ruang dari synagogue untuk melakukan solat tarawih. Para jemaah masjid mengumpul wang sendiri untuk membayar sewa ruang sembahyang tersebut yang dikenakan USD300 sehari. Solat terawih di Masjid Virginia itu berlangsung antara pukul 9.00 hingga 10.45 malam.

Kesefahaman antara komuniti Masjid Virginia dan synagogue-synagogue kemungkinan akan diperluaskan lagi apabila kedua-dua komuniti tersebut bersetuju untuk menubuhkan satu yayasan persefahaman yang akan membuat lawatan rasmi ke Timur Tengah tidak lama lagi.

Umar Al-Khattab bersolat di Gereja

Di dalam kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, terbitan Darul Ibnu Hazim, ada dijelaskan tentang kisah Saidina Umat Al-Khattab bersembahyang di gereja di Baitulmaqdis.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa umat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.


(Kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’)

Persoalan persefahaman antara umat Yahudi-Islam juga bukanlah perkara baru. Di Palestin sendiri, sebelum kedatangan imigran Yahudi Eropah dan pengaruh Zionis, Arab Judais dan Arab Muslim hidup aman dan damai serta sering membantu di antara satu sama lain. Dasar Zionis yang mengamalkan pecah dan perintah (divide & conquer) telah mengubah situasi aman tersebut kepada suasana rasisme yang kronik.

Tambahan pula tahun ini, umat Yahudi beragama Judais akan menyambut sambutan Rosh Hashanah (Tahun baru) pada 21 September 2009 (Isnin). Manakala umat Islam pula akan menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September 2009 (Ahad).

Tempoh puasa yang tamat sebelum perayaan tahun baru Judais ini sudah pasti satu hikmah besar dari Allah dalam membantu perjuangan umat Islam di Virginia meneruskan ibadah solat tarawih walaupun terpaksa membayar wang untuk melakukan ibadat tersebut.






Syawal pilu

Mohamad Hussin dan Omar Osman


ALOR STAR: “Sambutan Aidlifitri tahun ini sudah tidak bermakna kerana ibu bapa dan dua kakak sudah tiada.

“Semua persiapan menyambut Syawal yang disediakan ibu sejak awal Ramadan, termasuk membeli baju raya akan menjadi kenangan selama-selamanya,” kata Aiman Syafiqah, 14, anak kelima pasangan suami isteri, Yusof Ahmad, 53, dan Hasnah Hamzah, 52, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 94.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Gurun di sini, semalam.

Turut terbunuh dua anak mereka, Hazwani Izati, 23, dan Hafizatul Halimi, 20.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Perodua Myvi yang dinaiki empat beranak itu terbakar dan meletup selepas merempuh lori kontena yang terbalik dan melintang jalan di lebuh raya berkenaan.

Kemalangan itu turut membabitkan sebuah Perodua ViVA dan Naza Citra. Kedua-dua pemandu kenderaan itu turut cedera parah selepas merempuh lori kontena berkenaan.

Aiman Syafiqah berkata, tiada yang paling menyedihkan melainkan orang yang paling disayangi pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya, menjelang kehadiran Syawal.

“Saya tidak tahu kenapa begitu teringin mengikut mereka ke Pulau Pinang pagi tadi (semalam) untuk menemani ayah menjalani rawatan susulan penyakit ketumbuhan di perutnya di sebuah hospital di sana.

“Selepas bersahur bersama pagi tadi (semalam), ayah, ibu dan dua kakak bersiap untuk ke Pulau Pinang kira-kira jam 5.30 pagi.

“Saya dan adik merayu mahu mengikut ayah, namun ayah melarang sebelum meminta kami menjaga rumah dan berjanji pulang awal.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi dua anggota polis datang ke rumah, memaklumkan mengenai kecelakaan yang mengorbankan empat anggota keluarga saya. Saya dan adik menangis berpelukan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Nuri di sini, semalam.

Anak bongsu pasangan itu, Aiman Najwa, 10, yang berada di sisi kakaknya tidak henti-henti menitiskan air mata mengenangkan pemergiaan ibu bapa dan dua kakaknya dalam sekelip mata, apatah lagi ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.

Pasangan terbabit meninggalkan empat anak perempuan iaitu Farah Yuziana, 29, dan Farah Wahida, 25, Aiman Syafiqah dan Aiman Najwa. Dua lagi kakak mereka iaitu Farah Yuziana dan Farah Wahida tidak tinggal bersama keluarga kerana masing-masing bekerja di Putrajaya dan Teluk Intan, Perak.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga mangsa di Taman Nuri di sini, yang dikunjungi sanak saudara serta jiran tetangga sebaik menerima berita mengenai kematian empat sekeluarga itu.

Difahamkan, jenazah empat beranak itu akan dibawa pulang ke kampung Hasnah di Malau, Jitra, untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di sana.
-hmetro.com.my-

Insiden anak Raja dipukul anak Raja: Dimanakah Tun Perak?

Roslan sms
Saya ingat kerja-kerja memukul orang ini hanya berlaku dikalangan samseng, pihak berkuasa pun ada dilaporkan memukul, membelasah dan menerajang orang. Di Batu Buruk, Terengganu sampai menembak orang. Tetapi rupa-rupanya golongan bangsawan pun ada juga begitu dan tidak terkecuali.

Berita terkini di MStar dan The Star Online melaporkan darihal aduan Tunku Nadzimuddin cucu kepada almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Jaafar, bahawa beliau pernah dipukul oleh seorang kerabat di Raja Johor sehingga berdarah. Laporan polis telah dibuat dan insiden berlaku kira-kira setahun lalu namun samapi kini tiada tindakan diambil terhadap anak Raja berkenaan.

Dalam laporan yang diberikan itu disebut bahawa anak Raja Johor itu adalah Raja Muda Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid atau Tunku Majid.

Memanglah perkara ini perlu disiasat dan seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah didapati bersalah. Cumanya kalau ditinjau kedudukan anak Raja berkenaan iaitu Raja Muda Johor, bermakna beliau ada hak untuk mewarisi takhta Johor. Tidakkah itu menakutkan?

Teringat saya kisah sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Kisah anak Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak iaitu Tun Besar yang mati ditikam oleh anakanda Sultan Mansur Shah iaitu Raja Muhammad. Tun Besar mati ditikam angkara marahnya Raja Muhammad apabila secara tidak sengaja bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena kepala Raja Muhammad lalu terjatuh dastarnya. Raja Muhammad kebetulan menunggang kuda ditempat kejadian.

Apa kata Bendehara Tun Perak apabila anak-anak muda Melaka mahu bangkit menuntut bela kematian Tun Besar:

Hai!Hai! Hendak derhakakah kamu sekalian? Hendak derhakakah? Ceh! Kamu sekalian! Ceh! Kerana tiada adat; hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi janganlah kita bertuankan anak Raja seorang ini

Walaupun Raja Muhammad tidak dihukum balas namun dari kenyataan Bendahara Tun Perak itu segera Sultan Mansur menitahkan agar anakandanya keluar dari bumi Melaka dan tidaklah Raja Muhammad layak mewarisi takhta kesultanan Melaka. Kerana insiden itu Tun Perak diberikan gelaran Pelantik Raja.

Mungkin dalam kes Johor tentang Negeri Sembilan ini kita perlukan seorang Tun Perak. Dimanakah Tun Perak?

Jual tubuh demi baju baru 7 anak

Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri.

Ibu terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain.

Aktiviti ibu berkenaan dibongkar wartawan Harian Metro yang membuat tinjauan ke sebuah rumah pelacuran di Jalan Thamby Pillay, Jalan Brickfields di sini dan menemuinya yang menawarkan seks pada caj RM40 untuk sekali perkhidmatan.

Selepas dipujuk dan dibayar sejumlah wang, ibu terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Mek, 43, bersetuju mendedahkan kepayahan hidupnya hingga terpaksa menjadi pelacur pada bulan Ramadan.

Menurutnya, dia terdesak untuk membesarkan tujuh anak berusia empat hingga 18 tahun selepas ditinggalkan suami yang juga seorang penagih dadah tegar.

“Suami saya sudah kerap ditangkap polis dan disumbat ke pusat pemulihan hingga saya lali, malah tidak ingat berapa kali dia dihantar ke sana.

“Kali terakhir selepas dibebaskan dari pusat pemulihan di Kuala Lipis, Pahang, Januari tahun lalu, dia hanya insaf sebulan di rumah sebelum kembali terjebak atas hasutan kawan-kawan lamanya,” katanya yang berkahwin pada usia 18 tahun.

Menurutnya, kehidupan suaminya itu menyebabkan dia dan anak-anak terabai.

“Hidup saya susah dan banyak bergantung belas ihsan keluarga, selain hasil pajakan seekar dusun buah-buahan.

“Kesempitan hidup saya menjerut perasaan dan diri saya selepas dipujuk rakan lama sekolah supaya berhijrah ke ibu kota untuk menjalankan kegiatan pelacuran dengan dijanjikan pendapatan lumayan,” katanya.

Mek berkata, walaupun mulanya malu, namun dia menebalkan muka demi memastikan nasib anak-anaknya yang ditinggalkan sementara bersama ibu bapanya tidak terus sengsara.

“Walaupun mulanya, Ila (rakannya) memberitahu pekerjaannya sebagai GRO atau teman minum pengunjung kelab dangdut di Chow Kit, namun saya sebaliknya dibawa ke sebuah rumah tumpangan di Brickfields.

“Di situ, saya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang juga ‘bapa ayam’ sebelum ditawarkan ‘kerja’ pelacur dengan pendapatan RM20 bagi setiap pelanggan. Lelaki itu menerima komisen RM20 bagi sewa bilik yang saya gunakan,” katanya.

Menurutnya, walaupun pada mulanya dia ‘segan’ untuk menawarkan khidmat seks ‘pakej’, namun dia berubah fikiran apabila mendapati kerjaya barunya itu amat mudah dan tidak memenatkan.

“Sebelum bertolak ke ibu kota, tiga minggu lalu, saya menipu keluarga dan anak-anak kononnya ingin membantu rakan berniaga tudung sempena Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

“Kerja saya bermula jam 9 pagi dan tamat jam 10 atau 11 malam. Dalam tempoh berkenaan saya memperoleh tidak kurang 10 pelanggan. Jika ditolak komisen, saya mengutip RM200 sehari,” katanya yang mendakwa turut ditemani lima rakan lain.

Katanya, dia diberikan kondom dan buku nota kecil oleh bapa ayam yang digunakan bagi menanda jumlah pelanggan diperoleh setiap hari sebelum pendapatannya itu dibayar serentak setiap hujung minggu.

“Setakat semalam, saya mengutip lebih RM5,400 dan separuh sudah saya kirimkan ke kampung halaman untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

“Malah, saya menggunakan cuti Ahad lalu untuk membelikan baju Melayu, songkok dan baju kurung untuk tujuh anak saya,” katanya.

Ditanya, sama ada dia sedar wang digunakan terbabit haram di sisi Islam, Mek memberi alasan dia tidak mempunyai pilihan lain apatah lagi dengan tahap pendidikannya yang rendah.

“Biar dosa ini ditanggung saya. Lagipun saya melakukan kerja ini hanya untuk sebulan sebelum kembali semula ke kampung di Pahang untuk menyambut hari raya bersama anak-anak.

“Lebih penting, anak saya tidak berlapar dan mampu tersenyum dan memakai baju baru di pagi raya. Jika keadaan masih tidak berubah dan saya masih gagal mendapat kerja tetap selepas ini...ada kemungkinan saya akan kembali semula ke sini,” katanya tanpa rasa kesal pada riak wajahnya.
-hmetro.com.my-
[Ustazah Mashitah pasti boleh mengulas]

Siap sedia awal hadapi Bagan Pinang

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta seluruh jentera pilihan raya parti itu bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang pada 11 Oktober ini meskipun masih dalam suasana sambutan Hari Raya Aidifitri.

Beliau berkata, jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS harus mengambil perhatian serius mengenai pilihan raya itu dengan turun lebih awal ke lokasi untuk bertemu dengan para pemilih.

"Saya harap PAS setiap negeri dapat menghantar jentera pilihan raya secepat mungkin untuk persediaan gerak kerja walaupun mungkin masing-masing masih dalam mood raya, " katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut menyeru seluruh penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara agar turut membantu PAS untuk memenangi pilihanraya kecil kali ini.

"Saya sangat berharap agar seluruh rakyat yang menyokong Pakatan agar menunjukkan satu kesepakatan dalam menghadapi pilihan raya kecil kali ini," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 3 Oktober sebagai hari penamaan calon manakala hari membuang undi pada 11 Oktober iaitu pada hari Ahad, berbeza dengan pilihan raya kecil sebelum ini yang diadakan pada hari bekerja.

Sehubungan itu tegasnya, tiada alasan untuk para penyokong dan pengundi Pakatan Rakyat untuk tidak terlibat dengan gerak kerja kempen atau pulang mengundi memandangkan kedua-dua tarikh penamaan calon dan pembuangan undi jatuh pada hari cuti.

Sementara itu, beliau yang juga pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat kesal dengan keputusan kerajaan yang hanya memberi bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam kumpulan sokongan, dan dibayar dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan selebihnya pada Disember nanti.

Sambil menyifatkan pemberian bantuan khas itu sebagai tidak setimpal dengan titik peluh penjawat awam, beliau berkata, kerajaan seharusnya mencontohi kerajaan Pakatan Selangor dan Kedah yang memberikan bantuan khas itu secara sekaligus sebelum Aidilfitri.

Kerajaan Selangor memperuntukan hampir RM4.38 juta bagi bantuan khas kewangan pada tahun ini kepada seluruh kakitangan perkhidmatan awam kumpulan sokongan di negeri itu.

Manakala Kedah pula memperuntukkan RM2.65 juta untuk bayaran bonus berkenaan, RM2.47 juta kepada kakitangan berjawatan tetap dan selebihnya kepada kakitangan kontrak, sementara dan sambilan

"Bagi saya keputusan kerajaan dalam pemberian bantuan khas ini sangat mengecewakan. Sudahlah hanya sebanyak RM500 yang diberi. Itu pun dibayar separuh-separuh. Ini menunjukkan kerajaan hadapi masalah kekurangan wang tunai," ujar Mahfuz.

Keputusan kerajaan itu juga kata Mahfuz tidak membantu meringankan beban rakyat apatah lagi rakyat sedang berdepan dengan kenaikan harga barang keperluan khususnya menjelang musim perayaan ini.

Kerajaan juga dilihat masih berpihak kepada golongan usahawan dan peniaga apabila gagal mengawal kenaikan harga barang sehingga menyebabkan pengguna menjadi mangsa.

"Sudahlah gagal kawal kenaikan haga barang, bonus pun tak boleh bagi kepada semua kakitangan awam. Ini langsung tak selari dengan slogan '1Malaysia Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan,'" tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat agar bijak mengawal perbelanjaan ketika ini dan mengamalkan kesederhanaan dalam persiapan yang dilakukan.

Kepada mereka yang tinggal di bandar-bandar dan ingin pulang menyambut Aidilfitri di kampung, beliau berpesan agar berhati-hati ketika memandu dan memastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan yang selamat bagi mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

"Pesan saya kepada sesiapa yang nak balik kampung, pastikan rumah dikunci dengan sempurna, dan minta tolong jiran tengok-tengokkan rumah sepanjang peninggalan," pesan Mahfuz.

Selain itu, beliau juga berharap amalan rumah terbuka yang diadakan dapat dijadikan sebagai tempat untuk menjalinkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dan sahabat handai.

"Kalau buat rumah terbuka, manfaatkan ia sebagai ruang untuk saling mengenali dan merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain," katanya.

UBN Najib Altantuya: Undi pos nafi hak demokratik tentera

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 19 Sept: Dolak-dalik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertahankan kaedah undi pos yang begitu dipertikaikan jelas membuktikan bahawa kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional tidak menghormati hak demokratik rakyat negara ini khususnya mereka yang menjadi pengundi pos, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Di satu sisi, (Timbalan Menteri Pertahanan Datuk) Dr Abdul Latiff (Ahmad) berkata parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi.

"Di sisi yang lain pula, SPR tidak jemu-jemu berdolak-dalik mempertahankan kaedah undi pos yang dipertikaikan.

"Kesemua itu hakikatnya memperlekeh-lekeh dan menafikan hak demokratik para pengundi pos terutama angkatan tentera," kata beliau.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang itu juga menyifatkan kenyataan Abdul Latiff menginjak-injak status angkatan tentera dan menjadikan mereka warganegara kelas bawah apabila menyatakan tentera hanya boleh berpolitik selepas bersara.

"Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik. Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah," timbalan menteri pertahanan itu dipetik sebagai berkata.

Salahuddin melihat kenyataan tersebut bertujuan menafikan hak demokratik tentera untuk mendapatkan penjelasan yang saksama dari semua parti politik yang bertanding.

"Kita bukan hendak mengajak tentera berparti politik. Kita hanya menuntut hak demokratik mereka untuk mendengar penjelasan yang saksama daripada semua parti yang bertanding sebelum mereka mengundi," kata beliau.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Abdul Latiff itu sebagai satu lagi kenyataan borosnya setelah terkenal dengan kontroversi kenyataannya yang mendakwa para doktor "diberi lesen untuk membunuh" sehingga menyebabkan presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Khoo Kah Lin menuntut penjelasan.

Salahuddin melahirkan keyakinan bahawa menuntut supaya diberikan hak demokratik pengundi-pengundi pos bukanlah tuntutan yang melampau.

"Kenapa BN takut sangat? Apa yang disembunyikan sebenarnya?" soal Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau juga hairan apabila SPR bertanya mengapa baru sekarang Pakatan Rakyat (PR) mempertikaikan undi pos.

"Apa yang (Timbalan Pengerusi SPR, Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) cakap?

"Dia berada di alam mana ketika kita menggerakkan perhimpunan raksaksa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ketika menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada 10 November 2007 yang antara lain menuntut pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara?"

Salahuddin juga membayangkan PAS sedang mengatur beberapa tindakan susulan untuk memastikan hak demokratik pengundi-pengundi pos tidak diperlekeh-lekeh dan dinafikan.

"BN berhak untuk mempertahankan kuasanya dan juga mempertahankan kemenangannya di Bagan Pinang dalam pilihan raya umum lalu.

"Tetapi jangan memperalatkan undi pos untuk melakukan penipuan undi. Kuasa rakyat pasti akan menghukum gerombolan yang menipu untuk meneruskan cengkaman kuasanya," beliau mengingatkan.

Bagaimanapun, Salahuddin juga gembira jika BN menyangka rakyat tidak mengesyaki undi pos diperalatkan untuk melakukan penipuan pilihan raya.

"Baguslah jika BN fikir rakyat tidak mengesyaki apa-apa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri mohd Najib Razak mendapat majoriti 22,922 undi di Pekan dalam pilihan raya 2004, antaranya setelah Kem Tentera Batu 10 Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan sedangkan dalam pilihan raya 1999, beliau menang dengan majoriti hanya 241 undi sahaja," kata beliau.

PAS, tegas beliau, tetap menolak penggunaan Borang Lampiran 2 atau borang identiti pengundi pos, di samping menuntut wakil-wakil calon PAS diberi hak untuk menyaksikan proses pengundian undi pos, mengiringi perjalanan kotak undi pos serta bersama-sama mengawalnya sepanjang tempoh sebelum dikira.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan, PAS tetap meragui undi pos dan menggesa SPR membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada 13,664 orang yang layak mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, seramai 4,604 adalah pengundi pos.

Dari Shah Alam ke Kulim: Respon Buat YB Zul Nordin / UBN Najib Altantuya

YB KHALID SAMAD
Baru kini saya berkesempatan membaca tulisan YB Zul Nordin berhubung isu pemindahan kuil Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang juga telah dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia. Saya dapati tulisan dan anlisa beliau terhadap isu ini begitu lemah dan tidak profesional sama sekali. Sebagai seorang peguam dan Ahli Parlimen, beliau sepatutnya lebih teliti dan bertanggung jawab dalam tulisan beliau. Faktanya kesemuanya tidak tepat dan tuduhan yang dilemparkan tidak berasas. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan kekeliruan, adalah wajar bagi saya menjelaskan isu sebenar untuk makluman beliau dan mereka yang bersependapat dengan beliau.

Pada mulanya YB Zul menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan tindakan ‘demonstrasi kepala lembu’. Beliau secara jelas menyatakan ianya “tidak dihalalkan, malahan ditegah oleh Al-Quran”. Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan kelakuan liar segelintir yang hadir sesi dialog dengan MB, yang katanya “seperti dirasuk syaitan kehaiwanan, mengugut dan memaki hamun”.

Pada awalnya tulisan beliau kelihatan waras dan wajar.

Namun apabila terus membaca tulisannya, didapati beliau membela mereka dan menyalahkan pula kerajaan Negeri Selangor yang katanya ‘menceroboh’ tanah di Seksyen 23. Ummat Islam dikatakan sebagai ummat yang ditindas di bumi sendiri. Akhirnya amat jelas pendirian beliau adalah menyebelahi pihak segelintir penduduk tersebut dan sokongan beliau terhadap tindakan mereka sebenarnya mendedahkan pendekatan beliau sendiri terhadap orang bukan Islam.

Adakah Ahli PAS Terlibat?
Sebelum mengupas tulisan beliau dalam soal ini dan mendedahkan kesilapan dan prejudis beliau sendiri, biarlah saya nyatakan di sini bahawa dakwaan kononnya ada seorang ahli PKR dan 4 ahli PAS yang terlibat di dalam demo tersebut hanya merupakan dakwaan semata-mata. Hingga ke hari ini tiada apa-apa bukti dikemukakan. Saya telah mencabar Hishamuddin untuk mengemukakan bukti dan sekiranya benar saya akan mendesak PAS supaya memecat mereka. Ini adalah kerana tindakan mereka seperti yang ditegaskan oleh YB Zul adalah “tidak dihalalkan dan ditegah oleh Al-Quran”.

Namun hingga ke hari ini, tiada apa-apa yang dikemukakan sebagai bukti. Amat pelik apabila YB Zul menzahirkan keyakinan dengan begitu padu terhadap laporan akhbar yang dikuasai BN.

Begitu juga dengan kenyataan YB Zul “ternyata mereka bersatu dalam aqidah walau berbeza dari segi wadah”. Bunyi betul-betul macam UMNO yang sedang gilakan perpaduan dengan PAS. Betul ke tiada perbezaan ‘akidah’ di antara PAS, UMNO dan PKR? Yang berbeza hanya wadah? Kalau begitu patutlah ada yang meminta kita bersatu supaya perbezaan itu selesai kerana yang berbeza hanya wadah. Nampak gaya selama ini YB Zul sendiri tidak faham mengapa PAS menentang UMNO dan mengapa PAS wujud sebagai PAS, tidak bersatu dengan UMNO.

Sebenarnya yang sama adalah semuanya Melayu, walaupun ada yang macam mamak atau yang macam cina. Mungkin bagi YB Zul, Melayu adalah akidah.

Hakikatnya isu ini didalangi UMNO. Pemimpin UMNO (Noh Omar) turun menghasut segelintir penduduk ahli UMNO tegar, penyokong Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, untuk bertindak menentang cadangan kerajaan walaupun belum lagi mendengar cadangan tersebut. Pemimpin UMNO juga (Hishamuddin) yang membela pendemonstrasi selepas demonstrasi berkenaan seperti yang sedang dilakukan YB Zul. Jangan nak libatkan PAS atau PKR. Usaha nak kaitkan PAS adalah taktik kotor UMNO.

Apa Arahan Kerajaan Selangor?
Menurut YB Zul, kerajaan Negeri Selangor keluarkan arahan “bina ‘kuil besar’ di Seksyen 23 di kawasan kediaman ummat Islam”. Saya tidak tahu dari mana beliau mendapat maklumat beliau tetapi seperti biasa YB Zul cakap tanpa selidik. Hanya nak sensasi sahaja.

Kerajaan Selangor hanya mencadangkan tapak baru bagi kuil yang sediada di Seksyen 19. Bukan kuil baru. Kerajaan Selangor BN dulu cadangkan kuil tersebut dipindahkan ke Seksyen 18 (6 ekar untuk 7 kuil) pada awalnya dan seterusnya ke Seksyen 22 (1 ekar untuk kuil itu sahaja). Kami mencadangkan ia dipindahkan ke Seksyen 23, dalam kawasan Industri, bukan di kawasan kediaman ummat Islam. Rumah terdekat terletak 200 meter dari tapak cadangan tersebut. Luas tanah untuk kuil adalah ¼ ekar dan ¼ ekar lagi untuk tempat letak kereta.

UBN Najib Altantuya: Najib diminta percepatkan bayaran Royalti minyak Kelantan.-Nik Aziz

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU 18 Sept: Menteri besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak mempercepat pembayaran balik sejumlah RM1 Bilion hasil royalti minyak milik negeri itu.

Bercakap ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu pagi ini, beliau berharap ia dapat disegerakan kerana tiada sebab untuk kerajaan memperlewat bayaran royalti memandangkan ia adalah dari dari Petronas dan bukannya dari dana kerajaan pusat.

"Saya amat berharap Najib dapat mempertimbangkannya untuk disegerakannya, peruntukkan pusat kepada kerajaan negeripun beliau dapat beri inikan pula duit secara terang-terang adalah milik Kelantan,jadi tiada sebablah beliau nak perlengahkan lagi." katanya.

Tuan Guru juga turut memanjatkan doa kepada Allah swt dan turut diaminkan lebih 5000 yang hadir di kuliah mingguan tersebut agar membuka pintu hati Perdana Menteri supaya mempercepatkan pembayaran royalti minyak milik kerajaan Kelantan tersebut.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz turut merasmikan pelancaran Tabung Pelancaran Program pembiayaan Pelajar Palestin di negara ini yang dianjurkan oleh Misi Cakna Palestin Kelantan.

Seramai 24 pelajar dari negara Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti tempatan yang menduduki pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah telah dibiayai diantara RM500 hingga RM 2000 sebulan hasil sumbangan rakyat negeri Kelantan.

Sebelum ini, Misi Cakna Palestin telah berjaya mengumpul sejumlah RM1.4 juta dalam kempen Membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob,Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

UBN Najib Altantuya: Hutang di Shah Alam bayar di Bagan Pinang


“Jika pada PRU lalu masyarakat India dikatakan 70 peratus mengundi calon PAS, selepas peristiwa ini saya percaya sokongan kaum India mungkin meningkat hingga 90 peratus.

"Orang India tahu siapa di sebalik provokasi ‘sepak kepala lembu' baru-baru ini. Hutang di Shah Alam itu akan bayar di Bagan Pinang,” kata Kumutha Raman, Ketua Wanita Kelab penyokong PAS kaum India (gambar)

Kata beliau, politik provokasi seperti itu tidak sewajarnya berlaku dalam dunia dan negara bertamadun sekarang.

“Tragedi mengarak dan menyepak kepala lembu di Shah Alam itu membuatkan kaum India sangat marah kerana menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada agama. Saya fikir kesannya boleh mengalahkan Umno-BN pada PRK Bagan Pinang nanti. Suara Makkal Sakti akan berkumandang di sana”.

PKFZ: KDSB Disaman RM720 juta

Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) memfailkan saman RM720 juta ringgit terhadap pemaju Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tiong King Sing.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, dan disahkan oleh Pengerusi PKA Datuk Lee Hwa Beng di laman sesawang PKA.

Tanah yang dibeli dengan tujuan pembinaan projek PKFZ dijual kepada PKA pada "nilai istimewa" RM1.088 bilion ringgit, bersamaan RM25 per kaki persegi.

Lee berkata oleh kerana penjualan dibuat atas dasar "nilai istimewa", maka riba' dalam urusniaga ini tidak sepatutnya dikenakan berbeza atau keatas kadar RM25 kaki persegi ini.

PKA berkata adanya percanggahan kepentingan dalam urusniaga ini dan badan mencari pengesahan keatas jadual pembayaran supaya faedah dari urusniaga ini dapat diketepikan.

PKA juga menuntut kembali riba' yang telah dibayar kepada KDSB setakat ini.
-tvantara.com-

Mahathir: Jangan Calonkan Isa Samad / UBN Najib Altantuya

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Umno untuk tidak mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai jagoan BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Dr Mahathir berkata imej Umno akan tercalar sekiranya seseorang yang terbukti perasuah seperti Isa Samad dipilih.

Beliau berkata demikian mengulas usul Umno Bahagian Teluk Kemang supaya bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Beliau menjelaskan Isa Samad telah pun didapati bersalah bergelumang dalam politik wang. Dr Mahathir memberi amaran sekiranya perasuah ini dipilih - samada menang atau kalah - maka rakyat akan melihat Umno tidak serius melawan politik wang.

Isa di gantung enam tahun dari 24 Jun 2005 atas kesalahan politik wang dalam pemilihan Umno 2004. Hukuman ini bagaimanapun dikurangkan kepada tiga tahun selepas rayuan.

Penamaan calon Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober dan hari pengudian pada 11 Oktober. Umno akan mengumumkan calonnya selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran Isa Samad atau mana-mana calon yang tercemar akan mengugat peluang Umno-BN.

Razaleigh berkata sekiranya Umno tidak mengambil iktibar dari kekalahan-kekalahan lampau, maka masyarakat akan mencapai kesimpulan bahawa kekalahan Umno adalah baik untuk Malaysia.
-tvantara.com-

Dunia Islam tidak serius peringati Hari Al-Quds

KUALA LUMPUR: Seluruh dunia Islam sebenarnya tidak serius memperingati Hari Al-Quds dan menjadikannya sebagai pemangkin kebangkitan ummah untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah Yahudi, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Kerajaan Iran sendiri saya lihat tidak benar-benar serius untuk menyebarluaskan konsep Hari Al-Quds walaupun banyak perubahan yang berlaku sejak Mahmoud Ahmadinejad menjadi presiden.

"Malah dalam soal bantuan kepada Palestin pun, kita mendengar bantuan yang lebih besar disumbangkan di zaman Ahmadinejad menjadi presiden berbanding pentadbiran sebelum beliau.

"Perdana Menteri Palestin dari Hamas, Ismail Haniyeh sendiri pernah mengumumkan bantuan US$250 juta dari Iran kepada kerajaan Hamas dan rakyat Palestin di samping membentangkan rancangan bantuan ekonomi dan kewangan secara langsung kepada pentadbiran Hamas dan rakyat Palestin," katanya.

Para pemimpin negara-negara Arab pula, katanya, tidak ada
locus standi untuk mengambil bahagian dalam Hari Al-Quds walaupun dianjurkan di dalam negara mereka sendiri oleh rakyat mereka.

"Mereka sama zalim dengan regim Zionis. Penindasan regim-regim Arab terhadap rakyat mereka sendiri tidak banyak berbeza dengan kekejaman Israel terhadap pribumi Palestin," katanya.

Lantaran itulah mereka tidak boleh diharapkan untuk memerangi kezaliman regim Yahudi, katanya.

"Kezaliman tidak akan menjatuhkan kezaliman malah saling berkerjasama antara satu sama lain," kata Mohamad lagi.

Menurut beliau, Nabi Muhammad telah menunjukkan teladan bahawa kezaliman mesti dihadapi oleh keadilan ketika beliau berusaha menjatuhkan kuasa besar Rom dan Parsi di zamannya.

"Nabi berbuat demikian dengan membawa panji-panji keadilan sehingga sejarah mencatatkan bahawa kedatangan tentera Islam dialu-alukan oleh rakyat serta jajahan takluk kedua-dua kuasa besar itu dan akhirnya kuasa rakyat di bawah kekuasaan kedua-dua kuasa besar itulah yang sebenarnya menjatuhkan mereka," katanya.

Kuasa rakyat menghakis kekuasaan kedua-dua kuasa besar itu, katanya, apabila tidak lagi menyebelahi pemerintah mereka sebaliknya mengalu-alukan kedatangan tentera Islam.

Beliau juga menyalahkan konsep negara bangsa (nation state) yang turut menjadi pegangan negara-negara umat Islam kini.

"Konsep tersebut bertentangan sama sekali dengan konsep membebaskan manusia dari penguasaan sesama makhluk apabila rakyat di dalam negara bangsa dikehendaki memberikan ketaatan kepada negara atau menjadi hamba negara atas nama patriotisme.

"Konsep nation state tidak ada pendirian untuk membebaskan manusia dari memperhambakan diri kepada sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah," kata beliau.

Sebab itulah, katanya, umat Islam tidak boleh menaruh harapan kepada negara-negara bangsa untuk memperingati Hari Al-Quds.

"Umat Islam mesti kembali kepada sistem nilai mereka sendiri dan tidak lagi menjadi pak pandir kepada norma-norma yang menguasai sistem kerajaan dan hubungan antarabangsa hari ini.

"Sekurang-kurangnya kita memulakan usaha untuk mendidik ummah ke arah itu dengan membentuk sistem persaudaraan yang tidak mengiktiraf konsep negara bangsa di mana memperingati Hari Al-Quds hendaklah menjadi sebahagian dari agendanya," katanya.

Hari Al-Quds diperingati sejak kira-kira 30 tahun lalu di mana kerajaan Iran selepas kemenangan Revolusi Islam mengajak umat Islam seluruh dunia menjadikan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan sebagai Hari Al-Quds.

Debat Pemuda UMNO-PAS: Pemuda PAS Jawab / UBN Najib Altantuya

Kenyataan Rasmi Dewan Pemuda PAS

Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dengan ini menegaskan bahawa kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim semalam bahawa perbincangan Wacana Ilmiah Terbuka antara Dewan Pemuda Pas Pusat dengan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah terhenti apabila Dewan Pemuda Pas Pusat tidak memberi jawapan balas terhadap surat yang dikemukakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin adalah tidak tepat dan tiada berasas.

Dewan Pemuda Pas Pusat dalam surat yg bertarikh 29hb Julai 2009 kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Teknikal dari pihak Pemuda PAS dengan saya, Kamaruzaman Mohamad sebagai Pengarah dengan di bantu oleh dua orang exco DPPP. Dalam surat tersebut juga DPPP mencadangkan Pemuda UMNO menubuhkan juga Jawatankuasa Teknikal di mana pembentukan Sekreteriat Jawatankuasa Teknikal Bersama tersebut adalah bagi membincangkan format, masa, tarikh, lokasi, moderator dan perkara-perkara berkaitan wacana.

YB Ketua Pemuda UMNO telah membalas surat tersebut di mana beliau telah meminta agar pertemuan empat mata antara beliau dengan Ketua DPPP di adakan sebelum menubuhkan sekreteriat Jawatankuasa Teknikal antara kedua – dua parti.

Oleh itu Ketua DPPP, Ustaz Nasrudin Hassan telah memberi maklum balas terhadap isi kandungan surat YB Ketua Pemuda UMNO melalui media dan Beliau telah menegaskan bahawa tidak akan ada pertemuan empat mata antara beliau dengan YB Khairy dan menegaskan kesediaan beliau untuk bertemu dengan YB Ketua Pemuda UMNO dalam Wacana yang telah dipersetujui di peringkat awal lagi.

Beliau juga telah memaklumkan sekiranya Saudara YB Khairy Jamaludin ikhlas untuk bertemu beliau, kenapa sewaktu Ustaz Nasrudin Hassan hadir ke Parlimen untuk menyerahkan surat jemputan wacana tersebut tempuh hari, Saudara YB Khairy Jamaludin hanya mewakilkannya kepada YB Naib Ketua beliau sahaja?

Sekarang ni baru lah rindu nak jumpa!….

Ketua Pemuda PAS juga telah menegaskan bahawa wacana tersebut akan diteruskan dengan tajuk “Wacana Ilmiah Terbuka : Adakah Perjuangan UMNO tidak betentangan dengan ISLAM” yang mana telah dipersetujui sebelum ini.

KAMARUZAMAN MOHAMMAD


Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS PAS Pusat

Anak bekas S/U sulit Pak Lah didakwa miliki bom tangan / UBN Najib Altantuya

Anak kepada bekas setiausaha sulit mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini terhadap pertuduhan memiliki sebutir bom tangan.

Muhammad Ezra Rusli, 27, didakwa memiliki bom tangan jenis Grenad (M213) di sebuah rumah beralamat C2-67 D'Shire Villa, Jalan Camar 4, Kota Damansara, pada jam 1 tengah hari 8 September lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 8. Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shah Rizal Abdul Manan tidak menawarkan sebarang wang jaminan kerana ia adalah kesalahan yang serius dan tidak boleh dijamin.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan 19 Oktober untuk sebutan semula kes itu.

Sementara itu, Muhammad Ezra, seorang peniaga, turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya terhadap dua pertuduhan iaitu menggugut dan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bapanya, Rusli Abdul Malik, 61.

Muhammad Ezra didakwa menggugut untuk membunuh bapanya dengan menggunakan sepucuk pistol jenis Glock mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bapanya itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di antara 3.30 petang hingga 5 petang, pada tarikh dan di tempat yang sama.

Majistret Aishah Hijriah Arshad tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Okt untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan sama ada tertuduh perlu dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemeriksaan kesihatan dan untuk melantik peguambela.

- Bernama-

Jadikan usrah agenda utama parti

Abdullah Hashim

Tahniah dan syabas kepada Lujnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat di atas kejayaan menerbitkan Buku Manhaj Usrah PAS 2 sebagai lanjutan daripada Buku Manhaj Usrah PAS 1.

Berikutan dengan penerbitan Manhaj Usrah PAS 2 dan Manhaj Usrah PAS 1 sebelumnya, adalah dicadangkan agar PAS Pusat melalui Lujnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan mengarahkan semua cawangan PAS di seluruh negara agar melaksanakan aktiviti usrah di peringkat cawangan masing-masing dengan menjadikan buku berkenaan sebagai teks usrah.

Tindakan terus membiarkan cawangan untuk memilih sama ada melaksanakan atau tidak melaksanakan usrah, tanpa sebarang arahan yang tegas apatah lagi pemantauan daripada kepimpinan parti, sebagaimana yang berlaku sehingga kini, tidak akan memberikan makna yang besar kepada kehadiran buku-buku berkenaan, apatah lagi kepada usaha menyerlahkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Lebih daripada itu, perlu diingat dan disedari, tuntutan melaksanakan aktiviti usrah semakin mendesak dalam suasana dan keadaan parti dan jamaah yang kita cintai ini kian diminati dan kini telah bersifat sebagai sebuah kerajaan menanti.Pengabaian kita khususnya pimpinan jamaah/parti terhadap tuntutan ini akan meletakkan jamaah dan parti dalam keadaan penuh ketempangan di sana sini.

Lawatilah cawangan-cawangan PAS di seluruh negara, kita akan dapati cawangan-cawangan PAS, bagaikan, 'hidup segan mati tak mahu', hidup dan kelihatan ada semasa musim pilihanraya dan hilang ('mati') entah ke mana di luar musim pilihanraya.Segalanya berpunca daripada tiadanya mekanisme dan medan yang berkala sifatnya, yang mampu menggerakkan cawangan.

Dampingilah ahli-ahli PAS cawangan di seluruh negara, kita akan dapati betapa longgarnya hubungan persaudaraan sesama kita walaupun berada di dalam satu jamaah di satu cawangan yang sama.Terkadang tidak terasa di benak kita bahawa kita diikat dan terikat oleh jamaah/parti yang sama, yang menjadikan Islam sebagai dasarnya. Segalanya berpunya daripada tiadanya medan pertemuan di atas nama jamaah/parti yang boleh mengikat hati dan memesrakan diri sesama kita.

Sorotilah pemikiran ahli-ahli PAS cawangan di seluruh negara, kita akan dapati rencamnya bentuk pemikiran ahli-ahli kita, hatta dalam perkara yang kita sepatutnya tidak berbeza pendapat/pemikiran. Lebih menyedihkan, di kalangan kita ada yang buntu dan tidak tahu bila di tanya pandangan tentang isu-isu yang sering diperkatakan oleh pimpinan jamaah dan parti seperti negara Islam, hudud, Islam Hadhari dan seumpamanya. Segalanya berpunca daripada tiadanya medan pengisian ilmu haraki/ politik Islam secara tersusun yang boleh menyatukan fikrah/pemikiran ahli-ahli kita.

Pendek dan tegasnya, demi menggerakkan cawangan PAS di seluruh negara, mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama kita, menyatukan pemikiran ahli-ahli kita, kita wajib mengorak langkah menjadikan usrah sebagai agenda dan aktiviti utama jamaah dan parti bermula dari peringkatnya yang paling asas iaitu cawangan.

Biarlah di peringkat permulaan ini, ahli-ahli PAS cawangan boleh di kumpulkan di atas nama jamaah/parti dengan sedikit pengisian ilmu haraki/politik Islam (yang tidak dibincangkan di surau/masjid) oleh naqib-naqib/pimpinan kita dengan kekerapan paling minimum sebulan sekali.

UBN Najib Altantuya: Dr M: Samy Vellu patut letak jawatan, liabiliti pada BN

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.

Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah kata: "Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"

Tindakan Dr Mahathir menegur Samy menjelang pemilihan MIC minggu lepas telah dilihat cubaan mencampuri urusan MIC dan ia telah menimbulkan kemarahan seorang anggota perwakilan yang mencadangkan agar gambar bekas Perdana Menteri itu dikalungkan dengan selipar.

Dr Mahathir berkata pemimpin perlu sedar bahawa mereka bukan dapat memegang jawatan secara seumur hidup.

"Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sendiri hendak meletak jawatan pada 1998 tetapi disebabkan krisis ekonomi dan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpaksa terus memimpin negara sehingga 2003.

"Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat.

"Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.

Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti-parti komponennya, Dr Mahathir berkata apabila ia sudah menjadi masalah kepada BN dan jika BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.

Dr Mahathir berkata pemimpin BN perlu menegur Samy Vellu kerana sebagai pemimpin BN, mereka bukan bertanggungjawab terhadap prestasi parti sendiri sahaja tetapi prestasi BN keseluruhannya.

"Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudahmenjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.

"Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan
pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi.

Dr Mahathir pemimpin yang menggunakan duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Mengenai pemimpin pilihan Samy Vellu yang memenangi pemilihan MIC minggu lepas, beliau berkata mereka boleh memenangi pemilihan parti tetapi akan kalah dalam pilihan raya kerana orang ramai tidak akan sokong.

Dr Mahathir juga berkata Samy Vellu kerana tidak memainkan peranan untuk melarang pembinaan kuil tanpa kebenaran walaupun pernah berjanji untuk berbuat demikian.

Samy, kata Dr Mahathir, menjadi popular dahulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.

"Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong," kata Dr Mahathir.

Mengimbas tugasnya sebagai Perdana Menteri dahulu, Dr Mahathir berkata beliau terpaksa memujuk orang Melayu supaya membenarkan BN meletakkan calon MIC di kawasan majoriti orang Melayu kerana tidak ada satu kawasan pun di negara ini yang mempunyai majoriti orang India.

"Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong
oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC.

"Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orng Melayu, saya perlu tegur," kata Dr Mahathir.
-malaysiakini.com-

UBN Najib Altantuya: Timbalan Menteri Kewangan cuba mengelirukan?

Anwar Z

Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adik Husain, mengatakan bahawa kerajaan pusat belum membuat keputusan terhadap RM1 bilion tuntutan royalti minyak sejak 2004 yang dibuat oleh kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS dan tuntutan tersebut masih dalam kajian.

Ini, menurutnya, kerana kedua-dua tempat minyak dijumpai itu berada di zon antarabangsa dan terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan. Salah satu daripadanya terletak berhampiran Vietnam dalam perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan dan satu lagi berada 150 kilometer dari pantai Kelantan dalam perairan bersama dengan Negara jiran.

Oleh itu, menurut Timbalan Menteri itu lagi, pendapatan dari minyak tersebut lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara dan tidak hanya tertumpu kepada Kelantan.

Dalam hal ini nampaknya Timbalan Menteri Kewangan tidak menyedari atau buat-buat tidak sedar bahawa Malaysia berhak ke atas pendapatan minyak dari kedua-dua kawasan tersebut ialah kerana adanya Kelantan dan pantai Kelantan. Ukuran 250 kilometer dan 150 kilometer itu dibuat bukan dari Putrajaya atau Kuala Lumpur, tetapi dari pantai Kelantan. Tanpa Kelantan, Malaysia tidak akan berhak ke atas kawasan-kawasan tersebut.

Persoalan jauh atau dekat tidak timbul kerana ukuran jauh atau dekat dikira dari satu titik tertentu dan dalam hal ini titik tersebut terletak di pantai negeri Kelantan. Secara kebetulan dan dari segi sesejarah, Kelantan merupakan sebahagian daripada Malaysia.

Sekiranya Kelantan berada di luar Malaysia, kerajaan pusat tidak akan mendapat apa-apa habuan daripada pendapatan minyak tersebut dan yang akan mendapat faedah sepenuhnya ialah negeri Kelantan.

Selain itu, Timbalan Menteri Kewangan juga nampaknya keliru atau cuba mengelirukan. Yang dituntut oleh kerajaan Kelantan bukanlah seluruh pendapatan kerajaan pusat daripada hasil minyak tersebut, tetapi hanyalah sebahagain daripada hasil tersebut yang dikenali sebagai royalti dan berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui bersama oleh semua pihak, termasuk Petronas.

Jadi soal pendapatan minyak tersebut lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan seluruh Negara tidak timbul sama sekali. Pendapatan kerajaan pusat daripada hasil minyak ini jauh lebih banyak daripada royalti yang sepatutnya diperolehi oleh kerajaan Kelantan.

Isu Mirzan: Apa jawapan para Mufti? / UBN Najib Altantuya

Hamba Allah, Terengganu.

Di Selangor, kerajaan negeri berusaha untuk mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri cukup prihatin dengan hak dan keperluan masyarakat bukan Islam di Selangor. Nampaknya kesepakatan telah diterima oleh semua pihak di Selangor.

Dalam pergolakan ini ,Umno pula cuba menanggguk di air keruh. Kerajaan negeri dihentam kerana dikatakan tidak membanteras arak. Mereka lupa, isu arak ini, telah berlarutan sejak Umno mula berkuasa di Selangor. Apa Umno buat tentang arak di Selangor ? Kerajaan PR pula mengambil tindakan sebaik sahaja berjaya menguasai Selangor.

Memang pelik, di saat para ulama dan ahli-ahli agama gigih mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, ada pula orang Islam sendiri membenarkan dirinya dilantik dalam syarikat arak. Pendedahan terbaru tentang Mirzan ini cukup menyedihkan umat Islam. Sekarang rakyat menunggu reaksi pemimpin Umno dan reaksi bekas Perdana Menteri sendiri. Rakyat juga sedang menantikan apa jawapan mufti-mufti dalam hal ini.

Mirzan dalam mempertahankan diri memberi alasan dengan berkata, "Ini adalah urusan perniagaan sahaja."

Beliau tentu sedar bahawa syarikat yang dipimpinnya itu menguasai 95% pasaran arak Filipina dan dijual di 60 buah Negara di dunia. Adakah beliau sedar, individu yang terlibat dengan arak bukan sahaja minum, membotol, menjual, membawa atau apa sahaja yang membantu dalam pasaran arak akan mendapat saham dosa.

Beliau telah mengeluarkan kenyataan akan mengurangkan penglibatan SMC dengan arak sekitar 15% sahaja menjelang 2010. Kenyataan itu nampak terlalu jujur dan ikhlas. Perlu diingat bahawa matlamat tidak boleh dihalalkan dengan cara. Walaupun esok syarikatnya berjaya mengurangkan pengeluaran arak hingga menjadi 1 %, adakah syarikatnya dikira bersih ?

Jangan keluarkan kenyataan seolah-olah ada hukum baru berkaitan arak. Panduan bagi penganut Islam adalah jelas. Arak itu haram. Kartika minum arak secara tertutup di kelab malam, ditangkap dan akan dihukum. Saudara Mirzan membuat kesalahan secara terang-terangan. Tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan ianya betul. Siapa yang akan ambil tindakan ?

Rakyat Malaysia yang menghina lagu Negaraku akan dikenakan hukuman bila pulang dari luar Negara kerana dikatakan menghina rakyat dan Negara Malaysia. Apa pula tindakan yang akan dikenakan kepada Mirzan kerana menghina Islam secara terang-terangan ?

Jika, Mirzan Mahathir seorang yang bermaruah dan sayangkan agama anutannya. Letak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah. Bertaubat dan carilah rezeki dengan cara halal.

UBN Najib Altantuya: Ugutan bunuh Khir, PAS Selangor gesa polis siasat

Roslan Shahir Mohd Shahir

PAS Selangor terkejut dengan kenyataan bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung ugutan bunuh yang beliau terima melalui surat yang dikirim kepadanya yang di alamatkan ke pejabatnya di Sungai Panjang baru-baru ini.

PAS Selangor bersetuju dengan tindakan beliau membuat laporan polis dan berharap agar pihak polis menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi.

Sesungguhnya budaya mengugut sedemikian rupa bukanlah budaya rakyat Malaysia apalagi penyokong Pakatan Rakyat khasnya dari PAS.

Bagi PAS Selangor sendiri isu untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor samada melalui usaha Dr Khir atau Umno dan BN Selangor tidak akan menjadi realiti malah dianggap tidak berasas sama-sekali oleh kerana kesapaduan dan mantapnya gandingan kerajaan Pakatan Rakyat ini apalagi majoroti besar yang diperolehi oleh gabungan ini selepas PRU ke 12 lalu.

PAS Selangor menafikan kenyataan Dr Khir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat ini lemah sebaliknya sokongan rakyat terhadapnya terus kukuh dan sehingga kini pencapaian yang diperolehi dalam membela nasib rakyat serta membawa kemudahan dan pembangunan kepada rakyat menerima sambutan yang baik seluruh Selangor.

Ketelusan dan amalan bersih yang dibawa oleh pentadbiran Pakatan Rakyat sehingga kini terus menjadi sebutan rakyat berbanding kerajaan terdahulu di bawah Dr Khir.

PAS Selangor yakin tiada apa-apa yang malang akan berlaku ke atas Dr Khir dan dalam waktu yang sama berharap agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menyoal-siasat beliau baru-baru ini terhadap beberapa pertuduhan rasuah akan segera selesai menjalankan tugas mereka dan jika mempunyai asas segera mendakwa Dr Khir di mahkamah.

Jangan kes apa yang dikatakan ugutan bunuh ini menghalang penyiasatan pihak lain.

Ketua Penerangan PAS Selangor.